EDISI DISEMBER 2021 - JULAI 2022
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PENULIS KARYA
Md Amin Md Taff Mohd Zaiham Izwan Zainudin
Norkhalid Salimin Muhammad Amzar Azmi
Mohd Azlan Nafiah
Muhammad Aqil Aryan Wong GRAFIK
Omar Firdaus Mohd Said
Afifah Adriana Aznan Zaleena Alias
Mohamad Amin Idros Norhidayah Ismail
Nur Raihan Asilah Rasali
ISI
KANDUNGAN
I Prakata 0 1 Misi Menyelamat
I I Sekapur Sireh 0 5 Misi Pasca Banjir
Seulas Pinang
Semarak Budi 44 Aset & Kelengkapan ResQ
Seuntai Madah
Semekar Kasih 45 Senarai Penyumbang
V I I Sidang Editor 50
V I I I Carta Organisasi
Keratan Akhbar ResQ
Poster Misi Banjir Liputan Media
ResQ Massa
PRAKATA
Buku Coffee Table yang dihasilkan ini adalah idea yang diilhamkan oleh
Yang Berusaha Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)
dalam menzahirkan rasa terima kasih kepada pejuang-pejuang UPSI yang
telah berkorban tenaga dan masa demi memastikan universiti tercinta ini
dengan masyarakat kekal relevan bukan sahaja sebagai Universiti
Pendidikan No.1 di Malaysia tetapi juga sebagai universiti yang dekat
dengan masyarakat dalam konteks sumbangan misi kemanusiaan ini.
Buku Coffee Table ini direalisasikan atas semangat juang, pejuang-pejuang
UPSI yang mencurahkan segala keringat tanpa mengenal erti perbezaan
latar belakang agama, warna kulit dan juga budaya. Demi sebuah ikatan
kemanusiaan, pejuang-pejuang UPSI ini tampil menghulurkan bantuan awal
tatkala masyarakat sangat memerlukan bantuan kemanusiaan tersebut.
Buku Coffee Table ini merakamkan pelbagai detik dan pengalaman
berharga misi-misi bantuan menyelamat banjir besar yang melanda negara
bermula tanggal 18 Disember 2021 yang mendapat liputan meluas ketika
itu bermula dari Taman Seri Muda, Shah Alam sehinggalah kepada misi-misi
bantuan pasca banjir hampir di seluruh pelusuk tanah air. Keberadaan
pasukan ResQ Team UPSI sentiasa mewarnai kawasan-kawasan yang
terjejas akibat banjir. Kesedihan dan rasa pilu mangsa banjir akibat
fenomena tersebut kepada harta benda mereka terganti dengan senyuman
yang terukir daripada keringat yang telah dicurahkan oleh pejuang-pejuang
ResQ Team UPSI. Senyuman yang terukir ini adalah hadiah yang terbalas
buat pejuang-pejuang ResQ Team UPSI.
Terima kasih buat semua pejuang-pejuang UPSI yang sentiasa sudi
berkorban demi universiti tercinta ini. Kerana semangat inilah yang menjadi
nadi utama kepada tersohornya universiti kerdil ini yang gah di mata
masyarakat Malaysia.
RESQ TEAM UPSI | I
Sekapur Sireh
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya, Pusat Transformasi
Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah
berjaya menerbitkan sebuah buku Coffee Table pasukan ResQ Team UPSI pada
tahun 2022 ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada
pihak UCTC atas kejayaan menghasilkan naskhah yang amat bermakna ini.
Naskhah Coffee Table ini adalah perkongsian keringat dan jasa pasukan ResQ
Team UPSI serta seluruh warga UPSI yang mencurahkan khidmat bakti dalam
misi menyelamat, misi pasca pembersihan dan misi bantuan makanan kepada
mangsa-mangsa banjir yang terkesan hampir di seluruh negara baru-baru ini.
Rangkuman lensa, coretan peristiwa dan nukilan yang terkandung di dalam YBhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah
penerbitan ini menjadi manifestasi identiti warga UPSI terhadap tinggi dan Pengerusi LPU
prihatinnya warga UPSI kepada komuniti setempat. Peranan yang dimainkan
oleh UCTC dalam mengembeleng pasukan ResQ Team terhadap misi-misi Universiti Pendidikan Sultan Idris
menyelamat, pasca banjir dan juga misi bantuan makanan ini jelas
memperlihatkan betapa komitednya UPSI terhadap komuniti setempat. PENGERUSI
Memori penat lelah, tangis tawa serta suka dan duka ini akan terus terpahat di
dalam sanubari seluruh warga UPSI dalam mengharungi pelbagai cabaran LEMBAGA PENGARAH
menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tersebut. Cabaran yang
diharungi tidak sedikit pun melemahkan semangat pejuang-pejuang ResQ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Team ini dalam menghulurkan keringat membantu mangsa-mangsa bah besar
ini.
Tahun 2021 sehingga tahun 2022 ini, perubahan fenomena alam luar jangka
ini menyebabkan keterlibatan pasukan ResQ Team UPSI sentiasa dinanti-
nantikan oleh masyarakat dan komuniti. Kelengkapan peralatan serta
keupayaan tenaga mahir pasukan ResQ Team yang berpengalaman menjadi
pasukan ini relevan pada sudut pandang masyarakat. Seluruh warga UPSI
perlu terus mengorak langkah, bersifat dinamik dalam memastikan UPSI terus
kekal relevan bukan sahaja dalam konteks akademik yang hebat malahan
terus kekal relevan terhadap keberadaan warga UPSI di dalam konteks
masyarakat. Laungan keramat “UPSI dan masyarakat berpisah tiada” yang
diwar-warkan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Md Amin Md Taff, Naib
Canselor UPSI harus disambut erat oleh seluruh warga UPSI. Komitmen tanpa
berbelah bahagi oleh Yang Berusaha Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
& Alumni (TNCHEPA) dalam memasyarakatkan universiti tercinta ini terus perlu
disokong utuh, agar universiti ini terus kekal di hati masyarakat dan komuniti.
Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada Pusat Transformasi Komuniti
Universiti (UCTC) di bawah JHEPA yang banyak mencurahkan segala khidmat
bakti cemerlang dan kerjasama yang erat bersama pihak pengurusan
universiti dalam menjayakan aspirasi kecemerlangan universiti tercinta ini.
Selamat Maju Jaya.
RESQ TEAM UPSI | II
Seulas Pinang
Assalamualaikum WBT. Prof. Dato' Dr. Md Amin Md Taff
Naib Canselor
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas kejayaan ResQ
Team UPSI dalam menerbitkan Coffee Table ini. Jutaan tahniah Universiti Pendidikan Sultan Idris
dan terima kasih diucapkan kepada Sidang Editor yang berjaya
menulis Coffee Table yang mengungkapkan pelbagai memori NAIB
indah yang telah dilakarkan oleh ResQ Team sepanjang bencana CANSELOR
yang melanda negara ini pada Disember tahun 2021 sehingga
Mei 2022.
Bencana yang melanda negara ini telah melakar pelbagai
peristiwa dalam lipatan sejarah negara yang menyaksikan UPSI
sebagai salah satu Badan Rescue yang berdaftar menjadi pasukan
yang terawal turun untuk melakukan misi menyelamat pada
pembukaan misi bencana ResQ UPSI. Keselamatan, kebajikan dan
kesejahteraan mangsa banjir merupakan keutamaan bagi ResQ
Team UPSI dalam mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan
semasa misi ini dijalankan.
Warga UPSI sepatutnya berbangga kerana universiti ini
mempunyai badan ResQ yang berdaftar serta mempunyai
kakitangan dan pelajar yang cekal dan prihatin untuk menempuh
rintangan dan cabaran. Keupayaan dan pengorbanan ResQ Team
dalam menjayakan misi menyelamat dan pasca banjir sepanjang
bencana berlaku ini tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Jadi
Coffee Table ini menjadi bukti bahawa jiwa murni yang tersingkap
dalam ResQ Team diraikan sebagai tanda balas jasa warga ResQ
Team.
RESQ TEAM UPSI | III
Semarak Budi
Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim Prof. Dr. Norkhalid Salimin
Assalamualaikum dan salam sejahtera Timbalan Naib Canselor
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya dapat kita Hal Ehwal Pelajar & Alumni
bertemu dan berbicara di ruangan ini. Terima kasih kerana Universiti Pendidikan Sultan Idris
memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua
kata dalam Coffee Table ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah TIMBALAN
Azzawajalla, Pencipta dan Penguasa seluruh alam atas limpah dan NAIB CANSELOR
kurnia-Nya kita dapat menerbitkan sebuah buku Coffee Table
ResQ Team UPSI. Sekalung penghargaan dan penghormatan dan HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
tahniah diberikan kepada Team Sidang Editor atas berkat usaha
dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh
warga UPSI. Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama
yang padu daripada warga UPSI telah menatijahkan penerbitan
Coffee Table ini.
Penghasilan Coffee Table ini bukan sahaja menjadi wadah tanda
apresiasi buat jiwa murni ahli jawatankuasa yang terlibat, malah
turut menjadi medium bagi para pembaca khususnya kepada
para pelajar dan warga UPSI untuk renungan dan pengamatan
atas segala khidmat tenaga, sumbangan dan gerak kerja ResQ
Team UPSI dalam berbakti kepada masyarakat.
Harapan saya, melalui pendekatan terbitan Coffee Table ResQ
Team UPSI ini, dapat kita bersama-sama bergerak sederap dan
senada dalam membentuk para pelajar dan warga UPSI yang
senantiasa prihatin dan terus mencurah khidmat bakti kepada
masyarakat. Terima kasih saya ucapkan kepada ResQ Team UPSI
dan semua yang terlibat dalam mencurah khidmat bakti
cemerlang dan kerjasama yang erat dalam menjalankan misi
kemanusiaan.
Sekian, terima kasih.
RESQ TEAM UPSI | IV
Seuntai Madah
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Coffee Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Nafiah
Table ResQ Team ini berjaya diterbitkan pihak jawatankuasa di peringkat Pusat Pengarah
Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPSI. Buku ini telah menghimpun dan
memuatkan program-program dan misi bantuan menyelamat dan program Pusat Transformasi Komuniti Universiti
pasca banjir yang telah dilaksanakan di peringkat universiti. Buku Coffee Table ini Universiti Pendidikan Sultan Idris
mengandungi Ringkasan Eksekutif dan juga gambar-gambar utama berdasarkan
kepada program-program komuniti yang berjaya menggembleng sumber KETUA
intelektual dan kepakaran pelbagai pihak untuk menyumbang secara berimpak EDITOR
dan lestari kepada komuniti sasaran semasa bencana banjir yang melanda
negara.
UCTC telah dilantik sebagai Penyelaras Program ResQ Team UPSI yang
merupakan pasukan sukarelawan yang ditubuhkan semenjak daripada tahun
2007. Sehingga kini, ResQ Team UPSI telah melaksanakan lebih daripada 50 misi
sokongan menyelamat melibatkan bencana dan banjir di seluruh negara. Selain
terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir, ResQ Team UPSI turut
memberi khidmat sokongan mental dan penasihatan kaunseling kepada
mangsa-mangsa banjir dan pasukan ini sentiasa bersedia untuk turut bersama
bagi memberi bantuan menyelamat dengan sebarang kemungkinan bencana
pada bila-bila masa yang diperlukan.
ResQ Team UPSI senantiasa prihatin dan siap siaga sepanjang masa untuk
membantu mangsa bencana banjir yang terjejas. Tindakan yang dilakukan ini
adalah atas dasar kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan dalam
membantu masyarakat yang ditimpa musibah banjir. Dalam masa yang sama,
pihak UCTC dan ResQ Team UPSI juga menerima beberapa sumbangan daripada
pihak NGO dan pihak luar sepanjang misi banjir pada sesi bantuan yang
diberikan.
Sumbangan dan keikhlasan yang dicurahkan oleh ResQ Team ini yang terdiri
daripada pensyarah, staf dan para pelajar UPSI dalam usaha mendidik komuniti
secara berterusan, diharapkan dalam masa yang sama akan menginspirasikan
masyarakat dan pihak luar bagi memberikan idea, sumbangan dan bantuan
kepakaran untuk membantu masyarakat dan komuniti yang memerlukan
bantuan segera.
UCTC percaya dan berkeyakinan penuh, melalui penerbitan Buku Coffee Table ini
secara tidak langsung akan dijadikan sebagai pencetus dan sumber inspirasi
kepada semua Universiti Awam dan Swasta serta pihak berkepentingan untuk
terus menjalin kolaborasi secara Smart Partnership yang dapat merealisasikan
Visi dan Misi UCTC UPSI untuk menggerakkan universiti dalam mendidik
masyarakat sebagai Pusat Transformasi Komuniti Universiti ke arah
pembangunan masyarakat dan negara secara khusus.
RESQ TEAM UPSI | V
Semekar Kasih
Assalamualaikum WBT. Dr. Omar Firdaus Mohd Said
Koordinator
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan rahmat yang
dipinjamkan oleh Allah SWT. Dengan nikmat yang diberikan ini, ResQ Team UPSI
Alhamdulillah akhirnya dalam merealisasikan hasrat menerbitkan Universiti Pendidikan Sultan Idris
sebuah buku Coffee Table buat tatapan seluruh warga UPSI atas
segala sumbangan keringat seluruh warga UPSI dalam KETUA
memberikan pelbagai bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk PENGARANG
kewangan, barangan dan juga makanan.
Terima kasih Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Md Amin B. Md Taff,
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris atas segala ruang
dan peluang yang diberikan dalam memastikan UPSI sentiasa
dekat dengan masyarakat. Ia sangat jelas dan sejajar dengan
hasrat Yang Berbahagia Dato' di dalam ucapan Amanat Naib
Canselor yang lalu.
Jutaan penuh mawaddah saya ucapkan kepada Yang Berusaha
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) atas segala
kepercayaan yang diberikan dalam mengendalikan segala gerak
kerja pasukan ResQ Team UPSI sepanjang tahun 2021. Kewujudan
Coffee Table ini juga adalah atas cetusan idea dan juga hasrat Yang
Berusaha Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni
(HEPA).
Besar harapan saya dengan kewujudan Coffee Table ini menjadi
motivasi dan inspirasi kepada seluruh warga UPSI dalam
memastikan peranan UPSI dalam masyarakat terus menjadi
agenda utama khususnya dalam misi-misi kemanusiaan.
#RESQTEAMUPSI
#RESPONSIVEQUICKNESS
RESQ TEAM UPSI | VI
Sidang Editor SIDANG EDITOR
KETUA EDITOR
PROF. MADYA DR. MOHD AZLAN NAFIAH
TIMBALAN EDITOR
PROF. MADYA DR. MUHAMMAD AQIL
ARYAN WONG
KETUA PENGARANG
DR. OMAR FIRDAUS MOHD SAID
ANGGOTA REDAKSI
AFIFAH ADRIANA BINTI AZNAN
ANGGOTA REDAKSI
MOHAMAD AMIN BIN IDROS
ANGGOTA REDAKSI
NUR RAIHAN ASILAH BINTI RASALI
RESQ TEAM UPSI | VII
CARTA
ORGANISASI
JAWATANKUASA INDUK
Naib Canselor
(Advisor)
UCTC Chairman UPSI ResQ
Kelab ResQ Setiausaha Bendahari
Siswa
Deputy Chairman UPSI ResQ
Penyelaras I Penyelaras II Penyelaras III Penyelaras IV
(Menyelamat) (Pasca Banjir) (Latihan & Kaunseling) (Teknikal & Peralatan)
Pengangkutan Hubungan Luar
Kesihatan Penajaan Dokumentasi / Penyelidikan / Sumbangan
Informasi Perundingan Bencana
RESQ TEAM UPSI | VIII
CARTA
ORGANISASI
RESQ TEAM UPSI
PENASIHAT
Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin
PENGERUSI
Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Nafiah
TIMBALAN PENGERUSI
Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil
Aryan Wong
KOORDINATOR
Dr. Omar Firdaus Mohd Said
PENYELARAS
En. Farizul Athir Mohd Ramli
CREW LOGISTIK RESQ TEAM SISWA
RESQ TEAM UPSI | IX
Misi
Menyelamat
MISI MENYELAMAT
19 Disember 2021
Ahad
Ketika banjir tidak diduga melanda sebahagian
besar daerah-daerah di Selangor, rakyat Malaysia
berganding bahu meskipun secara maya untuk
memastikan “saudara” mereka yang sedang
dalam kesusahan tidak bersendirian. Dengan
keprihatinan dari pihak Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) dan diketuai oleh Dr. Omar
Firdaus Mohd Said, UPSI telah mengatur gerak
seramai 15 orang ahli untuk misi bantuan ResQ
menyelamat dan pemindahan mangsa banjir di
Taman Seri Muda, Padang Jawa. Dua lokasi telah
dipilih untuk misi kali ini iaitu Taman Seri Muda
dan Kampung Padang Jawa. ResQ Team UPSI
yang lengkap dengan pelbagai peralatan bagi
memudahkan kerja-kerja menyelamat telah
membawa dua dinghy serta dua enjin.
RESQ TEAM UPSI | 2
MISI MENYELAMAT
KUNJUNGAN
KASIH
19 Disember 2021
Ahad
Keprihatinan dari YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad,
Menteri Pengajian Tinggi dan Dato Seri Haji Ahmad
Haji Burak telah bersama-sama meninjau kawasan
banjir yang berlaku di kawasan Kampung Padang
Jawa, Selangor. Beliau menziarahi dan menyantuni
mangsa banjir di kawasan berkenaan bagi
memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk
dititikberatkan. Kunjungan mesra itu disambut baik
oleh semua yang terlibat dalam misi menyelamat di
kawasan tersebut.
RESQ TEAM UPSI | 3
MISI MENYELAMAT RESQ
TEAM UPSI
20 Disember 2021
Isnin
Banjir di kawasan Bentong, Pahang merupakan banjir di luar
jangkaan. Seperti yang sedia maklum, pihak Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengatur gerak ResQ Team
UPSI untuk misi bantuan menyelamat dan pemindahan mangsa
banjir di Daerah Bentong. Dengan kekuatan seramai 12 orang
ahli yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Shahril,
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, ResQ Team UPSI
telah membawa satu set dinghy serta satu enjin.
RESQ TEAM UPSI | 4
Misi
Pasca Banjir
MISI PASCA BANJIR
21 Disember 2021
Selasa
Misi bantuan ResQ Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di
Kampung Kuala Slim telah diatur gerak
selepas mendapat tahu bahawa
kawasan tersebut telah dilanda banjir.
Persatuan pelajar Fakulti Sains
Kemanusiaan (FSK) iaitu Persatuan
Pengajian Malaysia (PPMAS), Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, ResQ
Team UPSI, pelajar-pelajar kursus
kesukarelawanan, Himpunan Anak
Darul Ridzuan (Hadari) UPSI telah
bersama-sama membersihkan rumah
yang terjejas dalam misi pembersihan
di kawasan banjir ini.
RESQ TEAM UPSI | 6
MISI PASCA BANJIR
22 Disember 2021
Rabu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
mengambil inisiatif menggerakkan ResQ
Team UPSI ke Hulu Langat, Selangor. Misi
pasca banjir ini diketuai oleh Prof. Madya
Dr. Mohd Azlan Nafiah, Pengarah Pusat
Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
dengan kekuatan ahli seramai 52 orang
yang terdiri daripada tiga orang
pensyarah, empat orang pemandu, enam
orang pegawai keselamatan, sembilan
pelajar dan 30 ahli Kesatuan Pegawai Am
(KPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tujuan misi pasca banjir ini dijalankan
adalah untuk membantu mangsa banjir
dari segi khidmat tenaga dalam proses
membersihkan rumah yang terjejas.
RESQ TEAM UPSI | 7
MISI PASCA BANJIR
23 Disember 2021
Khamis
ResQ Team Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) terus menyumbang bakti di kawasan Raub,
Pahang. Dengan kegigihan dan keprihatinan dari
pihak ResQ Team UPSI, mereka telah menghantar
seramai 28 orang ahli yang terdiri daripada lima
orang pemandu, 22 orang pelajar dan seorang
Pegawai Felda Wilayah Trolak untuk bersama-
sama membantu dalam pembersihan kawasan
banjir di Daerah Raub, Pahang.
RESQ TEAM UPSI | 8
MISI PASCA BANJIR
24 Disember 2021
Jumaat
Seramai 25 orang ahli ResQ Team UPSI iaitu empat
orang pemandu dan 21 orang pelajar telah diatur gerak
ke Parit Mahang apabila mendapat tahu bahawa
pasukan tersebut terlibat dalam misi bencana banjir.
Misi pasca banjir pada kali ini diketuai oleh Encik Farizul
Athir Mohd Ramli yang merupakan pensyarah dari
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Misi bantuan kali ini
merupakan misi pembersihan rumah-rumah mangsa
yang terlibat dalam bencana bajir. Tujuan misi ini
dijalankan adalah untuk membantu dan meringankan
beban mangsa dalam membersihkan rumah.
RESQ TEAM UPSI | 9
MISI PASCA BANJIR
25 Disember 2021
Sabtu
Universiti Pendidikan Sultan Idris amat cakna
dengan perkara yang berlaku dari semasa ke
semasa. Oleh yang demikian, pihak UPSI
telah mengatur gerak ResQ Team UPSI untuk
bersama-sama membantu mangsa banjir di
Selangor iaitu di Daerah Hulu Selangor. Misi
pasca banjir dengan kekuatan seramai 36
orang ahli telah membantu bersama-sama
membersihkan kawasan di Hulu Langat,
Selangor untuk meringankan beban mangsa
banjir yang terlibat. Pihak ResQ UPSI
membawa pelbagai peralatan membersihkan
rumah dalam misi pasca banjir di Hulu
Langat, Selangor untuk membantu kerja-
kerja pembersihan.
RESQ TEAM UPSI | 10
MISI PASCA BANJIR
26 Disember 2021
Sabtu
Misi pasca banjir diteruskan di kawasan
Bukit Changgang, Kuala Langat yang
diketuai oleh Dr. Omar Firdaus Mohd Said,
Koordinator ResQ Team UPSI. Dengan
kesungguhan dari pihak Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan ResQ Team
UPSI, seramai 43 orang merangkumi
pensyarah, pemandu dan pelajar UPSI ke
Bukit Changgang untuk bersama-sama
meringankan beban mangsa banjir di
kawasan tersebut dengan membantu
membersihkan beberapa buah rumah
yang terjejas banjir. Seperti yang sedia
maklum, banjir pada kali ini merupakan
banjir yang teruk dan menjejaskan
beberapa daerah di Selangor.
RESQ TEAM UPSI | 11
MISI PASCA BANJIR
28 hingga 30 Disember 2021
Selasa hingga Khamis
Dengan keprihatinan pihak Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) dan ResQ Team UPSI, satu misi
pasca banjir telah dijalankan untuk membantu
mangsa banjir di kawasan Temerloh dan
Mentakab, Pahang. Pihak ResQ UPSI telah
membawa semua peralatan untuk misi
pembersihan. Beberapa buah rumah di kawasan
tersebut telah dibersihkan oleh ResQ Team UPSI
dalam rangka misi bantuan ResQ pembersihan
kawasan banjir.
Turut hadir bersama, Naib Canselor UPSI, Prof.
Dato' Dr. Md Amin Md Taff bersama kekuatan
seramai 47 orang merangkumi pensyarah,
pemandu dan penuntut UPSI telah bersama-
sama berganding bahu dalam misi kali ini.
RESQ TEAM UPSI | 12
MISI PASCA BANJIR
1 Januari 2022
Sabtu
ResQ Team UPSI telah berkunjung ke Daerah
Janda Baik untuk meneruskan khidmat bakti
dalam membantu membersihkan beberapa
rumah dan kawasan di Daerah Janda Baik,
Pahang. Dengan kekuatan ahli seramai 43 orang,
ResQ Team UPSI telah bersama-sama berganding
bahu untuk membersihkan kawasan yang terjejas
banjir. ResQ Team UPSI terus menabur bakti
kepada masyarakat dalam meringankan beban
mangsa banjir dengan menyalurkan khidmat
tenaga dalam proses pembersihan.
RESQ TEAM UPSI | 13
MISI PASCA BANJIR
2 hingga 4 Januari 2022
Sabtu hingga Selasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama-sama
ResQ Team UPSI telah meneruskan misi pasca banjir
di sekitar kawasan Temerloh, Pahang. Dengan
kekuatan ahli seramai 62 orang merangkumi 12
orang kakitangan dan 50 orang penuntut UPSI telah
diatur gerak untuk misi pasca banjir di Daerah
Temerloh, Pahang. Dua lokasi telah dipilih dalam
menjalankan misi pembersihan banjir ini, iaitu
Kampung Tanjung Kerayung dan Kampung Batu
Kapor.
RESQ TEAM UPSI | 14
MISI PASCA BANJIR
13 hingga 15 Januari 2022
Khamis hingga Sabtu
Dengan keprihatinan pihak Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan ResQ
Team UPSI, satu misi pasca banjir telah
diatur gerak ke Segamat, Johor. Misi kali
ini diketuai oleh Encik Farizul Athir
Mohd Ramli, pensyarah Fakulti Sains
Sukan dan Kejurulatihan UPSI.
Misi kali ini telah membawa 37 orang
ahli yang terdiri daripada kakitangan
dan pelajar UPSI. Tujuan misi kali ini
adalah untuk membersihkan beberapa
buah rumah di Kg. Seberang Batu
Badak dan Kg. Tekam yang terkesan
dengan banjir.
RESQ TEAM UPSI | 15
MISI PASCA BANJIR
18 Januari 2022
Selasa
Bencana banjir besar yang melanda Negeri
Selangor pada Disember 2021 bukan sahaja
memusnahkan harta benda malah turut
menjejaskan mushaf al-Quran dan kitab-
kitab agama Islam. Oleh yang demikian,
pihak UPSI telah mengatur gerak ResQ
Team UPSI untuk bersama-sama membantu
dalam misi pelupusan al-Quran di Taman
Seroja, Bukit Beruntung, Selangor. Dengan
kekuatan ahli seramai 73 orang yang terdiri
daripada kakitangan dan pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah
membantu dalam kerja-kerja pelupusan al-
Quran yang terjejas akibat banjir dengan
menyisih al-Quran dan kitab-kitab daripada
bahan-bahan campuran yang lain untuk
dikeringkan sebelum proses pembakaran.
RESQ TEAM UPSI | 16
MISI PASCA BANJIR
8 Mac 2022
Selasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
mengambil inisiatif menggerakkan ResQ
Team ke kawasan Kampung Berop,
Tanjong Malim, Perak. Misi kali ini
merupakan misi bantuan pembersihan
empat buah rumah yang terjejas banjir
yang diketuai oleh Prof. Madya Dr.
Muhammad Aqil Aryan Wong, Timbalan
Pengarah Pusat Transformasi Komuniti
Universiti (UCTC).
Dengan kekuatan seramai 12 orang ahli
ResQ Team UPSI, misi pembersihan
telah berjaya dilakukan atas usaha
bergotong-royong antara kakitangan
dan pelajar UPSI.
RESQ TEAM UPSI | 17
MISI PASCA BANJIR
16 Mac 2022
Rabu
Prihatin dengan nasib mangsa banjir, ResQ
Team Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) turun padang menjalankan misi pasca
banjir di enam buah rumah sekitar
Kampung Seri Chepor, Chemor, Perak. Misi
ini diketuai oleh Prof. Madya Dr.
Muhammad Aqil Aryan Wong, Timbalan
Pengarah Pusat Transformasi Komuniti
(UCTC) dengan kekuatan seramai 47 orang
ahli yang merangkumi tujuh orang
kakitangan UPSI, 25 pelajar dan 15 Kadet
Kor SISPA UPSI telah bersama-sama dalam
misi pembersihan ini. Misi ini dilaksanakan
atas keprihatinan selain semangat
kesukarelawanan dalam membantu
masyarakat yang ditimpa musibah.
RESQ TEAM UPSI | 18
MISI PASCA BANJIR
12 Mei 2022
Khamis
Misi bantuan pada kali ini diketuai oleh
Pengarah Pusat Transformasi Komuniti
Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Mohd
Azlan Nafiah bersama-sama 42 orang
sukarelawan yang terdiri daripada lapan
orang kakitangan dan 34 orang ResQ Siswa
yang merupakan penuntut Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Program bantuan
sukarelawan ini merupakan kali kedua yang
dilaksanakan di Janda Baik selepas banjir
yang melanda di lokasi yang sama pada
penghujung tahun 2021. Bantuan ini juga
adalah sebahagian inisiatif agar chalet yang
terkesan dapat beroperasi semula setelah
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
banjir yang berlaku.
RESQ TEAM UPSI | 19
MISI PASCA BANJIR
17 Mei 2022
Selasa
Misi bantuan pasca banjir di Kerling, Selangor ini
diketuai oleh Pengarah Pusat Transformasi Komuniti
Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Mohd Azlan
Nafiah bersama-sama 20 orang sukarelawan. ResQ
Team UPSI bersama-sama menyalurkan khidmat
tenaga dalam membantu mangsa banjir OKU dan
beberapa buah rumah di Kampung Pasir dan
Kampung Jawa, Kerling . Turut hadir sama, YB Datuk
Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid, Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri menziarahi dan
menyantuni mangsa banjir di tempat yang sama
untuk memberi semangat selain bertanya khabar
dan situasi yang dihadapi oleh mangsa.
RESQ TEAM UPSI | 20
MISI PASCA BANJIR
18 hingga 19 Mei 2022
Rabu & Khamis
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
mengatur gerak ResQ Team UPSI turun ke Parit
Sulong bagi misi bantuan membaiki bumbung
yang terjejas akibat ribut yang melanda. Misi
bantuan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC),
Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong
bersama-sama 24 orang sukarelawan yang
terdiri daripada enam orang kakitangan dan 18
orang penuntut Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Sukarelawan ResQ Team UPSI membantu
meringankan beban dan meredakan sedikit
sebanyak kesan bencana dengan menyalurkan
khidmat tenaga dalam aktiviti pemindahan
kayu, zink dan pokok tumbang serta
pembersihan kawasan rumah di Kampung Parit
Tegak dan Kampung Parit Pulai, Parit Sulong.
RESQ TEAM UPSI | 21
MISI PASCA BANJIR
26 Mei 2022
Khamis
Sukarelawan ResQ Team UPSI bersatu padu
dan bergotong-royong dalam menyalurkan
khidmat tenaga bagi melaksanakan misi
pembersihan beberapa buah rumah yang
dinaiki air lumpur terutama di kawasan Felda
Trolak Selatan selepas tampil dan turun
padang bagi menjalankan misi menyelamat
di pekan Trolak pada malam sebelumnya.
Turut hadir sama, YAB Dato’ Seri Saarani
Mohamad, Menteri Besar Perak menziarahi
dan menyantuni mangsa banjir di kawasan
berkenaan bagi memastikan kebajikan dan
keselamatan penduduk dititikberatkan.
Beliau turut memberi kata semangat selain
bertanya khabar dan situasi yang dihadapi
oleh mangsa.
RESQ TEAM UPSI | 22
MISI PASCA BANJIR
28 Mei 2022
Sabtu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
terus menyumbang bakti dengan
menggerakkan ResQ Team UPSI untuk
membantu mangsa banjir. Misi bantuan
pasca banjir yang diketuai oleh Prof.
Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong,
Timbalan Pengarah Pusat Transformasi
Komuniti Universiti ini melibatkan 24
orang sukarelawan yang terdiri daripada
enam orang staf dan 18 orang Pasukan
Latihan Pegawai Simpanan UPSI atau juga
dikenali sebagai PALAPES. Sukarelawan
menggunakan sebuah trak PALAPES,
sebuah kenderaan pacuan empat roda
serta pelbagai peralatan pembersihan
dalam misi bantuan banjir di Kampung
Poh, Bidor. Prihatin terhadap bencana
banjir yang melanda Kampung Poh,
Bidor, PALAPES UPSI turut bersama-sama
ResQ Team UPSI turun padang
membantu meringankan beban mangsa
banjir dalam melaksanakan misi bantuan
mangsa banjir pada kali ini.
RESQ TEAM UPSI | 23
Misi
Bantuan
Keperluan
MISI PASCA BANJIR
23 Disember 2021 Pemberian Sumbangan wakil dari UPSI yang disampaikan
Khamis oleh Dr Pau Kee, Pengarah Pusat Kaunseling UPSI kepada
YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Pasukan Psychological First Aid dan Pasukan Penyampaian sumbangan kepada wakil SRA Padang Jawa
Preloved Shoppe di bawah Pusat
Penyampaian sumbangan kepada wakil PPS Dewan MBSA
Tanggungjawab Pusat Kaunseling
membuat pengumpulan barang-barang
sumbangan mengikut keperluan dan
permintaan Pusat Pemindahan Sementara
yang dihubungi. Jumlah bantuan banjir
yang diperolehi hasil daripada sumbangan
kakitangan UPSI, pelajar UPSI dan orang
awam untuk diberikan kepada mangsa
banjir adalah sebanyak RM7,684. 76.
Senarai PPS:
1.Politeknik Shah Alam
2.SJKT Ladang Emerald, Shah Alam
3.Masjid Al-Rahimi
4.Dewan MBSA
5.Dewan Orang Ramai Tok Muda
6.Dewan Kumuning Utama
7.Dewan Pangsapuri Samudera
8.SRA Padang Jawa
9.Dewan Kenangan Seksyen 28
10.Dewan Serbaguna Kg Jawa
11.SK Teluk Gong
12.Surau Al-Faizin Taman Dato Bandar Meru
RESQ TEAM UPSI | 25
MISI PASCA BANJIR
SUMBANGAN PASCA BANJIR DI SHAH ALAM, SELANGOR
20 Disember 2021
Isnin
ResQ Team Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke Shah Alam,
Selangor untuk penghantaran sumbangan bantuan pasca banjir.
SUMBANGAN PASCA BANJIR DI HULU LANGAT, SELANGOR
23 Disember 2021
Khamis
ResQ Team UPSI ke empat Pusat Pemindahan
Sementara di Dusun Tua, Sg Serai, Kg Melaka dan Batu
16 untuk agihan sumbangan 4,500 pek roti dari Kilang
Massimo di setiap PPS dan baki 1,500 pek dibawa ke
UPSI untuk agihan melalui Pusat Kaunseling UPSI.
RESQ TEAM UPSI | 26
MISI PASCA BANJIR
SUMBANGAN PASCA BANJIR DI KUALA SELANGOR & TELUK INTAN
25 Disember 2021
Sabtu
Pasukan ResQ UPSI ke Teluk Intan (PPS SMART,
Kampung Glouster, Changkat Jong dan Stor Pusat
Pejabat Kebajikan Hilir Perak) dan Kuala Selangor
untuk penghantaran sumbangan bantuan.
SUMBANGAN PASCA BANJIR DI KUALA KANGSAR, PERAK
27 Disember 2021
Isnin
Mengahantar 150 pek makanan kering kepada
mangsa banjir iaitu 85 pek di stor bahagian
gerakan banjir Kuala Kangsar dan 65 pek di
Taman Jerlun Jaya.
RESQ TEAM UPSI | 27
MISI PASCA BANJIR
SUMBANGAN PASCA BANJIR DI PUCHONG, SELANGOR
7 Januari 2022
Jumaat
Menyampaikan sumbangan dengan kerjasama
NGO Myvoice (Hero Rakyat) di Sekolah
Menengah Islam Puchong.
SUMBANGAN PASCA BANJIR DI SEGAMAT, JOHOR
13 hingga 15 Januari 2022
Khamis hingga Sabtu
Sumbangan 100 pek makanan kering hasil dari kutipan
Tabung Prihatin UPSI kepada mangsa banjir di PPS Balai
Raya Kg Jawa, Pagoh dan 310 kotak makanan kering serta
300 kotak hygiene kit dari MyFundAction kepada penduduk
Kg. Seberang Batu Badak. Selain itu, sumbangan 85 naskhah
al-Quran, hygiene kit dan bahan makanan kering di Akademi
Tahfiz Al Affan & Maahad Tahfiz At Taazim.
RESQ TEAM UPSI | 28
MISI PASCA BANJIR
SUMBANGAN PASCA BANJIR DI HULU LANGAT & KUALA LANGAT
28 Januari 2022
Jumaat
Menyalurkan sumbangan sebanyak 50 buah dapur gas
dan 50 buah periuk nasi. Sumbangan disampaikan oleh
wakil ResQ Team UPSI dari Pusat Transformasi Komuniti
Universiti (UCTC), Encik Mohamad Amin kepada wakil
komuniti di Kuala Langat & Hulu Langat.
PROGRAM ZIARAH ALUMNI AKSB
Penerima Bantuan dari Selangor
29 Disember 2021 hingga 23 Januari 2022
Selangor, Pahang & Negeri Sembilan
Pusat Alumni UPSI mengambil inisiatif untuk
menghulurkan bantuan kewangan dan sedikit keperluan
asas kepada Alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB)
yang terkesan banjir di beberapa negeri yang dilanda
banjir. Jumlah penerima adalah seramai 31 orang Alumni
dari pelbagai era.
RESQ TEAM UPSI | 29
MISI PASCA BANJIR
PROGRAM ZIARAH ALUMNI AKSB
29 Disember 2021 hingga 23 Januari 2022
Selangor, Pahang & Negeri Sembilan
Penerima Bantuan dari Negeri Sembilan
Pemberian bantuan kepada Alumni Anak Kandung Suluh
Budiman (AKSB) di Negeri Sembilan.
PROGRAM ZIARAH ALUMNI AKSB
Penerima Bantuan dari Pahang
RESQ TEAM UPSI | 30
MISI PASCA BANJIR
29 Disember 2021 - 23 Januari 2022
Selangor, Pahang & Negeri Sembilan
Prihatin dengan nasib alumni yang
terkesan dengan banjir, Pusat Alumni
UPSI turun menghulurkan bantuan
tenaga dalam membersihkan rumah
alumni-alumni Anak Kandung Suluh
Budiman (AKSB) UPSI. Misi ini
dilaksanakan atas keprihatinan dan
meringankan beban alumni serta
menaikkan semangat mereka agar terus
tabah menghadapi ujian yang diberikan.
RESQ TEAM UPSI | 31
MISI PASCA BANJIR
ZIARAH KHAIRAT KEMATIAN KAKITANGAN UPSI
Menyantuni balu Allahyarham Encik Mohd Khazin bin
Mohd Adenan yang juga merupakan kakitangan Pusat
Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara
(NCDRC). WEZAS juga mengambil kesempatan untuk
bertanyakan khabar dan menyampaikan wang khairat
hasil sumbangan warga UPSI kepada keluarga
Allahyarham berjumlah RM10,350.00.
ZIARAH KHAIRAT KEMATIAN KAKITANGAN UPSI
Menyantuni ahli keluarga Allahyarhamah Puan Noor
Hamidah binti Mohd Halimi yang juga merupakan
kakitangan di Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA).
WEZAS juga mengambil kesempatan untuk
bertanyakan khabar dan menyampaikan wang khairat
hasil sumbangan warga UPSI kepada keluarga
Allahyarhamah berjumlah RM10,285.00.
RESQ TEAM UPSI | 32
MISI PASCA BANJIR
MAJLIS PENYERAHAN DERMASISWA YURAN PENGAJIAN
12 November 2021 | Jumaat
Majlis yang berjalan secara sederhana ini disempurnakan oleh Timbalan
Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), YBrs. Profesor Ts. Dr. Suriani
binti Abu Bakar, dan disaksikan oleh Pengarah WEZAS, YBrs. Prof. Madya
Dr. Mohd Abdul Nasir bin Abd Latif dan Timbalan Pengarah WEZAS,
YBrs. Dr. Rosliza@Rosli Bin Mahmud. Dikesempatan ini juga WEZAS ingin
menzahirkan ribuan penghargaan kepada YBrs. Profesor Ts. Dr. Suriani
binti Abu Bakar kerana sudi menyumbang empat buah naskhah al-
Quran terhadap asnaf saudara baru.
RESQ TEAM UPSI | 33
MISI PASCA BANJIR
SUMBANGAN DARIPADA WEZAS KEPADA PELAJAR UPSI
RESQ TEAM UPSI | 34
MISI PASCA BANJIR
5 & 6 Julai 2022
Selasa & Rabu
Cakna akan nasib yang menimpa mangsa banjir,
sukarelawan ResQ Team UPSI dengan kekuatan
seramai 17 orang sukarelawan yang terdiri daripada
kakitangan dan pelajar UPSI tampil menghulurkan
bantuan sumbangan barangan keperluan untuk
mangsa banjir di Kg. Iboi dan Kg. Tanah Periuk,
Baling, Kedah. Misi bantuan kali ini diketuai oleh Dr.
Omar Firdaus Mohd Said, Koordinator Resq Team
UPSI. Tindakan dan keprihatinan yang ditonjolkan ini
sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa
banjir dan mendorong semangat agar mereka terus
cekal mengharungi nasib yang menimpa.
RESQ TEAM UPSI | 35
Misi
Khidmat
Kaunseling
MISI PASCA BANJIR
26 Disember 2021
Ahad
Misi khidmat kaunseling bersama
mangsa banjir di Pusat Pemindahan
Sementara (PPS) SMK Abdul Jalil. Antara
aktiviti yang dijalankan bersama kanak-
kanak di sana adalah seperti aktiviti cara
membasuh tangan dengan betul, Body
Outline, aktiviti sukaneka dan sebagainya.
Aktiviti psikososial ini juga dijalankan
untuk mempunyai kebersamaan pasukan
Pusat Kaunseling bersama mangsa dan
melihat keadaan serta kestabilan emosi
mangsa di PPS tersebut. Selain itu,
inisiatif yang dilakukan ini juga adalah
untuk mendekati warga emas dengan
membantu untuk proses pengalaman
pahit yang telah mereka lalui.
RESQ TEAM UPSI | 37
MISI PASCA BANJIR
27 Disember 2021
Isnin
Misi bantuan Asas Psikologi dijalankan di dua
tempat iaitu PPS Kuala Selangor dan PPS
Stadium Tertutup Kuala Selangor. Kekuatan
ahli adalah seramai 11 orang yang terdiri
daripada pemandu, sukarelawan
Psychological First Aid (PFA) dan kaunselor
Pusat Kaunseling UPSI. Pasukan PFA UPSI
telah menjalankan intake interview dan
menilai keperluan psikologi mangsa banjir
yang berada di pusat pemindahan. PFA UPSI
juga menyantuni warga emas dan dewasa
untuk mendengar luahan hati mereka dalam
keadaan krisis ini dan memberi intervensi
PFA kepada mangsa.
RESQ TEAM UPSI | 38