The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puterisafee0, 2022-04-14 06:37:43

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E- book : SUKAN DAN PERPADUAN
SESI 1 : 2021/2022

NAMA PENSYARAH : TUAN MAZLAN BIN OSMAN

NAMA: NUR ATHIRAH AMNI BINTI ZAILANI(03DDT20F2012)
NURWARDINA BINTI SAHARUDDIN(03DDT20F2006)
PUTERI NUR FATIHAH BINTI SAFEE(03DDT20F2005)
SITI ZURAIDAH BINTI ZUBIR(03DDT20F2022)

MAKSUD SUKAN

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan
untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan,
dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan
itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan
dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat
sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang,
dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.
Selain itu, kita akan kekurangan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di
sekeliling kita.

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat
khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi
sumber pendapatan.

MAKSUD PERPADUAN

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia perhubungan
sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakat.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas
atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling
menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula,
terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan
sosial ataupun masyarakat.

CONTOH – CONTOH SUKAN SILAT

BADMINTON

SEPAK TAKRAW BOLA SEPAK

MEMANAH BOLING

TOKOH – TOKOH ATLET DAN PENCAPAIAN

DATO LEE CHONG WEI

Nama penuh:Lee Chong Wei
Tarikh Lahir:21 Oktober 1982
Tempat Lahir:Penang,Malaysia
Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan Lelaki
PENCAPAIAN

1) SUKAN SEA 2005 DI MANILA

Dato' Lee Chong Wei telah membanggakan nama Malaysia setelah mendapat
tempat ke-2 pada aksi final di sukan SEA 2005 di Manila.

2) SUKAN OLIMPIK RIO 2016

Pingat Perak milik Malaysia dan ia masih juga satu kebanggaan buat negara
dalam perjuangan mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Olimpik
2016 di Rio.

DATO ABDUL LATIF ROMLY

Nama penuh:Abdul Latif Romly
Tarikh Lahir: 31 Mac 1997
Tempat Lahir: Perlis, Malaysia
Kerjaya: Atlet Paralimpik Malaysia
PENCAPAIAN

1) 2016 RIO DE JANEIRO

Abdul Latif Romly telah membanggakan nama Malaysia setelah mendapat
tempat ke-1 pada aksi final di Rio De Janeiro

2) 2020 Tokyo

Pingat Emas milik Malaysia dan ia masih juga satu kebanggaan buat negara
dalam perjuangan mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Paralimpik
2020 di Tokyo,Jepun .

PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

Menonjolkan bakat dan kemahiran terpendam seseorang.
Nilai perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti sukan.
Keperibadian yang unggul dapat dilahirkan kerana sukan melahirkan semangat
yang positif.

FAEDAH – FAEDAH SUKAN DALAM PERPADUAN

Individu

Penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas dapat
melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana sebarang
aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan
individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai
melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan ini membawa
keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu
menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara
sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk
meneruskan kehidupan harian mereka.

Masyarakat Mengurangkan
stress
Menjamin
kesihatan diri

Masyarakat

Memupuk setia Membanteras
kawan gejala tidak sihat

Negara

Sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah negara itu bakal menjana
pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan acara sukan bertaraf
dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan
pembinaan stadium serta kemudahan awam lainnya terutamanya pengangkutan
awam. Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal yang besar untuk
membawa semua projek ini berjalan lancar sehingga menjadikan perniagaan
sampingan turut berkembang. Sesungguhnya, aktiviti sukan yang diadakan
apabila dirancang dengan teliti boleh memajukan sektor ekonomi negara dengan
begitu mudah.

PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN
PERPADUAN KAUM

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan
batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan
lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh
Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan
Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi
perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun
sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan
masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman
politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk
mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa
yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan
struktur tadbir urus berbeza.

Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak
menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan
sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai
ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua
peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti
diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea
Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di
peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-
mata atlet yang terlibat.

Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga
segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan
tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri
menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam
melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali
gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian
sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah
tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan'
bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta
'semangat satu negara, satu matlamat'.

Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-
program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan
diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan
sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara,
perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan
pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman
dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi
peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu
masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara.
Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat
yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting
untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan
dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan
sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk
kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota
badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri
daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun
kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan
sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara
berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan
jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan
kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.

RUJUKAN

https://shellyfenx.blogspot.com/2020/10/e-folio-penghayatan-etika-dan-
peradaban.html?m=1
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sukan
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latif_Romly
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sukan
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei




Click to View FlipBook Version