Bab 2 : Trend Semasa
Dalam Perniagaan
2.1 Peranan Kerajaan Dalam Menangani Isu-isu
Tempatan, Negara Dan Serantau
Kementerian dan agensi yang boleh membantu
perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa
adalah MITI, KPDNKK, MATRADE DAN BNM
Bank Negara Malaysia (BNM)
- Merupakan bank pusat
- Peranan Bank Negara Malaysia (BNM)
a. Untuk memantau dan mengawal keadaan ekonomi
negara termasuklah dalam bidang perniagaan.
b. Untuk meningkatkan kestabilan kewangan
c. Untuk mengawal selia infrastruktur sistem
pembayaran negara
2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri
dan Tempatan
Contoh pentadbiran kerajaan di Malaysia:
Parlimen Malaysia, Dewan Undangan Negeri, Majlis Bandaraya( contoh Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah;MBMB), Majlis Perbandaran (contoh Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya ;MPHTJ) dan Majlis Daerah(Majlis Daerah Alor
Gajah)
Isu - Isu Huraian
Tempatan Berkaitan dengan perniagaan di kawasan setempat seperti
Negara hubungan perniagaan dengan komuniti, pengguna
Serantau tempatan, tanggungjawab sosial dengan masyarakat
sekeliling dan faktor sosiobudaya masyarakat setempat.
Berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh sesebuah
negara seperti jumlah pendapatan, inflasi, kemelesetan
ekonomi dan kadar pertumbuhan ekonomi.
Melibatkan hubungan antara Malaysia dengan negara jiran
seperti Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam.
a. Peranan Kerajaan Pusat
- Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan terletak di
Putrajaya. Menangani isu ekonomi dan perundangan dari
beberapa aspek seperti:
(i) Aspek Perundangan
1. Penggubalan Undang-undang melalui Parlimen Malaysia
supaya semua isu tempatan, negara dan serantau dapat
diatasi
Contoh Akta dalam perniagaan:
- Akta Kontrak 1950 (syarat mengenai perjanjian dll)
- Akta Jualan Barangan 1957
- Akta Sewa Beli 1967
- Akta Perkongsian 1961
- Akta Syarikat 1965 (syarat mengenai pendaftaran
syarikat)
- Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980)
a. Peranan Kerajaan Pusat
- Bertujuan untuk mengawal perjalanan aktiviti perniagaan.
- Untuk memastikan setiap perniagaan yang dijalankan mesti
didaftarkan melalui SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
2. Perlindungan Pengguna
Matlamat undang-undang perlindungan pengguna:
- Keselamatan pengguna dalam aspek makanan, ubat-ubatan serta
sebarang amalan dan perkhidmatan yang tidak selamat.
- Kesihatan pengguna bertujuan untuk melindungi pengguna
daripada tindakan perniagaan yang boleh mengancam kesihatan
pengguna
- Hak pengguna mendapat ganti rugi jika pengguna tidak menerima
barangan atau perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan oleh
peniaga
- Melindungi hak pengguna mendapat alam sekitar yang bersih
a. Peranan Kerajaan Pusat
3. Pelepasan Cukai
Jenis Pelepasan Cukai Huraian
Taraf Perintis Dikecualikan pembayaran cukai selama lima tahun.
Elaun Cukai Pelaburan
Pelepasan cukai ekoran daripada pelaburan modal yang
diberikan kepada perniagaan berstatus Koridor Raya
Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah tempatan.
Potongan Cukai Diberikan kepada pengeksport yang menjual barangan
tempatan pada kadar potongan bergantung pada jenis
perbelanjaan yang terlibat.
Pengecualian Cukai Diberikan kepada syarikat status MSC dan terlibat dalam
industri teknologi tinggi.
Elaun Pelaburan Semula Diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan
pengeluar makanan, pembinaan jalan dan pembukaan
tanah untuk pembelian aset tanah.
Agensi pungutan cukai Persekutuan ialah Jabatan Kastam Diraja
Malaysia(JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) yang
menyumbang kepada hasil pendapatan negara
a. Peranan Kerajaan Pusat
(ii) Aspek Kewangan
Definisi kewangan: sumber pembiayaan yang diperlukan
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi.
- Contoh agensi berkaitan dengan bantuan kewangan
kepada usahawan:
a. Majlis Amanah Rakyat (MARA) : Skim Pembiayaan Am,
Pengangkutan, Profesional, Kecil
b. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
c. TEKUN Malaysia
d. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad:
Perkhidmatan menyewa jentera, pinjaman beli asset
e. Amanah ikhtiar Malaysia: skim pembiayaan Ikhtiar ibu
tunggal
f. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad: skim jaminan
laluan terus, francais
a. Peranan Kerajaan Pusat
(iii) Aspek Perkembangan Aktiviti Perniagaan
a. Aktiviti Promosi
- Contoh : Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia (MATRADE) 1993
- Peranan MATRADE:
1. Mencari dan membangunkan kawasan perdagangan
baharu serta mengenal pasti pasaran baru di luar
negara.
2. Menemukan pengeksport Malaysia dengan
pengimport dari luar negara.
3. Mengekalkan perhubungan antara pengimport
dengan pengeksport berdaftar.
a. Peranan Kerajaan Pusat
(iii) Aspek Perkembangan Aktiviti Perniagaan
b. Aktiviti Latihan Dan Pembangunan
- Contoh: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
- Peranan MPC:
1. Untuk menyediakan input dalam bidang produktiviti
dan kuantiti.
2. Mempertingkatkan pembangunan sumber tenaga
manusia
3. Menerajui pergerakan produktiviti dan kualiti.
a. Peranan Kerajaan Pusat
(iii) Aspek Perkembangan Aktiviti Perniagaan
C. Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan
- Contoh agensi yang terlibat dalam R&D: MARDI,
SIRIM, MPOB dan TNB RESEARCH.
- Tujuan:
1. Memastikan produk di pasaran menepati piawaian
yang ditetapkan dan bermutu tinggi
2. Menjalankan kajian bagi memastikan tiada
penyelewengan dari segi kualiti
3. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan
menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan
pembangunan dan perubahan dalam teknologi
b. Peranan Kerajaan Negeri
- Pembentukan kerajaan negeri termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, iaitu terdapat
pembahagian kuasa antara kuasa kerajaan Pusat
dengan Kerajaan Negeri.
- Bidang kuasa kerajaan negeri atas bahan galian
dan tanah membolehkan mereka mewujudkan
kawasan industri masing-masing
- Contoh Perbadanan Kemajuan Negeri:
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
- Kawasan industri menyumbang pendapatan
kepada negeri daripada bayaran lesen, menarik
pelabur dalam bidang ICT dan infrasruktur.
c. Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT)
- Merupakan pelaksana dasar pada peringkat
akar umbi dalam menyampaikan
perkhidmatan kepada warga tempatan.
- Contoh: Majlis Bandar raya, Majlis
Perbandaran dan Majlis Daerah
- Berperanan mengurus dan mentadbir
kawasan
- Diberi kuasa menggubal undang-undang kecil
seperti Undang-undang Kecil Perlesenan,
Undang-undang kecil Pasar dan Undang-
undang Kecil penjaja.
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
1. Memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam
keadaan selamat.
2. Merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan
sempurna dan sesuai dengan keadaan masyarakat
setempat.
3. Penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat
menjamin keselesaan kehidupan masyarakat
setempat.
4. Pewujudan pusat-pusat perniagaan.
5. Pengawalan terhadap kesihatan awam dan selamat.
6. Pelaksanaan tanggungjawab sosial yang meliputi
pembangunan kemudahan awam.
2.1.2 Peranan Kerajaan Dari Aspek
Pertumbuhan Ekonomi
Definisi pertumbuhan ekonomi: Peningkatan dalam sesuatu
kegiatan yang berkaitan dengan ekonomi terutama dalam
pembangunan ekonomi berbentuk fizikal yang
menyebabkan pertambahan dalam Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) dalam ekonomi sesebuah negara.
- Contoh inisiatif kerajaan: Program Transformasi Kerajaan
(GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP)
- Pendapatan isi rumah meningkat, menyebabkan kuasa beli
pengguna meningkat, seterusnya meningkatkan
permintaan barang dan perkhidmatan, menyebabkan
peniaga berusaha penuhi permintaan, mendorong
peningkatan dalam aktiviti perniagaan, perniagaan yang
berkembang meningkatkan pendapatan penduduk
setempat dan membantu perkembangan ekonomi negara.
2.1.2 Peranan Kerajaan Dari Aspek
Pertumbuhan Ekonomi
Peringkat-peringkat Peranan Kerajaan
Tempatan - Akan membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Negara -Memperkukuh pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan dasar
tertentu seperti dasar fiskal dan dasar kewangan.
-Dasar fiskal dilaksanakan melalui tindakan perbelanjaan pihak
kerajaan dan pelaksanaan cukai tertentu yang boleh mempengaruhi
permintaan.
-Dasar kewangan dilaksanakan melalui peranan bank , pusat, iaitu
Bank Negara Malaysia (BNM) berupaya untuk mengurangkan kadar
faedah bagi menggalakkan penduduk berbelanja dan aktiviti
pelaburan oleh perniagaan.
Serantau - Perbelanjaan penduduk meningkatkan penawaran dan kukuhkan
ekonomi negara
- Menyediakan elaun eksport untuk menggalakkan perniagaan
mengeksport lebih banyak barang dan perkhidmatan yang lebih
banyak ke luar negara.
2.1.3 Peranan Kerajaan Dari Aspek
Guna Tenaga
- Guna tenaga penuh: iaitu apabila kadar
pengangguran negara kurang 4 peratus (ketika ini
negara Cuma mengalami penganguran geseran)
- Definisi pengangguran geseran: berlaku apabila
pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan
tetapi tidak mendapat pekerjaan dengan serta-
merta; dan ketika itu mereka dikira sebagai
penganggur.
- Definisi guna tenaga: tenaga buruh yang terlibat
dalam sesuatu kegiatan ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.
4 Jenis Pengangguran
Dimensi 1. Pengangguran 2. Pengangguran
Definisi Bermusim Kitaran
Berlaku apabila seseorang Keadaan ekonomi yang
pekerja bekerja dalam meleset menyebabkan
jangka masa pendek pada perniagaan sebahagian
setiap tahun. pendapatan dan tidak
mampu membayar gaji
kepada pekerja.
Cara - Kerajaan boleh memberi - Kerajaan boleh
mengatasi insentif kepada pihak menjalankan dasar
penganggur perniagaan. fiskal dan dasar
an - Contoh: pengecualian kewangan dalam
cukai atas pembayaran mengekang
gaji pekerja kemelesetan ekonomi.
4 Jenis Pengangguran
Dimensi 3. Pengangguran Struktur 4. Pengangguran Teknologi
Definisi
Berlaku ekoran perubahan Boleh berlaku disebabkan
dalam industri secara oleh sektor perniagaan
keseluruhan yang tidak mengutamakan penggunaan
memerlukan kemahiran teknologi menggantikan
pekerja. pekerja.
Cara -Kerajaan boleh membuat -Penggunaan mesin-mesin
mengatasi perancangan ekonomi sesuai moden hanya digunakan
pengangguran dengan trend perubahan proses tertentu sahaja yang
ekonomi dan perniagaan. tidak dapat dilaksanakan
-Kerajaan perlu peka tentang oleh tenaga buruh.
perubahan global yang boleh -Maklumat berkaitan
mempengaruhi hala tuju dan peluang pekerjaan juga perlu
corak perniagaan pada jangka diberi dan dikongsi dengan
masa pendek dan jangka masa semua tenaga buruh.
panjang.
2.1.4 Peranan Kerajaan Dari Aspek Ekonomi
Dimensi Inflasi Deflasi
Definisi Satu fenomena kenaikan harga barang Satu keadaan kejatuhan harga
dan perkhidmatan secara berterusan. barang dan perkhidmatan secara
Kesan
berterusan.
Cara
mengatasi -Kenaikan kos sara hidup yang semakin -Membantutkan aktiviti
meningkat perniagaan
-Pendapatan boleh guna menurun -Penduduk kehilangan pekerjaan
-Kuasa beli penduduk menurun
- meningkatkan kadar faedah -Menurunkan kadar cukai untuk
-Dasar kerajaan: terutamanya bagi tingkatkan pendapatan penduduk
menstabilkan harga barang -Memberi khidmat nasihat dan
-Pelaksanaan dasar galakan pelaburan perundangan untuk didik peniaga
-Memberikan subsidi kepada pengeluar -Dasar kewangan negara dengan
jika inflasi berlaku disebabkan oleh menurunkan kadar faedah supaya
tolakan kos. pengguna menguragkan simpanan
wang dan meningkatkan
perbelanjaan
-Dasar fiskal bagi merancakkan
aktiviti perniagaan
2.2 Trend Persekitaran Perniagaan
- Definisi trend persekitaran perniagaan: suatu
arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan.
- Definisi faktor dalaman: faktor yang boleh dikawal
oleh organisasi yang dikenali sebagai faktor
persekitaran tugas.
- Definisi Faktor Luaran: dikenali sebagai
persekitaran umum, iaitu faktor ekonomi, politik
dan perundangan, pelanggan, masyarakat,
persaingan dan jaringan.
- Faktor dalaman dan luaran mempengaruhi trend
perniagaan sama ada trend meningkat, menurun
atau mendatar
2.2.1 Trend Meningkat
2.2.1 Trend Meningkat
Dimensi Trend Meningkat
Definisi Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin
meningkat.
Faktor Dalaman
-Pekerja yang bermotivasi tinggi, kreatif,
inovatif, rajin, berdisiplin dan berkemahiran
tinggi
-Peniaga dapat menawarkan lebih banyak
barang dan perkhidmatan.
-Pengurusan yang cekap dan sistematik
Faktor Luaran -Keadaan ekonomi berada dalam keadaan berkembang
pesat.
-Kemampuan sesebuah perniagaan untuk menjana keuntungan
hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan
-Situasi politik dan perundangan yang stabil.
-Kewujudan persaingan dan jaringan perniagaan yang positif
2.2.2 Trend Menurun
2.2.2 Trend Menurun
Dimensi Trend Meningkat
Definisi Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin menurun.
Faktor Dalaman -Gaya pengurusan yang tidak bersesuaian dengan keadaan
pekerja
-Sumber manusia yang kurang produktif
-Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan
-Pengeluaran yang tidak mencukupi untuk memenuhi
permintaan teknologi maklumat dan penyelidikan
Faktor Luaran -Keadaan ekonomi yang lembap atau perlahan.
-Keadaan politik dan perundangan sesebuah negara yang tidak stabil.
-Bencana alam
2.2.3 Trend Mendatar
2.2.3 Trend Mendatar
- Menggambarkan keadaan konsisten dalam
perniagaan.
- Berlaku disebabkan tiada perubahan yang
ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan
faktor luaran perniagaan.
- Perkembangan perniagaan berada dalam
keadaan malar
2.2.4 Pasaran
- Definisi pasaran: suatu keadaan berlakunya
urus niaga antara penjual dengan pembeli,
pada suatu tingkat harga dan masa yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Jenis Pasaran Huraian
Pasaran untuk semua Produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan
(mass market) kepada semua pengguna seperti sabun pencuci dan sos
tomato.
Pasaran produk Berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua
jenis produk seperti makanan, pelancongan dan
perumahan.
Pasaran kewangan Berkaitan dengan jual beli saham dan sekuriti,
pertukaran wang asing, pinjaman dan pelaburan.
2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan
Dan Pertumbuhan Ekonomi
(a) Trend Guna Tenaga
- Guna tenaga: ialah pekerja yang menyumbangkan
tenaga fizikal dan mental dalam sesuatu pekerjaan.
- Contoh : bidang professional (perkerja berkemahiran
tinggi biasanya di negara maju seperti Jepun) dan
aktiviti pembinaan (mengutamakan pengunaan modal
seperti mesin, komputer dan teknologi; kadar upah
yang tinggi di negara maju kerana trend
penggunaannya yang kurang)
2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan
Dan Pertumbuhan Ekonomi
(a) Trend Guna Tenaga
i. Pembangunan Negara
- Aktiviti pengeluaran(melibatkan aktiviti
sektor utama seperti pertanian dan
pekerjanya tiada kemahiran tinggi) dan
bidang penyelidikan(mempelbagaikan sector
ekonomi melalui R&D)
ii. Perubahan Dalam Guna Tenaga
Penambahan Perkembangan Kepakaran guna
bilangan pekerja Teknologi tenaga
berkemahiran
tinggi
2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan
Dan Pertumbuhan Ekonomi
(b) Trend Pendapatan
- Perniagaan akan memperoleh peningkatan
pendapatan melalui peningkatan hasil jualan.
- Perniagaan yang cekap menguruskan kos
operasi dapat memaksimumkan keuntungan
- Perniagaan juga boleh mendapat sumber
pendapatan daripada aktiviti sampingan yang
lain seperti penyewaan bangunan, dividen
daripada pelaburan saham dan faedah
daripada simpanan wang di bank.
Contoh Penyata Kewangan
2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan
Dan Pertumbuhan Ekonomi
(c) Pertumbuhan ekonomi
- Ekonomi meningkat mendorong perkembangan perniagaan
dan menyebabkan cukai perniagaan juga meningkat
- Hasil cukai yang tinggi membangunkan ekonomi negara
- Pendapatan penduduk juga meningkat
Kitaran Ekonomi
Fasa-fasa Huraian
Fasa I : Fasa -Penduduk tidak mempunyai wang atau pendapatan yang
Kemeleseta mencukupi untuk membeli produk.
-Pendapatan kerajaan juga merosot
n -Kadar pengangguran meningkat
Fasa II: Fasa -Perniagaan akan menambah pengeluaran produk untuk
Melambung memenuhi peningkatan penggunaan produk yang semakin
meningkat.
-Perniagaan memerlukan pekerja yang banyak serta mampu
membayar gaji dan upah yang tinggi.
-Perniagaan juga akan mengorak langkah ke tahap
antarabangsa termasuk aktiviti eksport dan pelaburan di luar
negara.
2.2.6 Undang-undang Perniagaan
- Definisi Undang-undang: suatu peraturan
yang termaktub dan ditentukan oleh sesebuah
masyarakat untuk mengawal tingkah laku
anggota sendiri. Organiasasi perniagaan dalam
9 kerangka perundangan berikut:
1. Kesihatan Dan 2. Pekerjaan: 3. Maklumat :
Keselamatan: memastikan menekankan perlindungan
kadar upah maklumat supaya
organisasi mematuhi minimum, tiada tidak dicetak rompak
peraturan keselamatan diskriminasi dan dicerobohi
operasi perniagaan pekerja
2.2.6 Undang-undang Perniagaan
- Organiasasi perniagaan dalam 9 kerangka
perundangan berikut:
4. Perancangan: 5. Perlindungan Pengguna: 6. Persaingan:
perniagaan melindungi hak pengguna supaya
memerlukan dari amalan peniaga yang
bangunan perniagaan
tidak selamat bersaing dengan
sebagai premis
dan lesen sihat
perniagaan
7. Pengiklanan: 8. Undang-undang 9. Persekitaran:
supaya dapat Syarikat: sebagai garis supaya alam
menyebarkan panduan memulakan
maklumat promosi syarikat dan jalankan sekeliling selamat
kepada pengguna terutamanya
dengan baik dan operasi berkaitan
sesuai keperluan
pembuangan sisa
semasa pengeluaran
Persekitaran Perniagaan Dari Aspek
Undang-undang
Akta Kontrak 1950
Akta Jualan Barangan 1957
Akta Sewa Beli 1967
Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974)
Akta Syarikat 1965 (Pindaan 1992)
Akta Kerja 1955 ( Pindaan 1980)
Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan
1980)
Akta Hak Cipta 1987
2.3 Analisis Faktor-faktor Yang Membawa Perubahan Kepada
Persekitaran Perniagaan
*penting kerana perubahan boleh memberi kesan besar pada
perniagaan
* ada dua faktor yang mempengaruhi: Faktor dalaman dan
faktor luaran
* Analisis SWOT boleh digunakan untuk menganalisis (SWOT
merupakan analisis persekitaran keseluruhan yang
melibatkan organisasi dalam aspek kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman)
2.3.1 Faktor Dalaman
- Definisi Faktor Dalaman: Faktor-faktor yang dimiliki oleh
syarikat yang boleh memberi kekuatan dan kelemahan
sesebuah organisasi.
- Contoh: gaya pengurusan, sumber manusia, pemasaran,
pengeluaran, kewangan dan teknologi maklumat serta
penyelidikan dan pembangunan (R&D)
(a) Gaya Pengurusan
- Gaya pengurusan ialah teknik mengurus sesebuah
perniagaan yang akan memacu pertumbuhan perniagaan.
Gaya Pengurusan Huraian
Laissez-faire (1,1) Menunjukkan majikan terlalu memberi ruang atau kebebasan kepada
Sokongan (1,9) pekerja mereka, maka pekerja sukar dikawal, organisasi gagal capai
Sederhana (5,5) matlamat.
Autokratik (9,1)
Demokratik (9,9) Tahap perhubungan yang baik telah terjalin antara majikan dengan
pekerja, tetapi masih wujud risiko kegagalan bagi majukan
mempengaruhi pekerja mencapai matlamat.
Menunjukkan tindakan majikan yang bijak dalam menjaga hubungan
dengan pekerja mereka, memberi motivasi kepada pekerja capai
matlamat.
Menunjukkan tindakan majikan yang tegas dalam mencapai
matlamat yang telah ditetapkan, boleh menimbulkan ketidakpuasan
hati sesetengah pekerja
Menunjukkan tindakan majikan mengamalkan toleransi dan
menjalinkan hubungan yang baik, berupaya mempengaruhi pekerja
mencapai matlamat.
(b) Sumber Manusia
- Definisi sumber manusia: fungsi perniagaan
yang memberi fokus kepada keperluan tenaga
kerja semasa termasuk pengurusan
pembahagian kerja dan menambah baik
tenaga kerja sedia ada.
- Dibahagikan kepada 2, iaitu: sumber manusia
dalaman dan sumber manusia luaran.
(b)(i) Sumber Manusia Dalaman
- Definisi sumber dalaman: pekerja yang
sedang berkhidmat dalam sesebuah organisasi
perniagaan.
Kelebihan Kekurangan
Memotivasikan pekerja Tidak membawa idea baharu
kepada pekerja
Pekerja lebih memahami
budaya organisasi Kekosongan jawatan: berlaku
jika pekerja dinaikkan pangkat
Maklumat pekerja sedia ada Pengetahuan stereotaip: bagi
pekerja yang lama berkhidmat
dengan syarikat
(b)(ii) Sumber Manusia Luaran
- Definisi sumber luaran : pengambilan pekerja
dari luar organisasi
Kelebihan Kekurangan
Melahirkan idea baharu, Memerlukan program
kerana pekerja baharu dai induksi untuk menyesuaikan
luar membawa idea baharu diri dengan tempat kerja
Pekerja baharu dari luar ada Mengambil masa untuk
kemahiran baharu memahami budaya
organisasi
Pekerja baharu dari luar Kos merekrut/mengambil
biasanya lebih lebih pekerja baharu dari luar
bersemangat yang tinggi
(c) Pemasaran
- Definisi pemasaran: satu sistem aktiviti sesebuah
perniagaan yang dibentuk dalam merancang dan
melaksanakan strategi produk, penentuan harga,
promosi dan pengedaran barang atau perkhidmatan.
- Elemen-elemen campuran pemasaran (4):
Elemen Keterangan
Produk Tahap kualiti, reka bentuk , gaya Pembungkusan, saiz produk
dan jenama dan jaminan produk
Pengedaran Saluran pengedaran dan Kadar inventori,
kawasan pengedaran pengangkutan dan lokasi
syarikat
Promosi Kaedah pengiklanan dan Aktiviti promosi dan program
pendekatan jualan publisiti
Harga Harga yang ditetapkan dan Tempoh bayaran jualan kredit
kadar diskaun dan kemudahan kredit
(d) Pengeluaran
- Merupakan satu proses menghasilkan barang
atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
dan kehendak manusia yang tidak terhad.
- Mengubahkan input kepada output melalui
aktiviti tambah nilai
BURUH TANAH
USAHAWAN MODAL
(e) Kewangan
- Faktor kewangan dan perakaunan bergantung
pada kaedah perniagaan menjalankan urus
niaga dan sistem kewangan yang diamalkan
dalam perniagaan.
- Berkaitan sumber pendapatan serta peluang-
peluang pelaburan perniagaan.
(f) Teknologi Maklumat
- Membolehkan proses pencapaian,
penghantaran dan penyimpanan maklumat
menjadi lebih teratur.
(g) Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Merupakan aktiviti kreatif dan inovatif yang
dijalankan secara sistematik bagi
meningkatkan pengetahuan dan hasil sedia
ada kepada pembangunan dan penciptaan
produk baharu yang bermanfaat.
2.3.2 Faktor Luaran
- Definisi Faktor Luaran: faktor yang boleh memberi
peluang dan ancaman kepada sesebuah syarikat.
- Contoh: Ekonomi:
Politik: dasar mempengaruhi kuasa Sosiobudaya:
beli pengguna,
yang diluluskan pelbagai kaum di
kerajan beri ekonomi meningkat Malaysia
kesan prestasi perniagaan
mempengaruhi
positif/negative meningkat permintaan dan jenis
cth GST
Ekologi: isu alam barang ditawarkan
Teknologi: sekitar seperti Undang-undang:
sumber bahan mewujudkan
perkembangan teknologi mentah, tenaga yang persaingan
mewujudkan barang dan terhad dan kadar
perkhid. baharu untuk pencemaran beri perniagaan sihat,
melindungi hak
ditawarkan pada kesan pada
masyarakat perniagaan pengguna
2.3.3 Analisis Faktor Dalaman Dan Faktor
Luaran
- Definisi Analisis SWOT: satu kaedah yang menganalisis
persekitaran keseluruhan yang melibatkan organisasi
dalam aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman.
- Objektif analisis SWOT: untuk menilai kesan
perubahan persekitaran dalaman dan luaran yang
boleh mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan.
- Analisis Faktor Dalaman: penilaian secara terperinci
tentang kekuatan dan kelemahan dalam sesebuah
organisasi perniagaan.
- Analisis Faktor Luaran: penilaian yang berkaitan
dengan peluang dan ancaman yang wujud di
persekitaran luaran perniagaan.
2.3.3 Analisis Faktor Dalaman Dan
Faktor Luaran
Analisis Faktor Luaran Analisis Faktor Dalaman Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses)
-Keupayaan dan kemampuan yang -Kekurangan yang wujud dari aspek
dimiliki oleh perniagaan untuk sumber tenaga, kepakaran dan bahan
bersaing. mentah.
-Contoh: jenama yang popular, -Contoh: pekerja kurang berkemahiran
paten, hubungan baik dengan
pelanggan, sumber kewangan yang
kukuh dan lain-lain.
Peluang (Opportunities) Ancaman (Threats)
-Kelebihan yang diperoleh kesan -Sesuatu perubahan daripada
daripada perubahan yang berlaku persekitaran luaran perniagaan yang
dalam persekitaran luaran boleh membantutkan perkembangan
perniagaan. perniagaan.
-Contoh: Kewujudan teknologi -Contoh: Pesaing
baharu dan perubahan cita rasa
pelanggan
Cara Menggunakan Matriks SWOT
Strategi Huraian
Kekuatan – Peluang Kekuatan dalam sesebuah organisasi dapat
( S O) digunakan untuk merebut peluang yang wujud
ekoran daripada perkembangan faktor luaran.
Kelemahan – Peluang Pihak pengurusan perniagaan perlu mengambil
(W O) langkah yang proaktif supaya peluang perniagaan
yang wujud disebabkan faktor luaran dapat
direbut oleh perniagaan.
Kekuatan – Ancaman Kekuatan yang wujud di organisasi dapat
(S T) digunakan sebagai strategi menghadapi cabaran
faktor luaran
Kelemahan – Ancaman Perniagaan perlu menjalinkan kerjasama dengan
(W T) pihak lain supaya setiap kelemahan dapat diatasi.
2.4 Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap
Organisasi Perniagaan
2.4.1 Kesan Perubahan Dari Aspek Pasaran
Perubahan Lambakan
Fesyen Dan Gaya Barang Import
Hidup Pengguna
Pembangunan
Dalam Teknologi