ETIKA PENGHAYATAN DAN PERADABAN
MPU21032
PENSYARAH
AIDAH BINTI R5USLAN
PERMASALAHAN YANG DIBAHAS
HURAIKAN HUBUNGAN ANTARA PERLEMBAGAAN DAN
WARGANEGARA YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI ETNIK
ATAU KOMUNITI
JELASKAN PERANAN KONTRAK SOSIAL DAN KEPENTINGANNYA
DISEDIAKAN OLEH
KAMI
Persoalannya Jawapannya
Huraikan hubungan antara Maksud perlembagaan
perlembagaan dan Maksud warganegara
warganegara yang terdiri Maksud etnik
daripada pelbagai etnik atau Hubungan antara ketiga-tiganya
komuniti Contoh isu yang berkait rapat
Apakah peranan dan Huraian
Kepentingan kontrak sosial Tujuannya
Isi kandungan
HURAIKAN HUBUNGAN
ANTARA PERLEMBAGAAN DAN
WARGANEGARA YANG
TERDIRI DARIPADA PELBAGAI
ETNIK ATAU KOMUNITI
Berdasarkan pernyataan diatas apa itu
perlembagaan ?
• Perlembagaan adalah sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuk,
struktur atau tata, kegiatan, sifat dan peraturannya yang utama. Ia
digubal dalam bentuk undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan
oleh seorang penguasa (baik seorang raja, maharaja atau sultan) lalu
digunakan secara meluas dalam penggubalan undang-undang berkanun -
undang-undang jenis ini adakalanya digubah mengikut kerelevanan dengan
ketua agama contohnya ulama’(islam) dan paus(kristian)
• Terdapat organisasi-organisasi yang biasanya menggunakan konsep
perlembagaan ini.Contohnya kerajaan-kerajaan,badan-badan kerajaan
persatuan-persatuan sukarela,kesatuan sekerja,parti-parti politik dan
syarikat-syarikat
Apa itu warganegara ?
• Definisi warganegara ialah rakyat sesebuah negara yang
terdiri daripada penduduk asli tempatan(bumiputera) atau
orang asing yang telah diterima menjadi rakyat mengikut
undang-undang yang sedia ada.
• Terdapat hak istimewa bagi kewarganegaraan seseorang
dalam negara tersebut misalnya di malaysia , warganegara
nya dapat hak kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun
dan pergerakan, kebebasan beragama dan kebebasan politik
Apa itu etnik ?
• Kelompok etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan
diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar
mahupun yang dianggap. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan
kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat
seperti budaya, bahasa, agama, dan tingkah laku
• Salah satu contoh sikap kelompok etnik prejudis iaitu berpandangan
negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak
berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara
terbuka
Jadi apakah hubungan antara perlembagaan dan warganegara yang terdiri
daripada pelbagai etnik atau komuniti ?
• Hubung kait antara keduannya,perlembagaan ialah peraturan dan
undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan
pembahagian kuasa antara badan pemerintah. Menurut profesor
A. V. Dicey menyatakan perlembagaan menentukan pengagihan
kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Di negara kita,
perlembagaan menjadi rujukan bagi pemerintahan negara.
Perlembagaan bertujuan untuk memastikan wujudnya keamanan
antara ahli masyarakat berpandukan peraturan-peraturan yang
menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat. Malaysia
mengambil model parlimen jenis westminister daripada
perlembagaan british. Perlembagaan perseketuan diklasifikasikan
kepada perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis
• Perlembagaan di Malaysia bermula apabila Malayan Union dibubarkan pada 1 April
1946 setelah mendapat tentangan orang melayu, satu perjanjian baru telah
ditandatangani. Seterusnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah
digubal dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948. Kemudian Suruhanjaya
Perlembagaan Baharu Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid dibentuk sebagai
syarat mendapatkan kemerdekaan. Pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan
telah berkuatkuasa bersempena dengan pengisytiharan kemerdekaan.
• Perlembagaan Persekutuan 1957 menjadi asas pembentukan Perlembagaan
Persekutuan pada 16 September 1963 dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda beberapa kali sehingga tahun
1988. Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian di antara kaum Melayu dengan
kaum bukan Melayu di Malaysia.. Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai
sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti
yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Kontrak sosial ini diwujudkan
supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Bagaimanapun,
kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat
berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan
itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan
Perikatan dalam pilihan raya 1955. Ia telah dipersetujui oleh wakil-wakil kaum
semasa pembentukan negara Malaysia dahulu dan kini merupakan sebahagian
daripada perlembagaan Malaysia
CONTOH ISU-ISU YANG BERKAIT RAPAT ANTARA PERLEMBAGAAN DAN
KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA
PERKARA 3 Kesamarataan & hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan
PERKARA 8 istimewa orang melayu dan seumpamanya
PERKARA 10
PERKARA 11 Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja-raja, islam, orang melayu,
PERKARA 14 kewarganegaraan & seumpamanya
PERKARA 89
PERKARA 150 Kebebasanberagama; kebebasan mengamalkan ajaran agama lain dalam mana-mana bahagian
PERKARA 152 persekutuan serta beberapa peruntukan pencegahan yang berkaitan.
Peruntukan mengenai kewarganegaraanyang boleh diperoleh melalui beberapa cara serta peruntukan
berkaitan perlucutan kewarganegaraan
Kuasa majlis raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan
raja-raja melayu, orang melayu, islam & bahasa melayu
Kedudukan mahkamah syariah. •Mahkamah bidang kuasa sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa
dalam bidang kuasa mahkamah syariah
Kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain
menggunakan bahasa mereka.
Kedudukan istimewa orang-orang melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain
APAKAH PERANAN
DAN
KEPENTINGAN
KONTRAK SOSIAL
• Pada umumnya, kontrak sosial mempunyai kepentingannya sendiri.
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial
penting untuk mewujudkan masyarakat yang kental dan kukuh
berasaskan kesedaran terhadap kepentingan nilai saling
memahami, menghormati dan bertolak ansur. Oleh itu, kontrak
sosial merupakan semangat dalaman yang kepentingannya tidak
semata-mata dapat dihujahkan melalui perundangan dan
perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi sejarah. Sehubungan itu,
rakyat Malaysia khususnya generasi kini perlulah mengambil berat
akan sejarah negara kita
• Kontrak sosial ialah persetujuan yang dicapai sebelum negara
mencapai kemerdekaan dalam kalangan para pemimpin
Melayu. Cina dan India dan parti yang diwakili oleh mereka
iaitu, UMNO,MCA dan MIC. Kontrak sosial juga harus
dianggap sebagai persetujuan kaum, bukan hanya pemimpin
atau kumpulan elit tertentu sahaja. Permuafakatan itu
mendapat sokongan rakyat yang dibuktikan dengan
kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Oleh hal yang
demikian itu, rakyat perlu benar-benar memahami fakta
sejarah bahawa kontrak sosial yang dicapai itu sebenarnya
melalui proses muafakat dan musyawarah. Melalui
persefahaman dan permuafakatan yang dicapai melalui
kontrak sosial, barulah kita berjaya membentukkan negara
Malaysia. Jelas di sini, kontrak sosial merupakan asas penting
perpaduan dan permuafakatan dalam kalangan penduduk
berbilang kaum di negara kita
Tujuan kontrak sosial adalah untuk
• Menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok
masing - masing.
• Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti diambil kira
tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
• Memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi
turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi
kepentingan yang berpanjangan
• Memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan
menyampaikannya kepada generasi seterusnya agaria tidak
bercanggah pada masa depan
Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia
• Orang melayu menerima dan mengiktiraf orang cina dan india
sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip jus soli).
• Orang cina dan india mengiktiraf bahasa melayu sebagai
bahasa persekutuan.
• Orang cina dan india mengiktiraf agama islam sebagai agama
persekutuan
• Orang cina dan india mengiktiraf kedaulatan raja - raja
melayu
• Orang cina dan india mengiktiraf hak keistimewaan orang
melayu
kesimpulannya
Sejarah merupakan satu disiplin ilmu yang memainkan peranan penting kerana melalui
pengetahuan sejarah membolehkan kita mengetahui latar belakang sesuatu masalah,
tindakan dan isu dengan tepat dan benar. Melalui sejarah kita akan dapat mengetahui dan
memahami latar belakang negara ini dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa
yang pernah terjadi di negara kita. Sayangnya, generasi muda kini termasuklah pelajar di
institusi pengajian tinggi yang menjadi subjek kajian rata-rata tidak memandang sejarah
sebagai satu diisiplin ilmu apatah lagi untuk memahami isu kontrak sosial. Oleh itu, tidak
hairanlah mereka begitu kritis dan semakin berani memperkatakan isu kontrak sosial
secara terbuka melalui media massa apatah lagi apabila isu ini dicetuskan oleh ahli politik
yang mempunyai agenda tersendiri beberapa tahun yang lepas. Persoalan yang timbul ialah,
adakah kerana kejahilan mereka terhadap fakta sejarah, kejahilan mengenai kandungan
perlembagaan atau pengaruh globalisasi yang mengglobalkan faham liberalisme dan faham
kesaksamaan?. Justeru, strategi pengajaran berpusatkan pelajar adalah penting supaya
mereka berfikiran kritis, kreatif dan ikhlas menjunjung hasrat murni negara demi
mewujudkan negara yang harmoni.