The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafiah, 2022-06-03 11:41:35

MPU 21032 E FOLIO KUMPULAN 2

PERPADUAN DI MALAYSIA

MPU 21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK E – FOLIO : PERPADUAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : ENCIK WAN MOHD SABRI BIN WAN
MAHMOOD

SESI : 2 2021/2022
DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 2

NAMA NO. MATRIK
DANIAL NUR IMAN BIN ROSZAIMAN 26DRT21F2002
26DRT21F2019
UMMI NAJIHAH BINTI JUMAIN 26DRT21F2018
RAFIAH BINTI AMIRUDDIN 26DRT21F2020

AINNUR SYAFIQAH BINTI
MOHAMAD AFENDI

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT
1.
Pengenalan

Kepentingan Perpaduan 2–4 .

Cabaran Yang Merintangi Usaha Ke Arah Perpaduan 5–6.
Kaum

Perpaduan Kaum Dapat Dikekalkan 7-8.

Harapan Agar Dapat Merintangi Usaha Ke Arah 9-10.
Perpaduan Kaum

Kesan Masyarakat Tidak Bersatu Padu 11.

Usaha Yang Boleh Dijalankan Di Peringkat 12-13.
Masyarakat Setempat

Pergolakan Kaum Menggugat Kedaulatan Negara 14.
15-17.
Faktor – Faktor Berlakunya Ketidakharmonian
Hubungan Antara Kaum 18-19.

Langkah – Langkah Bagi Mengatasi
Ketidakharmonian Antara Kaum

Kesimpulan 19.

Rujukan 20.

Lampiran 21-22.

Pengenalan

Umum mengetahui bahawa perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan
etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Dengan kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah
satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum
utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan
tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api
dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.

Dalam konteks ini, asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam
masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan
dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih
kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang
kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Malaysia ialah negara yang namanya harum di
persada dunia kerana kehebatan rakyatnya dalam mengekalkan perpaduan kaum
yang berbilang-bilang bangsa. Pada zaman dahulu, penjajah British telah
membawa masuk kaum Cina dan India untuk kepentingan mereka sendiri dalam
usaha mengeksploitasi ekonomi yang mewujudkan jurang sosial dan ekonomi
yang amat besar antara ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Namun kini,
masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya mengasimilasikan budaya
masing-masing untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu teguh dan
bersatu hati persis peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat.

1.

Kepentingan Perpaduan Kaum

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang
memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang
berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran
antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat
antarabangsa terhadap Malaysia.

1. Dapat menjamin keamanan negara

Perpaduan antara rakyat tidak kira bangsa dan agama adalah sangat vital
supaya peristiwa berdarah yang terjadi pada 13 Mei 1969 akibat rusuhan antara
kaum Cina dan Melayu yang telah mengorbankan banyak nyawa nirmala yang
tidak bersalah tidak terulang kembali. Jika kaum-kaum tidak mempunyai
persefahaman dan toleransi antara satu sama lain, persengketaan akan dapat
dicetuskan dengan mudahnya. Keadaan ini akan menyebabkan hubungan yang
dingin antara masyarakat yang berpecah belah dan akan tercetuslah
pertengkaran-pertengkaran yang menggugat keamanan negara. Tegasnya,
perpaduan kaum adalah penting untuk mengekalkan keamanan negara agar
kemerdekaan negara kita dapat dikekalkan.

2.

2. Dapat memajukan ekonomi negara

Masyarakat yang bersatu padu tentulah akan menggembleng tenaga bersama
agar dapat memajukan negara mengikut kebolehan dan kepakaran masing-
masing tanpa mengira ras dan agama masing-masing. Tamsilnya, dalam
perniagaan, masyarakat Melayu tidak hanya akan membeli barang dari penjual
Melayu tetapi mereka akan turut membeli barang-barang yang dijual oleh kaum
lain. Diskriminasi dalam kumpulan masyarakat dan pekerjaan dapat dielakkan
kerana semua orang yang mempunyai semangat cinta akan negara mempunyai
tujuan dan matlamat yang sama iaitu untuk menaikkan taraf hidup rakyat negara
kita. Sesungguhnya, perpaduan kaum amat penting bagi meningkatkan ekonomi
negara untuk memperbaiki taraf hidup rakyat.

3. Dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia.

3.

Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping
kepelbagaian adat resam yang membentuk identiti sesebuah masyarakat dapat
memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat
tertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga
kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang dapat menonjolkan imej
negara. Hal ini seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong dan dapat
menjana ekonomi Malaysia secara tidak langsung.

4. Sebagai sebuah negara yang merdeka.

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan yang mutlak ini, pelbagai ranjau
berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
Hasilnya membuat masyarakat Tanah Melayu ketika itu berganding bahu
menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang telah memberikan masyarakat kini
hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.

4.

Cabaran Yang
Merintangi Usaha Ke

Arah Perpaduan
Kaum

1. Cabaran dari aspek politik.

Setiap negara sememangnya tidak akan lari daripada isu politik. Hal ini
kerana politik merupakan satu saluran yang kuat bagi membentuk sebuah
negara. Peranan politik seharusnya melahirkan kerajaan yang cekap dan
amanah dalam memperjuangkan hak rakyat. Tanggungjawab sebagai ahli
politik sepatutnya tidak boleh disalahgunakan untuk kebaikan diri sendiri,
namun ironiknya hal itulah yang kini menjadi tular dalam kalangan ahli
politik negara ini. Konklusinya, kesan daripada politik perkauman ini
bakal mencetuskan akibat buruk yang mungkin akan melanda negara
seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu.

5.

2. Cabaran dari segi sosial.

Selanjutnya, kurangnya sosial antara kaum menyebabkan perhubungan
yang lemah dalam kalangan mereka. Aspek sosial sepatutnya dipupuk
agar dapat menyatukan rakyat sebagai satu bangsa demokrasi bukan
hanya berdasarkan kaum masing-masing. Sekiranya kurang percampuran
dalam aktiviti sosial masyarakat, maka akan timbul rasa ketidakpercayaan
dan kurang semangat kekitaan dalam diri mereka. Daripada perspektif
yang berbeza, pengertian lain bagi sosial ialah komunikasi baik dari segi
dua hala mahupun berkumpulan. Sebagai contoh, masyarakat setempat
menjalankan aktiviti gotong – royong membersihkan kawasan perumahan
mereka. Natijahnya, jika masyarakat majmuk sentiasa berkomunikasi dan
melibatkan diri dalam kegiatan sosial, maka lahirlah kesefahaman serta
rasa toleransi dalam diri masing-masing.

3. Cabaran dari aspek jurang dan dominasi ekonomi.

Di samping itu, dominasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi
juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman. Cabaran ini
telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum
Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang
getah dan kaum Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan
perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlakunya perubahan
dimana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya
sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu, akibat dasar penjajahan
dulu, kesannya masih dapat dilihat pada hari ini dimana sektor perniagaan
masih dikuasai oleh kaum Cina dan kebanyakan orang India masih
tinggal di ladang. Kesannya, perasaan prasangka dan perkauman akan
menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum dan
menyukarkan proses perpaduan.

Perpaduan Kaum Dapat Dikekalkan

Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada
kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama
kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan
negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat
Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada
pelabur asing untuk melabur di negara kita.

Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa
hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci
atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran
supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Secara
umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai
etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya,
bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat
meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian
negara.

Rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina
dan India yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza dan sistem
persekolahan yang tersendiri. Ini sekaligus memisahkan pelajar mengikut
bahasa ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran kebangsaan akan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

7.

Justeru itu, majoriti kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah
Melayu. Situasi ini menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum
dengan kaum yang berlainan sangat-sangat terhad. Persefahaman antara
satu sama lain juga tidak disampaikan dengan sepenuhnya. Tambahan
pula, sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19,
selain bertujuan untuk mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan
tanggungjawab sosial mereka iaitu mendidik kanak-kanak Cina agar
mereka mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina.

Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan
hubungan harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktah.
Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi
nasional.

Antara dasar–dasar dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar
Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN)
1991 – 2000, Dasar Wawasan Negara dan juga Program 1 Malaysia. Dasar
Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan
oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan itu
dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil. Penggubalan dasar ini
bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan
ketidakseimbangan sosio – ekonomi antara kaum dan wilayah.

8.

Harapan Agar Dapat Merintangi Usaha Ke Arah Perpaduan Kaum

Terdapat beberapa usaha yang merintangi, atau setidak-tidaknya berpontensi
untuk menjadi penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia, terutama dalam
kalangan golongan belia. Faktor-faktor yang didapati telah berjaya merintangi
usaha - usaha kearah perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini ialah
ketidakfahaman sesuatu kaum itu akan budaya dan adat resam sesuatu kaum yang
lain, proses sosialisasi antara kaum yang terhad, suasana politik dalam negara
yang berasaskan kaum dan cabaran mentaliti.

Antara usaha-usahanya ialah rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam lingkungan
budaya kaum sendiri sahaja. Meraka jarang bergaul dengan kaum-kaum yang
lain. Justeru, kefahaman mereka terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum lain
menjadi dangkal.Kebanyakkan kaum di negara ini berasa lebih selesa dan selamat
hidup dalam kelompok sendiri sahaja. Melayu akan berasa selesa dan selamat jika
ada Melayu lain yang tinggal berhampiran dengannya, walaupun Melayu yang
hampir dengannya itu bukan saudara-mara atau sahabat-handainya. Begitu juga
perihalnya dengan Cina dan India mempunyai rasa yang serupa. Apabila tiada
interaksi antara kaum, maka akan rendahlah kefahaman sesuatu kaum itu
terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum yang lain.

9.

Mengapa perlunya kita memahami budaya dan adat resam kaum-kaum yang ada
di negara kita ini? Jawapannya ialah masyarakat Malaysia perlu mewujudkan
sikap tolenransi serta tolak ansur sesama kaum. Jika ditinjau taburan penduduk
terutamanya di kawasan bandar dan sub-bandar sekarang ini, ia telah berubah di
mana sesuatu kawasan itu tidak lagi didiami oleh sesuatu kaum tertentu sahaja.

Di setiap kawasan perumahan di bandar-bandar kita dapati wujud penduduk
yang terdiri daripada kaum-kaum Melayu, Cina dan India yang mendiaminya.
Jika ditinjau dari segi peratusan penduduk di setiap kawasan perumahan,
mungkin ada kaum yang menjadi majoriti dan minoriti, tetapi hakikatnya
sekarang ini adalah sukar untuk mencari kawasan-kawasan perumahan yang
hanya didiami oleh sesuatu kaum tertentu sahaja.

Memang kita semua mengetahui beberapa budaya dan adat resam utama
sesuatu kaum itu, misalnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bagi kaum Melayu,
Gong Xi Fa Cai bagi kaum Cina, Deepavali dan Thaipusam bagi kaum India yang
beragama Hindu, serta Krismas bagi penganut Kristian. Ini semua merupakan
budaya dan adat resam utama kaum-kaum yang ada di Malaysia. Akan tetapi, apa
yang perlu diberikan penekanan di sini bukan semata-mata pengetahuan, tetapi
kefahaman.

10.

1. Masyarakat saling benci 2. Keselamatan dan
membenci dan tiada rasa keamanan negara
kasih sayang, tanggungjawab akan terancam.
dan kerjasama dalam satu
komuniti.

Kesan Masyarakat Tidak
Bersatu Padu

4. Kadar jenayah 3. Perbalahan dan
di dalam negara pergaduhan antara
akan meningkat. kaum akan terjadi.

5. Perbalahan dan 11.
pergaduhan antara
kaum akan terjadi.

Usaha Yang Boleh Dijalankan Di Peringkat Masyarakat
Setempat

Masyarakat atau komuniti yang dibentuk daripada unit kekeluargaan adalah
merupakan aset yang penting kepada pembangunan negara. Gabungan asas
kepada unit kekeluargaan ini akan membentuk sebuah kominiti yang produktif
yang dapat membantu dalam merealisasikan pembangunan sesebuah
negara.Institiusi agama dan sosio budaya serta organisasi sosial seperti persatuan
penduduk dan kebajikan mampu membentuk komuniti yang memiliki,
kepercayaan, nilai dan norma yang membolehkan kelestarian itu wujud dalam
sesebuah komuniti (Teuku Afrizal & Abdul Rahman, 2013). Oleh itu, komuniti
lestari boleh ditakrifkan sebagai komuniti yang mendiami suatu persekitaran yang
sama, yang mana persekitaran tersebut mampu menyediakan keperluan komuniti
di samping menjamin keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

Bukan itu sahaja, komuniti yang lestari akan menghargai, memulihara
persekitaran yang didiami dan berusaha untuk mengurangkan kerosakan ke atas
alam semula jadi yang menjadi habitat kepada komuniti lestari. Pembentukan
komuniti lestari ini akan merangsang kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan
melalui penyediaan peluang pekerjaan yang lebih berdaya saing mampu
mempertingkatkan kesejahteraan hidup komuniti lestari, kejayaan pembentukan
tersebut bergantung kepada komitmen serta usaha komuniti itu sendiri untuk
bergerak aktif, tersusun serta ambil maklum.

12.

Komuniti juga perlu dapat memberi inspirasi dan menjadi aspirasi kepada
komuniti lain melalui kepimpinan dan tauladan.
Bertanggungjawab, mengambil berat dan memastikan kebajikan komuniti
sentiasa terjamin juga merupakan antara usaha berterusan yang perlu dilakukan
bagi membentuk komunit lestari.

Setiap individu inginkan kehidupan yang berkualiti yang mana ia merupakan
satu bentuk kehidupan yang lebih tersusun dan terurus dalam memenuhi
keperluan asas harian. Kelestarian sumber alam seperti udara yang tidak
tercemar, air bersih, tanah dan sumber semula jadi lain tidak tercemar
memerlukan penglibatan pelbagai pihak kerana terdapat pihak-pihak tertentu
yang cuba untuk mengeksplotasi sumber alam secara berlebihan untuk tujuan
keuntungan. Komuniti juga tidak terkecuali daripada inginkan kehidupan yang
berkualiti di suatu kawasan kediaman kerana kawasan tersebut menjadi tempat
untuk melangsungkan kehidupan seharian seperti tempat melakukan aktiviti
riadah bersama keluarga dan jiran tetangga. Sebagai contoh, kawasan kejiranan
menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan dalam memastikn komuniti
di kawasan tersebut hidup dengan selesa tanpa rasa terancam.

13.

Pergolakan Kaum Menggugat Kedaulatan Negara

Jika diteliti dengan lebih mendalam, pada tahun ini iaitu tahun 2022 , negara
kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 65 tahun. Namun, dalam soal
perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum masih tidak dapat mencari
solusi sepenuhnya.

Dalam hal ini, hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang ringan oleh
sebahagian besar daripada kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai
pelbagai etnik. Isu sensitif antara kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan
agama dan budaya sering dipertikaikan.

Tamsilnya, dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong
pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur
rasis, mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan
boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang
dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan.

Walaupun terdapat sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan
sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang berkelayakan tinggi telah
menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina dan India, seolah-
olah mereka diperlakukan seperti warga negara kelas kedua.

Selain daripada itu, seorang bloger yang kemudian menjadi artis dan pengarah
popular yang bernama Namewee sering kali menggubah lagu-lagu yang
mengandungi unsur-unsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang Melayu. Tetapi
Namewee dikatakan bertindak sedemikian hasil daripada pengalamannya yang
tidak dilayan dengan wajar oleh pihak-pihak tertentu.

Filem kontroversinya ‘Nasi Lemak 2.0’ tidak menikmati penolakan cukai

sebanyak 20% sebagaimana yang dinikmati oleh kebanyakan filem tempatan

Malaysia yang lain walaupun filem tersebut berjaya menonjolkan konsep

1Malaysia dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di luar

negara.Ironinya, tiada sebarang pengecualian atau pengiktirafan yang diberikan

walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (2011),
menyokong dan berkata bahawa ‘Nasi Lemak 2.0’ merupakan filem 1Malaysia.

Justeru, ia membuktikan bahawa isu keharmonian antara kaum masih menjadi

persoalan besar dan penyelesaian bagi masalah ini tidak ditemui lagi walaupun

pelbagai usaha telah diambil. 14.

Faktor – Faktor Berlakunya Ketidakharmonian Hubungan Antara Kaum

Setiap kaum mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing.Sebagai
contohnya,umat Islam akan bersembahyang lima kali sehari dan orang Cina akan
membakar ‘kertas kuning’ untuk menghalau roh semasa ‘bulan hantu mengikut
kepercayaan.Sesetengah budaya ini tidak dapat diterima oleh kaum yang
lain.Sebagai contoh,pembakaran ‘kertas kuning’ menyebabkan sesetengah
masyarakat yang berpenyakit respirasi seperti asma mengalami kesukaran dan
pembakaran tersebut juga mengotorkan halaman rumah jiran-jiran yang
terdekat.Selain itu,setiap kaum juga menggunakan bahasa sendiri untuk bergaul
antara sama lain.Perbezaan bahasa ini akan menimbulkan prasangka antara
kaum.Penganut Islam dilarang makan daging babi dan penganut Hindu dilarang
makan daging lembu.Amalan pemakanan ini akan menyebabkan masalah jika
terdapat jiran yang tersalah beri makanan tersebut.Perselisihan faham ini akan
kemudiannya mencetuskan pergaduhan.

1. Sistem Pendidikan Yang Terasing

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.
Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan
menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di
sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil.

Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk
integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan
menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja.
Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada
negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak
akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan
menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa
kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah
mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza.

15.

Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara
kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza.Tidak juga dilupakan
bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para
pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya
pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti
Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman.

2. Kurangnya Interaksi Antara Kaum

Secara umumnya,sesuatu kaum lebih cenderung untuk berkawan dan bergaul
dengan orang daripada kaum sendiri.Ini boleh memudahkan pergaulan mereka
kerana menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Hal ini
demikian,sesetengah masyarakat tidak tahu bercakap dalam Bahasa Melayu dan
mereka akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi.Keadaan ini akan
menimbulkan pergaulan seperti itik dengan ayam yang tidak dapat difahami oleh
kedua-dua pihak.Sesuatu kaum juga sukar untuk menerima perbuatan kaum lain
berdasarkan kepercayaan.Mereka yang tidak bersikap toleransi akan menentang
perbuatan mereka dan menimbulkan perselisihan.

16.

3. Propaganda Perkauman Di Media Sosial.

Pembangunan media sosial sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kurang
sihat terhadap perpaduan negara. keselamatan negara telah terbuka dengan
pelbagai ancaman, meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah
dan ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-
isu politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. walaupun media
sosial turut menjadi saluran alternatif maklumat dalam mempromosikan nilai
demokratik, ramai pengguna kurang berhati-hati apabila melemparkan tuduhan.

Hasil kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati pengguna media sosial
bimbang, berhati-hati dan tidak yakin apabila berhadapan dengan isu-isu etnik
dan perkauman yang berlegar dalam media sosial dan mereka juga belum
bersedia untuk menghalang atau mencegah penyebaran isu-isu etnik dan
perkauman dalam media sosial. masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan
peranan dalam menangani isu etnik dan perkauman yang semakin berleluasa di
media sosial.

Masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran kebertanggungjawaban dan
bertindak berdasarkan undang-undang. Jika merasakan sesuatu info yang tersebar
di media sosial adalah tidak betul dan menjatuhkan maruah seseorang, buatlah
aduan kepada pihak berkuasa atau melakukan demo secara aman supaya wujud
suasana positif dan memberi manfaat kepada masyarakat

17.

Langkah – Langkah Bagi Mengatasi Ketidakharmonian Antara Kaum

Bersikap Kekitaan

Dalam kehidupan seharian, kita hendaklah menunjukkan keikhlasan kita dalam
menjalin hubungan dengan jiran dan anggota masyarakat yang berbeza warna
kulit, kebudayaan dan agama. Dengan mengamalkan sikap kekitaan sesama kita,
kita sebenarnya mewujudkan satu suasana hidup yang baik dan boleh
menguntungkan kita semua di samping dapat memelihara soal keselamatan hidup
setempat. Kesediaan kita dalam mengamalkan sikap kekitaan ini akan menjadi
contoh yang baik kepada generasi muda hari ini dan mereka juga akan terdorong
untuk mengamalkannya. Hal ini tentunya akan dapat menjalin semangat
perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. Lama kelamaan
benteng prasangka dan prejudis yang bersarang di dada kita tentunya dapat
dirobohkan.

Bersifat Setia dan cinta akan negara

Setiap daripada kita hendaklah berbangga menjadi rakyat Malaysia tanpa
mengira warna kulit, bahasa dan kepercayaan. Semua rakyat perlu
mempertahankan nama baik negara dan berusaha untuk mengharumkan nama
negara. Dengan memiliki sikap berbangga sebagai rakyat Malaysia, kita akan
sentiasa berusaha mengekalkan hubungan kita dengan rakyat Malaysia yang lain,
walaupun berlainan kaum, kebudayaan dan kepercayaan. Pendek kata, sikap ‘di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ perlu diamalkan dan dijiwai
sepenuhnya.

Setiap daripada kita haruslah mempunyai sifat setia dan sayang akan negara
dengan menghormati dan menunjukkan taat setia kepada raja dan para pemimpin
negara. Selain itu, kita juga mesti sayang dan hormat kepada lambang-lambang
negara kita seperti Jalur Gemilang, Lagu Negaraku, Parlimen, Rukun Negara dan
institusi lain yang berkaitan. Elakkkan sikap yang boleh menghina, menjejaskan
dan menimbulkan provokatif terhadap lambang-lambang negara kita kerana ini
akan memperlihatkan sejauh mana sikap patriotisme kita sebagai warganegara
Malaysia.

18.

Menjadikan rukun negara sebagai panduan

Pematuhan terhadap peraturan, undang-undang dan rukun negara,
menunjukkan kita bersedia bersikap adil terhadap kaum lain dan menghormati
amalan dan kepercayaan mereka serta hak mereka untuk hidup di negara ini. Kita
hendaklah menunjukkan bahawa kita mahukan yang terbaik untuk kaum lain
sebagaimana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Hal ini akan mendorong
kita untuk lebih bersikap bertolak ansur dan cuba memahami hak kaum lain. Kita
tidak akan memperjuangkan hak untuk kaum kita semata-mata dengan menindas
atau membelakangkan hak yang sepatutnya turut diterima oleh kaum lain. Kita
juga akan sentiasa bersedia untuk berkongsi dalam sesuatu perkara yang
dibenarkan oleh budaya kita tanpa mengorbankan prinsip undang-undang dan
keadilan selaras dengan prinsip rukun negara.

Media massa memberi pendedahan kebudayaan dalam pelbagai etnik

Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga
memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu
peristiwa. Media massa ini pula perlu peka dalam menyampaikan sesuatu dasar,
lebih-lebih lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak
menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat,
masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam
melaksanakan sesuatu dasar.

Kesimpulan

Kesimpulannya,perpaduan antara kaum amat penting kerana ia dapat
mencegah negara daripada berpecah belah dan berlakunya rusuhan kaum seperti
peristiwa 13 Mei yang pernah melanda negara Malaysia pada suatu masa
dahulu. Peristiwa tersebut mengakibatkan banyak kecederaan serius,kehilangan
harta benda dan nyawa yang berpunca daripada rasa tidak puas hati antara kaum
Cina terhadap kaum Melayu berkaitan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu sebagai bumiputera. Justeru,
perpaduan juga mesti dicapai untuk menjamin keselamatan negara .Oleh kerana
itu,rakyat perlulah menghormati sensitiviti kaum lain seperti hal-hal
keagamaan,bangsa dan lain-lain. Ia dapat memelihara ekonomi dan politik
negara. Akhir sekali, peliharalah perpaduan untuk kebaikan agar negara sentiasa
aman dan dapat dijaga nama baiknya.

19.

Rujukan

➢ http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-
perpaduan.html

➢ https://etikaperpaduandimalaysia.blogspot.com/
➢ http://haeyba.blogspot.com/2019/12/karangan-spm-kepentingan-

perpaduan-kaum.html
➢ https://5ce5582a8d3b9.site123.me/blog-saya/karangan-kepentingan-

perpaduan-di-malaysia
➢ https://anyflip.com/vgxsy/xewt/basic

➢ https://www.academia.edu/36191761/Cabaran_Dan_Langkah_langka
h_Pihak_Kerajaan_Dalam_Mewujudkan_Perpaduan_Kaum_Serta_
Kepentingan_Pengekalan_Perpaduan_Di_Malaysia_Komunikasi_dan
_Penyiaran_Islam_e_Folio_

➢ https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-
perpaduan-kaum.html

➢ http://abqaryy.blogspot.com/2017/09/faktor-faktor-berlakunya-isu-
negatif.html

➢ http://meepawn.blogspot.com/2016/08/langkah-langkah-mengelakkan-
masalah.html

20.

Lampiran

21.

22.


Click to View FlipBook Version