PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
(PPsi)
INVENTORI KECERDASAN
PELBAGAI (IKeP)
TAHUN 6
DEFINISI PENTAKSIRAN
PSIKOMETRIK (PPsi)
PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk
mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret
psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid.
Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu
mempertingkatkan pembelajaran murid.
PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan
kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi
mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh
daripada pengalaman dan persekitaran.
MAKLUMAT PENTING YANG
PERLU TAHU
• Semua murid tahun 6 WAJIB menjalani
pentaksiran ini.
• Arahan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
• Sijil Psikometrik(Dokumen rasmi) akan
digunakan untuk kemasukan ke sekolah
menengah.
SURAT SIARAN
CARA MENJAWAB
• Inventori Psikometrik mengandungi 90
item. Semua item Wajib dijawab.
• JAWAB YA @TIDAK sahaja.
• Klik link yang disediakan.
• Pastikan *NAMA PENUH* dan *NO.
KAD PENGENALAN* DIISI dengan
betul.
• Contoh :
Nama : AHMAD AFNAN HAYYAN BIN
AHMAD AMMAR BAKAR
No. KP : 120427031234
Teori Kecerdasan Pelbagai Howard
Gardner (1983)
• Mengemukakan sembilan kecerdasan manusia yang dapat
dipekembangkan sepanjang hayat.
• Manusia mempunyai kesemua sembilan kecerdasan (berbeza
darjah kekuatan, kemahiran dan keterbatasan)
• Setiap individu mempunyai kombinasi keunikan kecerdasan
tersendiri
• Tiada kecerdasan seseorang lebih baik daripada yang lain
9 KECERDASAN
PELBAGAI
1. VERBAL LINGUISTIK
2. VISUAL RUANG
3. LOGIK MATEMATIK
4. MUZIK
5. NATURALIS
6. KINESTETIK
7. INTERPERSONAL
8. INTRAPERSONAL
9. EKSISTENSIAL