AANNGGGGOOTTAA KKJJLLJJDD JJUUAARRAA DDUUNNIIAA SSEENNII BBIINNAA BBAADDAANNPENGLIBATAN PEGAWAI KANAN KJLJD DALAMPERTANDINGAN DAN PERSIDANGAN INOVASI ANTARABANGSAPENGLIBATAN PEGAWAI KANAN KJLJD DALAMPERTANDINGAN DAN PERSIDANGAN INOVASI ANTARABANGSAMESYUARAT JAWATANKUASA SUKAN SIRI 2/2025 DAN MESYUARATJAWATANKUASA SOKONGAN PERGERAKAN GAJI (JKSPG)MESYUARAT JAWATANKUASA SUKAN SIRI 2/2025 DAN MESYUARATJAWATANKUASA SOKONGAN PERGERAKAN GAJI (JKSPG)
PenaungBrigJen Dato' Ts.HjAhmadJaidibinAliKetuaPengarangLt Kol ZulkarnainbinAbdul ZabilPenolongKetuaPengarangMejAhmadZIkribin MohdSallehPenyelarasMej NurAziatul SafinarbintiAliKetuaEditorialMej Che Norlibinti Che NordinEditorialKaptHeera Devia/pKumaravelRekaBentukKapt Mohammad NaimzbinAzhanLt MuhammadIkhwan SyahmibinAbdul LatifLt MuhammadHafizbin MohamadRedahudinLt MohamadHuzainibin MohamadYusriDengan Kerjasama:JabatanArah KJLJDSel ICT IJEDCawangan Pengurusan KejuruteraandanKetenteraan, IJEDKursus Lanjutan Pegawai KJLJD Siri 48/2025Edisi kali ini memaparkan tentang aktiviti dan acarayang berlaku dalam Kor Jurutera Elektrik dan JenteraDiraja (KJLJD) merangkumi Majlis PenganugerahanPingat, Majlis Persembahan Kek dan CenderaKenangan bagi meraikan Hari Keputeraan DYMMYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.Di peringkat kepimpinan tentera, telah berlangsungbeberapa acara berprestij termasuk MajlisPemakaian Pangkat Pegawai KJLJD oleh PanglimaTentera Darat, serta Perbarisan Serah Terima Tugasmelibatkan Ketua Jurulatih Institut KejuruteraanTentera Darat (IJED), Pegawai Pemerintah 12 WoksyopBriged, Ketua Woksyop 92 Depot Kenderaan Pusatdan 62 Woksyop (MEKANIZE). Selain itu, turutdilaksanakan penyerahan Perajurit Muda Lelaki Siri204/24 dan Wanita Siri 50/15 daripada Markas TDkepada Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja(KJLJD) serta majlis pemakaian pangkat anggotabagi 75 Woksyop Divisyen.Agenda pemantapan kesiapsiagaan dan kebajikanpula diteruskan melalui Eksesais Pasak Bumi Siri1/2026 oleh 7 Woksyop Briged serta penganjuranUjian Jalan Laju 5 Kilometer Perdana Zon Johor Bahru.Di samping itu, aspek pengurusan pasukandiperkukuhkan melalui perbarisan Ketua Woksyop di64 Woksyop Infantri, 21 Woksyop Artileri dan 13Woksyop Briged, termasuk pelaksanaan StableParade di 3 Woksyop Briged. Bagi memupuksemangat setiakawan dan kerohanian, programseperti Sambutan Hari Keluarga, Program Israk Mikrajserta lawatan kebajikan bagi anggota LLP dan BAKATturut dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraanwarga pasukan sentiasa terpelihara.
SEKALUNG TAHNIAHMAJLIS PERSEMBAHAN KEK DAN CENDERA KENANGAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN DULIYANG MAHA MULIAYANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUSMAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KJLJD YANG DISEMPURNAKAN OLEH PANGLIMATENTERA DARATPERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA JURULATIH INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERADARATPENYERAHAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 204/24 DAN WANITA SIRI 50/15 KEPADAMARKAS TD – CSM DAN KOR/REJIMENMAJLIS PEMAKAIAN PANGKATANGGOTA75 WOKSYOP DIVISYENLAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTALLP DAN BAKAT 1 WOKSYOP BRIGEDPERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH13 WOKSYOP BRIGEDPERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH PASUKAN 12 WOKSYOPBRIGED7 WOKSYOP BRIGED SERTAI EKSESAIS PASAK BUMI SIRI 1/2026 PERINGKAT 7 BRIGEDSAMBUTAN HARI KELUARGAPASUKAN 13 WOKSYOP BRIGEDPROGRAM ISRAK MIKRAJ PASUKAN 13 WOKSYOP BRIGED7 WOKSYOP BRIGED PENGANJUR UJIAN JALAN LAJU 5 KILOMETER PERDANA PERINGKAT 7BRIGED ZON JOHOR BAHRUTAHUN 2026STABLE PARADE 3 WOKSYOP BRIGED, MENGUJI KESIAPSIAGAAN PASUKANMAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA WOKSYOP SERTA MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI DANPTTK BERTUKAR KELUAR 92 DEPOT KENDERAAN PUSATPERBARISAN SERAHTERIMATUGAS KETUAWOKSYOP 62 WOKSYOP (MEKANIZE)PERBARISAN KETUAWOKSYOP 64WOKSYOP (MEKANIZE) TAHUN 2026PERBARISAN KETUAWOKSYOP 21 WOKSYOPARTILERI
1SEKALUNG TAHNIAH!AKTIVITI
2SEKALUNG TAHNIAH!AKTIVITI
3NEGERI SEMBILAN, 13 Jan 26: Duli Yang MahaMulia Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanDarul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni AlmarhumTuanku Munawir telah berkenan menerimapersembahan kek dan cendera kenangan dariKor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD)sempena hari Keputeraan ke-78 DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.Majlis Persembahan Kek dan Cendera Kenanganini diadakan di Istana Besar Seri Menanti, NegeriSembilan.AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDMAJLIS PERSEMBAHAN KEK DAN CENDERA KENANGAN SEMPENAHARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUANBESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUSMajlis ini diadakan sebagai tanda menjunjungkasih, taat setia dan penghargaan daripadawarga KJLJD kepada Duli Yang Maha MuliaTuanku, di samping menzahirkan rasa syukurserta doa agar Tuanku sentiasa dikurniakankesejahteraan dan keampunan dalampemerintahan.Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi KJLJD,Mej Jen Dato’ Ts. Muhammad Shafiq Poh binAbdullah dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato’Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta pegawaipegawai kanan yang lain. Majlis ini berlangsungdalam suasana penuh hormat, tertib danbermakna.
4SUNGAI BESI, 28 Jan 26: Panglima Tentera Darat(PTD), Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman telahmenyempurnakan Majlis Pemakaian PangkatPegawai Tentera Darat yang berlangsung di WismaPerwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.Majlis pemakaian pangkat ini melibatkan pemakaianpangkat seorang Pegawai Kanan Kor JuruteraElektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) yang dinaikkanpangkat daripada Leftenan Kolonel ke Kolonel, iaituKol Ts. Hj Mat Sahari bin Rahmat dan menjawatjawatan sebagai Pengarah Inovasi (MK TD - BITD).Selain itu, Panglima Tentera Darat turutmenyempurnakan pemakaian pangkat kepada tujuhkali anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KJLJD yangtelah dinaikkan pangkat ke Leftenan Muda (PegawaiTugas Khas). Upacara ini sekali gus telahmencerminkan pengiktirafan terhadap prestasi,komitmen serta dedikasi anggota dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab yangdiamanahkan.AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDMAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KJLJD YANGDISEMPURNAKAN OLEH PANGLIMA TENTERA DARATPengerusi KJLJD, Mej Jen Dato’ Ts.Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah danPengarah KJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj AhmadJaidi bin Ali, bersama seluruh warga KorJurutera Elektrik dan Jentera Dirajamerakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniahdan syabas di atas kenaikan pangkattersebut serta mendoakan agar mereka akanterus berkhidmat dengan penuh integriti,profesionalisme dan kecemerlangan demiagama, bangsa dan negara.
5PORT DICKSON, 15 Jan 26: Institut KejuruteraanTentera Darat (IJED) telah melaksanakanPerbarisan Serah Terima Tugas Ketua Jurulatihbertempat di Padang Kawad IJED, Kem KampungSawah. Perbarisan diketuai oleh Jurulatih KananCawangan Pengurusan Kejuruteraan danKetenteraan, Mej Mohammad Hakimi Makhtar.Perbarisan ini terdiri daripada 10 Pegawai dan 110Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).Acara dimulakan dengan Serah Terima Tugasmelibatkan, Mej Mohd Yushaile Yusof yang telahmenyerahkan tugas kepada Mej Ahmad ZikriMohd Salleh selaku Ketua Jurulatih IJED yangbaru. Simbolik acara ini disempurnakan denganmenandatangani Nota Serah Terima Tugas danPenyerahan Simbol Kuasa Ketua Jurulatih yangtelah disaksikan oleh Komandan IJED, Lt KolZulkarnain Abdul Zabil.AKTIVITIPenulis: Kapt Heera Devi a/p KumaravelJurugambar: Sel ICT IJEDPERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA JURULATIHINSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT
6AKTIVITIPERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA JURULATIHINSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARATTurut dilaksanakan adalah Serah Terima TugasPegawai Koordinasi melibatkan, Mej NorhaidaAzmi yang telah menyerahkan tugas kepadaMej Nur Aziatul Safinar Ali selaku PegawaiKoordinasi IJED yang baru.Komandan dan seluruh warga IJED merakamkansetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terimakasih kepada Mej Mohd Yushaile Hj Yusof danMej Norhaida Azmi atas kepimpinan, jasa sertasumbangan sepanjang berkhidmat di IJED.Penulis: Kapt Heera Devi a/p KumaravelJurugambar: Sel ICT IJED
7PORT DICKSON, 22 Jan 26: Seramai 95 orangPerajurit Muda yang terdiri daripada 10 PerajuritMuda Lelaki dan 85 Perajurit Muda Wanita telahditerima masuk dan akan memulakan perkhidmatandi dalam Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja(KJLJD). Kemasukan Perajurit Muda inimencerminkan komitmen berterusan KJLJD dalammemperkukuh kekuatan sumber manusia yangberkemahiran serta berdaya saing bagi mendukungkeperluan operasi dan sokongan teknikal TenteraDarat Malaysia.Dalam majlis tersebut, PW I (SMR) Suhaizad binDain, Sarjan Mejar Rejimen KJLJD, telahmenyampaikan amanat daripada YBhg PengarahKJLJD kepada para Perajurit Muda. Amanat inimenekankan kepentingan disiplin, integriti sertasemangat setiakawan sebagai asas pembentukanseorang anggota KJLJD yang profesional, disamping menyeru Perajurit Muda agar sentiasabersedia memikul amanah dan tanggungjawabdalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.Sementara itu, PS 3 LLP Jab KJLJD, Kapt NurFazriana binti Joini, telah menyampaikan taklimatlaluan kerjaya kepada Perajurit Muda baharu diInstitut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED). Taklimatini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitanhala tuju kerjaya, peluang peningkatan kemahiranserta pembangunan profesional dalam KJLJD, sekaligus membakar semangat Perajurit Muda untukberkhidmat dengan dedikasi dan kecemerlangandemi agama, bangsa dan negara.PENYERAHAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 204/24 DAN WANITASIRI 50/15 KEPADA MARKAS TD – CSM DAN KOR/REJIMENAKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
8KOTA KINABALU, 8 Jan 26: Seramai 15anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 75 Wksp Divtelah terlibat dalam Majlis Pemakaian Pangkatyang berlangsung di hadapan Markas 75 WkspDiv, Lok Kawi pada 8 Januari 2026. Majlis inidiadakan sebagai pengiktirafan terhadappencapaian serta komitmen anggota yang telahmenunjukkan prestasi cemerlang dalamperkhidmatan. Suasana majlis berlangsungdengan penuh tertib dan semangat yang tinggi.Majlis Pemakaian Pangkat tersebut telahdisempurnakan oleh Pegawai Memerintah 75Wksp Div, Lt Kol Hj Bakthiar bin Hj Bohari.Upacara pemakaian pangkat dilaksanakansecara rasmi mengikut tatacara yangditetapkan bagi memartabatkan tradisiketenteraan. Kehadiran pegawai serta anggotayang lain turut menyerlahkan sokongan moralkepada anggota yang menerima kenaikanpangkat.MAJLIS PEMAKAIAN PANGKATANGGOTA 75 WOKSYOP DIVISYENAKTIVITIPenulis: LtM Ahmad Haziq bin AzmiJurugambar: SSjn Mohd Hafizul Ashraf bin Md DaudDalam ucapannya, Pegawai Memerintahmengingatkan para PTTK yang dinaikkanpangkat agar melaksanakan tanggungjawabserta amanah yang diberikan dengan penuhintegriti, disiplin dan profesionalisme. Beliauturut menegaskan bahawa pangkat bukansekadar lambang penghormatan, malahmerupakan satu komitmen besar yangmenuntut tahap kepimpinan, ketegasan sertakecekapan yang lebih tinggi. Setiap anggotaperlu menjadi contoh terbaik kepada rakanseperjuangan dalam melaksanakan tugasharian.Majlis diakhiri dengan sesi bergambar danucapan tahniah kepada semua anggota yangtelah dinaikkan pangkat. Diharapkanpenganugerahan ini dapat menjadi pembakarsemangat untuk terus berkhidmat dengan lebihcemerlang demi organisasi, pasukan dannegara. Semoga seluruh anggota 75 Wksp Divterus kekal berdaya saing serta komited dalammendukung aspirasi Angkatan TenteraMalaysia.
9PORT DICKSON, 4 Jan 26: 1 Wksp Bgd telahmengadakan program Lawatan Kebajikanterhadap anggota LLP dan ahli BAKAT pasukan.Program ini dilaksanakan sebagai inisiatifberterusan pasukan bagi menitikberatkankebajikan anggota LLP serta memperkukuhkanhubungan silaturahim antara kepimpinanpasukan dan anggota serta ahli keluarga.Delegasi yang diketuai oleh Mej MohdNizammudin bin Hamdan, Pegawai Pemerintah 1Wksp Bgd bersama isteri, Puan Norhidayu bintiMohamad selaku Pengerusi BAKAT 1 Wksp Bgdtelah mengadakan lawatan ke beberapakediaman yang melibatkan 3 anggota LLP dan 6ahli BAKAT. Lawatan ini bagi menziarahi anggotaLLP yang terlibat dengan kemalangan jalan rayadan baru menerima cahaya mata. Disamping itujuga bagi melawat ahli keluarga yang mempunyaipenyakit kronik, terdiri daripada sakit kebocoranbuah pinggang, ??????????, ?????? ????????????????, ?????? ????, ????’? ????? dan radangsendi kronik.LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA LLPDAN BAKAT 1 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITISemoga program seumpama ini dapatmemperkukuhkan hubungan antarakepimpinan dan anggota selaras denganaspirasi pembinaan pasukan yang harmoni.Penulis : LtM Muhammad Adam bin RohidJurugambar:Kpl Muhammad Aiman bin Muhamad Syaiful Hanim
10LAHAD DATU, 9 Jan 26: Pasukan 13 Wksp Bgdtelah melaksanakan Perbarisan PegawaiPemerintah, Upacara Pemakaian Pangkat,Penyampaian Sijil Anugerah PerkhidmatanCemerlang Tahun 2024 serta AnugerahPenuntut Terbaik Kursus Mekanik KejuruteraanKembalik Kelas 1 yang bertempat di DataranPembaikan 13 Wksp Bgd.Majlis telah disempurnakan oleh Mej MohamadZamir bin Zainal, Pegawai Pemerintah 13 WkspBgd. Seramai 1 pegawai dan 46 anggota lainlain pangkat telah terlibat dalam perbarisantersebut yang diketuai oleh Lt MuhammadRidhwan Hakimi bin Muhizan.AKTIVITIPERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH 13 WOKSYOP BRIGEDDalam majlis ini, seramai tiga anggota telahdinaikkan pangkat dari Lans Koperal kePemangku Koperal, iaitu:1. LKpl Muhammad Luqman Al-Hakim bin MuhdAdnan2. LKpl Mohamad Aliff Haikal bin Md Haidir3. LKpl Muhammad Nazrul Haziq bin NazariTurut disempurnakan Anugerah PerkhidmatanCemerlang Tahun 2024 kepada:1. PW I Tc. Mohd Aiman Amir bin Mohd Hanafi2. Sjn Muhammad Fahmee bin Hassan3. Kpl Aznizam bin ElahManakala penghargaan telah diberikan kepadaKfn Mohamad Zulhilmi bin Mohd Zuki keranatelah mendapat Anugerah Penuntut TerbaikKursus Mekanik Kejuruteraan Kembalik Kelas 1semasa berkursus di Institut KejuruteraanTentera Darat Port Dickson, Negeri Sembilantempoh hari.Penulis & Jurugambar: Sjn Muhamad Affindi bin Ahmad
11AKTIVITI Penulis & Jurugambar: Sjn Muhamad Affindi bin AhmadPERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH 13 WOKSYOP BRIGEDDalam ucapannya, Pegawai Pemerintah menyeruagar seluruh warga 13 Wksp Bgd sentiasamengamalkan sikap matang, berdisiplin danprofesional dalam melaksanakan tugas sertatanggungjawab.Beliau turut menegaskan larangan penglibatandalam aktiviti tidak bermoral seperti yang tular dimedia sosial sehingga boleh menjejaskan imejpasukan dan Tentera Darat Malaysia (TDM).Beliau mengingatkan agar semua peringkatanggota tidak menjatuhkan hukuman ataumembuat andaian tanpa asas, sentiasaberpegang kepada peraturan sedia ada, berhatihati dalam pertuturan dan tindakan khususnya dialam siber, serta menyerahkan sepenuhnyapengurusan kes kepada pihak yangbertanggungjawab.Beliau juga menyeru agar seluruh wargapasukan terus bersatu hati, berpadu tekad dankomited melaksanakan tugas yangdiamanahkan dengan jujur serta ikhlas.Majlis diakhiri dengan bacaan doa, sesibergambar dan jamuan makan.
12SUNGAI BULOH, 31 Dis 25: 12 Woksyop Brigedtelah melaksanakan Perbarisan Serah TerimaTugas Pegawai Pemerintah bertempat diPadang Kawad 12 Woksyop Briged, Kem SungaiBuloh. Majlis penuh istiadat ini telah disaksikanoleh Panglima 12 Briged, Brig Jen MuhamadFauzi bin Abu Bakar, sekali gus melambangkankepentingan serta penghormatan tinggiterhadap proses peralihan kepimpinan dalampasukan.Upacara tersebut menyaksikan serah terimatugas Pegawai Pemerintah antara Mej ShahrillIbni Al-Hafies bin Mohamad Radzi kepada MejTs. Amirul Hakim bin Sufian. Majlisdisempurnakan dengan menandatangani SijilSerah Terima Tugas sebagai simbol rasmipenyerahan tanggungjawab serta amanahkepimpinan pasukan. Peralihan ini menandakankesinambungan pentadbiran dan komitmenpasukan dalam memastikan kelangsungankecemerlangan perkhidmatan, selaras denganaspirasi Angkatan Tentera Malaysia.PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAHPASUKAN 12 WOKSYOP BRIGEDPenulis dan Jurugambar: Kpl Muhamad Izwan bin Moktar AKTIVITIMajlis kemudiannya diteruskan dengan SerahTerima Tugas Pengerusi BAKAT 12 WoksyopBriged yang telah disaksikan oleh Pegawai KerjaBAKAT, Lt Wan Nurul Najwa Najat binti Wan MohdKamal, serta diserikan dengan kehadiranPengerusi BAKAT 12 Briged, Puan Nik Maheranbinti N Mahamed. Serah terima ini melambangkankesinambungan peranan BAKAT dalammemperkukuh kebajikan warga pasukan dankeluarga anggota.Sebagai penutup majlis, seluruh warga 12Woksyop Briged telah melaksanakan acara streetlining sebagai tanda penghormatan terakhirsebelum sesi send-off kepada mantan PegawaiPemerintah, Mej Shahrill Ibni Al-Hafies binMohamad Radzi. Acara ini berlangsung dalamsuasana penuh emosi, mencerminkanpenghargaan mendalam warga pasukan terhadapkepimpinan, dedikasi serta komitmen beliaudalam menerajui 12 Woksyop Briged.
13MERSING, 15 Jan 26: Majlis Penutup EksesaisPasak Bumi (EPB) Siri 1/2026 telahdisempurnakan oleh Panglima 7 Briged, BrigedierJeneral Zulhelmi bin Masdar. Majlis Penutup EPBSiri 1/2026 telah dilaksanakan serentak denganPerbarisan Hari Ulang Tahun 7 Briged kali ke-55bertempat di Kawasan Am Avon River Estate,Mersing.Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2026 merupakanlatihan ketenteraan berfokuskan kesiagaan dankeupayaan pasukan yang dirangka bagimemastikan anggota sentiasa bersediamenghadapi sebarang bentuk tugasan dancabaran operasi. Pelaksanaan latihan ini turutmencerminkan komitmen berterusan 7 Brigeddalam memperkasa profesionalisme sertaketahanan fizikal dan mental warganya.Pegawai Pemerintah 7 Wksp Bgd, Mej Ts.Mohammad Faris bin Mustapa turut hadir bagimenyaksikan Majlis Penutup EPB Siri 1/2026 sertapelaksanaan perbarisan penutup pasukan.Kehadiran beliau menzahirkan sokongankepimpinan terhadap penglibatan anggota 7Wksp Bgd dalam latihan peringkat Briged.AKTIVITI7 WOKSYOP BRIGED SERTAI EKSESAIS PASAK BUMI SIRI 1/2026PERINGKAT 7 BRIGEDBagi pasukan bantuan khidmat, EPB telahdilaksanakan selama lima hari bermula 10hingga 15 Januari 2026 dengan penglibatan 2pegawai dan 15 anggota lain-lain pangkat (LLP)daripada 7 Wksp Bgd. Pasukan ini diketuai olehLt (PKW) Abdul Razak bin Ishak, Pegawai KerjaWoksyop.Sepanjang tempoh eksesais, anggota telahmelalui pelbagai siri latihan yang mencabartermasuk pergerakan sejauh 25 kilometer sertamenagplikasikan kemahiran pandu arah. Setiapmodul latihan dirancang secara sistematik bagimeningkatkan tahap disiplin, daya tahan sertakeupayaan anggota dalam melaksanakan tugassokongan operasi.Penulis : LtM Muhammad Ashraf bin AbdullahJurugambar: Pbt Muhammad Danial Haziq bin Syahrizal
14LAHAD DATU, Jan 26: Pasukan 13 Wksp Bgdtelah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga diFelda Residence Sahabat, Lahad Datu, Sabah.Seramai 3 pegawai, 59 anggota, 35 ahli BAKATserta 58 kanak-kanak daripada warga Pasukan13 Wksp Bgd telah hadir bagi memeriahkansambutan tersebut. Pelbagai aktiviti menarikdilaksanakan melibatkan semua peringkat wargapasukan dan ahli keluarga antaranya acarasukaneka.Penganjuran program ini bertujuan untukmengukuhkan hubungan silaturahim sesamaanggota dan ahli keluarga pasukan 13 Wksp Bgd.Walaupun pasukan terlibat dengan pelbagaikomitmen dan aktiviti lain, Sambutan HariKeluarga pada tahun ini tetap dapatdirealisasikan dengan konsep “Santai BersamaKeluarga”.SAMBUTAN HARI KELUARGA PASUKAN 13 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITIMajlis dimulakan dengan sesi bergambar, diikutiaktiviti senamrobik, Larian 5 KM serta sarapanpagi. Seterusnya, acara sukaneka melibatkanpelbagai permainan seperti membawa bolapingpong dalam sudu, kerusi berirama dan lainlain. Bagi kategori dewasa khas untuk anggotapasukan, pertandingan tarik tali, ikatan tali kasihserta boling padang turut dipertandingkan.Kemuncak program diteruskan pada sebelahmalam melalui Majlis Makan Malam BBQ 13 WkspBgd yang turut menyaksikan penyampaianhadiah kepada para pemenang sukaneka, sukan13 Wksp Bgd serta Piala Pusingan PegawaiPemerintah 13 Wksp Bgd.Di akhir majlis, Pegawai Pemerintah 13 WkspBgd, Mej Mohamad Zamir bin Zainal,menyampaikan ucapan penghargaan kepadaseluruh warga pasukan atas sokongan danpenglibatan dalam memeriahkan Sambutan HariKeluarga pada tahun ini. Semoga penganjuranaktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masaakan datang demi memperkukuhkan lagisemangat kekeluargaan dan kebersamaan dalamPasukan 13 Wksp Bgd.Penulis & Jurugambar: Sjn Muhamad Affindi bin Ahmad
15LAHAD DATU, 16 Jan 26: Pasukan 13 Wksp Bgdtelah menganjurkan Program Israk Mikraj yangdilaksanakan dengan lancar dan penuh pengisian.Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuhadan diikuti ceramah yang disampaikan oleh KplMuhammad Taufiq bin Ayub, Penyelia Hal EhwalIslam pasukan berkaitan peristiwa Israk Mikrajyang memberi penekanan kepada penghayatandan pengajaran yang boleh diambil daripadaperistiwa agung tersebut. Program kemudiannyaditeruskan dengan kuiz agama bagi menguji sertamenambah kefahaman kepada anggota muslimagar tetap sentiasa fokus dan memberi tumpuankepada apa yang telah disampaikan.AKTIVITIPROGRAM ISRAK MIKRAJ PASUKAN 13 WOKSYOP BRIGEDProgram ini turut dihadiri oleh PegawaiPemerintah 13 Wksp Bgd, Mej Mohamad Zamirbin Zainal, Pegawai dan anggota 13 Wksp Bgd.Diharapkan program seumpama ini dapatmeningkatkan kefahaman, penghayatan sertamengukuhkan nilai keimanan dalam kalanganwarga pasukan. Terima kasih diucapkankepada semua pihak yang terlibat secaralangsung atau tidak langsung dalammenjayakan program ini.Penulis & Jurugambar: Sjn Muhamad Affindi bin Ahmad
16JOHOR BAHRU, 27 Jan 26: Ujian Jalan Laju 5Kilometer Perdana Peringkat 7 Briged Zon JohorBahru bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan diKem Tebrau dengan jayanya. Latihan kecergasan inidianjurkan oleh pasukan 7 Wksp Bgd selaku pasukanpenganjur utama dan telah mendapat sambutanpenyertaan yang amat memberangsangkan daripadapelbagai formasi di bawah naungan.Ujian ini melibatkan penyertaan seramai 10 Pegawaidan 175 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), termasukpenglibatan langsung anggota daripada 7 Wksp Bgdyang terdiri daripada 3 Pegawai dan 40 anggota LLP.Penganjuran ujian ini bertujuan untuk menilai tahapkecergasan fizikal, daya tahan serta kesiapsiagaananggota agar sentiasa berada pada tahap optimumsejajar dengan keperluan latihan dan tuntutan operasisemasa Angkatan Tentera Malaysia.Penganjuran ujian ini mencerminkan komitmenberterusan 7 Wksp Bgd dan 7 Briged Zon Johor Bahrudalam memupuk budaya kecergasan, disiplin sertasemangat juang dalam kalangan warga tentera,selaras dengan aspirasi melahirkan anggota yangberkeupayaan tinggi, berdaya saing dan sentiasabersedia mempertahankan kedaulatan negara.7 WOKSYOP BRIGED PENGANJUR UJIAN JALAN LAJU 5 KILOMETERPERDANA PERINGKAT 7 BRIGED ZON JOHOR BAHRU TAHUN 2026AKTIVITIPenulis : LtM Muhammad Ashraf bin AbdullahJurugambar: Pbt Muhammad Danial Haziq bin Syahrizal
17KUCHING, 20 Jan 26: Seramai 5 Pegawai dan20 Anggota LLP dari Cawangan Logistik,Cawangan Kembalik, Cawangan KenderaanBermotor dan Tim Pembaikan Hadapan (TPH)telah terlibat secara langsung dalam StableParade 3 Woksyop Briged. Kesemua kenderaandan peralatan teknikal telah diperiksa bagimemastikan semua peralatan dan kelengkapanpasukan berada dalam keadaan baik, selamatdan berfungsi mengikut spesifikasi yangditetapkan. Stable Parade Pasukan 3 WoksyopBriged telah dilaksanakan sebagai satu aktivitipemeriksaan dan penilaian rutin ke atas asetserta kemudahan pasukan. Pelaksanaan stableparade ini bertujuan bagi memastikan kesemuaaset pasukan berada dalam keadaan baik danmencukupi serta sentiasa mampudiaturgerakkan pada bila-bila masa bagimenyokong keperluan pentadbiran, gerakandan logistik pasukan.Fokus pemeriksaan merangkumi keadaanteknikal kenderaan, peralatan bengkel, storsimpanan, dokumentasi penyelenggaraan sertatahap kebersihan dan keselamatan kawasankerja. Secara keseluruhannya, pelaksanaanstable parade ini secara tidak langsungmendokong serta memperkukuhkan polisi dandasar senggaraan yang ditetapkan olehorganisasi Tentera Darat, di sampingmemastikan Pasukan 3 Woksyop Brigedsentiasa berada pada tahap kesiapsiagaanyang tinggi dalam melaksanakan peranansebagai elemen sokongan teknikal dan logistikbriged.STABLE PARADE 3 WOKSYOP BRIGED,MENGUJI KESIAPSIAGAAN PASUKANAKTIVITIPenulis: LtM Mohammad Syahmi bin Mohd NoorJurugambar: Sel ICT 3 Woksyop Briged
18KUALA LUMPUR, 14 Jan 26: Majlis Serah TerimaTugas Ketua Woksyop serta Majlis MeraikanPegawai dan PTTK Bertukar Keluar telahberlangsung dengan jayanya di Markas Pasukan92 Depot Kenderaan Pusat. Majlis ini telah dihadirioleh pegawai serta anggota Pasukan 92 DepotKenderaan Pusat.Acara rasmi dimulakan dengan Majlis SerahTerima Tugas Ketua Woksyop 92 Wksp DKP yangdisaksikan oleh Lt Kol Subeci bin Jumaat, PegawaiPemerintah 92 DKP, yang melibatkan penyerahantanggungjawab secara rasmi Lt Muhammad TaufiqAzfar bin Hussin, Pemangku Ketua Woksyopkepada Mej Ts. Norsyahirah binti Abd Hamid,Ketua Woksyop baharu. Majlis serah terima tugasini melambangkan kesinambungan kepimpinanserta komitmen berterusan dalam memastikanpengurusan dan operasi 92 Wksp DKP sentiasaberada pada tahap yang teratur, berkesan dancemerlang.Majlis kemudiannya diteruskan dengan JamuanMeraikan Pegawai dan PTTK Bertukar Keluar yangtelah diadakan di Anjung Seri D’Alpha. Jamuan inidiadakan sebagai tanda penghargaan dan terimakasih atas jasa, dedikasi serta khidmat bakti yangtelah dicurahkanAKTIVITIMAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA WOKSYOP SERTA MAJLISMERAIKAN PEGAWAI DAN PTTK BERTUKAR KELUAR 92 DEPOTKENDERAAN PUSAToleh pegawai dan PTTK yang akan bertukarkeluar sepanjang tempoh perkhidmatan merekadi Pasukan 92 Depot Kenderaan Pusat. Pegawaidan PTTK yang diraikan ialah Lt MohamadAmirul Syafiq bin Darwira dan PW 2 MuhamadMahyuddin bin Madun.Dalam ucapan Pegawai Pemerintah, beliaumerakamkan setinggi-tinggi penghargaan danucapan terima kasih kepada semua pegawai danPTTK yang bertukar keluar di atas sumbangandan komitmen yang diberikan. Ucapan tahniahserta selamat menjalankan tugas turutdizahirkan kepada Ketua Woksyop baharudengan harapan agar kepimpinan yang diterajuidapat membawa penambahbaikan dankecemerlangan berterusan kepada pasukan.Majlis diakhiri dengan sesi penyampaiancenderamata, sekali gus mencerminkansemangat setiakawan, penghargaan danprofesionalisme dalam kalangan pegawai dananggota Pasukan 92 Depot Kenderaan Pusat.Penulis: Lt Muhammad Taufiq Azfar bin Hussin.Jurugambar: PW I Rahmat bin Hanipah.
19MENTAKAB, 31 Dis 25: Perbarisan Serah TerimaTugas Ketua Woksyop 62 Woksyop Inf KJLJD (Mek)bertempat di hadapan Markas Batalion 7 RRD(Mek).Majlis Serah Terima Tugas Ketua Woksyopditeruskan lagi dengan acara menandatangani NotaSerah Terima Tugas Pemangku Ketua Worksyop diantara Mejar Muhammad Haziq Jasmi dengan Kapt(PKW) Ezkiel Ranggang @ Plarin Samintoi yangdisaksikan oleh Leftenan Kolonel Mohd Fadilrollahbin Yahaya, Pegawai Memerintah 7 RRD (Mek).Mejar Muhammad Haziq Jasmi akan mengikutpengajian ?????? ??????????? ?????????? ?????????????????????? tajaan ??????? ??????????? ?????????????????? (DSCP) di University of Melbourne,Australia. Tahniah dan selamat maju jaya.PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA WOKSYOP62 WOKSYOP (MEKANIZE)AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
20GEMAS, 21 Jan 26: 64 Woksyop (Mekanize)telah melaksanakan Perbarisan Ketua Woksyopyang disempurnakan oleh Mej Mohamad Faizbin Mohd Othman di Dataran 64 Wksp (Mek).Majlis dimulakan dengan upacara PemakaianPangkat iaitu menyaksikan empat anggotadinaikkan pangkat sebagai pengiktirafanterhadap dedikasi, komitmen dan prestasicemerlang mereka. Senarai Pemangku StafSarjan adalah Sjn Muhammad Basiir bin Johandan Sjn Muhammad Radhi bin Mohd Tajuddin.Manakala senarai Pemangku Sarjan pula adalahKpl Mohammad Hafizuddin bin Masrom dan KplMohamad Nur Hasif bin Latimin. Syabas dantahniah atas kejayaan yang membanggakan.Majlis diteruskan dengan Serah Terima TugasPegawai Kerja Woksyop (PKW) antara Kapt(KPW) Mohd Nasrul Hakim bin Zahri dan Mej(PKW) Mohd Al-Naim bin Abdullah, melaluimenandatangani Nota Serah Terima Tugas yangdisaksikan oleh Ketua Woksyop simbolkesinambungan kepimpinan dantanggungjawab.PERBARISAN KETUA WOKSYOP64 WOKSYOP (MEKANIZE) TAHUN 2026AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
21PERBARISAN KETUA WOKSYOP64 WOKSYOP (MEKANIZE) TAHUN 2026AKTIVITIDalam amanatnya, Ketua Woksyopmenegaskan kepentingan disiplin, integritiserta pemeliharaan nama baik pasukan,selaras dengan penghayatan Ikrar KesatriaKeempat:“Mengutamakan Pelaksanaan Tugas DenganJujur dan Ikhlas.”Perbarisan diakhiri dengan pemeriksaankenderaan A MIFV K200 A1, memastikankesiagaan aset dan pasukan sentiasa ditahap tertinggi, diikuti sesi bergambar wargapasukan lambang semangat setiakawan dan?????? ?? ?????.Tahniah kepada semua anggota yangterlibat. Terus Bertukang dan Berjuang demitugas, kehormatan dan negara!Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
22GEMAS, 22 Jan 26: 21 Woksyop Artileri telahmelaksanakan Perbarisan Ketua Woksyop yangdisempurnakan oleh Kapten Muhammad Nor Fahmibin Ab Ghani.Dalam ucapannya, Ketua Woksyop menyeru agarseluruh warga 21 Wksp Artileri sentiasa bersikapprofessional, matang dan berdisiplin dalammelaksanakan tugas serta tanggungjawab, tampiluntuk kehadapan dan menjadi pemimpin.Beliau juga menegaskan larangan penglibatan dalamaktiviti tidak bermoral seperti yang tular di mediasosial sehingga boleh menjejaskan imej pasukandan Tentera Darat Malaysia (TDM). Beliaumengingatkan agar semua peringkat anggotasentiasa mengikut arahan yang telah ditetapkan.Beliau juga menyeru agar seluruh warga pasukanterus bersatu hati berpadu, tekad dan komitedmelaksanakan tugas yang diamanahkan denganjujur serta ikhlas. Majlis diakhiri dengan bacaan doadan sesi bergambar.PERBARISAN KETUA WOKSYOP 21 WOKSYOP ARTILERIAKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
GVW = CURB WEIGHT + PAYLOADPAYLOADTRAILERGCW = GVW + TOWING LOADVEHICLE WEIGHT/TOWINGCAPACITYGVWGROSS VEHICLE WEIGHT (GVW)CURB WEIGHTGCWGROSS COMBINED WEIGHT (GCW)Gross Combined Weight (GCW) is the maximumpermissible total mass of a powered vehicle andany trailer(s) or towed equipment when operatedas a combination, as specified by the vehiclemanufacturer or approved by the relevant authority.It represents the combined weight of the towingvehicle at its gross vehicle weight, together withthe fully loaded trailer(s), including payload,permanently installed equipment, fuel, operatingfluids, and accessories, and shall not exceed thevalue approved for safe operation.GrossVehicle Weight(GVW) isthemaximum permissible mass of a vehicle asspecified by the manufacturer or approvedby the relevant authority. It represents thetotal weight of the vehicle when fullyloaded. This includes the vehicle’s curbweight, all occupants, cargo or payload,permanently installed equipment, fuel,operating fluids, and any accessories, andshall not exceed the value stated on thevehicle data plate. GVW must becompatible with: Axle load ratings and Tyreload ratings.Curb weight is the mass of a fully assembled vehicle in runningorder, inclusive of all standard equipment, permanently installedcomponents, and operating fluids (such as engine oil, coolant, andbrake fluid), with the fuel tank filled to the manufacturer-specifiedlevel. But it excludes the driver, passengers, cargo, and anyremovable payload.For modified or body-built vehicles, curb weight shall be determined by physicalweighing . Any permanently mounted equipment is included in curb weight.Cab-chassis weight is refers to the weight of a vehicle configurationcomprising the manufacturer-installed cab, chassis frame, powertrain,axles, suspension, wheels, and standard operating fluids. However, itexcludes any rear body, payload, or additional equipmentBY: MEJ Ts MUHAMAD AZAHARI BIN ARISCAB CHASSIS WEIGHT