The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Roslan bin Ramli, 2022-02-15 10:02:07

KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN PRA-U

ANYFLIP KAJIAN TINDAKAN PRA-U

yang tidak

menceriakan

kelas.

3 Pihak 0 2 2 11 15

sekolah (00.0) (6.6) (6.6) (36.6) (50.0)

memotivasik

an pelajar

agar tidak

merosakan

paparan

kelas sendiri

atau kelas

lain.

4 Setiap kelas 0 3 0 17 10

mewujudkan (00.0) (10.0) (00.0) (56.6) (33.3)

tabung

keceriaan

kelas

masing-

masing

5 Pihak

sekolah 0 0 5 9 16

memberi (00.0) (00.0) (16.6) (30.0) (53.3)

penghargaan

kepada guru

kelas yang

berjaya

melepasi

tahap

kepiawaian

keceriaan

kelas.

Jadual 6 : Cadangan Mengatasi Masalah

Daripada carta 6 dan jadual 6, terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah
yang dialami oleh guru kelas telah dikenal pasti. Terdapat 5 aspek telah diutarakan untuk
mengatasi masalah guru kelas dalam melaksanakan Progran Keceriaan kelas. Hasil
kajian mendapati terdapat 3 orang guru kelas (10.0%) kurang setuju, 9 orang guru kelas
(30.0%) setuju dan 18 orang guru kelas (60.0%) sangat setuju agar pihak sekolah perlu
memberi peruntukan kepada setiap kelas untuk menceriakan kelas.

Seramai 2 orang guru kelas (6.6%) kurang setuju, 12 orang guru kelas (40.0%)
tidak setuju, 8 orang guru kelas (26.6%) setuju dan 8 orang guru kelas (26.6%) sangat
setuju bahawa dendaan perlu dikenakan ke atas kelas yang tidak menceriakan kelas.

Pihak sekolah perlu memotivasikan pelajar agar tidak merosakkan paparan kelas
sendiri atau kelas orang lain sangat sipersetujui oleh 15 orang guru kelas (50.0%), 11
orang guru kelas setuju (36.6%), 2 orang guru kelas (6.6%) tidak setuju dan 2 orang guru
kelas (6.6%) tidak setuju. Sebarang perubahan @ inovasi yang hendak dilaksanakan oleh
guru dengan berkesan maka sokongan padu daripada pentadbiran sekolah hendaklah
diperoleh (Amin Senin, 2008).

Seramai 3 orang guru kelas (10.0%) kurang setuju, 17 orang guru kelas (56.6%)
setuju dan 10 orang guru kelas (33.3%) sangat setuju dengan cadangan bahawa setiap
kelas mesti mewujudkan tabung keceriaan kelas masing-masing.

Kajian juga menunjukkan bahawa ramai guru kelas sangat setuju bahawa pihak
sekolah perlu memberi penghargaan kepada guru kelas yang berjaya melepasi tahap
kepiawaian keceriaan kelas. Hal ini dibuktikan seramai 5 orang guru kelas (16.6%) tidak
setuju, 9 orang guru kelas (30.0%) setuju dan seramai 16 orang guru kelas (53.3%)
sangat setuju dengan pernyataan tersebut.

7.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN KAJIAN

Keceriaan kelas memang merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Hasil kajian
mendapati kejayaan program keceriaan kelas ini memerlukan kerjasama yang erat
antara pelajar, guru kelas dan pentadbir sekolah. Hal ini demikian kerana, kerjasama
ini akan memudahkan pelaksanaan sesuatu program. Menurut Hussien Mamood

(1993) kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah di Malaysia banyak bergantung
kepada pihak sekolah iaitu guru besar, guru-guru tetapi kepimpinan guru besar adalah
dikenalpasti sebagai pembolehubah yang penting sekali yang mempengaruhi kualiti
dan kuantiti hasil sekolah. Hasil kajian juga mendapati terdapat persepsi yang
berbeza-beza dalam kalangan guru terhadap program keceriaan kelas di SMK Datuk
Menteri, walaupun terdapat guru kelas yang tidak berminat menjadi guru kelas tetapi
mereka suka dengan persekitaran kelas yang cantik dan kemas.

Masalah yang berjaya dicungkil dari kajian ini ialah ramai guru kekurangan kos
untuk menceriakan kelas sehingga mereka sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk
melaksanakan program keceriaan ini. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan ramai
guru kelas di SMK Datuk Menteri sanggup berkorban untuk menceriakan kelas
masing-masing, buktinya mereka sanggup menggunakan masa cuti dan sanggup
mengeluarkan wang sendiri untuk menceriakan kelas. Nilai-nilai mulia ini perlu diberi
pujian dan dikekalkan.

Hasil kajian juga mendapati semua guru kelas menyokong agar Program
Keceriaan Kelas dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan seperti pembahagian
hadiah perlu dibanyakkan, Menambah bilangan kelas yang mendapat hadiah, kelas
yang telah menang dikecualikan bertanding untuk bulan berikutnya supaya memberi
peluang kepada kelas lain untuk menang. Guru kelas berpendapat hal ini penting
untuk mengekalkan motivasi mereka untuk menceriakan kelas.

Dalam aspek cadangan mengatasi masalah, hasil kajian menunjukkan pihak
sekolah perlu berperanan lebih agresif seperti kerap memotivasikan pelajar, memberi
peruntukan dan memberi penghargaan kepada guru kelas untuk mengekalkan tahap
motivasi mereka berada pada tahap yang tinggi.

Pengkaji mengharapkan kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji lain untuk
membuat kajian yang berkaitan dengan keceriaan sama ada di sekolah, rumah,
bangunan pejabat dan sebagainya. Diharap kajian ini akan mencetuskan idea kepada
pihak pentadbiran sekolah untuk mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam
membangunkan keceriaan sekolah secara keseluruhannya.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Zabidi Abdul Razak.2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesan : Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31:3-19.
Amin Senin, 2008, Pembangunan Profesional Guru. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi ketiga, 2003. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan internet
Budaya sekolah, blogspot.my
www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_06pdf
www.moe.gov.my/my/falsafah-pendidikan-kebangsaan
www.ukm.my/e-bangi index.php? option

HIBISCUS ROSA-SINENSIS
BERPOTENSI SEBAGAI
PENUNJUK PH.

EARLIANY MOHD SHAHRI
(SMK YONG PENG)

HIBISCUS ROSA-SINENSIS BERPOTENSI SEBAGAI PENUNJUK
pH.

Earliany Mohd Shahri
SMK Yong Peng


Abstrak

Kajian eksperimen ini bertujuan untuk menganalisis dan mengenal pasti potensi bunga
raya atau Hibiscus rosa-sinensis sebagai penunjuk pH. Ekstrak bunga raya dengan warna
ungu dihasilkan dengan campuran pelarut alkohol 70 % dengan nisbah 1 gram bersamaan
1 mL. Ujian pengamatan warna menunjukkan kertas penunjuk pH bunga raya menukar
larutan berasid kepada merah jambu dan larutan bes kepada kehijauan. Perubahan warna
dalam larutan berasid bermula pada pH 4 dan pH 10 dalam larutan bes. Dalam
pentitratan asid kuat-bes kuat menggunakan penunjuk pH bunga raya, takat akhir
pentitratan dapat dikenal pasti kerana perubahan pengamatan warna dari kehijauan
kepada tidak berwarna. Maka, potensi bunga raya sebagai penunjuk pH boleh
dikomersialkan kerana lebih ekonomi, bersifat semula jadi dan mudah didapati.

Kata kunci: bunga raya. hibiscus rosa-sinensis, penunjuk pH, pelarut alkohol, kertas Ph

1.0 PENDAHULUAN

Penunjuk adalah pigmen atau pewarna larut air (Stanley et al. 2015) yang berubah
berdasarkan kepekatan ion hidrogen. Tan (2016) menjelaskan penunjuk asid-bes
mengandungi asid organik lemah atau bes organik lemah yang terurai dengan sedikit
dalam larutan akueus untuk membentuk ion. Kertas litmus, phenoltalein dan metil jingga
antara penunjuk pH yang sering digunakan di makmal sekolah. Selain bersifat sintetik dan
tidak ekonomi kerana diimport dari luar Negara, penunjuk pH sedia ada juga merbahaya
kepada kesihatan dan alam sekitar (Vishwas et al. 2008). Kegunaan penunjuk pH yang
berbeza bergantung kepada bahan kimia turut menyukarkan pelajar kerana perlu
mengingati kepelbagaian warna penunjuk dalam larutan asid, alkali dan neutral.
Kesedaran untuk memilih produk yang lebih mesra alam menggalakkan kajian penunjuk
pH daripada pelbagai jenis tumbuhan yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai kertas
pH malah sesuai sebagai penunjuk pH dalam pentitratan. Savitha et al. (2014) dan Komal

et al. (2015) menjelaskan bunga yang berwarna merah, biru, atau ungu mengandungi
pigmen organik yang dikenali sebagai anthocyanin yang boleh bertukar warna dengan pH.
Bunga raya di pilih dalam kajian kerana sinonim dengan Malaysia selain mudah didapati.

Bunga raya diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
pada tahun 1960 kerana warnanya yang melambangkan kegembiraan, gilang-gemilang
dan keberanian. Bunga raya juga dikenali sebagai Japa dalam bahasa Sanskrit, Jasum
(Hindi), Jaba (Bengali), Chinese Hibiscus (English) dan sebagainya. Hibiscus rosa-
sinensis merupakan nama saintifik bagi bunga raya. Ia adalah genus tumbuhan berbunga
di dalam family, malvaceae (Poonam, Pushpa & Pramod. 2012) yang hidup di kawasan
iklim tropika dan subtropika di seluruh dunia.

2.0 METADOLOGI KAJIAN

2.1 Bahan: Bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), larutan ethanol 70%, air suling, larutan
pH 1.64, larutan pH 2.42, larutan pH 3.14, larutan pH 4.00 (larutan bufer 4.00), larutan
pH 6.13, larutan pH 6.82 (larutan bufer pH 7.00), larutan pH 7.61, larutan pH 9.20
(larutan bufer pH 10.00) dan larutan pH 11.35.

2.2 Radas: bikar, silinder penyukat, penimbang elektronik, kain muslin, botol penitik, kertas

kromatografi Watman, forsep, pH meter, corong turas, pipet, buret, kelalang kon, jubin
putih, kaki retort, pengacau magnetik.

2.3 Penyediaan ekstrak bunga raya

Bunga raya yang segar di petik dari pokok di kawasan padang sekolah pada waktu
pagi dan di potong kecil. Ini bagi menyediakan luas permukaan yang tinggi dalam
proses pengekstrakkan bunga raya. Bunga raya ditimbang menggunakan penimbang
elektronik dan seterusnya direndam dengan larutan alkohol 70 % dengan nisbah 1
gram bunga raya bersamaan 1 mL larutan alkohol. Rendaman dibiarkan selama 2 jam
sebelum esktrak berwarna ungu di tapis menggunakan kain muslin. pH meter
digunakan untuk mengetahui pH larutan esktrak yang bersifat asid lemah. Untuk
menghasilkan kertas penunjuk pH, kertas kromatografi Whatman dipotong mengikut

ukuran yang sesuai dan direndam dalam larutan ekstrak bunga raya sebelum
dibiarkan kering. Lebihan ekstrak yang tidak digunakan disimpan dalam botol penitik
manakala kertas penunjuk pH yang kering perlu disimpan dalam bekas kedap udara
untuk mengelakkan tercemar.

2.4 Ujian Pengamatan warna asid dan bes
Kertas penunjuk pH yang telah dihasilkan diuji dengan menggunakan larutan 0.1 mol
dm-3 asid hidroklorik dan 0.1 mol dm-3 natrium hidroksida untuk menentukan
perubahan warna dalam larutan asid dan bes. Ujian ini diteruskan dengan pelbagai
pH berasid, beralkali dan neutral untuk mengenal pasti perubahan warna pH bermula.

2.5 Penunjuk pH dalam pentitratan
Penyediaan radas untuk pentitratan dimulakan dengan mengisi buret dengan 0.1 mol dm-3
asid hidroklorik. 25 cm3 0.1 mol dm-3 natrium hidroksida dipipet ke dalam bikar 250 mL dan
dimasukkan esktrak bunga raya dalam 3-5 titisan. Larutan ini dikacau dengan
menggunakan pengacau magnetik sepanjang proses pentitratan. Menggunakan pengapit
dari kaki retort, pH meter dimasukan ke dalam bikar berisi larutan natrium hidroksida dan
penunjuk pH untuk penentuan pH semasa proses pentitratan. Perubahan warna berserta
pH direkodkan sepanjang proses pentitratan.

3.0 DAPATAN KAJIAN
Ekstrak bunga raya dengan warna ungu mempunyai pH 5.62 dijadikan kertas penunjuk
pH.

Dalam ujian pengamatan warna kertas penunjuk pH bunga raya menunjukkan perubahan
warna dalam larutan berasid dan bes. Perubahan warna kertas pH ekstrak bunga raya
direkodkan dalam Rajah 1.

pH 1 pH 4 pH 7 pH 10
pH 14 Rajah 1

.

Rajah 2

pH 1.64 pH 2.42 pH 3.14 pH 4.00 pH 6.13 pH 6.82 pH 7.61 pH 9.20 pH 11.35
Rajah 3

Dalam proses pentitratan antara 25 cm3 0.1 mol dm-3 natrium hidroksida dan 0.1 mol dm-3
asid hidroklorik, didapati perubahan warna penunjuk pH adalah seperti berikut:

Sebelum pentitratan Takat akhir pentitratan
4.0 PERBINCANGAN Rajah 4

Dalam larutan berasid didapati kertas penunjuk pH berubah warna menjadi merah jambu
manakala dalam larutan bes perubahan warna menjadi kehijauan. Dapatan ini turut
diperakui dalam kajian Stanley et al. (2015). Perubahan warna dalam larutan berasid
bermula pada pH 4.00 dan semakin jelas kelihatan warna merah jambu apabila menuruni
pH. Dalam larutan bes, didapati perubahan warna bermula pada pH 10.00 dan semakin
jelas kehijauan apabila pH bertambah. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Siti
Nuryanti et al. (2010). Tan (2016) menyatakan penunjuk pH akan berfungsi kerana
perbezaan warna antara molekul yang belum terurai dan ionnya. Dalam larutan akueus,
keseimbangan tercapai antara penunjuk (Hln) yang bersifat asid dan bes konjugat (In-)
berdasarkan persamaan berikut

Hln (aq) + H2O (l) H3O+(aq) + ln- (aq)

Asid bes konjugat
(merah jambu) (kehijauan)

(a) Dalam larutan berasid yang mempunyai kemolaran H3O+ yang tinggi, keseimbangan
akan bergerak ke kiri berdasarkan prinsip Le Chatelier dan penunjuk pH akan berwarna
merah jambu.

(b) Dalam larutan beralkali yang mempunyai kemolaran H3O+ yang rendah, keseimbangan
akan bergerak ke kanan berdasarkan prinsip Le Chatelier dan penunjuk pH akan
berwarna kehijauan.

Dalam peyediaan radas pentitratan, kelalang kon berisi larutan natrium hidroksida
dititiskan dengan penunjuk pH ekstrak bunga raya dan menunjukkan warna kehijauan.
Takat akhir ditentukan dengan pengiraan formula

M1V1 = M2V2

Dimana:

M1 = 0.1 mol dm-3 natrium hidroksida M2 = 0.1 mol dm-3 asid hidroklorik
V1 = 25 cm3 natrium hidroksida V2 = X
Dan persamaan tindak balas:

NaOH (aq) + HCl (aq) NaCl (aq) + H2O (l)

Dalam Rajah 4, takat akhir pentitratan didapati apabila X bersamaan 25 cm3 0.1 mol dm-3
asid hidroklorik, dimana penunjuk pH berubah warna dari kehijauan kepada tidak
berwarna (colourless). pH 7.00 merupakan titik kesamaan (equivalence point) dalam
proses pentitratan asid kuat-bes kuat. Berdasarkan Rajah 3, dapatan kajian ini selari
dengan perubahan warna ekstrak dalam larutan pH berbeza dimana larutan warna
penunjuk pH ekstrak bunga raya tidak berwarna (colourless) pada pH 7.00..

Dalam proses pentitratan, ketepatan perubahan warna penunjuk pH diperlukan. Ini terbukti
apabila kertas litmus merah dan biru tidak digunakan sebagai penunjuk pH dalam proses
pentitratan kerana ketepatan perubahan warna yang sukar dinilai. Stanley et al. (2015)
menjelaskan radas soxhlet digunakan untuk mendapat ekstrak bunga raya dengan larutan
alkohol. Dalam kajian ini, terdapat beberapa kelemahan dalam penyediaan radas yang
lebih sesuai untuk mengekstrak bunga raya. Kekangan alatan makmal di sekolah menjadi
punca ketepatan perubahan warna penunjuk pH sukar diamati. Dalam penyediaan bahan
pula, bunga raya yang dipetik sepatutnya dibiarkan kering di bawah cahaya matahari
untuk mengeluarkan air (H2O) yang mengandungi kepekatan ion hidrogen (H+) tertentu.
Kehadiran air akan menurunkan pH ekstrak bunga raya menjadi semakin berasid.

5.0 KESIMPULAN

Penggunaan penunjuk pH sintetik yang merbahaya kepada kesihatan dan meyebabkan
pencemaran boleh diganti dengan penunjuk pH semula jadi yang selamat digunakan,
mudah di dapati dan kos penyediaan yang murah. Potensi bunga raya (Hibiscus rosa-
sinensis) sebagai kertas penunjuk pH dan penunjuk pH dalam proses pentitratan perlu
dikomersialkan dalam industri tempatan. Kajian lanjutan boleh dijalankan dengan
menggunakan penunjuk pH ekstrak bunga raya dalam pentitratan asid kuat-bes lemah,
bes kuat-asid lemah dan asid lemah-bes lemah untuk mengenal pasti dengan terperinci
potensi bunga raya sebagai penunjuk pH.

RUJUKAN

Komal Tilekar, P.N.Jagtap, S.S.Kalaskar, R.S.Hake, A.P. Shewale, P.S.Patil & R.Y.Patil.
2015. Methanolic extracts of Flowers and Seeds: Natural Resource As Indicator In
Acidimetry And Alkalimetry. International Journal of Advances in Pharmacy, Biology
and Chemistry 4 (2): 447-457

Poonam Gupta, Pushpa Jain & Pramod Kumar Jain. 2012. Isolation of natural acid base
indicator from the flower sap of Hibiscus rosa sinensis. Journal of Chemical and
Pharmaceutical Research 4 (12): 4957-4960.

Savita H. Bhise, Namdeo G. Shinde, Bhagyashree S. Surve, Nayana V. Pimpodkar &

Sanobar S. Shikalgar. 2014. Acalypha wilkesiana as Natural pH Indicator.

International Journal of Natural Products Research 4 (1): 33-35.

Siti Nuryanti, Sabirin Matsjeh, Chairil Anwar & Tri Joko Raharjo. 2010. Indikator Titrasi
Asam- Basa dari Ekstrak Bunga Sepatu (Hibiscus rosa sinensis L). AGRITECH Journal 30
(3): 178-183.

Stanley I. R. Okoduwa, Lovina O. Mbora. Matthew E. Adu & Ameh A. Adeyi. 2015.
Comparative Analysis of the Properties of Acid-Base Indicator of Rose (Rosa setigera),
Allamanda (Allamanda cathartica) and Hibiscus (Hibiscus rosa-sinensis) Flowers.
Biochemistry Research International: 1-6.

Tan Yin Toon, Loh Wai Leng & Lim Ming Hui. 2016. Ace Ahead STPM Text Chemistry
First Term. Shah Alam: Oxford University Press.

Vishwas C. Bhagat, Radheshyam D. Patil, P.R. Channekar, S.C. Shetty & Atul S. Akarte.
2008. Herbal indicators as a substituent to synthetic indicators. International Journal of
Green Pharmacy: 162-163.

LAMPIRAN
Penyediaan rendaman bunga raya dan larutan etanol 70%

Penyediaan kertas penunjuk pH
Pengujian pengamatan warna kertas penunjuk pH dalam asid dan bes

Pengujian penunjuk pH pentitratan

MENENTUKAN DAN MENGATASI
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

OLEH PELAJAR TINGKATAN 6
SEMESTER 1/2 (PENGGAL 1) DALAM
MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM

NURUL HIDAYAH BINTI HASHIM
(SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM)

BAB 1

PENGENALAN

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar tingkatan 6 Semester 1/2 (Penggal 1) dalam mata pelajaran Pengajian Am.
Seramai 18 orang pelajar kelas Tingkatan 6 Bawah 2 (Penggal 1), SMK (P) Temenggong
Ibrahim, Batu Pahat dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian sikap pelajar di dalam kelas,
semakan buku latihan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakan pelajar tidak
dapat menjawab soalan-soalan dengan tepat, khususnya pada bahagian struktur. Malah,
sesetengah daripada mereka telah mengambil jalan mudah dengan membiarkan kertas
jawapan kosong. Mereka juga kadangkala langsung tidak berminat untuk melibatkan diri
ketika sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pengajian Am. Dengan itu,
perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan minat, kefahaman
dan daya ingatan pelajar terhadap fakta-fakta dalam Pengajian Am. Pelajar telah
didedahkan kepada kaedah Carian Fakta menggunakan sebelum mereka menduduki ujian
Penilaian. Keputusan ujian Penilaian telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar
dengan 15 orang daripada mereka memperolehi keputusan lulus dan hanya 3 orang
pelajar yang gagal. Hasil pemerhatian pula mendapati kebanyakan mereka sudah mula
meminati Pengajian Am dengan kerap menyemak buku untuk mencatatkan Carian Fakta.

1.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kelemahan atau masalah yang
dihadapi di dalam bilik darjah. Sepanjang menjalankan pengajaran, terdapat kaedah
pengajaran yang dapat memberi tumpuan oleh murid namun segelintir teknik pengajaran
mungkin menyebabkan murid bosan. Bagi mengetahui punca berlakunya masalah
tersebut maka kajian yang dijalankan memainkan peranan penting agar penambahbaikan

dan mempertingkatkan pengajaran dapat dilaksanakan. Kajian tindakan dilakukan supaya
dapat memperbaiki dan mewujudkan kretiviti dalam pengajaran mata pelajaran Pengajian
Am seterusnya meningkatkan kemahiran dan penerapan murid dalam menguasai topik
yang diajar oleh guru di dalam kelas.

Pengajian Am merupakan mata pelajaran wajib diambil dan wajib lulus dalam
peperiksaan bagi pelajar-pelajar yanng menduduki peperiksaan dalam Sijil Tinggi
Pendidikan Malaysia. Bermula pada tahun 2012, sukatan pelajaran bagi semua mata
pelajaran STPM telah berubah iaitu menggunakan Sukatan Modul iaitu mengikut sistem
semester. Melalui sistem semester ini, pelajar-pelajar STPM akan menjalani 3 semester
yang berbeza mengikut topik yang telah disusun mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan. Bagi mata pelajaran Pengajian Am, setiap penggal mempunyai topik yang
berbeza dan pelajar-pelajar harus mempelajarinya bagi membolehkan mereka berjaya
menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu, guru sangat memainkan peranan dalam
mengajar mereka terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
di dalam kelas. Pengalaman mahupun kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah
kemungkinan besar dapat membantu pelajar untuk memahami topik yang diajar dan
disampaikan oleh guru.

Oleh itu, satu kajian tindakan perlu dilaksanakan berdasarkan kepentingan tersebut
bagi membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian dan penguasaan mereka
terhadap topik yang terdapat dalam mata pelajaran Pengajian Am. Daripada kajian
tindakan yang dijalankan, terdapat beberapa kaedah kajian digunakan oleh guru iaitu
pemerhatian, temu bual, dan ujian pra. Sebelum melakukan kajian terhadap kemahiran
penguasaan topik Pilihan Raya dan topik tadbir urus negara dalam kalangan pelajar
tingkatan enam, kaedah pemerhatian akan dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Setelah mengenal pasti kelemahan dan kekurangan yang dihadapi
semasa proses pengajaran maka kaedah temu bual dan penambahbaikan digunakan
untuk mengenal pasti punca masalah dan seterusnya menjalankan tindakan dengan
melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan kemahiran murid dalam penguasaan
topik dalam sukatan pengajaran. Bagi menguji penambahbaikan yang dilakukan berkesan
maka pelatih akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran di dalam kelas.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pelatih telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pengajian Am di Sekolah
Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat. Guru telah mengajar dua
kelas iaitu satu kelas daripada pelajar tingkatan enam atas dan satu kelas lagi dari pelajar
tingkatan enam bawah. Pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan untuk memastikan
pelajar memahami dan mengetahui berkaitan perbincangan topik-topik yang diajar. Antara
kaedah pengajaran yang digunakan adalah penerangan, lakonan kuiz, mainan,
perbincangan dan pelbagai lagi. Semasa mengajar dalam kelas 6 semester 1/2, pelatih
dapati pelajar mula hilang fokus sebelum pengajaran selesai. Melalui pelbagai kaedah
pengajaran tersebut, pelatih mendapati terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang kurang
digemari oleh pelajar dengan kelakuan yang ditunjukkkan oleh pelajar semasa
pengajaran.

Melalui pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, kaedah penerangan yang
digunakan oleh guru amat mudah memberi perubahan terhadap suasana bilik darjah.
Pelajar dilihat semakin pasif dan pengajaran hanya berfokuskan kepada guru semata.
Walaupun beberapa soalan teleh disoal oleh pelatih kepada pelajar, namun pelajar
kelihatan masih sukar menjawab soalan yang ditanya oleh pelatih. Perkara tersebut
mewujudkan pemasalahan dalam proses P&P sehingga guru terpaksa memanggil pelajar
untuk memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pendapat masing-masing
berkaitan soalan yang ditujukan. Begitu juga permasalahan yang wujud di kelas apabila
kaedah penerangan yang diberikan oleh guru di hadapan kelas hanya menyebabkan
pelajar mula bersembang dengan rakan-rakan yang lain dan terdapat sebahagian pelajar
yang mengantuk di dalam kelas.

Pemasalahan yang wujud mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah dan murid hilang fokus tanpa dapat menguasai nilai yang diajar oleh guru.
Sekiranya perkara tersebut berterusan, maka penerangan guru akan menjadi sia-sia tanpa
kerjasama yang diberikan oleh pelajar dan hasil pembelajaran yang dirancang tidak dapat
dicapai oleh murid. Apabila sebilangan pelajar berbincang berkenaan perkara lain semasa
pengajaran dilaksanakan, suasana di dalam kelas akan menjadi bising dan menganggu
murid yang masih menumpukan perhatian tergadap pengajaran. Mengetahui perkara

sedemikian, guru merasakan bahawa terdapat kelemahan yang wujud daripada kaedah
pengajaran yang dilaksanakan.

Semasa mengajar di dalam kelas tingkatan enam, murid mula bising sekiranya guru
tidak menegur perlakuan mereka. Oleh itu, guru merasakan terdapat punca yang
menyebabkan murid kurang memberi perhatian dalam pengajaran terutamanya di
pertengahan pengajaran. Keadaan ini menyebabkan guru berminat melakukan
penambahbaikan dalam kaedah pengajaran bagi meningkatkan kemahiran dan penerapan
nilai dalam diri pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Kelas Tingkatan Enam semester 1/2 terdiri daripada pelajar yang mempunyai prestasi
dalam bidang akademik. Namun begitu, perkara yang kurang meyenangkan apabila
mengajar di kelas adalah pelajar mula bersembang dengan rakan apabila guru
menggunakan kaedah menerang di dalam kelas. Semasa guru mengajar di kelas
Pengajian Am tingkatan 6 semester 1/2, guru dapati segelintir pelajar tidak memberi
perhatian semasa guru memberikan penerangan di hadapan kelas, malahan perkara yang
sama turut berlaku semasa pembentangan di dalam kelas. Perbuatan sedemikian
merupakan suatu permasalahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Keadaan ini menyukarkan pelaksanaan pengajaran dan situasi tersebut
perlu diatasi dan diperbaiki. Penambahbaikan dari segi kaedah pengajaran guru perlu
dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut daripada terus berulang. Justeru itu, guru
ingin menyelidik dan mencari jalan penyelesaian terhadap kaedah pengajaran agar murid
dapat memberi perhatian dan berseronok belajar di dalam kelas.

1.4 Fokus Kajian

Guru menfokuskan kajian terhadap kaedah pengajaran yang mampu menarik minat
pelajar dalam pengajaran. Melalui teknik penerangan yang telah dilaksanakan dalam
kelas, dapati segelintir pelajar tidak melibatkan diri apabila proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung malahan pelajar tidak menumpukan perhatian semasa rakan

lain melakukan pembentangan. Permasalahan tersebut menarik minat guru dalam
mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuia digunakan semasa pengajaran.

Bagi menyelesaikan permasalahan ketidakterlibatan pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, guru akan menfokuskan kaedah pengajaran yang dapat menjadi
tarikan kepada semua pelajar. Setelah beberapa minggu mengajar kelas tingkatan 6
semester 1/2 dengan pelbagai kaedah, guru mengetahui bahawa terdapat kaedah yang
menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam kelas. Oleh itu, kaedah pengajaran guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting untuk menarik
minat pelajar dalam pembelajaran.

1.5 Objektif dan Persoalan Kajian

1.5.1 Objektif Kajian

Hasil kajian ini, guru dapat mencari kelemahan dalam diri sama ada dari segi komunikasi
mahupun teknik pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selain itu, guru juga dapat mencungkil minat pelajar terhadap topik-topik yang terdapat
dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Am (Topik Malaysia Kekal Berdaulat) dan teknik
pengajaran yang diminati. Oleh itu, objektif yang ingin dicapai dalam penambahbaikan
teknik pengajaran guru ialah:

i. Mengenal pasti kaedah pengajaran yang dapat mempertingkatkan
pemahaman murid terhadap sub topik yang di ajar.

ii. Menjelaskan kaedah pengajaran yang bersesuaian dalam pengajaran
Pengajian Am

Iii. Meningkatkan minat murid terhadap pengajarn Pengajian Am dengan
menggunakan kaedah yang sesuai.

1.5.2 Persoalan Kajian
Adakah pelajar tidak suka dengan kaedah pengajaran yang dilakukan
i.
guru?

ii. Adakah kaedah pengajaran guru menyebabkan pelajar tidak meminati mata

pelajaran Pengajian Am

iii. Bagaimanakah pelajar dapat memahami sub topik yang diajar oleh guru?

1.6 Tujuan Kajian

Tujuan kajian dijalankan disebabkan wujudnya kesedaran berkenaan pentingnya
persekitran yang selesa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu
melakukan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran Pengajian Am dengan
berkesan untuk mengelakkan pelajar melakukan kerja masing-masing di dalam kelas .
Melalui kaedah pengajaran yang berkesan semasa mengajar di dalam kelas, maka pelajar
akan lebih berminat untuk mempelajari pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam
kelas. Oleh itu, pelajar sedar bahawa penggunaan kaedah pengajaran amat penting bagi
menerapkan sikap minat pelajar terhadap topik atau sub topik yang bakal di ajar oleh guru
di dalam kelas. Kaedah yang menarik ini, secara tidak langsung dapat menarik minat
pelajar selain menghindarkan pelajar daripada ponteng kelas.

Kajian ini juga bertujuan untuk memastikan pelajar yang terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pengajian Am boleh menumpukan perhatian dan
melibatkan diri secara langsung dalam pembelajaran. Kepentingan penglibatan pelajar
dan mewujudkan suasana bilik darjah yang aktif bukan sahaja menambahkan ilmu
pengetahuan pelajar malahan dapat mendedahkan pelajar terhadap nilai-nilai murni yang
perlu ditanam dalam diri mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung did alam kelas.

1.7 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan enam iaitu kelas 6 semester 1/2 di Sekolah
Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat. Bilangan pelajar di dalam
kelas tersebut ialah 18 orang yang terdiri daripada pelajar perempuan. Pelajar dalam kelas
ini terdiri daripada pelajar-pelajar bangsa Melayu dan bangsa Cina.

BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Melalui bab ini guru akan menghuraikan kajian-kajian lepas yang berkaitan dangan tajuk
kajian. Kajian lepas juga membawa maksud sorotan literatur yang mengandungi penulisan
daripada beberapa pihak lain yang ditulis oleh mereka. Melalui kajian lepas ini, guru boleh
membuat rujukan berkaitan tajuk kajian tindakan yang dipilih.

2.1 Sorotan Kajian
Penggunaan kaedah pengajaran yang tidak diubah atau tidak dipelbagaikan
menyebabkan pelajar hilang minat untuk menumpukan perhatian di dalam kelas.
Kepekaan terhadap kaedah pengajaran dapat mendorong pelajar dalam pembelajaran
telah memberi peluang kepada pelatih untuk mengkaji kaian lampau melalui beberapa
pembacaan seperti artikel, jurnal dan intrenet. Setiap sumber dijadikan rujukan dalam
membuat kajian agar tiada kesilapan maklumat yang diperolehi dan kesahihan maklumat
yang dapat daripada sampel yang digunakan. Melalui kaedah pengajaran yang betul dan
efektif dapat merangsang pelajar dalam pembelajaran serta mengelakkan pelajar
membuat bising dalam bilik darjah.

Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang kretif dan bersesuaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah seperti kaedah penerangan, kaedah main
peranan dan pelbagai lagi. Rujukan dari bahan bacaan dan kajian lampau dapat
memperbaiki dan meningkatkan kretiviti kaedah pengajaran pelatih dalam bilik darjah.
Sebagai seorang guru, cabaran dan sedia menghadapi perubahan dalam dunia
pendidikan perlulah di ambil kira untuk membentuk pelajar yang berwawasan serta
mempunyai minda kelas pertama.

Menurut Al Khazin (2010), teknik pengajaran dapat diertikan sebagai cara yang
dilakukan oleh seseorang dalam mengimplementasikan suatu metode secara spesifik.
Menerusi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, kaedah pengajaran guru amat
penting dalam meyampaikan sesuatu maklumat. Dengan setiap nilai yang berbeza, satu
kaedah pengajaran sahaja tidak berkesan untuk mengajar pelajar kerana pelajar akan
mudah jemu tanpa kepelbagaian kaedah pengajaran yang dikenakan oleh guru. Oleh itu,
guru memerlukan kepelbagaian kretiviti dalam mencipta kaedah pengajaran tersendiri.
Walaupun, metode pengajaran adalah sama namun teknik perlu berbeza setiap kali
mengajar. Situasi ini amat penting bagi mencapai hasil pengajaran dapat dicapai oleh
murid di akhir pengajaran. Dalam pengajaran Pengajian Am, terdapat pelbagai kaedah
yang boleh digunakan dalam pengajaran seperti yang terdapat dalam portal rasmi
Pengajian Am.

Kajian yang dilakukan oleh Khalid Imail (2006) iaitu dalam tajuk pengajaran efektif
merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, sikap dan
objektif yang telah ditetapkan. Perikan tersebut seolah-olah memberi gambaran sebenar
mengenai pengajaran efektif yang melibatkan tahap kretiviti guru dalam pengajaran
supaya sesuatu ilmu itu dapat disampaikan kepada murid. Terdapat beberapa cara yang
boleh mewujudkan pengajaran berkesan seperti mewujudkan aktiviti yang mempunyai
persamaan dengan kehidupan sebenar pelajar, mengajar peraturan atau struktur tertentu
terlebih dahulu sebelum pelajar diminta memindahkan pengetahuan tersebut kepada
situasi yang baru. Keadaan ini akan mewujudkan kaedah pengajaran yang berkesan dan
pelajar akan lebih seronok untuk belajar kerana perkara yang dipelajari secara teori dapat
diamalkan dalam situasi sebenar.

Peranan guru dalam mewujudkan persekitaran yang sesuai dengan topik dan suasa
pembelajaran berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru kretif. Kretiviti guru dalam
mengendalikan pelajar di dalam kelas membantu meningkatkan semangat pelajar dalam
pengajaran. Contohnya, guru yang menggunakan kaedah secara main peranan dalam
pengajaran di dalam kelas lebih disukai oleh pelajar. Pelajar bukan sahaja boleh
melibatkan diri dalam kelas, malah guru juga boleh membantu pelajar untuk mengingati
sesuatu topik pengajaran dengan dengan lebih baik. Kaedah ini juga memberi kelebihan
kepada pelajar untuk menjawab peperiksaan kelak. Hal ini kerana, murid akan mudah
mengingat semula pengajaran yang dipelajari sekiranya pengajaran dilakukan secara
amali. Melalui bersandarkan pengajaran secara teori di dalam bilik darjah, teknik

pengajaran perlu dilakukan secara amali oleh guru agar pelajar dapat mempraktikkanya
dalam kehidupan seharian.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan
Metodologi kajian merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian.
Metodologi kajian sangat penting dalam setiap penulisan kajian bagi membantu pengkaji
memperolehi objektif kajiannya. Bab ini menekankan kepada proses mengumpulkan data
dan maklumat berkaitan kajian. Bagi menghasilkan bab ini, beberapa perkara seperti reka
bentuk kajian, kawasan kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian, tatacara
pengumpulan data kajian, dan tatacara penganalisisan data kajian telah digunakan oleh
pengkaji. Oleh itu, kaedah ini menjadi panduan kepada pengkaji bagi menjalankan kajian
dengan lebih lancar.

3.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan di sini adalah dengan menggunakan pendekatan
kuantitatif yang mana pengkaji melihat hubungan pembelajaran menggunakan kaedah
dua pengajaran iaitu simulasi dan main peranan dengan penglibatan aktif pelajar terhadap
mata pelajaran Pengajian Am. Reka bentuk yang digunaka ialah kaedah sebelum dan
selepas kaedah simulasi dan main peranan ini dilaksanakan di dalam bilik darjah. Selain
itu, kajian ini dilakukan dengan menggunakan reka bentuk kaedah temubual. Bagi
mendapatkan maklumat yang tepat, pengkaji telah menemu bual beberpa orang pelajar
ynag terlibat dalam kajian ini.

3.2 Kawasan Kajian

Kajian tindakan ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim,
Batu Pahat, Johor iaitu dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan enam kelas 6 semester
1/2. Sekolah ini terletak di tengah-tengah bandar Batu Pahat. Batu Pahat merupakan
sebuah tempat yang dihuni oleh penduduk berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan
India.

Pengkaji memilih pelajar tingkatan enam kerana pengkaji merupakan guru yang
diberikan tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Pengajian Am. Pengalaman
ketika mengajar di sekolah tersebut selama 2 tahun telah menyebabkan pengkaji tertarik
untuk menjalankan sebuah kajian berkaitan pelajar-pelajar tingkatan enam di sekolah
tersebut.

3.3 Pengumpulan Data

Semasa menjalankan kajian tindakan, pengumpulan data telah dilaksanakan oleh guru
terlebih dahulu bagi memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar. Beberapa kaedah
kajian telah dirancang terlebih dahulu sebelum pelaksanaan dijalankan. Kaedah seperti
pemerhatian peringkat awal terhadap pelajar dilakukan sebelum tajuk pengajaran
dilakukan. Setelah mengetahui permasalahan yang wujud, maka jadual pengumpulan data
di lakukan seperti ditunjukkan di jadual bawah.

Jadual 1: Kedah Mengumpul Data

Cara Kumpulan Tujuan
Penilaian Sasaran

Langkah Pemerhatian 19 orang Mengenal pasti masalah yang
1 semasa P&P pelajar berlaku dalam bilik darjah dan tahap
pemahaman pelajar setelah selesai
Langkah pengajaran.
2
Refleksi 19 orang Mengenalpasti masalah yang wujud
murid pelajar dalam bilik darjah dan teknik
pengajaran yang mampu menarik

Langkah Temubual 5 orang minat pelajar
3 pelajar
Temu bual dilakukan terhadap
beberapa orang pelajar dalam kelas
tingkatan 6 bagi mengetahui
pemahaman mereka semasa guru
menggunakan kaedah pengaran
yang berbeza di dalam kelas.
Kaedah pemgajaran yang kurang
diminati pelajar mungkin
menyebabkan pelajar hilang fokus
dalam kelas.

3.3.1 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tinjauan ini adalah satu set borang check
list terhadap tingkah laku pelajar semasa guru mengajar di hadapan kelas. Tujuan borang
check list digunakan semasa pengajaran adalah untuk mengenal pasti tindakan pelajar
semasa guru mengajar di hadapan kelas. Borang check list memainkan peranan penting
dalam memberikan panduan kepada guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran bagi
menarik minat pelajar dalam pengajaran. Selain itu, borang check list juga digunakan
untuk mengenal pasti kelakuan pelajar di dalam kelas apabila kaedah pengajaran
digunakan pada mata pelajaran tersebut.

Selain menggunakan borang check list, kaedah temu bual juga dilakukan bagi
mendapatkan bukti yang lebih kukuh daripada pelajar. Kaedah temu bual merupakan
kaedah yang biasa digunakan dalam membuat kajian kerana data yang diperoleh
daripada responden adalah lebih ikhlas dan dapat merangkumi pengalaman mereka
dalam menjawab soalan. Semasa temu bual berlangsung, pelajar diminta untuk
memberitahu kaedah pengajaran yang diminati. Melalui kaedah pengajaran yang
digunakan dalam bilik darjah, pelajar diminta memberitahu kaedah yang digemari dengan
susunan nombor satu hingga lima. Kaedah pengajaran yang paling digemari dilabelkan
pada nombor satu dan seterusnya sehingga kaedah pengajaran yang paling tidak disukai
iaitu pada nombor lima. Melalui respon yang diperolehi daripada pelajar, maka kajian yang
dilakukan terhadap teknik pengajaran guru dapat dilaksanakan dengan sempurna.

3.3.2 Tinjauan Masalah

Pada permulaan, tinjauan masalah berdasarkan kepada pemerhatian terhadap minat
pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Am. Melalui pemerhatian, di dapati pelajar mulai
bosan, membuat bising dan tidak mempedulikan guru mengajar. Perkara tersebut berlaku
apabila guru melakukan kaedah penerangan dalam kelas, pelajar bertindak melakukan
tugasan masing-masing tanpa memberikan perhatian sepenuhnya. Masalah tersebut
menjadi satu tanda tanya dan keadaan inilah yang memerlukan penambahbaikan dari segi
kaedah pengajaran. Setelah mengajar mereka dengan kaedah pengajaran yang pelbagai,
guru dapat mengenal pasti serba sedikit punca pelajar bersembang sesama rakan-rakan,
bising dan melakukan kerja sendiri semasa penerangan disampaikan oleh guru di
hadapan kelas. Mengetahui pelajar lebih berminat dengan aktiviti pengajaran yang
berfokuskan pelajar, maka guru mengambil inisiatif dengan melakukan pelbagai kaedah
pengajaran di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran yang dilaksanakan biasanya
mengikut sub topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pengajian Am yang telah
disediakan oleh Majlis Pelajaran Malaysia.

Setelah mengenal pasti masalah yang berlaku maka proses mengutip data dan
mendapatkan maklumat daripada pelajar dilakukan setelah tamat proses pengajaran dan
pembelajaran. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi maka guru menggunakan
kaedah seperti berikut untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang diminati pelajar:

a) Temu bual
Guru menggunakan kaedah temu bual dengan beberapa orang pelajar setelah pengajaran
Pengajian Am. Pelajar yang ditemu bual dipilih secara rawak berdasarkan pemerhatian
semasa proses P&P. Dalam pemilihan pelajar melalui sesi temu bual, guru memilih pelajar
yang hiperaktif, mengantuk, suka bercakap, membuat bising dan bermain semasa pelatih
mengajar di hadapan kelas. Beberapa soalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan
kaedah pengajaran guru ditanya sepanjang sesi temu bual. Malah, pelajar diberi
kebebasan memberitahu kaedah pengajaran yang diminati dalam pengajaran akan
datang. Berdasarkan temu bual tersebut, guru menjadikannya sebagai panduan dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pada pengajaran berikutnya.

3.4 Menganalisis dan Mengintepretasi Data
3.4.1 Metod Analisis

a) Pemerhatian : Analisis secara perbincangan tindak balas pelajar semasa
pengajaran di dalam kelas.

b) Refleksi murid : Analisis berkaitan topik pengajaran dengan teknik pengajaran

yang digunakan oleh guru.

c) Temu bual : Analisis secara perbincangan dengan pelajar tentang disiplin

pelajar di bilik darjah dan teknik pengajaran guru dalam bilik

darjah.

d) Tindak balas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Analisis penglibatan pelajar dengan teknik pengajaran guru
dalam bilik darjah.

3.4.2 Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan terhadap pelajar tingkatan 6 semester 1/2 semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Semasa guru memberi
penerangan di hadapan kelas, pelajar dilihat kurang memberikan perhatian dan
bertindak melakukan tugasan masing-masing. Masalah tersebut membuatkan guru
berasa terdapat kelemahan yang dilakukan dalam penagajaran. Berbanding dengan
pengajaran yang menggunakan kaedah main peranan dan lakonan, teknik
penerangan memberi respon yang sangat ketara dalam kalangan pelajar apabila
pelajar mulai mengganggu rakan mereka dan membuat bising semasa pelatih
memberi penerangan di dalam kelas.

Pemerhatian dilakukan atas sikap dan tingkah laku pelajar semasa pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Pemerhataian yang diperolehi bertujuan untuk
dijadikan rujukan sebelum dan selepas kajian dilaksanakan. Bagi mendapat maklumat
tersebut, guru memggunakan borang check list untuk senarai semakan. Hasil
daripada borang check list dapat memberi gambaran secara keseluruhan tingkah laku
pelajar semasa guru melaksanakan pengajaran. Borang check list digunakan setiap
masa Pengajian Am berlangsung dengan menggunakan teknik pengajaran yang
berlainan. Borang check list boleh dilihat melalui jadual di bawah:

Jadual 2: Kelakuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran B
A
BIL KELAKUAN B B B B R
A AAA I
R RRR S
I II I
S SSS 5

12
34

1 Mengantuk dalam kelas

2 Berbual dengan rakan dalam kelas

3 Membuat kerja lain dalam kelas

4 Termenung dalam kelas

5 Tidak menjawab soalan guru

6 Mengganggu rakan di dalam kelas

3.4.3 Refleksi Pelajar

Refleksi telah dilakukan terhadap beberapa orang murid setelah tamat proses pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar yang terpilih terdiri daripada mereka yang tidak menumpukan
perhatian semasa guru mengajar. Melalui refleksi yang dilakukan, pelajar diajukan dengan
beberapa soalan mudah berkenaan pengajaran Pengajian Am. Pelajar juga ditanya akan
teknik pengajaran yang diminati, majoriti daripada pelajar tersebut berminat dalam teknik
permainan berbanding teknik penerangan semasa menjalankan proses pengajaran di bilik
darjah. Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang berpendapat bahawa aktiviti yang
menarik dapat menarik perhatian pelajar malahan pelajar mudah memahami dan
mengingatkan sesuatu topik pembelajaran.

3.4.4 Temu Bual

Sesi temu bual telah dirancang oleh guru dalam mencari jalan penyelesaian terhadap
masalah yang berlaku dalam bilik darjah. Masa yang digunakan untuk sesi temu bual
adalah semasa waktu rehat agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru telah berusaha mendapatkan bilik kaunseling untuk mengadakan sesi temu bual
agar pelajar dapat menyatakan pendapat masing-masing dalam suasana yang selesa.

Beberapa orang pelajar yang sukarela telah dijemput untuk memberi pendapat dan
minat mereka dalam pengajaran Pengajian Am. Guru telah meminta kebenaran untuk
mengambil 5 orang pelajar daripada 19 orang pelajar di dalam kelas tersebut untuk
menjalankan sesi temu bual tersebut. Bilangan yang sedikit itu menyebabkan guru tidak
dapat melakukan sesi temu bual secara berkumpulan. Sepanjang sesi temu bual
berlangsung, rakaman dilakukan menggunakan telefon bimbit dan pelajar diberi
kebebasan untuk memberitahu pemahaman mereka sepanjang proses pengajaran proses
pengajaran yang berlangsung dan sebab yang menyebabkan pelajar lebih memahami
sesuatu sub topik yang diajar oleh guru. Malah, pelajar turut di soal dengan kaedah
pengajaran yang diminati dalam pengajaran Pengajian Am, cadangan penambahbaikan
dalam pengajaran, dan menyatakan jenis kaedah pengajaran guru yang masih diingati
sehingga masa temu bual tersebut.

Beberapa cadangan telah diperolehi daripada pelajar sepanjang sesi temu bual
berlangsung iaitu pelajar menyatakan bahawa mereka akan hilang untuk memberikan
perhatian di dalam kelas apabila guru banyak memberikan penerangan di dalam kelas.
Tindakan pelajar bukan menunjukkan bahawa mereka tidak berminat dalam mata
pelajaran Pengajian Am, tetapi kaedah pengajaran yang digunakan tidak berkesan dalam
pengajaran. Belajar secara teori di dalam kelas tidak dapat memberi peluang kepada
pelajar mempraktikkan sub topik yang diajar oleh guru dalam pemahaman mereka sendiri.
Hal ini kerana, mata pelajaran Pengajian Am merupakan salah satu subjek yang
memerlukan pembacaan yang banyak kerana topiknya berkaitan kenegaraan Malaysia
yang merangkumi pelbagai bidang seperti undang-undang, kehakiman, raja
berperlembagaan dan sebagainya. Oleh itu, pelajar memberitahu, sekiranya guru hanya
melakukan kaedah penerangan sahaja semasa di dalam kelas, pelajar tidak nampak dan
sukar bagi mereka untuk mengingati tajuk isi pembelajaran yang di sampaikan oleh guru.

Sepanjang enam belas minggu guru mengajar mata pelajaran Pengajian Am, majoriti
pelajar memberi pandangan yang positif semasa pengajaran berlangsung walaupun
terdapat kaedah pengajaran kurang berkesan dalam bilik darjah. Melalui sesi temu bual,
pelajar telah menyatakan minat mereka dengan pengajaran guru yang menggunakan
kaedah main peranan, simulasi dan lakonan. Manakala kaedah secara berceramah atau
penerangan sangat membosankan pelajar dalam pembelajaran bilik darjah.

3.4.5 Tindak balas di dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tindak balas pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah amat
penting bagi mengenal pasti pelajar memahami suatu pembelajaran. Melalui kajian yang
dijalankan, guru dapati bahawa kaedah berceramah di hadapan kelas menyebabkan
pelajar menjadi pasif dan bertindak membuat kerja mereka masing-masing. Bagi tindak
balas pelajar dalam bilik darjah pula, mereka lebih gemar mendiamkan diri kerana guru
hanya menyampaikan pengajaran di hadapan kelas dan tidak memberi peluang kepada
mereka untuk bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing. Apabila bertanya
kepada pelajar, mereka sukar untuk memberi pendapat disebabkan sifat malu sekiranya
jawapan diberikan adalah salah. Namun, apabila guru melakukan kaedah pengajaran
yang pelbagai dalam bilik darjah, kebanyakkan pelajar berasa seronok untuk mengikuti
pengajran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru di dalam kelas.

3.5 Merancang Tindakan

Pemilihan kaedah pengajaran perlu bersesuaian dengan tahap pengetahuan pelajar.
Setelah mengenal pasti maslah yang wujud di dalam bilik darjah, guru telah melakukan
perancangan awal untuk menjalankan tindakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Perancangan tindakan yang dilakukan dalam bilik darjah
adalah berkaitan dengan kaedah pengajaran guru. Guru bercadang menggunakan
pelbagai kaedah pengajaran semasa mengajar supaya pelajar dapat menumpukan
sepenuhnya perhataian semasa pengajaran. Terdapat beberapa kaedah yang telah
dirancang oleh pelatih untuk dilaksanakan seperti kaedah lakonan, kaedah main peranan,
kaedah simulasi dan pelbagai lagi. Berdasarkan kaedah yang dilaksanakan, guru menilai

kaedah yang mampu manarik minat pelajar dan membnantu pelajar memahami sub topik
yang di ajar oleh guru.

3.5.1 Kaedah Simulasi

Semasa melakukan proses penghajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Pengajian Am, terdapat pelbagai kaedah pengajaran boleh digunakan untuk menarik
minat pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, guru mengubah kaedah pengajaran untuk
menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam bilik darjah. Salah satu kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru ialah kaedah simulasi. Simulasi merupakan satu
gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama
sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar
dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan
situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.

Terdapat beberapa jenis simulasi yang dapat digunakan sebagai satu langkah atau
aktiviti yang boleh menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Am iaitu:

a) Lakonan atau drama
l Berskrip
l Tanpa Skrip

b) Sosio drama

l Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial
l Pelakon diberi peranan watak seseorang dan suatu masalah atau isu dalam

tajuk Pengajian Am.
c) Perbahasan

l Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh/jawatan dan
sebagainya berdasarkan kepada tajuk sub topik yang berkaitan dengan
Pengajian Am

l Syarahan kecil dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-rakan sekelas
dan mereka memberi markah.

l Cth: seorang pelajar menerangkan mengenai Struktur Pemerintahan di
Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab ke atas negara.

d) Simulasi Segera

l Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk.
l Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan mengambarkan

bagaimana peristiwa itu berlaku
e) Permainan

l Terancang dan berstruktur seperti 'board games' dan teka silang kata.

Dalam kajian tindakan ini, guru menggunakan kaedah simulasi jenis simulasi
segera. Melalui kaedah simulasi tersebut, guru telah menyediakan bahan dan
meminta pelajar yang terpilih supaya melakukan simulasi. Sebagai contoh, guru telah
melakukan simulasi berkaitan sub topik bertajuk Demokrasi dan Pilihan Raya
terhadap kelas tingkatan 6 semester 1/2. Bagi menjalankan kaedah tersebut, pengkaji
telah menyediakan beberapa alat bantu mengajar (ABM) seperti kotak undi, kertas
berwarna, pensil dan meja. Melalui ABM yang disediakan tersebut, guru telah memilih
10 orang pelajar untuk melakukan simulasi berkaitan proses pembuangan undi
semasa Pilihan Raya. Pelajar yang tidak terlibat pula, diarahkan supaya melihat
proses pembuangan pengundian yang dilakukan oelh rakan mereka.

Melalui kaedah simulasi ini, pelajar dapat meletakkan diri dalam situasi sebenar
dan berupaya untuk mempraktikkan sub topik yang diajar oleh guru. Oleh itu, kaedah
tersebut dilihat mampu untuk membendung masalah pelajar yang melakukan tugas
masing-masing dalam bilik darjah. Dalam kaedah simulasi, pelajar akan melakukan
watak yang diberikan dengan baik dan seterusnya meningkatkan rasa seronok pelajar
untuk mempelajari pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru
pelatih.

3.5.2 Main Peranan

Satu lagi kaedah popular yang menjadi tarikan pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah kaedah secara main peranan.
Kretiviti guru melaksanakan kaedah secara main peranan dapat memberi peluang

kepada setiap pelajar untuk mempraktikkan isi-isi penting dalam topik pembelajaran
dalam bilik darjah dan secara tidak langsung dapat menggalakkan pelajar memahami
topik-topik yang diajar oleh guru. Kaedah main peranan ini dilihat penting dan sesuai
digunakan dalam mata pelajaran Pengajaian Am kerana kaedah tersebut dapat
menggalakkan pelajar menghadapi pengalaman sebenar melalui peranan yang
dimainkan. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh pelajar dalam bilik darjah dapat
memberikan pemahaman kepada mereka tentang situasi sosial dan mampu membina
kemahiran seperti kepimpinan, ketrampilan diri dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.

Semasa melaksanakan kaedah main peranan, guru merasakan pelajar akan
menyimpan tugasan lain dan masing-masing tumpukan perhatian terhadap aktiviti
yang ingin dilakukan. Kaedah ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian murid
dan melibatkan mereka dalam pengajaran yang dilaksanakan. Melalui mata pelajaran
Pengajian Am, kaedah main peranan merupakan satu lakonan yang spontan dan
tidak memerlukan skrip. Biasanya, lakonan secara spontan ini dilakukan berdasarkan
kepada masalah yang mungkin wujud akibat kelakukan manusia. Main peranan dapat
menggalakkan pelajar berlakon secara spontan dalam kumpulan maka ianya dapat
mencambah pemikiran murid dan berfikir mengenai masalah masa kini untuk
dilakonkan. Dengan adanya peranan masing-masing, pelajar dapat memberi
pendapat dan cadangan masing-masing mengenai perwatakan mereka berasakan
tajuk yang diberikan.

Sebelum melakukan lakonan secara spontan, guru akan memastikan pelajar
diberi arahan terlebih dahulu. Bagi mengawal keadaan kelas, guru menerangkan
secara teliti objektif sebenar lakonan dan meminta pelajar menyatakan watak masing-
masing terlebih dahulu. Setelah selesai dengan lakonan spontan, pelajar dapat
mengaitkan peranan yang mereka mainkan dengan topik yang diajar oleh guru.

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.0 Pengenalan

Kajian ini adalah kajian deskriptif yang dikendalikan dengan menggunakan borang check
list. Kajian ini juga berbentuk kajian kes mengenai keberkesanan penggunaan kaedah
pengejaran yang sesuai digunakan oleh guru dalam meningkatkan proses pengajaran di
dalam kelas. Kaedah pengajarana jenis kaedah simulasi dan kaedah main peranan telah
digunakan oleh pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran Tingkatan enam di SMK (P)
Temenggong Ibrahim, Batu Pahat.

4.1 Pelaksanaaan Perancangan Tindakan

Melalui kaedah pengajaran yang dipilih oleh guru ialah berdasarkan kepada dua kaedah
pengajaran iaitu kaedah simulasi dan kaedah main peranan. Kedua-dua kaedah ini dilihat
memberi tindak balas yang baik terhadap penglibatan pelajar untuk mengikuti
pembelajaran yang bakal diajar oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, pelaksanaan tindakan
dilakukan bagi mendapatkan gambaran tentang hasil kajian yang dillakukan terhadap
kajian tindakan ini. Jadual dibawah merupakan senarai pelaksanaan tindakan yang
dilakukan oleh guru sepanjang melalukan kajian tindakan ini.

BIL AKTIVITI TARIKH
PELAKSANAAN

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 8 Mei 2019

2 Menulis cadangan kajian tindakan 8 Mei 2019

3 Merancang Tindakan 9 Mei 2019

4 Melaksanakan Tindakan

1. Pengumpulan Maklumat 13 Mei 2019 - 23
l Pemerhatian Mei 2019
l Temu bual
l Tindak balas dalam aktiviti bilik darjah 11 Jun 2019
5 Menganalisis data 23 Jun 2019

6 Refleksi dan Penilaian

4.1.1 Pelaksanaan kaedah pengajaran 1 (kaedah penerangan dan main peranan)

Kaedah pengajaran yang pelatih lakukan terhadap pengajaran pertama adalah kaedah
penerangan dan main peranan. Bagi menarik minat pelajar dalam pengajaran, set induksi
telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan murid sebelum sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Guru telah memlilih set induksi dengan menggunakan
tayangan video. Sub topik yang di ajar oleh guru ialah berkaitan tadbir urus negara.
Berdasarkan kepada tajuk berkenaan, guru telah memilih satu tayangan video pendek
berkaiatan pengurusan di pejabat yang kecoh dan tidak terkawal. Video tersebut di
perolehi daraipada sumber youtube. Selesai set induksi, guru telah memberikan
penerangan berkenaan takrif dan ciri tadbir urus negara yang baik. Sepanjang
menyampaikan peneranagan, guru dapat mengesan perubahan yang agak ketara dalam
kalangan pelajar. Terdapat segelintir pelajar yang kelihatan mula bosan , mengantuk dan
sebagainya. Apabila guru mula bersoal jawab dengan pelajar berkaitan penerangan yang
diberikan sebentar tadi, guru dapati pelajar tidak berani untuk menjawab soalan yang
dikemukan malahan masing-masing menundukkan muka ke meja. Tindakan dan kelakuan
pelajar tersebut menyebabkan suasana dalam bilik darjah bertukar menjadi pasif. Semasa
memberi penerangan, pemerhatian yang pelatih perolehi daripada pelajar adalah:

i. Pelajar mengambil peluang melakukan latihan lain semasa guru mengajar

ii. Tidak memberi sepenuhnya perhatian terhadap pengajaran yang dilaksanakan.

iii. Bersembang dengan rakan di sebelah berkenaan perkara lain

iv. Terdapat pelajar yang mengantuk di dalam kelas dan tidak memberi respon
semasa pelatih bertanya soalan.

Berdasarkan kepada kelakuan dan tindakan pelajar semasa guru meggunakan
kaedah penerangan di dalam kelas, guru dapat mengesan bahawa pelajar kelihatan
bosan terhadap penerangan tersebut. Oleh itu, guru telah menggunakan kaedah
pengajaran yang berbeza pada masa kedua semasa mengajar sub topik berkaitan tajuk
tadbir urus negara. Sebelum memulakan kaedah main peranan, guru menggunakan
kaedah pencerapan dengan mengaitkan nilai murni. Pelatih telah menggunakan bantuan
video bagi menayangkan video berkaiatan nilai murni tersebut kepada pelajar. Selesai
menayangkan video tersebut, pelatih telah meminta pelajar membahagikan kumpulan
kepada 4 kumpulan. Kumpulan tersebut mempunyai tugas tersendiri iaitu kumpulan 1 dan
2 perlu membincangkan mengenai ciri pemimpin baik dalam menguruskan sebuah tadbir
urus. Manakala kumpulan 3 dan 4 pula membincangakan tajuk berkaiatan cabaran
melaksanakan tadbir urus. Pelajar diminta berbincang dalam kumpulan masing-masing
dan setiap wakil kumpulan perlu membentangkan hasil pembincangan mereka di hadapan
kelas. Pelatih menyediakan ABM seperti kertas mahjung dan marker pen untuk setiap
kumpulan.

Bagi melakukan kerja berkumpulan, setiap pelajar mempunyai peranannya masing-
masing. Kaedah pengajaran secara main peranan menyebabkan murid bersaing sesama
sendiri dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Semasa proses perbincangan
berlangsung, suasana dalam kelas menjadi aktif dan masing-masing cuba mengeluarkan
idea yang bernas. Peruntukan masa yang diberikan kepada pelajar untuk menyiapkan
tugasan tersebut tidak mencukupi sehingga pelajar meminta pelatih memberikan masa
tambahan untuk mereka. Setelah selesai tugasan dilakukan, pelajar membentangkan hasil
kerja mereka di hadapan kelas. Sesi soal jawab telah dibuka dan setiap ahli kumpulan
perlu menjawab soalan yang diajukan oleh kumpulan lain.

Sepanjang pengajaran dilakukan, perubahan kaedah pengajaran menghasilkan
suasana pembelajaran yang berbeza. Di peringkat permulaan, teknik pengajaran melalui
penggunaan kaedah pengajaran main peranan dilihat dapat memberi galakan dan
dorongan kepada pelajar dalam memahami dan mempraktikkan sub topik berkaitan tajuk
Tadbir Urus Negara dalam kehidupan mereka. Pelaksanaan teknik pengajaran
menunjukkan bahawa keberkesanan pengajaran terhadap pelajar. Oleh itu,
penambahbaikan dari segi pengajaran guru dari kaedah pengajaran secara penerangan
ke kaedah main peranan dapat membantu pelajar dalam mewujudkan suasana
pengajaran yang kondusif dan aktif.

4.1.2 Pelaksanaan Kaedah Pengajaran 2 (Kaedah Simulasi)

Bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dilakukan di dalam kelas, pelatih telah
mengambil inisiatif untuk menggunakan kaedah simulasi dalam mengajar sub topik
bertajuk Demokrasi dan Pilihan Raya. Sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran, pelatih telah memulakan set induksi dengan menunjukkan kotak undi
Pilihan Raya. Kotak undi tersebut dibuat sendiri oleh pelatih iaitu dengan menggunakan
kotak terpakai dan mengubahnya menjadi sebuah kotak undi. Beberapa soalan telah
ditanya kepada pelajar, dan guru meminta pelajar meneka tajuk pembelajaran pada hari
ini. Beberapa orang pelajar menjawab soalan guru dan mereka meneka tajuk
pembelajaran yang bakal di ajar oleh guru. Setelah selesai pelajar menjawab soalan yang
ditanya oleh guru, guru memperkenalakan tajuk pemnbelajaran pada hari tersebut dan
menceritakan serba sedikit mengenai Pilihan Raya yang berlaku di Malaysia.

Bagi memberikan gambaran sebenar mengenai proses perjalanan Pilihan Raya,
pelatih telah menggunakan kaedah simulasi. Melalui kaedah tersebut, guru telah meminta
sepuluh orang pelajar untuk melakukan kembali proses pengundian pilihan raya. Pelajar
yang terlibat adalah seperti berikut:

Pelajar pertama dan pelajar Menjaga nama semakan pengundi.
kedua
Pelajar ketiga Menjaga tempat pembuangan undi.
Pelajar keempat Anggota polis.
Pelajar selebihnya Menjadi pengundi yang terdiri daripada golongan
tua dan golongan belia.

Setelah pembahagian watak diberikan selesai, guru telah memberi tunjuk ajar terlebih
dahulu sebelum pelajar memulakan sesi pembuangan undi. Tujuan guru memberi tunjuk
ajar tersebut bagi memudahkan pelajar memahami perjalanan pembuangan undi sebelum
mereka melakukannya. Selesai sesi tunjuk ajar diterangkan oleh guru, guru meminta

pelajar yang terlibat untuk melakukan simulasi tersebut. Bagi pelajar yang tidak terlibat
pula, pelatih meminta mereka untuk melihat lakonan semula yang dilakukan oleh pelajar
yang terlibat.

Berdasarkan kaedah pengajaran simulasi yang dilakukan oleh pelajar, guru
mendapati pelajar dapat merasai pengalaman sebagai seorang pengundi yang
menjalankan proses pembuangan undi. Walaupun guru tidak menggunakan dakwat kekal
seperti yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun guru masih
mengikuti prosedur yang sama iaitu seperti yang ditetapkan oleh SPR ketika proses
pembuangan undi dijalankan. Melalui respon yang diberikan oleh pelajar setelah selesai
pengajaran, pelajar menyatakan bahawa mereka mudah untuk mengingati prosedur untuk
proses pembuangan undi yang terdapat didalam topik Demokrasi dan Pilihan Raya. Hal ini
kerana, melalui kaedah simulasi, pelajar tidak hanya membaca buku sahaja, tetapi mereka
melakukan praktikal iaitu melakonkan semula situasi sebenar. Keadaan inilah yang
membantu pelajar untuk mengingati prosedur pembuangan undi tersebut dengan mudah.
Kaedah pengajaran itu juga menjadikan kelas sentiasa aktif dan pelajar dapat member
respon yang membina dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.1.3 Memantau dan Menilai Tindakan

Pemantauan dan penilaian terhadap kaedah pengajaran telah dilakukan oleh guru.
Penilaian daripada kaedah pengajaran yang dilakukan mendapati bahawa pelajar lebih
berminat dalam kaedah pengajaran secara simulasi dan main peranan. Temu bual
terhadap pelajar mendapati kaedah main peranan dan kaedah simulasi mampu menarik
minat pelajar dalam pengajaran. Kaedah ini juga dapat menggalakan pelajar untuk
melibatkan diri secara keseluruhan dalam pembelajaran. Jika sebelum ini guru banyak
menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas, guru boleh melihat bahawa kesannya
ialah pelajar didapati kurang meminati untuk mengikuti kelas yang diajar oleh guru.
Tumpuan pelajar juga dilihat kurang kerana terdapat segelintir dalam kalangan mereka
yang melakukan kerja sendiri dan bersembang semasa guru memberikan penerangan di
hadapan kelas. Dalam senarai check list yang dilakukan, pelajar pasif semasa kaedah
tersebut dijalankan. Selain itu, pelajar juga menunjukkan kurang berminat dalam kaedah

pengajaran penerangan kerana mereka dilihat bersembang dengan rakan, membuat
tugasan lain dan mengantuk di dalam kelas.

Berdasarkan kepada kelemahan kaedah pengajaran yang dilakukan oleh guru,
penambahbaikan perlu dilakukan. Oleh itu penggunaan kaedah pengajaran simulasi dan
main peranan dilihat sebagai salah satu cara yang baik untuk digunakan oleh pengkaji
membaiki kaedah pengajaran di dalam kelas. Pemerhatian yang dilakukan terhadap
kaedah secara simulasi dan main peranan dilihat mampu untuk membantu murid
memberikan perhatian di dalam kelas. Keberkesanan terhadap penggunaan kaedah
simulasi dan main peranan ini dapat dilihat apabila pelatih menerima pandangan yang
memberangsangkan daripada guru pembimbing. Hal ini kerana, apabila guru pembimbing
melakukan penyeliaan, beliau telah memberikan komen yang positif dan membina dalam
buku penyelian. Beliau menyatakan bahawa kaedah pengajaran yang digunakan oleh
pelatih Berjaya melibatkan murid secara keseluruhan dalam bilik darjah. Suasana di dalam
bilik darjah juga menunjukkan pelajar aktif dalam pengajaran.

BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Refleksi Profesional

Sepanjang mengajar mata pelajaran Pengajian Am di SMK (P) Temenggong Ibrahim, guru
memperolehi pelbagai ilmu dan kepelbagaian pengalaman dalam pengurusan kelas.
Bermula dengan kaedah penerangan dalam kelas, guru telah mendapati bahawa kaedah
tersebut kurang sesuai untuk digunakan dalam setiap rancangan pengajaran harian
(RPH). Hal ini kerana, semasa guru menggunakan kaedah pengajaran menggunakan
kaedah penerangan, guru mendapati pelajar kelihatan mengantuk, membuat kerja lain dan
bersembang apabila guru mengajar di hadapan kelas. Keadaan ini menyebabkan guru
merasa terdapat kelemahan dalam sesi pengajaran. Perkara ini dilihat berterusan apabila
guru mendapati masalah yang sama apabila pelatih mengajar di dalam kelas yang lain.
Oleh itu, guru telah bersedia untuk mengubah kaedah pengajaran dalam bilik darjah untuk
meningkatkan minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pemerhatian terus dilakukan terhadap pelajar dan pelatih telah menggunakan
kaedah pengajaran yang berlainan dalam pengajaran. Tindakan pelajar dalam bilik darjah
berbeza apabila pelatih menggunakan kaedah yang berlainan. Perkembangan tersebut
merupakan titik permulaan kepada peltih untuk melaksanakan kaedah secara simulasi
dalam kelas agar pelajar dapat terlibat secara langsung daalm bilik darjah. Penggunaan
kaedah pengajaran simulasi ini bukan sahaja dapat memberi pengalaaman kepada pelajar
untuk merasai keadaan sebenar, malah pelajar juga dapat terlibat secara langsung dalam
bilik darjah. Kaedah main peranan juga memerlukan kretiviti ddan usaha guru dalam
merangsang pengajaran. Beberapa sub topik yang terdapat didalam sukatan pelajaran
Pengajian Am boleh membantu pelatih untuk memilih topik-topik yang sesuai untuk
digunakan dalam kaedah pengajaran main peranan. Kaedah main peranan yang
digunakan dalam kelas juga boleh membantu pelajar untuk memberikan perhatian semasa
guru mengajar disamping menambahkan keseronokan kepada pelajar untuk mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

Setelah menjalankan kajian terhadap permasalah kaedah pengajaran, guru telah
mengubah kaedah pengajaran dan berjaya menarik minat pelajar dalam pembelajaran.
Malah pelajar juga didapati bersemangat untuk belajar dan boleh mengikuti kelas yang di
ajar oleh guru dengan perasaan yang seronok. Semasa menggunakan kaedah pengajaran
yang pelbagai, guru sangat berpuas hati apabila pelajar memberikan kerjasama yang
sangat baik kepada guru. Perkembangan dari segi kaedah pengajaran secara penerangan
ke kaedah secara simulasi menunjukkan terdapat peningkatan pemahaman yang
diperolehi oleh murid terhdapa sub topik yang di ajar. Penambahnaikan terhadap kaedah
pengajaran berjaya untuk mewujudkan suasana pengajaran yang pasif kepada aktif.
Walau bagaimanapun, kaedah main peranan yang dilaksanakan dalam pengajaran juga
mendapat perhatian daripada pelajar. melalui kaedah yang bersesuaian dengan topik
yang bakal dipelajari, maka ia telah mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan
pelajar untuk menuntut ilmu dalam kelas.

PENUTUP

Kajian yang telah dilakukan terhadap kaedah pengajaran membawa perubahan dalam
pengajaran guru. Melalui kajian yang dilakukan, pelatih berpeluan untuk mempelajari
suatu ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru. Penambahbaikan dari segi kaedah
pengajaran bukan sahaja memberi manfaat kepada guru tetapi turut kepada pelajar.
Melalui kajian ini, pelatih dapat membentuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih sistematik dan menarik melalui permasalahan yang di hadapi dalam bilik
darjah. Pelbagai alternatif telah digunakan oleh pelatih untuk melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Melalui kajian yang dijalankan, terbukti bahawa kaedah pengajaran yang
sistematik dan bersesuaian mampu menarik minat pelajar dalam pengajaran. Malahan,
kaedah pengajaran mempunyai pengaruh yang besar untuk membantu pelajar dalam
memahami sub topik yang dipelajari. Misalnya, kaedah simulasi yang dilakukan oleh
pelajar member peluang dan pengalaman kepada pelajar untuk merasai sendiri keadaan
sebenar sesuatu situasi itu berlaku dan dapat memudahkan mereka untuk mempraktikkan
dalam kehidupan mereka.

Melalui kajian tindakan ini, pelatih berharap ia dapat dijadikan panduan pada masa
hadapan dalam meningkatkan kretiviti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
seseorang guru. Selain itu, pelatih juga berharap agar kajian ini dapat membimbing para
guru dalam menjalankan kaedah pengajaran yang sesuai dalam mata pelajaran Pengajian
Am. Kajian yang selesai dilaksanakan dijadikan kayu ukur kepada pelatih mengenal pasti
kelemahan kaedah pengajaran dan berusaha melakukan penambahbaikan dari segi segi
kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Oleh itu diharapkan kajian tindakan ini dapat
membaiki kaedah pengajaran pada masa lalu agar menjadi lebih kretif dan mampu
member kesedaran kepada pelajar semasa pengajaran dalam mata pelajaran Pengajian
Am.

Rujukan

Khalid Ismail (2006). Guru dan Pengajaran Efektif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teknik Mahir Komsas dorong Pelajar Minat Belajar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahabuddin Hashim,Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad (2007). Pedagogi
Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn.Bhd.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Azizi Abd Shukor etl (2009).
Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abd. Aziz Abd Shukor (2007). Psikologi
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

MENINGKATKAN PENGUASAAN
PELAJAR TINGKATAN 6DALAM
SUBJEK PENGAJIAN PERNIAGAAN

SEMASA AMALAN PDPR

USHA A/P CHUNDRAN
(SMK DATO' BENTARA LUAR)

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DALAM
SUBJEK PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMASA AMALAN PdPR

USHA A/P CHUNDRAN
SMK DATO’ BENTARA
LUAR

Abstrak

Kajian Tindakan juga didapati membantu guru-guru untuk membuat penambahbaikan secara
professional dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas talian iaitu PdPR. Budaya ini
telah dipupuk melalui beberapa cara yang telah diperkenalkan oleh pihak penggubal dasar
agar masapendamik ini proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan secara efektif.
Kajian ini jugadijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan fakta khusus dan kata kunci
huraian dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan semasa PdPR. Sasaran kajian terdiri
daripada 21 orang pelajar 6A4 Teratai yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan
di Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Bentara Luar. Hasil tinjauan awal menunjukkan pelajar
tidak menguasai fakta khusus dan kata kunci huraian semasa pembelajaran dan pengajaran
di kelas. Kegagalan mengemukakan fakta khusus dan kata kunci yang tepat dalam penulisan
menjejaskan pemarkahan dalam huraian dan contoh. Pengkaji mewujudkan satu channel
semasa amalan PdPR ini agar pelajar dapat menyelesaikan masalah ini. Saluran tersebut
dikenal sebagai saluran“ Love PP Forever”. Teknik ini merupakan saluran yang mengandungi
pesanan suara menggunakan aplikasi Telegram. Saluran ini membolehkan pelajar mendengar
nota secara audio pada bila-bila masa dengan cara paling senang, santai, fleksibel dan
ekonomik. Kajian ini mengambil masa selama tiga minggu untuk diselesaikan. Refleksi kajian
menunjukkan peningkatan penguasaan pelajar dalam mengingati dan menggunakan fakta
khusus dan kata kunci yang tepat.

Kata kunci: Amalan PdPR, meningkatkan keupayaan mengingati, fakta khusus, kata kunci,
Pengajian Perniagaan, aplikasi telegram.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Kajian Tindakan merupakan satu bentuk penyelidikan ringkas yang telah diperkenalkan di
peringkat sekolah. Tujuan pengenalannya adalah untuk memastikan budaya penyelidikan dapat
dipupuk dalam kalangan guru-guru. Kajian Tindakan juga didapati membantu guru-guru untuk
membuat penambahbaikan secara professional dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian iaitu PdPR. Budaya ini telah dipupuk melalui beberapa cara yang telah diperkenalkan oleh
pihak penggubal dasar agar masa pendamik ini proses pembelajaran dan pengajaran dapat
dijalankan secara efektif. Sekiranya guru-guru mampu untuk menyelesaikan masalah
berdasarkan Kajian Tindakan maka guru-guru mampu untuk membuat pelbagai perubahan
dalam bidang pendidkan. Kajian tindakan ini juga didapati sebagai satu medan perkongsian
dalam kalangan guru-guru untuk berkongsi idea-idea yang telah diketengahkan melalui KT.
Masalah yang dikenalpasti memerlukan tindakan penyelesaian yang terbaik agar memberi kesan
yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran secara talian (PdPR).

Setiap langkah yang dilakukan oleh guru perlu melibatkan satu proses akademik yang baik agar
langkah-langkah yang digunakan menjadi panduan kepada guru-guru lain. Di dalam era digital
revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah
andragogi dan pedagogi secara digital. Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama
dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat
dan kebaikan. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh
kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran atas
talian merupakan suatu keperluan. Kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun swasta
termasuk sekolah-sekolah di Malaysia tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara maya bagi memastikan silibus pengajaran dapat
disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan. Kajian Tindakan
ini mengaji tentang bagaimana boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan agar
PdPR yang dilaksanakan efektif dan berkesan agar objektif kerajaan tercapai. Hasrat ini
mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian tindakan ini. Pengkaji percaya dengan usaha yang
berfokus dan intervensi yang bersesuaian, PdPR dapat diubah dan dapat dibantu untuk
meningkatkan keberkesannya.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada masalah utama kajian iaitu meningkatkan amalan PdPR yang
berkesan. Pengkaji telah mengenal pasti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu
diberi penekanan sebagai penting oleh Kementerian Pendidikan, bukan hanya memberi fokus
kepada tempoh pelaksanaannya. Menurut bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin
Senin melihat kaedah PdPR tidak begitu berkesan ketika ini berbanding pengajaran dan pembe-
lajaran dilaksanakan dalam sesi bersemuka di sekolah. Satu anjakan paradigma kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara total perlu dibuat melalui pelbagai kaedah kreatif bagi me-
rangsang minat pelajar, sekali gus memastikan keberkesanan pembelajaran. Tetapi para pelajar
tidak boleh memberikan fokus 100 peratus jika guru mengajar secara dalam talian dalam tempoh
30 minit hingga 40 minit mengikut jadual kelas biasa. Keberkesanan PdPR perlu ditambahbaik
dan perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar amalan tersebut berkesan. Pengkaji
berazam untuk mencari teknik yang berkesan yang boleh digunakan pada bila-bila masa, mudah,
ekonomik dan secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar-pelajar bagi meningkatkan
keupayaan amalan PdPR berkesan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan keupayaan amalan Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR) yang berkesan agar hasrat kerajaan tercapai pada masa pandemik ini.

3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap amalan PdPR yang dilaksanakan oleh guru.
3.2.2 Mengenalpasti keberkesanan amalan PdPR terhadap pencapaian pelajar dalamm atapelajaran
Pengajian Perniagaan

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini disasarkan kepada 21 orang pelajar Pengajian Perniagaan iaitu pelajar tingkatan 6A4
Teratai di SMK Dato’ Bentara Luar.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian, ujian
pra, analisis dokumen dan soal selidik.

5.1.1 Pemerhatian
Pengkaji membuat pemerhatian dan penilaian ke atas tingkah laku pelajar dari segi sikap mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, serta gaya belajar sewaktu pelajar menjawab kuiz
dan tutorial dalam talian. Pengkaji juga membina hubungan yang rapat dengan pelajar melalui
aplikasi media social iaitu Telegram. Pengkaji banyak mendapat maklumat berkenaan cara
mereka bersosial, aktiviti yang mereka jalankan di luar waktu sekolah, dan cara mereka
mengulang kaji pelajaran melalui aplikasi tersebut dan di samping itu, hubungan silaturahim
antara guru dan pelajar dapat di bentuk dengan baik agar masalah mereka dapat dikenal pasti
dan selesaikannya. Selain itu, pengkaji juga dapat mengenal pasti kaedah pengajaran dan
pembelajaran berinovatif seperti Flipped Classroom, Pembejaran berasaskan Inkuiri, Masteri
learning dan sebagainya yang berkesan dan sesuai dengan minat pelajar-pelajar tersebut.

5.1.2 Ujian Pra
Ujian pra berbentuk kuiz dalam talian seperti menggunakan Kahoot, Quizzes, Wordwall, Google
Form dan sebagainya dan mirip kepada soalan struktur sebenar STPM diberikan kepada
kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan fakta khusus dan kata kunci huraian melalui
system online. Ujian pra ini hanya memfokuskan kepada satu sub topik dalam mata pelajaran
Pengajian Perniagaan iaitu Perancangan. Pengkaji telah merekodkan skor markah ke dalam
borang yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu markah sebelum dan selepas amalan PdPR
dilaksanakan. Ini bertujuan untuk membantu pengkaji mengenal pasti tahap keberkesanan
amalan PdPR terhadap pelajar agar mereka dapat megingati fakta khusus dan kata kunci huraian
untuk sub topik tersebut.

5.1.3 Analisis Dokumen
Pengkaji telah membuat analisis dokumen dengan menggunakan jawapan tutorial pelajar yang
biasa diberikan dalam kelas selama 30 minit tanpa merujuk kepada buku. Soalan tutorial lebih
tertumpu pada bentuk soalan struktur yang memerlukan pelajar untuk menjawab dengan
mengemukakan fakta khusus, huraian dan contoh. Pengkaji hanya meneliti bahagian fakta
khusus dan huraian sahaja iaitu sesuai dengan objektif kajian. Selain itu, pengkaji juga telah

membuat semakan ke atas transkrip jawapan pelajar dalam talian selepas amalan PdPR yang
telah diadakan pada 18 Mei 2021. Analisis terhadap transkrip jawapan ini dapat mengukuhkan
dapatan tinjauan masalah iaitu amalan PdPR yang berkesan dapat meningkatkan pencapaian
skor mereka. Apabila pelajar menjawab kuiz dalam talian pelajar dapat mengingat fakta-fakta
khusus yang penting agar mereka dapat menguasai fakta tersebut dengan senang dan secara
tidak langsung hal ini menyeronokkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini.

5.1.4 Soal Selidik
Pengkaji telah menggunakan aplikasi Google Form untuk membina soal selidik ringkas dengan
penggunaan kaedah skala Likert. Tujuan soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar adalah
untuk mendapatkan maklum balas tentang kaedah atau teknik yang lebih diminati mereka untuk
membuat ulang kaji terutamanya untuk menghafal fakta khusus dan kata kunci huraian. Borang
soal selidik ini terdiri daripada tiga konstruk iaitu Bahagian A: Penggunaan Telefon Pintar,
Bahagian B: Penggunaan Aplikasi Telegram dan Bahagian C: Gaya Belajar Sendiri Pelajar di
Rumah. Contoh borang selidik boleh dilihat di Lampiran 1. Analisis soal selidik ini digunakan
untuk merumus tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pelajar dalam meningkatkan
keupayaan mengingati fakta khusus dan kata kunci huraian apabila mengikuti amalan PdPR.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran, didapati:
i. Pelajar terlalu bergantung kepada nota dan jawapan daripada guru apabila membuat tutorial

dan kuiz.
ii. Pelajar tidak mempunyai inisiatif yang tinggi untuk mengubah cara meningkatkan daya ingatan

malahan hanya menggunakan cara yang sama apabila menghafal fakta khusus dan kata kunci
huraian seperti menggunakan kad imbas dan peta minda.
iii. Pelajar tidak mempunyai jadual belajar di rumah dan menghabiskan waktu melakukan aktiviti

sosial di luar waktu persekolahan.
iv. Pelajar tidak mengamalkan budaya belajar yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran

tingkatan enam.
v. Pelajar lebih suka mendengar lagu menggunakan telefon berbanding membaca dan menulis.

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila waktu rehat, pelajar banyak menggunakan ‘headfon’
semasa membuat ulang kaji.


Click to View FlipBook Version