DASAR KESELAMATAN NEGARA Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU)
Objektif 5 Latar Belakang 6 Faktor 7 Kepentingan 8 Cabaran 9 Nilai Teras Keselamatan Negara 14 Strategi Memelihara Teras Keselamatan Negara 17 Rumusan 21 Rujukan 22 Contemporary Integrated Islamic Univer Fa s cu i l t ty y of A ( p C plie I d IU Soc ) ial Sciences Isi Kandungan Rumusan
ALIAH ARIF BINTI MOHD SHARIF 074702 NUR HIDAYAH NASUTION BINTI SHIFOLLAH 073041 NUR HAFIZAH SYAFINAZ BINTI KAMAL ISMADI 072786 AHLI KUMPULAN NUR AYUNI HUSNA BINTI HASSAN 073297 Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU)
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) HANAN HAYATI BINTI MOHD SAPIAI 074536 NUR SYAHIRAH BINTI MUSTAFA KAMAL 074849 AHLI KUMPULAN SUMAYYAH BINTI AHMAD GHAZALI 073285 NURUL MADIHAH BINTI ABDUL RAZAK 074755
1.Menjelaskan mengenai latar belakang Dasar Keselamatan Negara 2.Menghuraikan faktor, kepentingan dan cabaran Dasar Keselamatan Negara Menjelaskan nilai serta strategi memelihara teras keselamatan negara bagi Dasar Keselamatan Negara 3. OBJEKTIF DASAR KESELAMATAN NEGARA Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU)
LATAR BELAKANG DASAR KESELAMATAN NEGARA Ancaman keselamatan negara sejak tahun 1957 seperti ancaman Parti Komunis Malaya, pencerobohan pengganas Tentera Kesultanan Sulu di Sabah pada 2013, usaha-usaha untuk menjatuhkan Kerajaan di luar daripada proses demokrasi, ancaman militan dan pengganas, perkembangan Revolusi Industri Ke-4, situasi keselamatan siber, krisis pandemik, impak kelesuan ekonomi, serta ancaman global yang pelbagai bentuk memerlukan suatu Dasar Keselamatan Negara yang komprehensif. Aspek keselamatan tradisional dan keselamatan non-tradisional dirangkumkan di dalam dasar ini agar keseimbangan perancangan dan tindakan bersifat inklusif bersesuaian dengan kompleksiti persekitaran keselamatan semasa. Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 atau DKN diperkenalkan sebagai dokumen utama dalam menghadapi pelbagai ancaman keselamatan yang semakin dinamik dan kompleks. Melalui DKN ini, pelaksanaan Strategi-Strategi Utama akan dapat memastikan Nilai-Nilai Teras Keselamatan Negara (National Security Core Values) dipertahankan seterusnya menjadikan Malaysia bebas dari segala bentuk ancaman, bukan sahaja yang bersifat fizikal, malah juga ancaman bukan fizikal yang mempengaruhi dan merosakkan pemikiran rakyat. Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang mengamalkan sistem pentadbiran berasaskan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan serta berteraskan kesepaduan rakyat, wilayah, kerajaan, kedaulatan dan pengiktirafan antarabangsa. Kesemua aspek ini dinaungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang merupakan undang-undang tertinggi negara ini. Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa dilindungi dan terus dipelihara. Keselamatan negara Malaysia merujuk kepada suatu situasi bebas daripada sebarang ancaman terhadap nilai-nilai teras negara sama ada ianya ancaman dari dalam atau luar negara. Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU)
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Ketenteraan Kekuatan pertahanan yang mampu melindungi negara dari ancaman luar dan dalaman. Sebagai contohnya, keupayaan tentera, teknologi pertahanan, dan kerjasama antarabangsa dalam bidang ketenteraan. Keselamatan Siber Keselamatan siber menjadi semakin penting dengan perkembangan teknologi digital. Hal ini dikatakan demikian kerana perlindungan data dan pelindungan infrastruktur informasi dapat menjaga keselamatan maklumat negara. Politik Pemerintahan yang adil dan bersih serta hubungan diplomatik yang kuat menyumbang kepada kestabilan politik. Hal ini dapat membantu dalam mengekalkan kedaulatan negara dan mengelakkan campur tangan asing. Sosial Melibatkan keharmonian masyarakat, integrasi sosial, dan pengurusan konflik dalaman. Hal ini kerana masyarakat yang bersatu padu lebih tahan terhadap ancaman dalaman seperti ekstremisme dan keganasan. Ekonomi Ekonomi yang stabil dan berdaya saing dapat memastikan kemakmuran rakyat dan keupayaan negara untuk menangani krisis ekonomi. Sebagai contohnya, pengurusan belanjawan yang bijak, pelaburan dalam infrastruktur, dan diversifikasi ekonomi. Tenaga Tenaga merujuk kepada keselamatan bekalan tenaga dan pembangunan sumber tenaga alternatif. Hal ini penting untuk mengurangkan pergantungan pada sumber luar dan memastikan bekalan tenaga yang berterusan. Alam Sekitar Alam sekitar melibatkan pengurusan sumber semula jadi dan ketahanan terhadap bencana alam. Hal ini adalah untuk memastikan sumber asli negara dilindungi dan digunakan dengan bijak. Sebagai contohnya, pelindungan biodiversiti, penggunaan sumber secara lestari, dan persediaan untuk bencana alam. Faktor Dasar Keselamatan Negara
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Memastikan bahawa kedaulatan negara terpelihara daripada ancaman luar dan dalam. Ini termasuk ancaman ketenteraman, politik dan ekonomi. Membantu mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam negara untuk pembangunan ekonomi dan politik berterusan. Kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi rakyatnya. Dasar ini dapat memastikan keselamatan fizikal, mental dan ekonomi rakyat daripada pelbagai ancaman. Dapat menjamin keamanan dan keselamatan pembangunan ekonomi yang mampan. Ini kerana pelabur asing lebih tertarik untuk melabur dalam negara yang stabil dan selamat. Dapat mengawal sempadan daripada kemasukan haram, penyeludup dan pergerakan militan atau pengganas. Dasar ini penting kerana kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kedaulatan negara sentiasa dilindungi dan dipelihara. Kepentingan Pelaksanaan Dasar Keselamatan Negara
Cabaran Pelaksanaan Pembentukan Dasar Keselamatan Negara Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Mempertahankan Negara Malaysia Mempertahankan negara daripada sebarang bentuk pencerobohan dan pembolosan oleh kuasa asing. Tanpa dasar pertahanan yang kukuh, kedaulatan negara Malaysia berisiko besar diganggu dan digugat oleh kuasa asing. Pertikaian Tuntutan Wilayah Negara Malaysia masih berdepan dengan isu tuntutan bertindih dan pertikaian wilayah darat, laut dan udara dengan negaranegara jiran serta kuasa-kuasa besar. Pertikaian ini berpotensi menjejaskan hubungan baik dua hala antara negara Malaysia dengan negara-negara jiran. Pembinaan Keupayaan Kendiri Pembangunan keupayaan kendiri harus dilaksanakan secara berterusan untuk mengurangkan kebergantungan dengan pihak luar. Pihak perindustrian keselamatan dan pertahanan harus bersedia menghasilkan produk-produk keselamatan dengan keupayaan tempatan iaitu anak Malaysia itu sendiri dan tidak hanya menjadi penjual dan pembekal melalui hasil sumber dari negara luar. Menghormati Institusi Negara Institusi Sultan dan Raja-Raja Melayu memayungi sistem demokrasi Raja Berpelembagaan yang menjadi teras kepada pentadbiran negara. Sebarang bentuk ancaman dan tindaktanduk yang mencerminkan penentangan serta penderhakaan kepada institusi ini merupakan suatu ancaman kepada teras negara. Ancaman kepada teras negara adalah ancaman secara langsung kepada keselamatan negara. Pengurusan Sumber Negara Sumber negara yang tidak dikongsi dengan adil, seimbang dan menyeluruh, ia boleh merencatkan kestabilan sosio-ekonomi dan sosio-politik dalam negara. Keadaan ini boleh menyebabkan tercetusnya pergeseran sesama rakyat dan mampu mencetuskan perbalahan dalam negara sebagaimana tercetus di beberapa negara asing. Pemilikan Asing Ekuiti Strategik Negara Penguasaan terhadap syarikat tempatan yang mempunyai kepentingan strategik negara perlu dikawal dari dikuasai oleh pihak asing yang boleh menyebabkan negara Malaysia kehilangan kawalan strategik. Keupayaan negara dalam memastikan ekuiti terhadap pemilikan syarikat-syarikat strategik berkepentingan tinggi kepada negara harus menjadi keutamaan untuk mengelak Malaysia daripada terjerumus ke dalam suatu bentuk penjajahan baharu dalam konteks penguasaan ekonomi strategik sama ada dalam segmen domestik mahupun global. Penyeludupan di Sempadan dan Pintu Masuk Negara Cukai merupakan salah satu sumber utama pendapatan negara. Aktiviti penyeludupan serta kelemahan pematuhan terhadap integriti akan menyebabkan negara kehilangan hasil pendapatan yang banyak. Ketirisan hasil negara akibat aktiviti penyeludupan yang berlaku di jajaran sempadan negara serta di pintu-pintu masuk jika tidak dicegah akan menyebabkan negara kehilangan sumber pendapatan. Ketirisan sumber pendapatan ini akan merencatkan usaha-usaha pembangunan negara dan menyebabkan segala bentuk perancangan kerajaan terbatas. Tadbir Urus Keselamatan Data dan Maklumat Digital Sejajar pembudayaan Revolusi Industri ke-4 dalam ketamadunan manusia, negara Malaysia turut menuju ke aras tadbir urus digital dalam pelbagai bentuk pentadbiran. Justeru itu, tadbir urus data dan maklumat digital amat penting untuk diperkukuhkan. Hal ini kerana, sebarang bentuk ancaman kepada data dan maklumat organisasi mahupun individu berpotensi menyebabkan krisis yang akan merencatkan kehidupan sosio-ekonomi.
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Cabaran Pelaksanaan Pembentukan Dasar Keselamatan Negara Jurang Sosioekonomi Jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat sekiranya tidak dirapatkan, ia berpotensi menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Negara Malaysia akan berhadapan dengan situasi pelbagai kelompok masyarakat yang hanya memikirkan kepentingan kelompok mereka sahaja. Jika ini berlaku, kesepaduan masyarakat akan sukar dibentuk kerana wujudnya tindak-tanduk yang lahir kerana berlakunya perbezaan status sosial dan ekonomi dalam kalangan masyarakat. Budaya Politik Tidak Sihat Politik kepartian merupakan sebahagian daripada proses demokrasi di negara Malaysia. Namun, ketaasuban dan tingkah laku fanatik ahli, penyokong dan peminat politik kepartian boleh menyebabkan berlakunya kegelisahan dan ketidaktenteraman dalam masyarakat. Budaya politik yang menyemai sifat kebencian kaum dan agama perlu dibanteras dan dicegah. Budaya politik yang berlebih-lebihan menyebabkan negara sukar membentuk kesepakatan nasional kerana ketaasuban politik. Memerangi Gejala Rasuah Rasuah merupakan barah dalam masyarakat yang perlu terus diperangi dan dibanteras. Rasuah merupakan anai-anai yang menghakis teras-teras negara dan boleh menjadi asbab kepada kejatuhan negara. Amalan rasuah dan salah guna kuasa boleh menyebabkan keselamatan negara terancam akibat daripada perbuatan yang menjurus kepada sabotaj terhadap setiap strategi negara dalam berhadapan dengan ancaman luaran dan dalaman. Rasuah jika tidak dibendung akan meruntuhkan negara. Pemikiran dan Gerakan Pemisahan Terdapat sekumpulan gerakan yang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dengan mesej-mesej pemisahan dan pemecahan terhadap kesatuan dalam Persekutuan Malaysia. Hal ini harus dibanteras dan dicegah sebelum melarat dan memudaratkan kesepakatan yang telah lama terjalin. Sebarang bentuk gerakan pemisahan merupakan suatu tindakan subversif kepada negara. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Kehadiran PATI memberi implikasi dari aspek sosial, ekonomi, jenayah, politik dan hubungan diplomasi, ia juga memberi ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara. Aktiviti pemalsuan dokumen adalah aktiviti jenayah serius dalam kalangan PATI dan boleh menyebabkan kedaulatan negara Malaysia tergugat. Jenayah Rentas Sempadan Kedudukan negara Malaysia yang mempunyai sempadan darat dengan negara jiran dan juga terletak di laluan strategik maritim iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan telah menjadikan negara Malaysia terdedah kepada ancaman merentas sempadan seperti penyeludupan (manusia, hidupan liar, hasil hutan, dadah, barangan terlarang dan senjata), pemerdagangan orang, pelanunan, jenayah terancang, jenayah siber, pengubahan wang haram, jenayah ekonomi dan rompakan di laut. Kerapuhan Perpaduan Nasional Isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum, etnik, agama, kepercayaan dan kebudayaan yang tersebar dengan meluas tanpa adanya sekatan di media sosial merupakan salah satu faktor pergeseran antara kaum di negara Malaysia di mana ia menjejaskan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu dan progresif. Jaminan Keselamatan Tenaga Dunia pada hari ini berhadapan dengan ketidaktentuan keselamatan sumber tenaga. Kebergantungan kepada sumber tenaga tradisional yang berasaskan fosil dijangka akan meningkat sehingga sumber tenaga alternatif yang lebih bersih dan murah digunakan secara meluas. Namun, buat pada masa ini, perebutan terhadap sumber tenaga tradisional berasaskan fosil boleh berlaku dan mencetuskan konflik serantau dan antarabangsa.
Cabaran Pelaksanaan Pembentukan Dasar Keselamatan Negara Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Keselamatan Siber Penemuan dan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan kebergantungan kepada teknologi ini yang turut membuka ruang kepada risiko ancaman keselamatan siber. Sifat dimensi ruang siber yang luas tanpa sempadan dengan akses mudah dan mampu dimiliki serta berciri ketanpanamaan telah meningkatkan lagi risiko ancamanancaman serangan terhadap infrastruktur maklumat kritikal negara, penyalahgunaan internet, kegiatan perisikan dan sebagainya. Pandemik dan Wabak Penyakit Mobiliti penduduk dunia dan dalam negara yang lebih mudah dan pantas telah mendedahkan rakyat Malaysia terhadap ancaman kesihatan. Penularan pandemik dan penyakit berjangkit sama ada berpunca dari dalam dan luar negara boleh menjejaskan sosioekonomi negara. Penyakit tidak berjangkit pula seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang dan sakit jantung jika tidak diberikan perhatian sewajarnya boleh menyebabkan negara menjadi muflis. Tanpa sistem kesihatan dan sistem sokongan kepada sistem kesihatan yang mampan, negara Malaysia akan terdedah kepada pelbagai risiko ancaman kesihatan yang boleh mengancam keselamatan negara. Salahguna Teknologi Kritikal Revolusi Industri ke-4 hadir bersama dengan pelbagai bentuk penggunaan teknologi baharu yang mendatangkan manfaat kepada tamadun manusia. Namun, sesetengah teknologi yang memberi manfaat turut boleh disalahgunakan bagi tujuan yang mampu memberi kemudaratan besar kepada masyarakat umum. Teknologi baharu yang hadir dalam bentuk penggunaan sistem digital, perkakasan elektronik, peranti robotik, perisian aplikasi telefon pintar, mesin dijana kecerdasan buatan, teknologi bio dan teknologi nano boleh disalahgunakan jika tiada kawalan selia yang jitu dilaksanakan. Jenayah Berkaitan Pengedaran Dadah Limpahan negatif berkaitan dengan penyalahgunaan dadah adalah aktiviti jenayah kekerasan yang sering hadir bersamasama dengan aktiviti pengedaran dadah. Hal ini melibatkan tindak-tanduk agresif kumpulan-kumpulan pengedar dadah yang mempunyai rangkaian kerja merentas sempadan. Corak jenayah ini telah mula menunjukkan kecenderungan menggunakan kekerasan melampau termasuk kepada pihak penguatkuasa undang-undang. Ekstremisme dan Tindakan Keganasan Isu keganasan antarabangsa terus menjadi ancaman global yang memberikan impak secara langsung kepada keselamatan negara Malaysia. Elemen-elemen ekstremisme dan keganasan yang menyusup masuk ke dalam negara serta penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti keganasan di dalam dan luar negara boleh mencetuskan kekacauan dan menggugat keamanan negara. Penyalahgunaan Najis Dadah dan Substan Penyalahgunaan dadah dan substan kekal menjadi ancaman kepada negara Malaysia terutamanya ia memberi impak secara langsung kepada pelbagai lapisan masyarakat. Kesan penyalahgunaan dadah memberi impak negatif bergenarasi serta menyebabkan perbuatan jenayah dan kelakuan yang bercanggah dengan norma biasa rakyat Malaysia. Ia turut memberi impak kepada pihak kerajaan yang terpakasa menanggung kos pemulihan yang memakan belanja besar dan merencatkan daya usaha untuk membangunkan sektor lain.
Cabaran Pelaksanaan Pembentukan Dasar Keselamatan Negara Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Normalisasi Pemikiran Bertentangan Nilai Negara Semakin berleluasa penyebaran luas naratif-naratif di dalam media sosial yang bertujuan untuk memberikan imej baharu kepada ideologi dan perlakuan negatif supaya diterima umum. Perkara ini perlu dibanteras untuk mengelakkan hakisan dan ketirisan nilai agama, budaya dan norma tempatan negara Malaysia akibat perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Usaha romantisme dan normalisasi ideologi Komunisme, LGBT, Pluralisme, Hedonisme, ajaran sesat dan sebagainya perlu dicegah daripada merebak dan merosakkan pemikiran masyarakat. Jurang Akses Pendidikan Sejajar dengan perkembangan dan penggunaan teknologi, jurang digital antara kelompok yang mempunyai akses terhad akan menyebabkan berlakunya perbezaan tahap keupayaan untuk mendapatkan maklumat khususnya bagi tujuan pendidikan. Masyarakat yang terpinggir dan tercicir jika tidak dipulihkan boleh menjadi asbab kepada sentimen ketidakadilan dan penentangan kepada negara Malaysia. Pusat Rujukan Baharu Pusat Rujukan Baharu merupakan suatu terma yang mencerminkan pengaruh bersumberkan rujukan dari alam maya berkaitan dengan pembentukan pemikiran baharu yang cenderung kepada menentang norma-norma arus perdana. Penggunaan media sosial serta interaksi di dalam alam siber membolehkan pelbagai bentuk ideologi, pemikiran idea, gerak saraf dan perang saraf yang dimanipulasi oleh pelbagai pihak untuk menjayakan agenda masing-masing. Ia kerap menjurus kepada pemikiran berhaluan kanan mahupun berhaluan kiri yang ekstrim dan bertentangan dengan norma negara Malaysia yang menekankan kesederhanaan. Kecambahan Nuklear dan Program Pembangunan Senjata Negara juga terdedah kepada ancaman nuklear termasuk penggunaan nuklear untuk tujuan peperangan. Kelonggaran elemen kawalan dan tekanan ke atas program nuklear dan senjata pemusnah dalam kalangan negara pelaku (state actors) khususnya negara-negara kuasa besar serta risiko kemalangan di loji nuklear yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan penduduk serantau, kehidupan marin dan alam sekitar, di samping potensi kewujudan senjata pemusnah besar-besaran yang berupaya menggugat keamanan serantau. Berita dan Maklumat Palsu Berita palsu, maklumat separa tepat, fitnah dan pembohongan amat berleluasa sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi digital. Perkara-perkara seumpama ini kerap kali menimbulkan salah faham, sentimen negatif dan ketegangan dalam masyarakat. Manipulasi berita dan maklumat palsu menyebabkan banyak pihak mengalami kerugian baik dari aspek merendahkan imej, mencemar nama baik dan menimbulkan fitnah yang akhirnya membawa kepada kecelaruan dalam kalangan masyarakat. Pemalsuan Dokumen Kritikal Pemalsuan dokumen rasmi kerajaan menyebabkan pelbagai bentuk perbuatan jenayah serta memberi impak kepada keselamatan negara. Pemalsuan pasport, dokumen pengenalan diri, sijil akademik dalam pelbagai bentuk dan format baik bercetak mahupun digital yang tidak dikawal akan memberi impak secara langsung kepada keselamatan negara Malaysia.
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Cabaran Pelaksanaan Pembentukan Dasar Keselamatan Negara Gerakan De-Globalisasi Pergerakan geo-politik dan geo-keselamatan dunia juga mempunyai perubahan yang tinggi di mana negara kuasa besar atau blok-blok kesatuan antara negara akan mengusahakan pengukuhan kepentingan dan keutamaan negara masing-masing yang membawa kepada tatakelakuan mempertahankan kepentingan sendiri (self-protectionism). Hal ini akan menjurus kepada sikap mementingkan negara sendiri dan/atau blok gabungan negara-negara yang bersepakat dalam mempertahankan kepentingan masing-masing. Situasi ini akan menyebabkan negara lain termasuk negara Malaysia berhadapan dengan situasi tidak diberikan keutamaan malahan disisihkan secara sistematik dalam pelbagai inisiatif global. Jenayah dan Penipuan Siber Perbuatan jenayah dan penipuan siber mengancam pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari aspek sosial dan ekonomi. Kerugian akibat jenayah penipuan, scam dan pemalsuan transaksi telah menyebabkan negara mengalami kerugian berbilion ringgit. Penggunaan teknologi komunikasi digital dan peningkatan transaksi atas talian menyebabkan risiko tinggi kepada pelbagai pihak yang terdedah kepada perbuatan jenayah dan penipuan siber. Kebocoran Maklumat dan Dokumen Pelbagai bentuk dokumen rasmi yang tersedia dalam bentuk bercetak, storan analog serta format digital mudah terdedah kepada kebocoran yang boleh menyebabkan negara Malaysia berhadapan dengan situasi kehilangan kepentingan negara, kebocoran rahsia kerajaan serta penyebaran luas maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi kepada pihak yang tidak berkenaan. Kebocoran maklumat dan dokumen individu turut memberikan kesan sosial dan ekonomi dalam kalangan masyarakat serta menjadi ancaman secara langsung kepada setiap individu selain pihak kerajaan dan pihak swasta. Ideologi Bertentangan Agama Rasmi Penyebaran meluas ideologi baharu mahupun ideologi negatif yang dikitar semula bertujuan untuk merosakkan pemikiran rakyat mampu menyebabkan ancaman kepada keselamatan negara. Perbalahan dalam kalangan masyarakat akibat fahaman berbeza akibat ketaasuban terhadap satu-satu bentuk pemikiran boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan sesama rakyat. Hal ini termasuk perbuatan khurafat, syirik dan ajaran sesat yang mencemarkan kesucian agama Islam serta bertentangan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan di negara Malaysia. Hal ini turut merangkumi usaha memperlekeh institusi agama Islam serta perundangan Syariah. Kebergantungan Tinggi Teknologi Digital Persekitaran semasa dalam kehidupan peradaban manusia pada masa ini amat rapat dengan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian. Pelbagai aspek dalam kehidupan masa kini memerlukan penggunaan teknologi digital baik untuk tujuan perhubungan, urusan pekerjaan, urusan pembelajaran, aktiviti urus-niaga, hal ehwal kesihatan, hal ehwal perbankan, interaksi komuniti dan pelbagai aktiviti seharian. Kebergantungan yang tinggi ini memerlukan negara Malaysia harus bersiap sedia sekiranya berlaku ancaman terhadap infrastruktur kritikal terutamanya daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan siber. Sekiranya terjejas, ia akan memberi impak besar kepada kehidupan seharian rakyat dan memberi risiko tinggi kepada keselamatan negara.
Nilai-nilai teras ini adalah merupakan elemen paling penting dalam dasar keselamatan negara. Hal ini demikian kerana bagi memastikan misi, visi dan juga segala perancangan yang telah dirancang oleh Persekutuan Malaysia tercapai. Nilai teras dalam keselamatan juga diutamakan bagi menjamin kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara Malaysia pada masa akan datang. Terdapat 9 nilai teras dalam dasar keselamatan negara. Nilai-Nilai Teras Keselamatan Negara Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU)
Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah Nilai teras ini perlu dalam dasar keselamatan negara bagi menunjukkan kebolehupayaan negara dalam menguruskan setiap isu yang berlaku di Persekutuan Malaysia tanpa ada campur tangan kuasa luar dan dalam masa yang sama masih menjaga integrasi dalam sesebuah wilayah. Kestabilan Sosio-Politik Kestabilan sosio-politik ini penting bagi mengukuhkan lagi keharmonian dan keamanan negara iaitu bermula dengan tahap kepatuhan rakyat terhadap undang-undang yang telah ditetapkan. Ini juga berkaitan dengan perubahan cara pemikiran rakyat terhadap politik negara dimana semakin dipengaruhi oleh dunia yang serba canggih ini. 9 Nilai Teras Keselamatan Negara Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Tadbir Urus yang Baik Tadbir urus sesebuah negara akan mencerminkan bagaimana organisasiorganisasi dalam negara tersebut yang melibatkan sektor kerajaan atau swasta dapat dijalankan dengan telus dan penuh integriti. Tadbir urus yang sistematik dan cekap akan mempengaruhi rakyat dan imej negara di tahap antarabangsa. Keutuhan Ekonomi Tahap ekonomi merupakan cerminan kepada tahap pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, keutuhan ekonomi adalah sangat penting dalam menambahbaikan dan mengukuhkan tahap keselamatan negara. Dengan itu, apabila pembangunan negara semakin maju tahap keselamatan dan pertahanan juga perlu mencapai tahap yang sama. Kesepaduan Nasional Kepelbagaian etnik, budaya dan agama di Malaysia telah menerapkan sifat perpaduan dalam diri setiap masyarakat. Hal ini telah menyebabkan terbentuknya kelompok masyarakat majmuk yang saling memahami, menghormati, bertoleransi, bersatu padu dan sentiasa bersedia memerlihara kesejahteraan dan keamanan negara. Keadilan Sosial Perlembagaan Persekutuan dan juga undangundang negara sangat mengutamakan tentang hak-hak asasi setiap rakyat Malaysia. Ini bagi memastikan tidak berlakunya ketidaksamarataan atau berat sebelah bagi mana-mana golongan. Hal ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan tidak berbalah antara satu sama lain.
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) 9 Nilai Teras Keselamatan Negara Pembangunan yang Mampan Pembangunan yang mampan adalah perkara yang sangat penting kepada negara. Hal ini bagi memenuhi keperluan negara pada masa sekarang iaitu meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Oleh itu, dalam aspek keselamatan setiap keperluan yang diperolehi negara mestilah selamat untuk masyarakat. Keselamatan Rakyat Ini melibatkan perlindungan individu daripada jenayah, keganasan, dan bencana alam. Usaha ini termasuklah peningkatan perkhidmatan polis, sistem respon kecemasan, dan program kesedaran keselamatan komuniti. Pengiktirafan oleh Antarabangsa Persekutuan Malaysia telah menjalankan hubungan diplomatik secara dua hala dan pelbagai hala dengan pelbagai negara di antarabangsa semenjak negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, hubungan baik antarabangsa ini dapat menjamin kerjasama yang berterusan terutamanya dalam aspek keselamatan, ekonomi dan politik sekaligus negara dapat capai kedaualatannya.
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Strategi-strategi yang dinyatakan di dalam Dasar Keselamatan Negara adalah bertujuan untuk memelihara sembilan nilai teras keselamatan negara secara menyeluruh dan bersepadu. Strategi Memelihara Teras Keselamatan Negara Strategi 2 : Memelihara Kedaulatan Wilayah Meningkatkan kawalan di wilayah negara termasuk kawasankawasan strategik di darat, laut dan udara bagi melindungi, mempertahan serta memperkukuh kedaulatan negara daripada sebarang ancaman. Strategi 1 : Mendukung Perlembagaan Persekutuan Meningkatkan penghayatan, menghormati dan mendukung prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan demi kestabilan dan kesejahteraan negara. Strategi 3 : Memperkukuh Keutuhan Wilayah Mempertahankan keutuhan wilayah dan kawasan sempadan Malaysia yang masih terdapat tuntutan bertindih sama ada di laut, darat mahupun udara selaras dengan peruntukanperuntukan Perlembagaan Persekutuan melalui perundangan, pemantauan dan rondaan di kawasan tersebut bagi memastikan keutuhan wilayah negara sentiasa terpelihara dan mengelakkan kehilangan kawasan tersebut pada masa akan datang sekiranya perkara ini dibawa ke pengadilan antarabangsa. Strategi 4 : Memperkasa Keupayaan dan Kesiagaan Pertahanan dan Keselamatan Pemerkasaan ini adalah untuk mengimbangi keupayaan pertahanan dan keselamatan negara serantau selain berperanan sebagai elemen cegah-rintang menyeluruh (comprehensive deterrence). Industri pertahanan dan program penyelidikan pertahanan dan keselamatan juga perlu ditingkatkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar. Strategi 5 : Menguasai Bidang Teknologi Kritikal Persekitaran keselamatan pada masa kini dan masa hadapan amat berkait rapat dengan penggunaan teknologi tinggi yang memerlukan keupayaan pengurusan teknologi yang mampan dan berterusan. Penguasaan teknologi kritikal terutamanya dalam bidang keselamatan amat penting untuk membolehkan Malaysia mempunyai keupayaan untuk mengendali secara menyeluruh apa juga sistem keselamatan dan pertahanan yang menjadi nadi kepada mempertahankan negara daripada sebarang ancaman. Strategi 6 : Memperkasa Industri Keselamatan Kebergantungan terhadap produk keselamatan dari sumber luar negara harus dikurangkan. Pembinaan keupayaan kendiri ini memerlukan sokongan dan komitmen berterusan dari setiap pihak. Industri keselamatan tempatan harus mampu mendokong sektor pertahanan, keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam, pengurusan bencana, pengurusan keselamatan kesihatan, keutuhan sosial serta keselamatan siber.
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Strategi Memelihara Teras Keselamatan Negara Strategi 7 : Memperkukuh Sumber Manusia Negara Setiap warganegara Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab berdasarkan fungsi tugas masing-masing di dalam memelihara keselamatan negara. Pengukuhan sistem pelajaran yang menjurus kepada pengukuhan patriotisme akan membolehkan pelaksanaan pembudayaan keselamatan menyeluruh untuk manfaat generasi sekarang dan generasi masa hadapan. Strategi 8 : Memperkukuh Jaringan Perisikan Memperluaskan bidang perisikan dan memperkukuhkan jaringan komuniti perisikan bagi perkongsian dan penyaluran maklumat strategik yang tepat dan pantas. Sebarang usaha subversif yang mampu menggugat kestabilan terhadap sistem dan institusi negara perlu ditangani dan dicegah daripada meresap dalam masyarakat. Perlakuan-perlakuan jahat terutamanya yang bersalurkan ideologi berhaluan kiri adalah ancaman kepada kestabilan fabrik sosial dalam negara yang boleh meruntuhkan asas-asas utama Persekutuan Malaysia. Strategi 9 : Memperkukuh Pengurusan Migrasi Tidak Teratur Melaksanakan pengurusan secara menyeluruh terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang melanggar perundangan negara selaras dengan pendirian Malaysia dan peruntukan undang-undang dalam Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Pasport 1966. Ini melibatkan aspek kawalan sempadan, penguatkuasaan undang-undang, penahanan dan proses penghantaran pulang. Strategi 10 : Memperkukuh Sistem dan Institusi Negara Memperkukuh penerimaan rakyat terhadap sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagan dan institusi negara berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang kestabilan sosio-politik negara. Strategi 11 : Menjamin Hak Asasi Rakyat Berteraskan Perlembagaan Persekutuan Melaksanakan dasar-dasar berkaitan hak asasi rakyat yang konsisten dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia. Ini termasuklah memperkukuh kedaulatan undang-undang bagi melindungi kepentingan rakyat Malaysia sepertimana jaminan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Rakyat berhak dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan baharu sebagai suatu jaminan kerajaan dalam melaksanakan tadbir urus negara. Strategi 12 : Perpaduan Melalui Pendidikan Menyemai dan memupuk semangat dan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum bermula dengan sistem pendidikan berteraskan kepada bahasa kebangsaan sebagai pengantar kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Namun, usaha penguasaan bahasa asing akan terus diperkukuh sejajar dengan hasrat membentuk keupayaan warga Malaysia berinteraksi secara global dalam persekitaran komunikasi digital yang semakin mendominasi cara hidup. Strategi 13 : Memperkukuh Perpaduan Nasional Mengukuhkan perpaduan nasional berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi membentuk sebuah bangsa Malaysia yang mempunyai identiti yang sama walaupun mengamalkan kepelbagaian agama dan budaya. Strategi 14 : Memupuk Semangat Jati Diri Memupuk perasaan cinta, bangga dan rasa tanggungjawab terhadap negara dalam kalangan rakyat melalui pendekatan Keselamatan Menyeluruh / Comprehensive Security (COMSEC) sebelum, semasa dan selepas sesuatu musibah berlaku.
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Strategi Memelihara Teras Keselamatan Negara Strategi 17 : Memperkasa Semangat Patriotisme Tanggungjawab memelihara keselamatan negara menuntut peranan setiap pihak melaksanakan fungsi tugas masing-masing. Pengurusan keselamatan bukan menjadi tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata. Strategi 16 : Kawalan dan Pencegahan Ideologi Bertentangan Norma Malaysia Budayah negatif yang bertentangan dengan nilai-nilai Rukun Negara adalah ancaman kepada kedaulatan, keamanan dan kemakmuran negara. Setiap aktiviti organisasi di dalam negara haruslah mematuhi Perlembagaan Persekutuan serta undangundang negara. Semangat berpersatuan dalam komuniti harus disemai dan disesuaikan dengan kehendak-kehendak keselamatan, ketenteraman awam, keamanan, kebajikan dan sosio-budaya tempatan. Strategi 18 : Membudayakan Nilai Integriti Mempertingkatkan usaha bagi memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di semua peringkat dan sektor (awam atau swasta) melalui peruntukan undang-undang, peraturan dan dasar. Strategi 22 : Integrasi Merentas Sektor dan Hierarki Kunci kepada pengurusan keselamatan negara yang efektif dan efisien adalah pengendalian program dan aktiviti di setiap peringkat yang menjurus ke arah perkongsian sumber manusia, perkongsian maklumat, perkongsian aset, perkongsian kepakaran serta penjajaran tindakan perundangan yang saling melengkapi. Strategi 20 : Membina Ketahanan Ekonomi Memperkukuhkan asas ekonomi negara untuk berhadapan dengan persaingan ekonomi global selain mengekalkan keabsahan kerajaan dalam pengurusan ekonomi negara tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing. Sekatan-sekatan oleh pihak luar yang membanteras perkembangan ekonomi Malaysia perlu diatasi melalui tindakan pelbagai pihak secara teratur dan bersepadu. Strategi 19 : Merapatkan Jurang Sosio-Ekonomi Memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, menambah baik ketidakseimbangan pendapatan antara kaum, mentransformasi luar bandar bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat, memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan mampu menjana pendapatan sendiri serta memperkukuhkan infrastruktur luar bandar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi penduduk. Strategi 21 : Menguruskan SumberSumber Asli Negara Dengan Cekap dan Berkesan Memperkemaskan mekanisme pengurusan sumber-sumber negara supaya kekayaan negara digunapakai secara optimum dan pada masa yang sama menggalakkan pencarian kepada sumbersumber alternatif bagi mengelakkan kebergantungan keterlaluan kepada sumber luar seterusnya menjamin kelangsungan negara. Strategi 15 : Pengukuhan Pengurusan Media dan Pencegahan Maklumat Palsu Meletakkan akauntabiliti setiap pihak di dalam menyebar maklumat secara meluas melalui arus perdana, media tradisional, media cetak, media sosial dan media alternatif agar perkara berkaitan penyelewengan fakta, berita palsu, fitnah, hasutan dan apa jua bentuk naratif yang menggugat kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara terganggu. Interaksi dan persefahaman di antara pengamal media dan seluruh jentera kerajaan harus dipupuk untuk membentuk matlamat masyarakat yang bermaklumat benar dapat dibentuk melalui perkongsian maklumat yang sahih, telus, jelas dan bermanfaat.
Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU) Strategi Memelihara Teras Keselamatan Negara Strategi 25 : Memperkukuh Sekuriti Makanan Usaha untuk memperkukuh keupayaan penghasilan dalam negara harus terus dilaksana untuk mengurangkan kebergantungan sumber makanan dari negara asing. Negara Malaysia harus memastikan sumber bekalan makanannya mencukupi, selamat dan dapat dinikmati secara adil oleh setiap pihak. Strategi 27 : Memperkukuh Keupayaan Diplomasi Keupayaan diplomasi Malaysia harus terus diperkukuh agar Malaysia sentiasa berkemampuan memelihara kepentingannya dalam sebarang bentuk interaksi dan perundingan di peringkat antarabangsa. Strategi 23 : Pengukuhan Imej dan Jenama Malaysia Imej dan jenama Malaysia harus terus dipertingkat kuantiti dan kualitinya di persada antarabangsa. Usaha sama pengukuhan imej dan jenama Malaysia ini perlu dilakukan secara berterusan sebagai suatu promosi postif terhadap negara. Semangat patriotisme turut boleh disemai dengan memberi sokongan terhadap produk-produk jenama negara oleh setiap rakyat. Melalui sokongan dan dokongan seumpamanya, imej negara akan dapat diperkukuh di mata dunia. Strategi 26 : Pemerkasaan Komuniti dan Semangat Kesukarelawanan Usaha menggalakkan komuniti memainkan peranan wajar menjadi salah satu usaha bersepadu sebagai pendekatan menangani keselamatan negara secara bersama. Semangat kesukarelawanan perlu dipupuk dalam kalangan rakyat agar turut sama dapat menyumbang dalam memelihara keselamatan negara. Strategi 24 : Membanteras Rasuah Rasuah, salah guna kuasa dan salah laku integriti tidak boleh dibiarkan berleluasa atau negara Malaysia akan berhadapan kemusnahan teruk dalam segenap aspek. Apa jua strategi, usaha, teknologi dan pendekatan memelihara keselamatan negara akan gagal jika elemen rasuah, salah guna kuasa dan pelakuan melanggar integriti berlaku dalam pentadbiran kerajaan, pentadbiran swasta dan tingkah laku masyarakat.
Dasar Keselamatan Negara merupakan suatu dokumen strategik yang menyatakan dengan komprehensif bagaimana Persekutuan Malaysia menyediakan suatu perancangan strategik di dalam berhadapan cabaran-cabaran pengurusan keselamatan semasa dan akan datang. Ia memberikan ruang dan peluang kepada penyediaan pelbagai dasar, strategi dan pelan tindakan merentas sektor di dalam memastikan kemerdekaan Malaysia dipertahankan. Melalui pernyataan di dalam Falsafah Keselamatan Negara yang diperkenalkan di dalam dokumen ini, segenap lapisan masyarakat akan dapat memahami, menjiwai dan memainkan peranan masing-masing sejajar aspirasi nasional akan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama. Justeru di dalam menelusuri liku-liku mentadbir negara secara bersama sebagai suatu Pasukan Malaysia, setiap pihak mempunyai peranan dan fungsi tugas masing-masing sejajar konsep Keselamatan Menyeluruh yang diperkenalkan. Kebersamaan seluruh rakyat di dalam Persekutuan Malaysia di dalam memastikan negara ini kekal berdaulat, aman dan sejahtera adalah teras kekuatan kepada keselamatan negara. Bersekutu Bertambah Mutu. Semoga usaha ini akan terus di permudah dibawah naungan yang Maha Esa. RUMUSAN Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU)
1.DASAR KESELAMATAN NEGARA. (N.D.). MAJLIS KESELAMATAN NEGARA. DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025. (N.D.). IN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA. MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI PULAU PINANG. 2. 3.TERAS DKN – IKK. (N.D.). HTTPS://IKK.GOV.MY/TERAS-DKN/ DASAR KESELAMATAN NEGARA - PRIME MINISTER'S DEPARTMENT. HTTPS://WWW.PMO.GOV.MY/WPCONTENT/UPLOADS/2019/07/BAHASA_MELAYUDASAR_KESELAMATAN_NEGARA.PDF. 4. SECURITY SECTOR INTEGRITY. (2017, NOVEMBER 27). NATIONAL SECURITY POLICY - SECURITY SECTOR INTEGRITY. SECURITY SECTOR INTEGRITY. HTTPS://SECURITYSECTORINTEGRITY.COM/DEFENCEMANAGEMENT/POLICY 5. NATIONAL SECURITY POLICY - MKN(HTTPS://WWW.MKN.GOV.MY/WEB/WPCONTENT/UPLOADS/SITES/3/2019/08/ENGLISHNATIONAL_SECURITY_POLICY.PDF). 6. BALKIS ANDRESIA PUTRI, (2012) ,ANALISIS INDIKATOR PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN BERDASARKAN PENUNJUK BANDAR MALAYSIAHTTPS://ETD.UUM.EDU.MY/3556/8/S809235.PDF 7. RUJUKAN Faculty of Applied Social Sciences Contemporary Integrated Islamic University (CIIU)