TOKOH- TOKOH
KEMERDEKAAN DI
MALAYSIA
BUKU SKRAP INI MENGENAI TOKOH
PEJUANG MALAYSIA:
TOK GAJAH
Buku skrap ini disediakan oleh :
Muhammad Zarifh Haziq Bin Zailani
PENDAHULUAN
Tok Gajah merupakan pilihan saya untuk
menghasilkan buku skrap. Tokoh terbilang
ini mempunyai peranan yang sangat
besar untuk memerdekakan Tanah
Melayu daripada penjajah.
Dengan adanya buku skrap ini, saya
dapat memahami kesusahan yang
dihadapi untuk memerdekakan Tanah
Melayu.
BIODATA DIRI
Nama : Muhammad Zarifh Haziq Bin Zailani
Umur : 14 Tahun
Tarikh lahir : 14.11.2007
Tempat lahir : Hospital Daerah Hulu Terengganu
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara
Pasong
Hobi : Bermain bola sepak dan bermain permainan
dalam talian
Cita - cita : Usahawan yang berjaya
BIODATA TOKOH
Nama : Rasul Abdul Salam Bin Shahrom
Gelaran : Orang Kaya Indera Gajah Pahang (Tok
Gajah)
Tahun kelahiran : Tahun 1845 Dong, Raub
Tahun kematian : Tahun 1901
RASIONALISASI
PEMILIHAN TOKOH
Saya memilih Tok Gajah kerana :
Tok Gajah Merupakan Pahlawan
Terbilang.
Hebat Dalam Memimpin.
Merupakan Penasihat Utama Sultan
Ahamd Muazzam Shah iaitu Sultan
Pahang.
KELEBIHAN TOKOH
Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang
berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai
ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti ke
Kangsa, kawasan Pedah ke Tanjung Lindung
dan Lambahan sungai Budu di Lipis.
Kedudukan setaraf dengan Orang Besar
Empat dan Orang Besar Berlapan di Pahang
Beliau mempunyai semangat perjuangan
yang gigih serta sanggup berdepan dengan
askar-askar Inggeris yang lengkap
bersenjata.
BUKTI KREDIBITI TOKOH
Tok Gajah merupakan ketua pasukan
pemberontak dalam penentangan
terhadap penjajah British dan Sultan,
bersama Datuk Bahaman dan pejuang-
pejuang sezamannya yang dipimpin oleh
Tok Ku Paloh pada tahun 1893/1895.
Tok Gajah sanggup menghadapi askar-
askar British yang lengkap bersenjata
ketika bertindak menghalau penjajah
British yang hendak merampas
pemerintahan negeri Pahang.
Salah seorang pahlawan yang terlibat
dalam mematahkan pemberontakan
Pahang antara tahun 1891 hingga tahun
1895.
BUKTI KREDIBITI TOKOH
Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara
Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja
Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini
disebabkan perselisihan antara Maharaja
Perba dengan Bendahara. Beliau pernah
diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan
khidmat peguam sebagai penasihat Sultan
Ahmad.
Beliau berperanan dalam membantu
perjuangan Dato Bahaman dalam menawan
Balai Polis Lubuk Terua yang berada di bawah
kuasa British.
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
Peranan Tok Gajah juga terserlah dalam
menawan Kuala Tembeling. Peristiwa ini
bermula pada akhir 1892 apabila orang
melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk
Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah di
Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan.
Mat Kilau dan Tok Gajah membawa 100
pengikut untuk menyerang Inggeris di
Kuala Tembeling dan mendirikan kubu di
Jeram Ampai pada tarikh 14 Jun 1894.
JASA DAN SUMBANGAN
TOKOH
Idea untuk menentang British secara besar-
besaran antara salah satu peranan terpenting Tok
Gajah. Sebelum melakukan penentangan ini, Tok
Gajah mengadakan satu pertempuran dan dalam
pertempuran itu, semua pembesar lain bersumpah
menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad.
Mengikut cadangan Tok Gajah, serangan akan
dilaksanakan secara serentak.
Tok Gajah juga berperanan dalam membantu
Sultan Ahmad dalam perang saudara.
Gelaran “Imam Perang Indera Gajah Pahang” telah
dikurniakan oleh Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah
(Pengasas Kesultanan Melayu Pahang Moden,
1882-1914M) kepada Imam Perang Rasu sesudah
beliau menunjukkan kepahlawanannya dalam
Perang Selangor (November, 1873M).
PENUTUP
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat
Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya
saya berjaya menyiapkan buku skrap ini.
Saya berharap akan dapat menghayatii
sejarah secara empati untuk membentuk
jati diri yang mantap dan memiliki
pemikiran yang lebih terbuka.