18
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3053)
Disediakan oleh:
Nama: NURUL AIN AQILAH BINTI ROHADI
011129060404
No. Kad Pengenalan: 2020192340233
Angka Giliran: PISMP F12
Kumpulan/ Unit
PN. NOR AFIZAH BINTI MOHD NOOR
Nama Pensyarah:
TUGASAN PROJEK
Tajuk Tugasan : 5 OGOS 2021
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL PERKARA 1
1 PENGENALAN 1
2 MODEL ASSURE 2
2.1 ANALISIS PELAJAR 3
2.2 MENYATAKAN OBJEKTIF 3
2.3 PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA, DAN BAHAN SUMBER 3
2.4 PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER 4
2.5 LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN 4
2.6 NILAI DAN SEMAK SEMULA 5
3 KESIMPULAN
4 SENARAI RUJUKAN
PENGENALAN
Perkembangan teknologi yang pesat dari semasa ke samasa telah mengubah pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Pada masa kini, pengajaran berkonsepkan digital dan teknologi
maklumat telah banyak digunakan di sekolah tidak kira di sekolah-sekolah bandar mahupun
luar bandar. Menurut Noradilah dan Lai W. S. (2019), pendekatan menggunakan teknologi ini
dapat meningkatkan kebolehan para pengajar dalam menyelesaikan masalah pengajaran
apabila para pengajar telah dapat menguasai pendekatan tersebut. Selain itu, murid-murid
juga mendapat kelebihan apabila mereka dapat meneroka alam teknologi untuk mencari
seberapa maklumat yang diperlukan dengan mudah. Oleh yang demikian, penggunaan
teknologi maklumat dan pembelajaran digital memang wajar digunakan dalam pendidikan kini
bagi menggantikan sistem pendidikan tradisional yang dilihat sudah kurang releven dengan
perederan zaman. Oleh yang demikian, tugasan projek ini memerlukan pelajar membina
sebuah Unit Pembelajaran Digital. Model Reka Bentuk yang digunakan ialah Model ASSURE.
Penulisan ini merupakan penulisan laporan berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan
pembinaan bahan yang digunakan dalam Unit Pembelajaran Digital tersebut.
MODEL ASSURE
Model ASSURE yang diasaskan oleh Heineich, Molenda, Russel, dan Smaldino pada tahun
1996 merupakan model reka bentuk yang digunakan untuk merancang penggunaan media
secara sistematik (Rasha Fadhel, 2017). Terdapat enam langkah yang perlu dijalankan oleh
seseorang guru iaitu:
1. Analisis pelajar
2. Menyatakan objektif
3. Memilih kaedah, media, dan bahan sumber
4. Guna media dan bahan sumber
5. Melibatkan pelajar dalam pembelajaran
6. Nilai dan semak semula
ANALISIS PELAJAR
Unit Pembelajaran Digital ini dibina untuk kumpulan sasaran yang telah ditetapkan iaitu
kepada murid tahun 4. Ciri-ciri umum murid turut dikenalpasti seperti penempatan murid
supaya setiap murid dapat mengakses “Google Site” yang dihasilkan. Setiap murid juga
berbeza daripada segi pengetahuan dan gaya pembelajaran. Oleh itu, bahan-bahan yang
1
disediakan untuk pembelajaran ini meliputi pelbagai jenis seperti audio, gambar, animasi, dan
sebagainya. Oleh itu, murid-murid yang agak lemah juga mudah untuk memahami
pembelajaran yang disampaikan.
MENYATAKAN OBJEKTIF
Kemahiran Bahasa yang difokuskan ialah kemahiran mendengar dan bertutur. Merujuk
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), kemahiran mendengar dan bertutur ialah
keupayaan murid untuk mendengar dengan tepat, menghayati perkara yang didengar dan
mampu memberikan pendapat atau idea yang kritis dan kreatif melalui intonasi dan sebutan
yang jelas serta penggunaan tatabahasa yang betul dan bertatasusila. Berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu tahun 4, standard kandungan (SK)
dan standard pembelajaran (SP) telah dipilih (Mohd Afizi, 2018). Bagi kemahiran mendengar
dan bertutur tahun 4, SK yang dipilih ialah 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa
berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. Manakala SK adalah 1.1.3 Mendengar,
mentafsir, dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis dalam situasi tidak formal.
Secara berkumpulan, tema yang dipilih bagi unit pembelajaran ini adalah tema
kemasyarakatan. Penetapan tema ini dilaksanakan dengan merujuk kepada Buku Teks
Bahasa Melayu Tahun 4 (Rana Hamzah et al., 2019). Di bawah tema tersebut, bahan
pengajaran yang disediakan adalah berpandukan unit 1 Jiran Tetangga.
Setelah selesai merujuk DSKP dan buku teks, objektif pembelajaran dapat dibina.
Objektif pembelajaran adalah satu panduan kepada pembinaan bahan dan aktiviti yang akan
dilaksaakan. Pada akhir pembelajaran, murid-murid perlu mencapai kesemua objektif yang
ditetapkan. Penetapan objektif ini juga perlulah sesuai dari segi tahap kognitif, pengetahuan,
dan penguasaan kumpulan sasaran iaitu tahun 4. Dalam perancangan dan pembinaan bahan
untuk kemahiran mendengar dan bertutur ini, terdapat 3 objektif yang perlu dicapai di akhir
pembelajaran. Antararanya, murid dapat mendengar dengan baik maklumat kelebihan
berjiran dan mampu menyenaraikan sekurang-kurangnya empat kelebihan, murid dapat
memberi respons terhadap dua soalan yang diberikan secara bertatasusila, dan murid dapat
mentafsir sekurang-kurangnya empat maklumat berdasarkan dialog yang didengar. Objektif
yang ditetapkan ini boleh dicapai melalui tiga aktiviti pembelajaran.
2
PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA, DAN BAHAN SUMBER
Kedah pengajaran dilaksanakan melalui “Google Site”. Bahan-bahan yang digunakan
memfokuskan kepada penggunaan dialog yang merujuk kepada situasi tidak formal. Bahan-
bahan dan aktiviti yang digunakan adalah berunsurkan audio bagi melatih murid-murid untuk
mendengar dengan baik. Melalui penggunaan audio ini, murid-murid akan memproses
maklumat yang didengar untuk membina pengetahuan mereka bagi menyelesaikan tugas
yang diberikan. Secara keseluruhannya, penggunaan media dan bahan berunsurkan audio
amat sesuai untuk diimplikasikan kepada kemahiran mendengar dan bertutur.
PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER
Penggunaan teknologi merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran. Perancangan dan pembinaan bahan perlu menggunakan alat-alat
teknologi seperti komputer, tablet, dan sebagainya. Penggunaanya diaplikasikan melalui
tayangan video, nyanyian, video dialog dan lembaran kerja atas talian. Terdapat beberapa
aplikasi yang digunakan dalam Unit Pembelajaran Digital ini. Antaranya ialah aplikasi “Canva”,
“Google Form”, “Teachermade”, dan “Liveworsheets”. Tambahan lagi, terdapat juga
penggunaan grafik seperti animasi, dan gambar yang menambah keseronokan di dalam unit
pembelajaran ini. Penggunaan media pengajaran menggunakan aplikasi-aplikasi ini dilihat
mampu menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami dan menarik fokus murid-murid untuk
kekal belajar terutamanya apabila ia melibatkan kemahiran mendengar dan bertutur.
Pernyataan ini disokong oleh Noor Aini Ahmad (2014), yang menjelaskan bahawa kanak-
kanak lebih cepat menguasai sesuatu penerangan kerana mempunyai gambar, pergerakan
dan suara berbanding penerangan bertulis atau lisan semata-mata.
LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
Menurut Norabeerah Saforrudin et al., (2012), bahan teknologi bukan sahaja dapat membantu
guru dalam melakukan proses P&P yang menarik tetapi berkesan dan berupaya merangsang
minat dan rasa ingin tahu pelajar pada pelajaran yang sedang dipelajari. Oleh itu, Unit
Pembelajaran Digital yang dibina ini sesuai untuk digunakan kerana iainya berpusatkan murid
dan berpusatkan bahan. Murid-murid memang wajib untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran bagi memperoleh pengetahuan baharu.
3
NILAI DAN SEMAK SEMULA
Sebelum Unit Pembelajaran Digital ini dikongsi kepada murid, guru akan membuat penilaian
semula terhadap objektif, media, dan bahan sumber yang digunakan. Hal ini bagi memastikan,
penggunaan media dan bahan berunsurkan teknologi dan multimedia ini mampu untuk
mencapai tiga objektif pembelajaran yang ditetapkan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, perancangan dan pembinaan bahan yang dijankan adalah
bertepatan dengan strategi yang diperlukan dalam merancang pembelajaran berasaskan
teknologi. Perancangan ini juga adalah berdasarkan Model reka bentuk ASSURE.
Penggunaan teknologi dan multimedia secara menyeluruh dilihat dapat memberi banyak
kebaikan kepada guru dan juga murid. Antaranya, pembelajaran lebih seronok, murid lebih
fokus ketika belajar, pengajaran lebih mudah difahami dan lebih jelas serta meningkatkan
pengetahuan murid dan guru dalam penggunaan teknologi. Murid-murid perlu mengambil
bahagian secara aktif kerana guru hanya berfungsi sebagai pemudah cara. Pembinaan Unit
Pembelajaran Digital ini membolehkan murid-murid mengakses bahan pembelajaran dengan
mudah dan pantas pada bila-bila masa, di mana sahaja. Memandangkan aktiviti ini
memerlukan penggunaan teknologi seperti telefon pintar dan laptop, maka pengendalian
teknologi perlu diambil berat. Murid-murid dan guru sendiri perlu bijak dalam menguruskan
teknologi supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Jelaslah,
penggunaan teknologi dalam pendidikan merupakan satu keperluan pada masa kini dan
kemahirannya harus dikuasai oleh setiap pendidik bagi menghasilkan pengajaran yang
berkesan.
1067 patah perkataan
4
SENARAI RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pendekatan Modular dalam pengajaran
dan pembelajaran. http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/buku-panduan-
pelaksanaan-kssr-kssm?download=2657:panduan-pendekatan-modular-dalam-
pengajaran-dan-pembelajaran.
Mohd Afizi. (2018). DSKP KSSR (Semakan 2017) Tahun 4 Bahasa Melayu (SK). Sistem Guru
Online. https://www.sistemguruonline.my/2019/02/dskp-kssr-semakan-2017-tahun-4-
bahasa-melayu-sk.html.
Noor Aini Ahmad. (2014). Mengintergrasi teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media
pengajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak awal umur. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 4(2), 36-43. http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/80.
Norabeerah Saforrudin, Halimah Badioze Zaman, Azlina Ahmad. (2012). Pengajaran masa
depan menggunakan teknologi augmented reality dalam pendidikan bahasa melayu:
tahap kesedaran guru. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 1-10.
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/43
Noradilah dan Lai W. S.. (2019). Impak pendidikan berasaskan teknologi terhadap
peningkatan prestasi pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1), 69-75.
http://www.ukm.my/personalia/publication/impak-pendidikan-berasaskan-teknologi-
terhadap-peningkatan-prestasi-pelajar-di-ukm/.
Rasha Fadhel. (4 Januari 2017). The ASSURE model. Slideshare.
https://www.slideshare.net/RashaFadhel/the-assure-model-70668598.
Rana Hamzah, Hasdi Daud, dan Aiman Hamidan. (2019). Bahasa Melayu tahun 4. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
5