The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rusfaazurafadlilah73, 2020-11-30 04:03:34

PANDUAN MENULIS KARANGAN (Siri 1)

PENGAJIAN AM SEMESTER 1

1

PANDUAN PENULISAN ESEI STPM PENGAJIAN AM

BAHAGIAN C (ESEI)
TULIS 2 KARANGAN = 50 MARKAH (25 MARKAH/ESEI)

Prapenulisan.

1. Memilih soalan/tajuk – penting – Masa 2 minit.
a. Baca setiap soalan dengan teliti
b. Pilih soalan yang sesuai dan mudah/senang
c. Dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5 isi
d. Esei yang pernah diajar/dibuat
e. Pemahaman, pengetahuan dan keupayaan pelajar untuk
mengembangkan isi

2. Menganalisis soalan/Tajuk – 2 minit
a. Bentuk soalan – tertutup atau terbuka

b. Mengenalpasti isu/tema soalan
i. Apa isu/tema – konsep, istilah dan
sebagainya seperti jenayah, vandelisme,
biodiversiti, aeroangkasa, dan sebagainya.

c. Mengenalpasti kata kunci soalan/ Fokus Soalan.
i. Skema/kombinasi Jawapan atau kehendak
tugasan/soalan

2

1. Satu kata kunci
2. Dua kata kunci
ii. Bandingan ( 2 isu bandingan)

3. Skop isu – lokaliti tempatan (masyarakat/negara-P1/2
/antarabangsa -P3)

4. Merangka Isi karangan – 3 minit
a. Kepentingannya:
i. Mengelakkan kebuntuan/ keputusan idea semasa
menulis
ii. Penyusunan isi mengikut keutamaan
iii. Mengelakkan pengulangan isi
iv. Dapat mencari contoh dengan segera supaya tidak
terlupa

5. Penulisan lengkap – 30 minit

6. Semak bahasa dan struktur ayat – 3 minit

Masa penuh penulisan karangan = 40 minit

3

MENGANALISIS SOALAN DAN MENGENAL PASTI ARAHAN
(KATA KUNCI) DAN ISU

KONSEP ASAS

1. Setiap karangan mesti mempunyai pendahuluan dan
kesimpulan tetapi buat secara ringkas. Pendahuluan dan
kesimpulan karangan tidak menyumbangkan markah secara
langsung, namun demikian karangan yang tidak
mempunyai pendahuluan atau kesimpulan markah impak
akan dipotong.

2. Karangan dibuat tidak melebihi 400 patah perkataan
walaupun dalam arahan hanya dinyatakan 300 patah
hingga 350 patah perkataan.

3. Karangan yang melebihi jumlah tersebut, bakinya tidak
akan dinilai dan secara automatik karangan tersebut tidak
mempunyai kesimpulan. Akibatnya markah impak akan
dipotong. Namun dibimbangi karangan yang tidak dibaca
tadi mempunyai idea dan hujahan yang lengkap dan
keadaan ini akan merugikan calon.

4. Setiap karangan perlu di jawab dalam tempoh 30 hingga
35 minit. Dan 5 minit lagi untuk penyemakan.

5. Calon tidak dibenarkan mengulang idea dan huraian.

4

IDEA /ISI = 2 markah

HUJAHAN/ HURAIAN 1 = 1 markah

HUJAHAN/ HURAIAN 2 = 1 markah

Jumlah = 4 markah X 5 idea/perenggan = 20 markah

+ Impak (pendahuluan/kesimpulan/keseluruhan) = 1 markah

+ Bahasa = 4 markah

25 markah

6. Karangan pengajian Am amat mementingkan maklumat
bukannya bahasa. Walaupun bahasa calon amat baik tetapi
jika semua idea tidak relevan (TR), maka karangan tersebut
dianggap menyeleweng. Namun jika karangan mempunyai
bahasa yang buruk tetapi masih boleh difahami, markah
idea dan hujahan , masih boleh diperoleh tetapi hanya
markah bahasa sahaja yang rendah.

7. Idea minima ialah 5 idea dan maksima tidak ditentukan
(walaubagaimanapun pelajar disarankan tidak meulis lebih
daripada 6 idea). Namun jika idea diberi melebihi 5 idea,
maka idea yang menyumbangkan markah hujahan terbaik
akan dipilih.(tertakluk kepada perubahan dalam soalan yang
diberikan oleh MPM dari semasa ke semasa)

5

Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak
soalan:-

A) Isu - apakah isu yang diutarakan dalam soalan.
kegagalan memahami isu soalan akan
menyebabkan karangan calon lari daripada tajuk
soalan.

B) Fokus Soalan - merujuk kepada perkara yang
ditanya dalam soalan sama ada satu fokus atau dua
fokus.

C) Skema - asas skema hanya ada 2 iaitu 5+0 dan
3A+2B@2A+3B. Skema 5+0 bermakna hanya ada
satu fokus soalan dan skema 3A+2B@2A+3B
bermakna ada dua fokus soalan.

6

KAEDAH MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN KARANGAN

1 KARANGAN 1
ALIRAN

1.0 Karangan satu aliran terbuka (5 + 0) = soalan
direct/gunakan idea yang besar.

Contoh soalan:

Golongan Orang Kurang Upaya sering
dipinggirkan dalam pelbagai aspek (AYAT 1).
Huraikan faktor yang menyebabkan
berlakunya keadaan ini? (AYAT 2)

Analisa
Ayat pertama sebagai penyataan sementara ayat
kedua ialah kehendak soalan.

Isu – Golongan Orang Kurang Upaya
Fokus Soalan (FS) – Faktor
Skema Jawapan : ( 5 idea faktor ( 5 + 0 )

7

Contoh idea :Sikap negatif Orang Kurang Upaya itu
sendiri.
Sikap masyarakat yang tidak perihatin

1.1 Karangan 1 aliran tertutup (5 + 0)= gunakan idea yang

kecil

Contoh soalan:

Sikap negatif Orang Kurang Upaya itu sendiri menjadi
penentu mereka sering dipinggirkan dalam pelbagai aspek.
Ulaskan penyataan ini.

Analisa
Calon hendaklah memikirkan 5 sikap negatif Orang Kurang
Upaya yang menyebabkan mereka dipinggirkan.

Isu – Orang Kurang Upaya
Fokus Soalan (FS) – Sikap negatif OKU
Skema Jawapan: ( 5 idea sikap negatif OKU- (5 + 0)

Cmoanluto, hsikidaepa : Sikap tidak yakin kepada diri sendiri, sikap
memencilkan diri, sikap merendah diri

8

1.2 Karangan satu aliran dengan 1 idea percuma (1+4)

Contoh soalan:

Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (IDEA 1
DIBERI) menjadi faktor mereka dipinggirkan, namun masih
terdapat faktor-faktor (IDEA 2,3,4,5) yang lain. Bincangkan.

Analisa
Calon dikehendaki mengambil faktor yang diberi dalam soalan
dan memikirkan 4 lagi faktor yang lain.

Isu – Orang Kurang Upaya
SFokkeumsaSJoaawlaanp(aFnS): (–1Faidketaord-ifbaekrtio+r 4OKidUeadilpaiinng(gi1rk+an4)

9

1.3 Karangan 1 aliran yang menggunakan pernyataan
bukan hanya atau bukan sahaja ( 1 + 4)

Contoh soalan:
Karenah birokrasi institusi kewangan (idea 1) bukan sahaja/
bukan hanya menjadi faktor peminjam menggunakan
perkhidmatan along, namun terdapat faktor lain (idea
2,3,4,5) yang menyebabkan wujudnya masalah tersebut.
Ulaskan penyataan ini.

Analisa
Calon dikehendaki mengambil idea dalam soalan dan
memikirkan 4 idea lain.

Isu – Perkhidmatan Along
Fokus Soalan (FS) – Faktor peminjam menggunakan
perkhidmatan Along
Skema Jawapan: ( 1 idea faktor telah diberi + 4 faktor
lain( 1 + 4)

Contoh idea – Karenah birokrasi institusi kewangan (idea
wajib tulis)

Mudah mendapat pinjaman/ prosedur yang
mudah

10

1.4 Karangan 1 aliran yang menafikan idea pertama
dengan perkataan bukan dan diikuti arahan seterusnya
(5+0)

Contoh soalan:

Promosi yang meluas bukan faktor pengguna menggunakan
sesuatu perkhidmatan namun terdapat faktor lain yang
mewujudkan keadaan tersebut. Bincangkan

Analisa
Calon tidak boleh mengambil idea yang diberi dalam soalan
kerana idea tersebut telah dinafikan. Oleh itu, calon mesti
memikirkan kelima-lima idea lain yang sesuai.

Isu – Penggunaan Perkhidmatan
Fokus Soalan (FS) – faktor penguna menggunakan sesuatu
perkhdimatan.
Skema Jawapan : ( 5 idea faktor ( 5 + 0) – tapi idea yang

diberi dalam soalan tidak boleh di gunakan.

11

2.0 Karangan 2 aliran

2.1 Soalan 2 aliran yang mempunyai satu isu tetapi
mempunyai dua kata kunci (3 + 2)

Contoh soalan:

Penggunaan teknologi pengklonan secara beretika akan
membawa kebaikan, namun, pengaplikasian secara tidak
bermoral akan membawa bencana. Bincangkan

Analisa
Soalan ini mempunyai satu isu iaitu pengklonan tetapi
terdapat dua kata kunci soalan iaitu kebaikan dan
keburukannya. Calon mesti memberi idea 3 + 2/ 2 + 3.

Isu – Teknologi Pengklonan
Fokus Soalan (FS) – Kebaikan + keburukannya (bawa bencana)
Skema Jawapan: 2 atau 3 idea kebaikan + 3 atau 2 idea
keburukan ( 3+2 / 2 + 3)

12

2.2 Soalan 2 aliran yang mempunyai dua isu tetapi
mempunyai satu kata kunci ( 3 + 2)

Contoh soalan:

Penggunaan baja kimia dalam pertanian membawa kebaikan
namun penggunaan baja asli juga tidak dinafikan
manafaatnya.

Analisa
Soalan ini mempunyai dua isu iaitu baja kimia dan baja asli
tetapi mempunyai satu kata kunci iaitu kebaikan. Oleh itu,
calon mesti memberi 3 kebaikan baja kimia dan dua kebaikan
baja asli.

IFsouk–us BSaojaalaknim(FiaS)d–anKbeabjaaikaasnli dalam pertanian
Skema Jawapan : 3 atau 2 kebaikan baja kimia dan 2 atau 3
kebaikan baja asli ( 3 + 2/ 2 + 3)

13

3.0 Soalan perbandingan ( 5 +
0)
Contoh soalan :

Perkembangan Pertanian moden amat pantas namun
pertanian tradisional masih menjadi pilihan rakyat di luar
bandar. Bincangkan perbezaan antara kedua-duanya.

Analisa
Calon perlu memikirkan elemen yang sama sebelum
membuat perbezaan antara kedua-duanya. Sebagai contoh
elemen penggunaan alat dan perbezaannya ialah pertanian
moden menggunakan alat jentera tetapi pertanian
tradisional menggunakan haiwan. Calon tidak perlu menulis
persamaan antara kedua-dua jenis pertanian ini.

14

4.0 Soalan rasional

Contoh soalan:

Pihak kerajaan telah melanjutkan usia persaraan kakitangan
kerajaan menjadi 58 tahun. Bincangkan rasional kerajaan
bertindak demikian.

Analisa
Rasional dan matlamat amat berbeza dan bercanggahan
antara satu sama lain. Matlamat berkisar kepada kesan
perkara tersebut dilaksanakan tetapi rasional berkisar
kepada mengapa perkara tersebut dilaksanakan.

Contoh idea:

Matlamat – dapat memberi peluang kepada kakitangan
awam rendah menanggung kos perbelanjaan keluarga
yang masih besar.

Rasional – kerana ramai penjawat awam yang susah
selepas bersara disebabkan masih menanggung kos
perbelanjaan keluarga.

15

CONTOH PENANDA WACANA DALAM KARANGAN

16


Click to View FlipBook Version