KRAFMAN- Pemangkin Kejuruteraan Pertahanan
  • 34
  • 3
Edisi 15 E-Krafman
Edisi Januari tahun 2023 kali ini memaparkan aktiviti-aktiviti yang merangkumi Majlis Pemakaian Pingat Kebesaran Pegawai KJLJD oleh Yang di- Pertuan Negeri Sembilan, Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP MK PMBTD, Perbarisan Pegawai Memerintah 72 Woksyop Divisyen, Lawatan Penghargaan Panglima 4 Divisyen ke Pasukan Pasukan Trup 4 Divisyen, Majlis Serah Terima Tugas Komandan IJED, Hari Sukan Kanak-kanak 3 Woksyop Divisyen, Bengkel Doktrin KJLJD Tahun 2023, Lembaga Pemilihan Calon Elemen Woksyop MALBATT 850-11 PMBTD, Majlis Penghargaan BAKAT 74 Woksyop Divisyen, Kem Tahfiz Kanak-kanak Sempena Cuti Persekolahan Anak Warga 3 Woksyop Briged, Fun Run 10 km 72 Woksyop Divisyen, Pembukaan Kursus Kelas 2 Mekanik Kejuruteraan (Decentralized) 72 Woksyop Divisyen, Pertandingan Boling Muhibbah Tertutup KJLJD Zon Sungai Petani dan juga Perbarisan Pegawai Pemerintah 6 Woksyop Briged Sempena Setahun Pemerintahan. Artikel berkaitan melibatkan Latihan Penarikan Kenderaan Perisai (KP) 6X6 SIBMAS Varian Armoured Vehicle Recovery Pasukan 34 Woksyop Armor Tahun 2022, Latihan Kepakaran Penggunaan EMESYS anjuran Skuadron 21 Kumpulan Logostik GGK, Eksesais Pasak Bumi Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat Siri 3/22 anjuran 8 Woksyop Briged serta Pemeriksaan dan Pembaikan In-Situ Medium Assault Craft dan 350HP Mercury Verado . Nama kor juga diharumkan dengan Penglibatan Pegawai KJLJD dalam Kejohanan Bola Keranjang Piala Agong Tahun 2022 . Sudut Info edisi kali ini memberi penerangan bagi Motosikal Penguatkuasa KPTD terbaru Model BMW R1250RT. Muka depan edisi kali ini, memfokuskan pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan KJLJD Tahun 2023. Akhir sekali, Personaliti Kor edisi kali ini, memaparkan PW II Khairul Nizar bin Samsudin sebagai Pemain Ragbi Kor.
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 1
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications