Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN
(EDUP3073)
Disediakan oleh:
Nama: NORLAILATUL MUNIRAH BINTI ZOLDI
No. Kad Pengenalan: 010716-07-0290
2020192340010
Angka Giliran: F1
Kumpulan/ Unit
Nama Pensyarah: SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID
Tajuk Tugasan Projek:
Tarikh Penyerahan: PENULISAN AKADEMIK
12 MEI 2022
Tarikh Menerima Maklum Tarikh:
Balas Daripada Pensyarah
Penghargaan
Bismillahirahmanirahim…
Syukur alhamdullilah ke hadrat Allah swt kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya,
maka saya Norlailatul Munirah binti Zoldi, telah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus
Budaya Dalam Pembelajaran (EDUP3073). dengan jayanya. In shaa Allah, tugasan kerja
kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan
pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta iaitu, Puan Sharizan Binti Abdul Hamid kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya dapat membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu saya menyempurnakan tugasan ini terutamanya
pensyarah,ibu bapa dan rakan-rakan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama dalam
merealisasikan usaha untuk menyempurnakan tugasan ini.
Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau pun tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan..................................................................................................................... 1
2.0 Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya ................................................................................. 2
3.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya ............................................. 3
3.1 Aspek Fizikal ............................................................................................................... 3
3.2 Aspek Emosi ............................................................................................................... 4
3.3 Aspek Sosial................................................................................................................ 5
3.4 Aspek Sosial Linguistik ................................................................................................ 6
4.0 Rumusan ........................................................................................................................ 7
5.0 Rujukan........................................................................................................................... 9
1.0 Pengenalan
Kerja kursus ini merupakan kerja kursus Budaya Dalam Pembelajaran (EDUP3073). Era
globalisasi telah meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran rumit dan
moden. Perkembangan globalisasi ini sekali gus telah menunjukkan perubahan yang
besar terhadap pelbagai bidang khususnya pendidikan. Justeru itu, negara Malaysia tidak
terkecuali dalam menghadapi revolusi pembelajaran yang menuntut pembentukan sebuah
komuniti sekolah yang mampu melakukan perubahan bagi memantapkan sistem
pendidikan negara dari pelbagai aspek termasuklah integrasi nasional. Perubahan ini
tetap akan berlaku walaupun tidak disenangi kerana tuntutan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi pada masa kini (Fechter dan Horowitz, 1991).
Menurut Zuraidah Ab. Majid et al., (2014) integrasi nasional ini merupakan proses
merapatkan hubungan masyarakat di setiap lapisan rakyat walaupun berbeza latar
belakang, etnik dan kaum. Ini kerana integrasi nasional ini menunjukkan bahawa konsep
kepelbagaian budaya di negara adalah penting. Seperti mana yang kita maklum bahawa
budaya diertikan sebagai perkara yang mempunyai perkaitan dengan budi dan akal. Di
mana budaya ini mempunyai kesinambungan hebat dengan masyarakat daripada bentuk
idea pemikiran manusia kepada tindakan yang mencakupi hampir keseluruhan dimensi
kehidupan manusia. Jadi, perhubungan budaya yang harmoni mestilah
diimplementasikan dengan cara yang betul yakni guru menjadi ejen utama atau role-model
sebagai pendidik dalam menanamkan sifat sivik yang optimum dalam kalangan murid
serta menunjukkan telah yang baik dalam mewujudkan suasana kelas yang mesra
budaya.
Justeru itu, bagi mencapai Pelan Pembangunan Malaysia (2013-2025) ada
menekankan aspek perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Hal ini dapat dicapai
dengan interaksi dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Disebabkan itu, guru seharusnya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya. Di samping itu juga, usaha untuk mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) iaitu membolehkan semua murid mendapat akses pendidikan yang
berkualiti, terbaik dan memilik nilai moral yang tinggi serta bersatu padu,
peningkatankualiti dalam kalangan guru mestilah dititikberatkan supaya dapat
menjalankan PdP di dalam bilik darjah yang mesra budaya yang mendorong kepada
peningkatan prestasi dan penghasilan murid yang berkualiti. Ini kerana kemesraan budaya
ini diwarisi dari satu generasi ke generasi yang baru bagi mengekalkan kesinambungan
kebudayaan itu agar tidak lapuk dek zaman.
1
Tambahan pula, negara kita yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai bangsa
dan agama, penerapan nilai-nilai sivik dalam diri setiap individu adalah sangat penting
untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara kita. Oleh itu, guru mestilah
mengambil tindakan yang penting agar elemen mesra budaya dapat disemai di dalam
kelas semasa berlangsungnya sesi PdP bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan
positif dalam kalangan murid-murid serta meningkatkan kemesraan budaya. Dalam
penulisan ini saya akan mengujarkan dengan lebih lanjut mengenai bilik darjah mesra
budaya dan langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi,
sosial dan sosialinguistik.
2.0 Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya
Menurut Mok Soon Sang (2008), Persekitaran bilik darjah merupakan satu proses dimana
pembentukkan suatu dimensi pembelajaran serta usaha dalam mengekalkan iklim yang
kondusif bagi memastikan objektif yang ditetapkan itu tercapai. Bilik darjah ini mestilah
menjadi tempat yang paling seronok bagi murid-murid menjalankan rutin pembelajaran
secara kondusif sama ada secara formal atau informal. Seperti yang kita sedia maklum
bahawa bilik darjah ini merupakan satu struktur kelas yang terdiri daripada guru dan murid
yang melaksanakan proses PdP. Persekitaram bilik darjah ini mempunyai kesinambungan
di antara unsur-unsur fizikal dan juga unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Hal
ini kerana penglibatan kedua – dua unsur ini mampu membina dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang terbaik dan bermotivasi meskipun murid di dalam kelas berikut terdiri
daripada kepelbagaian etnik, budaya dan kaum. Hal ini sangatlah bertepatan dengan
konteks pendidikan di Malaysia di mana satu kelas itu terdiri daripada kepelbagaian etnik,
budaya dan kaum yang dapat mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya (Najeemah
Md. Yusof, 2006).
Justeru itu, Kemesraan juga wujud dan terjalin secara optimum kerana persefahaman
yang terbina di kalangan murid dan guru. Ini mampu menanamkan dan membina nilai-nilai
sivik di antara guru dan murid (Noraini Idris, 2009). Tambahan lagi, aspek kebudayaan
diterapkan secara langsung di dalam bilik darjah serta dapat diperluaskan. Ini kerana
setiap murid terdiri daripada pelbagai etnik, latar belakang dan kaum yang menjadi aspek
budaya ini meluas. Hal ini kerana budaya merupakan suatu amalan yang digunakan oleh
sekolompok masyarakat tertentu, jadi perkongsian dan kesinambungan yang harmoni dan
mesra terjalin secara optimum di dalam bilik darjah mesra budaya (Zuraidah Ab. Majid,
2014). Oleh hal yang demikian, guru mestilah memainkan watak utama dalam membina
bilik darjah mesra budaya ini. Ini kerana pengurusan bilik darjah yang mesra budaya
2
dapat melahirkan semangat kekitaan dalam kalangan murid yang berperanan sebagai
komuniti bilik darjah.
3.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
Menurut Abdullah Sani (2006) kecekapan dan kekreatifan pengurusan bilik darjah mesra
budaya seseorang guru berkait rapat dengan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dalam masa yang sama, pengurusana bilik darjah yang berkesan juga
mampu meningkatkan pencapaian akademik murid secara positif. Tambahan lagi,
pengurusan bilik darjah mesra ini bukan sahaja melibatkan pengurusan tingkah laku murid
malah merangkumi kualiti tindakan guru yang membantu mendorong ke arah
keberkesanan yang kompleks. Bagi mencapai keberkesanan ini, guru mestilah meneliti
setiap pengurusan langkah dari setiap aspek iaiti aspek fizikal, aspek emosi, aspek sosial
dan aspek sosial linguistik. Antara langkah pengurusan yang dapat dilaksanakan oleh
guru ialah ;
3.1 Aspek Fizikal
Pengurusan fizikal bilik darjah ini memapakan sejauh mana guru memiliki sikap
prihatin dan professional terhadap tugasanya sebagai pengurus bilik darjah yang
bijak dan sistematik. Tambahan pula, pengurusan bilik darjah ini perlu dijaga untuk
mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif (Zuraidah Ab.
Majid, 2014). Lalu, menurut Che Nidzam Che Ahmad et al (2014), aspek fizikal
dalam ruang pembelajaran perlu dirancang dengan baik kerana ia mencerminkan
idea, nilai, tingkah laku dan budaya yang diharapkan dalam ruang tersebut. Dalam
masa yang sama, Persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya
dapat menjamin keberkesanan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Justeru itu, guru perlulah bijak merancang persekitaran fizikal bilik darjah dengan
teliti kerana persekitaran fizikal bilik darjah yang bersesuaian dapat mendorong
suasana pembelajaran, penjanaan idea, nilai, sikap dan tingkah laku murid yang
mesra budaya.
Pertama sekali, guru hendaklah merancang susunan tempat duduk murid
dalam kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai taburan kaum yang sama
dengan kumpulan lain (Najeemah Yusof, 2006). Hal ini bagi memperbanyakkan
interaksi antara murid dan mewujudkan kerjasama yang baik antara mereka serta
berupaya meruntuhkan persepsi negatif dan sikap prejudis murid yang mungkin
3
timbul disebabkan oleh perbezaan kaum apabila mereka bekerjasama dan
mengenali antara satu sama lain. Tambahan pula, apabila mereka lebih banyak
berkomunikasi semakin meningkatlah semangat persahabatan antara mereka
dapat dipupuk. Selain itu, guru hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih
dan ceria dari pelbagai sudut di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, menurut Haliza
Hamzah et al, (2016), kelas yang ceria mampu meningkatkan semangat dan
motivasi murid untuk belajar dan seterusnya boleh meningkatkan prestasi murid.
Antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru menyusun meja dan kerusi
secara berkumpulan. Seterusnya, guru mula untuk menceriakan kelas
termasuklah menyediakan sudut budaya, sudut bacaan seperti sudut bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris atau sudut patriotik serta sudut multimedia iaitu guru
meletakkan sebuah komputer khas sekiranya sekolah berikut mempunyai
peruntukkan yang secukupnya. Selain itu juga guru perlu, mengemaskini papan
kenyataan kelas semua setiap sudut di papan pernyataan itu mempunyai unsur
ilmiah yang menjana pemikiran kognitif murid. Tambahan lagi, Sudut budaya
contohnya guru ingin menampal gambar perayaan di dalam bilik darjah, guru
haruslah memilih gambar yang mempunyai penglibatan semua etnik kaum utama
yang terdapat di negara kita. Ini dapat memupuk sikap keadilan dan
menghapuskan racisme.
Di samping itu, sudut bacaan ini memberi peluang kepada murid untuk
mempamerkan pelbagai bahan mengenai budaya etnik masing-masing seperti
pakaian, makanan dan permainan tradisional untuk diperlihatkan kepada rakan-
rakan yang lain sekaligus dapat mendedahkan murid-murid terhadap
kepelbagaian agama, adat resam dan kepercayaan kaum etnik di Malaysia.
Menurut Noriati A. Rashid, et.al (2017), pengurusan bilik darjah yang baik
seharusnya membolehkan murid meningkatkan ilmu pengetahuan melalui
pembacaan. Dengan itu, barulah bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan
3.2 Aspek Emosi
Menurut Noriati A. Rashid et al., (2014) berpendapat bahawa kanak-kanak
membuat pemerhatian terhadap tingkah laku, sikap dan reaksi yang berada di
sekelilingnya sewaktu berinteraksi. Ini kerana emosi kanak-kanak mudah
terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Pengurusan emosi amat penting dalam
pengurusan bilik darjah. Aspek emosi melibatkan perasaan murid terhadap guru
yang mengajar mereka. Ini kerana kali pertama murid berjumpa dengan guru
tersebut, mereka sudah mulai membina persepsi tersendiri sama ada guru itu
berikap autokratik atau sebaliknya.
4
Aspek emosi ini juga boleh dikaitkan dengan aspek kepimpinan kerana aspek
emosi dalam bilik darjah banyak dipengaruhi oleh guru. Hal ini kerana persepsi
dan pandangan murid terhadap guru dan pengajaran dan pembelajaran yang akan
dialami adalah disebabkan oleh gaya kepimpinan guru.
Guru mesti bijak dalam pengawalan perwatakan dan emosi kerana ini sangat
mempengaruhi emosi murid secara tidak langsung. Perwatakan guru seharusnya
mesra dan menyenangkan seperti penyayang, bertimbang rasa, lucu, tidak pilih
kasih, mengamalkan sikap demokrasi dan peramah kerana suasana emosi bilik
darjah yang mesra budaya biasanya ditentukan oleh guru yang mempunyai sifat
seperti berikut (Mok Soon Sang, 2008). Murid akan lebih menghormati guru yang
mempunyai perwatakan seperti ini dan hubungan mesra antara guru dengan murid
dapat dipupuk. Tambahan lagi, perwatakan adil guru ini mampu mendorong semua
murid tanpa mengira bangsa, latar belakang meningkatkan tahap pencapaian
akademik mereka kerana murid bersemangat dan murid tidak berasa kecil hati dan
sebagainya. Hal ini kerana, murid akan menyayangi guru yang melayani mereka
secara adil.
Misalnya, guru bersikap adil dalam memberi galakan, hukuman dan peluang
kepada murid tanpa diskriminasi dari segi agama, kaum dan bangsa. Perlakuan
guru akan menjadi contoh kepada murid. Sikap adil guru yang dipamerkan akan
diperhatikan, difahami dan seterusnya ditiru oleh murid-murid ketika berinteraksi
dengan rakan sekelas yakni mereka bersikap adil kepada rakan sekelas sama ada
ketika memberi pujian, menjatuhkan hukuman atau memberi peluang tanpa
mengira budaya, agama dan bangsa. Maka persekitaran sosioemosi yang mesra
budaya dapat diwujudkan Murid tidak akan tertekan dari segi emosi dan suasana
bilik darjah yang kondusif akan diwujudkan. Guru juga boleh memberikan motivasi
melalui peneguhan positif, memberi galakan, melibatkan pelajar secara aktif dalam
P&P seta mewujudkan komunikasi dua hala.
3.3 Aspek Sosial
Menurut Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan sosial kanak-kanak khususnya
adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas
terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak-
kanak. Sosial murid yang dimaksudkan ialah perhubungan dan corak interaksi di
antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Disebabkan mereka
terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya serta latar belakang yang
berbeza, maka mereka pasti mempunyai sifat yang berbeza-beza sama ada
terdapat pelajar yang aktif, pemalu, pendiam, malah terdapat juga murid yang tidak
5
bergaul dengan orang lain sama ada kerana mereka tidak mempunyai keyakinan
untuk menegur rakan mereka atau mereka sememangnya tidak gemar bergaul
dengan orang lain.
Dalam hal ini, guru perlu bijak mengatasi masalah sosial antara murid. Guru
bertanggungjawab dalam mewujudkan komuniti yang baik dalam kalangan murid
dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran yang memerlukan penglibatan
murid secara aktif dan memerlukan murid untuk berinteraksi sesama mereka.
Sebagai contoh, kaedah didik hibur. Didik hibur merupakan pembelajaran melalui
permainan dimana murid dapat bermain disamping mempelajari sesuatu. Guru
boleh mencipta permainan yang menarik, membentuk kumpulan dan permainan
tersebut memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan. Permainan yang
dilaksanakan perlu lah berada di bawah kawalan guru. Guru perlu memastikan
tiada murid yang tercicir dan semua murid perlu bergerak secara aktif dan
berupaya memperoleh sesuatu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Dengan itu, disamping berseronok, hubungan silaturahim antara
mereka dapat dieratkan dan interaksi antara murid dapat diwujudkan melalui
kerjasama semasa bermain.
Selain itu, guru perlu mewujudkan suatu komuniti pembelajaran dengan cara
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang saling prihatin, sayang menyayangi
daripada pelbagai kaum, mereka mempunyai rasa kepunyaan terhadap kelas dan
saling mempunyai rasa tanggungjawab dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan efektif di dalam kelas. Kesimpulannya, interaksi
antara murid amat penting bagi memastikan murid tidak bersikap rasis antara satu
sama lain. Interaksi yang baik akan membawa kepada kerjasama yang baik dan
sekaligus memudahkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Aspek Sosial Linguistik
Seperti yang diketahui, Malaysia terdiri daripada pelbagai masyarakat yang
mempunyai pelbagai etnik, budaya serta bahasa seperti Bahasa Iban, Kadazan,
Cina, India dan sebagainya. Secara tidak langsung, Malaysia terlibat dengan
sosiolinguistik. Sosiolinguistik berasal daripada gabungan sosio dan linguistik.
Bidang ilmu adalah perpaduan antara sosiologi dengan linguistik. Sosiolinguistik
adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang
perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.
Sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi
variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa
yang digunakan. Bahasa merupakan satu alat perhubungan dan perantaraan
6
sesuatu budaya manakala sosio bermaksud interaksi antara murid (Abd Rahim
Abd Rashid, 2001).
Sehubungan itu, Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan seperti
perbezaan bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan sebagainya. Jadi,
bahasa merupakan salah satu daripada cabaran guru untuk membentuk
perpaduan dalam kalangan murid. Hal ini kerana, bahasa merupakan alat
perhubungan, jika masalah ini tidak dapat diatasi, murid akan mengalami masalah
semasa berinteraksi dengan rakan mereka yang berlainan kaum. Murid tidak dapat
bergaul dengan baik sesama rakan yang berlainan kaum kerana tidak mempunyai
pendedahan mengenai bahasa yang digunakan rakan mereka. Malah, terdapat
juga murid yang kurang fasih berbahasa melayu menjadikan ianya satu cabaran
kepada guru dalam melaksanakan pengajaran. Oleh itu, pengurusan
sosiolinguistik yang dimaksudkan ialah peranan guru dalam mengatasi masalah
kepelbagaian bahasa dalam kalangan murid yang mempunyai perbezaan latar
belakang dari segi bangsa atau kaum etnik.
Salah satu cara untuk membina bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui
pertuturan. Dalam bilik darjah, penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai
bahasa penghantar boleh menjadikan interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih
lancar, perakar ini juga amat digalakkan jika kelas tersebut terdiri daripada murid
berbilang kaum. Interaksi dalam bilik darjah boleh dikukuhkan lagi apabila murid
mempunyai madah yang sama. Dengan berkomunikasi menggunakan bahasa
yang sama suasana kelas yang mesra budaya akan wujud. Selain itu, guru juga
boleh mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, dan budaya dalam kelas.
Guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik yang
terdapat di Malaysia sebagai sumber pengajaran. Tambahan lagi, melalui
pembelajaran bahasa kebangsaan serta Bahasa lain dari pelbagai kaum etnik ini,
guru boleh mencipta pelbagai aktiviti dan projek yang menguji kreativiti murid,
menyeronokkan serta memberi manfaat kepada murid. Kesimpulannya,
penggunaan bahasa yang sama untuk berkomunikasi amat penting bagi
mewujudkan perpaduan yang kukuh dalam kalangan murid.
4.0 Rumusan
Secara ringkasnya, dengan wujudnya pelbagai etnik dan kaum di negara kita, pengurusan
bilik darjah yang mesra budaya akan mewujudkan suasana yang harmoni dan damai. Jadi,
semua usaha guru untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya boleh dilaksanakan
dalam pelbagai langkah termasuklah daripada pengurusan aspek fizikal, emosi, sosial dan
juga sosiolinguistik. Guru yang komited dan berdedikasi dalam melaksanakan
7
pengajarannya, pasti akan berjaya mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya
walaupun muridnya terdiri daripada berbilang kaum dan latar belakang keluarga yang
berbeza. Bilik darjah yang mesra budaya amat penting bagi merealisasikan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang memberi fokus terhadap
perpaduan sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan negara. Bilik darjah mesra
budaya dilihat sebagai medium yang efektif dalam menjayakan hasrat murni ini di samping
menyediakan murid ke era globalisasi masa kini. Justeru itu, para guru hendaklah proaktif
dalam memastikan konsep bilik darjah mesra budaya ini dapat direalisasikan dan
melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global.
8
5.0 Rujukan
Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Menghadapi Perubahan Dan Cabaran Alaf Baru.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Publications &
Distributors.
Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod dan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017).
Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan
Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 77-88.
Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd
Hairy Ibrahim. (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap
Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 56-78.
Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan Kognitif: Teori Jean Piaget. Jurnal Perkembangan
Kognitif, 24-33.
Fechter, W.F., & Horowitz, R. B. (1991). Visionary leadership needed by all managers.
Industrial Management, 2-5.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah
Laku. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran.Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Najeemah Md Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. PTS Professional.
Norfaezah Mohd Hamidin & Hasliza Talib. (2018). Kesepaduan Sosialbudaya Dalam
Kesepaduan Masyarakat Majmuk . Kolej Universiti Islam Selangor.
Noraini Idris & Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran. McGraw-Hill.
9
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Hernald Printers Sdn. Bhd.
Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan Guru Dan Ibu Bapa Merangsang Perkembangan
Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Bermain. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Salawati Yahya. (2018). Guru Sebagai Suri Teladan Pelajar. Media Permata:
https://mediapermata.com.bn/guru-sebagai-suri-teladan-pelajar/
Syed Ismail dan Ahmad Subki. (2012). Budaya Dan Pembelajaran. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Zuraidah Ab. Majid, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad. (2014). Budaya Dan Pembelajaran. Oxford Fajar.
10