PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 1
Terdapat beberapa jenis kerosakan yang biasa berlaku pada sesebuah pepasangan
elekrik yang telah lengkap didawai sama ada jenis pemasangan yang baharu,
pendawaian lama atau pendawaian tambahan.
Kerosakan-kerosakan ini bukan sahaja berlaku pada peralatan elektrik ia juga
melibatkan litar-litar pendawaian dan papan suis agihan. Diantara kerosakan yang
sering berlaku ialah :-
▪ Litar pintas.
▪ Litar terbuka.
▪ Beban lebih
▪ Bocor ke bumi
▪ Sambungan longgar
▪ Selalu terpelantik
▪ Rosak ke bumi
Litar Pintas
Litar pintas biasanya terjadi apabila pengalir fasa dan neutral sentuh di antara satu
dengan lain. Punca terjadi perkara berikut adalah disebabkan oleh salah satu
daripada perkara-perkara berikut :
▪ Penebat kabel litar yang rosak.
▪ Sambungan kabel longgar.
▪ Menggunakan soket yang rosak.
Litar Buka
Litar terbuka mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :-
▪ Pengalir kabel terputus.
▪ Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan.
▪ Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar idak
berapa baik.
1
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 2
Beban Lebih
Beban lebih adalah disebabkan oleh penambahan beban yang lebih daripada yang
dibenarkan atau salah mengira faktor kepelbagaian. Sekiranya arus yang dibawa
lebih daripada had kabel,pengalir akan menjadi panas.
Beban lebih yang disebabkan arus beban naik secara mendadak pada peringkat
permulaan motor elektrik (starting current ). Starting current berlaku dalam jangka masa
singkat dan arusnya tidak terlalu tinggi.
Bocor Ke Bumi
Arus lalu melalui Pemutus Litar Bocor Kebumi (PLBK). Arus ini dilalukan ke alatubah
arus (alat berbentuk doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula
dilalukan sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan
ke beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana
terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak
mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke
bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar
tidak akan seimbang lagi. Ketidakseimbangan ini akan menjana arus dan jika
arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan
memutus bekalan.
Sambungan Longgar
Litar longgar mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :-
▪ Pemasangan tamatan kabel tidak kemas (skru tidak ketat,
kondaktor tidak kemas)
▪ Pemasangan tamatan yang telah lama (kesan haba).
▪ Pemasangan tamatan pada peralatan mudah alih.
Selalu Terpelantik
PBLK akan terpelantik ke bawah (trip) apabila berlaku renjatan elektrik, voltan tinggi
akibat kilat ataupun berlaku kerosakan pada pendawaian yang menyebabkan arus
mengalir ke bumi.
2
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 3
Apabila PBLK trip, anda perlu menaikkan semula suisnya (reset) supaya bekalan
elektrik pulih seperti biasa. Walaubagaimanapun, kadang-kala PBLK tidak dapat
dinaikkan (reset) walaupun ditolak berkali-kali ke atas.
Rosak Ke Bumi
Kerosakan bumi biasanya terjadi apabila pengalir fasa sentuh dengan pengalir bumi
atau badan (logam) alat perkakasan elektrik.
Membaiki Kerosakan Pemasangan Elektrik
Dalam bab ini akan mempelajari cara-cara asas menyelenggara kerosakan yang
berlaku dalam sesebuah pemasangan. Sebelum pergi lebih jauh dalam
membincangkan dan melakukan secara praktikal adalah lebih baik mengenalpasti
kemungkin-kemungkitnan kerosakan yang biasa hadapi di rumah kediaman.
Situasi-situasi yang mungkin pernah berlaku seperti berikut:-
▪ Terputus bekalan elektrik secara total.
▪ Terdengar sesuatu bunyi pada papan agihan (DB).
▪ Soket alir keluar tidak berfungsi.
▪ Soket alir keluar terbakar.
▪ Lampu atau kipas yang digunakan tiba-tiba mati.
▪ Lampu dihidupkan tidak menyala.
Jika perkara-perkara berikut berlaku dirumah jangan panik dan bimbang kerana
perkara seperti itu kerap berlaku dirumah-rumah kediaman. Bagi membolehkan
memastikan ianya selamat dan boleh dibaiki, perlu terlebih dahulu mempelajari
bagaimana tatacara menangani keadaan-keadaan dinyatakan dengan cara dan
kaedah yang betul serta selamat.
3
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 4
Bekalan ELektrik Terputus Secara Total.
Bekalan elektrik terputus secara total atau keseluruhan rumah tidak
mendapat bekalan elektrik mungkin disebabkab oleh perkara berikut :
▪ Pihak pembekal iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghadapi masalah
seperti ketidakupayaan janakuasa membekalkan tenaga elektrik secara total.
▪ Talian penghantaran pembekal tenaga menghadapi masalah gangguan
seperti kabel penghantaran putus atau rosak di sebabkan pokok dan lain.
▪ Kerosakkan pencawang yang membekalkan tenaga.
▪ Kerosakan pada fius perkhidmatan berhampiran meter jangka yang dipasang di
rumah.
▪ Suis utama pada DB dirumah terpelantik (tombol operasinya jatuh/turun)
❖ Mengganti Fius Perkhidmatan
Sekiranya didapati fius perkhidmatan di rumah terbakar (biasanya terdapat
kesan terbakar dan bau hangus) apakah yang perlu lakukan.
Fius Perkhidmatan
Fius
4
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 5
Langkah Membaiki
I. Dapatkan pertolongan daripada juruelektrik yang bertauliah untuk
membaikinya.
II. Sekiranya tidak ada, boleh membaikinya sendiri dengan langkah-langkah
berikut :-
a. Periksa DB dalam rumah, pastikan tidak terdapat peralatan
perlindungan yang terpelantik.
b. Periksa litar kecil akhir iaitu aksesori lampu dan soket yang dipasang dan
pastikan tiada kerosakan berlaku.
c. Matikan semua suis perlindungan dalam DB
d. Guna sarung tangan berpenebat/kain tebal.
e. Tanggalkan fius perkhidmatan dari kotaknya.
f. Periksa bahagian masukan kabel hidup guna pena uji
g. Pastikan pena uji bernyala jika tidak bermakna terdapat gangguan pada
talian penghantaran (pihak pembekal, TNB)
h. Gantikan fius yang baharu dalam kotak fius perkhidmatan dan selepas itu
pasangkan semula ke dalam kotak fius perkhidmatan.
i. Periksa bahagian masukan pada suis utama yang terdapat dalam DB
menggunakan pena uji dan pastikan lampu menyala.
j. Hidupkan suis utama, PLBK/RCCB dan diikuti MCB (pemutus litar kenit)
satu persatu.
k. Sekiranya ketika menghidupkan MCB di dapati PLBK/RCCB
terpelantik ini bermakna litar kecil akhir yang dikawal oleh MCB
bermasalah.
l. Biarkan MCB tersebut mati dan hidupkan PLBK/RCCB kembali dan hidupkan
pula MCB lain yang belum dihidupkan.
m. Bagi MCB yang mati tadi perlu di selenggara (mengikut kaedah dan
tatacara yang betul).
\
5
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 6
❖ Suis Utama Pada DB Terpelantik (Tombol terjatuh)
Suis
Utama
RCCB MCB
Rajah : DB 1 Fasa
Sekiranya didapati suis utama pada DB terpelantik/terbakar apakah yang anda
perlu lakukan.
Kesan
Terbakar
Langkah Membaiki.
I. Matikan semua suis perlindungan dalam DB.
II. Matikan semua soket dan suis.
III. Hidupkan suis utama, PLBK/RCCB dan diikuti MCB (pemutus litar kenit)
satu persatu.
a. Sekiranya ketika menghidupkan MCB di dapati PLBK/RCCB
terpelantik ini bermakna litar kecil akhir yang dikawal oleh MCB itu
bermasalah.
b. Biarkan MCB tersebut mati dan hidupkan PLBK/RCCB kembali dan
hidupkan pula MCB yang belum dihidupkan.
VI. Bagi MCB yang mati tadi perlu di selenggara dan kita akan mempelajari
secara mendalam kaedah dantatacaranya.
6
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 7
❖ PLBK/RCCB Dan MCB DB Terpelantik (Tombol terjatuh)
Jika terdengar sesuatu bunyi pada papan suis (DB) yang menyebabkan bekalan
elektrik mati/terputus mungkin mengakibatkan perkara-perkara berikut berlaku:-
I. PLBK/RCCB terpelantik
II. MCB terpelantik
Langkah Membaiki.
I. Jika PLBK/RCCB terpelantik maka perlu lakukan langkah-langkah berikut
untuk membaikinya :
Pemegang Ros Siling
Lampu
LEN
EN RCCB
Terpelantik
Papan Agihan
(DB) (Tombol Jatuh
Kebawah)
E
C
NL L
Soket Suis
7
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 8
a. Sekiranya ia terpelantik kerana di sebabkan oleh bunyi Guruh dilangit, boleh
terus hidupkan sahaja tanpa membuat pemeriksaan kerana ini adalah
perkara biasa berlaku dan ini menandakan PLBK/RCCB dirumah adalah
berkeadaan baik.
b. Jika PLBK/RCCB terpelantik disebabkan kerosakan pemasangan elektrik
perlu melakukan langkah-langkah berikut untuk membaikinya :-
▪ Matikan semua MCB yang dikawal oleh PLBK/RCCB tersebut.
▪ Hidupkan PLBK/RCCB dan hidupkan MCB satu persatu sehingga
dapati MCB yang menyebabkan PLBK/RCCB itu terpelantik.
▪ Matikan PLBK/RCCB dan buatlah pemeriksaan pada litar kecil akhir
yang dikawal oleh MCB tersebut.
▪ Setelah selesai selenggara/baiki maka hidupkan semula PLBK/RCCB
dan semua MCB yang dikawal.
II. Jika MCB terpelantik/terbakar lakukan langkah seperti berikut :-
Kesan
Terbakar
a. Periksa litar yang dikawal oleh MCB ini sama ada litar lampu atau litar
kuasa.
b. Pastikan tidak terdapat kesan kerosakan akibat terbakar atau yang lain.
c. Kerosakan MCB berlaku kerana terdapat pintasan atau beban lebih
pada litar yang dilindungi.
d. Matikan PLBK/RCCB yang melindungi MCB tersebut jika ianya
tidak terpelantik.
e. Baiki litar yang dilindungi (akan dipelajari kaedahnya kemudian) setelah
selesai.
8
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 9
f. Buka MCB tersebut perlahan-lahan dan gantikan dengan yang baharu
(pastikan MCB yang digantikan mempunyai kadaran arus perlindungan yang
sama).
g. Hidupkan PLBK/RCCB dan hidupkan MCB tersebut sekiranya
PLBK/RCCB tidak terpelantik.
h. Hidupkan aksesori yang dilindungi jika MCB dan PLBK/RCCB tidak
terpelantik ini bermakna ianya berada dalam keadaan selamat digunakan.
❖ Soket Alir Keluar
Soket Alir Keluar Tidak Berfungsi/Terbakar
Kadang-kadang berlaku kerosakan pada
pemasangan seperti soket tidak berfungsi atau
terbakar ketika ia digunakan atau tidak
digunakan. Kerosakan ini mungkin disebabkan
oleh beberapa faktor seperti berikut :-
▪ PLBK/RCCB /MCB mengawal litar soket terpelantik/rosak
▪ Sambungan pada soket terlepas/longgar
▪ Terlebih beban dan terbakar
▪ Terdapat binatang (cicak, semut bersarang) dalam soket penyebab pintas.
▪ Soket telah luput (kerosakan mekanikal)
9
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 10
Langkah Membaiki.
Pemegang LEN
Periksa Soket, buka Matikan
dan gantikan yang RCCB Litar Kuasa
baharu jika rosak
I. Matikan MCB yang mengawal soket atau PLBK/RCCB yang mengawal litar
kuasa untuk lebih selamat.
a. Buka dan periksa soket yang bermasalah seperti dinyatakan di atas jika
tidak terdapat perkara yang dinyatakan pasang semula soket dan
pastikan semua sambungan kabel dipasang ketat pada puncanya.
b. Hidupkan semula PLBK/RCCB dan setiap MCB pastikan ianya tidak
terpelantik, jika keadaan ini berlaku bermakna soket selamat digunakan.
c. Sekiranya PLBK/RCCB dan MCB yang mengawal soket tersebut
dihidupkan tetapi soket masih tidak berfungsi kemungkinan MCB
tersebut telah rosak dan perlu digantikan.
d. Jika soket terbakar sama ada lebih beban atau disebabkan pintasan, apa
yang perlu lakukan adalah seperti berikut:-
10
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 11
e. Matikan semua MCB yang dikawal oleh
PLBK/RCCB tersebut dan untuk lebih
selamat matikan PLBK/RCCB sekali.
f. Periksa kabel pengalir dengan
menggunakan pena uji (memastikan kabel
tiada bekalan)
II. Buka dan periksa soket yang bermasalah seperti dinyatakan di atas :-
a. Jika terdapat pintasan (disebabkan oleh cicak atau kabel bersentuhan)
bersihkan soket dan pasang semula.
b. Jika soket terbakar dan tidak boleh
digunakan semula maka gantikan dengan
yang baharu dan pasang dengan betul
pada punca-punca yang telah disediakan.
c. Hidupkan semula PLBK/RCCB dan setiap
MCB pastikan ianya tidak terpelantik, jika
keadaan ini berlaku bermakna soket
selamat digunakan.
11
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 12
❖ Litar Lampu Atau Kipas Tidak Berfungsi.
Kadang-kadang berlaku kerosakan pada pemasangan bagi litar lampu atau
kipas dan ianya tidak dapat dihidupkan dan digunakan. Beberapa kerosakan
mungkin berlaku pada pemasangan lampu/kipas tersebut :-
I. MCB mengawal litar lampu/kipas terpelantik
II. Sambungan pada suis terlepas/longgar
III. Berlaku pintasan pada pemegang lampu disebabkan binatang (cicak,
semut
IV. bersarang).
V. Suis luput (kerosakan mekanikal)
12
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 13
Langkah Membaiki.
Pemegang Ros Siling
Lampu
LEN
Matikan Litar Periksa
RCCB pemegang lampu,
Lampu buka dan gantikan
yang baharu jika
rosak
Papan Agihan Periksa Suis,
(DB) buka dan
gantikan
baharu yang
rosak jika
E C
L
NL
Suis
Soket
a. Jika MCB atau PLBK/RCCB tidak terpelantik ini kemungkin kerosakan
berlaku mungkin pada suis atau pemegang lampu yang mana berlaku
pintasan seketika.
b. Jika didapati MCB atau PLBK/RCCB yang mengawal litar lampu/kipas
terpelantik, cuba hidupkan kembali MCB dan PLBK/RCCB jika ia terpelantik
semula ini bermakna kemungkinan ada kesorakan pada suis atau pada
pemegang lampu.
13
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 14
Membaiki Bahagian Suis
d. Matikan MCB dan PLBK/RCCB yang mengawal litar lampu tersebut.
e. Periksa kabel pengalir dengan menggunakan pena uji (memastikan
kabel tiada bekalan)
f. Buka dan periksa suis lampu/kipas yang bermasalah kemungkinan akan
mendapati kabel terlepas atau terdapat kesan bakar akibat pintasan.
g. Buka suis dan periksa sama ada masih boleh digunakan atau tidak
(pemeriksaan melalui pemerhatian) jika ada meter boleh guna meter uji
kekutubannya.
h. Jika masih utuh pasang semula atau gantikan dengan yang baharu.
i. Selepas itu hidupkan semula MCB dan PLBK/RCCB, pastikan ianya
tidak terpelantik. Jika terpelantik kemungkinan kerosakan berlaku
pada pemegang lampu atau pada lampu itu sendiri.
14
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 15
Membaiki Bahagian Pemegang Lampu
a. Matikan MCB dan PLBK/RCCB yang mengawal litar lampu tersebut.
b. Periksa pengalir lampu dengan menggunakan pena uji (memastikan
kabel tiada bekalan)
c. Buka dan periksa pemegang lampu kemungkinan anda akan mendapati
kabel terlepas atau terdapat kesan bakar akibat pintasan.
d. Buka pemegang lampu dan periksa sama ada masih boleh digunakan
atau tidak.
e. Jika masih utuh pasang semula atau gantikan dengan yang baharu.
f. Jika lampu bermasalah (lampu elektronik, LED) kebiasaannya
pemegang lampu terbakar/rosak dan perlu ganti dengan yang baharu.
g. Bagi memastikannya kerosakan, periksaan lampu di badan lampu yang
lain bagi memastikan lampu tersebut tidak rosak.
h. Gantikan badan lampu yang baharu jika ianya telah rosak.
i. Pastikan kabel bagi pemasang litar lampu ini tidak rosak/pintas secara
keseluruhannya.
j. Selepas itu hidupkan semula MCB dan PLBK/RCCB, pastikan ianya
tidak terpelantik.
15
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 16
PENYELENGGARAAN SUIS DAN LAMPU
Pemegang Ros Siling
Lampu
LEN
Matikan PLBK/RCCB Periksa
Litar Lampu pemegang lampu,
buka dan gantikan
yang baharu jika
rosak
Matikan MCB Papan Agihan Periksa Suis,
Mengawal (DB) buka dan
Beban Lampu gantikan
Periksa punca baharu yang
hidup “C” guna rosak jika
pena uji bagi
memastikan tidak C
ada bekalan L
elektrik
Suis
16
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 17
Langkah Penyelenggaraan :
a. Matikan MCB yang mengawal litar kecil akhir bagi lampu tersebut.
b. Matikan PLBK/RCCB yang mengawal litar lampu tersebut untuk lebih selamat.
c. Buka suis dan periksa punca hidup “C” dengan pena uji bagi memastikan tiada
bekalan elektrik di kesan setelah MCB dan PLBK/RCCB di matikan.
d. Sekiranya suis rosak (akibat terbakar/kerosakan mekanikal) gantikan dengan yang
baharu.
e. Periksa pemegang lampu dan siling ros pastikan tamatan kabel dalam kedaan
ketat dan tidak terdapat sebarang benda asing (semut bersarang).
f. Pasang semula suis, pegang & siling ros serta lampu dengan sempurna.
g. Hidupkan PLBK/RCCB, MCB dan suis sepatutnya jika tidak terdapat
masalah lampu akan hidup.
h. Jika tidak hidup periksa punca keluaran pada MCB yang mengawal beban lampu jika
ada bekalan elektrik (mungkin kabel bermasalah dan ini jarang berlaku)
17
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 18
PENYELENGGARAAN LITAR KUASA
Periksa Soket, buka Matikan
dan gantikan yang RCCB Litar Kuasa
baharu jika rosak
Matikan
MCB Mengawal
Beban Lampu
Langkah Penyelenggaraan :
a. Matikan MCB yang mengawal litar kecil akhir bagi soket tersebut.
b. Matikan PLBK/RCCB yang mengawal litar kuasa tersebut untuk lebih selamat.
c. Buka soket dan periksa punca hidup “L” dengan pena uji bagi
memastikan tiada bekalan elektrik di kesan setelah MCB dan
PLBK/RCCB di matikan.
d. Sekiranya soket rosak (akibat terbakar/kerosakan mekanikal) gantikan
dengan yang baharu.
e. Pasang semula soket, pastikan tamatan kabel dipasang dengan betul dan ketat.
f. Hidupkan PLBK/RCCB, MCB dan soket, periksa gunakan pena uji pada
lubang sebelah kanan soket sepatutnya pena uji bernyala.
g. Jika tidak hidup periksa punca keluaran pada MCB yang mengawal beban lampu jika
ada bekalan elektrik (mungkin kabel bermasalah dan ini jarang berlaku)
h. Jika tidak hidup mungkin MCB telah rosak dan perlu diganti yang baharu.
18
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 19
PENYELENGGARAAN PAPAN AGIHAN
Periksa Bahagian
Masukan
RCCB Guna Pena
Uji (2)
Matikan PLBK/RCCB Papan Agihan Matikan
Litar Lampu(1) (DB) RCCB Litar Kuasa(1)
Matikan Periksa Bahagian
Suis Masukan
Utama (2) MCB Guna Pena
Uji (1)
Periksa
Bahagian
Masukan
MCB Guna Pena
Uji (1)
Penyelenggaraan MCB, RCCB dan Suis Utama ini dilakukan jika alat perlindungan ini
mengalami kerosakan, iaitu keroskan disebabkan berpunca dari beban yang dikawal
atau kerosakan disebabkan oleh kerosakan mekanikal peralatan tersebut.
Langkah Penyelenggaraan :
a. Jika MCB yang mengawal litar lampu atau litar kuasa rosak
(terbakar/masalah mekanikal).
b. Matikan PLBK/RCCB yang mengawal MCB tersebut.
c. Periksa guna pena uji bahagian masukan MCB tersebut pastikan tiada bekalan elektrik.
d. Buka MCB dan gantikan dengan yang baharu.
e. Pasang semula soket, pastikan tamatan kabel dipasang dengan betul dan ketat.
f. Jika PLBK/RCCB yang mengawal litar lampu atau litar kuasa rosak
(terbakar/masalah mekanikal).
g. Matikan Suis Utama (2) yang mengawal PLBK/RCCB.
h. Periksa guna pena uji bahagian masukan PLBK/RCCB (2) tersebut
pastikan tiada bekalan elektrik.
i. Buka PLBK/RCCB dan gantikan dengan yang baharu.
j. Hidupkan semula Suis Utama dan buat ujian terhadap PLBK/RCCB (“Trip”)
bagi memastikan PLBK/RCCB yang digantikan berfungsi dengan baik.
19
PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 20
Rujukkan :
▪ Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman,
Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Cetakan ketiga 2016.
▪ Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik, Abd. Samad B. Hj.
Hanif, Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Kedua,2000\
▪ Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Hj. Hanif, Pustaka Sistem
Pelajaran Sdn. Bhd., 2002
20