The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Soalan Bahagian C Pendidikan Moral Menengah Atas BPM MRSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rahil.ismail, 2022-11-02 22:29:07

ASPIRASI P.Moral MRSM

Modul Soalan Bahagian C Pendidikan Moral Menengah Atas BPM MRSM

Keywords: PMoral; MRSM; MARA; ASPIRASI P.MORAL

ASPIRASI

KOMPILASI SOALAN BAHAGIAN C
SPM PENDIDIKAN MORAL KSSM

2022

© Hakcipta terpelihara Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, isi kandungan dan ilustrasi modul ini
dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, samada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Amanah Rakyat
(MARA).
Diterbitkan oleh: Unit Sains Sosial, Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Sekapur Sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya Modul ASPIRASI ini dapat direalisasikan dengan
jayanya. Modul ASPIRASI ini merupakan inisiatif Bahagian Pendidikan Menengah MARA hasil kolaboratif
pasukan khas yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Moral dari MRSM seluruh Malaysia.

Modul ASPIRASI yang berfokus kepada Bahagian C: Esei ini digubal berpandukan Buku Teks Pendidikan
Moral serta Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM). Modul ini dibangunkan dengan matlamat untuk mendedahkan pelajar dengan
pelbagai isu semasa yang merangkumi domain moral iaitu Penaakulan Moral, Perlakuan Moral dan Emosi
Moral.

Modul tingkatan empat dan tingkatan 5 ini terdiri daripada item pentaksiran yang merangkumi semua
topik dari Bab 1 hingga Bab 12. Setiap item pentaksiran disisipkan dengan panduan penskoran yang boleh
membantu pelajar memahami kehendak soalan seterusnya menguasai teknik menjawab dengan
cemerlang.

Modul ASPIRASI ini merupakan panduan terbaik kepada guru-guru Pendidikan Moral MRSM. Modul ini
juga mampu menjadi bahan bantu mengajar (BBM) kepada guru-guru untuk memantapkan penguasaan
dan pemahaman pelajar berdasarkan sasaran pentaksiran bagi setiap topik mengikut bidang iaitu Bidang
5, Bidang 6 dan Bidang 7.

Semoga Modul ASPIRASI ini dapat dimanfaatkan secara optimum dalam memastikan pelajar-pelajar
bersedia dengan penuh keyakinan ketika menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia seterusnya
melonjakkan kecemerlangan pelajar Pendidikan Moral MRSM secara keseluruhannya.

Kata Alu-Aluan

PENGARAH

Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullilah, syukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan keizinan-Nya saya dapat merakamkan sepatah dua kata
dalam Modul ASPIRASI ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pasukan khas yang dilantik sebagai panel penyunting modul
ini yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Moral yang bertungkus
lumus menjana idea dan keringat bersama-sama Unit Sains Sosial
Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Sesungguhnya modul
sebegini merupakan buah tangan yang dinanti-nantikan oleh tenaga
pengajar dan semestinya pelajar-pelajar calon SPM MRSM seluruh
Malaysia.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jika tiada usaha dan komitmen yang konsisten,
tentunya kecemerlangan akan menjadi sesuatu yang sukar untuk digapai. Untuk itu, besar harapan saya
agar anak-anak pelajar MRSM calon SPM Pendidikan Moral memanfaatkan sebaik-baiknya modul ini agar
misi kita mencapai 100% A mampu direalisasikan.

Akhir kata, saya mendoakan agar segala usaha murni para guru Pendidikan Moral dalam membantu anak
bangsa mendapat keberkatan dari Ilahi. Semoga modul ini menjadi penyuntik semangat anak-anak pelajar
mempelajari mata pelajaran ini dengan mudah dan memberikan makna dalam kehidupan sebagai
seorang pelajar seterusnya sebagai insan mulia pada masa yang akan datang.

Kata Alu-Aluan

Salam sejahtera dan Salam 100% A Subjek Sains Sosial

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya saya
diberikan kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam modul ASPIRASI
Pendidikan Moral MRSM. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pasukan
penggubal dan penyunting yang terdiri daripada KPP Pendidikan Moral dan guru-guru
hebat subjek Pendidikan Moral MRSM atas komitmen dan daya usaha yang jitu dalam
merealisasikan modul ini.

Penerbitan modul ASPIRASI ini diharap dapat mencapai matlamat Bahagian
Pendidikan Menengah MARA dan MRSM untuk mendorong melonjakkan prestasi
pelajar calon SPM Pendidikan Moral ke tahap yang cemerlang. Penghayatan terhadap
konsep moral yang terkandung dalam KSSM Pendidikan Moral bukan sahaja perlu
dikuasai sebagai persediaan menghadapi peperiksaan malahan menjadi tunjang
dalam membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti.

Saya yakin dan percaya bahawa modul ini mampu menjadi wahana kepada warga Dr Zulkifli bin Hussain @
pendidik dalam meningkatkan profesionalisme diri. Kepada para pelajar, gunakan Mat Hassan
modul ini sebaik-baiknya sebagai bahan rujukan dalam meningkatkan pemahaman
terhadap subjek Pendidikan Moral dan seterusnya menguasai teknik menjawab Timbalan Pengarah II
soalan dengan cemerlang. (Sains Sosial)
BPM MARA

Saya mendoakan semoga semua calon SPM Pendidikan Moral mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam medan perjuangan anda nanti.
100% A Pendidikan Moral SPM.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan keizinan-Nya Modul ASPIRASI
Pendidikan Moral MRSM ini berjaya dihasilkan buat julung kalinya. Modul ini
merupakan inisiatif cemerlang pasukan panel khas yang menjadi tulang belakang
mendokong usaha murni ini yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Moral
MRSM. Sekalung penghargaan saya ucapkan.

Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
pihak pengurusan Bahagian Pendidikan Menengah MARA yang menyokong
usaha kami, guru-guru Pendidikan Moral MRSM sehinggalah modul ini mustaid.

Siti Rahil Ismail Modul ini merupakan buah tangan kepada calon-calon SPM sebagai bahan
Ketua Penolong Pengarah pembelajaran kendiri. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Ayuh pelajar-
Geografi & Pendidikan Moral pelajar, manfaatkan item pentaksiran ini semaksimumnya demi membina
pemahaman yang jitu, menguasai teknik menjawab dengan mantap dan
BPM MARA seterusnya mengamalkan segala Nilai Universal yang terkandung di dalamnya.
Berikan komitmen yang paling utuh dalam menggapai kecemerlangan kerana
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Selamat maju jaya.



Isi Kandungan

TINGKATAN 4 STANDARD KANDUNGAN HALAMAN
BIDANG UNIT
Norma masyarakat 1
51 Individu berkeperibadian mulia 5
2 Prinsip keadilan dan keprihatinan dalam membuat keputusan 9
3 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika 13
4 Integriti individu 17
Integriti keluarga 21
65 Berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat 25
6 Hak dan tanggungjawab sebagai warganegara berlandaskan 29
7 perlembagaan Malaysia
Perpaduan dalam masyarakat 33
78 Pengurusan perbelanjaan secara beretika 37
Keunikan rakyat Malaysia 41
9 Kedaulatan negara tanggungjawab bersama 45
10
11 HALAMAN
12
49
TINGKATAN 5 STANDARD KANDUNGAN 53
BIDANG UNIT 57
Norma masyarakat global 61
51 Individu glokal
2 Kerohanian membentuk individu bermoral 65
3 Penggunaan sumber dan penyebaran maklumat demi 69
4 kesejahteraan sejagat 73
Integriti organisasi 77
65 Integriti demi pembangunan negara
6 Berperikemanusiaan ke arah kesejahteraan global 81
7 Penglibatan diri dalm program komuniti bersama-sama badan 85
kerajaan atau badan bukan kerajaan 89
78 Semangat kerjasama dalam masyarakat global 93
Pengurusan kewangan secara beretika
9 Meningkatkan pengiktirafan dunia terhadap negara
10 Malaysia dalam hubungan antarabangsa
11
12

UNIT 1 : NORMA MASYARAKAT
8. Gambar di bawah mencerminkan budaya kunjung-mengunjungi rumah jiran tetangga

sewaktu hari perayaan.

Sumber:Laman sesawang lobakmerah.com
a) Jelaskan norma masyarakat yang boleh diamalkan oleh masyarakat di Malaysia.

Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Bagaimanakah amalan norma masyarakat seperti gambar di atas memberikan
kebaikan dalam kehidupan seharian?
[10 markah]

1 ASPIRASI

9. Gambar di bawah menunjukkan perubahan norma masyarakat dalam aktiviti
permainan tradisional dan moden.

PERMAINAN TRADISIONAL PERMAINAN MODEN

Sumber: Buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 4
a) Mengapakah generasi muda masa kini lebih memilih permainan moden berbanding

permainan tradisional?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
b) Ramalkan kesan sekiranya norma masyarakat itu diabaikan dalam kehidupan harian.

Jelaskan.
[10 markah]

2 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 1: NORMA MASYARAKAT

SOALAN BUTIRAN
8
(a) N1 Hormat
N2 Hemah tinggi
N3 Toleransi
N4 Bertanggungjawab
N5 Rasional

H1 Menghormati orang yang lebih tua di dalam masyarakat
H2 Duduk tertib ketika makan
H3 Mengetuk pintu/meminta izin sebelum masuk ke bilik
H4 Beratur ketika menggunakan pengangkutan awam
H5 Tidak melakukan aktiviti vandalisme yang boleh merosakkan

kemudahan awam yang digunakan bersama
H6 Memberikan hadiah berkaitan dengan hari-hari istimewa
H7 Menegur/menasihati individu yang melakukan aktiviti yang negatif
H8 Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
H9 Makan bersama-sama
H10 Menziarahi orang sakit

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Panduan kepada tingkah laku yang baik
(b) H2 Sebagai ukuran bertingkah laku

H3 Membentuk masyarakat yang teratur
H4 Membuat keputusan yang tepat dan adil
H5 Mengambil tindakan yang sesuai dengan norma masyarakat
H6 Membina masyarakat yang harmoni
H7 Menjaga adab dan tingkah laku
H8 Mengelakkan pergaduhan / perselisihan faham
H9 Menjadi model atau ukuran bertingkah laku
H10 Mengeratkan silaturrahim

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Rasional
(a) N2 Toleransi

N3 Kerjasama
N4 Kebebasan

H1 Tidak terdedah kepada risiko kecederaan
H2 Generasi muda kini tidak didedahkan dengan keistimewaan / kelebihan

3 ASPIRASI

permainan tradisional
H3 Kesukaran untuk mendapatkan peralatan permainan tradisioanal
H4 Kurang penganjuran pertandingan permainan tradisional
H5 Penggiat-pengiat permainan tradisional di kampung / desa tidak

mendapat sebarang bantuan / sokongan daripada pihak kerajaan
H6 Kekangan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan
H7 Pengaruh rakan sebaya
H8 Pengaruh media sosial
H9 Hadiah / ganjaran lumayan yang boleh menjadikan sebagai satu kerjaya
H10 Persembahan grafik yang menarik
(Mana-mana jawapan munasabah)
9 H1 Bersikap individualistik
(b) H2 Hubungan sosial terjejas
H3 Perilaku yang bertentangan dengan agama dan norma masyarakat
H4 Meminggirkan orang yang kurang upaya dan orang yang lebih tua
H5 Pergaulan diluar batasan
H7 Menjejaskan keharmonian masyarakat
H8 Memandang rendah amalan norma yang berbeza
H9 Tidak menghormati amalan kaum lain
H10 Mempersendakan cara berpakaian orang lain
(Mana-mana jawapan munasabah)

4 ASPIRASI

UNIT 2 : INDIVIDU BERKEPERIBADIAN MULIA
8. Keratan akhbar berikut berkaitan kes langgar lari.

Sumber: Laman sesawang Berita Harian Online
a) Anda adalah saksi kepada kes langgar lari tersebut, apakah ciri-ciri individu

berkeperibadian mulia yang perlu dipraktikkan?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
a) Jelaskan kepentingan mempunyai keperibadian mulia dalam situasi ini.

[10 markah]

5 ASPIRASI

9. Penyataan di bawah berkaitan aktiviti pembelajaran di sekolah.
Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba, beberapa aktiviti khidmat masyarakat
akan dilaksanakan oleh para pelajar Pendidikan Moral. Antara aktiviti yang akan
dilaksanakan adalah seperti melukis mural bertemakan kemerdekaan dan
mengantung bendera negeri-negeri dalam Malaysia di dalam kelas.

a) Apakah kepentingan penganjuran aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan pada
peringkat sekolah. Bincangkan.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Bagaimanakah cara mempraktikkan keperibadian mulia di sekolah anda.
[10 markah]

6 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

SOALAN UNIT 2: INDIVIDU BERKEPERIBADIAN MULIA
8
(a) BUTIRAN
N1 Hemah Tinggi
N2 Rasional
N3 Kejujuran
N4 Bertanggungjawab
N5 Kepercayaan kepada Tuhan
N6 Keberanian

H1 Ikhlas / jujur dalam tindakan
H2 Sabar / tenang ketika menghadapi situasi tersebut
H3 Berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan
H4 Berpegang teguh pada nilai moral
H5 Melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan
H6 Bersikap sederhana dalam pemikiran pertuturan dan perlakuan
H7 Bersikap positif / berfikiran terbuka apabila berdepan dengan masalah
H8 Bekerjasama dalam memberikan maklumat kepada pihak berkuasa

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Sentiasa melakukan perkara yang positif
(b) H2 Menjamin kebahagiaan dalam kehidupan

H3 Disenangi komuniti dan masyarakat sekeliling
H4 Memberikan ketenangan jiwa kepada diri sendiri
H5 Dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain
H6 Menjadi suri teladan kepada orang lain
H7 Mencapai matlamat hidup yang diingini
H8 Mengelakkan perkara buruk dari berlaku
H9 Berpegang teguh kepada ajaran agama
H10 Menjamin keamanan sejagat

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Hemah Tinggi
(a) N2 Rasional

N3 Kejujuran
N4 Bertanggungjawab
N5 Kepercayaan kepada Tuhan
N6 Keberanian

H1 Membantu meningkatkan imej sekolah
H2 Membantu meningkatkan imej individu
H3 Menjadi warga sekolah yang sentiasa bertanggungjawab
H4 Memupuk semangat akan cintakan negara
H5 Menghargai jasa pejuang yang telah berkorban untuk negara

7 ASPIRASI

H6 Melahirkan warganegara yang taat kepada negara
H7 Menyumbang tenaga untuk keceriaan sekolah
H8 Menjadi suri teladan pada generasi muda
H9 Menambah ilmu pengetahuan / pengalaman
(Mana-mana jawapan munasabah)
9 H1 Pergaulan yang baik bersama rakan sekolah
(b) H2 Menjalin hubungan erat dengan pihak sekolah
H3 Mematuhi peraturan sekolah
H4 Membentuk disiplin diri
H5 Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dalam bilik darjah
H6 Aktif dalam bidang kokurikulum dan kurikulum sekolah
H7 Memberi sumbangan kepada sekolah dengan kejayaan dalam bidang

yang diceburi
H8 Menghormati guru dan warga sekolah
H9 Melibatkan diri secara sukarela dalam program kemasyarakatan
H10 Memberikan pertolongan ikhlas kepada warga sekolah
(Mana-mana jawapan munasabah)

8 ASPIRASI

UNIT 3: PRINSIP KEADILAN DAN KEPRIHATINAN DALAM MEMBUAT
KEPUTUSAN

8. Maklumat di bawah berkaitan kenyataan rasmi daripada Syarikat Mydin.

Sumber : Laman sesawang Astro Awani, 21 Disember 2021
a) Berdasarkan situasi di atas huraikan tindakan menggunakan prinsip keprihatinan.

Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Bincangkan kepentingan syarikat tersebut dalam membuat keputusan mengikut
prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan.
[10 markah]
9 ASPIRASI

9. Berikut merupakan kenyataan daripada Menteri Kanan Pendidikan berkaitan kes buli yang
berlaku di sekolah.

Putrajaya : Pihak sekolah diberi amaran untuk tidak
menyorokkan kes buli yang berlaku di sekolah.
Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia penting bagi
membolehkan pihak pengurusan sekolah memahami
masalah yang berlaku dan menyelesaikannya.
Beliau juga berkata, untuk menjadikan sesebuah
sekolah itu selamat, ia memerlukan kerjasama semua
pihak termasuk masyarakat setempat.

Sumber: Laman sesawang Berita Harian Online, 18 Ogos 2022

a) Berpandukan prinsip keadilan, jelaskan bagaimana kerajaan menangani masalah buli
dalam kalangan pelajar sekolah.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Anda bersetuju sekiranya pembuli dikenakan tindakan berdasarkan prinsip keadilan.
Bincangkan.
[10 markah]

10 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 3: PRINSIP KEADILAN DAN KEPRIHATINAN DALAM MEMBUAT
KEPUTUSAN

SOALAN BUTIRAN
8
(a) N1 Rasional
N2 Bertanggungjawab
N3 Kasih Sayang
N4 Baik hati

H1 Menunjukkan sikap simpati terhadap mangsa bencana
H2 Mengambil kira keperluan golongan kurang bernasib baik
H3 Menyayangi sesama insan
H4 Membantu golongan yang memerlukan bantuan
H5 Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan
H6 Menjamin keamanan dan keharmonian masyarakat
H7 Memberi keutamaan berdasarkan situasi kritikal
H8 Mengutamakan kebajikan orang lain melebihi kepentingan diri

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Tidak menjejaskan kepentingan orang lain
(b) H2 Menjaga hak kemanusiaan sejagat

H3 Mengelakkan perselisihan faham
H4 Membela nasib golongan yang tertindas
H5 Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keadaan
H6 Menjamin keamanan dan keharmonian masyarakat
H7 Semua lapisan masyarakat mendapat keprihatinan yang sewajarnya
H8 Menunjukkan sifat kepedulian / berperikemanusiaan / pemurah
H9 Menyayangi sesama insan
H10 Mengurangkan kesedihan / beban mangsa

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Rasional
(a) N2 Bertanggungjawab

N3 Keadilan

H1 Mengadakan kempen kesedaran di peringkat sekolah
H2 Jalinan kerjasama menganjurkan kempen dengan badan bukan kerajaan

(NGO) berkaitan kes buli
H3 Mengajar dan mendidik para pelajar melalui subjek di sekolah
H4 Menguatkuasakan undang-undang di sekolah
H5 Hukuman setimpal kepada pembuli
H6 Mewujudkan sekolah pemulihan akhlak

11 ASPIRASI

H7 Mewajibkan pembuli menghadiri sesi kaunseling
H8 Menguatkuasakan pelaksanaan sistem merit demerit di sekolah
H9 Mewajibkan pembuli membuat laporan berkala kepada guru disiplin
sekolah
(Mana-mana jawapan munasabah)
9 H1 Menyedari kepentingan mendapatkan pendidikan
(b) H2 Mengambil peluang memperbaiki diri
H3 Ilmu pengetahuan sebagai jaminan masa hadapan yang lebih cerah
H4 Menyesali perbuatan buli yang telah dilakukan
H5 Perbuatan buli merupakan perbuatan yang salah disisi undang-undang
H6 Pengajaran buat pembuli
H7 Orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama
H8 Mangsa hilang keyakinan diri /merana / kemurungan / trauma
H9 Pelajar lain hidup dalam kebimbangan / trauma
H10 Tertinggal pelajaran / hilang tumpuan
(Mana-mana jawapan munasabah)

12 ASPIRASI

UNIT 4: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SECARA BERETIKA

8. Maklumat berikut berkaitan kesedaran menggunakan kemudahan teknologi maklumat
secara berhemah.

Sumber: Laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN)
a) Bagaimanakah amalan nilai universal dapat membantu anda menggunakan

kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
b) Huraikan manfaat penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.

[10 markah]

13 ASPIRASI

9. Poster berikut berkaitan dengan ungkapan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi!”.

Sumber: Laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia
a) Apakah pandangan anda terhadap ungkapan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi!”

Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Ramalkan implikasi sekiranya berita palsu tidak ditangani dengan segera.
[10 markah]

14 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 4: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SECARA BERETIKA

SOALAN BUTIRAN
8
(a) N1 Rasional
N2 Bertanggungjawab
N3 Hemah tinggi
N4 Kebebasan
N5 Kesederhanaan

H1 Tidak mendedahkan maklumat diri
H2 Tidak memalsukan maklumat diri dalam pendaftaran e-mel
H3 Menggunakan e-mel dengan bijak dan berhati-hati.
H4 Tidak menciplak / plagiat untuk tugasan sekolah
H5 Tidak memburukkan orang lain / fitnah
H6 Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang

penggunaan dalam talian
H7 Tidak memuat turun dan memuat naik bahan negatif / kurang sopan /

pornografi
H8 Mendapat kebenaran yang sah daripada pemiliknya.
H9 Tidak memuat turun dan memuat naik perisian tidak berlesen.
H10 Elakkan menyentuh isu-isu sensitive dan perkauman

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Meningkatkan kualiti pendidikan
(b) H2 Mempelbagaikan aktiviti perniagaan dalam talian

H3 Meningkatkan hubungan sosial
H4 Maklumat diterima lebih pantas dan mudah
HJ5 Menjimatkan kos
H6 Menjimatkan masa
H7 Meningkatkan ekonomi
H8 Perkongsian maklumat mudah
H9 Mempelbagaikan aktiviti perkhidmatan dalam talian
H10 Mengurangkan masalah penipuan dalam talian

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Rasional
(a) N2 Bertanggungjawab

N3 Hemah tinggi
N4 Kebebasan
N5 Kesederhanaan

H1 Bijak menganalisis / menilai berita yang diterima
H2 Tidak mudah terperdaya dengan berita palsu

15 ASPIRASI

H3 Tindakan undang-undang akan dikenakan apabila menyebarkan berita
palsu

H4 Menilai maklumat yang diperolehi sebelum berkongsi
H5 Peka bahawa bukan semua maklumat di media sosial adalah benar
H6 Maruah akan tercemar sekiranya menyebarkan berita palsu
H7 Mendapatkan maklumat yang benar daripada sumber yang sahih seperti

laman sesawang yang diiktiraf
H8 Laporkan sebarang maklumat mencurigakan kepada pihak berkuasa
H9 Mendapatkan pengesahan sesuatu maklumat daripada pihak yang

berkaitan
H10 Berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi
(Mana-mana jawapan munasabah)
9 H1 Mewujudkan suasana kucar-kacir
(b) H2 Menimbulkan keresahan rakyat
H3 Ekonomi negara terjejas
H4 Pelabur asing hilang kepercayaan terhadap negara
H5 Memecahbelahkan perpaduan masyarakat
H6 Menyebabkan pergaduhan antara kaum
H7 Mencemarkan nama baik seseorang
H8 Ketidakstabilan politik negara
H9 Rakyat kehilangan keyakinan terhadap pemimpin dan negara
H10 Imej negara akan terjejas
(Mana-mana jawapan munasabah)

16 ASPIRASI

UNIT 5 : INTEGRITI INDIVIDU
8. Keratan akhbar di bawah ini merujuk kepada individu yang tidak berintegriti.

Sumber: Harian Metro, 19 Mac 2021

a) Pada pendapat anda, apakah kepentingan integriti individu dalam setiap perlakuan?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Terangkan implikasi perbuatan tidak berintegriti tersebut.

[10 markah]

17 ASPIRASI

9. Maklumat di bawah berkaitan dengan isu plagiat.

Isu plagiarisme yang berulang

Shafiq Said

[email protected]

Tindakan mempersembah sebarang idea, tulisan, atau hasil karya individu lain sebagai
hasil kerja sendiri ialah bahasa mudah untuk memahami plagiarisme tidak kiralah
mengambil tulisan individu itu secara menyeluruh, atau sebahagian sahaja.
Plagiarisme yang berasal daripada istilah latin "plagio" membawa maksud "to
steal/mencuri" bermakna seorang plagiaris melakukan ciplakan terhadap produk bukan
miliknya dalam keadaan sedar dan tanpa paksaan.

Kebelakangan ini, dunia penulisan tanah air sering diledakkan polemik kurang enak
mengenai pengarang yang didedahkan memplagiat karya pengarang lain. Kekerapan
pendedahan ini barangkali berkait rapat dengan perkembangan teknologi dan pengaruh
media sosial yang membolehkan khalayak mendapat limpahan maklumat justeru dapat
merujuk silang dan membandingkan karya-karya yang tersiar dengan pantas.

Sumber: Diubahsuai daripada Berita Harian Online, 25 November 2021

a) Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan untuk menghindarkan diri daripada terjebak
dengan perbuatan plagiat?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]

b) Apakah implikasi perbuatan plagiarisme dalam kalangan murid sekolah.

[10 markah]

18 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 5: INTEGRITI INDIVIDU

SOALAN BUTIRAN
8 N1 Kejujuran
(a) N2 Rasional
N3 Harga diri
N4 Bertanggungjawab
N5 Kepercayaan kepada Tuhan

H1 Melahirkan individu yang dapat menyumbang kepada negara
H2 Mendapat keyakinan dan kepercayaan orang lain
H3 Menjamin hasil kerja yang berkualiti
H4 Menjaga imej diri dan keluarga
H5 Meningkatkan kualiti diri
H6 Melahirkan insan yang berpegang teguh pada prinsip moral / etika
H7 Mengelakkan salahguna kuasa
H8 Membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa
H9 Mengeratkan hubungan / keharmonian

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Menjejaskan keyakinan pelabur asing
(b) H2 Mencemarkan nama negara

H3 Menjejaskan keharmonian negara
H4 Menjejaskan masa hadapan
H5 Menjatuhkan maruah diri
H6 Menghilangkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
H7 Memalukan anggota keluarga
H8 Dipinggirkan oleh masyarakat
H9 Bersikap individualistik
H10 Merenggangkan hubungan antara anggota keluarga

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Kejujuran
(a) N2 Rasional

N3 Keberanian
N4 Bertanggungjawab
N5 Kepercayaan kepada Tuhan
N6 Kerajinan

H1 Amanah ketika menyiapkan tugasan
H2 Menguruskan masa dengan baik
H3 Yakin dengan kebolehan diri sendiri
H4 Pengurusan emosi / diri yang baik

19 ASPIRASI

H5 Bersedia dari segi mental / fizikal / rohani
H6 Mempunyai pegangan agama atau kepercayaan yang kukuh dalam diri
H7 Mengelakkan diri tertekan dengan tugasan yang banyak
H8 Belajar dengan tekun / bersungguh-sungguh
H9 Membuat penyelidikan / kajian awal berkaitan tugasan
H10 Mendapat bimbingan daripada guru / ibu bapa / rakan
(Mana-mana jawapan munasabah)
9 H1 Menafikan hak diri sendiri untuk belajar secara ilmiah
(b) H2 Menjejaskan hubungan dengan rakan sebaya
H3 Boleh dikenakan tindakan disiplin
H4 Diberi markah yang rendah pada tugasan
H5 Maruah /imej diri / keluarga akan tercemar
H6 Menjadi malas untuk berusaha
H7 Masa depan yang gelap
H8 Ketinggalan dalam pelajaran
H9 Hidup selalu bergantung kepada orang lain
H10 Tiada keyakinan diri dalam melaksanakan sebarang tugas
H11 Disisih oleh rakan / masyarakat.
(Mana-mana jawapan munasabah)

20 ASPIRASI

UNIT 6 : INTEGRITI KELUARGA
8. Gambar di bawah berkaitan dengan keluarga bahagia.

Sumber: Laman sesawang theAsianparent.com
a) Jelaskan cara memupuk integriti keluarga bagi melahirkan keluarga yang harmoni.

Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Bincangkan gaya keibubapaan paling ideal yang wajar dipraktikkan dalam
membentuk keperibadian anak-anak.
[10 markah]

21 ASPIRASI

9. Gambar di bawah berkaitan dengan keluarga bahagia.

Sumber:Laman sesawang infosihat.gov.my
a) Sebagai seorang anggota keluarga, apakah amalan integriti yang boleh dipraktikkan

dalam membentuk sebuah keluarga yang ideal.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
b) Jelaskan implikasi perbuatan tidak berintegriti yang boleh menjejaskan keharmonian

hubungan kekeluargaan.
[10 markah]

22 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 6: INTEGRITI KELUARGA

SOALAN BUTIRAN
8 N1 Kasih sayang
(a) N2 Bertanggungjawab
N3 Hormat
N4 Kepercayaan Kepada Tuhan
N5 Toleransi
N6 Rasional

H1 Memberikan penghargaan kepada anggota keluarga
H2 Meraikan hari istimewa / kejayaan anggota keluarga
H3 Menyayangi dan menghormati anggota keluarga
H4 Mendengar teguran /masalah / pendapat / pandangan anggota keluarga
H5 Menyediakan keperluan harian anggota keluarga
H6 Memberikan layanan yang adil terhadap anggota keluarga
H7 Memberikan sokongan / memotivasikan / memberi semangat kepada

anggota keluarga
H8 Mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik dan berkesan
H9 Menjadikan pegangan agama sebagai asas yang kukuh dalam

pembinaan keluarga
H10 Menjaga rahsia keluarga
H11 Menjadi suri teladan kepada anggota keluarga
H12 Menjaga hubungan baik antara anggota keluarga
H13 Mengurus emosi / menyelesaikan konflik / permasalahan yang

dihadapi oleh ahli keluarga
(Mana-mana jawapan munasabah)

8 Gaya Autoritatif
(b) H1 Akur dengan permintaan yang bersesuaian daripada anak-anak

H2 Peneguhan berterusan
H3 Peka terhadap kemampuan dan kehendak anak-anak
H4 Ibu bapa mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak-anak
H5 Gaya lebih bersifat demokratik
H6 Pengawalan / menangani emosi anak yang baik dan berkesan
H7 Menyokong kesukaan / cita-cita anak-anak
H8 Kehidupan keluarga yang lebih tenang dan gembira

Gaya Autoritarian

H1 Banyak peraturan dan tuntutan daripada ibu bapa
H2 Kurang memberikan penjelasan kepada anak-anak
H3 Kurang peka terhadap keperluan serta pandangan anak-anak
H4 Kurang rundingan dan tolak ansur
H5 Kurang komunikasi dua hala
H6 Kurang melibatkan anak-anak dalam proses penyelesaian masalah
H7 Mengharapkan anak-anak taat kepada ibu bapa tanpa kompromi

23 ASPIRASI

Gaya Permisif
H1 Kurang peraturan dan tuntutan
H2 Anak-anak diberikan kebebasan dalam membuat keputusan
H3 Setiap permintaan dituruti tanpa memikirkan kesan
H4 Sikap keibubapaan lebih santai / tidak terlalu tegas / mudah memaafkan
H5 Hukuman tidak konsisten dan fleksibel
H6 Tidak mendapat bimbingan sewajarnya daripada ibu bapa
H7 Ibu bapa kurang memantau aktiviti anak-anak
H8 Memanjakan anak-anak
(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Kasih Sayang
(a) N2 Hormat

N3 Toleransi
N4 Rasional
N5 Bertanggungjawab

H1 Saling menyayangi sesama anggota keluarga
H2 Menghormati anggota keluarga yang lebih tua
H3 Menyelesaikan pertelingkahan / pergaduhan / konflik / permasalahan /

urusan keluarga dengan adil
H4 Mengamalkan dan membimbing anggota keluarga tentang ajaran

agama atau kepercayaan
H5 Melaksanakan amalan tradisi / kepercayaan / keagamaan bersama-

sama anggota keluarga
H6 Melibatkan semua anggota keluarga dalam semua aktiviti kekeluargaan
H7 Menjaga rahsia / aib keluarga dari diketahui oleh orang luar yang tidak

berkaitan
H8 Mendengar nasihat / arahan orang yang lebih tua
H9 Menjadi contoh / suri teladan kepada anggota keluarga yang lain
H10 Membanggakan anggota keluarga dengan pencapaian yang cemerlang

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 H1 Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga
(b) H2 Menjatuhkan imej / maruah keluarga

H3 Menjadi beban emosi kepada anggota keluarga
H4 Berlakunya gejala sosial
H5 Keruntuhan institusi kekeluargaan
H6 Diskriminasi dalam keluarga
H7 Prestasi akademik / pekerjaan terjejas
H8 Menyebabkan tekanan emosi / perasaan
H9 Menjadi ejekan / hinaan / fitnah dalam masyarakat
H10 Dipinggirkan oleh masyarakat

(Mana-mana jawapan munasabah)

24 ASPIRASI

UNIT 7 : BERPERIKEMANUSIAAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
8. Gambar di bawah menunjukkan mangsa dera iaitu seorang kanak kanak OKU yang telah di
selamatkan oleh pihak bertanggungjawab.

Sumber: Laman sesawang Sinar Harian, 18 April 2022
a) Bagaimanakah masyarakat dapat membantu mencegah perlakuan tidak

berperikemanusiaan?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
b) Sebagai seorang pemimpin masyarakat, jelaskan aktiviti yang boleh dilaksanakan

untuk memupuk sikap berperikemanusiaan.
[10 markah]

25 ASPIRASI

9.Petikan akhbar di bawah berkaitan kemusnahan harta benda akibat bencana alam.
Banjir di Baling meragut tiga nyawa,
manakala lebih 1,400 penduduk
terpaksa dipindahkan ke tiga pusat
pemindahan sementara (PPS), selain
tujuh rumah musnah dan kira-kira 70
kediaman lagi rosak. – Berita Harian,
Julai 7, 2022.
Sumber: Berita Harian, 7 Julai 2022

a) Huraikan cara masyarakat sekitar mengamalkan perlakuan berperikemanusiaan dalam
membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Ramalkan kesan sekiranya berlaku pengabaian sikap berperikemanusiaan terhadap
mangsa dalam situasi tersebut.
[10 markah]

26 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 7: BERPERIKEMANUSIAAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

SOALAN BUTIRAN
8
(a) N1 Kepercayaan kepada Tuhan
N2 Baik Hati
N3 Kasih Sayang
N4 Bertanggungjawab
N5 Rasional
N6 Kerjasama

H1 Kanak-kanak / bayi dijaga dengan baik oleh ibu bapa
H2 Masyarakat perlu membantu menyelamatkan kanak-kanak yang didera
H3 Bayi / kanak-kanak berhak mendapat perlindungan
H4 Melaporkan kes penderaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa
H5 Menghantar bayi / kanak-kanak yang didera / terabai ke pusat

perlindungan
H6 Mengadakan kempen kesedaran / pendidikan berkaitan isu penderaan
H7 Menyebarkan maklumat tentang penderaan kanak-kanak melalui media

sosial
H8 Menyantuni mangsa penderaan / terabai
H9 Mengelakkan diri daripada melakukan penderaan
H10 Mengambil tahu / mengambil berat / cakna keadaan sekeliling

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Menjaga dan memberikan perlindungan kepada haiwan
(b) H2 Memberikan bantuan kepada golongan gelandangan

H3 Memberikan sumbangan kepada orang miskin
H4 Menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU)
H5 Memelihara dan memulihara alam sekitar
H6 Membantu mangsa bencana alam
H7 Membantu orang yang memerlukan
H8 Menganjurkan program kesukarelawan / khidmat masyarakat
H9 Mengagihkan dana / bantuan
H10 Menganjurkan kempen / program pendidikan

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Kasih sayang
(a) N2 Rasional

N3 Kerjasama
N4 Bertanggungjawab
N5 Baik Hati

27 ASPIRASI

H1 Menyumbang tenaga membersihkan kawasan bencana
H2 Menyumbang keperluan harian / asas
H3 Memberikan rawatan / perubatan
H4 Memberi sokongan moral / emosi
H5 Menyumbang tenaga membina kembali tempat kediaman
H6 Menyertai operasi menyelamat
H7 Memberi kemudahan tempat tinggal sementara
H8 Mengadakan kutipan derma / dana untuk mangsa
H9 Membuat hebahan / makluman di media sosial
H10 Menyumbang alatan menyelamat
N11 Mengajak rakan / ahli keluarga untuk menyertai operasi menyelamat
(Mana-mana jawapan munasabah)
9 H1 Kebajikan mereka yang dilanda musibah terabai
(b) H2 Kehidupan mangsa semakin susah
H3 Angka kematian meningkat / kehilangan nyawa
H4 Mengancam keselamatan
H5 Mengalami tekanan jiwa dan emosi
H6 Bebanan kewangan mangsa meningkat
H7 Kesihatan mangsa terjejas / penularan penyakit
H8 Kerosakan / kerugian harta benda / fizikal / rumah
H9 Proses pemulihan lambat
H10 Gangguan kepada aktiviti seharian
(Mana-mana jawapan munasabah)

28 ASPIRASI

UNIT 8: HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA
BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

8. Gambar di bawah merujuk kepada hak dan tanggungjawab warganegara Malaysia.

Sumber : Laman sesawang Berita Harian
a) Anda bekerja di sebuah syarikat multinasional. Pada pilihanraya umum negara,

syarikat telah mengarahkan anda supaya menghadiri satu mesyuarat penting yang
boleh menguntungkan anda dan syarikat. Apakah tindakan yang wajar anda ambil?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
b) Bincangkan implikasi pengabaian hak dan tanggungjawab sebagai warganegara dalam

memperkukuhkan keharmonian negara.
[10 markah]

29 ASPIRASI

9. Petikan berita di bawah merujuk kepada masalah pencemaran alam.
PONTIAN: Kilang pembuatan komponen basikal dan aksesori memancing
dikompaun RM10,000 serta diarah menghentikan operasi serta-merta
kerana dikesan melepaskan sisa buangan cecair tidak dirawat di dalam
longkang awam. Perbuatan itu dikesan hasil pemeriksaan Jabatan
Pengairan dan Saliran (JAS), di Kawasan Perindustrian Pontian, di sini,
hari ini.
Sumber : Berita Harian Online

a) Apakah perasaan anda apabila membaca isu di atas? Huraikan tindakan anda dalam
membantu kelestarian alam sekitar.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Terangkan faktor berlakunya pengabaian alam sekitar.
[10 markah]

30 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 8: HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA
BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

SOALAN BUTIRAN
8
(a) N1 Rasional
N2 Bertanggungjawab
N3 Patriotisme
N4 Kebebasan
N5 Berdikari

J1 Menghadiri mesyuarat
H1 Menjalankan tugas sebagai pekerja yang berdedikasi
H2 Menambah pengalaman
H3 Peluang kenaikan pangkat
H4 Komitmen kepada organisasi
H5 Tanggungjawab sosial kepada organisasi
H6 Menguntungkan organisasi
H7 Memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi negara /

masyarakat
H8 Menyahut cabaran daripada organisasi
H9 Meningkatkan kecekapan perkhidmatan organisasi
H10 Pembentukan sahsiah / karisma / kredibiliti sebagai pekerja

J2 Membuang undi
H1 Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia
H2 Berhak untuk memilih pemimpin negara
H3 Memastikan dasar kerajaan dapat berjalan lancar / memperkukuh tadbir

urus negara
H4 Membantu pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang stabil
H5 Membantu mengekalkan keamanan negara
H6 Menjamin kebebasan hak asasi warganegara
H7 Mengelakkan diskriminasi yang boleh berlaku kerana perbezaan

agama, bangsa, budaya dan bahasa
H8 Mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada negara / cinta akan negara
H9 Mengelakkan perselisihan faham antara kaum
H10 Membangunkan dan memartabatkan negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Tersisih daripada masyarakat
(b) H2 Dipandang rendah oleh masyarakat

H3 Berlaku perselisihan faham
H4 Mengancam keselamatan
H5 Imej negara tercemar
H6 Semangat patriotik akan berkurangan

31 ASPIRASI

H7 Kestabilan negara akan tergugat
H8 Tadbir urus pentadbiran kucar kacir
H9 Hidup tidak sejahtera
H10 Taraf hidup rakyat terjejas

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 J1 Sedih / Marah / Kecewa / Geram / Dukacita
(a)

N1 Bertanggungjawab
N2 Rasional
N3 Kasih Sayang
N4 Kerjasama
N5 Berdikari

H1 Melaporkan pencemaran kepada pihak berkenaan.
H2 Tidak membuang sisa / sampah ke dalam sungai.
H3 Tidak melakukan pembakaran terbuka.
H4 Kitar semula / guna semula barangan / membaiki barangan yang rosak
H5 Tidak membazir ketika menggunakan sumber tenaga
H6 Menyertai program cintai alam sekitar
H7 Menyokong program komuniti seperti gotong royong
H8 Mengurus sisa buangan domestik

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 H1 Sikap tidak bertanggungjawab individu dan organisasi
(b) H2 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

H3 Dasar atau polisi kerajaan yang lemah
H4 Penggunaan sumber tenaga yang tidak diperbaharui
H5 Pembakaran terbuka / pembakaran hutan
H6 Pembuangan sisa industri / domestik / pertanian yang tidak dikawal
H7 Bencana alam yang berlaku (banjir / tanah runtuh / gempa bumi )
H8 Radiasi / Kebocoran yang berlaku pada barangan elektronik seperti
bateri / komputer / kalkulator

(Mana-mana jawapan munasabah)

32 ASPIRASI

UNIT 9: PERPADUAN DALAM MASYARAKAT
8. Logo berikut adalah berkaitan dengan Skim Rondaan Sukarela.

Sumber : Laman sesawang masjidalmuttaqin.my
a) Program Skim Rondaan Sukarela (SRS) ditubuhkan sebagai satu elemen dalam

pergerakan Rukun Tetangga dalam masyarakat setempat.
Terangkan peranan yang boleh anda sumbangkan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh
Rukun Tetangga.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
b) Cadangkan amalan perpaduan yang boleh dilaksanakan dalam membentuk identiti

nasional.
[10 markah]

33 ASPIRASI

9. Gambar dibawah merujuk kepada aplikasi media sosial.

Sumber : Laman sesawang www.kosmo.com.my
a) Media sosial merupakan pelantar komunikasi yang menghubungkan ramai pengguna

pada satu-satu masa. Bagaimanakah golongan remaja boleh menggunakan media
sosial dalam menyemai amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
b) Bincangkan cabaran penyalahgunaan media sosial terhadap perpaduan kaum.

[10 markah]

34 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 9: PERPADUAN DALAM MASYARAKAT

SOALAN BUTIRAN
8
(a) N1 Rasional
N2 Bertanggungjawab
N3 Kasih Sayang
N4 Hormat
N5 Kerjasama

H1 Banteras aktiviti yang boleh menjejaskan perpaduan
H2 Melaporkan aktiviti yang menyalahi undang-undang / sensitiviti

perkauman
H3 Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan / sukarelawan
H4 Mengambil tahu perkara yang berlaku dalam kejiranan
H5 Mengelakkan perselisihan faham / konflik
H6 Menghormati amalan dan kepercayaan pelbagai kaum
H7 Menjalankan aktiviti bagi menaikkan semangat kejiranan
H8 Menjadi pengantaraan dalam masyarakat
H9 Mengelakkan penyebaran maklumat palsu / negatif
H10 Mewujudkan komunikasi melalui penggunaan aplikasi media sosial

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Menjamin / menjaga keselamatan penduduk
(b) H2 Membuat rondaan di kawasan kediaman

H3 Mengibarkan Jalur Gemilang
H4 Melibatkan diri dalam sambutan Kemerdekaan
H5 Melibatkan pelbagai kaum dalam sesuatu acara sukan
H6 Membantu mangsa bencana
H7 Melakukan khidmat komuniti
H8 Menghadiri rumah terbuka semasa musim perayaan
H9 Menghormati budaya dan adat resam masyarakat Malaysia
H10 Menyertai program kelestarian alam sekitar

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Rasional
(a) N2 Bertanggungjawab

N3 Toleransi
N4 Kesederhanaan
N5 Hormat
N6 Hemah Tinggi

H1 Tidak menyebarkan perkara yang boleh mencetuskan ketegangan kaum
H2 Melaporkan aktiviti / isu berkenaan kepada pihak berwajib
H3 Selidik kebenaran sesuatu perkara sebelum kongsi

35 ASPIRASI

H4 Tidak memuat naik maklumat negatif / menyentuh sensitiviti /
prasangka kaum / menggugat perpaduan

H5 Berkomunikasi secara berhemah dalam talian
H6 Menyebarkan maklumat yang dapat mengukuhkan perpaduan antara

kaum
H7 Tidak mengeksploitasikan maklumat berkaitan kaum lain
H8 Mempromosikan kebudayaan rakyat Malaysia pelbagai kaum
H9 Menghasilkan filem pendek / iklan mengenai perpaduan
H10 Sebagai platform untuk mengukuhkan perpaduan
(Mana-mana jawapan munasabah)
9 H1 Ketegangan antara kaum.
(b) H2 Salah faham berkenaan amalan dan kepercayaan sesuatu kaum.
H3 Penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah
H4 Prejudis terhadap kaum lain
H5 Kurang menghormati sensitiviti / agama / kepercayaan / budaya kaum

lain
H6 Imej rakyat akan tercemar di mata masyarakat dunia.
H7 Penggunaan media sosial tanpa had
H8 Penyebaran maklumat palsu dan negatif tanpa had
H9 Kurangnya sikap bertolak ansur dalam masyarakat berbilang bangsa
H10 Isu perkauman sentiasa diungkit
(Mana-mana jawapan munasabah)

36 ASPIRASI

UNIT 10: PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA
8. Berikut merupakan iklan berkaitan kad kredit.

Sumber :Laman sesawang Edu Bestari
a) Bilangan pengguna kad kredit didapati semakin meningkat. Penggunaan kad kredit

mengubah kehidupan manusia ke tahap yang lebih bergaya dan unggul. Anda
bersetuju bahawa penggunaan kad kredit membawa kebaikan tersendiri.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
b) Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi mengelakkan seseorang individu

diisytiharkan muflis.
[10 markah]

37 ASPIRASI

9. Iklan menunjukkan promosi jualan murah dalam talian.

Sumber : Laman sesawang www.lazada.com.my
a) Jelaskan implikasi sekiranya anda terlalu mengikut nafsu berbelanja ketika jualan

murah tersebut.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]
b) Huraikan kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika.

[10 markah]

38 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 10: PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA

SOALAN BUTIRAN
8
(a) N1 Kesederhanaan
N2 Bertanggungjawab
N3 Rasional

H1 Dapat memudahkan urusan transaksi
H2 Menjamin keselamatan pengguna / kurang risiko
H3 Menikmati pelbagai keistimewaan menggunakan kad kredit
H4 Alternatif jika berlaku waktu kecemasan
H5 Meningkatkan kuasa membeli seseorang
H6 Boleh membayar secara ansuran barang / perkhidmatan yang dibeli
H7 Memudahkan untuk menjejaki perbelanjaan
H8 Menawarkan ganjaran kepada pengguna kad kredit
H9 Mendapat credit rating yang tinggi jika rekod pembayaran balik tanpa

gagal
H10 Merangsang pertumbuhan ekonomi negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Merancang perbelanjaan mengikut keperluan
(b) H2 Mendisiplinkan diri dalam berbelanja

H3 Mendokumentasikan perbelanjaan
H4 Tidak mudah dipengaruhi oleh jualan murah
H5 Mempelajari ilmu menguruskan kewangan/ perbelanjaan
H6 Ibu bapa menerapkan amalan menabung sejak kecil
H7 Tidak membuat pinjaman peribadi yang melampau
H8 Berbelanja secara tunai / kad debit
H9 Memahami kaedah bayaran ansuran bulanan
H10 Menilai semula aset serta komitmen kewangan

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Kesederhanaan
(a) N2 Bertanggungjawab

N3 Rasional

H1 Sentiasa kekurangan wang
H2 Stress / tekanan perasaan
H3 Lambakan stok / barangan yang tidak diperlukan di rumah
H4 Nama boleh di senarai hitamkan oleh pihak bank.
H5 Hutang semakin meningkat / bertambah
H6 Menjejaskan perbelanjaan lain
H7 Diisytiharkan muflis
H8 Menjejaskan masa hadapan

39 ASPIRASI

H9 Sukar untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bank.
H10 Menjejaskan imej diri / keluarga
H11 Menjejaskan keharmonian keluarga
(Mana-mana jawapan munasabah)
9 H1 Persediaan untuk menyambung pelajaran
(b) H2 Keperluan menghadapi alam dewasa
H3 Mengurangkan bebanan hutang
H4 Menjadi pengguna yang bijak
H5 Membantu untuk membuat anggaran yang lebih baik bagi

perbelanjaan akan datang
H6 Membeli mengikut perancangan
H7 Membentuk sikap berjimat cermat
H8 Sentiasa membuat semakan dan perbandingan harga serta jaminan

kualiti produk
H9 Menjamin masa hadapan
H10 Memupuk sikap menghargai wang
(Mana-mana jawapan munasabah)

40 ASPIRASI

UNIT 11: KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA

8. Perbualan di bawah berkaitan pengalaman semasa cuti persekolahan di antara tiga orang
sahabat.

Jacklyn : Hai Riana dan Issac. Kamu berdua apa khabar?

Riana : Hai Jacklyn. Saya sihat.

Issac : Hai Jacklyn. Saya juga sihat. Anda apa khabar?

Jacklyn : Saya sihat juga. Riana, apa pengalaman menarik ketika bercuti di Kelantan?

Riana : Ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan, saya telah berpeluang untuk menyaksikan tayangan
wayang kulit. Walaupun saya tidak memahami dialek masyarakat disana, namun saya berasa teruja dengan
kesenian kebudayaan dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Issac : Menariknya. Saya berharap saya juga dapat peluang sebegitu. Jacklyn, apa pula pengalaman menarik anda
semasa bercuti di Sabah?

Jacklyn : Saya pula telah mencabar diri saya untuk mencuba merasai sejenis makanan iaitu rumpai laut yang di kenali
sebagai latok. Uniknya latok ini apabila dikunyah akan mengeluarkan bunyi “pop” yang sungguh
mengasyikkan.

Riana : Sangat Mengagumkan. Saya pasti akan ingin mencubanya juga. Issac, apa pula pengalaman percutian
anda?

Issac : Semasa di Batu Cave Selangor, saya telah berpeluang menyaksikan sambutan perayaan keagamaan kaum
Hindu iaitu Thaipusam. Ini merupakan hari untuk menunaikan nazar atau menebus dosa. Mereka akan
membawa susu yang berwarna putih kerana susu dianggap paling suci. Bagi yang memohon ampun agar
dosa mereka diampunkan, Kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala.

Jacklyn : Sudah pasti ia merupakan pengalaman yang sangat berharga buat anda, Issac. Sesungguhnya kita semua
sangat bertuah kerana menjadi anak Malaysia yang begitu kaya dan meriah dengan keunikan pelbagai
kaum.

a) Terangkan strategi mengekalkan keunikan rakyat Malaysia berdasarkan nilai
universal yang dipelajari.

Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]

a) Keunikan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia juga menjadi faktor tarikan
pelancong ke negara kita. Namun begitu terdapat pelbagai cabaran dalam
mempertahankan keunikan rakyat Malaysia ini. Huraikan cabaran untuk mengekalkan
keunikan rakyat Malaysia demi kedamaian dan keamanan negara.
[10 markah]

41 ASPIRASI

9. Maklumat berikut berkaitan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini dapat memartabatkan keunikan budaya rakyat
Malaysia. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini sangat penting bagi
sesebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum seperti Malaysia.
OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan.
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan
Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Sumber : Laman sesawang www.jkkn.gov.my

a) Huraikan kepentingan mengekalkan keunikan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

b) Bagaimanakah usaha kerajaan mampu mengekalkan keunikan rakyat Malaysia.
[10 markah]

42 ASPIRASI

PANDUAN PEMARKAHAN TINGKATAN 4

UNIT 11: KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA

SOALAN BUTIRAN
8
(a) N1 Bertanggungjawab
N2 Rasional
N3 Kerjasama
N4 Patriotisme
N5 Berterima Kasih

H1 Menerima dan menghormati keunikan semua kaum
H2 Mempelajari budaya kaum lain
H3 Mengamalkan budaya kunjung mengunjungi semasa sambutan

perayaan kaum lain
H4 Tidak memandang rendah adat atau kepercayaan kaum lain
H5 Tidak memperlekehkan / mengejek / menghina kepercayaan / ibadat

kaum lain
H6 Mengamalkan adat dan budaya dalam kehidupan seharian
H7 Menyertai aktiviti kebudayaan pelbagai kaum
H8 Membanyakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan di peringkat sekolah
H9 Memartabatkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
H10 Mewujudkan muzium mini kesenian dan kebudayaan

(Mana-mana jawapan munasabah)

8 H1 Kepelbagaian bahasa yang tidak dapat difahami oleh segelintir
(b) masyarakat

H2 Menghakis jati diri dan budaya sesuatu kaum
H3 Mudah dipengaruhi dengan budaya negatif dari luar
H4 Perasaan taasub terhadap kebudayaan sendiri
H5 Kecelaruan identiti bangsa
H6 Mencetuskan konflik yang berpunca daripada sikap tidak menghormati
H7 Perbezaan adat dan kepercayaan kaum lain
H8 Mewujudkan sikap perkauman
H9 Pengaruh media yang boleh menjejaskan kebudayaan asal
H10 Budaya barat mendominasi generasi baharu

(Mana-mana jawapan munasabah)

9 N1 Bertanggungjawab
(a) N2 Rasional

N3 Kerjasama
N4 Patriotisme
N5 Berterima Kasih

H1 Mengekalkan perpaduan rakyat malaysia
H2 Menerima persamaan dan perbezaan budaya

43 ASPIRASI


Click to View FlipBook Version