Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Dato’, Tuan² dan Puan².
Serah Terima Tugas Kolonel Senggaraan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) antara artikel yang sajikan ke dalam e-majalah KRAFMAN Edisi Jun 2022. Edisi kali ini juga memaparkan pelaksanaan Serah Terima Tugas Ketua Woksyop 44 Woksyop Artileri dan Pemeriksaan Tadbir Tahunan Pasukan 1 Woksyop Briged. Turut dipaparkan adalah Tinjauan oleh Ketua Kumpulan JLJ ke atas peralatan Tentera Darat (TD) yang terlibat dalam Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tahun 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Sukan KJLJD Siri 1/2022, Pemeriksaan Teknikal Pasukan Naungan 12 Briged dan Pemeriksaan Peralatan LEMAX LX50 II Handheld Searchlight. Pemeriksaan Menyeluruh Penerimaan Servisibiliti Op Merpati 1 KTJ 7 Briged, Eksesais Pasak Bumi 6 Woksyop Briged dan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) pasukan 72 Woksyop Divisyen dimasukkan pada ruangan Operasi dan Latihan bagi edisi kali ini. Di samping itu, pencapaian anggota KJLJD memperoleh anugerah Pemain Terbaik bagi Kejohanan Bola Tampar Antara Perkhidmatan ATM disajikan sebagai pencapaian Kor. Bagi ruangan sudut info perkhidmatan pula menggunakan tajuk “Tanpa Dulu Tiada Sekarang” bagi mengimbau kembali penggunaan Kembalik Scammel 6x4 yang pernah digunakan dalam perkhidmatan manakala ruangan Subject Matter Expert pula memaparkan tentang Penganugerahan Doktor Falsafah kepada Kol Ir. Dr. Hj Shahril bin Hj Ahmad.
Moga pengisian edisi kali ini memberi manfaat buat semua. Terima kasih.