BULETIN INSANIAH
EDISI OKTOBER - DISEMBER 2020
FORUM KESIHATAN MENTAL
SEMARAK MAULIDUR RASUL
RICE & LOVE
KONSEP PENULISAN BERITA
PROF. MADYA TS. DR. CHE GHANI BIN CHE KOB
PENGETUA UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS
Ombak Cinta
Hamparan Kasih
Bismillahirrahmanirrahim… PENOLONG KETUA EDITOR
Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin
dan limpah Kurnia-Nya dapat sekali lagi kita terbitkan
majalah yang menjadi simbolik dan kebanggaan warga
luar kampus, iaitu Buletin Insaniah edisi ke-9, sekalung
penghargaan, penghormatan dan
tahniah diberikan kepada semua editor iaitu Encik
Mohd Raizol Bin Ramli, Adib Ridhwan Bin Tarmizu,
Norsha kah Binti Md Norisan dan Nur Atiqah Binti
Zaidi dan pihak pengurusan UKLK yang diketuai oleh
Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob.
Bermula mungkin mudah namun untuk mengekalkan
konsisten itu merupakan cabaran yang besar yang
memerlukan pengorbanan yang tidak akan terpapar
umum. Namun, atas berkat usaha bersama yang tidak
mengenal erti penat dan jemu maka harapan ini dido-
kumentasikan untuk perkongsian umum.
Sebagai penolong ketua editor bagi
Buletin Insaniah UKLK, saya mewakili Sidang Redaksi
ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan
kekurangan dalam penghasilan buletin ini dan ampun
maaf dipinta, sesungguhnya yang baik datangnya dari
Allah SWT dan sebaliknya datang dari kelemahan saya
sendiri. Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat
agar Buletin Insaniah akan tetap tersemat di hati warga
UPSI. Semoga dengan penghasilan buletin ini, semua
kenangan dan memori indah bersama dapat dipotret-
kan untuk tatapan masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Sidang Redaksi
Penaung : Ketua Editor :
Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob Encik Mohd Raizol Bin Ramli
Editor : Penolong Ketua Editor :
Adib Ridhwan Bin Tarmizu Puan Siti Nadiah Halimah Bt Md
Atiqah Binti Zaidi Shah
Norshafikah Binti Md Norisan
Isi Kandungan
1. Forum Kesihatan Mental dan Fizikal 7. Pertandingan Infografik
Mahasiswa Berhadapan Norma
Baharu
2. Ceramah Pencerahan Konsep 8. Thank You To Our Heroes dan Rice &
Penulisan Berita Love
3. Juggling At Home
4. Semarak Maulidur Rasul :
Menelusuri Norma
Baharu
5. Forum Kesihatan Mental dan Fizikal
Mahasiswa Berhadapan Norma
Baharu
6. Motivation For UPSI Entrepeneur
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Forum Kesihatan Mental dan
NFiozirkmaal MBaahhaarsuiswa Berhadapan
TANJUNG MALIM, PERAK - 16 November 2020, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah
menganjurkan Forum Kesihatan Mental dan Fizikal Mahasiswa Berhadapan Norma Baharu secara
dalam talian. Forum ini adalah dibawah anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dengan
kerjasama Pusat Kaunseling UPSI yang bersiaran langsung menggunakan facebook rasmi UKLK.
Forum ini menampilkan barisan panel yang terdiri daripada bidang yang berbeza seperti Dr Pau
Kee yang merupakan Pengarah Pusat Kaunseling, En. Mohd Khairul Azrul bin Mohd Redzuan iaitu
Penolong Pegawai Perubatan, Pusat Kesihatan UPSI dan Prof. Madya Dr. Nel anty Mohd Rashid
iaitu Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI. Semasa forum ini berlangsung,
peserta yang mengikuti forum ini berpeluang memenangi hadiah yang lumayan dengan meli-
batkan diri dalam aktiviti menarik tersebut seperti aktiviti kuiz yang berkaitan dengan forum dan
pertandingan kongsi siaran langsung forum terbanyak.
Anjuran Majlis Mahasiswa Luar Kampus dibawah Exco Akademik dan Pembangunan
Mahasiswa, yang diketuai oleh Muhammad Khamarul Azuan bin Azhar menyifatkan tujuan forum
ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menyesuaikan diri dalam pembelajaran
norma baharu selari dengan isu pandemik Covid-19 yang telah melanda di seluruh dunia. Malah,
isu pandemik ini berkemungkinan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada penurunan
PNGK mahasiswa UPSI disebabkan oleh kesihatan mental. Oleh itu, forum ini juga dapat mem-
bantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik ketika pandemik Covid19 berdasarkan
perkongsian daripada panel-panel berkenaan aspek-aspek penjagaan kesihatan mental dan
zikal.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Ceramah Pencerahan
Konsep Penulisan Berita
Universiti Pendidikan Sultan Idris – Pada tanggal
22 November 2020 satu Ceramah Pencerahan
Konsep Penulisan Berita telah diadakan anjuran
Exco Publisiti dan Multimedia, Majlis Mahasiswa
Kediaman Luar Kampus Sesi 2020/2021. Ceramah
ini telah disampaikan oleh Yang behormat Dr
Ghazali Bin Din pensyarah dari Fakulti Bahasa dan
Komunikasi. Bengkel ini telah dijalankan diatas
talian menggunakan siaran langsung Facebook
dan telah ditonton seramai 413 orang. Tujuan
ceramah ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar Universiti Pendidikan
Sultan Idris untuk menulis berita menggunakan
kaedah dan teknik yang betul.
Nur Atiqah Zaidi selaku pengarah
program “Ceramah Pencerahan Konsep Penulisan
Berita” menyatakan Ceramah ini diadakan adalah
bertujuan untuk membolehkan pelajar mempela-
jari dan mengasah bakat dalam kemahiran penu-
lisan berita yang betul mengikut format. Ceramah
ini juga merupakan satu langkah proaktif dalam
melahirkan lebih ramai penulis berita untuk
menulis dengan teknik dan format yang betul.
Hasrat Saudari Atiqah melalui ceramah ini, dapat
melahirkan lebih ramai lagi penulis berita dalam
kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
dengan teknik dan format penulisan yang sebe-
nar. Beliau juga berharap agar program-program
seperti ini dapat diadakan lagi buat masa akan
datang.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Juggling At Home
TANJUNG MALIM, PERAK - (25-27 November 2020)
Peserta wanita telah membuat kejutan dengan men-
juarai pertandingan Timbang Bola (Juggling at Home)
peringkat kebangsaan anjuran Exco Sukan dan
Rekreasi, Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus
Universiti Pendidikan Sultan Idris di mana sukan
tersebut sinonim dengan kaum lelaki. Saudari Nur
Adabiah binti Aminuddin dari Fakulti Sains Sukan dan
Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
dengan timbangannya sebanyak 2199 dinobatkan
sebagai johan pertandingan manakala naib johan
adalah saudara Mohamad Hanif bin Hamid dari Fakulti
Pengurusan Perniagaan, UITM Kampus Rembau
dengan timbangannya sebanyak 1750. Tempat ketiga
pertandingan ini pula adalah saudara Mustafa Kamil
bin Idris dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Univer-
siti Pendidikan Sultan Idris dengan timbangannya
sebanyak 1282. Aktiviti sampingan juga telah diada-
kan dalam pertandingan ini iaitu cabutan bertuah.
Menurut saudara Fakhrul Hazman selaku
pengarah program, objektif pertandingan ini dijalank-
an adalah untuk mempertingkatkan kepelbagaian
kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa/i,
mewujudkan semangat berdaya saing yang tinggi
dan memberikan kesedaran kepada mahasiswa/i
tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat
walaupun berhadapan dengan norma baharu. Beliau
juga menyatakan harapan agar pertandingan ini
sebagai satu permulaan kepada mahasiswa/i untuk
mengamalkan gaya hidup sihat.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Semarak Maulidur Rasul:
Menelusuri Norma Baharu
TANJUNG MALIM, PERAK – Program Semarak Maulidur Rasul oleh Majlis Mahasiswa Kediaman Luar
Kampus telah dijalankan dari 29 Oktober dan berakhir 6 Disember 2020. Program ini dianjurkan dengan
tujuan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dengan pelbagai aktiviti bermanfaat yang
dapat menambah rasa cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Walau bagaimanapun,
disebabkan negara masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19, program ini dilaksanakan
secara atas talian dan terbuka kepada pelajar universiti awam. Program berupa pertandingan ini terbah-
agi kepada 3 kategori iaitu pertandingan melukis poster, pertandingan syarahan dan nasyid secara solo.
Atas tujuan mengingati sejrah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., di samping menghayati sirah hidup,
juga memberi ruang mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah.
Bagi pertandingan syarahan, johan telah dimenangi oleh saudari Evilin binti Faisal dari
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, dengan tajuk syarahannya “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”. Bagi
pertandingan nasyid solo berjaya dimenangi oleh saudara Zaid Zarith Bin Sohaimi dari Fakulti Sains
Kemanusiaan, . Saudara Zaid membawa lagu “‘Salam”. Akhir sekali, pertandingan melukis poster berjaya
dimenangi oleh saudara Halid Bin Walid dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif.
Pengumuman pemenang telah diadakan pada 6 Disember 2020 secara langsung memalui
medium Facebook rasmi Unit Kediaman Luar Kampus dan dirasmikan oleh Puan Najah Saghirah binti
Haroman selaku penasihat program merangkap felo Exco Kebajikan dan Kerohanian. Menurut puan
Najah, program ini merupakan salah satu usaha untuk meneruskan menyantuni mahasiswa dalam
memperingati detik kelahiran Rasulullah S.A.W. Tambah beliau, penganjuran seperti ini perlu diadakan
lagi pada masa akan datang.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Program Motivation for
UPSI Eentrepeneur
TANJUNG MALIM, PERAK – 5 Disember 2020, Exco Ekonomi dan Keusahawanan, Majlis Kediaman
Luar Kampus (MMKLK) bersama Entrepreneurial Development & Graduate Employability Centre
(EDGE) telah mengadakan program Motivation For UPSI Entrepreneur yang melibatkan maha-
siswa UPSI. Program ini telah menjemput Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli Pengarah
Sekretariat Usahawan Negeri Perak dan juga Puan Maslinda Binti Zulki y Pengarah SME Corp
Malaysia Negeri Perak selaku panel jemputan dan Mohamad Ikhwan bin Zulki i yang merupakan
moderator bagi program ini. Program yang berlangsung secara langsung di Facebook UKLK ini
telah menarik ramai penonton yang rata-ratanya adalah mahasiswa UPSI.
Program ini telah mendapat sokongan penuh dari En. Mohamad Asri Bin Seman dan
Puan Norul Haslina, Felo UKLK, Prof Madya Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob selaku Pengetua UKLK,
Saudara Hamzah Dolah, Yang Di-Pertua Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus, Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Kehadiran Dr. Shahrul, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan
dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) turut memberi impak sepanjang program ini berlangsung.
Objektif program ini dijalankan ialah sebagai perkongsian ilmu berkenaan persiapan awal dalam
perniagaan dan motivasi yang boleh diguna pakai oleh semua mahasiswa sekiranya ingin
menceburi atau terus kekal dalam industri perniagaan.
Saudari Nurfarisya Binti Padhil selaku pengarah program turut menyatakan harapan-
nya agar progam ini dapat memberi pendedahan dan motivasi kepada mahasiswa yang bermi-
nat menceburkan diri dalam bidang perniagaan melalui input-input yang diberikan oleh panel.
Menurut Farisya lagi, Exco Ekonomi dan keusahawanan sentiasa bersedia dan peka dalam mem-
bantu memperkembangkan potensi usahawan dalam kalangan mahasiswa UPSI khususnya
pelajar luar kampus.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Program Thank You To Our
Heroes dan Rice & Love
Tanjong Malim, Sabtu – 12 Disember sehingga 9 Januari, Unit Kediaman Luar Kampus, Universiti Pendi-
dikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program aktiviti kesukarelawan dengan jalinan kerjasama
antara Persatuan Mahasiswa Keluarga dan Sains Konsumer (FACSA) dan Pusat Islam, UPSI dengan
memberikan sumbangan Peralatan Perlindungan Muka dan sumbangan makanan tengahari kepada
petugas barisan hadapan di daerah Muallim.
Program ini dijayakan oleh Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus 2020/2021 (MMKLK),
Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Program Thank You To Our Heroes dengan mengambil inisiatif
menghasilkan sendiri Peralatan Perlindungan Muka secara Do It Yourself (DIY) sebanyak 300 unit
Peralatan Perlindungan Muka. Dengan hasil MMKLK ini adalah sebagai tanda penghargaan di atas jasa
yang diberikan oleh barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19. Manakala, Program Rice and
Love yang dibantu oleh Persatuan Mahasiswa Keluarga dan Sains Konsumer (FACSA) iaitu memasak
makanan tengahari dan memantau dari segi kualiti makanan dalam keadaan selamat dan berpuas hati
untuk diberikan kepada barisan hadapan kita.
Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob
berkata, selain daripada mengeratkan hubungan antara UPSI dengan komuniti luar dan menghargai
jasa pengorbanan barisan hadapan ketika berdepan dengan Pandemik Covid-19, program kesukarela-
wan ini telah memberi peluang kepada golongan mahasiswa apabila sudah bergelar graduan agar
dapat menjadi pemimpin yang mempunyai jiwa dalam diri seperti keseronokan membantu orang
meskipun seseorang itu berada dalam kesusahan ataupun tidak.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Lets Stay Fit During
Pandemic Covid-19
TANJUNG MALIM, PERAK – (13 Disember 2020) Pandemik Covid-19 melanda dunia
bukan satu alasan untuk tidak kekal cergas kerana sebaliknya ia boleh dilakukan
menerusi kreativiti masing-masing di rumah.
Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Prof. Madya Ts. Dr.
Che Ghani bin Che Kob selaku perasmi program berkata, program yang diatur sebe-
narnya program yang baik bagi semua masyarakat untuk sentiasa mengekalkan kecer-
gasan walaupun berhadapan dengan norma baharu. Menurut beliau lagi, program ini
juga mampu membantu seseorang untuk mengenalpasti cara-cara mengekalkan
kecergasan dengan betul melalui perkongsian hebat yang disampaikan oleh Kevin
Zahri. Beliau juga berharap program yang dianjurkan ini dapat membantu semua
masyarakat untuk sentiasa kekalkan kecergasan masing-masing di rumah.
Program ini diteruskan dengan perkongsian hebat dari pakar
kecergasan iaitu Kevin Zahri. Menurut beliau, masyarakat perlu mengenalpasti empat
senaman ringkas dan mengamalkannya iaitu senaman Kardiovaskular, senaman Upper
Body, senaman Lower Body dan senaman bahagian Core Body. Kesemua senaman
tersebut boleh digabungkan dalam satu masa atau dikenali sebagai Full Body Circle
Training bagi mendapatkan kecergasan pada tahap yang baik.
Tambahan beliau lagi, faktor pemakanan juga merupakan satu
keperluan yang penting bagi membantu seseorang yang ingin mengekalkan kecer-
gasan supaya tiada kecederaan yang dialami apabila seseorang itu melakukan
senaman tersebut. Beliau juga menegaskan agar setiap senaman yang dilakukan tidak
terlalu merumitkan diri sendiri dan sentiasa menikmati dengan apa-apa senaman yang
akan dilakukan.
Rata-rata penonton menunjukkan reaksi yang baik dan berse-
mangat sepanjang perkongsian hebat dari pakar kecergasan dan mengharapkan
program ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Malam Anugerah
Norma Baharu
TANJUNG MALIM, –17 Disember 2020 Malam Anugerah
Norma Baharu buat julung kali dianjurkan oleh Majlis
Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) diadakan pada
17 Disember 2020 bertempat di Student Longe, Bitarasiswa
secara bersemuka dan atas talian yang melibatkan seramai
60 orang pelajar dan Felo P enasihat. Objektif penganjuran
majlis ini adalah bagi menghargai jasa dan bakti MMKLK
dalam penganjuran aktiviti dan menjaga kebajikan maha-
siswa luar kampus sepanjang tempoh PKP ketika pandemik
covid- 19 fasa pertama bulan Mac 2020. Sebahagian MMKLK
tidak pulang ke kampung kerana ingin menjadi sukarelawan
dalam membantu rakan-rakan yang terkandas di kampus.
Majlis ini telah menampilkan sebanyak sembi-
lan kategori anugerah bagi mengiktiraf jasa MMKLK yang
telah berjaya menganjurkan aktiviti dan menyumbang
kudrat ketika tempoh PKP manakala empat kategori adalah
milik Felo Penasihat. Anugerah Khas Pengetua telah disan-
dang oleh Mohd Aspawie Mohd Nawi dan Anugerah MMKLK
Cemerlang diberikan kepada Nor Azwani Binti Nawi dan
masing-masing membawa pulang wang tunai RM 300.00
beserta sijil penghargaan. Anugerah Pengarah Program
Terbaik disandang oleh Syahidatul Ikma Binti Halim dan
Anugerah Kesukarelawanan telah diberikan kepada Nor
Fariza Binti Marnoh, mereka membawa pulang wang tunai
RM 200.00 dan sijil penghargaan. Anugerah bagi kategori
Khas Covid-19 telah diberikan kepada lima orang MMKLK
iaitu Mohd Aspawie, Mawar Shatika Lo Phea Nie, Nor Azwan-
ie Binti Mohd Zawi, Nur Amirah Afrina Binti Abdul Wahib,
Nor Fariza Binti Marnoh, Mohamad Zulhusni Bin Mohamad
Zamri, Siti Nur Farhana Binti Mohd Zin dan Marcella Viviana,
mereka membawa pulang wang tunai RM 100.00 dan sijil
penghargaan.
Selain itu, bagi felo penasihat Anugerah Pemantau Zon
Terbaik telah disandang oleh Encik Mohd Raizol Bin Ramli
manakala Anugerah ”standby on call” (SOC) Terbaik diberi-
kan kepada Cik Anis Fatiha Binti Ahmad Sahimi, Anugerah
Penasihat Program Terbaik telah diberikan Puan Nor Hayati
Binti Aziz dan Anugerah Felo Terbaik Keseluruhan diberikan
kepada Encik Rozdi Bin Mohamed Noor.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Bicara Inspirasi
Mahasiswa
TANJUNG MALIM, –12 Disember 2020, telah berlangsung
program Bicara Inspirasi Mahasiswa secara atas talian.
Program ini dibawah anjuran Exco Akademik dan Pemban-
gunan Mahasiswa yang bersiaran langsung menggunakan
facebook rasmi UKLK. Program ini menampilkan barisan
panel yang terdiri daripada mahasiswa UPSI, namun mereka
telah berjaya mengharumkan nama UPSI ke peringkat
antarabangsa. Seperti panel pertama, merupakan salah
seorang artis untuk projek Mickey X Pandora di Publika,
membawa nama UPSI ke New York dan memperoleh gelaran
Juara ACA Championship Malaysia 2019 di New York. Beliau
adalah saudara Muhammad Luqman Hakim Bin Mohd
Hanapiah. Panel seterusnya adalah saudari Dusha A/P
Nanthakumar. Beliau merupakan salah seorang pengacara
yang mengacara untuk 15 majlis antarabangsa dan kebang-
saan. Pencapaian terkini beliau adalah Outstanding Dele-
gate Award di International Model United Nations Online
Conference 19.0 Panel yang ketiga merupakan seorang
Youtuber dan pernah mendapat tempat kedua Cheon World
Dance Festival 2019. Malah beliau juga pernah mewakili
UPSI ke Piano Jazz Festival 2018. Beliau adalah saudara
Muhammad Shakkir Bin Abdul Lati .
Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya
Ts, Dr, Che Ghani Bin Che Kob iaitu Pengetua Unit Kediaman
Luar Kampus, UPSI dan telah dihadiri oleh tetamu kehormat
yang lain seperti Penasihat Exco Akademik dan Pembangu-
nan Mahasiswa, Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus.
Sepanjang program berlangsung, peserta yang
menonton program ini bukan sahaja mendapat ilmu dan
inspirasi daripada pengalaman-pengalaman panel, malah
mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang
tunai dengan menyertai aktiviti #inspirationchallenge.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
International Webinar :
How They Do it?
Universiti Pendidikan Sultan Idris – Pada tanggal 20 Disember 2020, Program Interna-
tional Weinar : How They Do It? secara atas talian telah dijayakan anjuran Exco
Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus
sesi 2020/2021 dan diketuai oleh Nur Atikah Athirah Binti Mhd Zaus selaku pengarah
program. Program ini didatangi dua speaker yang merupakan pelajar Malaysia yang
melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu, Nur Aisyahmiza Binti Zainal Abidin dari
University of Manchester United Kingdom, United Kingdom dan Siti Nur A qah Binti
Anuar dari University International Business and Economics (UIBE), China. Fokus
utama program ini ialah untuk mengupas dan berkongsi pengalaman pelajar Malay-
sia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara, jauh dari tanah aiar sewaktu
pandemik Covid-19 ini.
Program ini diadakan pada jam 3.00 p.m. mengikut waktu
tempatan melalui siaran langsung di halaman rasmi Facebook Unit
Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI. Majlis dimulai oleh emcee program
webinar, Muhammad Ari in Muhammad Khalidi yang mengalu-alukan
kehadiran kesemua hadirin ke program pada hari kejadian. Program
dimulai dengan bacaan doa daripada Mohamad Isa Bin Abd Rahim.
Menerusi siaran langsung tersebut, para paenl juga ada men-
yatakan bahawa keadaan mulai mengikut norma baharu. Kesemua kelas,
tugasan, kerja kumpulan dan program dijalankan secara atas talian.
Program ini juga diadakan bersama pertandingan kuiz dan perkongsian
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio
Program Pertandingan
Infografik
Universiti Pendidikan Sultan Idris – Pada tanggal 25 Disember 2020 satu
Program Infogra k telah diadakan anjuran Exco Publisiti dan Multimedia,
Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus Sesi 2020/2021. Program ini
telah berlangsung daripada 1 Disember 2020 sehingga 20 Disember
2020. Program ini telah dijalankan diatas talian menggunakan siaran
langsung Facebook dan telah mendapat sambutan sebanyak 37 penyer-
taan daripada 8 Universiti seluruh Malaysia seperti Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebang-
saan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi
Mara, Puncak Alam, Universiti Teknologi Mara Malaysia, City University
danUniversiti Sains Malaysia,.
Program ini dimulakan pada jam 10.00 pagi, program ini
diteruskan lagi dengan pengumuman para pemenang Pertandingan
Infogra k. Adib Ridhwan bin Tarmizu selaku pengarah program “
Pertandingan Infogra k “ menyatakan bahawa program ini bertujuan
untuk mencungkil bakat di dalam kalangan para pelajar untuk penghasi-
lan infogra k. Bukan itu sahaja, ianya juga untuk mengajar lebih banyak
pelajar untuk belajar menggunakan infogra k sebagai hebahan. Beliau
juga mengharapkan agar program-program seperti ini dapat diadakan
lagi buat masa akan datang.
mediakuklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI OffCamp Studio