Edisi kali ini menumpukan aktiviti KJLJD yang memaparkan Majlis Pemakaian Pangkat Peg Kanan KJLJD, Serah Terima Tugas AKS Log MK TD, Pertukaran Tampuk Pemerintahan Ketua Kump JLJ, Majlis Pembukaan Kursus Ketua Wksp Siri 22/2022 dan Kursus Kejuruteraan Lanjutan Peg KJLJD Siri 45/2022, Kursus Induksi Bintara Muda Wisma Bintara IJED Siri 2/2022, Majlis Santapan Malam Rejimental Bersama Kolonel YDP Sempena HUT KJLJD ke-65, Program Bicara Inspirasi Keluarga, Majlis Serah Terima Tugas Peg IJED, Kunjungan Hormat Pengarah KJLJD ke atas 3 Divisyen, Majlis Serah Terima Tugas Tampuk Kepimpinan 73 Wksp Div dan Pemeriksaan Tadbir Tahunan 9 Wksp Bgd. Artikel berkaitan Latihan Pemanduan KJA Uji Kompetensi Anggota KJLJD, Latihan Pandu Arah Siang dan Malam Penuntut Kursus IJED, Eksesais Pasak Bumi 1 Wksp Bgd dan Penyesuaian Latihan Persenjataan PT-91M 35 Wksp Armor dipaparkan dalam bahagian Latihan dan Operasi edisi ini. Nama Kor juga diharumkan dalam Kejohanan Bola Sepak Inter Kor/Rej TD dan Kejohanan TSU-SU International Rugby 7's Tahun 2022. Anggota KJLJD turut mewakili ATM ke Indoor Hockey Piala Asia 2022. Sudut Info edisi kali ini mengupas mengenai kompentensi peg dan anggota KJLJD yang diiktiraf dalam MBOT. Akhir sekali, edisi kali ini turut memaparkan Sjn Nasiruddin bin Ab Rauf bagi ruangan SME pada edisi kali ini.