Unit Kokurikulum juga digalakkan menganjur dan melaksanakan aktiviti sampingan berikut setiap tahun iaitu Kejohanan Luar Musim, Kem Kepimpinan Kokurikulum, Perkhemahan Unit Uniform, Karnival 1 Murid 1 Sukan, Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum. Guru Penasihat / Jurulatih dan semua guru yang terlibat dalam membentuk menyedia/melatih pasukan sekolah untuk penyertaan aktiviti ke peringkat Daerah/Negeri/Kebangsaan atau Antarabangsa perlu menyediakan siri latihan yang secukupnya untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aktiviti yang disertai. 6. PAKAIAN Semua guru mestilah memakai pakaian yang bersesuaian mengikut aktiviti yang dijalankan serta menepati garis panduan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Semua murid dikehendaki memakai baju rumah sukan masing-masing dalam setiap aktiviti sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum. Semua guru sangat digalakkan memakai uniform lengkap badanberuniform masing-masing menepati garis panduan yang ditetapkan pada waktu perhimpunan bulanan kokurikulum dan pada hari Rabu. Setiap hari Rabu semua murid sangat digalakkan memakai uniform lengkap badan beruniform masing-masing menepati garis panduan yang ditetapkan oleh pihak KPM. 7. REKOD DAN PELAPORAN AKTIVITI Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum setiap unit hendaklah dilengkapkan setiap kali perjumpaan diadakan dan disimpan di dalam bilik GPK. Semua guru penasihat/pengurus dan jurulatih pasukan sekolah hendaklah membuat pelaporan bagi setiap aktiviti yang disertai dalam masa 1 minggu dari tarikh setelah selesai menyertai setiap aktiviti. Guru Penasihat setiap Unit perlu mengisi rekod kehadiran dan aktiviti mengikut unit masing-masing. Jurulatih/ SU Koko / SU Sukan mengemaskinikan penyertaan murid di peringkat Daerah/ Negeri/Kebangsaanatau Antarabangsa.
8. PERALATAN Setiap peralatan yang dipinjam mestilah direkodkan dan dipulangkan semula dalam keadaan bersih, baik, lengkap dan sempurna. Setiap peralatan padang dan gelanggang hendaklah dipantau sebanyak 3 kali setahun supaya sentiasa dalam keadaan bersih, baik, lengkap, sempurna dan selamat untuk digunakan oleh guru dan murid. Peralatan sukan yang telah rosak hendaklah dilupuskan untuk menjamin keselamatan pengguna. 9. PUNCA KUASA PELAKSANAAN KOKURIKULUM Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah wajib. (Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996- Akta 550). Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum ialah satu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara ataukeduaduanya sekali. Penalti Am (Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996) Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. (Perkara 5.1 SPI Bil.1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah) Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. (Perkara 5.2 SPI Bil.1/1985. Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah). Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan adalah satu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin. (Perintah-perintah Am, Pegawai Awam-kelakuan dan tatatertib D).
UNIT KOKURIKULUM SK BATANG BENAR AKTIVITI & RANCANGAN TAHUNAN 2023 CONTOH PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2023 KELAB KEBUDAYAAN BIL TARIKH MASA RANCANGAN AKTIVITI TEMPAT PENGLIBATAN GURU BERTUGAS 1 3.04.2023 1.00- 2.00 MESYUARAT AGONG KELAB KEBUDAYAAN 1 HARMONI AHLI KELAB En. Effendy 2 23.05.2023 1.00- 2.00 PERTANDINGAN UJIBAKAT BILIK MUZIK AHLI KELAB Cik Amrit Kaur 3 12.06.2023 1.00- 2.00 LATIHAN DIKIR BARAT BILIK MUZIK AHLI KELAB En. Jeyapirakash 4 20.06.2023 1.00- 2.00 PERTANDINGAN DIKIR BARAT BILIK MUZIK AHLI KELAB En. Helmi 5 15.07.2023 1.00- 2.00 PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL BILIK MUZIK AHLI KELAB Pn. Nik Nurfarhanis 6 29.07.2023 1.00- 2.00 KUIZ KEBUDAYAAN BILIK MUZIK AHLI KELAB Semua guru 7 15.08.2023 1.00- 2.00 PERTANDINGAN MEREKA PAKAIAN ETNIK BILIK MUZIK AHLI KELAB Semua guru 8 25.08.2023 1.00- 2.00 EXPLORE RACE BILIK MUZIK AHLI KELAB Semua guru 9 10.09.2023 1.00- 2.00 PERTANDINGAN SUKANEKA BILIK MUZIK AHLI KELAB Pn. Nik Nurfarhanis 10 18.09.2023 1.00- 2.00 LAWATAN KE GUA TEMPURUNG BILIK MUZIK AHLI KELAB Semua guru 11 17.10.2023 1.00- 2.00 HARI KOKURIKULUM RUANG LEGAR SEMUA MURID Semua guru 12 26.10.2023 1.00- 2.00 JAMUAN KELAB KEBUDAYAAN BILIK MUZIK AHLI KELAB Cik Amrit Kaur
CONTOH RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN KELAB RUKUNEGARA Perjumpaan Topik/Program Objektif Aktiviti Alat / Bahan / Catatan 1 Pendaftaran, Suaikenal Pada akhir perjumpaan, murid dapat : a. Pendaftaran keahlian. b. Mengenali guru penasihat dan AJK. c. Membaca minit mesyuarat agung. 1. Pendaftaran ahi baru. 2. Pendaftaran semual ahli lama. 3. Mengenali guru penasiht dan AJK kelab. 4. Memaklumkan kepada ahli ten-tang isi kandungan minit mesyuarat agung lalu. 5. Memaklumkan perlembagaan kelab kepada murid-murid. 6. Memaklumkan kadar yuran yang perlu dibayar oleh setiap ahli berdasaran minit mesyua-rat agung lalu. a. Borang keahlian. b. Buku rekod kehadiran kokurikulum c. Perlembagaa n kelab. d. Aktiviti dijalankan di dalam kelas. 2 Kemahiran mengendalikan mesyuarat Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat : a. Menyatakan bagaimana mengendalikan mesyuarat agung dan mesyuarat AJK b. Menghasilkan minit mesyuarat agung dan AJK cara yang betul. 1. Murid-murid diajar mengendalikan satu mesyuarat agung dengan betul. 2. Murid-murid diberi tunjuk ajar bagaimana hendak menghasilkan satu minit mesyuarat agung dan mesyuarat ajk yang betul. 3. Membincangkan tentang perlembagaan persatuan. a. Buku rekod aktiviti kokurikulum b. Aktiviti dijalankan di kelas. 3 Kemahiran menulis laporan Pada akhir perjumpaan, muridmurid dapat : a. Menghasil-kan laporan aktiviti de-ngan betul. b. Melaporkan sesuatu akti-viti secara lisan. 1. Memberi tunjuk ajar kepada murid cara-cara menulis laporan aktiviti dengan betul. 2. Membimbing muridmurid untuk laporan secara lisan menggunakan laras bahasa yang betul. 3. Membincangkan apakah kesa-lahan yang biasa dilakukan oleh orang yang melaporkan sesuatu aktiviti. a. Buku rekod aktiviti kokurikulum. b. Aktiviti dijalankan di dalam kelas.
Perjumpaan Topik/Program Objektif Aktiviti Alat / Bahan / Catatan 4 Rukun Negara Pada akhir aktiviti kokurikulum, muridmurid dapat : a. Menyatakan sebab-sebab Rukunegara diwujudkan oleh kerajaan. b. Kepentingan Rukunegara dalam masyarakat berbilang kaum. 1. Guru menerangkan sebab-sebab Rukun Negara diwujudkan oleh kerajaan. 2. Guru menerangkan juga kepentingan Rukun Negara terhadap Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. 3. Guru menjelaskan falsafah dan prinsipprinsip Rukun Negara. 4. Guru mengajar murid bersama-sama mengupas isi kandungan 5 prinsip Rukun Negara. 5. Guru dan murid-murid melafazkan ikrar Rukun Negara bersama-sama. 6. Murid-murid dikehendaki mengaitkan falsafah Rukun Negara ini dengan idea dan konsep Satu Malaysia. a. Buku rekod kehadiran kokurikulum murid. b. Buku log kokurikulum. c. Dokumen berkaitan. d. Peralatan/ba han berkaitan (alat audio video, bahan cetakan dsb).