KRAFMAN- Pemangkin Kejuruteraan Pertahanan Download PDF
  • 34
  • 3
EDISI 6 E KRAFMAN
Edisi ke-6 pada kali ini merakamkan pelbagai eksesais yang dijalankan sepanjang bulan Mac dan April. Eksesais yang dijalankan adalah Eksesais Panah Jaguh Siri 1/2022 dari 42 Woksyop Artileri, Eksesais Semangat Bersatu Siri 26/2022 dan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2022 dari 72 Woksyop Divisyen. Antara aktiviti yang dipaparkan pada siri ini adalah Lawatan Pengarah KJLJD ke Sibu, Kunjungan Hormat Pegawai Staf 1 Tim Pemeriksaan Pakar JLJ, Pemeriksaan Tadbir Tahunan 13 Woksyop Briged dan Pelaksanaan Pemeriksaan Pakar Bomba 12 Woksyop Briged. Edisi ini turut memaparkan Lembaga Kenaikan Pangkat (LNP) PTTK KJLJD Siri 2/2022 dan Majlis Pembukaan Kursus Kejuruteraan Lanjutan Pegawai KJLJD serta Kursus Asas Pegawai Muda KJLJD (Siri 57/2022). Pelaksanaan Majlis Makan Malam Regimental Wisma Bintara Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) merupakan aktiviti regimental yang telah dilaksanakan pada bulan Mac. Bersempena menyambut kehadiran bulan Ramadan yang mulia, IJED telah melaksanakan Program Mantai Ramadan dan Aidilfitri bagi meneruskan tradisi yang diamalkan sebelum ini.
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 1
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications