( F5 BAB 1.3.4 )
Nama : Wong Kong Yong
Kelas : 5 Yellow
Perbelanjaan kerajaan boleh dibahagikan kepada 2 jenis
IAITU:
1.)Perbelanjaan Mengurus
2.)Perbelanjaan Pembangunan
1.Perbelanjaan Mengurus
Perbelanjaan mengurus ialah belanja semasa kerajaan yang berulang setiap
tahun untuk membolehkan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar.
Contoh Perbelanjaan Mengurus
1.Pemberian Subsidi
Bayaran kerajaan kepada pengeluar untuk menurunkan harga barang
dan perkhidmatan dalam pasaran .(Cth: Pemberian diskaun untuk pengguna elektrik.)
2.Emolumen
Bayaran gaji dan upah kepada kakitangan kerajaan.(Peruntukan perbelanjaan
yang terbesar .)
3.Bayaran Khidmat Hutang
Bayaran balik pokok dan faedah secara ansuran bagi menjelaskan hutang
dalam satu atau luar negara.
4.Bekalan Dan Perkhidmatan
- Belanja Atas pembaikan harta barang jabatan kerajaan dan belanja
kerajaan pegawai kerajaan.
-Betujuan untuk mengekalkan mutu perkhidmatan dan kemudahan awam
kerajaan .
( Jalan Raya ) ( Sekolah ) ( Hospital )
5.Biasiswa Dan Dermasiswa Dan Bantuan Kerajaan
-Pemberian wang kepada murid-murid sekolah dan pelajaran universiti
di dalam dan luar negara.
6.Pencen Dan Ganjaran
-Pencen ialah pembayaran bulanan kepada pegawai kerajaan yang telah
bersara
-Ganjaran ialah bayaran sekali sahaja kepada pegawai kerajaan yang
telah bersara .
7.Pemberian Dan Serhan Kepada Kerajaan Negeri
- Jumlah pemberian kepada setiap kerajaan negeri mengikut bilangan
penduduk dalam negeri.
- Sebahagian besar belanja digunakan untuk penyelengaraan jalan raya.
2.Perbelanjaan Pembangunan
Perbelanjaan pembangunan merujuk kepada perbelanjaan pelaburan
kerajaan atas projek-projek pembangunan ekonomi negara yang dapat
meningkat pembentukan modal negara.
Matlamat Perbelanjaan Pembangunan
1. Mengikat pembentukan modal negara.
2. Meningkat guna tenaga.
3. Meningkat pendapatan negara.
4. Meningkat taraf hidup rakyat.
Perbelanjaan Pembangunan Ada 4 Jenis
1. Sektor Keselamatan
- Belanja untuk membeli alat pertahanan , kem tentera dan membina balai
polis.
- Subsekror ini termasuklah : Pertanahan dan keselamatan negeri.
2. Sektor Perkhidmatan Ekonomi
- Perbelanjaan untuk menyediakan pasaran dan kemudahan awam bagi
meningkat taraf hidup rakyat dan pendapatan negara.
- Pertanian dan pembangunan - Kemudahan awam
Subsekror ini termasuklah
- Pengangkutan dan perhubungan - Perdagangan dan perindustrian
3. Sektor Perkhidmatan Sosial
- Perbelanjaan untuk membina sekolah , rumah , hospital dan sumber
manusia.
- Subsekror ini termasuklah :
(Pendidikan &latihan ) ( Kesihatan ) ( Perumahan )
4. Sektor Pentadbiran Am
- Perbelanjaan untuk meningkat kualiti perkhidmatan awam
- Contohnya,pembinaan infrastruktur (ICT),pengembangan ruang
pejabat dan bayaran kelengkapan pejabat.
Teknik Hafal
Perbelanjaan Pembangunan (KESA)
K ~ Keselamatan
E ~ Ekonomi
S ~ Sosial
A ~ Pentadbiran Am
Sekian Terima Kasih