The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliaamirah890, 2022-07-06 08:06:53

NOTA AIDIL ADHA

NOTA TENTANG AIDIL ADHA

Apa itu Aidiladha?

• Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ‘ ‫عيد الأضحى‬Eid Ul-Adha) atau Hari
Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia

adalah perayaan terbesar di dalam Islam
• Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga

belas bulan Zulhijjah setiap tahun.

Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan
penutup ibadah Haji di Mekah, rukun

Islam kelima. Semasa melakukan ibadah
haji, para pengerja haji mengingatkan
ujian Allah ke atas Nabi Ibrahim
alaihissalam yang memintanya
mengorbankan anaknya, Nabi Ismail

alaihissalam.

Perayaan ini mengingatkan pengorbanan
agung Nabi Ibrahim yang patuh pada
perintah Allah ta’ala.

Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim

Aidiladha meraikan peristiwa besar apabila Allah memerintahkan Nabi
Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai satu perintah.

Syaitan telah cuba menggoda
Nabi Ibrahim dengan cuba
menghasutnya agar tidak
mendengar perintah Allah.
Namun Nabi Ismail mengatakan
kepada ayahnya, jika itu
perintah Allah, lakukanlah.
Ketika Nabi Ibrahim hampir
mengorbankan anaknya, lalu
Allah gantikan ia dengan seekor
biri-biri untuk dikorbankan.

Perayaan Aidiladha

• Aidiladha merupakan cuti umum di negara-negara majoriti Islam
termasuk Malaysia.

• Tarikh penetapan Hari Raya Aidiladha bergantung pada penetapan 1
Zulhijjah dengan Aidiladha jatuh pada hari ke 10 bulan terakhir dalam
kalendar Islam, Zulhijjah.

• Bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, disunatkan berpuasa pada
Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah.

Perayaan Aidiladha

• Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang
paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.

• Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan
sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan
pada sebelah pagi.

• Ibadat korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu
bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha
sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

.

Perayaan Aidiladha

• Bagi Muslim yang tidak mengerjakan ibadah haji, disunatkan untuk
berkorban dengan menyembelih seekor kambing atau biri-biri atau
berkongsi 7 bahagian lembu atau unta sebagai memperingati
peristiwa pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

• Daging dari haiwan yang dikorbankan termasuk lembu, kambing,
bebiri atau unta diagih-agihkan kepada 3 bahagian; 1/3 kepada
peserta Korban, 1/3 kepada petugas Korban dan 1/3 kepada
golongan miskin.

• Ibadah korban dilakukan bermula selepas solat sunat Hari Raya
pada 10 Zulhijjah sehingga dan Hari Tasyrik; 11,12 dan 13 Zulhijjah.

• Selain ibadah korban bagi yang mampu melakukannya, umat Islam
meraikan Aidiladha dengan berpakaian baharu, menjamu
selera dan menziarahi keluarga sanak saudara dan rakan-rakan.

.

• Selepas bersembahyang, upacara
korban akan dimulakan. Lembu,
kambing, dan biri-biri yang
dikorbankan akan disembelih secara
beramai-ramai di kawasan masjid
sebelum dibahagi-bahagikan kepada
orang ramai terutamanya kepada
golongan fakir miskin.

• Hari Raya Aidiladha disambut ketika
umat Islam membuat penziarahan ke
Mekah, mengunjung Kaabah dan
melakukan korban sembelihan. Al-
Quran tidak menyatakan, tetapi umat
Islam memegang bahawa perayaan
korban ini memperingati kesanggupan
Nabi Ibrahim untuk menyerahkan
anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

.

• Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam
akan berbondong-bondong melawati
perkuburan orang yang disayangi. Semua
orang akan memakai pakaian baru dan
selepas itu yang muda akan memohon
kemaafan daripada yang tua. Selepas itu
semua orang akan menjamah pelbagai
juadah yang disediakan sebelum ziarah dan
menziarahi sesama mereka

.

Lafaz niat mandi hari raya Aidiladha

• Nawaitul Ghusla Li ‘idil Adha Sunnatan Lillahi Taala
• Sahaja Aku Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha Kerana Allah Taala.

.

Niat Solat Sunat Aidiladha Bersendirian

• Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini Adaan Lillahi Taala
• Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat tunai kerana

Allah Taala.

.

Niat Solat Sunat Aidiladha (Makmum)

• Usolli Sunnatan Li idilAdha Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala
• Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai

makmum kerana Allah Taala.

.


Click to View FlipBook Version