Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Tuan, Tuan² dan Puan².
Majalah E Krafman bagi edisi Jun mengupaskan aktiviti-aktiviti semasa Kor yang telah dijalankan iaitu Battle of the Bands Tahun 2023, Lawatan Kerja Panglima 1 Div, kenaikan Pangkat dan Sumbangan Tahun 2023 kepada Warga 3 Wksp Bgd, Eksesais RHINO 3 Div Tahun 2023, Lawatan Ulung Pengerusi BAKAT PLDTD, Lawatan Kebajikan dan Penyampaian Sumbangan kepada Anggota Wanita KJLJD oleh Pengarah KJLJD, Majlis Pembukaan Kursus Ketua Woksyop Siri 23/2023, Upacara Penyerahan Bendera KJLJD kepada Tim Wanita Bola Tampar KJLJD, Perbarisan Komandan IJED Siri 2/2023, Perbarisan Pegawai Memerintah 73 Wksp Div, Mesyuarat Agung BAKAT 73 Wksp Div, UKKI 73 Wksp Div, Lawatan Sambil Belajar MITEC dan Majlis Serah Terima Tugad Pegawai Pemerintah 3 Wksp Bgd. Personaliti Kor Edisi ini memaparkan Kfn Wan Muhamad Fikri bin Wan Saiful Nizam berjaya dicalonkan untuk mewakili KJLJD dalam Kejohanan Ragbi peringkat ATM. Muka Depan edisi ini adalah Majlis Pembukaan Kursus Ketua Woksyop Siri 2/2023.
Moga bermanfaat buat semua. Terima kasih.