The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN KOLEJ
KVDUHMS
EDISI 1
JANUARI - APRIL
2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhazidahni.zamani, 2024-05-06 10:40:20

BULETIN KOLEJ EDISI 1 2024

BULETIN KOLEJ
KVDUHMS
EDISI 1
JANUARI - APRIL
2024

Keywords: BUKWTIN KOLEJ KVDUHMS

2 0 2 4 DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP KOLEJ VOKASIONAL BuleTin E D I S I J A N U A R I - A P R I L kvduhms.moe.edu.my KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP kvdumas_official KV DUMAS_REMBAU [email protected] 06-6851241


Is i Kandunga Is i n Kandungan 1. JASAMU DIKENANG 2. HARI INOVASI DAN INREACH PERINGKAT ZON MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN 3. KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 4. LAWATAN ILMIAH KE MUZIUM TENTERA DAN MAJLIS ASPREASIASI PENGAWAS PUSAT SUMBER TAHUN 2024 5. PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN & PROGRAM HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL 6. WACANA ILMU SIRI 5 7. HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2024 8.KEM KECEMERLANGAN ABC 9. LAWATAN PENANDA ARAS CQI 10. PROGRAM SILANG BUDAYA 11. LAWATAN PERBENGKELAN KERJAYA SVM 12. BENGKEL KAJIAN TINDAKAN 13. LAWATAN PENANDA ARAS DARI KV KUALA KANGSAR 14. WACANA ILMU SIRI 6 15. TAKILMAT KERJAYA DARI BIO-JOURDENESS 16. SESI TEMUDUGA SVM 1 2024/2025 17CERAMAH ISRAK MIKRAJ 17. PROJEK TAHUN AKHIR DVM 18. BENGKEL ASAS PELAKSANAAN KIK 19. HARI KRAF KEBANGSAAN 2024 20. PERTANDINGAN MEMASAK IKAN AIR TAWAR 20. PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI 21. LAMBAIAN KASIH, SANJUNGAN BUDI 22. PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIESL (PLC) BICARA ALUMNI 23. SEKALUNG TAHNIAH PELAJAR TERBAIK PROGRAM KOSMETOLOGI 24. AUDIT DALAMAN SPPKV 25. SESI LIBAT URUS 26. SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU 27. PROGRAM SERASI PELAJAR BAHARU 28. BENGKEL PENGGUNAAN DELIMA 29. BULAN KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN ORGANISASI 30. PENILAIAK KENDIRI PSK 31. LAWATAN PENANDA ARAS : ROIZZ CAKE ZONE 32. BENGKEL ASAS PELAKSANAAN BANTU MULA & PERTOLONGAN CEMAS 33. IHYA’ RAMADAN


Is i Kandunga Is i n Kandungan 34. LATIHAN KEBAKARAN & PENGFUNGSIAN BANGUNAN 35. LAWATAN PENANDA ARAS SPPKV KPM 36. TAHNIAH, ANDA HEBAT. JOHAN MERENTAS DESA 37. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KVDUHMS 2024 38. INOVASI 13DC 2024 : SPECIAL AWARD & GOLD AWARD 39. INOVASI 13DC 2024 : 1 SILVER, 3 BRONZE 40. PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIESL (PLC) BICARA ALUMNI DARIPADA KETIGA - TIGA PROGRAM 41. NUKILAN PENSYARAH 42. NUKILAN PELAJAR SELAMAT HARI LAHIR PENSYARAH BULAN JANUARI SELAMAT HARI LAHIR PENSYARAH BULAN FEBUARI SELAMAT HARI LAHIR PENSYARAH BULAN BULAN MAC SELAMAT HARI LAHIR PENSYARAH BULAN APRIL


Jasamu Dikenang Pada 5 Januari 2024 diadakan Majlis Perpisahan sempena perpindahan Cik Nurul Atiqah binti Riswan yang akan berpindah ke KV Politeknik Port Dickson manakala En Muhammad Nazim bin Muanam akan berpindah ke Kv Ampangan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas jasa dan bakti, serta kudrat, ilmu yang dicurahkan dan dikongsi selama ini sepanjang berkhidmat di KVDUHMS. Selamat maju jaya , semoga terbang tinggi dan cemerlang di tempat baharu buat kedua-dua pensyarah. Hil a n gmu ti ada pen g g a nti , Ha nya tin g g a l ken a n g a n a b adi , Terima ka si h j a s a ya n g di b eri , Aka n kami sema i di da l am h a ti . semoga berjumpa lagi Tu a i padi a nt a r a ma s ak, Esok j a n g a n l ayu -l ayu a n, Int a i kami a nt a r a n ampak, Esok j a n g a n rindu -rindu a n.


Aura Le Nella HisGa Magic Ruler QS Spinner Jering Dendeng Needle Puller Avococoa Himalayan Scrub Mandai Filling Di-Ex Kit (Display Express) Multi Sleeve De’Matcha Masuka Ezy Electroytic Ezseamllowence Marker Set Up Stick Tailor’s Easy Strap Krupuk Elatior Easy Pleated Maker Terdapat 17 kumpulan yang mempertandingkan produk kumpulan masing-masing. Antara kumpulan yang mempertandingkan produknya ialah : Hari Inovasi dan Inreach Peringkat Zon Melaka dan Negeri Sembilan Pada 10 Januari 2024 telah diadakan program Hari Inovasi & Inreach Peringkat Zon Melaka dan Negeri Sembilan. Program ini bertujuan menyediakan tenaga pengajar dan pelajar untuk penglibatan pertandingan inovasi ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu juga, program seperti ini memberikan ruang dan peluang untuk pelajar mencungkil bakat serta kemenjadian pelajar yang inovatif. Seterusnya diharapkan dengan adanya program sebegini dapat memenuhi hasrat kolej, untuk menjadikan pelajar - pelajar berpengatahuan, berkomunikasi, kerja berpasukan, mengambil peluang dan berani mencuba sesuatu yang baharu dan berfikir di luar kotak. “ 4 Gold, 9 Silver, 4 Bronze “


Objektif Kem Kepimpinan Pemimpin Muda ini dijalankan :- Melahirkan barisan pemimpin yang mengetahui dan menghayati peranan dan tanggungjawab masing-masing agar menjadi model oleh pelajar lain. Melahirkan pemimpin pelajar yang berdisiplin dan bersahsiah, menghormati undang-undang, berintegriti, bertanggungjawab dan komited. Melatih para pemimpin pelajar supaya menjadi seorang insan yang lebih tegas dan berani bertindak untuk menyatakan dan menegakkan kebenaran. Menyerapkan unsur-unsur motivasi dan kesedaran dalam diri pemimpin pelajar bagi membolehkan mereka menjadi mata dan tangan kanan dalam usaha mencegah kegiatan tidak sihat di KVDUHMS. Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Kem kepimpinan Pemimpin Muda dilaksanakan pada 19 - 20 Januari 2024 yang disertai oleh pelajar KVDUHMS yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Pemimpin Rakan Sebaya, dan Pustakawan. Kem ini dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan antaranya Ice Breaking, Tazkirah, Pembentukan Kumpulan, Slot Team Up, Kemahiran Pengucapan Awam dan sebagainya. Genarasi ini merupakan bakal pewaris kepada kemajuan dan kemanan yang kita nikmati pada hari ini. Di atas kesedaran ini maka pihak kolej merangka kem ini bagi membimbing, mendidik dan mencungkil bakat pemimpin muda KVDUHMS. “BERSATUTEGUH,BERCERAIROBOH“


LAWATAN ILMIAH KE MUZIUM TENTERA DAN MAJLIS APRESIASI PENGAWAS PUSAT SUMBER TAHUN 2024 Program ini dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber KVDUHMS yang dilaksanakan pada 25 - 26 Januari 2024. Lawatan ilmiah ke Muzium Tentera Port Dickson, manakala Majlis Apreasiasi Pengawas PSK dijalankan di D’Waff Hotel & Service Residence Port Dickson. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada pelajar erti perjuangan parajurit serta tokoh tanah air sepanjang tempoh dijajah dan sehingga Era Kemerdekaan. Aktiviti ini juga satu usaha menghargai kerja buat pengawas sepanjang tempoh 2023, dan memberi Anugerah penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan khas. Tahniah dan jutaan terima kasih atas budi dan bakti kalian untuk Unit PSK KVDUHMS sepanjang tahun 2023. Semoga kalian menjadi pelajar yang hebat di masa akan datang.


PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PROGRAM HENTIKAN BULI & GANGGUAN SEKSUAL Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah dilaksanakan pada 31 Januari 2024 di Dewan KVDUHMS, yang mana melibatkan pelajar SVM Tahun 1 dan Tahun 2. Hal ini adalah bagi merealisasikan hasrat kerajaan bagi membantu meringankan beban ibubapa untuk mempersiapkan para pelajar bagi sesi persekolahan. Diharapkan bantuan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar untuk persiapan sesi persekolahan 2024. Jumlah yang diterima bagi setiap pelajar adalah sebanyak RM150. Pihak Kolej telah berjaya melaksanakan pengagihan BAP ini dengan lancar. Sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan dan pensyarah yang terlibat bagi kerjasama yang diberikan. Program ini dilaksanakan pada 31 Januari 2024. Sasaran program ini melibatkan semua pelajar KVDUHMS. Buli adalah perbuatan oleh seseorang atau beberapa orang yang menggunakan kekuatan atau kekerasan untuk menakutkan, mengganggu, menghina atau menyakiti orang lain melalui pelbagai kaedah, sama ada secara fizikal, mantel atau emosi mengakibatkan kecerdasan fizikal atau gangguan emosi kepada mangsa. Objektif program ini adalah :- i.Mencegah perbuatan buli dan gangguan seksual dalam kalangan pelajar KVDUHMS. Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kesan-kesan dan akibat kegiatan buli dan salah laku seksual terhadap diri sendiri. ii. iii.Membentuk hubungan yang sihat dalam kalangan warfa KVDUHMS. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua warga KVDUHMS. Nurturing Excellence, Inspiring Success


Siri wacana ilmu: kembara mencari hikmah siri 5 yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber KVDUHMS. Program ini diadakan pada 31 Januari 2024 bertempat di Pusat Sumber KVDUHMS. Siri Wacana Ilmu ini bertujuan untuk membina hubungan antara pensyarah dalam berkongsi bahan bacaan ilmiah yang dibaca. Siri Wacana llmu bagi Siri 5 ini memperlihatkan Puan NorSa’adah binti Mohd Nordin selaku panel yang berkongsi bahan bacaannya yg bertajuk “ La Tahzan “. Wacana IlmuSiri5 Sedikit perkongsian yang dinyatakan oleh panel berkaitan La tahzan innallaha ma'ana merupakan penggalan ayat Al-Qur'an pada surat At-Taubah ayat 40. Secara bahasa, La tahzan innallaha ma'ana artinya adalah "Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Ada banyak hal yang membuat seseorang merasa sedih, termasuk ketika mendapatkan ujian. Sebagai manusia, perasaan sedih dapat datang dan dirasakan secara alami jadi hal ini termasuk wajar. Namun sebaiknya perasaan ini tidak dipendam secara terus menerus. ““ DDOONN’’TT BBEE SSAADD AALLLLAAHH IISS WWIITTHH UUSS ““


HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2024 Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh para pelajar KVDUHMS dibimbing oleh para pensyarah mengikut program. Antara aktiviti yang diperlihatkan ialah :- Demostrasi oleh pelajar Kulinari ( Assorted Canope, Chocolate Dipping, Cup Cake ) Pameran Booth & Perkhidmatan Kecantikan oleh pelajar Kosmetologi ( Demo Henna, Hand Massage, Foot Massage & Manicure ) Fesyen Show oleh pelajar Seni Reka Fesyen Pertandingan Tarian oleh Kelab Kebudayaan ( Pertandingan Zapin ) Sambutan Hari Terbuka Putrajaya (Putrajaya Open Day) pada 1 hingga 4 Februari 2024 (Khamis - Ahad) ini dengan mengunjungi booth Kolej Vokasional seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti pameran, jualan, demonstrasi dan pertandingan. Antara yang menarik termasuklah: Pertunjukan Fesyen Persembahan caklempong, gamelan, angklung dan buskers Demonstrasi Solekan Futuristik Perkhidmatan manicure & henna Demonstrasi pembuatan kuih tempatan Demonstrasi 3D Printer Pameran dan jualan gazebo & pergola Perkhidmatan membaiki alatan elektrik Coffee corner Pameran hasil produk laser cutter F1 for time attack Fruit & vegetable carving Foot & hand massage Jualan hasil pertanian


KEM KECEMERLANGAN ANAK BAIK LAGI CERDIK (ABC) Slot Motivasi bersama kaunselor sempena Kem Kecemerlangan Anak Baik Lagi Cerdik pelajar SVM Tahun 2. Slot ini diadakan bagi menyuntik semangat kepada para pelajar untuk lebih konsisten dalam menuntut ilmu. Antara aktiviti yang diadakan ialah : Perkongsian motivasi daripada kaunselor Aktiviti berkumpulan Refleksi aktiviti Program ini dilaksanakan pada :- 2 Februari 2024 8.30 pagi - 10.00 pagi Dewan dan Astaka KVDUHMS Semoga slot ini berupaya meningkatkan motivasi pelajar ke arah memperolehi keputusan cemerlang kelak. All the best buat semua anak-anak pelajar kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan yang hanya berada di dalam poket


LAWATAN PENANDA ARAS CQI Program diadakan pada 5 Februari 2023 sebuah Lawatan perkongsian mengenai prosedur TA-12 oleh Ketua Jaminan Kualiti dan Penyelaras SPKKV ke KV Ampangan. Terima kasih kepada pihak pengurusan KV Ampangan, Pengarah, Pengurusan & Pensyarah pemegang prosedur SPPKV Kolej Vokasional Ampangan yang menerima kunjungan kami. Bubur Kacang Ubi Keladi, Lemak Manis Santan Kelapa, Terima Kasih Jasa Dan Budi, Sentiasa Tersemut Tidak Kan Lupa. “Orang yang hebat mampu melahirkan ribuan orang yang hebat” Merah menyala si buah ceri, Sungguh cantik berseri-seri; Terima kasih ucapan diberi, Kerana sudi menerima kunjungan kami.


PROGRAM SILANG BUDAYA Program silang budaya yang bermatlamat perpaduan silang budaya peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 adalah berlandaskan Awareness, Interest, Desire and Action (AIDA). Mewujudkan kesedaran betapa pentingnya program ini kepada pelajar dalam memupuk perpaduan. Program Silang Budaya dalam peringkat KVDUHMS pula telah dilaksanakan pada 6 Februari 2024, bertempat di Astaka pada jam 12.30 Tengah Hari hingga 2 Petang. Melalui program ini juga ia dapat memberi pendedahan kepada generasi muda khususnya tentang keunikan adat dan budaya negeri ini. Antara Objektif program ini ialah : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenal realiti kehidupan masyarakat di Malaysia berbilang kaum dan saling mempelajari mengenai budaya masing-masing antara satu sama lain dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Warga KVDUHMS menggayakan pelbagai pakaian daripada pelbagai kaum. Ini menunjukkan kesedaran silang budaya dalam kalangan warga KVDUHMS berjaya diterapkan dan bertepatan dengan gagasan Malaysia MADANI. TAHNIAH KEPADA WARGA KVDUHMS YANG MENJAYAKAN PROGRAM SILANG BUDAYA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2024. ““ unggul MEMACU TRANFORMASI ““


Program Lawatan / Perbengkelan Kerjaya ini telah dilaksanakan pada : Tarikh : 7 Februari 2024 (Rabu) Masa bertolak : 7.30 pagi Sasaran : Semua pelajar SVM Tahun 2 SENI REKA FESYEN 1) Perbadanan kemajuan kraftangan malaysia 2) Embun klasik bridal SENI KULINARI 1) Ajinomoto (Malaysia) Head Office 2) Beryls Chocolate Museum Tour KOSMETOLOGI 1) Ainaa Ailaa Group sdn bhd 2) Ainaa Clinic LAWATAN/ PERBENGKELAN KERJAYA PELAJAR SVM Program Lawatan / Perbengkelan kerjaya melibatkan pelajar SVM bagi tiga program iaitu program Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen dan Kosmetologi. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pembelajaran dan haluan kerjaya di Kolej Vokasional. Justeru itu, daripada program ini juga secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk memilih Kolej Vokasional sebagai pilihan untuk sambung belajar ke peringkat Diploma. “sayapmu sudah ada, Yang harus kamu lakukan hanyalah terbang”


Penyelidikan kajian tindakan yang dihasilkan setiap tahun membantu peningkatan kemenjadian pelajar dan peningkatan profesionalisme pensyarah dalam menghasilkan penyelidikan sebagai amalan terbaik setiap tahun. Pensyarah akan lebih yakin untuk membentangkan penyelidikan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabnagsa hasil kajian tindakan yang dijalankan dan seterusnya membudayakan penyelidikan kajian tindakan dan inovasi setiap tahun. BENGKEL KAJIAN TINDAKAN Antara objektif bengkel kajian tindakan ini dilaksanakan ialah : memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah di KVDUHMS. Membina sikap menjalankan penyelidikan kajian tindakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menilai impak keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Memperkembangkan profesionalisme pensyarah dengan membentuk pensyarah yang berfikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Semoga bengkel kajian tindakan ini dapat membantu lebih ramai lagi pensyarah dalam menghasilkan penyelidikan sehingga menjadikan budaya kerja untuk peningkatanprofesionalisme guru. Bengkel Kajian Tindakan ini telah dilakasanakan pada :- Tarikh : 12 Februari 2024 (Selasa) Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Tempat : Dewan KVDUHMS Sasaran : Pensyarah KVDUHMS Perkongsian tip, cara menulis kajian tindakan dan pengalaman pensyarah KVDUHMS Pn Maslina dan Cik Aqilah Zaleha yang telah menyertai Pertandingan Penulisan Kajian tindakan. Penyertaan mereka telah memenangi Gold Award dan Kertas Penulisan Terbaik 2023 peringkat Kebangsaan.


LAWATAN PENANDA ARAS : KV KUALA KANGSAR Pihak Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Muhamad Sharip, Rembau telah menerima kehadiran 6 orang pensyarah daripada Kolej Vokasional Kuala Kangsar, Perak sempena lawatan penanda aras bagi sistem pengurusan kualiti SPKKV. Antara objektif utama ialah perkongsian kaedah pelaksanaan SPKKV di KVDUHMS yang telah dijalankan. Pihak KV Kuala Kangsar juga turut berkongsi proses SPKKV yang telah dijalankan di KV Kuala Kangsar. Selain itu, pertukaran ilmu dan pengalaman ini diharapkan dapat memperkasakan kualiti SPKKV dengan lebih cemerlang lagi. Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai memenuhi keperluan penanda arasan dan diharapkan perkongsian ini dapat membantu serba sedikit dalam menjadikan SPKKV di KVDUHMS dan KV Kuala Kangsar yang dilaksanakan di peringkat kolej lebih cemerlang lagi. Lawatan penanda aras ini dilaksanakan pada 19 Februari 2024. Perkongsian ini diharapkan juga dapat memantapkan lagi pemegang-pemegang dokumen SPKKV memahami sistem SPKKV. Terima kasih kepada kumpulan SPKKV KV Kuala Kangsar kerana sudi datang ke KVDUHMS. Semoga perkongsian ini akan berterusan dan sentiasa bekerjasama dalam memperkasakan SPKKV di Kolej Vokasional. Terima Kasih Daun Keladi, Semoga Berjumpa Lagi


WACANA ILMU : SIRI 6 Kembara Mencari Hikmah pada kali ini menampilkan Pn. Noralina binti Somah selaku panel Siri ke-6. Pada kali ini turut diselitkan Interland Game sempena Pameran Bertema " Hari Keselamatan Internet". Semoga semua yang terlibat mendapat manfaat ilmu sebagai nilai tambah dan pengetahuan kepada diri. Program ini bertujuan untuk menjadikan amalan perkongsian ilmu pengetahuan dalam kalangan para pelajar dan pensyarah KV DUHMS. Justeru juga, dapat meningkatkan jam kredit para pensyarah dalam SPLKPM, manakala untuk para pelajar pula dapat meningkatkan jumlah pembacaan buku dalam Buku Nilam bagi menjayakan Program Nilam Pusat Sumber Kolej yang diadakan setiap tahun “Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu”


TAKLIMAT KERJAYA : BIO-JOURDENESS Program taklimat kerjaya ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai bidang kecantikan dan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian. Selain itu, taklimat ini merupakan satu jalinan usaha sama antara pihak Syarikat Bio-Jourdeness dan KVDUHMS terutama peluang kerjaya yang boleh ditawarkan oleh pihak syarikat Bio-Jourdeness. Taklimat Kerjaya Program Kosmetologi bersama Syarikat Kosmetologi Bio-Jourdeness Anjuran : Unit Perhubungan Latihan Industri (KUPLI KVDUHMS) Tempat: Dewan KV DUHMS Tarikh : 21 Februari 2024 Masa : 3-5 petang (Rabu) Penglibatan : Pelajar DVM Tahun1 & DVM Tahun 2, Alumni dan semua pensyarah Kosmetologi Semoga dengan pendedahan ini memberi ruang dan peluang kepada para pelajar khususnya dalam memilih laluan kerjaya mereka kelak. Good Luck ! Gagal itu biasa, Terus berusaha itu baru luar biasa !


Pada 21 Febuari 2024 telah dilaksanakan sesi temuduga bagi pelajar ambilan baharu SVM Tahun 1 sesi 2024/2025 . Program yang ditawarkan ialah :- 1.Program Kosmetologi 2.Program Seni Reka Fesyen 3.Program Seni Kulinari 4.Program Bakeri SESI TEMUDUGA SVM 1 SESI 2024 / 2025 GOOD LUCK “ Go For Expertise “


CERAMAH ISRAK MIKRAJ Program ini bertujuan untuk mengagungkan kebesaran Allah S.W.T, mendidik diri merasa kerdil di hadapan Allah dan mengakui hakikat sebagai hamba Allah. Perjalanan Rasulullah S.A.W menunjukkan keistimewaan ibadah solat berbanding ibadah lain. Secara tidak langsung, warga KVDUHMS dapat menghayati, meningkatkan keimanan, memberi kualiti dalam ibadah dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani yang merupakan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Program ini dilaksanakan pada :- Tarikh : 21/2/2024 (Rabu) Masa : 3.00 - 5.00 petang Tempat : Dewan Makan Az-Zahra,KVDUHMS Sasaran : Pelajar SVM Tahun 1 & 2 Antara objektif program ini dilaksanakan ialah :- Menghayati perjalanan Rasulullah S.A.W yang berlaku dalam satu malam penuh dengan sejarah. Menghayati peristiwa disebalik perintah Allah S.W.T mendirikan solat bagi umat islam. Mengakui kehebatan Allah S.W.T yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W ketika peristiwa israk mikraj. Israk Mikraj 2024 : Sebuah Perjalanan Agung


PROJEK TAHUN AKHIR Syabas buat pelajar DVM Sem 4 Program Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen dan Kosmetologi kerana telah berjaya memberikan persembahan dan hasil projek yang cemerlang. Projek Tahun Akhir ini telah dilaksanakan pada 22 Febuari 2024 di Foyer Bakeri KVDUHMS . Tahniah kepada pelajar yang menang bagi pembentangan Terbaik dan Produk pilihan Pengunjung. Produk yang bagus, hasil yang bagus. Teruskan usaha dan sentiasa menambah ilmu bagi menghasilkan produk yang lebih baik akan datang. CONGRAT!


Bengkel Asas Pelaksanaan Kreatif & Inovatif Peringkat Kolej ini bertujuan untuk :- Meningkatkan profesionalisme perguruan dan perkongsian input-input dalam KIK serta membina jaringan di antara kumpulan-kumpulan KIK. Dapat memberi pendedahan asas pelaksanaan KIK kepada kumpulan KIK untuk menyuntik semangat keyakinan meneroka ilmu dan pengetahuan dalam KIK. Memberi pemahaman mengenai langkah dan prosedur pelaksanaan dalam program KIK dan memperolehi pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan amalan-amalan yang terdapat di dalam program KIK. Melalui program ini, diharapkan kumpulan KIK di KV DUHMS dapat mengambil inisiatif dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk memartabatkan TVET. Bengkel ini telah dilaksanakan pada 23 Februari 2024 di Bilik Gerakan KVDUHMS. Penceramah jemputan iaitu Tuan Mohd Fazili bin Mohd Yunus selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Klawang, Negeri Sembilan. BENGKEL ASAS PELAKSANAAN KIK


HARI KRAF KEBANGSAAN 2024 Bagi menghargai sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan serta memperkasa produk kraf Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 buat kali ke-21. Hari Kraf Kebangsaan 2024 yang bertemakan “Ini Kraf Malaysia” yang akan diketengahkan oleh usahawan dan komuniti kraf dari seluruh Malaysia. Secara tidak langsung pelajar KVDUHMS juga terlibat sebagai pengunjung dalam memeriahkan program tersebut. Program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar KVDUHMS untuk melihat hasil kraf identiti Malaysia dalam kalangan usahawan Malaysia. Tarikh : 22 Februari 2024 (Khamis) Pelajar : DVM Tahun 1 (25 orang) dan SVM Tahun 1 (12 orang) Pensyarah pengiring: 1. Puan Saidah Noralifah binti Norazman (Ketua Rombongan) 2. Puan Arma Ibwana binti Ibrahim Yahya 3. Puan Nurul Izzati binti Rosman


PERTANDINGAN MEMASAK: IKAN AIR TAWAR & PENCUCI MULUT Tahniah buat pelajar Kulinari yang menyahut cabaran Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar dan Pencuci Mulut. Seramai 4 orang pelajar seni kulinari KVDUHMS telah mengambil bahagian. Kumpulan MUHAMMAD DANIAL BIN MOHD ZAID dan MIQHAIL HAQIMI BIN HISAMUDDIN (tahun 2 SVM) telah mendapat tempat ke-7 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100.00. Dua orang lagi pelajar iaitu Dyan Zueryn bt Dzul Zamrien dan Nur Amirah Syahirah bt Sham (tahun 1 SVM) tidak mendapat sebarang tempat. Penyertaan dalam pertandingan ini sudah tentu memberikan pengalaman berharga kepada pelajar. Pertandingan ini telah berlangsung pada 23 Februari 2024 di Sisiran Tasik Putrajaya, Presint 4.


PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI Program khidmat komuniti dan Outreach yang dilaksanakan pada 24 Februari 2024 di Masjid Kariah Kampung Mampong, Rembau yang dianggotai oleh pelajar Diploma 1 bagi program Seni Reka Fesyen, Seni Kulinari dan Kosmetologi. Program ini dapat melatih pelajar dengan komunikasi, kerjasama dalam kumpulan, dan kepimpinan serta melatih mereka bersosial dalam komuniti. Antara aktiviti yang dilakukan ialah gotong royong di sekitar masjid , pameran program dan menjual perkhidmatan. Ribut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di selat jawa, Kita hidup tanda muafakat, Tolong menolong tanda sejiwa. “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain dan yang membantu orang dalam ksesusahan ”


LAMBAIAN KASIH, SANJUNGAN BUDI 27 Februari 2024 merupakan tarikh keramat buat Puan Norsa’adah Binti Nordin di mana hari ini para warga Kolej meraikan majlis persaraan Puan Norsa’adah . Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira, Andainya pasir di lautan tidak mampu dihitung, begitulah juga besarnya jasa dan pengorbanan Pn Norsa'adah binti Mohd Nordin yang tidak dapat kami hitung. Jasamu dikenang, Budimu tak terbilang, Semangatmu dijulang, Kepimpinanmu gemilang. Sudah teradat si anak lelaki, Mati berjuang berundur jangan, Berani kami menjunjung adat, Bukan memberi kata dan puji, Hanya budi dalam ingatan, Buat kenangan sepanjang hayat. Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang, Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang. Seluruh warga KVDUHMS mendoakan semoga Pn Norsa' adah binti Mohd Nordin akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori terindah sepanjang zaman. Pastinya kami warga KVDUHMS tidak akan melupakan segala kenangan bersama-sama sepanjang perkhidmatan Pn Norsa'adah di sini.


PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIESL (PLC) – BICARA ALUMNI “ Go For Expertise “ Pada 28 Februari Program Seni Reka Fesyen telah menganjurkan satu Program perkongsian pengalaman dan ilmu dari Alumni iaitu En Mazrul Azreen Bin Aladin. Plc bersama PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian pelajar dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian. 2.0 OBJEKTIF Antara objektif diadakan PLC - Bicara Alumni ini antaranya: 1. Memberi sumbangan kemahiran dan pengetahuan kepada warga kolej. 2. Memberi motivasi dan kata – kata peransang untuk pelajar melihat peluang yang cerah dalam bidang fesyen. 3. Meningkatkan semangat dan keyakinan diri para pelajar. 4. Mengukuhkan hubungan yang baik antara para pensyarah program Seni Reka Fesyen. 5. Mengeratkan hubungan baik antara KVDUHMS dan pihak alumni.


SEKALUNG TAHNIAH ! Sekalung tahniah buat para pelajar lepasan Diploma bagi ketigatiga program di Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip (Program Seni Kulinari, Seni Reka Reka Fesyen dan Kosmetologi) atas penganugerahan Diploma pada Majlis Konvokesyen hari ini. Tarikh : 29 Februari hingga 5 Mac 2024 Tempat : Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai Salah seorang pelajar KVDUHMS juga terpilih dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program kosmetologi peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan buat adik Nurul Aqilah. Kami warga KVDUHMS mengucapkan sekalung tahniah dan semoga kejayaan demi kejayaan buat anda. Bawa belayar si buah sukun, Singgah sebentar di Pulau Mutiara, Ketika belajar haruslah tekun, Guru sayang keluarga gembira. Pergi ke pekan membeli suasa, Buat hiasan majlis keramaian, Ilmu bagaikan seluas angkasa, Terokailah ia demi kejayaan. Belanja ibu bapa amalan mulia, Demi membalas jasa mereka, Kejayaan diberi untuk mereka, Anak gembira, ibubapa bahagia. Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali ke 8 2024 Pelajar Program Kosmetologi Pelajar Program Seni Reka Fesyen Pelajar Program Seni Kulinari


AUDIT DALAMAN SPPKV Pada 29 Februari 2024 berlangsungnya Audit Dalaman bagi SPKKV daripada pihak KJK KV Juasseh, Negeri Sembilan. Hal ini adalah untuk membantu Jawatankuas SPKKV Dalaman KVDUHMS dalam menyediakan fail SPKKV dengan telus dan mengikut prosedur. Terima kasih diucapkan kepada pihak KJK KV Juasseh atas perkongsian yang bermanfaat itu dan semoga Jawatankuasa SPKKV KVDUHMS dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan telus mengikut prosedur yang telah ditetapkan. OBJEKTIF SPKKV : Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang keperluan standard dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti. Memahami tujuan, skop dan keperluan Standard Sistem Pegurusan Kualiti dan kegunaannya dalam melaksanakan Audit Kualiti Dalaman. Merancang dan melaksanakan audit dalaman. Menyediakan laporan audit dalaman. Melakukan tindakan pembetulan dan susulan terhadap penyimpangan dalam Sistem Pengurusan Kualiti.


SESI LIBAT URUS Pada 13 Mac 2024 telah diadakan sesi libat urus bersama Pengarah KVDUHMS Puan Hajah Yusni binti Abdul Murad. Disamping itu pengarah juga menyempurnakan penyerahan Arahan Penempatan (AP) kepada barisan kepimpinan KVDUHMS berikut penstrukturan semula Kolej Vokasional yang berkuatkuasa pada 1 Mac 2024. Dengan penstrukturan, pengarah mendapat jawatan hakiki DG54 dan semua Penolong Kanan mendapat nama jawatan yang baharu dan rasmi iaitu : 1.Timbalan Pengarah Akademik 2.Timbalan Pengarah Sokongan Akademik 3.Ketua Jaminan Kualiti Tahniah diucapkan dan semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan dan bertugas dengan penuh bertanggungjawab di KVDUHMS .


SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU Selamat datang ke Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Muhamad Sharip, Rembau Negeri Sembilan. Kemasukan pelajar baharu ini telah berlangsung pada 18 Mac 2024. Tahniah kepada para pelajar baharu ambilan 2024 yang berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian di Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Muhamad Sharip (KVDUHMS). Pelajar yang baharu ini merangkumi 4 program yang ditawarkan di KVDUHMS iaitu :- Program Seni Kulinari Program Seni Reka Fesyen Program Kosmetologi Program Bakeri dan Pastri Diharapkan agar semua pelajar berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dalam program yang dipilih seiring dengan misi Transformasi Kolej Vokasional untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran finggi dan berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta Malaysia.


PROGRAM SERASI PELAJAR BAHARU Program ini dilaksanakan pada 19 sehingga 21 Mac 2024 . Matlamat program ini bertujuan mewujudkan hubungan yang harmoni dan seterusnya para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu di KVDUHMS. Program ini dikelola oleh Unit Kerjaya dan Psikologi bersama Unit Pusat Sumber kolej, Unit Asrama dan Jabatan Program Hospitaliti dan Jabatan Seni Reka Fesyen, Syukur alhamdulillah selesai hari pertama Program Serasi Pelajar Baharu SVM Tahun 1. Antara aktiviti yang dijalankan ialah : Ice-breaking Taklimat Hal Ehwal Pelajar & Disiplin Taklimat Jabatan Pendidikan Umum Slot Pengurusan Diri Remaja bersama LPPKN Negeri Sembilan LDK 1 : I Love KVDUHMS Pengenalan Lagu Rasmi KVSMT Energizer Road Show bersama Barisan Pengurusan Kolej Pengurusan Kelas Majlis Penutupan SELAMAT DATANG KE KVDUHMS


BENGKEL PENGGUNAAN DELIMA DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Iamerupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada. Bengkel Penggunaan Delima ini telah di anjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat . Penceramah yang dijemput ialah Puan Norazah binti Abu Bakar merupakan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sumber Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau. Program ini dilaksanakan seperti butiran berikut : Tarikh : 27 Mac 2024 Masa : 8 Pagi - 12 Tengah Hari Tempat : ICT KVDUHMS Sasaran : Pensyarah KVDUHMS Malaysia Towards Digital Learning In The New Normal


BULAN KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN ORGANISASI OBJEKTIF Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan. 1. 2.Membina dan memelihara diri, persekitaran kolej yang bersih, sihat dan selamat. 3.Membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar yang unggul melalui pengukuhan program OSH berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). 4.Meningkatkan jalinan pemuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Perlaksanaan Program OSH dan 3K Pada 27 Mac telah dilaksankan majlis penutup Bulan Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Organisasi (OSH). Program ini telah dilaksanakan bermula pada 26 Februari sehingga 27 Mac 2024. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), yang biasanya dirujuk sebagai kesihatan dan keselamatan pekerjaan (OSH). Kesihatan pekerjaan, atau keselamatan pekerjaan, ialah bidang pelbagai disiplin yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan orang di tempat kerja. PARA PEMENANG KUIZ OSH PENERANGAN DARI CG ADAM SELAKU PENYELARAS BULAN OSH KEMPEN OSH - KESELAMATAN DI BENGKEL KEMPEN OSH - KESELAMATAN DI BILIK KULIAH KEMPEN OSH - KESELAMATAN DI ASRAMA KEMPEN OSH - KESELAMATAN DI KAWASAN KOLEJ


PENILAIAN KENDIRI PSK Pada 2 April 2024, Unit Pusat Sumber kolej telah menjalankan satu penilaian kendiri oleh Encik Fairuz yang merupakan salah seorang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Rembau. Hasil daripada penilaian kendiri tersebut Pusat Sumber Kolej telah mendapat Band 4 dengan markah keseluruhan 88.07%. Tahniah diucapkan usaha keras Unit Pusat Sumber Kolej akan kejayaan ini dan diharapkan Pusat Sumber Kolej menjadi pemangkin kepada unit lain juga untuk mencapai cemerlang seperti itu. Terima kasih juga kepada semua pihak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung atas sama-sama berusaha keras untuk menjayakan penilaian kendiri PSK ini. TAHNIAH! “ Bintang tak kan bersinar tanpa kegelapan “


LAWATAN PENANDA ARAS : ROIZZ CAKE ZONE Lawatan Penandaarasan Unit Perhubungan Awam ( KUPA),NOU,dan pelantikan TAC Bakeri ke Roizz Cake Zone yang dilaksanakan pada 2 April 2024, melibatkan pensyarah Bakeri dan pastri. Terima kasih chef Roiz atas kesudian chef menerima kunjungan kami dan menjalinkan hubungan industri. Semoga hubungan ini dapat memberi manafaat kepada kolej, industri dan pelajar-pelajar kami. Sayang selasih ditumpah minyak, Bunga jengkang dengan jerami, Terima kasih banyak-banyak, Kerana sudi menerima kunjungan kami. Bubur selasih ubi keladi, Masak lemak jangan lama, Terima kasih jasa dan budi, Semoga kita dapat bekerjasama. G o F o r E x p e r t i s e


BENGKEL ASAS PELAKSANAAN BANTU MULA & PERTOLONGAN CEMAS Pada 3 April 2024 telah dilaksanakan Bengkel Pelaksanaan Bantu Mula dan Pertolongan Cemas anjuran Kadet Pertahanan Awam. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan bantu mula dan pertolongan cemas bagi yang memerlukan. Secara tidak langsung program ini juga membuka minda pelajar berkaitan pentingnya mengetahui dan mempunyai ilmu bantu mula dan bantuan cemas sekiranya berlaku kecemasan. Bengkel pelaksanaan ini telah berikan oleh beberapa pegawai dari pertahanan awam seremban. Pihak kolej mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak pertahanan awam dalam menjayakan bengkel ini di KVDUHMS. “ W A S P A D A B U D A Y A K I T A ”


“ Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya dijauhkan api neraka” Program Ihya’ Ramadan dilaksanakan sepanjang Bulan Ramadan sehingga 4 April 2024. Bulan Ramadan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin. Datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin. Seperti kita ketahui, dalam bulan Ramadan umat Islam diwajibkan berpuasa. Ia amatlah berbeza dengan bulan Islam yang lain. Disamping itu juga, ia mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaannya seperti :- Malam Lailatul Qadar dalam 1 malam ganjil Pahala dilipat gandakan Melaksanakan solat terawih Kuiz Ramadan IHYA’ RAMADAN Program Ihya’ Ramadan Tadarus Al Quran Solat Terawih Tinta Ramadan Khatam Al Quran Alunan Zikir & Nasyid


LATIHAN KEBAKARAN & PENGFUNGSIAN BANGUNAN Unit OSHA KVDUHMS telah mengadakan latihan kebakaran dan pengfungsian bangunan pada 19 April 2024. Latihan ini telah dibantu oleh pihak Balai Bomba & Penyelamat Rembau. Terima kasih duicapkan kepada pihak yang terlibat terutama pihak Balai Bomba & Penyelamat Rembau atas kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang latihan berlangsung. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua warga KVDUHMS. LANGKAH - LANGKAH MEMADAM API KEBAKARAN Langkah 1: Halakan nozel pemadam api ke punca api dan pastikan kedudukan tidak melawan arah tiupan angin. Langkah 2 : Lepaskan pin keselamatan dan tekan pemicu alat pemadam api ke bawah untuk melepaskan serbuk semburan. Langkah 3 : Hayunkan semburan kekiri dan kekanan bagi memastikan api dapat dipadamkan dalam masa yang singkat.


LAWATAN PENANDA ARAS SPPKV KPM Pada 24 April 2024 pihak Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Muhamad Sharip, Rembau telah menerima kehadiran barisan pengurusan & pensyarah daripada Kolej Vokasional Sepang dan Kolej Vokasional Puteri Temerloh sempena lawatan penanda aras bagi sistem pengurusan kualiti SPKKV. Antara objektif utama ialah perkongsian kaedah pelaksanaan SPKKV di KVDUHMS yang telah dijalankan. Pihak KV Sepang & KV Puteri juga turut berkongsi proses SPKKV yang telah dijalankan di kolej mereka. Selain itu, pertukaran ilmu dan pengalaman ini diharapkan dapat memperkasakan kualiti SPKKV dengan lebih cemerlang lagi. ni selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai memenuhi keperluan penanda arasan dan diharapkan perkongsian ini dapat membantu serba sedikit dalam menjadikan SPKKV di kolej vokasional yang dilaksanakan di peringkat kolej lebih cemerlang lagi. Perkongsian ini diharapkan juga dapat memantapkan lagi pemegang-pemegang dokumen SPKKV memahami sistem SPKKV. Terima kasih kepada kumpulan SPKKV KV Sepang & KV Puteri kerana sudi datang ke KVDUHMS. Semoga perkongsian ini akan berterusan dan sentiasa bekerjasama dalam memperkasakan SPKKV di Kolej Vokasional. Bersama Membina Masa Depan


TAHNIAH, ANDA HEBAT ! JOHAN MERENTAS DESA Pada 20 April 2024 seorang pelajar wakil KVDUHMS telah mendapat tempat Johan bagi acara Merentas Desa peringkat Daerah Rembau. Beliau merupakan pelajar SVM Semester 1 Seni Reka Fesyen (2023). Warga KVDUHMS mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada adik Yusra Najwa Hazwani binti Muhammad Asrudi. “ Di belakang pelajar yang hebat mempunyai guru-guru yang hebat “ Pada 25 April 2024 kumpulan Caklempong KVDUHMS telah menyertai satu pertandingan Persembahan Tradisional Anjuran Lumina Tradisi di KKTM Rembau. Lakaran kejayaan terukir indah bagi Kelab Kebudayaan yang diterajui oleh En. Ilman Hanis bagi tahun 2024. Kumpulan Gemersik Jiwa yang baru ditubuhkan pada tahun lepas telah berjaya merangkul kemenangan tempat ketiga bagi persembahan caklempong & bongai Gemersik Jiwa. Syabas dan tahniah diucapkan dari seluruh warga Kolej Kejayaan yang membanggakan Tempat Ketiga : Gemersik Jiwa


INOVASI I3DC 2024 : SPECIAL AWARD & GOLD AWARD


INOVASI I3DC 2024 : 1 Silver , 3 Bronze Sekalung tahniah dan syabas kepada penerima anugerah bagi Pertandingan I3DC Peringkat Antarabangsa yang telah dianjurkan oleh pihak Kolej Vokasional Tanah Merah, Kelantan. Semoga terus terbang tinggi dan menaikkan nama KVDUHMS dalam inovasi yang lain. Burung tekukur hinggap di tangan, Burung puyuh bertubuh ringan, Panjat syukur raih kemenangan, Kita tempuh penuh perjuangan. “ Tanpa keberanian tidak ada kemenangan, tanpa perjuangan tidak ada kejayaan “


AntaraobjektifdiadakanPLC -BicaraAlumni iniantaranya: 1.Memberisumbangankemahirandanpengetahuankepada wargakolej. 2.Memberi motivasi dan kata – kata peransang untuk pelajar melihat peluang yangcerahdalam bidangfesyen. 3.Meningkatkansemangatdankeyakinandiriparapelajar. 4.Mengukuhkan hubungan yang baik antara para pensyarah program Seni Reka Fesyen. 5.Mengeratkanhubunganbaikantara KVDUHMSdanpihakalumni. PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIESL (PLC) – BICARA ALUMNI PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian pelajar dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian. Syukur alhamdulillah pad 24 April 2024 telah berlangsung dengan jayanya Program Bicara Kerjaya Bersama Alumni yang telah dianjurkan oleh Unit Psikologi & Kerjaya dengan kerjasama Pensyarah Praktikal KVDUHMS. Program dalam bentuk forum ini telah melibatkan tiga orang alumni yang kini telah merupakan usahawan berjaya dalam bidang Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen dan Kosmetologi. Alumni yang telah bersama-samadalam program ini ialah: Puan MaizatulAnis(SeniRekaFesyen) CikNajibatulHusna(Seni Kulinari) PuanFatinNurfazlin(Kosmetologi) Banyak ilmu berkaitan pengalaman belajar, pengalaman bekerja, cabaran dalam alam pekerjaan dan pelbagai input menarik telah dikongsi oleh ahli panel bersama adik-adik pelajar SVM Semester 1. Semoga segala ilmu yang dikongsi menjadi penyuntik semangat buat mereka semua untuk lebih cemerlang pada masa akan datang. InsyaAllah.


Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat KVDUHMS 2024 telah dilaksanakan pada 26 Aril 2024 di Astaka. Sambutan diraikan dengan penuh kemeriahan dan riang gembira oleh warga Kolej Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip. Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi salah satu daripada acara tahunan yang akan diraikan secara besar-besaran di seluruh negara malah seluruh umat Islam di dunia juga turut meraikan kedatangan bulan syawal ini. Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat kolej vokasional ini diadakan untuk menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari sudut akliah dan rohaniah sekali gus menjadi benteng pencegah kerosakan hubungan sesama manusia. Melalui program ini, semua warga kolej akan bekerjasama tidak kira peringkat usia. Dalam erti kata lain, rasionalnya majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar, pensyarah dan staf sokongan di kolej vokasional. Objektif sambutan hari raya ini dilaksanakan adalah bertujuan :- Memberi ruang kepada warga pendidik beramah mesra dengan ibu bapa, pelajar dan semua warga kolej 1. Mengeratkan hubungan akrab untuk semua dalam menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan 2. Memberi ruang kepada semua warga kolej berkongsi kegembiraan suasana hari raya dalam semua peringkat. 3. Burung Puyuh Meniti di Batang, Batang Manggis Condong ke Paya, Kebaya Labuh Bersanggul Lintang, Senyum Manis di Pagi Raya. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KVDUHMS 2024


NUKILAN PENSYARAH Mohd Zhafran bin Zaid (Kaunselor) Poster Ramadan


NUKILAN PELAJAR Nur Alieya Qyssara bt Abdullah (DVM 1 CU) Tinta Ramadan


S E L A M A T H A R I L A H I R bULAN JANUARI


S E L A M A T H A R I L A H I R bULAN FEBrUARI


S E L A M A T H A R I L A H I R bULAN MAC


Click to View FlipBook Version