The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazieyahmaz, 2020-04-19 06:01:04

NOTA BAB 5 TING 5

PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN

Tajuk 2: USAHA NIAGA
BAB 5:
PERSEDIAAN MENJADI
USAHAWAN

PERNIAGAAN TINGKATAN 5

PERKARA YANG BAKAL DISENTUH:

5.1:
Ciri – ciri keperibadian, kekuatan diri dan kelebihan menjadi
usahawan
5.2:
Faktor – faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan
5.3:
Kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya

5.1. CIRI – CIRI KEPERIBADIAN, KEKUATAN DIRI & KELEBIHAN
MENJADI USAHAWAN

1. Berani mengambil risiko (yakin untuk bertindak memajukan
perniagaan)

2. Kreatif (cipta produk yg baharu) dan Inovatif (mengubah suai produk)

3. Tabah (tidak berputus asa dengan cabaran)

4. Yakin dan Optimistik (terbuka dan sentiasa berfikir untuk mencari jalan
penyelesaian masalah)

5. Berinisiatif (seseorang yang melakukan sesuatu secara proaktif) dan
Bertanggungjawab

6. Komitmen Yang Tinggi (berusaha berterusan sehingga berjaya)

7. Pandai Mengambil Peluang (melihat dan memanfaatkan perubahan
persekitaran perniagaan untuk kemajuan perniagaan)

8. Berfikiran Positif Untuk Berjaya (positif menghadapi halangan)

5.1. CIRI – CIRI KEPERIBADIAN, KEKUATAN DIRI &
KELEBIHAN MENJADI USAHAWAN (Cont.)

9. Kebolehan Menentukan Visi & Misi(VM) (visi dan misi menjadi hala tuju
dan panduan perniagaan)

10. Berani Untuk Gagal (menganggap kegagalan sebagai pengajaran berharga
dan tidak berputus asa)

11. Semangat Sepasukan (hasil berpasukan biasanya lebih baik dan berkualiti)

12. Berdikari (tidak bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu)

13. Fleksibel (berkebolehan untuk menukar cara mengikut situasi yang
dihadapi)

2. Lima Kekuatan Diri Usahawan

1. Kemahiran Pembangunan Karakter Diri
Terbentuk melalui pengalaman dan cabaran dalam perniagaan
Contoh kemahiran: Kebolehan membuat keputusan, kemahiran
berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, membuat perancangan
perniagaan

2. Fokus Tenaga & Tumpuan
Bagi merealisasikan sesebuah perniagaan
Yang bijak akan tetapkan VM perniagaan serta fokus kepada perkara
yang menjayakan perniagaannya

2. Lima Kekuatan Diri Usahawan (sambungan)

3. Perhubungan Baik Dengan Pasangan
Berkomunikasi dengan baik dan berkesan dengan pelbagai pihak agar
pengurusan perniagaan dijalankan dengan sistematik contohnya
pembekal

4. Keupayaan Membina Jenama
Penting dalam membina rangkaian perniagaan
Akan menyakinkan lebih ramai pengguna
Berusaha untuk memastikan kualiti barang dan perkhidmatan

5. Menyelesaikan Masalah Kecil Terlebih Dahulu
Perlu peka kepada masalah kecil dan menyelesaikan secepat dan
sebaik mungkin bagi mengelakkan situasi yang merugikan

3. Kelebihan Menjadi Usahawan

DIRI KELUARGA MASYARAKAT NEGARA

• Wujudkan sikap • Peluang untuk • Penuhi keperluan • Perkenalkan

berdikari membuka & kehendak produk tempatan
• Bentuk diri
perniagaan msyrkt ke luar negara
berfikiran positif, • Pelbagaikan • Wujudkan aliran
baharu
berdisiplin, bebas • Dapat diwarisi produk & masuk modal

keluarkan idea, dari 1 generasi ke perkhidmatan asing
• Wujudkan
cekap uruskan generasi yang lain • Buka peluang
pengaliran masuk
masa • Pupuk minat pekerjaan
modal asing
• Sumber pdptn diri keusahawan di • Wujudkan

& keluarga kalangan ahli ketenteraman

keluarga dgn kurangkan

kadar jenayah

5.2 FAKTOR – FAKTOR PENYUMBANG
UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Modal
2. Kemahiran
3. Lokasi Yang Sesuai
4. Stok
5. Latihan
6. Pemasaran
7. Bantuan Profesional

5.2 FAKTOR – FAKTOR PENYUMBANG
UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Modal
Wang tunai, alatan, stok – perlu mencukupi (daripada sumber
pembiayaan dalaman dan luaran)
Contoh agensi sumber modal : MARA, TEKUN

2. Kemahiran
Perlu lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran untuk pengurusan
kewangan, pemasaran produk, penggunaan media sosial berkesan
Contoh kemahiran ICT – dapat manfaat teknologi terkini, luaskan
rangkaian perniagaan, kukuhkan kedudukan kewangan, perluaskan
perniagaan ke antarabangsa

5.2 FAKTOR – FAKTOR PENYUMBANG UNTUK
MEMULAKAN PERNIAGAAN

3. Lokasi Yang Sesuai / strategik
Penting dalam menentukan kos yang akan dikeluarkan samada lokasi dipilih
berpotensi untuk meraih untung, lokasi juga mengikut jenis perniagaan
Contoh ciri tempat yang baik-mempunyai tumpuan ramai, hampir dengan
pelanggan dan pembekal, ada kemudahan infrastruktur, mudah dikunjungi

4. Stok
Barang simpanan untuk dijual (harus bijak mengurus – elak modal terikat,
harus mencukupi utk kelancaran perniagaan)
Contoh stok bergerak pantas perlu dijual dengan cepat (barang keperluan
harian : Sayur, Ikan) – risikonya rendah (mengelakkan masalah stok luput,
busuk, lama/usang)
Stok bergerak perlahan – mengambil masa untuk dijual (perabot, kereta
mewah) – risiko tinggi (mudah rosak, ketinggalan zaman – disimpan lama)

5.2 FAKTOR – FAKTOR PENYUMBANG UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

5. Latihan
Melengkapkan diri dgn ilmu dan kemahiran supaya berdaya saing (contoh mengikuti
kursus, latihan pengurusan aliran tunai, perakaunan & pengurusan kewangan,
pengurusan stok dan inventori, penjenamaan, pemasaran berkesan)
Kepentingan latihan kepada usahawan :

123

Beri dorongan supaya dapat Beri motivasi ke arah Usahawan boleh ikut
kemukakan pelan dan mencapai matlamat dlm perkembangan teknologi
tindakan utk mulakan projek, memajukan terkini, perbaiki mutu / kualiti
perniagaan dan perusahaan perniagaannya produk supaya mampu
bersaing di pasaran terbuka

Buat perancangan jangka Terapkan etika Penggunaan teknologi terkini
boleh tingkatkan produktiviti
masa panjang untuk perniagaan yg progresit pengeluaran secara besar-
besaran
kembangkan perniagaan sedia dan sikap positif dalam

ada diri usahawan

5.2 FAKTOR – FAKTOR PENYUMBANG
UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

6. Pemasaran
◦ Strategi, proses / kaedah berkesan untuk salurkan barang dan perkhidmatan drpd
Pengeluar kpd Pengguna

◦ melibatkan urusan sebelum jualan (Kajian, pembangunan produk, kualiti produk,
penetapan harga, agihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan)

◦ Tujuan: Tingkatkan jualan dan untung yg tinggi, Penjenamaan semula – imej baru,
Perkenalkan produk – sedia ada & pasaran baru

◦ Strategi pemasaran (sasaran pasaran – ciri dan kehendak kumpulan pelanggan) dan
Campuran Pemasaran 4P (Produk – brgn / pkhidmatan yg ditawarkan kpd
pengguna, Tempat (agihan) – strategi utk salurkan produk / pkhidmatan kpd pguna,
Harga – ambil kira kos operasi, pengeluaran, pentadbiran, Penyelidikan dan
Pembangunan(R&D) dan lain2, Promosi – komunikasi untuk beritahu dan pujuk
pengguna membeli produk / perkhidmatan yg dikeluarkan perniagaan)

5.2 FAKTOR – FAKTOR PENYUMBANG UNTUK
MEMULAKAN PERNIAGAAN

7. Bantuan Profesional
Sokongan berbentuk kewangan dan bukan kewangan oleh agensi
kerajaan serta badan berkanun

i. Bantuan Kewangan – pinjaman modal, subsidi (Agensi Kerajaan:
MOA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MOSTI –
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, KPDNKK, Badan
Berkanun: MARA, SME Corp, BSN, CGC(Syarikat Jaminan Kredit))

ii. Bantuan Khidmat Nasihat dan Rundingan – lengkapkan diri dengan
ilmu dan kemahiran (MECD – Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi Msia, UDA – Perbadanan Pembangunan
Bandar, firma swasta – konsultan dan guaman)

5.3 KELEBIHAN BERNIAGA SEBAGAI SATU
PELUANG KERJAYA

1. Matlamat Peribadi

2. Objektif Perniagaan

3. Keberuntungan Perniagaan

5.3 KELEBIHAN BERNIAGA SEBAGAI SATU
PELUANG KERJAYA (sambungan)

1. Matlamat Peribadi
Satu kerjaya untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri
dan keluarga
Pengurusan masa fleksibel – bebas untuk urus jadual
kerjaya dan kehidupan harian
Membentuk personaliti – sikap yakin diri, sikap optimistik,
tabah, berani mengambil risiko
Kepuasan – kejayaan perniagaan daripada hasil korban
masa, tenaga dan idea

5.3 KELEBIHAN BERNIAGA SEBAGAI 1
PELUANG KERJAYA

2. Objektif Perniagaan

Sediakan banyak peluang pekerjaan – perkilangan, perdagangan,
pembinaan, khidmat jualan langsung (kurangkan pengangguran,
tingkatkan pendapatan negara)

Hasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti – penuhi
keperluan, kehendak dan citarasa masyarakat (luaskan pilihan dan
penawaran)

Kurangkan kebergantungan negara terhadap barang import – hasilkan
barang gentian import (memperbaiki imbangan dagangan negara)

Tingkatkan pembangunan sesuatu kawasan – berwawasan tinggi dan
berpandangan jauh ( meneroka pelbagai sumber untuk
membangunkan ekonomi negara)

5.3 KELEBIHAN BERNIAGA SEBAGAI SATU
PELUANG KERJAYA (sambungan)

3. Keberuntungan Perniagaan
Meluaskan pasaran
Memantapkan imej perniagaan
Melaksanakan tanggungjawab sosial
Penggunaan peralatan & teknolgi terkini
Mendapat sumber manusia yang mempunyai kepakaran &
berpengalaman

TAMAT
BAB 5: Persediaan Menjadi Usahawan


Click to View FlipBook Version