BAB 3: Penetapan
Visi, Misi Dan
Objektif Perniagaan
3.1 Maksud Visi, Misi dan
Objektif Perniagaan
VISI
- Merupakan penetapan perancangan yang melibatkan fokus dan
perancangan jangka masa panjang.
- menjadi panduan untuk membuat keputusan dan tindakan bagi
memastikan hala tuju perniagaan berada di landasan yang cepat.
MISI
- Merupakan satu pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan
atau matlamat utama sesebuah perniagaan.
- Dibentuk menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti
perniagaan untuk mencapai matlamat.
OBJEKTIF
- Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus.
- Sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan
organisasi.
3.2 Perbandingan Visi, Misi Dan
Objektif Beberapa Perniagaan Yang
Berbeza
A. Organisasi Bermotifkan Keuntungan (OBU)
- Definisi: Perniagaan yang mempunyai objektif
untuk memaksimumkan keuntungan supaya
dapat memuaskan kehendak pemilik
perniagaan.
- Organisasi bermotifkan keuntungan didaftar di
bawah pendaftar perniagaan dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM). Entiti perniagaan boleh
berbentuk milikan tunggal, perkongsian, syarikat
berhad dan koperasi.
- Visi, Misi dan Objektif: bertujuan
memaksimumkan keuntungan (kebanyakan
matlamat sektor swasta)
B. Organisasi Bukan Bermotifkan Keuntungan (OBBU)
- Definisi: Perniagaan yang mempunyai objektif
berorientasikan kepada kebajikan ahli, masyarakat dan
memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
- Organisasi bukan bermotifkan keuntungan didaftar di
bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
- Visi, Misi dan Objektif: tertumpu pada kepentingan
orang ramai termasuklah penyediaan perkhidmatan
yang cekap dan berkualiti kepada ahli.
- Objektif sektor awam berbeza dengan sektor swasta.
- Walau bagaimanapun, OBBU cuba menerapkan budaya
korporat seperti sektor swasta dalam pengurusan
organisasi supaya visi, misi dan objektif dapat dicapai
dengan berkesan.
C. Pertubuhan Sukarela
-Masyarakat (pelanggan utama)
-Visi, Misi dan Objektif: bergantung pada pengurusan
organisasi yang dapat menarik ahli menjalankan aktiviti
yang telah dirancang secara sukarela.
-Ciri-ciri:
Bercorak kebajikan dan faedah bersama.
Lebih berfokus pada perkhidmatan yang disediakan
untuk ahli dan masyarakat.
Lebih bercorak aktiviti selaras dengan tujuan organisasi
tersebut didaftar.
Lebih dikenali dengan nama persatuan, kelab, yayasan
dan angkatan.
Perbandingan OBU Dengan OBBU
Dimensi Organisasi Bermotifkan Organisasi Bukan
Untung Bermotifkan Untung
(OBU) (OBBU)
Aktiviti Mengeluarkan barangan Tertumpu pada
Tujuan
dan perkhidmatan aktiviti memberi
perkhidmatan kepada
masyarakat
Memaksimumkan Memberi kepuasan
keuntungan dan kebajikan ahli
Sumber Sumber modal daripada Dapat pembiayaan
Kewangan
pemilik, pinjaman dan daripada kerajaan,
keuntungan perniagaan sumbangan dan
keahlian
3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah
Perniagaan
- Terbahagi kepada 2 kategori:
Objektif jangka panjang ( matlamat organisasi
yang ingin dicapai dalam tempoh masa
KURANG daripada lima tahun)
Objektif jangka pendek ( matlamat organisasi
yang ingin dicapai dalam tempoh masa LEBIH
lima tahun)
Ciri-ciri objektif berasarkan konsep SMART
Ciri – ciri Objektif Huraian
S- Specific pernyataan objektif yang dinyatakan secara
(Spesifik) khusus.
DIUKUR SECARA KUANTITATIF.
M- Measureable Objektif yang ditetapkan dapat
(Boleh Diukur) DIBANDINGKAN DENGAN PENCAPAIAN PADA
SEBELUM DAN SELEPAS sesuatu aktiviti
A – Attainable perniagaan dilaksanakan.
(Boleh Dicapai) Boleh diukur dalam bentuk:
a. Kuantitatif: diukur dalam bentuk angka,
nombor, masa dan wang.
b. Kualitatif: kualiti (kepuasan)
satu penentuan objektif berdasarkan
sasaran yang boleh diukur.
PERLU MENGENAL PASTI SUMBER-SUMBER
SEDIA ADA DENGAN BAIK.
Ciri – ciri Objektif Huraian
R- Realistic Objektif yang menjurus kepada
(Munasabah) peluang yang tidak mustahil untuk
mencapainya.
T – Time frame
(Jangka Masa) Memerlukan sumber manusia dan
sumber fizikal yang mencukupi.
MENGAMBIL KIRA FAKTOR
KEMAMPUAN yang merangkumi faktor
sumber fizikal dan faktor persekitaran.
SATU TEMPOH MASA YANG PERLU
ADA dalam sesuatu penentuan objektif
perniagaan. Perlu ada penetapan tarikh
yang perlu dicapai.
Carta Gantt: Menunjukkan perkara yang
berkaitan dengan jenis aktiviti yang
dirancang dengan tempoh masa telah
ditetapkan.
Contoh : Carta Gantt
3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi Dan Objektif
Perniagaan Sebagai Panduan Perniagaan
Tujuan Mencapai matlamat dalam
Penetapan VISI jangka masa melebihi lima
tahun
Mendorong semua pihak yang
terlibat dalam organisasi
memahami dan bekerjasama
bagi menterjemahkan visi yang
telah ditetapkan dalam bentuk
tindakan
3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi Dan Objektif Perniagaan
Sebagai Panduan Perniagaan
Bagi memudahkan pihak pengurusan
yang terlibat untuk mengagihkan setiap
sumber yang berkaitan dengan unit-unit
dan bahagian-bahagian dalam organisasi
Tujuan Dapat menerangkan aktiviti-aktiviti
Penetapan MISI perniagaan yang sedang dijalankan
Secara spesifik dapat dijadikan garis
panduan menilai keperluan setiap unit
dan bahagian organisasi.
3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi Dan Objektif
Perniagaan Sebagai Panduan Perniagaan
Bergantung pada pembentukan visi dan
misi yang telah ditetapkan oleh sesebuah
organisasi.
Tujuan Objektif-objektif sekurang-kurangnya
Penetapan yang mempunyai ciri SMART.
OBJEKTIF
Perlu selaras dengan pembentukan visi
dan misi organisasi perniagaan yang
ditetapkan oleh pihak pengurusan
atasan.
3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif
Bagi Perniagaan Tertentu
-Faktor-faktor Yang Dipertimbangkan untuk
menghasilkan Visi, Misi Dan Objektif Perniagaan :
A. Titik Pulang Modal
B. Pertumbuhan Ekonomi
C. Pemaksimuman Keuntungan
D. Daya Saing
E. Syer Pasaran
F. Jualan
G. Penyediaan Perkhidmatan
A. Titik Pulang Modal
Definisi: satu kaedah atau teknik yang boleh
digunakan oleh perniagaan untuk
merancang dan mengetahui hasil yang
diperoleh bersamaan dengan jumlah
kos yang ditanggung.
TPM = Kos Tetap / ( Harga – Kos Berubah Seunit)
- Tujuan:
Memastikan perniagaan yang dijalankan
boleh kekal dalam pasaran.
Asas ukuran kepada perniagaan baharu atau
penghasilan produk baharu untuk mengetahui
perniagaan tersebut boleh terus beroperasi
atau tidak.
Hasil / Kos (RM) TPM
Jumlah Hasil
Rugi
H1 Jumlah Kos
Untung
0 Q1
Kuantiti (Q)
B. Pertumbuhan Perniagaan
- Merujuk pada hasil yang meningkat dari
semasa ke semasa untuk mencapai matlamat
perniagaan.
- Terdapat dua perancangan:
a. Merancang membuka cawangan yang
banyak.
b. Membesarkan perniagaan yang sedia ada.
C. Memaksimumkan Keuntungan
- Bermaksud perniagaan mendapat keuntungan
yang tertinggi hasil daripada penggunaan sumber
perniagaan termasuk bahan mentah, modal,
modal insan, teknologi dan keusahawanan yang
cekap.
- Konsep kecekapan- kemampuan
memaksimumkan hasil dengan meminimumkan
kos.
- Untung dapat dimaksimumkan melalui
pengurangan dalam kos pengeluaran ke tahap
paling minimum.
Formula- Formula:
Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos
Jumlah Hasil = Harga X Kuantiti
Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah
Kos Berubah = Kos Berubah Seunit X Kuantiti
- Keuntungan akan digunakan sebagai modal
pusingan untuk meneruskan operasi dalam
perniagaan.
- Memaksimumkan keuntungan merupakan tujuan
perniagaan dalam jangka masa panjang.
D. Daya Saing
- Definisi: Kemampuan sesebuah perniagaan
untuk mengekalkan operasi perniagaannya
dalam industri.
- Faktor Kemampuan perniagaan bertahan
dalam industri:
1) Kewangan
2) Sumber manusia
3) Teknologi
4) Pemasaran
5) Jaringan
E. Syer Pasaran
- Merujuk kepada bahagian atau peratus
penguasaan jumlah pengguna yang membeli
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran
berbanding dengan pesaing.
- Perniagaan yang berjaya menguasai syer
pasaran yang terbesar akan memperoleh
pendapatan yang tinggi hasil daripada jualan.
Contoh Syer Pasaran
Perniagaan Perniagaan
Maju Sukan A (30 %)
(40 %)
Perniagaan B
(30 %)
F. Jualan
- Definisi: satu transaksi jual beli yang berlaku antara penjual
dan pembeli dalam memenuhi keperluan dan kehendak
yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak, iaitu
penjual dan pembeli.
- Penjual boleh menggunakan pelbagai strategi promosi
jualan seperti:
o Jualan murah ( harga barang diturunkan pada musim
tertentu seperti musim perayaan)
o Diskaun harga ( Pengurangan harga daripada harga asal
berdasarkan peratus yang ditentukan)
o Sampel ( Pemberian satu contoh produk yang diberikan
kepada pengguna secara percuma)
o Mengadakan Peraduan ( menggalakkan pengguna membeli
produk dengan nilai tertentu supaya melayakkan pengguna
tersebut memasuki sesuatu peraduan dengan menawarkan
hadiah yang menarik)
Contoh Promosi Jualan
• Program jualan KUD
(Karnival Usahawan Desa)
G. Penyediaan Perkhidmatan
- Merupakan aktiviti yang ditawarkan oleh
perniagaan kepada pelanggan yang bertujuan
untuk menarik minat pengguna agar membeli
barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.
- Antaranya: pembelian dalam talian,
penghantaran barang ke rumah, kemudahan
pembayaran dan membaik pulih jika barang
mengalami kerosakan.
Proses perkhidmatan penghantaran barang
Membuat tempahan dan Menerima tempahan
pembelian
Menghantar tempahan Membawa tempahan ke
kepada pembeli lokasi
Contoh Penyedia Perkhidmatan jualan dalam talian:
Zalora Malaysia
11street
Lazada Malaysia
Lelong.my
3.6 Kesan Kepada Perniagaan Akibat Kegagalan
Matlamat Dan Objektif
a. Jualan
Merosot
b. Tidak e. Gagal Dalam
Mampu Persaingan
Membayar Kos
Perniagaan
c. Tidak Mampu d. Imej
Mengembangkan Perniagaan
Perniagaan Terjejas
b. Tidak mampu membayar kos perniagaan
Jenis Kos dalam aktiviti perniagaan
Jenis Kos
Kos Tetap(F) Kos Berubah(F)
1. Kos yang tidak dipengaruhi 1. Kos yang dipengaruhi oleh
oleh kuantiti dalam sesuatu kuantiti dalam sesuatu
pengeluaran.(H) perniagaan.(H)
2. Kos yang ditanggung sama 2. Kos yang ditanggung
tanpa perlu mengikut bergantung pada kuantiti
jumlah kuantiti produk yang
pengeluaran.(H) dikeluarkan.(H)
3. Contoh: kos bangunan, 3. Contoh: bahan mentah, kos
insurans, pekerja, kilang air, kos elektrik dan kos
dan jentera(C) telefon(C)
3.7 Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi
Dan Objektif Perniagaan
Analisis SWOT
Faktor Faktor
Dalaman Luaran
Sumber Ekonomi
Manusia Sosiobudaya
Kewangan
Teknologi
Undang-
undang
3.7.1 Faktor Dalaman
Kekuatan Faktor Dalaman Kelemahan Faktor Dalaman
Bermaksud sumber unik yang dimiliki Merupakan halangan dan
oleh perniagaan yang boleh ketidakmampuan bertindak dengan
digunakan untuk mencapai visi, misi baik dalam menyumbangkan
dan objektif sesebuah perniagaan. pencapaian visi, misi dan objektif
perniagaan.
A. Sumber Manusia B. Kewangan
-Kekuatan dan kelemahan bergantung -Merupakan satu fungsi perniagaan
pada kawalan kuantiti dan kawalan yang berkaitan dengan sumber
kualiti pekerja. kewangan yang boleh diperoleh dan
-Pihak pengurusan perlu mengubah bagaimana wang tersebut
visi, misi dan objektif perniagaan dibelanjakan.
sekiranya memiliki pekerja yang - Kekuatan perniagaan lazimnya
berkebolehan seperti mampu bergantung dengan jumlah wang atau
menguasai pelbagai bahasa dan sumber kewangan yang banyak.
berkemahiran tinggi. -- Wang yang banyak dapat
melakukan aktiviti pelaburan.
3.7.2 Faktor Luaran
A. Ekonomi
Kitaran
A BC D
Masa
Kitaran Huraian
A. Pertumbuhan -Tahap ini memberikan kesan positif kepada
perniagaan.
- Oleh itu, visi, misi dan objektif perniagaan perlu
bersesuaian dengan kitaran ekonomi.
B. Kemerosotan - Tahap ini memberikan kesan negatif kepada
perniagaan.
- Perniagaan perlu mengubah suai visi, misi dan
objektif supaya bersesuaian dengan berkemampuan
operasi perniagaan.
C. Kemelesetan -Permintaan terhadap perniagaan akan jatuh, kuantiti
jualan merosot, keuntungan juga turut jatuh.
- visi, misi dan objektif yang terdahulu perlu diubah
suai semula.
D. Melambung -Tahap ini memberikan kesan positif kepada sesebuah
perniagaan.
- visi, misi dan objektif perlu bersesuaian dengan
kitaran ekonomi
- Keadaan ekonomi juga dipengaruhi oleh dasar
kewangan negara dan dasar fiskal negara:
o Dasar Kewangan Negara: Perancangan dan
tindakan yang berkaitan dengan sumber
kredit, kadar faedah dan penawaran wang
untuk mengawal ekonomi.
o Dasar Fiskal: Melibatkan tindakan pihak
kerajaan dalam mengawal keadaan ekonomi
melalui perubahan kadar cukai dan
perbelanjaan kerajaan.
B. Sosiobudaya
- Persekitaran budaya: amalan dan cara hidup
yang diamalkan oleh sesuatu kaum di
sesebuah negara.
- Setiap kaum membentuk amalan dan cara
hidup tersendiri.
- Perbezaan sesuatu kaum sebenarnya memberi
manfaat kepada perniagaan kerana dapat
mengeluarkan pelbagai jenis produk untuk
memenuhi cita rasa setiap budaya.
C. Teknologi
- Teknologi canggih dan terkini membolehkan
perniagaan lebih cekap, kos operasi perniagaan
menjadi lebih murah dan daya pengeluaran dapat
ditingkatkan.
- Perkembangan teknologi yang pesat telah
menyebabkan sesebuah organisasi perniagaan
bertindak membuat pelaburan supaya dapat
menikmati manfaat daripada perubahan
teknologi.
- Proses pengeluaran dan pengawalan kualiti dapat
dilakukan dengan tepat.
D. Undang-Undang
- Tahap perniagaan peringkat domestik hanya
melibatkan perundangan dalam negara sahaja.
(Tertakluk pada undang-undang luar negara)
- Tahap perniagaan peringkat antarabangsa
melibatkan perundangan negara asing. (Tertakluk
pada undang-undang tempatan)
- Antara faktor undang-undang yang
mempengaruhi operasi perniagaan seperti
undang-undang berkaitan dengan perubahan
kadar cukai.
KAJIAN KES : VOICE BERHAD
- Pernyataan visi Voice Berhad: “Menjadi sebuah syarikat
telekomunikasi terkemuka di dunia”
Faktor mempengaruhi: sumber manusia yang ramai (40000 pekerja) dan
aspek pengurusan sumber manusia (untuk melahirkan pemimpin dinamik)
- Pernyataan misi Voice Berhad: “Memberi perkhidmatan
bertaraf dunia kepada pelanggan”
Faktor mempengaruhi: Faktor sosiobudaya masyarakat yang celik computer
dan faktor perkembangan teknologi dalam bidang maklumat
- Pernyataan objektif Voice Berhad: “Sebagai sebuah syarikat
telekomunikasi yang dinamik dan bergerak di atas landasan
yang betul bagi menjana keuntungan yang maksimum untuk
pemegang saham”
Faktor mempengaruhi: kekuatan dalam bidang kewangan (sumber kewangan
yang kukuh dari pelabur) dan kekuatan dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan produk(menghasilkan produk bertaraf dunia)
3.8 Pencapaian Visi, Misi Dan Objektif
Perniagaan yang dipilih
- Kriteria-kriteria yang telah ditetapkan semasa
menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan:
A. Titik Pulang Modal
B. Pertumbuhan Perniagaan
C. Memaksimumkan Keuntungan
D. Daya Saing
E. Syer Pasaran
F. Jualan
G. Penyediaan Perkhidmatan
3.8.1 Pencapaian Visi Perniagaan
- Bergantung kepada analisis penilaian faktor
dalaman dan faktor luaran (Analisis SWOT).
- Contoh: “ Menjadi jenama nombor satu pada
tahun 2020.” (Visi bagi MODENAS)
Daya saing (keunikan yang ada pada MODENAS)
Pertumbuhan Perniagaan (Tenaga Buruh dan
teknologi yang ada pada MODENAS)
Penyediaan perniagaan (Sistem pengurusan yang
cekap dimiliki oleh MODENAS)
Memaksimumkan keuntungan (faktor luaran
yang dikenal pasti sebagai peluang oleh
MODENAS)
3.8.2 Pencapaian Misi Perniagaan
- Bergantung kepada analisis penilaian faktor
dalaman dan faktor luaran (Analisis SWOT).
- Contoh: “ Menjadi jenama nombor satu pada
tahun 2020.” (Visi bagi MODENAS)
Berdaya saing (keunikan faktor dalaman yang
ada pada MODENAS)
Memaksimumkan keuntungan ( Dari aspek
kewangan & menghasilkan produk yang inovatif
dan berkualiti )
Syer Pasaran ( mendapat sokongan daripada
pihak kerajaan & mempunyai kelebihan di
pasaran tempatan)
3.8.3 Pencapaian Objektif Perniagaan
- Bergantung kepada analisis penilaian faktor
dalaman dan faktor luaran (Analisis SWOT).
- Contoh:
Objektif Bagi Nestle
“ Menjadi peneraju dalam kesihatan dan kesejahteraan
pemakanan dan menjadi rujukan industri bagi prestasi
kewangan yang dipercayai oleh semua pihak berkepentingan.
Jualan (Peningkatan untung melalui
peningkatan jualan, faktor masyarakat dan
permintaan pelanggan meningkat)
3.8.3 Pencapaian Objektif Perniagaan
Objektif Bagi Nestle
“ Menjadi peneraju dalam kesihatan dan kesejahteraan
pemakanan dan menjadi rujukan industri bagi prestasi
kewangan yang dipercayai oleh semua pihak berkepentingan.
Pertumbuhan perniagaan ( Pengukuhan imej syarikat,
Peningkatan pelaburan serta dari aspek kewangan)
Memaksimumkan keuntungan ( Peningkatan ekuiti
melalui peningkatan pelaburan dan peningkatan
untung)
Titik Pulang Modal (menentukan kuantiti pengeluaran)