The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RICHARD SAMIE KIOU
SMK KOTA MARUDU
20 SEPT 2021 - 20 OKTOBER 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by richardsamie, 2021-10-21 07:13:41

LAPORAN PROGRAM MENGGAPAI BINTANG 2021

RICHARD SAMIE KIOU
SMK KOTA MARUDU
20 SEPT 2021 - 20 OKTOBER 2021

Keywords: LAPORAN MENGGAPAI BINTANG

LAPORAN PROGRAM MENGGAPAI BINTANG RICHARD SAMIE KIOU
PENOLONG KANAN HEM
FARIDAH RAIMIN SMK KOTA MARUDU
PENGETUA
SMK KOTA MARUDU

1

LAPORAN
“PROGRAM MENGGAPAI BINTANG”

ANJURAN UNIT HEM
DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UNIT DISIPLIN, BIDANG BAHASA, BIDANG KEMANUSIAAN, PANITIA

SEJARAH, PANITIA BAHASA MELAYU, PIBG DAN KOMUNITI LUAR SEKOLAH
SMK KOTA MARUDU
TAHUN 2021

BIDANG KEBERHASILAN
a) Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna
b) Guru Berkualiti

1. BIDANG FOKUS

Bidang fokus untuk program ini adalah untuk melaksanakan satu program khas untuk pelajar kelas tingkatan 5 yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang
lemah dan beberapa orang di dalam kelas berkenaan yang mempunyai masalah disiplin terutama ponteng sekolah serta tidak hadir kelas PdPR. Usaha ini bertujuan
untuk meningkatkan peratus lulus SPM daripada 92% kepada 97%. Program ini bersifat holistik yang bukan sahaja berfokus kepada meningkatkan prestasi subjek
Bahasa Melayu dan Sejarah tetapi juga memberi penekanan kepada aspek disiplin dan sahsiah murid. Selaras dengan itu, program khas untuk guru-guru Sejarah
SPM di SMK Kota Marudu juga diadakan bagi memantapkan kualiti guru Sejarah. Pemantapan kualiti dan kemahiran guru Sejarah akan dapat membantu pelajar
meningkatkan pencapaian dalam subjek Sejarah. Apabila peratus lulus subjek Sejarah meningkat, peratus lulus SPM juga akan meningkat.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di jadikan sebagai panduan dalam melaksanakan perubahan kurikulum, menghasilkan modal insan
serta melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing.. Dalam menentukan matlamat dan hala tuju untuk membawa sekolah ke tahap yang tinggi ianya memerlukan
kesepakatan antara pemimpin, guru, ibubapa dan komuniti luar yang lain. Pemimpin yang berfikiran kreatif dan berinovasi mampu untuk membuat perancangan,
pelaksanaan, penilaian, perubahan selari dengan sistem pendidikan negara.

2. MATLAMAT
Skop sasaran peserta adalah pelajar tingkatan 5 dari lima kelas yang agak lemah yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi, dengan harapan agar pencapaian
mereka dalam dua subjek wajib lulus SPM ini menunjukkan peningkatan disamping berlaku pengurangan kes ponteng dan tidak hadir PDPR selepas program.
Selain itu sasaran peserta ialah guru-guru tingkatan 5 dari SMK Kota Marudu yang mengajar subjek Sejarah, dengan harapan dapat meningkatkan kualiti guru

2

dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya menyumbang kepada peningkatan GPMP dan peratus lulus subjek tersebut di peringkat SPM. Hal tersebut
disebabkan subjek Sejarah merupakan subjek wajib lulus di peringkat SPM bagi membolehkan pelajar mendapat sijil selain wajib lulus subjek Bahasa Melayu.

3. OBJEKTIF
a) Meningkatkan kemahiran murid dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
b) Meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan Bahasa Melayu dan Sejarah
c) Memberi kesedaran kepada pelajar yang ponteng sekolah dan juga tidak hadir PDPR adalah perkara yang sangat merugikan mereka.
d) Meningkatkan disiplin diri pelajar.
e) Meningkatkan jalinan sekolah dengan pihak luar bagi sama-sama membantu pelajar.
f) Meningkatkan GPMP dan peratus lulus Sejarah SPM melalui penglibatan Ketua Bidang Kemanusiaan, Ketua Panitia Sejarah , guru subjek Sejarah
dan guru – guru UBK dalam pengisian program yang dirancang.
g) Mengurangkan bilangan pelajar gagal dalam peperiksaan subjek Sejarah SPM.
h) Memberi kesedaran kepada guru subjek Sejarah tentang pentingnya pelajar lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
i) Meningkatkan motivasi guru untuk mengajar subjek Sejarah SPM.
j) Meningkatkan penguasaan guru terhadap buku teks, dan DSKP KSSM Sejarah.
k) Meningkatkan bilangan guru Sejarah yang membuat kajian tindakan

4. SASARAN PESERTA
a) Pelajar dari kelas tingkatan 5 Proaktif, 5 Reflektif dan 5 Kolaboratif, 5 Dinamik dan 5 Responsif seramai 152 orang.
b) Guru-guru Sejarah SMK Kota Marudu iaitu seramai 10 orang.

5. TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN
Program yang melibatkan pelajar akan dilaksanakan bermula 20.09.2021 hingga 20.10.2021 secara atas talian Google Meet di lokasi masing-masing. Namun
sekiranya sekolah dibuka pada 03.10.2021, aktiviti pengisian program yang dijadualkan pada bulan Oktober ini mungkin akan dijalankan secara bersemuka degan
mengikut SOP yang ditetapkan. Manakala program untuk meningkatkan kualiti PdP guru sejarah akan dilaksanakan bermula 20.09.2021 hingga 28.09.2021
secara atas talian Google Meet di lokasi masing-masing.

3

6. AJK INDUK

AHLI JAWATAN KUASA INDUK

Penaung :Tuan Datu Roslin Bin Datu Siabok
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu

Penasihat :Puan Faridah Binti Raimin
Pengetua SMK Kota Marudu

Pengerusi :Encik Richard Samie Kiou
Penolong Kanan HEM SMK Kota Marudu

Timbalan Pengerusi :Puan Dayang Khursiah Binti Datu Kadir
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kota Marudu

Naib Pengerusi :Encik Jaisin Bin Gopori
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kota Marudu

:Encik Larry Andang
Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Kota Marudu

:Encik Jeson Majimal
Penolong Kanan Petang SMK Kota Marudu

Setiausaha I :Puan Julika Binti Maiba
Setiausaha II Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Kota Marudu
: Cik Marcilla Natta Madius
Ketua Panitia Sejarah SMK Kota Marudu

4

Pen. Setiausaha I :Puan Josnah Binti Ali Amat
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Kota Marudu

Penolong Setiausaha II : Puan Suriani Sumbing
Penolong Ketua Panitia Sejarah SMK Kota Marudu

Bendahari :Puan Anijah Binti Jenis
Pegawai Tadbir SMK Kota Marudu

Ahli Jawatankuasa :Cik Shirley Ng Siew Mee
:Ketua Bidang Bahasa dan Ketua Bidang Kemanusiaan
:Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Ketua Panitia Sejarah
:Penyelaras Disiplin
:Guru Kelas (5 Proaktif, 5 Reflektif, 5 Kolaboratif, 5 Dinamik dan 5 Responsif)
:Guru Matapelajaran (Bahasa Melayu dan Sejarah Tingkatan 5)
: Setiausaha PIBG
: Penyelaras Bestari

7. AJK KERJA

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penasihat :Puan Faridah Binti Raimin
Pengerusi Pengetua SMK Kota Marudu

:Encik Richard Samie Kiou
Penolong Kanan HEM SMK Kota Marudu

5

Tim. Pengerusi :Puan Dayang Khursiah Binti Datu Kadir
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kota Marudu

Setiausaha I :Puan Julika Binti Maiba
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Kota Marudu

Setiausaha II : Cik Marchilla Natta Madius
: Ketua Panitia Sejarah

Timb. Setiausaha I :Puan Josnah Binti Ali Amat
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Kota Marudu

Timb Setiausaha II : Puan Suriani Sumbing
Penolong Ketua Panitia Sejarah

Ahli Jawatan Kuasa Kecil

Penyelaras Program UBK : Cik Shirley Ng Siew Mee
Penyelaras Program Disiplin : Encik Patrick Ang Wai Vun
Penyelaras Program Bidang Bahasa : Puan Arni Binti Majohn
Penyelaras Program Bidang Kemanusiaan : Puan Marhani Irin
Penyelaras Program Bersama PDRM : Encik Patrick Ang
Penyelaras Program PIBG : Cik Rosasfiza Simbuluk
Penyelaras Program Panitia Sejarah : Cik Marcilla Natta Madius

Fasilitator : Ketua Panitia Bahasa Melayu
: Ketua Panitia Sejarah
: Semua Guru Subjek Bahasa Melayu Tingkatan 5
: Semua Guru Subjek Sejarah

6

Urusetia Program : Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling
: Guru Kelas Tingkatan 5 Proaktif, Reflektif, Kolaboratif, Responsif dan Dinamik
Rekod Kehadiran, Analisis Penilaian Program : Semua Guru Sejarah
dan sijil digital
Link Kehadiran Google Meet : Cik Nazirah Binti Tiardek
Moderator : Cik Mazliah Binti Mazlan
Teknikal
: Encik Muhammad Lukman Bin Sarkauvi/Puan Julika Maiba

: Puan Julika Maiba
: Puan Nur Afni Omar
: Encik Disimon Gansoi & Encik Yau Pool Chern

8. SENARAI TUGAS, DESKRIPSI TUGAS, PERSONALIA BERTANGGUNGJAWAB

TUGAS DESKRIPSI TUGAS TANGGUNGJAWAB
Setiausaha Merangka dan menyediakan kertas kerja program yang lengkap. Puan Julika Binti Maiba
Menyediakan jadual pemantauan, instrumen pemantauan, rekod Cik Marcilla Nata Madius
Timbalan Setiausaha kehadiran dan soal selidik penilaian keberkesanan program
Menyediakan minit mesyuarat Puan Josnah Binti Ali Amat
Menyiapkan laporan lengkap setelah semua program/aktiviti selesai Puan Suriani Sumbing
dilaksanakan.
Memastikan kelancaran majlis perasmian penutupan
Menyediakan surat-menyurat untuk diserahkan kepada pihak yang
berkenaan:

1. Surat Jemputan
2. Surat Memohon Sumbangan
3. Surat Lantikan AJK terlibat

7

Penyelaras Program UBK Teknik Pengurusan Masa Berkesan Cik Shirley Ng Siew Mee
Guru Bimbingan dan
Kaunseling

Penyelaras Program Disiplin Ceramah Disiplin Encik Patrick Ang Wai Vin

Penyelaras Program Bidang Bahasa Teknik Belajar Berkesan (Bahasa Melayu) Puan Arni Majohn Ketua
Teknik Menjawab (Bahasa Melayu) Bidang Bahasa
Ketua Panitia B.Melayu
Penyelaras Program Bidang Teknik Belajar Berkesan (Sejarah) Guru Subjek Bahasa Melayu
Kemanusiaan Teknik Menjawab (Sejarah) Tingkatan 5
Puan Marhani Irin
Penyelaras Program Pegawai Ceramah Kesan-kesan ponteng dalam kalangan pelajar dan contoh- Ketua Bidang Kemanusiaan
Perhubungan Sekolah contoh kes yang melibatkan remaja sekolah. Ketua Panitia Sejarah
Guru Subjek Sejarah
Menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah untuk menyampaikan Tingkatan 5
ceramah.
Encik Patrick Ang
Penyelaras Disiplin

Penyelaras Program PIBG Ceramah berkaitan keibubapaan mengenai harapan ibu bapa terhadap Cik Rosasfiza Simbuluk
anak-anak mereka. Setiausaha PIBG

Penyelaras Program Panitia Sejarah Menjemput wakil daripada PIBG untuk menyampaikan ceramah. Puan Marhani Irin
1. Skema Pemarkahan Sejarah SPM Ketua Bidang Kemanusiaan
2. Merungkai Buku Teks dan DSKP Sejarah KSSM Ketua Panitia Sejarah
3. Kajian Tindakan dalam subjek Sejarah Semua Guru Subjek Sejarah
4. Pengurusan Stres (Burn Out) guru sejarah

8

Fasilitator Membantu menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Ketua Panitia Bahasa
program berlangsung mengikut bidang masing-masing. Melayu
Urusetia Ketua Panitia Sejarah
Membantu kelancaran program sepanjang tempoh pelaksanaan. Guru Subjek Bahasa Melayu
Rekod Kehadiran Peserta, Analisis Memastikan semua pelajar di dalam kelas untuk mengikuti program Tingkatan 5
Penilaian Program dan sijil digital seperti yang telah dijadualkan. Guru Subjek Sejarah
Link Google Meet Tingkatan 5
Teknikal Setiap aktiviti perlu ada rekod kehadiran dan penilaian program dalam Puan Nur Afni Binti Omar
bentuk Google Form, e-sijil, gambar pelaksanaan aktiviti dan peserta Semua Guru Bimbingan dan
Membuka link Google Meet Kaunseling
Membuat “Live Streaming” semasa majlis perasmian penutupan Guru Kelas Tingkatan 5
(Sekiranya aktiviti dijalankan secara bersemuka) Proaktif, Reflektif,
Kolaboratif. Dinamik,
Responsif
Guru Sejarah Tingkatan 5
Puan Alina Paulus
Puan Stephanie Liau
Encik Mohammad Nazmi
Bin Ramlie
Cik Nazirah Tiardek
Cik Mazliah Mazlan
Puan Neronika Fairon
Encik Muhammad Lukman
Bin Sarkauvi / Puan Julika
Encik Dismon Gansoi
Encik Yau Pool Chern

9

9. CARTA GANTT PELAKSANAAN STRATEGI/ INISIATIF (AKTIVITI UNTUK MURID)

AKTIVITI TEMPH MASA

Mengenalpasti masalah dan mengumpul data SEPTEMBER OKTOBER
Menyediakan kertas kerja
Pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat MINGGU 12341234
Pelaksanaan Aktiviti 1 (Unit Bimbingan dan Kaunseling) …
Pelaksanaan Aktiviti 2 (Unit Disiplin/Panita Sejarah) …
Pelaksanaan Aktiviti 3 (Bidang Bahasa/Panita Sejarah)
Pelaksanaan Aktiviti 4 (Bidang Kemanusiaan) …
Pelaksanaan Aktiviti 5 (Pegawai Perhubungan Sekolah) …
Pelaksanaan Aktiviti 6 (PIBG)
Analisis Penilaian Program …
Penulisan Laporan Program …

























10

10. CARTA GANTT PELAKSANAAN STRATEGI/ INISIATIF (AKTIVITI UNTUK GURU)

AKTIVITI TEMPH MASA

Mengenalpasti masalah dan mengumpul data SEPTEMBER OKTOBER
Menyediakan kertas kerja
Pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat MINGGU 1234123 4
Pelaksanaan Aktiviti 1 (Unit Bimbingan dan Kaunseling) …
Pelaksanaan Aktiviti 2 (Panitia Sejarah) …
Pelaksanaan Aktiviti 3 (Panitia Sejarah)
Analisis Penilaian Program …
Penulisan Laporan Program …


















11

11. TENTATIF PROGRAM MENGGAPAI BINTANG (PELAJAR)

BIL AKTIVITI TARIKH PENYELARAS
1 Pelaksanaan Aktiviti 1 (Unit Bimbingan dan Kaunseling) 20.09.2021(Isnin) Cik Shirley Ng Siew Mee
9.00 pagi- 11.00 pagi Guru Bimbingan dan Kaunseling
- Ice Breaking (Pengenalan Program)
- Pengurusan Masa Berkesan 27.09.2021 (Isnin) Encik Patrick Ang Wai Vun
2 Pelaksanaan Aktiviti 2 (Unit Disiplin) 9.00 pagi- 11.00 pagi
- Ceramah Disiplin 30.09.2021 (Khamis) Puan Marhani Irin
3 Pelaksanaan Aktiviti 3 (Bidang Kemanusiaan) 9.00 pagi- 12.00 tengahari Ketua Bidang Kemanusiaan
- Teknik Belajar Berkesan Sejarah Ketua Panitia Sejarah
- Teknik Menjawab Sejarah 01.10.2021 (Isnin) Guru Subjek Sejarah Tingkatan 5
9.00 pagi- 12.00 tengahari Puan Arni Majohn Ketua Bidang
4 Pelaksanaan Aktiviti 4 (Bidang Bahasa) Bahasa
- Teknik Belajar Berkesan Bahasa Melayu 18.10.2021 (Isnin) Ketua Panitia Bahasa Melayu
- Teknik Menjawab Bahasa Melayu 9.00 pagi- 11.00 pagi Guru Subjek Bahasa Melayu
Tingkatan 5
5 Pelaksanaan Aktiviti 5 (Pegawai Perhubungan Polis) Encik Patrick Ang
- Ceramah Kesan-kesan ponteng dalam kalangan Penyelaras Disiplin
pelajar dan contoh-contoh kes yang melibatkan
remaja sekolah. 20.10.2021 (Rabu) Cik Rosasfiza Simbuluk
9.00 pagi- 11.00 pagi Setiausaha PIBG
6 Pelaksanaan Aktiviti 6 (PIBG)
- Ceramah berkaitan keibubapaan mengenai 20.10.2021 (Rabu) Unit Bimbingan dan Kaunseling
harapan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 11.00 pagi- 12.00
tengahari
7 Penutupan Program

12

12. TENTATIF PROGRAM MENGGAPAI BINTANG (GURU SEJARAH)

BIL AKTIVITI TARIKH PENYELARAS
1 Pelaksanaan Aktiviti 1 (Unit Bimbingan dan Kaunseling) 21.09.2021(Selasa) Ketua Panitia Sejarah
9.00 pagi - 11.00 pagi Penolong Ketua Panitia Sejarah
- Ice Breaking (Pengenalan Program) Encik Hindijo Ejie
- Pengurusan Stres dan Burn Out guru-guru Cik Shirley Ng Siew Mee
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sejarah

2 Pelaksanaan Aktiviti 2 (Panitia Sejarah) 24.09.2021 (Selasa) Ketua Bidang Kemanusiaan

- Skema Pemarkahan Sejarah 9.00 pagi - 11.00 pagi Ketua Panitia Sejarah

- Merungkai Buku Teks dan DSKP Sejarah Penolong Ketua Panitia Sejarah

KSSM Guru Subjek Sejarah

3 Pelaksanaan Aktiviti 3 (Panitia Sejarah) 28.09.2021 (Selasa) Ketua Bidang Kemanusiaan

- Bengkel Kajian Tindakan dalam Subjek Sejarah 9.00 pagi - 11.00 tengahari Ketua Panitia Sejarah

Penolong Ketua Panitia Sejarah

Guru Subjek Sejarah

4 Penutupan Program 28.09.2021 (Selasa) Unit Bimbingan dan Kaunseling

11.00 pagi - 12.00

tengahari

13

13. TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM

Masa Aktiviti
Pentadbir, AJK Pelaksana dan pelajar/guru sudah berada di dalam talian Google Meet untuk
11.00 pagi Majlis Penutupan Program Menggapai Bintang 2021.

12.00 tengahari Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
Lagu Negaraku
Lagu Sekolah
Bacaan Doa (Ustaz Mohd Husain Bin Mat Zan)
Ucapan Pengerusi Penganjur (Encik Richard Samie Kiou)
Ucapan Pengetua (Puan Faridah Raimin)
Ucapan Perasmian Penutupan Program (Puan Lomina Binti Gabid, Pengurus Perniagaan
Sinalia, Pekan Goshen, Kota Marudu)
Tayangan gambar aktiviti sepanjang program
Lagu Sabah Tanah Airku
Sesi bergambar
Majlis Selesai

14

14. SENARAI ALAT/ PERBELANJAAN DAN SUMBER

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN/TINDAKAN
1 RM120.00
RM10 12 kali cabutan *Puan Anijah Jenis
2 (Cabutan bertuah bagi bertuah (Pelajar) RM140.00 Bendahari Program
memotivasikan pelajar (Duit SUWA)
untuk terus bersemangat
mengikuti program) *Alternatif lain adalah
dengan memohon
Bahan Bercetak Program 14 Set sumbangan daripada badan
Guru Sejarah korporat di luar seperti
Bank Rakyat, Syarikat
Thian Guan, Sinalia dan
Nestle

*Puan Anijah Jenis
Bendahari Program
(Duit SUWA)

*Alternatif lain adalah
dengan memohon
sumbangan daripada badan
korporat di luar seperti
Bank Rakyat, Syarikat
Thian Guan dan Sinalia
dan Nestle.

15

Bayaran Penceramah Luar:

Subjek Sejarah – Pelajar RM150 X 3 Jam RM450.00 Wang PCG

3 Kaunseling/Sumbangan

Subjek Sejarah - Guru RM120 X 2 Jam RM240.00 Korporat

RM150 X 2 Jam RM300.00

Bayaran Penceramah Luar: Wang PCG

4 Subjek Bahasa Melayu RM120 X 3 Jam RM360.00 Kaunseling/Sumbangan

Korporat

Bayaran Penceramah Luar: Wang PCG

5 kaunseling/Sumbangan

Pengurusan Masa RM120 X 2 Jam RM240.00 Korporat

Berkesan

Bayaran penceramah luar:

6 Wang PCG Kaunseling/
Pengurusan Stres dan Burn RM120 X2 RM240.00 Sumbangan korporat

Out Guru Sejarah

JUMLAH RM2090.00

15. SUMBER KHIDMAT MANUSIA
Terdiri daripada barisan pentadbir sekolah, guru-guru, AKP, PIBG, dan agensi luar yang sama-sama menggerakkan program ini.

16

16. KAEDAH PEMANTAUAN
Soal selidik penilaian setiap slot program akan diisi oleh pelajar melalui Google Form yang akan disediakan. Selain itu pemantauan melalui pemerhatian, rekod
kehadiran dan laporan pendokumentasian projek akan digunakan.

17. JALINAN PINTAR KORPORAT
Pihak sekolah mewujudkan hubungan baik dengan pihak luar agar mereka turut sama terlibat membantu dalam memastikan kemenjadian pelajar terjamin.
Sumbangan daripada Jurulatih utama Kebangsaan, Guru Cemerlang, Kaunselor PPD, SISC+, Polis Diraja Malaysia, PIBG dan sumbangan korporat diharap akan
membantu pelaksanaan Program Menggapai Bintang 2021.

18. BICARA KEPIMPINAN MELALUI BUKU

Aspek kepimpinan yang perlu ada bagi seorang pemimpin adalah berkebolehan berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain. Cara berkomunikasi
dengan staf sangat mempengaruhi iklim dan keharmonian sekolah. Dalam melaksanakan projek ini, saya menggunakan komunikasi interpersonal dan
intrapersonal untuk merapatkan hubungan dengan AJK pelaksana. Ini bertujuan bagi memenangi hati mereka untuk bekerja bersama-sama dengan saya. Saya
bersifat terbuka sama ada menerima pandangan orang lain atau bersedia dikritik oleh orang lain. Dalam melaksanakan projek ini, saya sentiasa meminta pandangan
AJK sebelum membuat sebarang keputusan, tindakan atau perubahan. Saya berusaha untuk memahami orang lain dan cuba menyelami hati dan perasaan mereka
supaya dapat membimbing dan memberikan bantuan yang berkesan. Saya memberi peluang kepada AJK menunjukkan kebolehan mereka. Saya juga belajar
bahawa kerjasama dengan banyak pihak adalah sangat penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan terutama berkaitan dengan sumbangan kemudahan dan
peralatan di samping kepakaran. Kerjasama ini memerlukan komunikasi yang baik dengan pelbagai pihak untuk menarik mereka membantu sekolah. Saya banyak
meminta khidmat nasihat dan kepakaran dari SISC+ dan jurulatih utama kebangsaan. Selain itu saya meminta sumbangan dari perniagaan sinalia dan syarikat
Nestle. Ini semua memerlukan komunikasi dan kerjasama yang baik untuk menarik mereka membantu sekolah. Konsep sekolah milik masyarakat juga hanya
boleh direalisasikan sekiranya kita mempunyai komunikasi yang baik dengan semua pihak termasuk pemegang taruh.

Aspek kepimpinan yang saya terapkan hasil dari pembacaan buku ialah sebagai pemimpin, kita harus meyakini dan menghormati keupayaan orang lain.
Sebagai pengerusi projek ini, saya menaruh keyakinan kepada guru dan mengupayakan mereka dengan memberikan kerja-kerja yang bersesuaian. Tidak semua
orang mempunyai kemampuan yang sama untuk melakukan kerja. Mungkin ada yang boleh melaksanakan kerja dengan cepat dan betul tetapi ada juga sebaliknya
yang lambat bertindak. Minat seseorang dalam tugas juga berbeza. Kalau kerja yang diminati mungkin akan cepat dilakukan tetapi sebaliknya jika tidak menarik
atau tidak minat, mungkin akan mengambil masa yang lama. Sehubungan dengan itu, dalam melaksanakan projek Menggapai Bintang, saya perlu meyakini
bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya meletakkan tugas mereka mengikut kepakaran mereka. Misalnya, penyelaras
ICT mengambil tugas berkaitan dengan aktiviti mengambil rekod kehadiran peserta, membuat analisis penilaian program dan menyediakan sijil digital. Guru

17

yang mahir dan minat berkaitan dengan video diupayakan untuk menghasilkan video dan membuat link youtube atau facebook. Saya perlu mengembangkan
potensi dengan cara pengagihan tugas yang betul dan memberikan bimbingan yang sewajarnya.

Ciri ketiga kepimpinan yang saya aplikasikan ialah saya sentiasa menanamkan keyakinan diri yang tinggi dan sentiasa berfikiran positif. Untuk melaksanakan
projek Menggapai Bintang, adalah satu cabaran yang sangat besar. Dengan mengambil kira situasi pandemic covid 19, bukan mudah melaksanakan satu projek
yang boleh dianggap berskala besar. Projek ini melibatkan banyak pihak. Antara pihak yang terlibat ialah Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Panitia
Sejarah, Panita Bahasa Melayu, Polis Diraja Malaysia, PIBG, Penyelaras ICT, Jurulatih Kebangsaan, guru cemerlang, SISC+, Kaunselor PPD, Syarikat
Perniagaan Sinalia dan Nestle. Walau bagaimanapun saya perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk memimpin berdasarkan ilmu pengetahuan,
kerjasama, kemahiran dan sikap yang positif. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin projek ini, saya perlu mengurus pelbagai ragam dan
gelagat individu di bawah kawalannya. Saya masih ingat, semasa mula-mula membuat perbincangan dengan panitia Sejarah, panitia sejarah mengambil masa
yang lama untuk membuat keputusan untuk bekerjasama. Namun saya terus memberi kefahaman dan penjelasan kepada beliau. Dengan sabar dan berfikir positif
akhirnya saya berjaya dan saya sangat bersyukur dan berterima kasih. Begitu juga pengalaman saya berurusan dengan syarikat Nestle dan Perniagaan Sinalia juga
amat mencabar. Pengalaman berurusan dengan orang yang lebih berpengalaman, berusia agak sukar. Sebagai pemimpin saya harus mempunyai keyakinan dan
sentiasa tenang dalam menyelesaikan masalah yang diajukan oleh AJK. Keyakinan ini akan memberi aura yang positif dan semangat kepada orang bawahan
untuk melakukan kerja dengan baik kerana merasa dilindungi dan dihargai.

19. PENUTUP
Harapan agar Program Menggapai Bintang ini memberi impak yang positif kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

1.0 LAPORAN AKTIVITI (PELAJAR)

Aktiviti :1
Tarikh :20 Oktober 2021
Tajuk : Pengurusan Masa Berkesan

Melalui slot ini, penceramah iaitu Encik Malvin Tan Ping Chieng, Guru SJKC Khoi Ming, Kota Marudu berkongsi berkaitan dengan pengurusan masa
berkesan kepada pelajar. Setiap manusia di muka bumi ini dikurniakan tempoh waktu yang sama dalam sehari iaitu 24 jam atau 1440 minit atau 86400
saat .Namun begitu,mengapakah masih terdapat pelbagai jawapan yang diberikan sekiranya diajukan soalan "cukup kah 24 jam sehari?"
Sebenarnya,segalanya bergantung kepada bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian. Pengurusan masa yang

18

berkesan bermaksud bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan
yang teratur, sistematik dan lancar.Pengurusan masa merupakan satu kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap individu sama ada sebagai seorang pelajar,
seorang yang bekerjaya, seorang nelayan mahupun seorang suri rumah.

Aktiviti :2
Tarikh : 27 September 2021
Tajuk : Ceramah Disiplin

Melalui slot ini, penceramah iaitu Encik Patrick Ang Wai Vun, Guru Disiplin SMK Kota Marudu menekankan kepada isu-isu disiplin yang melibatkan
pelajar dan apakah yang akan terjadi sekiranya pelajar membuat pelanggaran disiplin sekolah. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar bahawa
aspek disiplin ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang ringan sekiranya ingin menjadi pelajar yang cemerlang. Walau cemerlang mana pun
pelajar itu dari sudut akademik, tetapi jika disiplinnya tidak terjaga, akan menyebabkan pelajar itu terus bermasalah di kemudian hari. Secara
kesimpulannya, disiplin ini penting untuk membentuk tingkah laku yang baik, mengelakkan daripada perkara negatif, menentukan kejayaan murid,
mengamalkan nilai-nilai murni, melahirkan ketrampilan diri yang tinggi dan memberi kestabilan secara mentality kepada diri.

Aktiviti : 3
Tarikh : 30 September 2021
Tajuk : Program Kecemerlangan Sejarah SPM

Melalui slot ini, pelajar dapat mengetahui teknik belajar Sejarah dan teknik menjawab Sejarah SPM 2021. Penceramah iaitu Encik Kalixtus Purtunta Loli
Bin Kopong, Guru SMK Pitas II banyak berkongsi bagaimana untuk skor markah yang baik atau Skor A untuk subjek Sejarah ini kepada pelajar. Di samping
itu juga, berkongsi kejayaan-kejayaan pelajar di sekolah tempatnya mengajar berdasarkan teknik yang diajarkan kepada mereka. Slot ini sangat berguna bagi
membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Sejarah iaitu salah satu subjek wajib lulus SPM. Tinggal lagi tindakan daripada diri pelajar
itu sendiri sama ada mahu buat atau tidak selepas ini. Guru-guru Sejarah dan Guru kaunseling akan sama-sama memainkan peranan dalam melaksanakan
tindakan susulan kepada pelajar-pelajar ini.

Aktiviti : 4
Tarikh : 01 Oktober 2021
Tajuk : Teknik Belajar Berkesan dan Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2021

19

Melalui slot ini, pelajar dapat mengetahui teknik belajar dan teknik menjawab Bahasa Melayu SPM 2021. Penceramah iaitu Encik Muhammad Ruzaini Bin
Awang, Guru SMK Bukit Garam Kinabatangan banyak berkongsi bagaimana untuk skor markah yang baik atau Skor A untuk subjek Bahasa Melayu ini
kepada pelajar.. Slot ini sangat berguna bagi membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Melayu iaitu salah satu subjek wajib
lulus SPM. Tinggal lagi tindakan daripada diri pelajar itu sendiri sama ada mahu buat atau tidak selepas ini. Guru-guru Bahasa Melayu dan Guru Kaunseling
akan sama-sama memainkan peranan dalam melaksanakan tindakan susulan kepada pelajar-pelajar ini.
.
Aktiviti : 5
Tarikh : 18 Oktober 2021
Tajuk : Ceramah Kesan-kesan Ponteng Dalam Kalangan Pelajar dan Contoh-contoh Kes yang Melibatkan Pelajar Sekolah

Melalui slot ini, penceramah iaitu ASP Muhamad Shakir Bin Yahaya, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Kota Marudu
berkongsi mengenai kesan-kesan ponteng dalam kalangan pelajar dan juga contoh-contoh kes yang melibatkan pelajar sekolah khususnya yang berlaku di
sekitar daerah Kota Marudu ini sendiri. Penceramah menekankan sekeras-kerasnya betapa ruginya pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng ini yang
membawa kepada banyak keburukan. Ceramah ini diharapkan dapat membuka minda pelajar untuk tidak sama sekali mencuba untuk terlibat denga gejala
ponteng atau apa juga kes salah laku yang boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan undang-undang.

Aktiviti : 6
Tarikh : 20 Oktober 2021
Tajuk : Ceramah Keibubapaan: “Harapan Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak”

Melalui slot ini, Encik Ulik Bin Likud, Kaunselor Pendidikan Daerah Kota Marudu berkongsi berkaitan dengan harapan ibu bapa terhadap anak-anak yang
mana bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam diri pelajar bahawa betapa besarnya harapan ibu bapa terhadap mereka. Sepanjang kehidupan mereka
berada di muka bumi ini, ibu bapalah yang merealisasikan semua itu. Jadi sebagai anak, apa yang boleh dibalas kepada kedua ibu bapa adalah dengan sedar
akan tanggungjawab sebagai seorang anak dan pelajar. Selain daripada menjadi anak yang baik, yang mempunyai sahsiah diri unggul, belajar dengan
bersungguh-sungguh demi masa depan sendiri itu adalah harapan dan perkara yang cukup membahagiakan setiap insan yang bergelar ibu dan bapa.

20

2.0 IMPAK PROGRAM
Berdasarkan kepada analisis ujian pra dan post dalam program ini (mengambil sampel 10% daripada jumlah keseluruhan peserta program), program ini
memberi impak positif kepada pelajar. Hal ini disebabkan beberapa perubahan berlaku pada pelajar. Perubahan itu ditunjukkan dalam jadual yang
berikut.

ANALISIS SKOR KESELURUHAN UJIAN PRA (MURID)

BIL NAMA JANTINA KELAS Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item SKOR /
1 MASLIZA MATUJIM PEREMPUAN 5 DINAMIK 123456789 10 11 12 60
4 5 55
2 MUHAMMAD IZZAT ASYMAWI BIN 455445555 4
JALUDDIN 4 4 54
LELAKI 5 DINAMIK 555554444 5
3 KELVIE VINLEE CHONG 5 5 60
4 IMRAN HAFIZY BIN RAZALI LELAKI 5 DINAMIK 555555555 5 5 4 49
5 RICLIANAH BINTI RAINO 3 3 3 42
6 Andy Chong Chiew Shieng LELAKI 5 KOLABORATIF 3 5 4 4 3 5 3 5 5 4 5 5 56
7 MARCELLIUS FRENANDEZ 5 4 4 49
8 PRISCA MEI CHIA PAJON PEREMPUAN 5 KOLABORATIF 3 4 5 3 3 3 4 3 4 3 5 5 54
9 ROLAND RONY 5 5 5 60
10 I,MELLOVEEL YOUNA TUNY LELAKI 5 KOLABORATIF 4 5 5 4 4 5 5 4 5 5 3 4 31
11 MAX HARRY ANDIN 3 4 3 44
12 JAY FOLEY LELAKI 5 KOLABORATIF 4 5 5 4 4 5 4 4 3 5 3 4 37
13 FREAZZY FRESS SAIDIN 3 5 5 59
14 HADIYATUL SHIQAH BINTI YAHYA PEREMPUAN 5 KOLABORATIF 3 5 5 5 5 5 4 2 5 5 5 5 58
15 MICHELLE ROGERS NG 5 5 4 53
LELAKI 5 KOLABORATIF 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5

PEREMPUAN 5 KOLABORATIF 3 1 4 3 3 1 4 1 1

LELAKI 5 KOLABORATIF 3 4 5 3 3 3 3 4 4

LELAKI 5 PROAKTIF 3 4 4 4 4 2 1 3 2

PEREMPUAN 5 RESPONSIF 4 5 5 5 5 5 5 5 5

PEREMPUAN 5 RESPONSIF 4 5 5 5 5 4 5 5 5

PEREMPUAN 5 RESPONSIF 5 4 4 5 3 5 4 4 5

21

ANALISIS SKOR KESELURUHAN UJIAN POST (MURID)

BIL NAMA JANTINA KELAS Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item SKOR /
1 MASLIZA MATUJIM PEREMPUAN 5 DINAMIK 123456789 10 11 12 60
5 5 57
2 MUHAMMAD IZZAT ASYMAWI BIN 555445455 5
JALUDDIN 5 5 56
LELAKI 5 DINAMIK 355544555 5
3 KELVIE VINLEE CHONG 5 5 60
4 IMRAN HAFIZY BIN RAZALI LELAKI 5 DINAMIK 555555555 5 5 5 52
5 RICLIANAH BINTI RAINO 4 5 5 60
6 Andy Chong Chiew Shieng LELAKI 5 KOLABORATIF 3 5 4 5 4 4 4 5 4 5 5 5 59
7 MARCELLIUS FRENANDEZ 5 5 5 54
8 PRISCA MEI CHIA PAJON PEREMPUAN 5 KOLABORATIF 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 56
9 ROLAND RONY 5 5 5 60
10 I,MELLOVEEL YOUNA TUNY LELAKI 5 KOLABORATIF 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 3 5 49
11 MAX HARRY ANDIN 3 5 5 60
12 JAY FOLEY LELAKI 5 KOLABORATIF 2 5 5 3 3 5 5 5 5 5 5 5 49
13 FREAZZY FRESS SAIDIN 5 5 5 60
14 HADIYATUL SHIQAH BINTI YAHYA PEREMPUAN 5 KOLABORATIF 3 5 5 5 4 4 5 5 5 5 5 5 60
5
15 LELAKI 5 KOLABORATIF 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 58
MICHELLE ROGERS NG
PEREMPUAN 5 KOLABORATIF 3 5 4 5 4 4 4 5 4

LELAKI 5 KOLABORATIF 5 5 5 5 5 5 5 5 5

LELAKI 5 PROAKTIF 2 5 5 3 3 5 1 5 5

PEREMPUAN 5 RESPONSIF 5 5 5 5 5 5 5 5 5

PEREMPUAN 5 RESPONSIF 5 5 5 5 5 5 5 5 5

PEREMPUAN 5 RESPONSIF 4 5 5 4 5 5 5 5 5 5

1. Saya tahu akan kelebihan diri saya.
2. Saya sedar bahawa belajar itu penting.
3. Saya tahu sikap positif dapat meningkatkan jati diri saya.
4. Saya ada hala tuju kehidupan yang jelas.
5. Saya mampu merancang kehidupan seharian saya.
6. Saya mampu menolak ajakan rakan ke arah perlakuan negatif.
7. Saya datang ke sekolah kerana kemahuan saya sendiri.
8. Saya suka berada di sekolah.
9. Saya yakin nilai harga diri saya tinggi.
10. Saya mampu menjadi insan yang berjaya.
11. Saya sedar dengan pelajaran boleh mengubah kehidupan saya.
12. Saya mengamalkan gaya hidup yang sihat.

22

Melalui program ini, ujian post menunjukkan bahawa purata skor yang diperolehi oleh pelajar adalah tinggi. Perubahan markah pelajar dapat dilihat
dari ujian pra ke ujian post. Hal tersebut menunjukkan bahawa program ini membantu pelajar:

1. Tahu akan kelebihan dirinya.
2. Sedar bahawa belajar itu penting.
3. Tahu sikap positif dapat meningkatkan jati dirinya.
4. Ada hala tuju kehidupan yang jelas.
5. Mampu merancang kehidupan sehariannya.
6. Mampu menolak ajakan rakan ke arah perlakuan negatif.
7. Datang ke sekolah kerana kemahuannya sendiri.
8. Suka berada di sekolah.
9. Yakin nilai harga dirinya tinggi.
10. Mampu menjadi insan yang berjaya.
11. Sedar dengan pelajaran boleh mengubah kehidupannya.
12. Mengamalkan gaya hidup yang sihat.

3.0 LAPORAN AKTIVITI (GURU SEJARAH)

Aktiviti :1

Tarikh :21 September 2021

Tajuk : Pengurusan Stress dan Burn Out di kalangan Guru Sejarah

Melalui slot ini, penceramah telah memberi penekanan kepada punca, kesan dan langkah mengatasi stress serta burnout di kalangan guru. Penceramah

juga mengingatkan agar guru sentiasa memahami keperluan dalam pendidikan dan bijak untuk mengurus stress apabila berhadapan dengan masalah.

Penceramah juga menekankan agar para guru tidak terlalu memikirkan sesuatu masalah itu sehingga perkara tersebut menjadi masalah besar kepada guru

kerana akhirnya ia akan menjadi punca burn out di kalangan guru.

23

Aktiviti :2

Tarikh : 24 September 2021

Tajuk : Merungkai Buku Teks dan DSKP KSSM Sejarah

Melalui slot ini, penceramah merungkai DSKP KSSM Sejarah dari tingkatan 1 hingga 5. Sejarah KSSM ini dibahagikan kepada beberapa tema dan

berkesinambungan dari tingkatan 1 hingga 5. Guru juga diingatkan agar sentiasa mengaplikasi Kaedah Pemikiran Sejarah (KPS) apabila mengajar subjek

Sejarah. Kajian kes wajib dilaksanakan dalam subjek Sejarah dan markah PBD pelajar mestilah dari tahap 3 dan ke atas. Guru tidak boleh meletakkan

tahap 1 dan 2 untuk PBD kecuali dalam kes-kes khas. Guru perlu sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menilai tahap penguasaan pelajar tersebut.

Penekanan juga diberikan dalam borang transit untuk memastikan pelajar tersebut dapat dinilai sepenuhnya oleh guru subjek. Penceramah turut memberi

bahan berkaitan dengan bengkel pada hari tersebut untuk digunakan oleh guru-guru. Penceramah juga menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh guru.

Aktiviti : 3
Tarikh : 5 Oktober 2021
Tajuk : Kajian Tindakan dalam Subjek Sejarah
Melalui slot ini, guru-guru Sejarah didedahkan dengan kepentingan kajian tindakan. Penceramah juga mengingatkan bahawa kajian tindakan
dalam Sejarah ini penting dalam PDPC seseorang guru agar dapat memberi kesan positif kepada pelajar yang bermasalah dalam PDPC . Guru-guru juga
dibimbing bagaimana cara untuk memulakan kajian tindakan. Selain itu, dalam bengkel ini juga penceramah menerangkan perbezaan anatara kajian tindakan
dan kajian penyelidikan. Kajian tindakan adalah lebih mudah dilaksanakan berbanding dengan kajian penyelidikan. Penceramah juga menjawab soalan-
soalan yang diberikan oleh guru-guru dalam sesi soal jawab.

4.0 IMPAK PROGRAM
Berdasarkan kepada analisis ujian pra dan post dalam program ini, program ini memberi impak positif kepada guru. Hal ini disebabkan beberapa
berlaku perubahan berlaku pada guru. Perubahan itu ditunjukkan dalam jadual yang berikut.

Ujian Pra Post
Markah 72.4 88
Skor Sederhana Tinggi
Penerangan Skor antara 41-79 menunjukkan bahawa Skor antara 80-100 menujukkan
tahap jati diri sederhana dan bahawa tahap jati diri tinggi dan
bertanggungjawab. guru sangat bertanggungjawab.

24

Melalui program ini, ujian post menunjukkan bahawa purata skor yang diperolehi adalah tinggi. Perubahan markah berlaku daripada 72.4 % kepada
88%. Hal tersebut menunjukkan bahawa program ini;

i. Membentuk jati diri yang tinggi di kalangan guru..
ii. Membentuk sikap yang amat bertanggungjawab di kalangan guru terhadap subjek yang diajar.
iii. Membentuk guru yang mampu mengurus stress dengan baik walaupun berdepan dengan pelbagai masalah.
iv. Membentuk guru yang mengutamakan pencapaian klien (pelajar ) dalam subjek yang diajar dengan mengutamakan penggunaan DSKP Sejarah,

tahu isi kandungan buku teks dan melaksanakan kajian kes.
v. Menyedarkan guru agar pentingnya semua pelajar lulus dalam subjek Sejarah.
vi. Membentuk kerjasama di kalangan guru panitia Sejarah untuk bersama-sama berusaha mencapai GPMP 4.50 dalam subjek Sejarah SPM.

5.0 RUMUSAN DAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

5.1 KEKUATAN
Berikut ialah kekuatan program yang telah dijalankan:

5.1.1 Penceramah yang dijemput ialah guru yang berpengalaman kerana terdiri daripada Pegawai Polis, Kaunselor PPD merangkap ahli PIBG SMK
Kota Marudu, JU Kebangsaan dan JU Negeri untuk setiap bidang bengkel atau ceramah yang diberikan.

5.1.2 Kerjasama daripada semua AJK pelaksana yang terlibat.
5.1.3 Sokongan daripada pihak pentadbir, komuniti luar, guru dalam panitia.
5.1.4 Persediaan dilakukan dengan sebaiknya walaupun berdepan dengan kekangan pandemik yang membolehkan program bersemuka.
5.1.5 Penggunaan teknologi sepenuhnya dalam semua aktiviti/ program kerana dijalankan secara atas talian sahaja.
5.1.6 Pengisian program yang sesuai dengan keperluan semasa guru dan pelajar.
5.1.7 Sokongan kewangan daripada pihak sekolah, dan tajaan daripada komuniti luar.
5.1.8 Pelaksanaan setiap aktiviti disesuaikan dengan keadaan semasa.
5.1.9 AJK yang dilantik pantas bertindak untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan.
5.1.10 Pengisian program disesuaikan dengan takwim panitia.

25

5.2 KEKANGAN
Berikut ialah kekangan yang dihadapi semasa menjalankan program ini.

5.2.1 Pandemik Covid-19 menyebabkan kurangnya masa bersemuka dan hanya bergantung pada teknologi.
5.2.2 Kehadiran pelajar yang kurang memberangsangkan.
5.2.3 Talian internet yang kurang baik.
5.2.4 Tempoh pelaksanaan yang terhad.
5.2.5 Sumber kewangan yang terhad.
5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berikut merupakan cadangan penambahbaikan program;

5.3.1 Kaedah mempromosi dan hebahan untuk menarik minat pelajar mengikuti program perlu dipertingkatkan.
5.3.2 Pembugaran untuk setiap bengkel yang telah dijalankan perlu diteruskan pada masa akan datang supaya guru lebih peka kepada subjek

diajar dan tugas sebagai guru subjek Sejarah.
5.3.3 AJK Tajaan perlu dilantik dan dimasukkan dalam kertas kerja pada masa akan datang.
5.3.4 Pengisian program perlu diperluaskan kepada semua subjek teras dalam SPM.
5.3.5 Pengisian aktiviti program perlu ditambah pada masa akan datang.

26

6.0 PENUTUP
Program Menggapai Bintang ini telah berjaya dilaksanakan walaupun berdepan dengan kekangan. Diharapkan agar cadangan penambahbaikan tersebut
dapat diaplikasikan pada masa akan datang bagi membantu melicinkan perjalanan program. Diharapkan agar program seumpama ini akan diteruskan
pada masa-masa akan datang kerana ianya memberi impak positif kepada para peserta.

“WAWASAN KEMAKMURAN NEGARA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, .

………………………………… ……………………………… ………………………………...
(JULIKA BINTI MAIBA ) (RICHARD SAMIE KIOU) (FARIDAH BINTI RAIMIN)
Setiausaha I Penolong Kanan HEM Pengetua
SMK Kota Marudu SMK Kota Marudu SMK Kota Marudu

………………………………
(MARCILLA NATA MADIUS
Setiausaha II
SMK Kota Marudu

27

LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI (PELAJAR)

Gambar 1 : Gambar 2:
Poster Ceramah Pengurusan Masa Berkesan Poster Ceramah Disiplin

Gambar 3: Gambar 4:
Poster Program Kecemerlangan SPM Sejarah Ceramah Teknik Belajar Berkesan dan Teknik Menjawab
Bahasa Melayu SPM 2021

28

Gambar 5: Ceramah Kesan-Kesan Ponteng dalam Gambar 6: Ceramah Keibubapaan: Harapan Ibu Bapa

Kalangan Pelajar dan contoh-contoh Kes yang Melibatkan Terhadap Anak-Anak

Pelajar Sekolah

29

LAMPIRAN SIJIL PENCERAMAH AKTIVITI (PELAJAR):
30

31

LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI (GURU SEJARAH)

Gambar 1 : Gambar 2:
Poster Ceramah Pengurusan Stress dan Burn Out di Poster Bengkel Kajian Tindakan Dalam Subjek Sejarah
kalangan Guru Sejarah dan
Poster Bengkel Merungkai Buku Teks dan DSKP KSSM
Sejarah untuk Guru-Guru Sejarah

32

Gambar 3: Gambar 4:
Poster Program Menggapai Bintang Ceramah Pengurusan Stress dan Burn Out di kalangan Guru-
Guru Sejarah melalui Google Meet

Gambar 5: Bengkel Merungkai Buku Teks dan DSKP Gambar 6: Bengkel Kajian Tindakan dalam Subjek Sejarah
KSSM Sejarah untuk Guru-Guru Sejarah

33

Gambar 7: Peserta kajian tindakan Sejarah yang menang Gambar 8: Hadiah cabutan bertuah untuk peserta program
cabutan bertuah sempena Program Menggapai Bintang

34

LAMPIRAN SIJIL PENCERAMAH AKTIVITI (GURU SEJARAH):
35

LAMPIRAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PENYUMBANG PROGRAM MENGGAPAI BINTANG
36

LAMPIRAN GAMBAR MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN SURAT KOLABORATIF ANTARA SEKOLAH DAN PERNIAGAAN SINALIA
RESIT SUMBANGAN UNTUK PROGRAM MENGGAPAI BINTANG DARIPADA PERNIAGAAN SINALIA
37

Perbincangan Bersama Pengetua Sebagai Mentor Program

Menerima sumbangan daripada Syarikat Nestle
38


Click to View FlipBook Version