Bab 1: Tujuan Perniagaan
Dan Pemilikan Perniagaan
1.0 Pengenalan
Definisi Perniagaan:
- Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli
barang atau perkhidmatan antara penjual
dengan pembeli bagi memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna.
1.0.1 Konsep Asas Perniagaan
- Definisi konsep asas perniagaan: perkara utama
dan asas yang membolehkan wujudnya proses
urus niaga antara penjual dengan pembeli.
- Merangkumi 6 komponen utama:
a. Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna
b. Pertukaran nilai
c. Keuntungan Perniagaan
d. Kontrak Perniagaan
e. Barang dan Perkhidmatan
f. Penjual dan pembeli
1.0.1 Konsep Asas Perniagaan
a. Barang dan Perkhidmatan
Dimensi Barang Perkhidmatan
Definisi Sesuatu yang Aktiviti yang
Contoh mempunyai memberikan
bentuk fizikal faedah kepada
pengguna dan
peniaga.
Perabot, makanan Pengangkutan,
dan pakaian insurans dan
pelancongan.
1.0.1 Konsep Asas Perniagaan
b. Memuaskan Keperluan Dan Kehendak Pengguna
(barang atau perkhidmatan ditawarkan mesti memenuhi keperluan dan
kehendak manusia jika ingin maju dalam perniagaan)
Dimensi Keperluan Kehendak
Definisi Sesuatu yang diperlukan Keinginan manusia untuk
Huraian oleh manusia untuk hidup dengan lebih selesa.
meneruskan hidup.
Terhad, mudah dipuaskan Tidak terhad, sukar
serta sama bagi semua dipuaskan serta berbeza
individu antara individu
c. Pertukaran Nilai
- Aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli
memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada
penjual sebagai balasan kepada
produk yang diperoleh.
1.0.1 Konsep Asas Perniagaan
d. Keuntungan Perniagaan
- Keuntungan: lebihan hasil jualan setelah
ditolak semua kos yang terlibat.
- Formula:
Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos
e. Penjual dan Pembeli
Dimensi Penjual Pembeli
Definisi Individu yang menawarkan Pihak yang memerlukan atau
barang atau perkhidmatan menghendaki barang atau
perkhidmatan tersebut.
1.0.1 Konsep Asas Perniagaan
f. Kontrak Perniagaan
- Definisi kontrak: perjanjian yang dimeterai
oleh dua atau lebih individu.
- Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak
1950.
- Contoh kontrak perniagaan: kontrak jual beli
dan kontrak sewa beli
1.0.2 Aktiviti Perniagaan
Dimensi Aktiviti Berasaskan Barang Aktiviti Berasaskan Perniagaan
Definisi Melibatkan penggunaan Melibatkan penawaran barang
faktor-faktor pengeluaran tidak nyata yang dapat
untuk menghasilkan barang memberikan keselesaan,
fizikal. kepuasan dan kecekapan kepada
pengguna.
Contoh Kilang perabot menghasilkan Pendidikan merupakan aktiviti
perabot seperti meja, kerusi perkhidmatan yang menawarkan
dan kabinet. pembangunan modal insan dari
aspek mental dan fizikal.
Melibatkan sektor awam dan
swasta.
1.1 Tujuan Perniagaan
Tujuan Perniagaan: Untuk menawarkan barang
atau perkhidmatan
a. Barang – item yang dapat dilihat, disentuh
atau dipegang.
b. Perkhidmatan- aktiviti yang dilakukan oleh
seseorang atau sekumpulan individu yang
memberi manfaat kepada orang lain.
c. Gabungan Barang dan perkhidmatan
1.1 Tujuan Perniagaan
i. Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)
- Terlibat secara langsung dalam aktiviti
pengeluaran dan penjualan barang dan
perkhidmatan dengan objektif utama, iaitu
untuk mendapat keuntungan.
- Kepentingan Keuntungan:
a. Untuk mengukur tahap prestasi dan
menentukan hala tuju sesebuah perniagaan.
b. Untuk mengembangkan dan memastikan
kelangsungan perniagaan.
c. Membolehkan sesuatu organisasi perniagaan
menjalankan tanggungjawab sosial dengan
menyumbangkan keuntungan semula
kepada masyarakat.
1.1 Tujuan Perniagaan
ii. Organisasi Bukan Bermotifkan Untung
(OBBU)
- Definisi: organisasi yang memenuhi keperluan
awam dalam pelbagai bidang termasuk bidang
pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya.
1.1 Tujuan Perniagaan
- Matlamat Penubuhan Organisasi (OBBU)
a. Untuk meningkatkan penglibatan sektor awam
dalam kegiatan kemasyarakatan.
b. Menyediakan ruang dan peluang untuk semua
golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang
boleh membangunkan masyarakat kurang
berkemampuan.
c. Membantu golongan yang kurang
berkemampuan untuk mendapatkan
perkhidmatan.
d. Memastikan nasib setiap insan yang
memerlukan bantuan terus terbela dan
terpelihara.
1.1 Tujuan Perniagaan
- Kaedah Perniagaan Bagi Organisasi Bukan
Bermotifkan Keuntungan
a. Secara percuma- disediakan oleh kerajaan
atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
b. Jualan pada harga kos
- Tiada sebarang keuntungan yang diperoleh
oleh penjual.
c. Jualan pada harga di bawah kos
- Harga yang dikenakan adalah lebih rendah
berbanding dengan kos sebenar.
1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan
Pemilikan perniagaan: Entiti sesebuah
perniagaan yang dibentuk dari aspek
perundangan.
- 4 bentuk pemilikan perniagaan:
a. Milikan Tunggal
b. Perkongsian
c. Syarikat Berhad
d. Koperasi
a. Milikan Tunggal
- Definisi milikan tunggal: sejenis aktiviti
perniagaan yang dimiliki dan dikawal
sepenuhnya oleh seseorang individu sahaja.
- Bertanggungjawab untuk melaburkan modal
dalam perniagaan.
- Sumber pembiayaan: wang simpanan
pemilik sendiri, pinjaman daripada saudara
mara, agensi kerajaan dan institusi
kewangan.
a. Milikan Tunggal
- Keuntungan yang diperoleh akan dikenakan
cukai pendapatan perseorangan.
- Contoh: Lamardia Bakery, Dahlan Enterprise.
- Merupakan pemilikan perniagaan paling
popular di Malaysia.
a. Milikan Tunggal
(i) Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal
Proses pendaftaran di SSM bagi milikan tunggal perlu
dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas memulakan
perniagaan. 2 proses pendaftaran adalah:
1. Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan, SSM
Mengisi Borang Mengisi Borang A Hantar kepada
Carian Nama Pendaftar
Perniagaan,
Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)
Mendapatkan orang D, iaitu Membuat Pembayaran RM
Sijil Perakuan Pendaftaran 30 jika nama sendiri, RM 60
Perniagaan jika nama tred
2. Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT)
Kelebihan Dan Kekurangan Milikan Tunggal
Kelebihan Kekurangan
a. Mudah ditubuhkan a. Diuruskan secara berseorangan
b. Tidak banyak syarat dan hanya b. Sukar untuk berkembang kerana
memerlukan modal kecil modal kecil
c. Mudah diurus kerana saiznya yang c. Beban kerja semua ditanggung oleh
kecil pemilik
d. Bebas mengurus perniagaan d. Perniagaan tidak berterusan
e. Keputusan dibuat oleh pemilik
e. Risiko perniagaan ditutup jika pemilik
meninggal dunia
f. Beban cukai rendah f. Sukar berkongsi kepakaran
g. Pemilik hanya perlu membayar cukai g. Pemilik menanggung liabiliti tidak
individu terhad
b. Perkongsian
Definisi perkongsian: kerjasama antara dua atau
lebih individu bagi menjalankan perniagaan.
- Bersetuju bergabung tenaga bagi menjalankan
perniagaan berasaskan syarat yang dipersetujui
bersama.
- Boleh ditubuhkan secara lisan atau bertulis.
Perkongsian yang wujud tanpa perjanjian
tertakluk kepada peruntukan Akta Perkongsian
1961.
- Boleh berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran,
kemahiran, pengalaman serta bebanan tugas.
- Tugasan dapat diambil alih oleh rakan kongsi jika
terdapat rakan kongsi yang sakit atau ingin
bercuti.
b. Perkongsian
(i) Kandungan Perjanjian Perkongsian
a. Nama firma
b. Nama semua rakan kongsi
c. Peruntukan berkaitan dengan hak dan
tanggungjawab rakan kongsi
d. Jenis dan tempat perniagaan
e. Nisbah pembahagian keuntungan atau kerugian
f. Cara menjalankan perniagaan
g. Menamatkan perniagaan
b. Perkongsian
(ii) Ciri-ciri Perkongsian
a. Lingkungan dalam 2 hingga 20 orang
b. Bagi yang melibatkan sesuatu profesion
seperti peguam dan akauntan, tidak melebihi
50 orang
c. Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 (Pindaan 1978)
b. Perkongsian
(iii) Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi
Jenis Rakan Kongsi Penerangan
Rakan Kongsi Berhad
Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada jumlah modal yang
dilaburkan sahaja dan tiada kuasa pengurusan serta
dibenarkan untuk memeriksa rekod dan akaun perniagaan.
Rakan Kongsi Lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan tidak aktif dalam
pengurusan serta menyumbangkan modal sahaja
Rakan Kongsi Biasa
Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhad
Rakan Kongsi Aktif menguruskan perniagaan.
Rakan Kongsi Menanggung liabiliti tidak terhad dan aktif dalam
Nominal (Namaan) pengurusan serta dibayar gaji secara bulanan.
Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa
mengeluarkan modal dan perlu menanggung liabiliti yang
tidak terhad.
b. Perkongsian
(iv) Bilangan Rakan Kongsi
1. Perkongsian biasa : 2 hingga 20 orang
2. Perkongsian Berhad: 2 hingga 50 orang
3. Perkongsian Liabiliti Terhad : minimum 2
orang dan tiada had bilangan maksimum
rakan kongsi
Kelebihan Dan Kekurangan Perkongsian
Kelebihan Kekurangan
Modal lebih besar Modal terhad
kerana sumbangan rakan kongsi berbanding syarikat berhad
Mudah ditubuhkan kerana tidak banyak Perniagaan tidak berterusan iaitu
peraturan perlu dipatuhi terbubar jika rakan kongsi meninggal
Berkongsi kepakaran kerana rakan Liabiliti tidak terhad kerana asset
kongsi boleh mempunyai pengalaman, peribadi boleh digunakan untuk
tenaga kerja dan pengetahuan berlainan membayar hutang perniagaan
(v) Jenis – jenis Perkongsian
a. Perkongsian Biasa
b. Perkongsian Berhad
c. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Perkongsian Biasa
- Ciri-ciri utama:
a. Semua rakan kongsi adalah rakan kongsi biasa
b. Liabiliti tidak terhad
c. Ada kuasa, hak dan tanggungjawab sama
untuk uruskan perniagaan
Perkongsian Berhad
- Ciri-ciri utama:
a. Terdapat beberapa rakan kongsi adalah rakan
kongsi yang mempunyai liabiliti terhad
setakat modal dilaburkan dan mereka tiada
kuasa dalam pengurusan perniagaan TETAPI
berhak semak rekod dan akaun perniagaan
b. Sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi
biasa yang menanggung liabiliti tidak terhad
dan menguruskan perniagaan.
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Merupakan satu bentuk perniagaan alternatif yang menggabungkan
ciri-ciri perkongsian dengan syarikat sendirian berhad.
- Diperkenalkan SSM pada 2013 di bawah Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012
- Ciri-ciri:
a. Entiti berasingan
b. Liabiliti terhad
c. Hayat berterusan
- Kelebihan kepada pemilik:
a. Entiti berasingan-rakan kongsi bebas dari tindakan undang-undang
yang dikenakan pada syarikat
b. Fleksibiliti perniagaan- rakan kongsi boleh meletakkan syarat
tambahan perjanjian perkongsian
c. Liabiliti terhad- aset peribadi rakan kongsi dilindungi dari dirampas
sekiranya PLT muflis
d. Penjimatan kos- akaun tidak perlu diaudit, tiada had maksimum
rakan kongsi maka
(vi) Tanggungjawab Rakan Kongsi
a. Menjaga kepentingan rakan kongsi lain.
b. Melindungi rahsia perniagaan termasuk
rahsia kewangan, maklumat perniagaan dan
akaun perniagaan.
c. Mencari peluang dan sumber tambahan
bagi memajukan perniagaan yang
dijalankan.
d. Memberi idea dan pendapat bagi
menyelesaikan setiap masalah yang timbul.
c. Syarikat Berhad
- Merupakan entiti yang didaftarkan secara sah dengan SSM
dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.
- Ditubuhkan sekumpulan individu bagi tujuan menjalankan
perniagaan
- Anggota Syarikat Berhad:
a. Ahli Lembaga Pengarah(ALP): Pengarah urusan syarikat,
pengarah eksekutif
b. Pemegang saham: pihak yang memegang kepentingan dalam
bentuk milikan saham
*hak pemegang saham: mengundi dalam mesyuarat agung
tahunan, mengundi untuk melantik ALP baru, mendengar
laporan kewangan dan mempersoalkan polisi syarikat
- Jenis-jenis Syarikat Berhad
a. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)
b. Syarikat Awam Berhad
(i) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)
Ciri-ciri:
a. Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
b. Ahlinya 2 hingga 50 orang
c. Saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa
Malaysia
d. Pindah milik saham hanya boleh dilakukan oleh
dengan kebenaran ahli lembaga pengarah
e. Lebih mudah mendapatkan modal yang besar
dengan terbitkan syer
f. Liabiliti terhad, harta peribadi tidak digunakan
untuk membayar hutang syarikat jika muflis
g. Pemegang saham terbesar berhak urus syarikat
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn.Bhd)
Ciri-ciri:
a. Modal tambahan boleh diperoleh dengan
menerbitkan syer
b. Menanggung liabiliti terhad
c. Sekiranya perniagaan muflis, pemegang syer
hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan
d. Semua harta peribadi mereka akan digunakan
untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat.
e. Pemegang saham terbesar syarikat berhak
untuk mengawal setiap operasi syarikat.
Kelebihan Dan Kekurangan
Syarikat Sendirian Berhad
Kelebihan Kekurangan
Modal lebih besar Penawaran syer terhad
kerana boleh terbitkan syer kepada saudara dan rakan
(maksimum 50 orang)
Liabiliti terhad Beban cukai yang tinggi
Jika syarikat muflis, pemegang kerana cukai syarikat tinggi
syer hanya rugi setakat modal
disumbangkan sahaja Syer tidak boleh dipindah
milik secara bebas
Hal ehwal syarikat dirahsiakan kerana perlu dapat kelulusan
kerana tidak perlu umum Lembaga Pengarah
laporan kewangan kepada
orang ramai
(ii) Syarikat Awam Berhad
Ciri-ciri:
a. Ahlinya 2 orang hingga tiada had maksimum
b. Saham diurusniagakan di Bursa Malaysia
c. Pemegang saham asal menanggung risiko
kehilangan kawalan atas syarikat jika terdapat
pembelian saham dalam kuantiti yang besar
(saham majoriti) oleh pihak tertentu dalam
usaha untuk mengambil alih pengurusan
syarikat daripada pemegang saham asal.
Kelebihan Dan Kekurangan Syarikat Awam Berhad
Kelebihan Kekurangan
Modal lebih besar Proses penubuhan rumit
kerana bilangan pemegang syer tidak kerana pelbagai borang dan
terhad peraturan perlu dipatuhi
Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi
Kerana perniagaan atau pengeluaran kerana perlu bayar cukai syarikat
barang besar-besaran dapat dijalankan
dengan modal besar dan seterusnya dapat
menghasilkan barang lebih berkualiti
dengan kos pengeluaran seunit barang yang
lebih murah
Liabiliti terhad Pemilikan dan pengurusan terpisah
kerana jika muflis, ahlinya rugi setakat Menyebabkan risiko penyelewengan
modal disumbangkan sahaja pihak pengurusan kerana diuruskan
ALP
Kewujudan kekal Tiada kerahsiaan
kerana syarikat entiti berasingan daripada kerana laporan kewangan perlu
pemilik diumumkan kepada orang awam
d. Koperasi
- Merupakan sebuah organisasi perniagaan yang
ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela.
- Ciri-ciri Koperasi:
a. Melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi
untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya.
b. Aktiviti tidak berunsurkan politik.
c. Aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta(Akta
Koperasi 1993(Pindaan 2007)), peraturan dan undang-
undang kecil koperasi
d. Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota
e. Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat
keputusan
f. Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan
modal atau yuran sahaja.
d. Koperasi
- Prinsip-prinsip Koperasi :
a. Keanggotaan sukarela dan terbuka
b. Kawalan secara demokratik: ahli/anggota berhak
mengundi dan bersuara
c. Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi
d. Kebebasan autonomi: setiap anggota berhak
bersuara
e. Pendidikan, latihan dan maklumat
f. Bekerjasama antara koperasi
g. Prihatin terhadap komuniti: menjaga kebajikan
ahli
d. Koperasi
Keanggotaan koperasi :
- sekurang-kurangnya 50 orang dan setiap orang
perlu membeli modal syer.
- Hak anggota:
a. Mempunyai hak untuk mengundi (Satu undi)
dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
b. Terlibat secara langsung dalam proses
pembuatan keputusan
c. Mengambil semula modal syer apabila keluar
dari koperasi
d. Menerima pulangan dalam bentuk dividen
Kelebihan dan Kekurangan Koperasi
Kelebihan Kekurangan
Liabiliti terhad Kadar pulangan rendah
Anggota hanya rugi setakat modal Berbanding dividen pelaburan dalam
disumbangkan jika koperasi muflis syarikat
Pentadbiran secara demokrasi Pengurusan dan pemilik terpisah
Anggota boleh mengundi Ahli Lembaga Pekerja mungkin tidak bersungguh –
Koperasi(ALK) sungguh memajukan koperasi
Tiada beban cukai Pemilikan syer terhad
kerana koperasi dikecualikan daripada kerana setiap individu tidak boleh
cukai mewakili syer lebih 20 peratus
Rebat Syer tidak boleh dipindah milik
Diberikan pada pelanggan koperasi dalam
bentuk insentif seperti jumlah mata
ganjaran terkumpul yang boleh
mengurangkan bayaran belian barang
seterusnya oleh pelanggan setia.
1.3 Bentuk- Bentuk Perniagaan lain
a. Francais
- Merupakan hubungan antara dua pihak dari
segi perjanjian urus niaga antara francaisor
dengan francaisi.
- Contoh perniagaan makanan segera Mc
Donalds dan farmasi Watson
Ciri Umum Francais Mengikut Akta Francais 1998
a. Perniagaan mesti dikendalikan mengikut
sistem yang telah ditetapkan oleh
francaisor.
b. Perniagaan yang dijalankan mengikut
tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian.
c. Francaisi berhak untuk menggunakan cap
atau rahsia dagangan milik francaisor.
d. Francaisor mengenakan kawalan berterusan
kepada francaisi.
Ciri Umum Francais Mengikut Akta Francais 1998
a. Francaisor bertanggungjawab untuk
memberikan bantuan kepada francaisi.
b. Francaisi akan membuat sesuatu bayaran
dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain
yang dipersetujui kepada francaisor.
c. Francaisor dan francaisi boleh menjalankan
aktiviti perniagaan secara berasingan.
Francaisor
- Merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal atas
jenama produk. Francaisor menyediakan produk dan sistem
perniagaan
- Peranan Francaisor:
i. Memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama,
sistem operasi dan format perniagaannya kepada
francaisi.
ii. Mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk
menyediakan “blueprint” atau petunjuk pelaksanaan
bentuk perniagaan sebagai panduan dan rujukan kepada
francaisi.
iii. Membantu menyediakan khidmat latihan.
iv. Memberikan bantuan dalam bentuk ramuan khas serta
alatan dan perkakas.
Kelebihan Dan Kekurangan
Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Kelebihan Kekurangan
a. Dapat mengembangkan a. Boleh menjejaskan reputasi
perniagaan secara global. francaisor sekiranya francaisi
b. Menikmati ekonomi bidangan tidak memenuhi kualiti produk
dalam bentuk peningkatan yang ditetapkan.
dalam jumlah sesuatu b. Peningkatan dalam kos sokongan
pengeluaran. operasi untuk francaisi.
c. Mekanisme yang berkesan bagi c. Kesukaran memilih francaisi yang
menembusi pasaran baru. baik dan berdaya saing.
d. Berkongsi risiko dan
tanggungjawab dengan francaisi
e. Struktur pengurusan tidak begitu
besar – pengurusan outlet
francaisi dilakukan oleh francaisi
sendiri.
Francaisi
- Merupakan syarikat yang membeli hak
kebenaran untuk menggunakan jenama
dengan francaisor.
- Ciri-ciri francaisi:
a. Untuk menjalankan aktiviti perniagaan
mengikut peraturan dan sistem piawaian
yang ditetapkan oleh francaisor.
b. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan
menyebabkan penamatan kontrak oleh
francaisor.
Kelebihan Dan Kekurangan Perniagaan
Francais Kepada Francaisi
Kelebihan Kekurangan
a. Memiliki dan menjalankan satu a. Perlu mengawal kualiti barang
perniagaan yang sistematik kerana boleh menjejaskan nama
baik francaisor
b. Reka bentuk yang seragam
c. Mendapat sokongan b. Terikat dengan perjanjian
francais dan bergantung pada
pengurusan daripada francaisor francaisor
d. Risiko kegagalan perniagaan
c. Tiada inovasi dan inisiatif sendiri
rendah untuk majukan perniagaan
e. Jenama terkenal dan jaringan
perniagaan yang lebih luas
f. Tidak perlu banyak pengalaman
dalam perniagaan
1.3 Bentuk-Bentuk Perniagaan
b. Usaha sama
- Merupakan satu perkongsian strategik antara
dua atau lebih individu atau syarikat dan mereka
bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan
barang atau perkhidmatan dalam jangka masa
tertentu.
- Kedua-dua pihak bentuk perniagaan baharu
- Tujuan usaha sama:
i. Untuk meningkatkan kedudukan syarikat,
perkongsian kepakaran dan menambahkan
keuntungan perniagaan pemilik.
Kelebihan dan Kekurangan Usaha Sama
Kelebihan Kekurangan
a. Membantu perniagaan untuk a. visi, dan misi yang berbeza antara
memperluas asas perniagaan pihak yang bergabung
b. Dapat meningkatkan dana menyebabkan berlakunya konflik
kewangan dan tenaga kerja b. Perbezaan budaya dan cara
c. Meningkatkan pengeluaran pengurusan yang berbeza dalam
d. Mendapat teknologi baharu dan menjalankan sesebuah perniagaan
terkini dengan kerjasama dalam boleh membawa masalah kepada
pengeluaran pengurusan pada masa hadapan.
e. Mudah untuk mendapatkan bahan
mentah dan sumber-sumber lain
f. Harta individu, aset serta
pegangan dalam syarikat asal
dikekalkan
g. Risiko dalam perniagaan dapat
dikongsi
1.4 Klasifikasi Perniagaan
- Merupakan penyusunan perniagaan
dalam sesuatu kelompok tertentu
mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
- Dua kelompok iaitu saiz perniagaan dan
sektor perniagaan
a. Saiz Perniagaan (berdasarkan aktiviti
pengilangan / perkhidmatan)
- Faktor penentuan saiz perniagaan:
i. Jumlah jualan tahunan
ii. Bilangan pekerja tetap
1.4 Klasifikasi Perniagaan
Saiz kecil (Aktiviti Pengilangan)
- Faktor penentuan saiz perniagaan:
i. Jumlah jualan tahunan : RM 300 ribu hingga kurang
RM 15 juta
ii. Bilangan pekerja tetap : 5 hingga kurang daripada 75
orang
Saiz kecil (Aktiviti Perkhidmatan)
- Faktor penentuan saiz perniagaan:
i. Jumlah jualan tahunan : RM 300 ribu hingga kurang
RM 3 juta
ii. Bilangan pekerja tetap : 5 hingga kurang daripada 30
orang
1.4 Klasifikasi Perniagaan
Saiz sederhana (Aktiviti Pengilangan)
- Faktor penentuan saiz perniagaan:
i. Jumlah jualan tahunan : RM 15 juta hingga kurang RM
50 juta
ii. Bilangan pekerja tetap : 75 hingga kurang daripada
200 orang
Saiz sederhana (Aktiviti Perkhidmatan)
- Faktor penentuan saiz perniagaan:
i. Jumlah jualan tahunan : RM 3 juta hingga kurang RM
20 juta
ii. Bilangan pekerja tetap : 30 hingga kurang daripada 75
orang