The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by riamnahbulan, 2021-04-15 23:00:29

Seronoknya Bermain !

Seronoknya Bermain !

Seronoknya
Bermain !

Penulis : Riamnah binti Bulan

Berdekatan dengan taman
perumahan kami, terdapat
sebuah taman permainan
yang indah. Setiap petang,
saya dan rakan-rakan akan
berkumpul dan bermain di
taman permainan tersebut
dengan ceria.

Angin bertiup dengan
sangat kencang. Aku
mengambil keputusan
untuk bermain layang-
layang. Layang-layang
tersebut terbang dengan
tinggi sekali akibat tiupan
angin itu. Aku berasa
sangat gembira.

Tidak jauh dari tempatku
bermain, kelihatan seorang
budak lelaki sedang menangis
menahan sakit. Kakaknya
sedang mencuba untuk
memujuk adiknya dengan
menghulurkan sebiji bola.

Kelihatan juga mereka
telah membina sebuah istana
pasir yang sangat kemas.

Aku segera menghampiri mereka untuk bertanya langsung
berkaitan hal yang telah terjadi. “ Adik saya telah terjatuh
ketika berlari untuk mengambil bola ini ”, kata budak
perempuan itu kepadaku. Kemudian, aku pun memeriksa
keadaan kakinya dengan cepat kerana bimbang sekiranya
terdapat luka.

Aku membawa mereka
berdua berehat di bawah
pokok yang renek untuk
berteduh. Kami saling
berkenalan antara satu
sama lain. Aku berasa
gembira kerana dapat
berkenalan dengan
mereka.

Tanpa disedari, hari pun hampir
gelap. Kami mengambil keputusan
untk pulang ke rumah masing-masing.
Kami berancang untuk berjumpa lebih

awal pada esok hari agar dapat
bermain bersama-sama. Sebelum
berpisah, aku memberi mereka gula-
gula yang berbentuk bulat dan
berwarna pelangi yang dibekalkan oleh
ibuku sebelum aku keluar bermain.

TAMAT

GLOSARI KATA ADJEKTIF

JENIS KATA ADJEKTIF CONTOH DALAM CERITA

Sifatan atau Keadaan indah, ceria, sakit, gelap

Ukuran Renek

Bentuk Bulat

Waktu Awal

Jarak Jauh

Cara Cepat, kencang

Perasaan Gembira,


Click to View FlipBook Version