BAHASA MELAYU TAHUN 1
(SEMAKAN KSSR)
TEMA : NEGARAKU
UNIT 15 : SIKAP YANG BAIK
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
5.3.3 Memahami dan mengenal pasti jenis ayat
mengikut konteks;
i) ayat penyata
3.2.2 Membina dan menulis jawapan pemahaman
berdasarkan soalan;
i) bertumpu
PADA AKHIR PENGAJARAN MURID DAPAT ,
❑MEMBINA 3/4 AYAT PENYATA.
❑MELENGKAPKAN 4/5 AYAT PENYATA.
❑MENJAWAB 3/5 SOALAN BERTUMPU
DENGAN BIMBINGAN GURU.
1. Bilakah perhimpunan mingguan diadakan?
Perhimpuan mingguan diadakan pada setiap
hari Isnin.
2. Apakah yang dilakukan oleh Jagu semasa
Guru Besar berucap?
Jagu mencatat maklumat yang penting yang
disampaikan oleh Guru Besar.
3. Mengapakah kita mesti berdiri tegak
semasa menyanyikan lagu Negaraku?
Kita mesti berdiri tegak semasa menyanyikan
lagu Negaraku kerana ia merupakan tanda
hormat kita kepada indentiti negara.
Aktiviti 3
1. Apakah yang dilakukan oleh budak lelaki itu?
Budak lelaki tu sedang menyapu sampah.
2. Meja disusun oleh berapa orang murid?
Meja disusun oleh dua orang murid.
3. Budak perempuan itu meletakkan apa di atas
meja guru?
Budak perempuan itu meletakkan bunga hiasan
di atas meja guru.
4. Mengapakah mereka menyediakan jadual
waktu?
Mereka menyediakan jadual waktu supaya
murid-murid dapat bertugas mengikut waktu
dan tugasan yang ditetapkan.
5. Bagaimanakah kamu menceriakan kelas?
Saya menceriakan kelas dengan menampal
bahan maklumat yang berwarna warni.
Apakah ayat penyata?
bera
berjabat tangan
Jagu berjabat tangan dengan Nizam.
beratur
Nizam beratur ketika membeli
makanan di kantin.
Mari kita cuba membina ayat penyata.
Nizam dan ayahnya ke pejabat pos.
Para pelanggan menunggu giliran.
Nizam tidak berbuat bising.
Dia membaca buku di kerusi.
Ayah Nizam membayar bil di kaunter.
Murid-murid berdiri semasa guru memberi
salam.
Mereka beratur ketika menaiki bas.
Nizam membuang sampah ke dalam tong kitar
semula.
Jagu menyapu sampah di taman permainan.
Ayah Nizam memasukkan duit ke dalam kotak
sumbangan bantuan mangsa banjir.
Rumusan pembelajaran.
Murid dapat menguasai dan mengenal pasti
penggunaan ayat penyata.
Murid dapat menjawab Quizzi (ayat penyata)
dengan baik.
Murid dapat membina 4/5 ayat penyata.
TERIMA KASIH, BERJUMPA LAGI KITA DALAM KELAS
YANG AKAN DATANG. JAGA DIRI SEMUA
Selamat belajar anak-anak,
semoga apa yang kita belajar
pada hari ini di berkati..
aamiin