AANNGGGGOOTTAA KKJJLLJJDD JJUUAARRAA DDUUNNIIAA SSEENNII BBIINNAA BBAADDAANNPENGLIBATAN PEGAWAI KANAN KJLJD DALAMPERTANDINGAN DAN PERSIDANGAN INOVASI ANTARABANGSAPENGLIBATAN PEGAWAI KANAN KJLJD DALAMPERTANDINGAN DAN PERSIDANGAN INOVASI ANTARABANGSAMESYUARAT JAWATANKUASA SUKAN SIRI 2/2025 DAN MESYUARATJAWATANKUASA SOKONGAN PERGERAKAN GAJI (JKSPG)MESYUARAT JAWATANKUASA SUKAN SIRI 2/2025 DAN MESYUARATJAWATANKUASA SOKONGAN PERGERAKAN GAJI (JKSPG)NNOOVVEEMMBBEERR 22002255
PenaungBrigJen Dato' Ts.HjAhmadJaidibinAliKetuaPengarangLt Kol ZulkarnainbinAbdul ZabilPenolongKetuaPengarangMej Ir Yushailebin YusofPenyelarasMej NorhaidabintiAzmiKetuaEditorialMej Che Norlibinti Che NordinEditorialKaptHeera Devia/pKumaravelRekaBentukKapt Mohammad NaimzbinAzhanLt MuhammadIkhwan SyahmibinAbdul LatifLt MuhammadHafizbin MohamadRedahudinLt MohamadHuzainibin MohamadYusriDengan Kerjasama:JabatanArah KJLJDSel ICT IJEDCawangan Pengurusan KejuruteraandanKetenteraan, IJEDKursus Lanjutan Pegawai KJLJD Siri 48/2025Edisi ini menghimpunkan pelbagai aktiviti pentingKJLJD sepanjang bulan November 2025, merangkumimesyuarat pengurusan, anugerah kecemerlangan,latihan ketenteraan, kursus pembangunan anggotaserta pencapaian di peringkat antarabangsa.Sorotan utama termasuk penglibatan pegawaidalam pertandingan inovasi global, kejayaananggota KJLJD sebagai Juara Dunia Seni Bina Badan,penubuhan Tim Pembaikan Hadapan 10 Briged(Para) untuk Op Halilintar, serta pelaksanaan UjianKetangkasan dan Kemahiran Tempur oleh unit-unitwoksyop.Aspek kepimpinan dipaparkan menerusi deretanperbarisan pegawai pemerintah dan ketua woksyopdari seluruh formasi — termasuk 1, 7, 12, 13, 32 dan 42Woksyop — yang menekankan disiplin, penyampaianamanat serta hala tuju organisasi. Aktiviti komunitidan kebajikan seperti Lawatan Prasekolah SK Binuangbersama aktiviti sukaneka, Hari Pengajian 92Woksyop DKP, serta aktiviti riadah mendaki BukitPanau turut disertakan sebagai usaha mengeratkanhubungan warga dan masyarakat. Majalah ini jugamenutup tirai dengan laporan penuh hormatmengenai Upacara Pengebumian Pegawai KananKJLJD, sebagai penghargaan atas jasa danpengorbanan beliau sepanjang berkhidmat.Secara keseluruhan, edisi ini menonjolkan komitmen,kesiapsiagaan dan profesionalisme warga KJLJDdalam melaksanakan tugas dan memperkukuhorganisasi.
MESYUARAT JAWATANKUASA SUKAN SIRI 2/2025 DAN MESYUARAT JAWATANKUASASOKONGAN PERGERAKAN GAJI (JKSPG) SERTA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANGTAHUN 2025 SIRI 2/2025PENGLIBATAN PEGAWAI KANAN KJLJD DALAM PERTANDINGAN DAN PERSIDANGANINOVASI BERPRESTIJANTARABANGSAANGGOTAKJLJD JUARA DUNIASENI BINABADANTIM PEMBAIKAN HADAPAN 10 BRIGED(PARA) “OP HALILINTAR” EKSESAIS GERAK PANTASSIRI 26/2025 DITUBUHKANSEMINAR PEGAWAI TIDAK TAULIAHRENDAHKJLJD SIRI 2 TAHUN 2025KURSUS INDUKSI BINTARA MUDA KOR JURUTERA ELEKTRIK DAN JENTERA DIRAJA SIRI4/2025LEMBAGAKENAIKAN PANGKAT LLP KJLJDKURSUS INDUKSI PERAJURIT MUDAKJLJD SIRI 203 TAHUN 2025 NAUNGAN 3 DIVISYENPERBARISAN AJUTAN INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARATPELAKSANAAN UJIAN KETANGKASAN TEMPUR (UKT) – KOMPONEN KEDUA, UJIAN JALANKAKI 15 KM 74 WOKSYOP DIVISYENUJIAN KEMAHIRAN TEMPUR (UKT) KOMPONEN 3 - KEYAKINAN DIRI 75 WOKSYOP DIVISYENPERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH1 WOKSYOP BRIGEDPERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN MESYUARAT KEBAJIKAN SIRI 1/2025 7 WOKSYOPBRIGEDKURSUS PEMASANGAN CERMIN HADAPAN KENDERAAN DI 7 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITI RIADAH MENDAKI BUKIT PANAU ERATKAN SILATURAHIM WARGA 8 WOKSYOPBRIGEDPERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH12 WOKSYOP BRIGEDLAWATAN PRASEKOLAH SK BINUANG DAN AKTIVITI SUKANEKA SERTA PAMERAN MOBILITI13 WOKSYOP BRIGEDPENGLIBATAN PASUKAN 35 WOKSYOP ARMOR DALAM LATIHAN MEMANDU DANMENEMBAK KDYMM SULTAN TERENGGANUPERBARISAN ULUNG KETUAWKSP 42 WOKSYOPARTILERIPERBARISAN KETUAWOKSYOP PASUKAN 63 WOKSYOP MEKANIZEPERBARISAN KETUA WOKSYOP, STABLE PARADE DAN MESYUARAT KEBAJIKAN SIRI 2/202532 WOKSYOPARMORHARI PENGAJIAN 92 WOKSYOP DKP TAHUN 2025UPACARAPENGEBUMIAN PEGAWAI KANAN KJLJDBENGKEL PENULISAN MANUAL EMEI SIRI 1/2025 PERKUKUH PEMBANGUNAN DOKTRINTEKNIKAL KJLJDLAWATAN ULUNG PANGLIMABRIGED KETIGAINFANTRI MALAYSIAKE 3 WOKSYOP BRIGEDKEMBARA DUGAPASUKAN 3 WOKSYOP BRIGED DI BENGOH DAM, PADAWANKURSUS INDUKSI PERAJURIT MUDAKJLJD SIRI 203 TAHUN 2025 NAUNGAN 1 DIVISYENPEMERIKSAAN PAKAR JLJ INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT TAHUN 2025WARGA KJLJD PEMANGKIN JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN RAGBI ANTARAPERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
4KAJANG, 24 NOV 25 - Pengarah KJLJD, Brig JenDato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali telahmempengerusikan Mesyuarat Ahli JawatankuasaSukan Siri 2/2025 dan Jawatankuasa SokonganPergerakan Gaji (JKSPG) serta AnugerahPerkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 (APC) siri2/2025 yang telah dilaksanakan di bilik MesyuaratRefflesia, 41 Woskyop Artileri, Kem Tun Ibrahim,Kajang.Dalam mesyuarat pertama, beberapa agendapenting dibincangkan seperti prestasi atlet sukan,program latihan yang akan dilaksanakan danpenyataan masalah bagi setiap Pusat CemerlangSukan (PCS).Selain itu, Pengerusi juga menyampaikan hasratagar PCS setiap sukan dapat menjalankantanggungjawab masing-masing bagimeningkatkan prestasi sukan KJLJD amnya danTentera Darat khasnya.Mesyuarat diteruskan lagi dengan mesyuaratJKSPG dan mesyuarat APC Siri 2/2025 dimananama-nama Pegawai dan LLP yang layak untukmenerima anugerah cemerlang pada tahun initelah dibentangkan kepada Pengerusi.Akhir sekali, Pengerusi telah menyerahkan SijilAnugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2024kepada wakil-wakil formasi dan pasukan yanghadir. Semoga ia menjadi pemangkin semangatkepada Pegawai dan LLP KJLJD agar terusbersemangat dan bekerja keras bagi tahun yangakan datang.MESYUARAT JAWATANKUASA SUKAN SIRI 2/2025 DAN MESYUARATJAWATANKUASA SOKONGAN PERGERAKAN GAJI (JKSPG) SERTAANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2025 SIRI 2/2025AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
5PENGLIBATAN PEGAWAI KANAN KJLJD DALAM PERTANDINGANDAN PERSIDANGAN INOVASI BERPRESTIJ ANTARABANGSAYOGYAKARTA INDONESIA, 14 NOV 25 - Lt Kol Ts Mohd Aman bin Armawai telah dipilih bersama 2lagi pensyarah kanan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk menghadiri danmembentangkan kertas kerja inovasi di persidangan TRIZ-fest 2025 yang telah berlangsung diauditorium Prof. KH. Abdul Kahar Muzakir, Universiti Islam Indonesia (UII), Yogyakarta Indonesia dari11-14 Nov 2025. Persidangan ini telah dihadiri oleh pakar pakar praktikal TRIZ daripada seluruhnegara termasuk, Rusia, China, India, Malaysia Vietnam dan lain-lain yang telah lama terlibat denganTheory Inventive Problem Solving (TRIZ) iaitu kaedah penyelesaian masalah secara bersistematikserta melatih seseorang individu untuk berfikiran kreatif dan inovatif.Rector UII iaitu Mr Fathul Wahid telah membuat pembukaan dengan tema persidangan kali ini ialah‘Connecting minds, methods, and technologies to co-create innovations for global challenges’.Sejumlah lebih 30 peserta dari perbagai negara terlibat dalam pembentangan kertas kerja inovasitersebut. Turut hadir persidangan ialah TRIZ International President (MATRIZ) Dr Sergey Yatsunenko(Rusian), TRIZ Vice President Profesor Dr Sergei Ikovenko (Rusian), President TRIZ Indonesia(InTRIZ) Profesor Dr Eng Risdiyono dan President TRIZ Malaysia (MyTRIZ) Mr Tan Eng Ho.Persidangan ini akan menilai hasil kerja penulisan inovasi yang menggunakan kaedah TRIZ dan akandi terbitkan didalam TRIZ conference proceeding book sebagai proceeding paper yang manamemenuhi salah satu keperluan dalam pengajian Doktor Falsafah di UMPSA.AKTIVITIArtikel: Lt Kol Ts Mohd Aman bin Armawai
6Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan Pengarah KJLJD, BrigJen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta warga KJLJD mengucapkan setinggi penghargaan dantahniah kepada SSjn Abdul Aziz Ahmad atas kejayaan cemerlang menjuarai ????? ???????????????????? ?????? ????????????? 2025.Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat martabat Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja, malahturut membanggakan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Darat khasnya.Sikap dedikasi, disiplin dan semangat juang yang tinggi menjadi inspirasi kepada semua.Tahniah sekali lagi atas gelaran Juara Dunia 2025.AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDANGGOTA KJLJD JUARA DUNIA SENI BINA BADAN
7KELANTAN, NOV 25 – TPH 10 Bgd (Para) di bawah naunganformasi 10 Bgd (Para) telah mengambil bahagian dalamEksesais Gerak Pantas Siri 26/2025 yang berlangsung disekitar kawasan Terengganu dan Kelantan. Seramai 1 xpegawai dan 26 x anggota LLP daripada gabungan JLJ setiappasukan di bawah 10 Bgd (Para) telah terlibat dalam eksesaisini. Penglibatan ini bertujuan menguji semua aspek aturgerak10 Briged (Para) meliputi kemahiran individu, kolektif,kepimpinan serta kompetensi pegawai dan anggota bagimemastikan kesiapsiagaan menyeluruh dalam melaksanakantanggungjawab sebagai komponen utama Pasukan AturgerakCepat (PAC) Tentera Darat Malaysia. Dalam eksesais iniformasi 10 Bgd (Para) telah mengaturgerakan kesemua asetpegangan dan memperlihat gabungan bersama TUDM bagimerealisasikan Joint Operation di dalam operasi Air Assault,Mass Drop, Tactical Air Landing Operation (TALO), HeavyEquipment Drop (HE), Container Delivery System (CDS) danLow-Cost Low Altitude (LCLA). Selain itu, Op Halilintar jugatelah menampilkan gabungan keupayaan Tim Nukleus KompeniBot Amfibi 10 Bgd (Para), dan Skn 883 PUTD dalam operasiamphibious assault yang menggabungkan elemen darat, lautdan udara secara serentak. Penglibatan TPH 10 Bgd (Para)dalam Eksesais Gerak Pantas Siri 26/2025 membuktikankomitmen berterusan dalam mendukung Visi KJLJD bagimenentukan kesiagaan peralatan dan memenuhi keperluanoperasi Tentera Darat yang sejajar dengan Strategi DomainDaratan (SD²).TIM PEMBAIKAN HADAPAN 10 BRIGED (PARA) “OP HALILINTAR”EKSESAIS GERAK PANTAS SIRI 26/2025 DITUBUHKANAKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
8SABAH, 4 hingga 6 NOV 25 - Seminar Pegawai Tidak Tauliah Rendah Kor Jurutera Elektrik danJentera Diraja Siri 2 Tahun 2025 telah berlangsung di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, Sabah danmelibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta daripada pelbagai formasi dan unit di bawahnaungan MK 1 DIV dan MK 5 DIV.Pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang seminar PTTR Kor Jurutera Elektrik dan JenteraDiraja seperti syarahan yang bertajuk Kes Tatatertib Anggota, syarahan Buli dan Ragging di KalanganAnggota Tentera, syarahan Pengurusan HRMIS, syarahan Pengurusan Peralatan Ketukangan,syarahan Hubungan Antara Ketua dan Anggota, syarahan Laluan Kerjaya LLP, syarahan MembinaKeyakinan Diri, syarahan Taklimat Way Foward dan pembentangan Kajian Kes Mengikut Formasi.Majlis penutup seminar telah disempurnakan oleh Pengarah KJLJD, Brigedier Jeneral Dato’ Ts. HjAhmad Jaidi bin Ali, yang turut menekankan kepentingan profesionalisme, kepimpinan sertasemangat satu pasukan dalam kalangan warga PTTR.AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDSEMINAR PEGAWAI TIDAK TAULIAH RENDAH KJLJDSIRI 2 TAHUN 2025
9TAIPING, 3 NOV 25 - Seramai 35 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang baru dinaikkan ke pangkatSarjan telah menyertai Kursus Induksi Bintara Muda Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD)Siri 4/2025 yang berlangsung di 72 Woksyop Divisyen, Kem Salerno, Taiping.Kursus selama dua minggu yang dijalankan dari 3 hingga 15 November 2025 ini bertujuan memberipendedahan menyeluruh kepada Bintara Muda berkenaan Peraturan Mess Wisma Bintara, di sampingmembentuk Pegawai Tauliah Tentera (PTT) Kanan yang berdisiplin, berwibawa dan berkeupayaanmemimpin dengan berkesan.Majlis pembukaan dan penutup kursus telah disempurnakan oleh Lt Kol Khairizal bin Kamaruddin,Penaung Wisma Bintara 72 Woksyop Divisyen. Turut hadir ialah PW I Suhaizad bin Dain selakuPenasihat Wisma Bintara, PW II Mohd Anuar bin Md Isa, Yang Dipertua Wisma Bintara, PW II Tc. MohdRossidi bin Mohd Nor, Naib Yang Dipertua Wisma Bintara, serta Ahli-Ahli Terkanan dan JawatankuasaWisma Bintara 72 Woksyop Divisyen.Dengan pelaksanaan kursus ini, adalah diharapkan agar lahirnya Bintara Muda KJLJD yangberintegriti, bersemangat tinggi dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai tulang belakangorganisasi demi memperkasakan pasukan dan Kor JLJ Diraja.AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDKURSUS INDUKSI BINTARA MUDA KOR JURUTERA ELEKTRIKDAN JENTERA DIRAJA SIRI 4/2025
10SABAH, 5 NOV 25 - Seramai 108 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari KJLJD terlibat dalam LembagaKenaikan Pangkat (LKP) pada 3 hingga 5 Nov 25. Lembaga ini bertujuan memilih calon anggota PTTRdari pasukan yang layak dipertimbangkan bagi sokongan kenaikan pangkat PTTK. Lembaga akhir LKPdi pengerusikan oleh Brig Jen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali di 75 Woksyop Divisyen.Para calon perlu menjalani beberapa peringkat penilaian bermula dengan Ujian Kecergasan Asas(UKA) dan diikuti dengan Ujian Bertulis. Calon yang berjaya dan disenarai pendek sahaja yang layakuntuk menjalani temuduga akhir. LKP ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menentukankualiti bakal PTTK yang kompeten dan layak memimpin anggota bawahan.Turut serta sebagai ahli panel ialah PS 1 P&P Jab KJLJD, Lt Kol Mohd Ridhzuan bin Mohd Yusof, PS 1MK 5 Div, Lt Kol Mohd Firdaus bin Mohamed Fadzil dan Peg Memerintah 75 Wksp Div, Lt Kol HjBakthiar bin Hj Bohari.AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDLEMBAGA KENAIKAN PANGKAT LLP KJLJD
11PORT DICKSON, 21 NOV 25 - Pasukan 1 Woksyop Briged telah dipertanggungjawabkan untukmenganjurkan Kursus Induksi Perajurit Muda KJLJD Siri 203 Tahun 2025 Naungan 3 Divisyen yangterdiri daripada 16 anggota Perajurit Muda. Pembukaan kursus telah disempurnakan oleh Mejar MohdNizammudin bin Hamdan, Pegawai Pemerintah 1 Woksyop Briged pada 11 Nov 25 bertempat diAnjung 1?? ???????, 1 Woksyop Briged.Sepanjang tempoh 2 minggu kursus ini berlangsung, pelbagai pengisian yang telah dilaksanakanmerangkumi aspek pendedahan berkenaan perkara asas ketenteraan, pendedahan berkenaan laluankerjaya, tugas-tugas rejimental pasukan dan sebagainya.Upacara Penutup Kursus Induksi Perajurit Muda KJLJD Siri 203/2025 di ?????? 1?? ????????dilaksanakan pada 21 Nov 25. Majlis penutup telah dimulakan dengan acara ???? ????? oleh anggotaPerajurit Muda yang terlibat dan diakhiri dengan Acara Pemakaian Beret KJLJD yang telahdisempurnakan oleh Lt Kol Mohamed Shariff bin Hj Razuli, Pegawai Staf 1 JLJ MK 3 Div.AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDKURSUS INDUKSI PERAJURIT MUDA KJLJD SIRI 203 TAHUN2025 NAUNGAN 3 DIVISYEN
12NEGERI SEMBILAN, 13 NOV 25 - InstitutKejuruteraan Tentera Darat (IJED) telahmelaksanakan Perbarisan Ajutan IJED Siri 2di Padang Kawad IJED Kem Kg Sawah, PortDickson. Seramai 24 kali Pegawai dan 368kali anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telahterlibat di dalam perbarisan yang diketuaioleh Kapt (PKW) Ts. Mohamad Hafiz MohdYunus dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan,PW 1 (SMR) Mohd Hazizi Haron.Ajutan IJED, Kapt Heera Devi a/p Kumaraveldalam ucapannya menekankan agar semuaperingkat anggota mempertingkatkandisiplin dan tatatertib sebagai seoranganggota tentera. Sikap hormat menghormatiperlu diterapkan di setiap peringkat anggotaselain perlu menjaga kecergasan fizikal danmental sebagai seorang anggota tentera.Perbarisan ini merupakan salah satu elemendalam Sistem Pemerintahan Rejimental yangbertujuan untuk menyampaikan arahansemasa pasukan dan memastikan anggotasentiasa berdisiplin dan bertanggungjawabterhadap tugas yang diamanahkan.AKTIVITI Penulis dan Jurugambar: Sel ICT IJEDPERBARISAN AJUTAN INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT
13SUNGAI BESI, 12 NOV 25 – Ujian KetangkasanTempur (UKT) melalui Komponen Kedua iaitu UjianJalan Kaki (UJK) 15 kilometer merupakan salah satubentuk ujian dan latihan ketenteraan yang bertujuanmembina daya tahan fizikal serta meningkatkanketangkasan setiap anggota Tentera Darat (TD).Ujian ini dilaksanakan secara praktikal kepadasemua peringkat pegawai dan anggota yang beradadalam tahap kesihatan Forward Everywhere (FE).Objektif utama pelaksanaan UJK adalah untukmenilai tahap kecergasan semasa anggota disamping membantu meningkatkan keupayaanfizikal. Latihan seumpama ini juga berperananmembentuk satu pasukan yang sentiasa beradapada tahap kesiapsiagaan fizikal dan mental yangtinggi.Bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan, pesertaperlu menamatkan jarak 15 kilometer dalam tempoh180 minit bagi anggota lelaki dan 210 minit bagianggota wanita, dengan mengenakan PakaianLengkap Medan (PLM). Ujian ini dijalankan di sekitarlaluan Kem Sungai Besi serta melibatkan penyertaan5 pegawai dan 73 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).Sebelum ujian bermula, para peserta diberi taklimatoleh Penyelia Jurulatih Jasmani diikuti sesipemanasan badan. Arahan Pelaksanaan turutdibacakan kepada semua pegawai dan anggotasebagai persediaan sebelum memulakan ujian.Pelaksanaan UJK 15 kilometer ini bukan sahajamenguji ketahanan fizikal dan mental anggota,malah turut memupuk semangat berpasukan,disiplin serta komitmen dalam memastikankesiapsiagaan tetap berada di tahap terbaik. Pihakpentadbiran berharap agar setiap anggota dapatmenjadikan ujian ini sebagai motivasi untuk terusmengekalkan kecergasan dan meningkatkankeupayaan diri selaras dengan kehendak TenteraDarat.PELAKSANAAN UJIAN KETANGKASAN TEMPUR (UKT)KOMPONEN KEDUA, UJIAN JALAN KAKI 15 KM74 WOKSYOP DIVISYENAKTIVITI Penulis dan jurugambar: LtM Muhammad Hakimi bin Harun Rasid
14SABAH, 12 NOV 25 - 75 Wksp Div telah melaksanakan Ujian Kemahiran Tempur (UKT) Komponen 3 -Keyakinan Diri iaitu Latihan Abseiling dan Repelling pada 12 Nov 25 di Menara Latihan Stesen BombaTentera Darat (SBTD) Lok Kawi.Seramai 5 Pegawai dan 74 Anggota LLP telah terlibat dalam latihan ini yang telah dipantau dandikendalikan oleh Anggota SBTD Lok Kawi yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian abseilingdan repelling.Dengan pelaksanakan latihan ini, ianya telah mencapai objektif bagi UKT Komponen 3 iaitu untukmembina keyakinan diri, menguji tahap ketahanan mental dan fizikal serta mempraktikkan teknikyang betul dalam pelaksanaan abseiling dan repelling yang merupakan satu kemahiran yang perludimiliki oleh setiap anggota ketika melaksanakan operasi atau tugas menyelamat.UJIAN KEMAHIRAN TEMPUR (UKT) KOMPONEN 3 -KEYAKINAN DIRI 75 WOKSYOP DIVISYENAKTIVITIPenulis: LtM Ahmad Haziq bin AzmiJurugambar: SSjn Mohd Hafizul Ashraf bin Md Daud
15PORT DICKSON,12 NOV 25 – 1 Woksyop Briged telah mengadakan Perbarisan Pegawai Pemerintahpertama selepas perubahan tampuk kepimpinan pada 12 November 2025 di Padang Kawad.Perbarisan diketuai Lt M Muhammad Adam bin Rohidi dengan penglibatan 4 pegawai, 46 LLP dan24 anggota awam. Majlis turut menyaksikan pemakaian pangkat kepada 1212432 Lans KoperalMohamad Amir Irshadi bin Abdullah yang dinaikkan ke pangkat Koperal sebagai penghargaan atasprestasi cemerlang.Dalam ucapannya, Pegawai Pemerintah menekankan kepentingan kekuatan rohani, moral, disiplindiri dan integriti sebagai asas kecemerlangan pasukan. Beliau mengingatkan anggota agar menjauhisalah laku serta terus berpegang kepada etika ketenteraan.Selesai perbarisan, Mej Mohd Nizamuddin bin Hamdan meninjau kawasan kem termasuk bengkeldan pentadbiran, sambil beramah mesra serta memberi dorongan kepada anggota supaya terusmenjaga profesionalisme. Acara diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan di KelabBintawira bagi mengeratkan silaturahim serta menghargai semua pihak yang terlibat.PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH1 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITIPenulis : LtM Muhammad Adam bin RohidJurugambar:Kpl Muhammad Aiman bin Muhamad Syaiful Hanim
16KEM TEBRAU, 5 NOV 25 – 7 Woksyop Briged telah mengadakan Perbarisan Pegawai Pemerintahbertempat di Padang Kawad 7 Woksyop Briged, Kem Tebrau, Johor Bahru. Perbarisan ini merupakanperbarisan Pegawai Pemerintah kali pertama bagi Mejar Ts. Mohammad Faris bin Mustapa semenjakbeliau mengambil alih tampuk kepimpinan pasukan. Perbarisan Pegawai Pemerintah ini melibatkanseramai 2 pegawai dan 50 Lain-lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt (PKW) Abdul Razak bin Ishak.Pegawai Memerintah, Mejar Ts. Mohammad Faris bin Mustapa telah memulakan acara denganpemeriksaan perbarisan. Seterusnya, Pegawai Memerintah meneruskan dengan menyampaikanucapan dan menegaskan dalam ucapannya tentang kepentingan mengekalkan disiplin, keterampilanserta jati diri yang tinggi dalam kalangan warga pasukan. Pegawai Memerintah turut mengingatkanagar menjauhkan diri daripada gejala buli, penyalahgunaan bahan terlarang serta sentiasa menjaganama baik kor dan pasukan.Selepas selesai Perbarisan Pegawai Pemerintah, Mesyuarat Kebajikan Siri 1/2025 7 Woksyop Brigedturut diadakan yang dipengerusikan oleh Pegawai Pemerintah 7 Woksyop Briged bertempat di KelabSouthern Scorpion, 7 Woksyop Briged. Dalam ucapan pembukaan, Pegawai Pemerintah menekankankepentingan mesyuarat ini sebagai platform bagi warga menyuarakan pandangan dan cadanganberkaitan kebajikan serta kesejahteraan bagi warga 7 Woksyop Briged.PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN MESYUARATKEBAJIKAN SIRI 1/2025 7 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITIPenulis : LtM Muhammad Ashraf bin AbdullahJurugambar: Pbt Muhammad Danial Haziq bin Syahrizal
17KEM TEBRAU, 14 NOV 25 – Majlis Penutup Kursus Pemasangan Cermin Hadapan Kenderaan TenteraDarat telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 7 Woksyop Briged, Mejar Ts. Mohammad Farisbin Mustapa, bertempat di Kelab Southern Scorpion. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan harapanagar semua peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang dipelajari dan mengaplikasikannyadalam tugasan di pasukan masing-masing.Kursus yang berlangsung dari 10 hingga 14 November 2025 ini melibatkan seramai 20 kali anggotaLain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai pasukan sekitar negeri Johor. Tenaga pengajar terdiri daripadaLeftenan (PKW) Abdul Razak Bin Ishak, PWF Pegawai Waran Dua Mohamad Faris Bin Mahsan,Pegawai Waran Dua Mohd Najib Bin Abd Hamid selaku Ketua Cawangan Armament And General 7Woksyop Briged. Kursus ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam pemasanganserta penggantian cermin hadapan kenderaan mengikut piawaian Tentera Darat, disampingmengukuhkan keupayaan penyelenggaraan dalaman setiap pasukan.Sepanjang kursus, para peserta mengikuti sesi teori dan latihan praktikal yang memberi pemahamanjelas mengenai prosedur kerja, penggunaan peralatan serta aspek keselamatan. Penganjuran kursuskemahiran teknikal diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan penyelenggaraan sertamemastikan kesiapsiagaan aset-aset Tentera Darat berada pada tahap servisibiliti yang tinggi.KURSUS PEMASANGAN CERMIN HADAPAN KENDERAANDI 7 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITIPenulis : LtM Muhammad Ashraf bin AbdullahJurugambar: Pbt Muhammad Danial Haziq bin Syahrizal
18KELANTAN, 8 NOV 25 - 8 Wksp Bgd dan BakatPasukan 8 Wksp telah menganjurkan satu aktivitiriadah mendaki Bukit Panau, Tanah Merah padahari ini. Program yang berlangsung dalam suasanaceria dan penuh semangat ini berjaya menarikpenyertaan seramai 41 orang anggota pasukanserta 23 orang Ahli Bakat 8 Wksp.Aktiviti mendaki yang mencabar ketahanan fizikalini bukan sahaja memberi peluang kepada pesertauntuk menikmati keindahan alam semula jadi dipuncak Bukit Panau, tetapi juga bertujuanmeningkatkan tahap kecergasan dan kesihatantubuh badan. Di samping itu, program ini turutmenjadi platform untuk mengeratkan hubungansilaturahim antara anggota dan Ahli Bakat 8 Wksp.Turut hadir menyertai aktiviti ini ialah PengerusiBakat 8 Wksp, Puan Shaidatulsima Nadia binti MdJan, yang turut sama mendaki hingga ke puncakbukit. Kehadiran beliau memberikan suntikansemangat kepada semua peserta yang mengambilbahagian.Aktiviti riadah seperti ini secara tidak langsungdapat memperkukuhkan semangat kerjasama,kebersamaan dan kekitaan dalam kalangan warga8 Wksp Bgd serta keluarga mereka. Diharapkanpenganjuran program seumpama ini dapatditeruskan pada masa akan datang sebagai salahsatu usaha membina pasukan yang cergas, sihatdan berdaya tahan tinggi.AKTIVITI RIADAH MENDAKI BUKIT PANAU ERATKANSILATURAHIM WARGA 8 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITIPenulis : LtM Chew Qi HaoJurugambar: Lt Muhammed Shahrezwan Bin Ibrahim
SUNGAI BULOH, 14 NOV 25 – 12 Wksp Bgd telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Pemerintahbertempat di Padang Kawad 12 Wksp Bgd, Kem Sungai Buloh, Selangor. Perbarisan ini melibatkanseramai 4 orang pegawai dan 60 orang Lain-Lain Pangkat (LLP), diketuai oleh LtM Muhammad Zuhairbin Habibudin selaku Ketua Perbarisan.Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Pemerintah, diikuti dengan acarapemakaian pangkat bagi anggota PTTK 12 Wksp Bgd. Seramai dua anggota telah dinaikkan pangkatdaripada Koperal ke Pemangku Sarjan, iaitu 539694 P/Sjn Zulrusydi bin Abd Ghafar dan 1162503P/Sjn Mohd Fitri bin Ismail. Penganugerahan kenaikan pangkat ini melambangkan penghargaanterhadap komitmen, disiplin serta dedikasi yang ditunjukkan oleh anggota dalam melaksanakantanggungjawab harian.Acara seterusnya diteeruskan dengan ucapan Pegawai Pemerintah. Dalam amanat beliau,penekanan diberikan terhadap kepentingan mengekalkan disiplin, sikap hormat menghormati antarasatu sama lain serta pematuhan terhadap etika ketenteraan dalam apa jua keadaan. Beliau turutmenegaskan bahawa keharmonian, keseragaman dan kecekapan dalam melaksanakan tugas adalahasas utama kepada kecemerlangan pasukan. Pegawai Pemerintah turut merakamkan ucapan tahniahdan syabas atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh warga 12 Wksp Bgd sepanjang tahun2025. Beliau menyatakan bahawa kecemerlangan tersebut akan harus dikekalkan dandipertingkatkan pada masa hadapan melalui komitmen dan usaha berterusan warga pasukan.Selepas selesai ucapan dan perbarisan, seluruh anggota pasukan telah melafazkan Ikrar BebasRasuah Tentera Darat, yang dipimpin oleh Pegawai Integriti pasukan. Majlis ini bertujuanmengukuhkan integriti dan komitmen warga 12 Wksp Bgd dalam memastikan budaya sifar rasuahterus diamalkan dalam setiap aspek pentadbiran dan pelaksanaan tugas.Secara keseluruhannya, Perbarisan Pegawai Pemerintah ini bukan sahaja memperkukuh disiplin dansemangat ketenteraan dalam kalangan anggota, malah turut menjadi platform penghargaan danpeneguhan nilai-nilai integriti serta kecemerlangan pasukan.19PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH 12 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITI Penulis dan Jurugambar: Kpl Muhamad Izwan bin Moktar
20AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDLAHAD DATU, 12 NOV 25 – Seramai 35 murid bersama 7 guru pengiring dari Prasekolah SK Binuang,Lahad Datu telah mengadakan lawatan ke 13 Wksp Bgd, Kem JPG, Lahad Datu, Sabah.Ketibaan rombongan disambut mesra oleh Mejar Mohamad Zamir bin Zainal, Pegawai Pemerintah 13Wksp Bgd, serta PW I Tc. Mohd Aiman Amir bin Mohd Hanafi, Principal Workshop Foreman 13 WkspBgd. Lawatan ini bertujuan menyemai semangat patriotik dan kesukanan, di samping memberipendedahan awal secara tidak formal mengenai dunia ketenteraan serta memupuk minat generasimuda terhadap kerjaya sebagai anggota tentera.Sepanjang program, para murid berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai aset mobilitiketenteraan, menyertai aktiviti sukaneka, serta menyaksikan pameran kenderaan seperti MIFV, LFRV,dan LRV.LAWATAN PRASEKOLAH SK BINUANG DAN AKTIVITI SUKANEKA SERTAPAMERAN MOBILITI 13 WOKSYOP BRIGED
GEMAS, 18 NOV 25 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu, Al-Wathiqu BillahSultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah selaku Kolonel YangDiPertua Kor Armor Diraja (Kol YDP KAD) berkenan mencemar duli melaksanakan Latihan Pemanduandan Menembak melibatkan Kereta Kebal PENDEKAR serta Kereta Perisai GEMPITA di Kem SyedSirajuddin, Gemas.Acara ini turut diiringi Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta Yang AmatMulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja. Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Pengerusi KAD, Mej Jen Dato’ Indera Zahari MohdAriffin dan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad.Seramai 3 x pegawai dan 14 x anggota LLP daripada 35 Woksyop Armor telah terlibat dalam latihanberkenaan. Penglibatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Tentera Darat (TD)untuk memastikan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan anggota sentiasa berada di tahap tertinggi.Dalam latihan ini, pasukan telah melaksanakan persiapan sebelum latihan, semasa latihan danselepas latihan melibatkan 7 x Pendekar Main Battle Tank (MBT) dan 2 x Armoured Recovery Vehicle(ARV). Tim Pembaikan Hadapan Woksyop akan melaksanakan pemeriksaan terhadap semua sistemmelibatkan pemanduan dan menembak yang menggunakan persenjataan utama 125 mm SmoothBore.Penyertaan 35 Woksyop Armor dalam latihan ini membuktikan komitmen berterusan pasukan dalammemperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara serta memastikan PT 91-M Pendekar sentiasa dalamkeadaan baik.21AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDPENGLIBATAN PASUKAN 35 WOKSYOP ARMOR DALAM LATIHANMEMANDU DAN MENEMBAK KDYMM SULTAN TERENGGANU
22MELAKA, 20 NOV 25 – Seramai 1 pegawai dan 24anggota LLP terlibat dalam Perbarisan Ketua Wkspyang disempurnakan oleh Mej Hazizur bin Rahim,Ketua Wksp 42 Wksp Arti. Upacara ini telah diadakandi Perkarangan Garaj 42 Wksp Arti dimana turutdihadiri oleh ahli BAKAT pasukan.Perbarisan ini diadakan sempena beliau mengambilalih tampuk pemerintahan Ketua Wksp yang baru pada21 Okt 25 yang lalu. Perbarisan diketuai oleh Mej(PKW) Azinan bin Ahmad dan disusuli dengan upacarapemakaian pangkat kepada 1166558 Kpl Mohd Izhambin Tarmizi yang dinaikkan pangkat P/Sjn seterusnyamemegang jawatan Sjn Teknikal Cawangan Automotif.Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentinganmenjaga disiplin dan mengelakkan aktiviti _ragging_bagi memelihara nama baik pasukan. Beliau jugamenyeru supaya mengamalkan budaya kerja “GEMBAWALK” bagi memastikan output penyelenggaraan,_readiness_ serta kefungsian aset peralatan TDsentiasa di tahap optimum sekaligus mendokongaspirasi Angkatan Masa Hadapan (AMH) danmemperkasa kemahiran teknikal sejajar denganperkembangan _Industrial Revolution_ (IR) 4.0.Tahap kompetensi anggota _tradesman_ turut diujimelalui pemeriksaan terhadap _toolkit_, peralatan_diagnostic_ serta alat-alat pengukuran elektronik dicawangan yang terlibat.Majlis diakhiri dengan Mesyuarat Kebajikan Siri 2/2025yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pasukan.Pelaksanaan mesyuarat ini mencerminkan komitmenpasukan dalam menjaga kebajikan setiap peringkatanggota.PERBARISAN ULUNG KETUA WKSP42 WOKSYOP ARTILERIAKTIVITIPenulis: Mej(PKW) Azinan bin AhmadJurukamera: Kpl Isyraffudin bin Ismail
23KUANTAN, 14 NOV 25 - Pasukan 63 Woksyop Infantri (Mek) telah melaksanakan Perbarisan KetuaWoksyop di padang kawad pasukan yang telah disempurnakan oleh Mej Muhamad Hazim binAbdullah.Terdahulu, Ketua Woksyop telah menerima tabik hormat oleh Lt (PKW) Ts. Meor Mohd Noorhaizadbin Md Taha selaku Ketua Perbarisan sebelum melaksanakan pemeriksaan perbarisan.Sejurus itu, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Woksyop. Dalam ucapan, beliau jugamenegaskan kepada semua warga pasukan harus sentiasa menjaga disiplin dan maruah sendirimahupun pasukan agar tidak terjebak dalam perkara yang tidak diingini. Beliau juga menekankantentang gejala buli dan dadah boleh menjejaskan perkhidmatan dalam Tentera Darat (TD).AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel ICT 63 WkspPERBARISAN KETUA WOKSYOP PASUKAN63 WOKSYOP MEKANIZE
24PORT DICKSON, 6 NOV 25 – 32 Woksyop Armortelah melaksanakan Perbarisan Ketua Woksyopbertempat di Dataran Woksyop 32 Woksyop Armor,Kem Sungala, Port Dickson, Negeri Sembilan.Perbarisan ini merupakan yang pertama bagi MejarHisham bin Abd Rahman sejak beliau mengambil alihtampuk kepimpinan pasukan. Seramai 2 Pegawaidan 52 Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalamperbarisan tersebut yang diketuai oleh Kapt (PKW)Raj anak Krishna Moorthy.Acara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisanoleh Ketua Woksyop sebelum beliau menyampaikanucapan amanat kepada seluruh warga pasukan.Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentinganmengekalkan disiplin, keterampilan serta jati diriyang tinggi sebagai teras kekuatan danprofesionalisme anggota 32 Woksyop Armor. Beliauturut menzahirkan hasrat dan komitmen untukmemperkasakan 32 Woksyop Armor agar terusunggul, berintegriti dan sentiasa bersiap siagamenghadapi sebarang cabaran.Usai perbarisan, Pegawai Pemerintah turutmelaksanakan pemeriksaan kenderaan (????????????) bagi memastikan semua aset pasukanberada dalam keadaan siap siaga dan beroperasidengan sempurna pada setiap masa.Selesai pemeriksaan, telah diadakan MesyuaratKebajikan Siri 2/2025 yang turut dipengerusikanoleh Ketua Woksyop sendiri. Dalam ucapanpembukaannya, beliau menekankan kepentinganmesyuarat ini sebagai ???????? untuk wargamenyuarakan pandangan, cadangan sertapenambahbaikan berkaitan kebajikan dankesejahteraan warga 32 Woksyop Armor.AKTIVITI Penulis dan Jurugambar: 32 Woksyop ArmorPERBARISAN KETUA WOKSYOP, STABLE PARADE DAN MESYUARATKEBAJIKAN SIRI 2/2025 32 WOKSYOP ARMOR
25KEM BATU KENTONMEN, 16 OKT 25 – Sebagai salah satuusaha berterusan dalam memperkasa kecekapanpengurusan sistem digital di peringkat pasukan, 92 WkspDKP telah menganjurkan Hari Pengajian Sistem SAKTI TDdan SATRIA TD bersama pasukan di bawah naungandengan disempurnakan oleh kehadiran penceramahjemputan iaitu PW II Mohd Akram bin Yunus dariPUSTEKMA. Program ini dilaksanakan dengan objektifutama untuk memberi pendedahan mendalam,meningkatkan kefahaman, serta melancarkanpengoperasian sistem dalam kalangan anggota.Pelaksanaan program ini telah diadakan pada 16 Oktober2025 bertempat di Bilik Mesyuarat 92 DKP bermula jam0930H hingga 1130H. Seramai 1 x Pegawai dan 49 X LLPtelah terlibat secara langsung dalam sesi ini.Antara intipati penting sepanjang pengajian ini adalahseperti berikut:1. Memberi penerangan terperinci berkaitan pengurusandan fungsi utama Sistem SAKTI TD dan SATRIA TD,khususnya dalam konteks pentadbiran dan urus tadbirpasukan.2. Memberikan tunjuk ajar serta garis panduan kepadaanggota mengenai langkah-langkah penggunaan sistemdengan betul dan berkesan.3. Membantu pasukan di bawah naungan dalam menanganisebarang isu teknikal dan permasalahan penggunaansistem, agar tidak menjejaskan kelancaran tugasan.4. Meningkatkan tahap produktivitI anggota melaluipengaplikasian teknologi digital terkini, sejajar denganhasrat Tentera Darat Malaysia dalam memperkukuh sistempengurusan berasaskan digital.Sebagai halatuju (Way Forward), pihak 92 Wksp DKP akanterus memaksimakan penggunaan sistem sedia ada bagimemastikan keberkesanan operasi pentadbiran sertapemantauan prestasi anggota. Selain itu, Sistem SATRIA TDdicadangkan agar digunakan sepenuhnya oleh semuaanggota 92 Wksp DKP bagi tujuan melicinkan urusanpentadbiran harian seperti hebahan Daily Orders danpenyediaan Penyata Latihan anggota.HARI PENGAJIAN 92 WOKSYOP DKP TAHUN 2025AKTIVITIPenulis: Lt Muhammad Taufiq Azfar bin Hussin.Jurugambar: PW I Rahmat bin Hanipah.
26AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDKUALA LUMPUR, 19 NOV 25 - Allahyarham Kol Ir. Ts. Dr. Mohd Ghazali bin Rahman telah meninggaldunia di Klinik Kajang Plaza Medical Centre pada malam 18 November 2025. Allahyarham merupakanPengarah Strategik dan Inovasi Tentera Darat.Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi organisasi atas jasa, bakti dankepimpinan beliau dalam memperkukuh hala tuju strategik serta inovasi ketenteraan.Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang,Semenyih, Selangor. Turut hadir ke upacara pengebumian pegawai-pegawai kanan TD dan KJLJD,Veteran Tentera, Saudara serta kenalan sebagai penghormatan terakhir.Seluruh warga KJLJD mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. SemogaAllahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama hambaNya yang beriman.Al-Fatihah.PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT PEGAWAI KANAN KJLJD
27JOHOR BAHRU – Bengkel Penulisan Manual MP 4.0-13-2.1A TD – Electrical and MechanicalEngineering Instructions (EMEI) Siri 1/2025 telah dilaksanakan pada 29 hingga 31 Okt 25 bertempat di7 Wksp Bgd, Kem Tebrau, Johor Bahru. Bengkel selama tiga hari ini telah menghimpunkan pegawaidan anggota daripada pelbagai lapisan perjawatan iaitu PS 1 JLJ MK 3 Div, PS 2 Jabatan ArahKJLJD, PS 3 Kumpulan JLJ, Peg Pem, Ketua Woksyop, PKW serta anggota Lain-lain Pangkat daripadaJabatan Arah dan Kumpulan JLJ. Majlis pembukaan bengkel ini telah dirasmikan oleh PS 1Perancangan dan Pembangunan Jabatan Arah KJLJD, Lt Kol Mohd Ridhzuan bin Mohd Yusof.Manakala majlis penutup pula telah dirasmikan oleh YBhg Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. HjAhmad Jaidi bin Ali. Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan kerangka penulisan manualEMEI yang akan menggantikan manual MP 4.0-13-2.1A TD – Tatacara Teknikal Woksyop (2021) danmenyampaikan maklumat berkaitan tatacara serta format penulisan sesebuah manual yang mematuhistandard yang telah ditetapkan.Bengkel ini bertujuan membangunkan kerangka manual EMEI baharu bagi menggantikan manualsedia ada melalui penggabungan dan penstrukturan semula beberapa dokumen teknikal utama.Peserta dibahagikan mengikut bidang kepakaran bagi meneliti dan menambah baik kandungan,dengan pembentangan akhir dikemukakan kepada Pengarah KJLJD untuk pengesahan di peringkatJKLD sebelum dibawa ke JKTTD. Secara keseluruhan, bengkel ini menjadi platform pentingpenyatuan kepakaran dalam memperkukuh pembangunan doktrin teknikal dan pengurusanpenyelenggaraan aset Tentera Darat melalui penghasilan manual EMEI yang lebih sistematik dankomprehensif.AKTIVITI Penulis dan Jurugambar: Jab Arah KJLJDBENGKEL PENULISAN MANUAL EMEI SIRI 1/2025 PERKUKUHPEMBANGUNAN DOKTRIN TEKNIKAL KJLJD
28KUCHING, 25 NOV 25 - Panglima Briged KetigaInfantri Malaysia (3 Bgd), Brig Jen Khairuddin binZakaria telah melaksanakan Lawatan Ulung ke 3Woksyop Briged (3 Wksp Bgd) di Kem PenrissenLama pada 25 Nov 2025. Ketibaan Panglima telahdisambut oleh Pegawai Pemerintah, Mej MuhammadHazwan bin Pu’ad, bersama pegawai dan anggota 3Wksp. Seterusnya, lawatan dimulakan dengan??????? ????? meninjau Cawangan KetukanganWoksyop termasuk Cwg ??????? & ??????????, OperasiHadapan serta sel-sel penyelenggaraan automotif,elektronik, persenjataan dan pembuatan. Lawatanini memberi gambaran keseluruhan terhadapkeupayaan sokongan teknikal 3 Wksp Bgd dalammemenuhi keperluan operasi formasi.Majlis diteruskan dengan perasmian Tugu 3 WkspBgd yang baharu dinamakan ??????? ???? Monumentserta sesi ramah mesra di Dewan Letra. Dalamucapan beliau, Panglima berhasrat agar pasukanmengekalkan kebersihan dan meningkatkanpenjagaan fasiliti pasukan agar dapat dikekal padamasa-masa akan datang.Lawatan diakhiri denganmenandatangani Buku Lawatan. Turut hadirmengiringi Panglima ialah Pegawai Staf 2Tadbir/Logistik, Pegawai Staf 3 Latih dan PegawaiStaf 3 Risik.AKTIVITIPenulis: Kapt Muhammad Syazwan bin Mohamed ZinJurugambar: Sel ICT 3 Woksyop BrigedLAWATAN ULUNG PANGLIMA BRIGED KETIGA INFANTRI MALAYSIAKE 3 WOKSYOP BRIGED
29KUCHING, 22 Dis 25 - Seramai 65 orang pegawai dan anggota LLP Pasukan 3 Woksyop Briged telahmelaksanakan Kembara Duga di Bengoh Dam, Padawan. Program bermula pada 0730H di JetiBengoh Dam dengan taklimat keselamatan sebelum para peserta dibawa ke Jeti Kojok untukmemulakan pendakian ke Kampung Sting. Para peserta dapat menikmati pemandangan dari TanjuAtas Awan dan Sting Viewpoint serta merakam gambar kenangan. Seterusnya, para peserta bergerakke Curtain Waterfall untuk sesi rehat singkat.Perjalanan diteruskan ke Susung Waterfall (Jurassic Park), lokasi yang terkenal dengan suasanahutan tropika yang mempesona. Seterusnya, para peserta kembali ke Curtain Waterfall bagimenikmati makan tengah hari, berehat serta melakukan aktiviti bergambar dan mandi sungai.Program berakhir dengan perjalanan pulang ke Bengoh Dam. Kembara Duga ini berjaya dilaksanakandengan lancar dan selamat, serta memperkukuh semangat setiakawan dan ketahanan fizikal warga 3Woksyop Briged.AKTIVITIPenulis: LtM Mohammad Syahmi bin Mohd NoorJurugambar: Sel ICT 3 Woksyop BrigedKEMBARA DUGA PASUKAN 3 WOKSYOP BRIGED DIBENGOH DAM, PADAWAN
30KUCHING, 26 Nov 25 - Pasukan 3 Woksyop Briged telahdipertanggungjawabkan untuk menganjurkan KursusInduksi Perajurit Muda KJLJD Siri 203 Tahun 2025 Naungan1 Divisyen yang terdiri daripada 21 anggota Perajurit Muda.Pembukaan kursus telah disempurnakan oleh MejarMuhammad Hazwan bin Pu’ad, Pegawai Pemerintah 3Woksyop Briged pada 10 Nov 25 bertempat di PadangKawad, 3 Woksyop Briged.Sepanjang tempoh 2 minggu kursus ini berlangsung,pelbagai pengisian yang telah dilaksanakan merangkumiaspek pendedahan berkenaan perkara asas ketenteraan,pendedahan berkenaan laluan kerjaya, tugas-tugasrejimental pasukan dan sebagainya. Upacara PenutupKursus Induksi Perajurit Muda KJLJD Siri 203/2025 diPadang Kawad 3 Woksyop Briged dilaksanakan pada 26Nov 25. Majlis penutup telah dimulakan dengan DemonstasiOperasi Kembalik sewaktu di medan oleh anggota PerajuritMuda yang terlibat dan diakhiri dengan Acara PemakaianBeret KJLJD yang telah disempurnakan oleh Lt KolZamhezri bin A. Rahman, Pegawai Staf 1 JLJ MK 1 Div.KURSUS INDUKSI PERAJURIT MUDA KJLJD SIRI 203 TAHUN 2025NAUNGAN 1 DIVISYENAKTIVITIPenulis: Kapt(PKW) Ahamad Attar bin ZakariaJurugambar: Sel ICT 3 Woksyop Briged
31PORT DIKSON, 27 NOV 25 - Institut Kejuruteraan TenteraDarat (IJED) telah melaksanakan Pemeriksaan Pakar JLJbertempat di Kem Kg Sawah dan Kem SiRusa selama 7 haribermula dari 27 Nov hingga 4 Dis 25. Seramai 3 orangPegawai dan 24 ahli Tim Pemeriksa telah melaksanakanpemeriksaan meliputi semakan dokumen dan pemeriksaanfizikal bagi KJA, KJB, Senjata, Alat Pelbagai, PeralatanElektronik dan Instrumen. Pemeriksaan Pakar JLJmerupakan rutin pemeriksaan yang dilaksanakan terhadapsetiap pasukan dalam kitaran setiap 18 bulan bertujuan bagimemastikan kebolehgunaan dan kesiapsiagaan peralatanTentera Darat dibawah pegangan pasukan tersebutsentiasa di dalam keadaan baik dan diselenggara. Ia jugamerupakan tindakan preventif dari perspektif salah gunadan kecuaian dalam melakukan rutin selenggaraankenderaan dan peralatan.Pada hari terakhir pemeriksaan, sesi ???? ?????????? telahdiadakan di Bilik Mesyuarat Jentera 1 IJED bagimembentangkan hasil pemeriksaan kepada pasukan.Pembentangan telah disampaikan oleh PS 1 Pemeriksa, LtKol Mohd Suhaimi bin Ta’at. Sesi ???? ?????????? diakhiridengan penyampaian penyampaian cenderahati oleh KetuaJurulatih Institut Kejuruteraan Tentera Darat kepada PS 1Pemeriksa dan seluruh Tim Pemeriksa.PEMERIKSAAN PAKAR JLJ INSTITUT KEJURUTERAANTENTERA DARAT TAHUN 2025AKTIVITIPenulis: Lt Nasuha binti RosidiJurugambar: Sel ICT IJED
32SUBANG, 28 NOV 25 – Tim Ragbi Tentera Darat telah menyertaiKejohanan Ragbi Antara Perkhidmatan Angkatan TenteraMalaysia (ATM) Tahun 2025 yang berlangsung di PangkalanTentera Udara, Subang. Dalam kejohanan tersebut, kedua-duapasukan Tentera Darat iaitu pasukan 10 sebelah (Pegawai) danpasukan 15 sebelah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan.Pasukan 10 sebelah (Pegawai) berjaya mempertahankankejuaraan untuk tahun ketiga berturut-turut, sekali gusmenegaskan penguasaan mereka dalam kategori tersebut.Sementara itu, pasukan 15 sebelah mencipta detik dramatikapabila melakukan epic comeback pada babak keduaperlawanan, menundukkan pasukan tuan rumah walaupunketinggalan 19–0 pada separuh masa pertama. Aksi penuhsemangat dan disiplin tinggi itu membuktikan ketahanan mentalserta jiwa juang yang menjadi identiti Tentera Darat.Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali selakuPengerusi Tim Ragbi Tentera Darat turut merakamkan ucapantahniah dan syabas kepada semua pegawai dan anggota yangtelah mempamerkan komitmen, disiplin, serta semangat juangyang tinggi sehingga ke saat akhir.Semoga Tim Ragbi Tentera Darat terus mengekalkankecemerlangan ini pada tahun hadapan dan menjadi inspirasikepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia amnya sertaTentera Darat khasnya.WARGA KJLJD PEMANGKIN JUARA KEJUARAAN KESELURUHANKEJOHANAN RAGBI ANTARA PERKHIDMATAN TAHUN 2025AKTIVITIPenulis: Lt Ahmad EmranJurugambar: Jab Arah KJLJD