The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ‘AZMINA BINTI ZAINI IPG-Pelajar, 2023-10-23 09:11:20

RPH SURAH AL-ASR AYAT KEFAHAMAN

RPH SURAH AL-ASR AYAT KEFAHAMAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM: TAHUN 5 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Ayat Kefahaman) 2. Kelas 5 BUDI 3. Tarikh/ Hari 8 Rabiul Awal 1445/ 23 Oktober 2023/ Isnin 4. Masa (10.45 hingga 11.45 pagi) 60 minit 5. Bilangan Murid 30 orang ( Lelaki: 11, Perempuan: 19) 6. Tajuk Surah Al-Asr ayat 1-3 7. Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah menghafaz Surah Al-Asr pada tahun 3. 8. Standard Kandungan 1.5 Merumus, mengamal dan menghayati Surah Al-Asr secara beradab dan istiqamah. 9. Standard Pembelajaran 1.5.1 Menyatakan pengenalan Surah Al-Asr. 1.5.2 Menjelaskan tuntutan Surah Al-Asr. 1.5.3 Menganalisis kepentingan mengamalkan Surah Al-Asr dan tuntutan dalam membentuk keperibadian. 1.5.4 Menghayati tuntutan Surah Al-Asr secara beradab dan istiqamah.


10. Objektif Pembelajaran Selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan pengenalan Surah Al-Asr dengan jelas selepas penerangan guru. 2. Menjelaskan tuntutan Surah Al-Asr dengan betul selepas aktiviti berkumpulan. 3. Mengaplikasikan tuntutan Surah Al-Asr dalam kehidupan dengan tepat selepas perbincangan bersama guru. 11. Kemahiran Berfikir 1. Menganalisis tuntutan Surah Al-Asr. 2. Menilai tuntutan Surah Al-Asr dan pengaplikasian dalam aktiviti interaktif. 12. Gabungjalin Adab: Adab dengan Al-Quran Aqidah: Al-Hasib (Allah Maha Menghitung) 13. Penyerapan Bahasa Arab: Menghayati dalil dan terjemahan ayat al-Quran Matematik: Jadual waktu harian murid 14. Penerapan Nilai Hormat, teliti , beradab taat, semangat Kerjasama, berani, bertanggungjawab, fokus, teliti, berdaya saing. 15. Amali Pedagogi Masa Kini Komunikasi dan kolaborasi 16. Kemahiran Insaniah Kemahiran komunikasi


17. E.M.K 1. Keusahawanan: Murid bekerjasama dan berdaya saing untuk bergerak secara berkumpulan 2. Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Pengenalan kepada komputer dan projektor melalui penggunaan slais interaktif serta aplikasi untuk aktiviti 3. Kreativiti dan Inovasi: Mempersembahkan idea dalam bentuk peta minda 18. Penilaian Pdp Lisan: Talaqi musyafahah, soal jawab dan perbincangan 19. Bahan Bantu Mengajar 1. Slaid 2. Video 3. Kertas berbentuk jam 4. Projektor 5. Komputer


LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN Mukadimah (3 minit) “Bacaan Doa Belajar” ِن َر ْح َمتِ َك ْينَا ِم ْن َخ َزائِ ْينَا ِح ْكَمتَ َك َوٱْن ُش ْر َعلَ تَ ْح َعلَ ُهَّم ٱفْ َّ اَلل ال َّرا ِحِمْي َن َ ْر َحم َ يَآ أ “Bacaan Syahadah” َر ُسْو ُل ال َّن ُم َح َّمًدا َ ْش َهُد أ َ ََّل هللاُ َوأ ِ لَهَ إ ِ ْن ََل إ َ ْش َهُد أ أ ل َ 1. Guru measuk ke dalam kelas dan memberi salam kepada murid. 2. Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan doa. 3. Murid-murid lain diminta mengikuti bacaan doa bersama-sama. 4. Semua murid mengucapkan syahadah bersama-sama. 5. Murid diminta untuk duduk dan bersedia untuk sesi pembelajaran. Penerapan nilai: - Hormat - Adab berdoa - Taat Set Induksi (5 minit) Video Tentang Masa https://www.youtube.com/watch?v=KIamF4V5rSE 1. Murid ditayangkan video tentang masa. 2. Murid diminta untuk fokus terhadap video yang ditayangkan. 3. Soal jawab antara guru dengan murid. 4. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini. Kaedah: Soal jawab Bahan bantu mengajar: Video: Penerapan nilai: Fokus E.M.K: Teknologi maklumat dan komunikasi:


Soalan: 1. Apakah tema utama video tersebut? 2. Apakah perkara yang paling banyak dibincangkan dalam video ini? 3. Apakah fungsi jam dalam kehidupan seharian? 4. Apakah surah yang boleh dikaitkan dengan video tersebut? Pengenalan kepada komputer dan projektor. Langkah 1 (12 minit) Surah Al-Asr dan Pengenalan Surah Al-Asr: Video Bacaan Surah Al-Asr dari Qari Terkenal: 1. Murid diperdengarkan terlebih dahulu surah Al-Asr. 2. Guru meminta murid-murid mengikuti bacaan secara beramairamai. 3. Murid dibaca membaca individu, berkumpulan dan mengikut jantina. 4. Guru menerangkan pengenalan Surah Al-Asr. 5. Guru menguji pelajar menggunakan “Jamboard” Bahan Bantu Mengajar: - Slaid Penerapan Nilai: - Teliti Kaedah: - Talaqi Musyafahah - Latih Tubi Gabung Jalin: - Adab: Adab dengan AlQuran


https://www.youtube.com/watch?v=oeRnNcbwuJI Pengenalan Surah Al-Asr: 1. Surah ini mengandungi 3 ayat, merupakan surah ke-103 dan diturunkan di Mekah. 2. Surah Al-Asr membincangkan kepentingan masa dalam kehidupan. 3. Surah ini juga dianggap sebagai panduan kepada seorang muslim dalam menguruskan masa yang dianugerahkan kepada mereka untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Penyerapan: Bahasa Arab: Menghayati dalil dan terjemahan ayat AlQuran. E.M.K: Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Pengenalan kepada komputer dan projektor melalui penggunaan slaid interaktif.


Langkah 2 (15 minit) Tuntutan Surah Al-Asr: Ayat 1: - Sentiasa menghargai masa - Tidak membazir masa dengan perkara yang sia-sia. Ayat 2: - Memelihara iman kepada Allah - Memperbanyak amal ibadah - Sentiasa berusaha membuat kebaikan Ayat 3: - Mengajak orang lain kejalan kebenaran - Mengingatkan diri dan orang lain untuk bersabar dengan ujian hidup. 1. Guru memberi penerangan kepada murid kandungan ayat serta tuntutan surah Al-Asr berpandukan setiap ayat. 2. Murid diberi tugasan untuk menyiapkan tugasan membezakan kandungan ayat dan tuntutan ayat dalam kumpulan. 3. Murid boleh merujuk slaid penerangan guru. 4. Guru membimbing murid menyelesaikan tugasan. 5. Murid dipilih secara sukarela kemudian membentangkan pilihan jawapan kumpulan mereka. 6. Guru menyemak dan berbincang jawapan bersama-sama. Penerapan Nilai: - Semangat kerjasama - Berdaya saing Gabungjalin: - Akidah: Al-Hasib (Allah Maha Menghitung) E.M.K: - Keusahawanan: Murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja berkumpulan.


Bahan Bantu Mengajar: - Aplikasi Google Slides dan Wordwall Kemahiran Berfikir: - Menganalisis kandungan ayat serta tuntutan Surah Al-Asr Langkah 3 (20 minit) Aplikasi Surah Al-Asr dalam kehidupan: Aktiviti yang Memberikan Manfaat: 1. Menolong ibu bapa 2. Mengulangkaji pelajaran 3. Membaca al-Quran Aktiviti yang Merugikan: 1. Tidur berlebihan 2. Bersukan ketika azan berkumandang 3. Mengumpat 1. Murid berada dalam kumpulan masing-masing dan diberi tugasan. 2. Guru membimbing murid membuat analisis tentang aktiviti-aktiviti yang memberikan manfaat kepada kehidupan mereka berdasarkan gambar rajah yang dipaparkan oleh guru. 3. Murid berbincang tentang pengajaran Surah Al-Asr berdasarkan gambar dan Kemahiran Berfikir: - Menilai tuntutan Surah Al-Asr dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bahan Bantu Mengajar: - Slaid - Google docs


mencatatkannya dalam aplikasi Google Docs. 4. Murid membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan. Penerapan Nilai: - Semangat kerjasama - Berani E.M.K: - Keusahawanan: Murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja berkumpulan Penutup (5 minit) Penutup Kognitif: Mengingat kembali pengenalan surah serta tuntutan surah Al-Asr yang telah dipelajari. Penutup Sosial: Mengingatkan murid menepati masa 1. Murid merumuskan pembelajaran secara kelas. 2. Guru mengingatkan murid untuk sentiasa menepati masa dan menghargai masa dalam kehidupan. Penerapan nilai: - Berdisiplin


Click to View FlipBook Version