11
AKTIVITI duli yang maha mulia tuanku ampuan besar negeri sembilan darul khusus perkenan berangkat ke majlis hi - tea bersama isteri warga kor jurutera elektrik dan jentera diraja SUNGAI BESI: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, perkenan berangkat ke Majlis Hi-Tea Bersama Isteri Warga Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja. Turut sama berangkat, Yang Amat Mulia Tunku Datin Anne Dakhlah binti Almarhum Tuanku Munawir, Yang Amat Mulia Tunku Datin Deborah binti Almarhum Tuanku Munawir dan Yang Amat Mulia Tunku Datin Seri Ramlah Azizah binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. 2
AKTIVITI Turut dihadiri Yang Bahagia Datin Seri Maneesah binti Ahmad, Yang Bahagia Datin Seri Zainah Ibrahim, Yang Bahagia Datin Indera Norzailah binti Hj. Abdul Latif, Yang Bahagia Datin Zairin binti Tun Ibrahim, Yang Bahagia Datin Margaret Leong, Yang Bahagia Datin Sabidatul Majni binti Toh Muda Abdullah, Yang Bahagia Dato’ Farshila binti Emran, Puan Mariam binti Tun Ibrahim, Puan Maimunaton Rohaidah, Puan Saadat Ruhayah binti Hassan dan isteri Pegawai Kanan Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja. 3
AKTIVITI SAMBUTAN HUT KJLJD KE-66 ELEMEN WOKSYOP Malbatt 850-10 Oleh: : Kapt Mohd Nizammudin bin Hamdan Gambar: : Elemen Woksyop, MALBATT 850-10 MARAKAH: Elemen Woksyop MALBATT 850-10 telah melaksanakan perbarisan sempena HUT KJLJD Ke-66 bersama Elemen KPD dan Elemen Ordnans MALBATT 850-10 di Padang Kawad, UNP 2-1 Kem Marakah. Perbarisan yang terdiri daripada 6 pegawai dan 73 LLP yang telah disempurnakan oleh PS 1 Logistik MALBATT 850-10 iaitu Lt Kol Mohd Ridhzuan bin Mohd Yusof. Perbarisan turut dihadiri bersama Pegawai Staf Malaysia dari UNIFIL HQ Naqoura iaitu Mej Khairul Anuar bin Abdul Ghafar, MSC OPS SO2. 4
AKTIVITI Setelah selesai perbarisan, majlis diteruskan dengan acara jamuan sempena HUT bagi ketiga-tiga Kor yang telah melibatkan tetamu jemputan iaitu Komander MALBATT 850-10, Kol Mohd Rizman bin Hj Ramli serta pegawai-pegawai kanan MALBATT 850-10. Majlis dimulakan dengan acara pemotongan kek dan diteruskan dengan ucapan oleh Komandan MALBATT. Majlis diakhiri dengan acara bergambar yang melibatkan semua tetamu jemputan dan warga Elemen Woksyop, Ordnans dan KPD yang hadir. 5
AKTIVITI LATIHAN SATU PERKHIDMATAN DAN FORCE INTEGRATION TRAINING PERKUKUH KOMPETENSI ELEMEN WOKSYOP MALBATT 850 - 11 PORT DICKSON: Elemen Woksyop MALBATT 850-11 yang diketuai oleh Mej Ts. Muhamad Khairul Hazwan bin Radzali bersama 2 orang pegawai iaitu Kapt Mohamad Shafiq bin Ibrahim dan Kapt (PKW) Md Nazri bin Md Nasir serta 52 anggota LLP telah melapor di Malbatt Village bagi menjalani Latihan Satu Perkhidmatan (LSP) dan Force Integration Training (FIT) bermula dari 2 Mei sehingga 31 Julai 2023. Pembukaan FIT pada 6 Jun 2023 telah disempurnakan oleh Lt Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom, Panglima Angkatan Bersama. Latihan kompetensi tersebut telah mendapat kerjasama dari pasukan sahabat terdekat seperti 32 Wksp Armor IJED dan PULAMOR. Ia bertujuan bagi melatih dan meningkatkan kompetensi pegawai dan anggota Elemen Woksyop. Antara latihan kompetensi yang dilaksanakan adalah seperti Pengenalan dan Pengendalian Kembalik Armoured Heavy Recovery Vehicle (AHRV) 8x8 Volvo, Pengendalian Kembalik Sibmas 6x6 AVR, Pengendalian Kembalik FL10 6x6 Volvo, Pembaikan Kenderaan Jenis A (KJA) Condor dan Sibmas, Pembaikan Senjata KJA dan dokumentasi pembaikan. Anggota Kembalik Elemen Woksyop telah menjalani latihan amali Penarikan Kembalik KJB bersama Penuntut Kursus Juruteknik Kejuruteraan Kelas 1 Kembalik IJED di Bukit Hitam, Sua Betong pada 15 hingga 21 Jun 2023. Latihan selama seminggu ini dikawal selia oleh PW2 Marjidi bin Hassan, Ketua Sel Kembalik dan ia bertujuan bagi mengisi aktiviti dan meningkatkan ilmu pengetahuan krew kembalik. Oleh: Kapt (PKW) Md Nazri bin Md Nasir Gambar: Elemen Woksyop, MALBATT 850-10 6
AKTIVITI Pada 22 sehingga 27 Jun 2023, Latihan Amali Penarikan Kembalik KJA telah dilaksanakan di PULAMOR dan semua lapisan Elemen Woksyop MALBATT 850-11 mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi peluang dan menggunakan fasilitas bagi anggota Elemen Woksyop MALBATT 850-11 untuk membuat latihan dan menggunakan aset TD yang berada di pasukan. 7
AKTIVITI eksesais restore hope menguji tahap kompetensi elemen woksyop malbatt 850 - 11 Oleh: Kapt (PKW) Md Nazri bin Md Nasir Gambar: Elemen Woksyop, MALBATT 850-11 8 PORT DICKSON: Asisten Ketua Staf J3 (AKS J3) Markas Angkatan Bersama, Mej Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM hadir ke Perbarisan Perasmian Pembukaan Eksesais RESTORE HOPE bagi Kontinjen MALBATT 850-11 bertempat di MALBATT Village. Eksesais ini akan dilaksanakan selama 4 hari bermula pada 23 sehingga 26 Julai 2023. Perbarisan yang diketuai oleh Komander Errudin bin Bujang TLDM, menyaksikan upacara pemakaian toha kepada 4 wakil utama eksesais iaitu Lt Kol Ahmad Nezam bin Che Ree selaku Ketua Exercise Controller (EXCON), Lt Kol Hadiat bin Sepie selaku Ketua Exercise Evaluation Team (EET), Lt Kol Mohd Merican bin Haji Yunus selaku Pelaku Biru dan Mejar Mohd Hafizi bin Sabli ABDB selaku Pelaku Merah. AKS J3 di dalam ucapannya menegaskan bahawa eksesais ini penting dan merupakan kemuncak kepada latihan (FIT). Ini kerana eksesais ini dirancang dan disimulasikan seperti situasi sebenar penugasan-penugasan yang akan dilaksanakan oleh anggota MALBATT di dalam Misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) kelak. Eksesais RESTORE HOPE berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) akan menguji 6 pelaksanaan latihan merangkumi Foot Patrol, Convoy Escort, Road Checkpoint, UN Designated Site, Cordon and Search dan Vehicle Patrol. Selain itu, eksesais ini juga akan menilai pemahaman dan keupayaan setiap anggota dari Elemen Tempur, Elemen Bantuan Tempur dan Elemen Bantuan Khidmat untuk mengaplikasikan Standardised Tactical Incident Reactions (STIR) dalam aspek Protection of Civilian (POC), Woman, Peace & Security (WPS),Rules of Engagement (ROE), Code of Conduct (COC) dan Hak Asasi Kemanusiaan di kawasan misi. Dalam masa yang sama juga, turut dinilai adalah bagaimana Tactical Operation Center (TOC) MALBATT 850-11 mengawal selia pelaksanaan dan kelola keseluruhan pengoperasian oleh kontinjen MALBATT. Turut hadir upacara perasmian ini adalah Komandan Pusat Pengaman Malaysia, Kol Mohd Zamri bin Abdullah dan Komander MALBATT 850-11, Kol Burhan bin Sagoni.
AKTIVITI Sebagai Elemen Bantuan Khidmat, Elemen Woksyop yang diketuai oleh Mej Ts. Muhamad Khairul Hazwan bin Radzali bersama 2 orang pegawai iaitu Kapt Mohamad Shafiq bin Ibrahim dan Kapt (PKW) Md Nazri bin Md Nasir serta 59 anggota LLP telah membuat persediaan sebilang masa bagi mengatur gerakkan Kembalik mahupun FRT (Foward Repair Team) bagi tujuan penarikan dan pembaikan kasualti. Aset Elemen Woksyop yang akan diaturgerak terdiri dari 2 buah Kembalik Ringan dari jenis 3 Tan Hicom dan 3 Tan Mercedes serta 2 buah kenderaan Land Rover FRT (Foward Repair Team). Elemen Woksyop akan mendapat maklumat kerosakan kasualti dari TOC secara terus dan akan menilai keperluan tindakan pembaikan. Pembaikan akan dilaksanakan secara “in situ” berdasarkan kerosakan yang dilaporkan atau dibuat penarikan ke pangkalan oleh Tim Kembalik. 9
AKTIVITI GOLF RAMAH MESRA SEMPENA HUT KJLJD KE-66 Oleh: Lt Muhammad Shafizan bin Razian Gambar: IJED 10 BANTING: Divisyen Keempat Infantri Malaysia telah menganjurkan riadah Kejohanan Golf peringkat Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja sempena REME Master dan Monthly Medal yang dikelolakan oleh PS 1 JLJ Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Lt Kol Asmawi bin Jamak dan dibantu oleh penuntut Ketua Woksyop Siri 23/2023 dan penuntut Kursus Kejuruteraan Lanjutan Pegawai KJLJD Siri 46/2023 di Amverton Cove Golf & Island Resort pada 16 Julai 2023. Riadah golf ini juga merupakan salah satu aktiviti sempena HUT KJLJD Ke - 66 untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim di antara pegawai dan anggota KJLJD yang masih dalam perkhidmatan mahupun yang telah bersara.
Pemenang individu bagi kategori keseluruhan dimenangi oleh Kpl Mohd Amiry Kamarul bin Hj Mohd Nazri. Pemenang bagi kategori Medal A pula ialah Kapt Ts. Mohammad Faris bin Mustapa, pemenang kategori Medal B disandang oleh Encik Razak bin dari Cendana Group dan pemenang bagi kategori Medal C pula ialah saudara Mohd Fazriq bin Muhammad Fanashim Benson. Brig Jen Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah turut hadir pada riadah ini dan beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang acara ini berlangsung. 11
AKTIVITI Oleh: Lt Muhd Syahmi Zamir bin Ramlan Gambar: IJED PERBARISAN hut 12 PORT DICKSON: Perbarisan Hari Ulang Tahun Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja Ke66 telah dilaksanakan di Padang Kawad Institut Kejuruteraan Tentera Darat, Kem Kampung Sawah pada 21 Julai 2023. Perbarisan berkekuatan seramai 15 pegawai dan 210 anggota LLP ini telah diketuai oleh Lt Kol Ts. Mohd Amin bin Kassebullah dari Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia. Mej Mohd Faizal bin Ahmad dari 73 Wksp Div selaku Penolong Ketua Perbarisan dan Ajutan Perbarisan iaitu Kapten Abdul Fatah Fikri bin Abd Ghani dari Markas Briged Kedua Infantri Malaysia. Detasmen Pertama diketuai oleh Mej Muhammad Hafizuddin bin Hassan dari 33 Wksp Armor. Detasmen Kedua pula diketuai oleh Mej Noorsuhana binti Sanusi dari 51 Wksp Arti. Detasmen Ketiga diketuai oleh Mej Shahril Ibni Al-Hafies bin Mohamad Radzi dari 12 Wksp Bgd, manakala Detasmen Keempat diketuai oleh Mej Muhamad Al Faris bin Seliman dari 43 Wksp Arti. Manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW 1 Mohamad Faizal bin Dentum dari 73 Wksp Div.
kjljd ke-66 AKTIVITI 13 Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Brig Jen Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah, Pengerusi KJLJD. Turut hadir, Brig Jen Ir. Ts. Dr Hj Shahril bin Hj Ahmad, Pengarah KJLJD dan Brig Jen Hj Roslan bin Mat Saad, Timbalan Komander ESSCOM dan Sidang Tertinggi KJLJD serta AJK KJLJD. Perbarisan ini juga turut dihadiri oleh Presiden Veteran KJLJD, Mantan Pengerusi dan Pengarah KJLJD dan warga veteran KJLJD Negeri Sembilan. Melalui Perutusan yang disampaikan oleh Pengerusi berkehendakkan KJLJD menjadi salah satu Kor Logistik yang kredibel dan unggul. Beliau menegaskan segala perancangan dan perlaksanaan tanggungjawab hendaklah berasaskan kepada “3 Objektif ” Tentera Darat iaitu Kesiapsiagaan, Kemampanan Organisasi dan Sahsiah Keperwiraan. Sehubungan dengan itu, “5 TERAS” yang telah ditetapkan oleh Panglima Tentera Darat iaitu Teras Pertama Peningkatan Kesiagaan, Teras Kedua Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan, Teras Ketiga Kejahteraan Warga, Teras Keempat Pengukuhan Perhubungan Antarabangsa dan Teras Kelima Keutuhan Hubungan Tentera dengan Awam hendaklah menjadi tunjang utama untuk KJLJD melaksanakan dan melengkapkan organisasi agar dapat menyokong hasrat Pimpinan Tertinggi Tentera Darat pada masa kini.
14
15
AKTIVITI Oleh: Lt Kol Abu Bakar bin Ismail Gambar: PUSTEKMA KUALA LUMPUR: Bengkel Transfer of Technology EMESYS Structure telah dianjurkan oleh Tim Projek EMESYS pada 11 sehingga 13 Julai 2023 di Bilik Mesyuarat Tim Projek CODIMS. Seramai 2 orang pegawai dan 4 orang anggota LLP KJLJD telah terpilih untuk menghadiri bengkel ini. Tenaga pengajar bagi bengkel ini terdiri daripada tenaga pengajar daripada Syarikat Tech Lead Sdn Bhd. Penganjuran bengkel ini merupakan inisiatif yang telah diambil oleh Tim Projek EMESYS bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pengaturcaraan khususnya terhadap Sistem Senggaraan Kejuruteraan Tentera Darat (EMESYS) Versi 3.0 yang baru sahaja di naiktaraf pada 1 Mei 2023. Selain itu, ianya dapat mewujudkan kesinambungan secara berterusan bagi mengekalkan kemahiran pengaturcaraan pegawai dan anggota - anggota di Tim Projek EMESYS. Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Lt Kol Abu Bakar bin Ismail, PS 1 Teknologi Maklumat PUSTEKMA. Dalam ucapan perasmian penutup bengkel, beliau berharap agar bengkel ini dapat memberi ilmu yang boleh digunakan dalam pembangunan sistem bengkel transfer of technology emesys structure 16
AKTIVITI 72 WOKSYOP DIVISYEN SELAKU PUSAT CEMERLANG BOLA TAMPAR FORMASI 2 DIVISYEN TAIPING: Majlis Penyerahan Bendera kepada Tim Bola Tampar Divisyen Kedua Infantri Malaysia telah disempurnakan oleh Ketua Staf 2 Div, Kol Samad bin Igom di Arena Gemilang, di 72 Wksp Div pada 28 Jun 2023. Dalam acara tersebut, Mej Mohd Abnaz bin Abu Bakar dari Batalion Kelima Rejimen Sempadan, 5 pegawai dan 7 LLP telah menerima Bendera 2 Div untuk membawa cabaran 2 Div dalam Kejohanan Bola Tampar Tentera Darat Tahun 2023 yang akan dilaksanakan pada 4 sehingga 7 Julai 2023 di Kompleks Sukan Lelaki UIAM, Gombak Selangor. Penyerahan Bendera dilaksanakan sebagai simbolik amanah yang harus dipikul oleh Tim untuk berjuang mengharumkan nama 2 Div dalam kejohanan yang disertai. Ketua Staf Markas 2 Div dalam ucapannya menyeru agar tim ini terus mengekalkan semangat juang yang tinggi demi mencapai kejayaan. Beliau yakin bahawa tim ini nampu mengharumkan nama Formasi 2 Div. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Komander Rejimen Jurutera 2 Div, Kol Abd Rahim bin Hamzah, dan Pegawai Memerintah / Pemerintah pasukan 2 Div di sekitar Taiping. Majlis seperti ini adalah sejajar dengan Teras Kedua Perintah Ulung PTD ke-29 iaitu Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan. Oleh: Lt Muhd Syahmi Zamir bin Ramlan Gambar: IJED 17
AKTIVITI Oleh: 537844 PW II Mohd Noramin bin Rosli Gambar: 72 Wksp Div TAIPING: Seramai 5 pegawai dan 106 anggota LLP terlibat dalam Perbarisan 1 Tahun Pemerintahan Pegawai Memerintah 72 Wksp Div, Lt Kol T.s Muhamad Asnuri bin Karoji bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 3 Julai 2023. Perbarisan dimulakan dengan nyayian lagu Kor JLJ Diraja, pemeriksaan perbarisan seterusnya penyampaian sumbangan kepada anggota pasukan dan balu kepada anggota. Pegawai Memerintah dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh anggota 72 Wksp Div. Tambahnya lagi, beliau juga memberi peringatan kepada semua peringkat pegawai dan anggota agar tidak terlibat dengan pencemaran disiplin terutamanya penyalahgunaan dadah yang boleh menjejaskan nama baik pasukan, keluarga dan organisasi. Majlis kemudian diteruskan dengan Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah 72 Wksp Div bertempat di Rumah BAKAT 72 Wksp Div. Acara dimulakan dengan menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah di antara Mej Zamhezri bin A. Rahman dengan Mej T.s Azmi bin A. Aziz yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah 72 Wksp Div. Turut disertakan dalam aturcara majlis adalah upacara Serah Terima Tugas Pegawai Logistik 72 Wksp Div di antara Mej Hilmy bin Abu Bakar dengan Mej Izuan bin Mohamed Kassim. PERBARISAN 1 TAHUN PEMERINTAHAN PEGAWAI MEMERINTAH 72 WOKSYOP DIVISYEN 18
AKTIVITI PORT DICKSON: IJED telah melaksanakan Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Jurulatih bertempat di Padang Kawad, Kem Kg Sawah pada17 Julai 2023 yang diketuai oleh Pegawai Staf 3 Latih, Kapt Mohamad Khairol Azuan bin Mohd Azman. Perbarisan ini terdiri daripada 15 pegawai dan 156 anggota LLP. Perbarisan ini dimulakan dengan acara Serah Terima Tugas di antara Mej Ahmad Rosdi Rahim yang telah menyerahkan tugas kepada Pemangku Ketua Jurulatih, Mej Ahmad Zikri Mohd Salleh. Simbolik acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Simbol Kuasa Ketua Jurulatih yang telah disaksikan oleh Komandan IJED, Lt Kol Muhammad Ammar Farhan @ Brorey. Turut diadakan adalah upacara Pemakaian Pangkat melibatkan seramai 7 anggota LLP dari pelbagai ketukangan yang turut disempurnakan oleh Komandan IJED. PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA JURULATIH ijed Oleh: Lt Izzatul Athirah binti Ismail Gambar: IJED 19
AKTIVITI Oleh: Lt Athirah Izzety binti Idrus Gambar: IJED TAIPING: Seramai 3 pegawai dan 100 anggota LLP KJLJD dan 44 Veteran JLJ Diraja di sekitar kawasan Taiping terlibat dalam Sambutan HUT KJLJD di 72 Wksp Div pada 21 Julai 2023. Sambutan HUT Ke - 66 dimulakan dengan Perbarisan dan Bacaan Perutusan oleh Pengerusi Kor JLJ Diraja sempena HUT KJLJD ke - 66 oleh Penolong Pegawai Memerintah 72 Wksp Div, Mej T.s Azmi bin A. Aziz. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Yassin dan Tahlil bertempat di Surau Pasukan 72 Wksp Div. Turut disertakan dalam aturcara majlis adalah acara penyampaian Pelaka kepada anggota yang telah bersara. Semoga KJLJD terus maju jaya. Arte et marte. Bertukang Dan Berjuang. SAMBUTAN HUT KJLJD KE-66 ZON TAIPING 20
AKTIVITI PERAK: Pasukan 2 Wksp Bgd telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Sambutan Hari Ulang Tahun KJLJD bagi Kawasan sekitar Ipoh. Sambutan ini telah dimulai dengan aktiviti Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil pada malam 20 Julai 2023 di Surau Al-Farabi, 2 Wksp Bgd. Seterusnya pada 21 Julai 2023, Perbarisan Hari Ulang Tahun KJLJD telah dilaksanakan dan melibatkan seramai 3 pegawai dan 49 anggota LLP bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN). Selain itu, seramai 32 Veteran JLJ sekitar Ipoh turut hadir bagi sama-sama menyambut HUT KJLJD pada tahun ini. Lt Kol Dzulkifli bin Hj Taib yang merupakan Pegawai Staf 2 JLJ, Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia, telah mewakili Pengerusi KJLJD bagi menyampaikan perutusan sempena HUT KJLJD Ke - 66. Di dalam perutusan beliau, lima teras yang merupakan tunjang utama KJLJD telah ditekankan dalam menyokong hasrat pimpinan tertinggi Tentera Darat masa kini. Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Jamuan Makan bersama anggota dan Veteran JLJ di Garaj Kenderaan pasukan. Pemotongan kek dan pulut kuning sempena HUT KJLJD ke-66 turut dilaksanakan. Pegawai Pemerintah 2 Wksp Bgd berbesar hati menyampaikan cendera kenangan kepada seluruh anggota dan Veteran JLJ yang hadir sempena sambutan HUT pada kali ini. Pada sebelah petang, perlawanan sukan Bola Tampar telah dilaksanakan di Gelanggang Bola Tampar PUSWATAN yang menyaksikan perlawanan di antara 4 kumpulan di antara pasukan 2 Wksp Bgd serta gabungan pasukan KJLJD di sekitar Kawasan Ipoh. Kumpulan yang telah diketuai oleh Lt Kol Dzulkifli bin Hj Taib telah menjadi johan bagi perlawanan bola tampar ini. Aktiviti yang telah dilaksanakan sempena sambutan HUT KJLJD ini sedikit sebanyak telah meningkatkan hubungan ukhuwah di antara semua anggota dan Veteran KJLJD sekitar Ipoh. SAMBUTAN HUT KJLJD KE-66 ZON ipoh Oleh: Kapt Muhammad Azman bin Ghazali Gambar: 2 Wksp Bgd 21
AKTIVITI Oleh: Mej Md Nasir bin Jusoh Gambar: 6 Wksp Bgd SUNGAI PETANI: Perbarisan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KJLJD ke-66 telah dilaksanakan di Pasukan 6 Wksp Bgd bagi Zon Utara melibatkan semua pegawai, anggota dan Veteran JLJ Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Seramai 10 pegawai, 152 anggota, 100 Veteran dan 20 Staf Awam 6 Wksp Bgd telah hadir ke Perbarisan HUT KJLJD yang ke – 66. Ketua Perbarisan ialah Kapt (PKW) Afif dan KSM perbarisan ialah PW II Mohd Suhairi bin Abu Bakar dari pasukan 61 Wksp (Mek). Majlis turut disertakan dengan Upacara Pemakaian Pangkat kepada 7 anggota KJLJD Zon Sg Petani dan seterusnya Bacaan Teks Perutusan Pengerusi KJLJD Sempena Hari Ulang Tahun KJLJD Ke-66 oleh PS 2 Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mej Md Nasir bin Jusoh. Perbarisan sempena HUT KJLJD diakhiri dengan acara bergambar seterusnya jamuan makan di Bengkel Pembaikan 6 Wksp Bgd. perbarisan sempena hut kjljd ke - 66 zon utara 22
AKTIVITI SUNGAI BULOH: Pasukan 12 Wksp Bgd, Kem Sungai Buloh telah melaksanakan Majlis Qurban dan Aqiqah peringkat pasukan di perkarangan Cawangan Logistik 12 Wksp Bgd, Sungai Buloh pada 30 Julai 2023. Ibadah Qurban dan Aqiqah merupakan amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam iaitu dengan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha, 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah sebagai tanda syukur seorang hamba atas nikmat yang diberikan di samping mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sambutan ini dimulakan dengan aktiviti gotong royong dan diteruskan dengan pemberian daging korban oleh Pegawai Pemerintah 12 Wksp Bgd iaitu Mejar Shahrill Ibni Al Hafies bin Mohamad Radzi kepada semua pegawai dan anggota pasukan 12 Wksp Bgd . Sebanyak 2 ekor kambing dan 2 ekor lembu telah dikorbankan dan sambutan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran seramai 5 pegawai dan 65 anggota tentera dan awam. Pegawai Pemerintah 12 Wksp Bgd telah menyampaikan takzirah mengenai mengenang kembali sejarah ibadah korban dan keistimewaannya yang telah dilalui oleh para nabi-nabi yang terdahulu. Selain itu, juga tazkirah tersebut menekankan betapa agungnya aspek pengorbanan dalam semua aspek kehidupan untuk meraih keeberkatan di sisi Allah samaada duniawi dan ukhrawi. Pelaksanaan sambutan ini adalah selaras dengan teras ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-29 iaitu Kesejahteraan Warga. SAMBUTAN MAJLIS QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT 12 WOKSYOP BRIGED TAHUN 2023 Oleh: Lt Seiswaran a/l Pandein Gambar: 12 Wksp Bgd 23
AKTIVITI Oleh: 538956 Ssjn Muhammad Yuamirul bin Mohd Yunus Gambar: 72 Wksp Div TAIPING: Seramai 101 anggota LLP 72 Wksp Div terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR), PW I Mohd Fadzil bin Ismail di Padang Kawad 72 Wksp Div pada 11 Julai 2023. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Kor JLJ Diraja dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh SMR. Dalam ucapan SMR, beliau menegaskan kepada semua anggota pasukan agar sentiasa menjaga disiplin dan menghindari kes tatatertib serta melarang semua anggota daripada terlibat didalam hal-hal berkaitan politik. Pelaksanaan perbarisan ini merupakan salah satu aktiviti rejimental pasukan bagi mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) dalam kalangan anggota sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi. PERBARISAN Sarjan Mejar Rejimen 72 WOKSYOP DIVISYEN 24
AKTIVITI 25