NOTA PENERANGAN
NAMA PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD KURSUS 1033
NAMA KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL
TAJUK TOPIK KABEL DAN AKSESORI
PENGENALAN
Sistem satu fasa - Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu
kabel hidup dari satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai.
Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal. Sistem
satu fasa (Single phase) - Beban kurang seperti rumah kediaman
KABEL DAN PENGALIR
Kabel merupakan media yang penting dalam pemasangan elektrik. Ia menjadi
perantara sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik.
Oleh sebab kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alatan dan tempat berbeza-
beza, kabel-kabel dibuat berbagai-bagai jenis dan saiz bagi menyesusaikannya
dengan keperluan tersebut.
Oleh itu pengguna haruslah bijak ketika membuat pilihan supaya pilihan yang dibuat itu
betul dan sesuai sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan.
Sesuautu kabel itu dianggap sempurna apabila mempunyai tiga bahagian atau
sekurang-kurangnya dua bahagian . bahagian-bahagian itu dikenali sebagai
penalir, penebat dan perlindungan mekanikal.
Terdapat banyak jenis kabel dan pengalir yang biasa digunakan dalam pemasangan
elektrik. Berikut beberapa jenis kabel yang kerap kali digunakan dalam pendawaian
elektrik satu fasa.
1.1 Binaan Kabel
Secara amnya kabel elektrik bawah tanah yang lengkap dan boleh berfungsi dengan baik dan
selamat terbahagi kepada bahagian-bahagian berikut:
i. Bahagian pengaliran elektrik
ii. Bahagian penebat kepada pengalir
iii. Bahagian perlindungan mekanikal
Bahagian pengaliran elektrik adalah konduktor elektrik yang akan menyalurkan bekalan elektrik. Ia
diperbuat dari logam seperti tembaga dan aluminium. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan yang
dipanggil teras (core).
Bilangan pengalir terkecil dalam setiap teras dipanggil lembar (strand). Kabel untuk penghantaran
kuasa elektrik lazimnya mengandungi satu, dua, tiga atau empat teras. Bilangan lembarnya pula
bergantung kepada saiz kabel.
Saiz setiap lembar akan menentukan kemudahlenturan sesuatu kabel. Lebih kecil saiz lembar lebih
mudahlah ianya dilenturkan walaupun memerlukan banyak bilangan lembar.
1.2 Perbezaan Tembaga Dan Aluminium
No Tembaga Aluminium
Pengalirannya baik, oleh itu saiznya Pengalirannya kurang baik, oleh itu
lebih kecil untuk sesuatu kadaran saiznya lebih besar bagi sesuatu kadaran
1 arus arus yang sama
2 Harganya mahal Harganya murah
3 Lebih berat Ringan
4 Tidak mudah patah Mudah patah
5 Mudah lentur Tidak mudah lentur
1.3 Faktor-Faktor Pemilihan Kabel
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sewaktu membuat pemilihan sesuatu jenis kabel yang
hendak digunakan ialah seperti yang berikut :
a. Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap: maknanya saiz kabel itu
mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa memanaskan kabel. Di samping
itu susut voltannya tidak melebihi 4 % voltan bekalan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan
IEE 525-01-02 edisi ke 16.
b. Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya. Maknanya, penebat kabel yang akan dipilih itu
bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat kabel itu hendak dipasang. Setiap penebat
mempunyai suhu maksimun yang ia mampu bertahan, misalnya kabel p.v.k sesuai untuk suhu 0º C
hingga 65º C. Suhu yang lebih atau kurang daripada julat ini akan menyebabkan kabel p.v.k rosak.
Jadi keselamatan kabel yang dilindunginya akan tergugat dan seterusnya akan mendatangkan
bahaya kepada pengguna kabel tersebut.
c. Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya hendaklah hendaklah berharga murah. Kadangkala beberapa
jenis kabel mempunyai keupayaan, kecekapan dan ciri-ciri keselamatan yang hampir sama tetapi
harganya berbeza-beza. Untuk menjimatkan belanja eloklah ddiberi keutamaan kepada kabel yang
harganya lebih murah.
1.4 Jenis Jenis Kabel
Jenis-jenis kabel bawah tanah:
Kabel PVC/PVC Single Core Bertebat PVC.
Kabel PVC/SWA/PVC 2 Core
Kabel PVC/SWA/PVC multicore pilot cable.
Kabel X.L.P.E ( Cross Link Poly Ethylene)
i. PVC kabel – PolyVinyl Chloride.
Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestik dankabel perhidmatan oleh
pihak berkuasa bekalan.
ii. PVC/swa/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wireArmoured-PVC).
• Mempunyai perisai sebagai perlindungan mekanikal.
• Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh danboleh tahan panas sehingga 85°C.
• Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atautembaga.
• Terdapat dalam beberapa teras iaitu : 2 teras. 3 teras. 4 teras. Pelbagai teras ( multicore
cable).
KEGUNAANNYA :
• Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan rendah.
• Untuk penyambungan di antara alatubah danpapan agihan voltan rendah.
• Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna.
• Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna .
• Untuk sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam
•
iii. PICDSTA –Paper Insulated Cover Double SheatTar Armoured.
PENGALIR
• Pengalir terdiri daripada aluminium dan tembaga
• Pengenalan pengalir 0 – Neutral 1 – Merah 2 – Kuning 3 – Biru
• Rupa bentuk pengalir - kurang dari 16mm berbentuklembaran bulat dan lebih dari
16mm berbentuk lembaran“shaper”.
• Isian - “Impergrant Filler” – Impergrant diperbuatdaripada tapisan “Viscous berserta
Refinde Rosin (GumPasfree)”,dan di antara fungsi-fungsi impergrant ialah :
- Memperbaiki keteganganelektrik.
- Pelincir bagi memudahkan pergerakan tape apabila kabel tersebut ditambah.
- Mempertingkatkan pengaliranhaba.
• Jut - Diletakkan di antara penebat kertas dan ia juga membentuk kabelmenjadi bulat.
• Penebat talian kertas (Belt Paper) -berfungsi sebagai penebat tambahan diantara pengalir
dan bumi
• Tebal talian kertas ialah : 1.4mm - di antara pengalir dan 1.2mm – di antara pengalir dan
sarung plumbum
JENIS BEDDING :
• Pita kertas beserta “Bitumin” (atau pita PVC)
• Bahan “FibrosBitumin”
• “Serving” - diperbuat dari bahan-bahan Fibros-Bitumin dan tebalnya 2mm,
o digunakan untuk menyaluti bahagian luar kabel dan
o juga diperbuat daripada “JuteYam”,“Hessian
o Tape”,“Neutral Cotton” atau “Synthetic Fiber
o Tape”. - lapisan serbuk putih digunakan untukmengelakkan dari melekat
iv. XLPE – Cross Line Poly Ethylene
• Maksud “XLPE” ialah Cross Link Ethylene.
• Penebatnya dibuat dari bahan plastik yang diberi nama“Cross Link Poly Ethylene” yang
menggantikan kertas. Penebat plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri
dari pengalir aluminium dan tembaga.
• Mudah dibentuk mengikut saiz pengalirdengan cara “Tool & Die” mengeliling pengalir agar
tiada rongga terjadi di antara pengalir dan plastic.
• Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaanya.
• Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain
• Tidak mudah menyerap air.
Sebab menggantikan penebat plastik ialah :
• Kehilangan daya elektrik adalah rendah.
• Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.
• “Thermoset Plastik” digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini tidak mudah
berubah nilai dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba geseran atau pun tarikan.
• Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA.
KEGUNAANYA :
• Kawasan pencemaran kimia dan minyak.
•
• Kawasan paya atau tanah berat
v. MICC – Mineral Insulated Copper Covered.
• Sarung luaran diperbuat dari tembaga tanpa pateri pada takat lebur 1038 °C.
• Penebatnya dari jenis Magnesium Oksida dengan takat lebur pada 2800 °C.
• Pengalirnya dari jenis tembaga elektronik( electrolytic copper) takat lebur 1083 °C
• British Standard bagi kabel ini ialah BS 6207.
• Pengalir didapati dalam dua jenis iaitu:
o LIGHT DUTYL 500V – digunakan untuk kuasa rendah.
o HEAVY DUTYH 750V – digunakan untuk kuasa tinggi.
- Pengalir dalam bentuk teras iaitu 1,2,3 dan 4 teras.
- Kabel ini digunakan untuk pendawaian di tempat suhu yang tinggi atau tempat mudah
terbakar seperti rumah dandang (boiler house) untuk system pencegah kebakaran dan lain-
lain.
- Penamatan kabel ini menguna kabel gland.
2. Peranti Perlindungan Sistem Pendawaian 1 Fasa
Dalam kerja-kerja pepasangan elektrik, perlindungan bermaksud memberi jagaan kepada
alat-alat dan pepasangan daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik.
• Semua papan agihan ,unit pengguna hendaklah mengandungi peranti peranti perlindunganyang
mengawal litar akhir dari perkara berikut:
i) Lebihan arusbeban
ii) Litar pintas.
iii) Kebocoran arus ke rangka logam(bumi)
Fungsi (i) dan (ii) biasanya dikawal oleh fius atau MCB(Pemutus litar kenit) Fungsi(iii)
dikawal oleh RCD(Peranti arus baki) dan mungkin juga oleh(i) & (ii)
1.5 Saiz Kabel Yang Digunakan
Kabel yang hendak digunakan bergantung kepada jenis beban yang dipasang dan jenis pendawaian
yang hendak digunakan.satu pengiraan khas perlu dilakukan bagi mendapatkan saiz kabel yang
tepat.Hal ini ada dibincangkan dengan terperinci dalam buku peraturan pemasangan atau buku-buku
pemasanga elektrik.Bagi memudahkan kerja melukis dan sebagai panduan awal tanpa pengiraan
khas,jadula di bawah bolehlah digunakan untuk kerja-kerja melukis gambarajah skematik
Saiz kabel Jenis Kabel Beban
1.5 mm² pvc PVC
2.5 mm² pvc PVC Lampu- 6 amp
4 mm² pvc PVC
Soket Alur Keluar 13 amp
6/10 mm² pvc PVC
Pemasak/pemanas dan
16 mm² pvc /25 mm² pvc PVC Penghawa Dingin
Bekalan Utama bagi jumlah
permintaan arus tidak melebihi
30 amp
Bekalan Utama bagi jumlah
permintaan arus tidak melebihi
60 amp
Kabel Satu Teras
Kabel satu teras satu pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit
1.0mm pvc biasanya digunakan untuk pemasangan litar kawalan
motor
Kabel satu teras tiga pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit
1.25mm/1.5mm pvc biasanya digunakan untuk pemasangan litar lampu dan
kuasa am
Kabel satu teras tujuh pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit
2.5mm/4.0mm pvc biasanya digunakan untuk pemasangan litar kuasa, motor
elektrik & penghawa dingin
Kabel Dua Teras
Kabel dua teras banyak pengalir biasanya kebel jenis digunakan pada
peralatan atau perkakasan elektrik untuk sambungan bekalan kuasa.
KABEL TIGA TERAS
Kabel tiga teras banyak pengalir biasanya kebel jenis digunakan pada
peralatan atau perkakasan elektrik untuk sambungan bekalan kuasa. Kabel
jenis ini banyak digunakan untuk membuat penyambungan kabel bagi soket
alir keluar mudah alih.
Peraturan Am Pemasangan Alat Tambah
Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Tenaga . Antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut:
a. Suis
i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung
supaya ,
mudah dikendalikan.
ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi. Jika suis perlu dipasang didalam bilik
mandi, suis jenis tarik hendaklah digunakan.
iii. Suis dua hala sesuai digunakan untuk koridor, tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik.
iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas
dan memudahkan Kawalan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang
mengandungi suis kembar dua atau lebih.
b. Lampu
i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu. Bagi bilik yang besar,
bilangan poin lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan
sama rata.
ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca.
iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu
oleh bilah kipas.
c. Soket Keluar
i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua. Bagi bilik
yang lebih besar peraturan ini dilonggarkan.
d. Unit Kawalanpengguna
i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah
dikendalikan ketika berlaku kecemasan
Aksesori - Alat Tambah
Ros Siling
Ros siling ialah tempat penyambungan penamat pendawaian tetap. Dari sisni
disambungkan kord atau kabel boleh lentur untuk sambungan ke beban seperti
lampu, kipas dan sebagainya. Terdapat tiga jenis ros siling iaitu mempunyai 2
plat, 3 plat dan 4 plat. Ros siling biasanya dipasang untuk bekalan 250V
Siling ros ialah tempat sambungan penamat pendawaian tetap dan dari sana ia
disambungkan ke kord boleh lentur untuk sambungan ke beban seperti lampu
kipas siling dan sebagainya. Saiz piawai siling ros mengikut BS 67.
• Struktur Binaan Ros Siling
Ia biasanya mempunyai 2, 3 atau 4 pelit terminal untuk sambungan kabel litar
dan kord boleh lentur.
Badan siling ros diperbuat daripada bahan penebat yang teguh iaitu bakelit.
• Peraturan IEE Bagi Ros Siling
✓ Tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang melebihi 250 volt.
✓ Tidak boleh dipasang bersama-samanya lebih daripada satu kord boleh
lentur kecuali ia dibuat khas untuk berbilang keluaran.
✓ Punca bumi siling ros mestilah disambungkan kepada pengalir
perlindungan litar pada setiap litar akhir
PEMEGAGAN LAMPU
Ialah alat tambah yang digunakan untuk memegang lampu dan ia dapat
memudahkan sambungan lampu kebekalan. Terdapat empat jenis pemegang
lampu iaitu jenis pangkal kilas, skru Edison, skru goliath dan pin.
JENIS SKRU
Jenis Pangkal Kilas
SUIS
1. SATU ALAT MEKANIKAL MEMUTUS & MENYAMBUNG ARUS SECARA MANUAL.
2. TERDAPAT 3 JENIS SUIS:
➢ SUIS 1 HALA
➢ SUIS 2 HALA
➢ SUIS PERANTARAAN
➢ Saiz piawai yang digunakan BS 3676
Suis ialah alat tambah yang boleh memutuskan dan menyambung litar elektrik
secara mekanik (kawalan tangan) sama ada secara terus atau melalui
perantaraan tali ayau tombol pemetik atau tangkai pada arus normal litar itu. Suis
juga hendaklah mampu menahan keadaan tertentu misalnya arus lebih akibat
beban yang berlebihan atau litar pintas. Terdapat berbagai jenis suis antaranya
suis satu hala, dua hala, perantaraan, dua kutub, pilihan, suis dua hala dan suis
tiga kutub.
STRUKTUR BINAAN
1. BADAN & PENUTUP SUIS BIASANYA DIPERBUAT DARI BAKELIT.
2. TERDAPAT 2 @ LEBIH TERMINAL (BERGANTUNG JENIS SUIS)
3. JENIS BENTUK BADAN:
➢ PERMUKAAN
➢ SEMI TERSEMBUNYI
➢ TARIK SILING
➢ KHUSUS DALAM PEMASANGAN KONDIUT
SUIS SATU HALA
17
SOKET ALUR KELUAR
Soket alur keluar ialah punca sambungan (sentuhan) betina yang dipasang ke
pemasangan tetap. Soket alur keluar bolrh menerima satu palam untuk
menyambungkan bekalan ke alat-alat mudah alih. Terdapat berbagai saiz, bentuk dan
jenis soket alur keluar di pasaran.
E
NL
E
NL
SOKET ALUR KELUAR 13A
18
• Soket alur keluar ialah alat yang mempunyai beberapa sesentuh pembawa arus yang
tetap dan disambung kepada pemasangan pendawaian tetap.
• Kegunaannya adalah untuk membolehkan alat elektrik mudah alih disambung ke
litar akhir dengan menggunakan palam yang sesuai.
• Saiz piawai soket alur keluar mengikut BS adalah seperti berikut :
Jenis alur keluar (BS) Arus Nominal
BS 1363 13A
BS 546 2A,5A,15A,30A
BS 196 5A, 15A,30A
BS 1778 15A
BS 4343 16A,32A,63A,125A
Struktur binaan
1. Badannya diperbuat dari bakelit.
2. Terdapat 3 terminal:
➢ Bumi
➢ Neutral
➢ Hidup
3. Tiub sesentuh diperbuat dari loyang keras
4. Bahan buatan soket alur keluar ialah jenis bakelit.
5. Didalamnya terkandung terminal-terminal dan tiub-tiub sesentuh bagi pengalir fasa,
neutral dan bumi. Tiub-tiub sesentuh hanya sesuai dengan pin-pin palam tertentu.
6. Bahan yang digunakan untuk tiub-tiub sesentuh adalah daripada loyang yang keras
dan berada di tempat yang tidak mudah disentuh oleh pengguna
19
PERATURAN BAGI SOKETALIR KELUAR
• Punca bumi setiap soket alur keluar mestilah disambungkan ke pengalir keterusan
bumi litar akhir kecil.
• Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik yang mengandungi air pancut dan
kolah mandi.
• Bila soket alur keluar dipasang dalam lantai usaha perlindungan hendaklah dibuat
agar semasa membersihkan lantai tidak berlaku renjatan elektrik.
• Bila ia dipasang di dinding minimum ialah 300 mm dari lantai.
• Soket alur keluar tidak boleh dipasang pada voltan bekalan yang melebihi 250V
kecuali direka khas.
• Soket alur keluar untuk kegunaan alat perkakas sesisi rumah mestilah dari jenis BS
1363
• Bilangan untuk soket alur keluar yang boleh dipasang pada satu-satu litar hendaklah
merujuk pada bab litar pengguna.
RUJUKAN :
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik
1994, Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of Buildings
- MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik, Edisi
16. Golden Books Centre Sdn Bhd
4. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth Edition)
Institution of Electrical Engineers
5. Asas pendawaian oleh Mohd. Isa Idris dan Ramli Harun.
6. Pemasangan dan penyelenggaran elektrik edisi kedua. Oleh Abd. Samad Hanif
7. Penerap Bata Dan Pekerja Batu , Lembaga Latihan Perindustrian Dan Persijilan Ketukangan
Kebangsaan ,Firmasa Sdn.Bhd , Kuala Lumpur .
8. Giesecke, F. E. Et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall
20