The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KRAFMAN- Pemangkin Kejuruteraan Pertahanan, 2026-03-17 03:39:36

E-Krafman Feb 2026

E-Krafman Feb 2026

DEMONSTRASI PENARIKAN KEMBALIK OLEH PENUNTUTKEJURUTERAAN LANJUTAN PEGAWAI SIRI 48 TAHUN 2025DEMONSTRASI PENARIKAN KEMBALIK OLEH PENUNTUTKEJURUTERAAN LANJUTAN PEGAWAI SIRI 48 TAHUN 2025MESYUARAT PENGARAH KOR JURUTERA ELEKTRIKDAN JENTERA DIRAJA SIRI 1/2026MESYUARAT PENGARAH KOR JURUTERA ELEKTRIKDAN JENTERA DIRAJA SIRI 1/2026SEMBAH MENGADAP KOLONEL YANG DIPERTUA KOR JURUTERAELEKTRIK DAN JENTERA DIRAJASEMBAH MENGADAP KOLONEL YANG DIPERTUA KOR JURUTERAELEKTRIK DAN JENTERA DIRAJAFFEEBBRRUUAARRII 22002266


PenaungBrigJen Dato' Ts.HjAhmadJaidibinAliKetuaPengarangLt Kol ZulkarnainbinAbdul ZabilPenolongKetuaPengarangMejAhmadZIkribin MohdSallehPenyelarasMej NurAziatul SafinarbintiAliKetuaEditorialMej Che Norlibinti Che NordinEditorialKaptHeera Devia/pKumaravelRekaBentukKapt Mohammad NaimzbinAzhanLt MuhammadIkhwan SyahmibinAbdul LatifLt MuhammadHafizbin MohamadRedahudinLt MohamadHuzainibin MohamadYusriDengan Kerjasama:JabatanArah KJLJDSel ICT IJEDCawangan Pengurusan KejuruteraandanKetenteraan, IJEDKursus Lanjutan Pegawai KJLJD Siri 48/2025Kursus Induksi Pegawai MudaSenarai TugasKhas KJLJD Siri 1/2026Edisi ini menghimpunkan pelbagai acara rasmi,rejimental, latihan dan program pembangunanwarga Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD)bagi bulan Februari 2026. Antaranya termasukSembah Menghadap Kolonel Yang Dipertua KJLJD,Majlis Penghormatan terakhir kepada Allahyarham LtKol Ir. Azhan bin Muhamad Sufian, serta PerbarisanAjutan dan Majlis Pemakaian Pangkat Anggota 74Woksyop Divisyen.Fokus kesiapsiagaan dan profesionalisme diteruskanmelalui Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) 75Woksyop Divisyen, beberapa perbarisan PegawaiMemerintah dan Ketua Woksyop, serta pelaksanaanUjian Kawad Kaki Individu (UKKI) di 7 Woksyop Briged.Elemen kerohanian dan kebajikan turutdiperkukuhkan menerusi Ceramah AmbangRamadan dan Majlis Mantai Ramadan di 1 WoksyopBriged, manakala aspek teknikal dipertingkat melaluiKursus Senggaraan Sistem Misil Kenderaan Perisaidan pembentangan berkaitan prestasi dimensi sertamobiliti kenderaan ketenteraan.


SEMBAH MENGADAP KOLONEL YANG DIPERTUA KOR JURUTERA ELEKTRIK DAN JENTERADIRAJATAHUN 2026.PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA ALLAYARHAM LT KOL IR. AZHAN BIN MUHAMADSUFIAN.PERBARISAN AJUTAN DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA 74 WOKSYOPDIVISYEN.LATIHAN MENEMBAK INDIVIDU DAN TIM (LMIT) 75WOKSYOP DIVISYEN.CERAMAHAMBANG RAMADAN DAN MAJLIS MANTAI RAMADAN 1 WOKSYOP BRIGED.PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH7 WOKSYOP BRIGED.PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR SIRI 1 TAHUN 2026 DAN UJIAN KELAYAKANKEMAHIRAN INDIVIDU(UKKI) KAWAD KAKI 7 WOKSYOP BRIGED.PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH12 WOKSYOP BRIGED.MAJLIS PENUTUP KURSUS SENGGARAAN SISTEM MISIL KENDERAAN PERISAI 8X8 AFVATGW31 WOKSYOPARMOR.PERBARISAN KETUAWOKSYOP 34 WOKSYOPARMOR.PERBARISAN KETUAWOKSYOP 41 WOKSYOPARTILERI.PERBARISAN SERAHTERIMATUGAS KETUAWOKSYOP 62 WOKSYOP INFANTRI (MEK).DEMONSTRASI PENARIKAN KEMBALIK OLEH PENUNTUT KEJURUTERAAN LANJUTANPEGAWAI SIRI 48 TAHUN 2025.PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT.MESYUARAT PENGARAHKOR JURUTERAELEKTRIK DAN JENTERA DIRAJASIRI 1/2026.MESYUARAT SENGGARAAN PERALATAN TENTERA DARAT SIRI 1/2026.DIMENSION & MOBILITY PERFORMANCE OF MIITARYVEHICLE.


3SEREMBAN, 24 Feb 26: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DarulKhusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Kolonel Yang di-Pertua KorJurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan BesarNegeri Sembilan Darul Khusus, Tunku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telahmencemar duli berkenan untuk menerima sembah mengadap daripada KJLJD di Istana HinggapSeremban, Negeri Sembilan. Sembah mengadap ini dihadiri oleh Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato'Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidibin Ali bersama isteri serta Pegawai Kanan KJLJD yang telah dinaikkan pangkat iaitu Kolonel Ts. HjMat Sahari bin bin Rahmat, Pengarah Strategik dan Inovasi Tentera Darat.Tujuan sembah mengadap adalah untuk mempersembahkan laporan dan perancangan aktivitiKJLJD yang akan datang pada tahun ini. Perkenan Tuanku amat dihargai dalam memperkukuhmoral, arah tuju dan kesinambungan kecemerlangan KJLJD dalam Tentera Darat Malaysia.AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDSEMBAH MENGADAP KOLONEL YANG DIPERTUA KOR JURUTERAELEKTRIK DAN JENTERA DIRAJA TAHUN 2026


4SUNGAI PETANI, 19 Feb 26: Jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel Ir. Azhan bin Muhamad Sufiantelah selamat dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan RaudhatulMawaddah, Sungai Petani pada 19 Februari 2026 jam 2.30 petang.Terdahulu, urusan mandi, kafan dan solat jenazah telah diuruskan di Masjid As-Syuhada, 2 RAMDsebelum dibawa ke Masjid Muzaffar Shah, Sungai Petani.Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman turut menyampaikanucapan takziah kepada waris Allahyarham serta menyerahkan bendera sebagai tandapenghormatan di atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Allahyarhamsepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Semoga roh Allahyarham dicucurirahmat dan ditempatkan bersama hambaNYA yang beriman. Al-Fatihah.AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDPENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA ALLAYARHAMLT KOL IR. AZHAN BIN MUHAMAD SUFIAN


5SUNGAI BESI, 16 Feb 26: Perbarisan Ajutan 74 Woksyop Divisyentelah dilaksanakan bertempat di Padang Kawad 74 WoksyopDivisyen, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 16 Februari2026. Perbarisan ini melibatkan seramai 3 Pegawai dan 98 anggotaLain-Lain Pangkat (LLP) dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripasukan 41 Woksyop (AW). Perbarisan dimulakan dengan ketibaanAjutan 74 Woksyop Divisyen, Leftenan Muhammad Shauqi binMohamad Nasir disusuli dengan nyanyian lagu KJLJD, pemeriksaanbarisan, ucapan Ajutan dan diakhiri dengan bacaan doa.Dalam ucapan Ajutan 74 Woksyop Divisyen, beliau mengingatkananggota pasukan agar sentiasa menjaga tahap disiplin yang tinggisebagai seorang anggota tentera dan tidak melibatkan diri dengangejala dadah yang boleh menjejaskan nama baik pasukan amnyadan Tentera Darat khasnya. Perbarisan ini juga merupakan salahsatu aktiviti yang dilaksanakan bagi mengekalkan SistemPemerintahan Rejimental (SPR).AKTIVITI Penulis dan jurugambar: PW II Daniel AngongPERBARISAN AJUTAN DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKATANGGOTA 74 WOKSYOP DIVISYENDi samping itu, Ajutan 74 Woksyop Divisyen juga menasihati agar semua anggota pasukan supayasentiasa mengambil berat berkenaan dokumentasi peribadi, kerjaya sebagai seorang tentera danmenjaga kesihatan serta fizikal jasmani agar sentiasa berada di tahap yang terbaik sertamelaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dalam menjaga keselamatan kem dan asetpasukan.Setelah tamat Perbarisan Ajutan itu, Pegawai Memerintah 74 Woksyop Divisyen, Yang Berbahagia LtKol Ts. Mohd Amin bin Kassebullah bersama para pegawai telah hadir bagi menyempurnakan majlispemakaian pangkat anggota lain-lain pangkat dari Sarjan Kepada Pemangku Staf Sarjan. Seluruhwarga 74 Woksyop Divisyen mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat tersebut semoga teruscemerlang memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.


6AKTIVITILATIHAN MENEMBAK INDIVIDU DAN TIM (LMIT)75 WOKSYOP DIVISYENSABAH, 12 Feb 26: Pegawai dan anggotaLain-Lain Pangkat 75 Woksyop Divisyenterlibat dalam Latihan Menembak Individudan Tim (LMIT) di Lapang Sasar 600m KotaBelud, ULS pada 9 hingga 12 Februari 2026.Latihan LMIT dilaksanakan berasaskanpraktis-praktis yang lebih sistematiktermasuk Peringkat Persediaan danPersiapan yang mendidik anggota-anggotadalam memahami keupayaan senjatamasing-masing.Objektif yang digariskan adalah untukmeningkatkan kemahiran menembakdikalangan anggota melalui prinsip-prinsipkejaguhan dan meningkatkan tahapkesiagaan pasukan dan segi mentalmahupun fizikal dalam apa jua keadaan.Penulis: LtM Ahmad Haziq bin AzmiJurugambar: SSjn Mohd Hafizul Ashraf bin Md Daud


7PORT DICKSON, 16 Feb 26: Bersempena bulan Ramadan pada tahun ini, 1 Woksyop Briged telahmengambil kesempatan untuk menganjurkan Ceramah Ambang Ramadan dan Majlis Mantai RamadanPeringkat 1 Woksyop Briged yang melibatkan warga serta keluarga 1 Woksyop Briged bertempat diSurau Al-Hidayah, Kem Kg Sawah dan Garaj 1st Stallion, 1 Woksyop Briged.Pengisian maljlis dimulakan dengan aktiviti Solat Sunat Dhuha, Ceramah Ambang Ramadan danpenyampaian sumbangan buah kurma kepada seluruh warga 1 Woksyop Briged dan keluarga yangtelah disempurnakan oleh Mej Mohd Nizammudin bin Hamdan, Pegawai Pemerintah 1 WoksyopBriged.Acara diteruskan dengan Majlis Mantai Ramadan yang menyaksikan seluruh warga 1 Woksyop Brigedtelah mengambil bahagian dengan bergotong royong bagi menyiapkan hidangan makan tengahari.Pegawai Pemerintah dan seluruh Warga 1 Woksyop Briged mengucapkan Selamat Menunaikan IbadahPuasa pada Tahun 1447H/2026 kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadan kali ini memberi lebihkeberkatan dan rahmat buat kita semua.CERAMAH AMBANG RAMADAN DAN MAJLIS MANTAI RAMADAN1 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITIPenulis : LtM Muhammad Adam bin RohidJurugambar: Kpl Muhammad Aiman bin Muhamad Syaiful Hanim


8JOHOR BAHRU, 16 Jan 26: Perbarisan Pegawai Pemerintah Penggal Pertama Tahun 2026 telahberjaya dilaksanakan di Padang Kawad 7 Woksyop Briged dengan penyertaan seramai tiga pegawaidan 61 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta 10 orang staf awam yang telah turut hadir menyaksikanperbarisan tersebut. Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 7 Woksyop Briged,Mej Ts. Mohammad Faris bin Mustapa dan diketuai oleh Kapt Khairul Mubarak bin Mohd Ghani selakuPenolong Pegawai Pemerintah.Dalam amanatnya, Pegawai Pemerintah mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambutbulan Ramadan kepada seluruh warga pasukan serta menegaskan bahawa ibadah puasa bukanlahpenghalang untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab di pasukan. Beliau turut menekankanpenolakan terhadap budaya buli atau ragging, penyalahgunaan media sosial, isu integriti dan rasuah,kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah serta pematuhan kepada budaya kerja mengikutrantaian pemerintahan (chain of command).Sejurus selesai perbarisan, acara diteruskan dengan Mesyuarat Kebajikan Pasukan Siri 1/2026 yangdiadakan di Bilik Kuliah 7 Woksyop Briged. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh PegawaiPemerintah dengan kehadiran empat pegawai, 61 anggota LLP dan 10 staf awam.Objektif mesyuarat ini adalah untuk memastikan semua cadangan dan usul yang dibangkitkan dalammesyuarat kebajikan siri terdahulu telah diambil tindakan, seterusnya menjamin kebajikan sertakeperluan pasukan sentiasa terpelihara. Selain itu, beberapa cadangan dan usul baharu turutdikemukakan oleh anggota serta telah diberi perhatian oleh Pegawai Pemerintah demi kepentinganbersama.PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH 7 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITIPenulis: LtM Muhammad Ashraf bin AbdullahJurugambar: Kpl Faez Hafizuddin bin Peter Abdullah


9JOHOR BAHRU, 9 Feb 26: Perbarisan Kompeni Sarjan Mejar Siri 1 Tahun 2026 telah berjayadilaksanakan dengan penyertaan seramai 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bertempat di PadangKawat 7 Woksyop Briged, Kem Tebrau.Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Yang Dihormati PW II Mohamad Shakiran bin Saidi, SarjanMejar Kompeni (KSM) 7 Woksyop Briged, sebelum dilaksanakan mengikut atur cara dan ketetapanyang telah dirancang. Pelaksanaan perbarisan ini bertujuan mengekalkan nilai rejimental, disiplinserta keharmonian hubungan sesama anggota, sejajar dengan peranan Sarjan Mejar sebagai tunjangkepimpinan LLP dalam pasukan.Sejurus tamat perbarisan, Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) Kawad Kaki telah dilaksanakanmelibatkan seramai 40 anggota LLP yang diuji oleh empat orang penguji. Ujian ini bertujuan menilaiserta mempertingkatkan tahap penguasaan kemahiran kawad kaki individu selaras dengan standardlatihan yang ditetapkan.Penilaian UKKI telah dilaksanakan secara teliti berpandukan Prosedur Tetap (PROTAP) Latihan,dengan penekanan kepada aspek disiplin diri, ketepatan pergerakan mengikut bahasa hukumanserta keseragaman kawad, bagi membentuk jati diri anggota tentera yang terlatih, berdisiplin danberwibawa.PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR SIRI 1 TAHUN 2026DAN UJIAN KELAYAKAN KEMAHIRAN INDIVIDU (UKKI)KAWAD KAKI 7 WOKSYOP BRIGEDAKTIVITIPenulis: LtM Muhammad Ashraf bin AbdullahJurugambar: Kpl Faez Hafizuddin bin Peter Abdullah


10SUNGAI BULOH, 9 Feb 26: Perbarisan Pegawai Pemerintah Pasukan 12 Woksyop Briged telahdiadakan di padang kawad pasukan. Perbarisan ini melibatkan 1 pegawai dan 47 anggota lain-lainpangkat (LLP). Perbarisan telah diketuai oleh LtM Muhammad Zuhair bin Habibudin dan telahdisempurnakan oleh Mej Amirul Hakim bin Sufian, Pegawai Pemerintah 12 Woksyop Briged.Aturcara perbarisan turut diserikan dengan upacara pemakaian pangkat kepada anggota lain lainpangkat (LLP), melibatkan 1 x Lans Koperal yang dinaikkan pangkat ke Koperal serta 3 Prebet yangdinaikkan pangkat ke Lans Koperal. Kenaikan pangkat ini bukan sahaja satu pengiktirafan terhadapprestasi dan dedikasi, malah melambangkan kepercayaan serta amanah yang lebih besar untukdigalas.Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian sijil anugerah kepada tiga anggota lain-lain pangkatyang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kursus kerjaya masing-masing. Pengiktirafan inimembuktikan bahawa usaha berterusan mereka dihargai serta menjadi pemangkin kepadakecemerlangan pasukan. Perbarisan tersebut turut meraikan kejayaan Pusat Cemerlang Sukan(PCS) Hoki Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja(KJLJD) yang telah menjuarai Kejohanan HokiDalam Dewan Selangor Tahun 2026 pada 25 Januari 2026 yang lalu. Dalam ucapan beliau, PegawaiPemerintah telah menegaskan kepentingan menghayati Ikrar Kesatria sebagai asas jati diriseorangan anggota tentera. Beliau mengingatkan bahawa ikrar tersebut bukan sekadar lafaz tetapisatu ikrar yang perlu disematkan dalam diri. Penegasan ini bertujuan memastikan setiap anggotasentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti dan profesionalisme dalam setiap tindakan.Diakhir ucapan, beliau mengharapkan agar seluruh warga pasukan terus mengekalkan disiplin yangtinggi, melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab serta sentiasa memelihara nama baikpasukan dan KJLJD. Perbarisan ini bukan sekadar satu acara rasmi, tetapi menjadi platformmemperkukuh semangat kesatuan warga 12 Woksyop Briged.AKTIVITIPERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH 12 WOKSYOP BRIGEDPenulis & Jurugambar: Kpl Muhamad Izwan bin Moktar


11AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJDMAJLIS PENUTUP KURSUS SENGGARAAN SISTEM MISILKENDERAAN PERISAI 8X8 AFV ATGW 31 WOKSYOP ARMORKUANTAN, 23 Jan 26: Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Senggaraan Sistem MisilKenderaan Perisai 8X8 AFV ATGW telah disempurnakan oleh PKW, 31 Wksp Armor, Leftenan (PKW)Mohd Izzuddin bin Mat Lazim di Bilik Bincang, 31 Wksp Armor, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.Kursus teknikal ini telah dihadiri oleh 29 peserta dari Penuntut LSB Juruteknik Elektronik Kelas 2 danpasukan sekitar yang mempunyai Aset KJA. Kursus ini telah dilaksanakan selama 2 minggu bermula12 hingga 23 Januari 26.Di dalam ucapan penutup, PKW menyatakan harapan agar ilmu teori dan praktikal yang telahdiperolehi khususnya berkaitan senggaraan sistem misil kenderaan perisai 8X8 AFV ATGW kinidapat diaplikasikan di pasukan kelak serta dapatkan dikongsikan kepada anggota yang lain.


12KUCHING, 4 Feb 26: Perbarisan Ketua Woksyop 34 Woksyop Armor bagi penggal pertama tahun2026 telah dilaksanakan oleh Mej Ir. Ts. Nazrun Nabill bin Azlan Shah di Garaj Kenderaan Jenis A,bangunan asal yang dibina pada 6 Disember 1989. Perbarisan telah diketuai oleh Leftenan (PKW)Ts. Mohamad Hanafi bin Salam dan menjadi signifikan kerana merupakan perbarisan yang terakhirdi lokasi tersebut sebelum projek pembangunan semula dimulakan.Dalam amanatnya, Ketua Woksyop menekankan kepentingan mengekalkan semangat kekitaan,pematuhan kepada chain of command, serta peranan ketua cawangan dan PTTK sebagai tulangbelakang organisasi. Beliau turut menyeru agar setiap warga woksyop terus bekerja denganikhlas, berdisiplin dan profesional sepanjang tempoh penempatan sementara bagi memastikankelancaran operasi teknikal dan pentadbiran. Ketua Woksyop turut menyeru agar disiplin, dedikasidan profesionalisme terus dipertahankan sepanjang tempoh penempatan sementara.Majlis turut menyaksikan penyampaian penghargaan kepada anggota yang menamatkanperkhidmatan dan bertukar keluar, serta pengiktirafan kepada anggota woksyop sebagaiPenuntut Terbaik Keseluruhan. Turut diraikan ialah kejayaan pasukan Kumpulan Inovatif danKreatif (KIK) iaitu “Iron Hand” yang meraih Johan KIK Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Johan Peringkat Kementerian Pertahanan serta Pingat Emas Peringkat Antarabangsa. Kejayaan inimembuktikan bahawa 34 Woksyop Armor terus cemerlang dalam sokongan teknikal dankejuruteraan tempur, sekali gus mengharumkan nama pasukan dan negara di persada global.PERBARISAN KETUA WOKSYOP 34 WOKSYOP ARMOR“SEMANGAT: BERTUKANG & BERJUANG” TERUS DIPERKUKUHAKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD


13KAJANG, 12 Feb 26: Perbarisan Ketua Woksyop telah dilaksanakan bertempat di hadapan markas 41Woksyop Artileri, Kajang melibatkan seramai 1 Pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).Perbarisan ini diketuai oleh Lt Jermia bin Benyamin dan telah disempurnakan oleh Mej MohammadZulfikar bin Khairul Awira, Ketua Woksyop 41 Woskyop Artileri.Perbarisan ini turut disertakan dengan pemakaian pangkat seorang anggota Lain-lain Pangkat (LLP)daripada LKpl kepada Pemangku Kpl iaitu 1209919 Pemangku Kpl Mohd Rizal bin Ahmad Puad. Dalamucapan Ketua Woksyop, beliau menegaskan bahawa kekuatan pasukan bergantung kepadakeupayaan anggota dalam mengekalkan tahap fizikal dan mental yang tinggi selaras dengan tuntutanperkhidmatan yang telah ditetapkan. Antara penegasan utama yang diberikan adalah pemantauanberterusan terhadap disiplin dan tatatertib anggota serta larangan keras kepada sebarang bentukpenyalahgunaan dadah dan racun berbahaya yang mana ianya boleh menjejaskan kerjaya anggotadan imej pasukan.Ketua Woskyop juga mengingatkan kepada semua anggota berkaitan penggunaan media sosial yangbetul bagi menjaga keselamatan maklumat, penguatkuasaan ???? ???? ????? (BMI) sebagai ukuranpiawai yang wajib dipatuhi oleh setiap anggota dan kepentingan pengurusan kewangan yangberhemah. Mengakhiri ucapan, beliau mengharapkan agar semua anggota sentiasa mematuhi arahansemasa yang telah ditetapkan demi menjaga nama baik pasukan khususnya dan Tentera Daratamnya.AKTIVITIPERBARISAN KETUA WOKSYOP 41 WOKSYOP ARTILERIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD


14MENTAKAB, 24 Feb 26: Seramai 24 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam PerbarisanSerah Terima Tugas Ketua Woksyop 62 Woksyop Inf KJLJD (Mek) bertempat di Perkarangan62 Woksyop (Mek).Majlis Serah Terima Tugas Ketua Woksyop diteruskan lagi dengan acara menandatangani NotaSerah Terima Tugas diantara Kapt (PKW) Ezkiel Ranggang @ Plarin Samintoi dengan MejMuhamad Rasul Khairi Mustafa yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah 7 RRD (Mek)Leftenan Kolonel Mohd Fadilrollah Yahaya dan di akhiri dengan acara bergambar.PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA WOKSYOP62 WOKSYOP INFANTRI (MEK)AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD


15PORT DICKSON, 12 Feb 26: Penuntut Kejuruteraan Lanjutan Pegawai Siri 48/2025 telah melaksanakansimulasi penarikan kasualti oleh tim kembalik Kenderaan Jenis A dan simulasi pembaikan insituKenderaan Jenis B di kawasan latihan am Bukit Hitam, Port Dickson. Latihan penarikan kembalik telahbermula dari 9 hingga 12 Februari 2026 yang melibatkan seramai 22 orang penuntut dan jurulatihdaripada Cawangan Kejuruteraan Automotif. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberigambaran sebenar kepada penuntut kursus berkenaan peranan tugas dan tanggungjawab anggotaJLJ dan memberi pendedahan berkenaan tatacara penarikan kasualti KJA dan KJB.Majlis penutup latihan turut dihadiri oleh para kadet palapes dari Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) sebagai penonton bagi menambah pengetahuan serta pendedahan terhadap aplikasi latihan dilapangan dan pengukuhan pemahaman taktikal.AKTIVITIDEMONSTRASI PENARIKAN KEMBALIK OLEH PENUNTUTKEJURUTERAAN LANJUTAN PEGAWAI SIRI 48 TAHUN 2025Penulis : Lt Nasuha binti RosidiJurugambar: Lt Muhammad Hafiz bin Mohd Redahudin


16PORT DICKSON, 26 Feb 26: Pemeriksaan Tadbir Tahunan bagiInstitut Kejuruteraan Tentera Darat telah disempurnakan olehPanglima Latihan Tentera Darat ke-24, Mej Jen Datuk Marzuki binHj Mokhtar di IJED, Kem Kampung Sawah pada 26 Februari 2026.Acara dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kuarter olehPanglima Latihan Tentera Darat dan diiringi oleh Komandan IJED,Lt Kol Zulkarnain bin Abdul Zabil. Pemeriksaan Tadbir Tahunanditeruskan dengan pemeriksaan perbarisan yang melibatkanseramai 9 pegawai, 135 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan 20kakitangan awam, diketuai oleh Mej Ahmad Zikri bin Mohd Sallehdan Ajutan Perbarisan, Kapt Heera Devi a/p Kumaravel manakalaSMR Perbarisan PW 1 Mohd Hazizi bin Haron.Acara diteruskan dengan sesi taklimat oleh Komandan IJEDmengenai aspek gerak, tadbir dan logistik serta perancanganmasa hadapan pasukan. Panglima Latihan Tentera Darat jugamembuat pemeriksaan Kit Layout anggota dan melawat pameranKumpulan Inovatif dan Kreatif IJED di Hangar KJA. PanglimaLatihan TD juga melawat bengkel Cawangan KejuruteraanPersenjataan dan Pemesinan serta Cawangan KejuruteraanAutomotif dan Jurulatih Cawangan turut memberikan peneranganserta demonstrasi ringkas penggunaan mesin di cawanganberkenaan.Setelah selesai lawatan, Panglima Latihan TD meluangkan masabersama Warga IJED dalam sesi dialog di Dewan Krafman. Acaradiakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan.PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNANINSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARATAKTIVITIPenulis: Kapt Heera Devi a/p KumaravelJurugambar: Sel ICT IJED


17KUANTAN, 9 Feb 26: Mesyuarat Pengarah Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) Siri 1/2026telah dilaksanakan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Mesyuarat tahunan ini telah dipengerusikanoleh Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali.Mesyuarat ini menghimpunkan para pegawai serta wakil formasi bagi membincangkan hala tuju,perancangan strategik serta perkembangan semasa Kor dalam memastikan KJLJD terus kekal relevan,berdaya saing dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa.Selain itu, mesyuarat ini menjadi medium penting bagi penyampaian maklumat, perkongsianpandangan serta perbincangan mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh setiap formasi. Melaluiplatform ini, pelbagai cadangan dan idea konstruktif telah diketengahkan bagi mencari penyelesaianterbaik dalam usaha memperkasa serta memantapkan lagi organisasi KJLJD.Diharapkan hasil daripada perbincangan yang dilaksanakan ini akan terus menjadi pemangkin kepadakecemerlangan Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja dalam mendukung aspirasi Tentera DaratMalaysia.AKTIVITIMESYUARAT PENGARAH KOR JURUTERA ELEKTRIKDAN JENTERA DIRAJA SIRI 1/2026Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD


18KUANTAN, 10 Feb 26: Mesyuarat Senggaraan Peralatan Tentera Darat (TD) – Kumpulan JuruteraElektrik dan Jentera (JLJ) Siri 1/2026 telah dianjurkan oleh Markas Pemerintahan LogistikTentera Darat di Hotel Grand Darul Makmur. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Kol Ir. SuthanVenkatachalam selaku Ketua Kumpulan JLJ dan dihadiri oleh Kolonel Senggaraan MarkasPemerintahan Medan Timur TD, Pegawai Staf 1 JLJ Markas Divisyen, Pegawai MemerintahWoksyop Divisyen, Pegawai Pemerintah Woksyop Briged, Ketua Woksyop Rejimen, wakil-wakilformasi, Pegawai Staf Kumpulan JLJ serta Pegawai JLJ Briged.Mesyuarat ini membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan senggaraan peralatan sertapelaksanaan rancangan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan semasa bagi meningkatkantahap servisibiliti dan kesiagaan peralatan Tentera Darat.MESYUARAT SENGGARAAN PERALATANTENTERA DARAT SIRI 1/2026AKTIVITIPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD


14


Click to View FlipBook Version