Edisi 13 E-Krafman
Edisi November kali ini memaparkan aktiviti-aktiviti semasa Kor yang merangkumi Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan KJLJD pada Tahun 2022, Mesyuarat Pegarah KJLJD Siri 2/22, Mesyuarat Logistik PMBTD Siri 2/22, Pertandingan Battle of The Bands Tentera Darat Tahun 2022, Majlis Serah Terima Tugas Ketua Woksyop 34 Woksyop Armor, 1 Woksyop Briged anjurkan Progam Pelan Strategik MINDEF (PSM), Mesyuarat Senggaraan Peralatan Tentera Darat - Kumpulan Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja, 13 Woksyop Briged Laksana Program Kasih Pelan Strategik MINDEF (PSM), Larian Fun Run 74 Woksyop Divisyen Tahun 2022, Audit Pengurusan Tentera Darat di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) dan Penganjuran Hari Keluarga Warga 3 Woksyop Briged dan Ekspedisi Konvoi Bermotosikal 7 Woksyop Briged. Edisi kali ini turut menyertakan artikel Latihan UKMHK Peringkat 75 Woksyop Divisyen sempena Pertandingan UKMHK Peringkat Tentera Darat, Latihan UKMHK Peringkat 9 Woksyop Briged sempena Pertandingan UKMHK Peringkat Tentera Darat, Eksesais Pasak Bumi 72 Woksyop Divisyen Siri 2/22 dan Penglibatan Berterusan Misi UNIFIL Elemen Woksyop MALBATT 850-10 merangkumi penglibatan latihan dan operasi semasa Kor. Nama kor juga diharumkan dengan pencapaian anggota KJLJD yang memperoleh Penuntut Kursus Terbaik Keseluruhan dalam Kursus Pembangunan Kecemerlangan KPKK Siri 5/22 dan penglibatan anggota KJLJD mewakili Pasukan Ragbi ATM untuk Kejohanan Ragbi Piala Agong Tahun 2022 dan Kejohanan Olahraga antara Perkhidmatan Tahun 2022. Sudut Info edisi kali ini mengupaskan perolehan baru Heavy Expanded Mobility Tactical Truck – Multi Cargo Palletised (HEMTT - MCPLS). Akhir sekali edisi turut menceritakan berkaitan Sarjan Mejar Rejimen Kor iaitu Pegawai Waran 1 Mohd Helman bin Abdullah.
-
Follow
-
1
-
Embed
-
Share
-
Upload