NO. SIRI:
SMK TELOK KUMBAR,
BAYAN LEPAS PULAU PINANG
Mesyuarat
Agung
Persatuan Ibu Bapa & Guru
Kali Ke-29
2019
SABTU
23 FEBRUARI 2019
8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
DEWAN AN-NUR
SMK TELOK KUMBAR
Dirasmikan Oleh :
Pn Ku Mariam Binti Ku Iskandar
Pengetua Cemerlang
SMK Telok Kumbar
??????
Senarai Kandungan
PERKARA HALAMAN
Surat Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29
3
Atur cara Majlis 4
Ucapan Yang Dipertua PIBG 5 - 6
Ucapan Pengetua Cemerlang 7 - 9
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29 10
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018 / 2019 11
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 12 - 15
Aktiviti Dan Sumbangan PIBG Sepanjang Sesi 2018 /2019 16
Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2018 17 - 19
Usul-Usul Yang Dicadangkan 20
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29 21 - 22
Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019 / 2020 23
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 2
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK KUMBAR
11920 BAYAN LEPAS Tel : 04-6491536
Faks : 04-6493892
PULAU PINANG Ruj. Kami : PIBG SMKTK /100-4/1/1(13)
Tarikh :12 Februari 2019
Kepada,
Ibu bapa / waris pelajar SMK Telok Kumbar
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Berikut adalah butir-butir mesyuarat:
Tarikh : 23 Februari 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan An-Nur, SMK Telok Kumbar
3. Pihak sekolah dan PIBG berharap agar ibu bapa / waris dapat menunaikan tanggungjawab dan
amanah PIBG SMKTK untuk sama-sama hadir serta turut memainkan peranan ke arah peningkatan
prestasi anak-anak kita.
4. Bersama-sama ini disertakan keratan jawapan serta usul yang perlu dilengkapkan dan
dikembalikan kepada S/U PIBG selewat-lewatnya pada 18 Februari 2019.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
.................................................
(SURYANA BINTI MOHAMED)
Setiausaha PIBG SMK Telok Kumbar
................................................................Potong di sini...................................................................
JAWAPAN
Kepada,
S/U PIBG SMK Telok Kumbar
Adalah dimaklumkan bahawa saya .................................................................................. waris kepada
................................................................................................ pelajar Tingkatan ..................................
akan hadir / tidak hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 ini.
Sekian, terima kasih.
.........................................
( )
Cadangan/ Usul:
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
3 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
Aturcara Majlis
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29
MASA PERKARA
8.00 pagi Pendaftaran dan Sarapan Pagi
9.00 pagi Bacaan Doa
(Ustaz Masrimee Bin Mohamad Rozlan)
9.10 pagi Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
9.15 pagi Ucapan YDP PIBG
En. Seri Lanang Bin Dato’ Shamsuri
9.30 pagi Pelaporan dan Ucapan Perasmian oleh Puan Pengetua SMKTK
Pn. Ku Mariam Binti Ku Iskandar
9.50 pagi Penyampaian Cenderahati
10.00 pagi Mesyuarat Agung PIBG bermula
Agenda Mesyuarat.
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung
Kali ke-28
Pembentangan Laporan Aktiviti.
Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan.
Membincangkan usul.
Ucapan penangguhan.
11.00 pagi Ikrar Aku Janji dan Penetapan target
12.00 t/hari Majlis bersurai
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 4
Ucapan Yang Dipertua PIBG
SMK TELOK KUMBAR
(EN. SERI LANANG BIN DATO’ SHAMSURI)
Bismillahirrahmaniirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.
Yang Berusaha Pn. Ku Mariam Binti Ku Iskandar, Pengetua SMK Telok Kumbar,
Yang Dihormati Naib YDP PIBG dan Barisan AJK PIBG Sesi 2018/2019
Yang Dihormati Barisan Pentadbir Sekolah
Yang Dihormati Ibu Bapa dan Barisan Guru SMK Telok Kumbar.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat kita
berkumpul dalam Majlis penting pada pagi ini untuk bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali ke-29. Setinggi-tinggi terima kasih
diucapkan kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang hadir serta meluangkan
masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar pagi ini.
Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian
Tugas dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan guru semakin hari
semakin berat pada zaman yang kian mencabar ini. Keadaan hari ini bukan seperti
zaman ibu dan ayah kita mendidik kita dahulu. Untuk membolehkan kita
mengamalkan corak didikan ibu bapa kita dan guru masa lalu bukanlah perkara
mudah terutama pada tahun yang mendatang ini. Kita menghadapi titik perubahan
yang menjadikan tugas ibu bapa semakin sukar.
Adakah kerana zaman yang berubah atau kerana sistem pendidikan ataupun
sememangnya kerana kesilapan ibu bapa masa kini dalam mendidik, mengajar dan
mengasuh anak-anak? Begitu juga dalam bab disiplin anak-anak kita, dari zaman
prasekolah, sekolah rendah dan kini menempuhi alam remaja. Jika tanpa bimbingan
yang sempurna bermula dari institusi keluarga dan disokong oleh sistem pendidikan
dan pembangunan akhlak anak kita di sekolah, sudah tentu lagi cepat anak-anak
kita terjerumus ke arah yang tidak elok.
5 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian
Oleh hal yang demikian, hubungan dan kerjasama antara institusi keluarga
dan institusi sekolah, hubungan antara ibu bapa dan guru-guru perlu dipererat dan
diambil berat. Terleka atau terlalai salah satu pihak, akan menyebabkan
ketidakseimbangan sistem kehidupan atau pembesaran anak-anak kita. Dan jika
wujud ketidakseimbangan ini, maka kita dengan mudah boleh mengenalpasti
dimanakah punca kelemahan atau kesilapannya. Di kedua-dua institusi inilah
wujudnya kasih sayang, tanggungjawab, pendidikan dan amanah.
Ada ibu bapa yang terlalu kurang memberi kasih sayang dan mengabaikan
tanggungjawab mengasuh. Dalam erti kata lain, terlalai dalam kesibukan kerja
hingga terabai amanah sebagai ibu bapa. Tidak kurang yang terlalu memberi kasih
sayang yang melimpah ruah, mereka menutup kelemahan mereka dengan memberi
sepenuh kemewahan yang berlebih-lebihan kepada anak-anak. Kesannya, anak-
anak kita tidak mahu bersusah payah dan mahu semuanya tersedia di depan mata.
Apabila mereka mulai dewasa, sebahagiannya sudah mulai memijak kepala ibu
bapa dan guru-guru. Disiplin anak-anak kita menjadi kacau bilau. Yang rosak
mungkin seorang dua, tetapi tahap pergaulan luas dan tanpa bimbingan sempurna,
akan menjadikan ramai rakan-rakan lain yang turut terjerumus sama.
Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian
Marilah kita renung dan fikirkan bersama. Janganlah kita alpa kerana cabaran
anak-anak kita pada masa hadapan pastinya lebih mencabar. Kalau tidak kita yang
bekalkan mereka dengan ilmu / didikan / disiplin yang sempurna, nescaya kita akan
saksikan mereka tersasar jauh dari landasan satu hari nanti.
Guru-guru di SMK Telok Kumbar mempunyai tanggungjawab besar mengajar
ilmu kepada anak-anak tuan / puan. Tetapi hal ini tidak mengurangkan atau
melepaskan amanah dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dalam mengasuh
dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh / solehah menjadi orang yang
berguna dunia dan akhirat. Marilah kita bimbing mereka bersama-sama. Tidak kira
mereka itu anak dia atau anak siapa pun.
Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah sama-sama berperanan
memperelokkan gabungan kedua-dua institusi ini dalam PIBG SMK Telok Kumbar.
Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati usaha dan kemampuan kita semua
ibu bapa dan juga semua guru SMK Telok Kumbar dalam mendidik anak-anak kita
cemerlang dunia dan cemerlang di Akhirat.
Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada pihak pihak sekolah dan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG 2018/2019
yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 6
Ucapan Pengetua Cemerlang
SMK TELOK KUMBAR
(PN. KU MARIAM BINTI KU ISKANDAR)
Yang berusaha En. Seri Lanang Bin Dato’ Shamsuri, YDP PIBG SMK Telok Kumbar, Pn.
Nor Laili Binti Ismail, Naib YDP PIBG SMK Telok Kumbar, En. Amran Bin Othman,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Telok Kumbar, Pn. Hajah Rusiah Binti Saad,
Penolong Kanan HEM SMK Telok Kumbar, Pn. Nadzirah Binti Abdul Hamid, Penolong
Kanan Kokurikulum SMK Telok Kumbar, AJK PIBG, ibu bapa , guru-guru dan
seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.
Pertamanya, izinkan saya menzahirkan ungkapan terima kasih kepada semua
kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri satu lagi agenda pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Terima kasih tidak terhingga juga kepada YDP
dan ahli jawatankuasa PIBG yang sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan
apa-apa jua majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kita perlu sedar, majlis
seumpama ini amat penting untuk diadakan bagi merapatkan lagi hubungan
kemesraan antara kami sebagai warga sekolah dengan komuniti luar amnya dan
secara khususnya dengan ibu bapa.
Tuan – tuan dan puan – puan sekalian,
Asas hubungan yang kukuh antara pihak kami dengan pihak tuan-tuan dan
puan-puan amat membantu dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak kita
seterusnya melahirkan individu – individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sikap cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak – anak sangat saya hargai dan
harapkan.
Ibu – ibu dan bapa – bapa sekalian,
Kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak pada bahu guru semata –
mata. Kami sebagai guru hanya memberi ilmu pengetahuan dan murid – murid
bersedia menerima apa yang disampaikan. Apa yang diterima oleh murid akan
hilang jika tidak diulangkaji dan diasah. Di sini letaknya peranan tuan-tuan dan
puan-puan sebagai ibu bapa. Anda perlu bertindak sebagai pendorong,
menggalakkan anak – anak belajar, mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan
kerja rumah. Jangan kita terlalu ikut kehendak anak - anak, terlalu memanjakan
mereka kerana sikap sebegini akan merugikan kita sebagai ibu bapa pada masa
akan datang.
7 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
Kehadiran anak-anak ke sekolah juga amat penting. Janganlah kerana
demam yang biasa – biasa mereka sudah tidak hadir ke sekolah berhari – hari. Latih
anak – anak kita jadi kuat dan berani. Apabila mereka di sekolah, mereka akan
menerima ilmu pengetahuan, walaupun sedikit namun ia lebih baik daripada
langsung tidak menerima apa – apa.
Hadirin sekalian,
Dalam proses mencapai kejayaan, penguasaan membaca, menulis dan
mengira amat penting bagi setiap murid. Penguasaan ketiga – tiga kemahiran asas
ini sebenarnya membantu mereka menguasai mata pelajaran yang lain. Oleh itu,
saya menggesa agar tuan – tuan dan puan – puan memberi lebih perhatian
kepada mereka. Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu akan peri pentingnya
pendidikan dalam mengubah nasib pada masa akan datang. Pendidikan
memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti. Pendidikan
yang baik adalah modal yang paling mahal dalam mengubah nasib kita pada
masa akan datang. Melalui pendidikan akan menjamin kesejahteraan dan
kebahagiaan hidup kita pada masa akan datang. Apa yang kita semai pada hari
ini, hasilnya akan kita tuai pada masa akan datang. Pada hari ini, kita semai benih
ilmu dalam diri anak – anak kita. Pada hari kemudian, kita tuai hasil itu dengan
kebahagiaan dan kesenangan. Biarlah kita berpayah – payahan dahulu, kelak di
hari tua kita nanti, kita akan bersenang lenang.
Oleh itu, marilah kita bekerjasama dan berganding bahu membentuk anak –
anak kita berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan negara
kita. Seyogia diingatkan bahawa, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi
kesinambungan pembelajaran anak-anak di sekolah. Kalau ibu bapa terleka dan
alpa, dibimbangi proses pembelajaran anak-anak akan terbantut dan tersekat
ketika mereka keluar dari kawasan sekolah. Insya Allah, jika berlaku pertautan
pembelajaran di rumah dan di sekolah, anak-anak kita akan berjaya dengan
cemerlang dalam bidang pembelajaran
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 8
Hadirin yang dihormati sekalian,
Selain ibu bapa dan guru berperanan dalam melahirkan murid yang cemerlang,
kemudahan logistik yang baik dan selamat juga membantu kita mencapai hasrat
itu. Keselesaan dan keceriaan sekolah akan memberi satu suasana yang
menggalakkan kepada murid – murid. Mereka pastinya akan berasa seronok untuk
ke sekolah seterusnya menimba ilmu dalam keadaan yang seronok dan terhibur.
Walaupun sekolah ini terletak di luar bandar dan berlatar belakangkan susuk fizikal
yang sederhana, ia tidak mustahil dapat membentuk seorang pemimpin yang
hebat atau pegawai tinggi kerajaan. Namun, ia harus bermula di sini, di sekolah.
Oleh itu, saya berhasrat untuk menyediakan kemudahan yang terbaik dan sesuai
dengan potensi yang dimiliki oleh mereka. Saya akan cuba membuat
penambahbaikkan serta pengubahsuaian yang perlu bagi menyediakan khidmat
terbaik untuk murid – murid. Keceriaan dalam pembelajaran dapat memberi kuasa
tambahan motivasi kepada murid – murid untuk belajar. Oleh itu, saya menyeru ibu
bapa, pihak PIBG untuk bersama – sama kami, warga sekolah dalam melahirkan
lebih ramai cendekiawan dan pemimpin tersohor yang boleh kita banggakan suatu
hari nanti.
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih
kepada semua ibu bapa sekalian. Kesudian anda semua menghadirkan diri ke
majlis ini memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk terus berkhidmat
dalam dunia pendidikan ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat
salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas
demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.
Akhir kata dengan lafaz saya
merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Telok Kumbar kali
ke-29 bagi sesi 2019.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi
wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
9 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
Agenda Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-29
1. Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG sesi 2018/2019
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-28
3. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi
2018/2019
4. Pembentangan Laporan Belanjawan PIBG Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2018
5. Membahaskan Usul-Usul
6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019
7. Perlantikan Pengerusi Persidangan
8. Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020
9. Ucapan Penangguhan
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 10
Ahli Jawatankuasa
PIBG SMK TELOK KUMBAR
SESI 2018 / 2019
BIL. JAWATAN NAMA
1 YDP PIBG EN. SERI LANANG BIN DATO’ SHAMSURI
2 NYDP PIBG PN. NORLAILI BINTI ISMAIL
3 SETIAUSAHA PN. SURYANA BINTI MOHAMED
4 PENOLONG SETIAUSAHA PN. RAHAYU BINTI YAHAYA
4 BENDAHARI CIK AMIRA BINTI RAMLI
5 AJK (GURU) 1. EN. MOHD ASYRAF BIN MOHD
SHAAYA
2. EN. MOHD HANIF BIN LAMIN
3. PN. FAUZIAH BINTI SAIDIAN
6 AJK (IBU BAPA) 1. PN. RIZAWATI BINTI AHMAD
2. PN. ROSMAH BINTI AHMAD
3. EN. MUHAMAD SABRI BIN SAID
4. EN. SHAHARUL ANUAR BIN ABDUL GHANI
5. PN. SURAYA WARNI BT KHAZALI
6. EN. NAZIMUDDIN BIN ABDUL RAHIM
7 AJK PIBK 1. PN. NARIZA BT NAINA MOHAMED
2. EN. MARZU BIN MAT ISA
3. EN. ABD RASHID BIN MOHAMAD
4. PN. YUSNAINI BT MD NOR
8 JURUAUDIT 1. PN. NORHAIDA BT MOHD ZAINOL ( GURU)
2. PN. ZAMAMA BEGUM BINTI ABU BAKER (WARIS)
11 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28
SMK TELOK KUMBAR
SESI 2018/2019
TARIKH : 10 MAC 2018
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN AN-NUR, SMK TELOK KUMBAR
Agenda 1 : Ucapan Alu-Aluan Oleh Pengerusi
1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Seri Lanang Bin Dato’ Shamsuri
1.2 Pengerusi berharap agar pihak ibu bapa membantu pihak sekolah untuk mengadakan
pelbagai program demi kepentingan pembelajaran dan sahsiah anak-anak.
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru yang
dedikasi untuk kecemerlangan pelajar sehingga SMK Telok Kumbar cemerlang berada di
kedudukan yang kedua dalam daerah Barat Daya.
1.4 Mesyuarat Agung PIBG merupakan platform pertemuan antara ibu bapa dan pihak
sekolah, pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.
Makluman
Agenda 2 : Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28
2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat PIBG merujuk minit yang diberikan (muka surat 11 – 17),
seterusnya meminta cadangan untuk disahkan dan sokongan.
2.2 Disahkan oleh : En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani (waris)
Disokong oleh : En. Noorizani Bin Mat Rani (waris)
Makluman
Agenda 3 : Membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2017/2018
3.1 Pengerusi meminta semua ahli PIBG merujuk laporan aktiviti 2017/2018 di muka surat 14.
3.2 PIBG telah mendapat sumbangan tiga buah komputer daripada Penang Port.
3.3 Suasana SMKTK ini memerlukan LCD Projektor kerana perlu untuk penggunaan sewaktu
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
3.4 Disahkan oleh : En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani (waris)
Disokong oleh : En. Mohd Imran Bin Ibrahim (waris)
Makluman
Agenda 4 : Membentang Penyata Kewangan PIBG Sesi 2017/2018
4.1 Pengerusi meminta semua ahli PIBG merujuk laporan belanjawan di muka surat 15.
4.2 En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani memohon pencerahan tentang Program Hijau.
4.3 Puan Pengetua menjelaskan bahawa Program Hijau ialah penanaman pokok-pokok dan
kitar semula untuk menghijaukan kawasan sekolah.
4.4 Pn. Hjh Rusiah menjelaskan tentang akaun tumpang untuk Program Hijau, KAGUM dan
HEM.
4.5 Disahkan oleh : En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani (waris)
Disokong oleh : En. Mohd Imran Bin Ibrahim (waris)
Makluman
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 12
Agenda 5 : Membahaskan Usul-Usul
5.1 Puan Pengetua membentangkan usul pertama dan kedua iaitu pelajar tingkatan 4
dijadualkan untuk balik awal dan menyediakan mesin fotostat kepada pelajar. Puan
Pengetua menjelaskan waktu balik pelajar tingkatan 4 adalah mengikut jadual ketetapan
KSSM. Tujuan balik waktu yang sama supaya waktu digunakan untuk masa pembelajaran.
Manakala mengenai mesin fotostat akan dibincangkan dengan pihak koperasi atau kiosk.
5.2 Pn. Yusnaini usulkan tentang kelas tambahan berfokus untuk kelas PT3 dan SPM.
Puan Pengetua menjelaskan kelas tambahan difokuskan selepas peperiksaan
pertengahan tahun memandangkan kekangan waktu. Pihak sekolah tidak mengabaikan
kelas belakang atau kelas akhir, cuma pelajar-pelajar kelas akhir kurang berminat untuk
pembelajaran di dalam kelas ataupun kelas tambahan.
5.3 Memohon pihak sekolah menyediakan loker berkunci kepada pelajar di kelas untuk
menyimpan barang penting.
Pn. Pengetua menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak mampu menyediakan loker untuk
pelajar. Pelajar tidak perlu membawa barang penting ke sekolah seperti telefon bimbit
dan duit lebihan.
5.4 Puan Pengetua memaklumkan bahawa kutipan sumbangan PIBG hanya sebahagian
sahaja yang membayarnya. Bagi mengelak ketidakadilan kepada yang membayarnya,
slip keputusan akan ditahan, jadi ramai pelajar yang tidak membuat bayaran akan
membayar semasa mendapat keputusan.
5.5 Memohon supaya pelbagai program diadakan untuk menjana pendapatan sekolah
seperti wang sewaan dewan sekolah.
5.5.1 Puan Pengetua menjelaskan wang sewaan dewan, perlu dimasukkan dalam lajur
akaun kerajaan. Usul akan dibawa oleh pengetua ke peringkat JPN apabila ada
mesyuarat nanti.
5.5.2 En. Seri Lanang memohon ibu bapa mengangkat tangan jika bersetuju dengan usul
wang sewaan dewan akan dibawa ke JPN. Semua waris bersetuju.
5.6 Pn. Hjh Rusiah mencadangkan usul agar ibu bapa menyediakan 3 sampul surat bersetem
untuk surat amaran ponteng sekolah. Hal ini kerana setiap tahun hampir RM800 digunakan
untuk membeli sampul surat dan setem.
5.7 Pn. Hjh Rusiah memaklumkan terdapat 23 orang murid yang layak menerima bantuan
KWAMP dan pihak sekolah menganjurkan program Muqaddam dan hafazan bacaan
dalam solat pada setiap pagi. Buku dan Mashaf Al-Quran dibeli menggunakan tabung
derma daripada pihak guru dan sumbangan perseorangan.
5.8 En. Seri Lanang mencadangkan agar sumbangan PIBG pada tahun ini dinaikkan daripada
RM30 kepada RM40 bagi seorang pelajar, manakala bagi pelajar yang mempunyai adik
beradik lain di SMKTK sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM50. Semua waris bersetuju.
5.9 En. Seri Lanang mencadangkan pada tahun 2018 akan melaksanakan "Ceriathon" untuk
mengutip dana PIBG bagi menampung perbelanjaan pelbagai aktiviti yang dirancang
demi kecemerlangan anak-anak. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua waris.
13 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
Agenda 6 : Pembubaran AJK PIBG Sesi 2017/2018
6.1 En. Seri Lanang selaku pengerusi mesyuarat dengan sukacitanya membubarkan AJK PIBG
Sesi 2017/2018.
Agenda 7 : Perlantikan Pengerusi Persidangan
7.1 En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani mencadangkan En. Seri Lanang terus menyandang
jawatan Pengerusi Persidangan dan disokong oleh semua ahli mesyuarat.
Agenda 8 : Perlantikan AJK PIBG sesi 2018/2019
Pengerusi : En. Seri Lanang Bin Dato’ Shamsuri
Naib Pengerusi : Pn. Norlaili Binti Ismail
Setiausaha : Pn. Suryana Binti Mohamed
Penolong Setiausaha : Pn. Rahayu Binti Yahaya
Bendahari : Cik Amira Binti Ramli
AJK Guru : 1) En. Mohd Asyraf Bin Mohd Shaaya
2) En. Mohd Hanif Bin Lamin
3) Pn. Fauziah Binti Saidian
AJK Ibu Bapa : 1) Pn. Rizawati Binti Ahmad
2) Pn. Rosmah Binti Ahmad
3) En. Muhamad Sabri Bin Said
4) En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani
5) Pn. Suraya Warni Bt Khazali
6) En. Nazimuddin Bin Abdul Rahim
AJK PIBK : 1) Pn. Nariza Bt Naina Mohamed
2) En. Marzu Bin Mat Isa
3) En. Abd Rashid Bin Mohamad
4) Pn. Yusnaini Bt Md Nor
Juru Audit : 1) Pn. Norhaida Bt Mohd Zainol (wakil guru)
2) Pn. Zamama Begum Binti Abu Baker (wakil waris)
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 14
Agenda 9 : Ucapan Penangguhan
9.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada
beliau untuk terus menerajui PIBG SMKTK bagi sesi 2018/2019.
9.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada setiausaha dan penolong setiausaha
sebelum ini iaitu Pn. Norasnira Bt Mat Yajid dan Pn. Khairiah Bt Abdul Hamid yang telah
memberi kerjasama kepada beliau semasa beliau menerajui PIBG.
Agenda 10 : Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.55 pagi.
15 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
Laporan Aktiviti Dan
Sumbangan PIBG SMKTK
Sepanjang Sesi 2018/2019
BIL TARIKH AKTIVITI / SUMBANGAN
1. 10/3/2018 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28
2. 10/3/2018 Penetapan Target untuk pelajar PT3 dan SPM
3. 27/3/2018 Program Motivasi pelajar PT3 dan SPM
4. 14/4/2018 Majlis Anugerah Cemerlang 2018
5. 26/4/2018 Mesyuarat AJK PIBG kali pertama
6. 16/5/2018 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
7. 06/6/2018 Program Ihya’ Ramadan 2018
8. 28/7/2018 Hari KAGUM
9. 01/8/2018 Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2
10. 03/8/2018 Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM
21/9 - 22/9/2018 Lawatan Pengawas Sekolah Ke Langkawi
11.
27/09/2018 Majlis Solat Hajat Perdana dan Restu Ilmu
12.
6/10 - 7/10/2018 Lawatan pelajar asrama ke Penanda Aras Asrama
13.
13/10/2018 Gotong Royong Perdana
14.
15/10/2018 Teknik Menjawab Sejarah SPM
15.
24/10/2018 Majlis Apresiasi Tingkatan 5
16.
17. 26/10 - 29/10/2018 Lawatan pelajar asrama ke Kem Pendidikan Alam Sekitar
31/10/2018 Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Dan Sukan
18.
16/11/2018 Sambutan Maulidur Rasul 2018
19.
20. 30/01/2019 Pra Mesyuarat Agung PIBG 2019
21. 31/01/2019 Majlis Persaraan Pn. Roselawati Bt Mohamed
11/02/2019 Majlis perpisahan Pn. Hjh Azizah Bt Paijo
22.
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 16
Penyata Penerimaan dan
Pembayaran Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2018
TARIKH BUTIRAN RM (Dt) RM (Kt) RM (Baki)
Baki pada 01 Januari 2018
1-Jan Akaun Tumpang KAGUM 8774.00
Akaun Tumpang HEM 5000.00
Akaun Tumpang Program Hijau 300.00
Sumbangan PIBG 14500.51
28574.51
Tambah : Penerimaan
Sumbangan PIBG 2018 19750.00
Lain-lain sumbangan 2411.51
Sumbangan Program Hijau (Akaun Tumpang) 300.00
Sumbangan KAGUM (Akaun Tumpang) 1000.00
Sumbangan PSS ( Akaun Tumpang) 400.00
Sumbangan MAC (Akaun Tumpang) 2000.00
Sumbangan KOKO (Akaun Tumpang) 1000.00
Sumbangan Tunas Niaga ( Akaun Tumpang ) 240.00
JUMLAH PENERIMAAN 27101.51
55676.02
Tolak : Pembayaran
Mesyuarat PIBG:
- Mesyuarat Agung PIBG 792.27
-Pembelian buku resit 2018 57.20
-Pra Mesyuarat Agung PIBG 2019 118.00
- Jamuan Mesyuarat AJK PIBG Pertama 2018 118.00
-Jamuan Mesyuarat AJK PIBG ke-2 2018 103.00
1188.47
Program Peningkatan Akademik:
- Bengkel & Teknik Menjawab Soalan SPM 1620.02
- Program Motivasi PT3 dan SPM 100.00
1720.02
17 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
Program Kokurikulum:
- Aktiviti Kokurikulum 1818 1818
Sahsiah dan Kepimpinan:
- Lawatan Pengawas ke Langkawi 300.00
- Ihya’ Ramadhan 660.00
- Program Maulidur Rasul 300.00
1260
Fasiliti Sekolah & Bilik Darjah
- Pembelian Setem Amaran 120.00
-Penetapan Target untuk pelajar PT3 dan SPM 271.70
-Hadiah untuk pelajar kehadiran penuh 200.00
-Majlis Restu Ilmu 200.00
- Majlis Apresiasi 400.00
- Majlis Persaraan 500.00
1691.70
Program / sumbangan
Sumbangan kepada pekerja baik pulih
300.00
asrama (Potong Pokok)
-Sumbangan Bayaran Buku National
240.00
Geographic
-Sumbangan PIBG kepada guru PROBIM 850.00
1390
Akaun Tumpang
10-Jan HEM 5,000.00
-Keluarkan Duit Akaun Tumpang KAGUM 7,598.32
12598.32
PROCESSING FEE & GST 17.19
17.19
JUMLAH PEMBAYARAN 21,683.70
Baki 31 Disember 2018
Bank 33992.32
Tunai 1685.00
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 18
Disediakan oleh :
Disemak oleh:
..................................... .....................................
Cik Amira binti Ramli Puan Zamama Begum Binti Abu Baker
Bendahari PIBG 2018 Juru Audit PIBG
2018
Disemak oleh : Disahkan oleh :
....................................
.....................................
Puan Norhaida Binti Mohd Zainol En.Seri Lanang Bin Dato’ Seri Shamsuri
Juru Audit PIBG 2018 Pengerusi PIBG 2018
19 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
USUL-USUL YANG DICADANGKAN
NAMA PELAJAR
BIL NAMA WARIS USUL YANG DICADANGKAN
/ TINGKATAN
1. Ainur Najihah Binti Noor Madihah Binti -Mengadakan kelas tambahan untuk
Muhammad Nazri Yusop pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 pada
(1 Gigih) waktu cuti sekolah.
2. Rahimah Binti Fadzli Rosliza Binti Lape -Pihak kantin perlu mempertingkatkan
(2 Jaya) mutu makanan dan kebersihan
kantin.
3. Siti Nur Zulaikha Binti Hashim Bin Ahmad -Pihak sekolah mengadakan
Hashim pemantauan dan tindakan kepada
(2 Jaya) isu pelajar ponteng, merokok,
berkumpul dan lain-lain pada
waktu persekolahan. Berharap pihak
sekolah dapat meminta kerjasama
daripada pihak RELA, polis dan lain-
lain bagi menangani isu tersebut.
4. Muhammad Aniq Bin Siti Sarah Binti Mohd Isa -Mengosongkan susur jalan yang di
Badrul Hisham parkir oleh bas dan kenderaan lain
(2 Yakin) bagi memudahkan ibu bapa untuk
menurunkan anak-anak semasa
datang ke sekolah.
5. Alya Binti Saharudin Saharudin Bin Ibrahim -Mencadangkan agar pihak sekolah
(2 Yakin) mengawasi keluar masuk pelajar
terutamanya di simpang tiga lampu
isyarat.
6. Muhammad Irsyad Noor Lelawati Binti -Mencadangkan agar pihak sekolah
Safuan Bin Kamal Samsir mewujudkan kelas muzikal seperti
(5 Maju) kelas piano dan lain-lain.
7. Athira Azriza Binti Haliza Binti Hassan -Panjangkan waktu rehat pelajar dari
Mohd Azhar 20 minit kepada 30 minit kerana
(5 Maju) pelajar tidak sempat untuk makan.
8. Nur Alya Elisa Binti Rostam Bin Mohamad -Selaraskan waktu pulang dari sekolah
Rostam untuk semua tingkatan.
(5 Maju)
9. Nur Rabiatul Husna Rotmah Binti Said -Pihak kantin perlu memasak makanan
(5 Tekun) yang baru kerana makanan di kantin
didapati berbau. Diharap tiada lagi
pelajar yang sakit perut.
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 20
Jawatankuasa Kerja
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29
Pengerusi : Pn. Ku Mariam Binti Ku Iskandar
Naib Pengerusi : En. Amran Bin Othman
Pn. Hjh Rusiah Binti Saad
Pn. Nadzirah Binti Abdul Hamid
Setiausaha : Pn. Suryana Binti Mohamed
Penolong Setiausaha : Pn. Rahayu Binti Yahaya
Bendahari : Cik Amira Binti Ramli
Penyambut Tetamu Persiapan Pentas/Banner
Semua Pentadbir dan Ketua Bidang 1. Pn. Junaine Binti Hussain
2. Cik Nur Akmar Binti Abd Aziz
Bacaan Doa
En. Masrimee Bin Mohamad Rozlan Penyedia Teks Ucapan
1. Pn. Farizan Binti Mohamed @ Ismail
Alatan Siar raya (Pengetua)
1. En. Mohd Hanif Bin Lamin 2. Pn. Fatimah Binti Mat Yusoff (YDP PIBG)
2. En. Mohd Yuri Bin Yaakob
Pencatat Minit
Buku Program 1. Pn. Rusnani Binti Salleh
1. Pn. Suryana Binti Mohamed 2. Cik Ummi Bariroh Binti Sauid
2. Pn. Rahayu Binti Yahaya 3. Pn. Rumaizah Binti Osman
3. Pn. Noor Zaiyuni Binti Mohamad 4. Pn. Fauziah Binti Saidian
Pendaftaran Persiapan Dewan/ Kebersihan (sebelum)
1. Pn. Fadzilah Binti Othman 1. En. Faiz Bin Mohd Bandong
2. Pn. Siti Halijah Binti Man 2. En. Khoo Cheng Keat
3. Pn. Nor’aini Binti Ahmad 3. Pn. Norhaida Binti Mohd Zainol
4. Pn. Norasnira Binti Mat Yajid 4. Cik Ainulhuda Binti Kamaruzaman
5. Pn. Parimala Devi A/P Gopal 5. Cik Amira Binti Ramli
Brosur Kebersihan Sekeliling Dewan & Kantin
1. Pn. Farah Suhana Binti Abd Hamid
(Sebelum & Selepas Majlis)
Tayangan Slaid 1. En. Mohd Rashide Bin Mohd Jauhari
1. Pn. Munirah Binti Takiyudin 2. Cik Nor Asiah Binti Ahmad Halmi
2. En. Iman Irsyad Iylia 3. Pn. Siti Maisarah Binti Zakaria
Pengacara Majlis Kompang
1. Pn. Norhayati Binti Uthman 1. Pn. Farzerim Rohaida Binti Husin
2. En. Muhammad Saifuldin Bin Suhaimi 2. Pn. Koay Yin Yin
21 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
Mengemas / Kebersihan Dewan
Ikrar Aku Janji & Penetapan Target SPM
(selepas majlis)
1. Pn. Hjh Safiah Binti Abdul Sathar 1. En. Mohd Taufik Bin Marzuki
(Penyelaras) 2. En. Mohd Zamri Bin Noh@ Mohd Noh
2. En. Muhammad Ali Syafii Bin Abdul 3. En. Masrimee Bin Mohamad Rozlan
Razak (Kaunselor) 4. Pn. Erawati Binti Kadir
5. Pn. Lim Gaik Choo
3. Pn. Zakiah Binti Zain
Jamuan
4. Pn. Noor Zaiyuni Binti Mohamad (3 Maju) 1. Pn. Azlina Binti Ismail (VIP)
5. Pn. Erawati Binti kadir (3 Jaya) 2. Pn. Khairiah Binti Abdul Hamid
3. Pn. Siti Hafizah Binti Mohd (IBU BAPA)
6. Pn. Siti Norbayasaiha Binti Saidin 4. Pn. Suriati Binti Samad
(3 Yakin) 5. Pn. Che Rozilaini Bt Mhd Hanafi (PELAJAR)
6. Pn. Rofina Binti Abdul Rahim
7. Pn. Rahayu Binti Yahaya ( 3 Tekun)
8. En. Mohd Taufik Bin Marzuki (3 gigih) Kawalan Pelajar
9. Pn. Rusnani Binti Salleh (5 Maju) 1. En. Mohd Asyraf Bin Mohd Shaaya
2. En. Mohammad Isa Bin Yusof
10. Pn. Junaine Binti Hussain (5 Jaya) 3. Pn. Fauziah Binti Mat Amin
12. Pn. Rofina Binti Abdul Rahim (5 Yakin)
Kawalan Trafik/Keselamatan
13. Pn. Khairiah Binti Abdul Hamid (5Tekun) 1. Pn. Zalilah Binti Osman
14. Pn. Safarina Binti Mohd Saad (5 Gigih) (dibantu oleh anggota Kadet Polis)
15. Pn. Fatimah Binti Daud (5 Usaha)
Dokumentasi
1. En. Ong Ma Vin (Jurugambar)
2. Pn. Ruzaimah Binti Rahim
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 22
Ahli Jawatankuasa
PIBG SMK TELOK KUMBAR
SESI 2019 / 2020
BIL. JAWATAN NAMA
1 YDP PIBG
2 NYDP PIBG
3 SETIAUSAHA
4 PENOLONG SETIAUSAHA
4 BENDAHARI
5 AJK (GURU) 1.
2.
3.
4.
6 AJK (IBU BAPA) 1.
2.
3.
4.
5.
6.
7 AJK PIBK 1.
2.
3.
4.
8 JURUAUDIT 1.
2.
23 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
Penghargaan
Jawatankuasa Kerja
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
En. Seri Lanang Bin Dato’Shamsuri
YDP PIBG
AJK PIBG Sesi 2018 / 2019
Pengetua Cemerlang SMK Telok Kumbar
Koperasi SMK Telok Kumbar
Guru dan Kakitangan SMK Telok Kumbar
Ibu bapa
&
Semua pihak
Kerana telah menyumbangkan bakti
Sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar
Kali Ke-29 ini