Edisi kali ini turut memaparkan sorotan penuhPerbarisan Penghargaan serta Majlis Makan MalamRejimental Penghargaan Mej Jen Ir. Ts. Dr. Hj Shahrilbin Hj Ahmad yang digabungkan dengan Majlis DiningIn/Out Pegawai KJLJD. Di peringkat strategik, pelbagaiplatform perbincangan telah dilaksanakan termasukREME Conference Tahun 2025, Mesyuarat AJK KJLJDSiri 2/2025, dan Mesyuarat Jawatankuasa Latihan danDoktrin KJLJD Siri 2/2025. Sisi tradisi dan kebajikan kordiperkukuhkan lagi melalui Perbarisan Serah TerimaTugas Sarjan Mejar Rejimen KJLJD Ke-3, MajlisMorning Coffee meraikan isteri pegawai, Majlis Hi-TeaSrikandi KJLJD, serta lawatan kebajikan PengarahKJLJD kepada anggota yang menghidap penyakitkronik. Dalam aspek pembangunan modal insan, bukuini merakamkan Sekalung Tahniah dan syabas kepadapegawai-pegawai yang telah berjaya menamatkanpengajian serta kursus masing-masing dengancemerlang, termasuk kejayaan di Majlis GraduasiPUSPAHANAS 2025 dan penerimaan pelbagaipenganugerahan berprestij. Selain itu, aspek teknikaldiperkasakan melalui Kursus Penyesuaian DiagnosticScan Tools Launch X-431 V Pro III dan KursusSenggaraan Penghawa Dingin Kenderaan Jenis B.Turut dimuatkan adalah pengurusan operasi dan tadbirurus melalui Perjumpaan Pengarah bersama elemenMALBATT-12, Audit Pengurusan Tentera Darat (APTD)74 Wksp Div, serta Pemeriksaan Pakar JLJ 12 WkspBriged. Akhir sekali, semangat kesetiaan dankecergasan dipaparkan melalui Perbarisan KomandanIJED, Latihan Peningkatan Tempur (LPT), PerbarisanSerah Terima Tugas KSM 8 Wksp Briged, dankemeriahan Hari Keluarga 3 Wksp Briged.• PenaungBrig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali• Ketua PengarangLt Kol Zulkarnain bin Abdul Zabil• Penolong Ketua PengarangMej Ir Yushaile bin Yusof• PenyelarasMej Norhaida binti Azmi• Ketua EditorialMej Che Norli binti Che Nordin• EditorialKapt Heera Devi a/p Kumaravel• Reka BentukKapt Mohammad Naimz bin AzhanLt Muhammad Ikhwan Syahmi bin Abdul LatifLt Muhammad Hafiz bin Mohamad RedahudinLt Mohamad Huzaini bin Mohamad Yusri• Dengan Kerjasama:Jabatan Arah KJLJDSel ICT IJEDCawangan Pengurusan Kejuruteraan danKetenteraan, IJEDKursus Lanjutan Pegawai KJLJD Siri 48/2025SIDANG REDAKSI
• PERBARISAN PENGHARGAAN MEJ JEN Ir. Ts. Dr. HJ SHAHRIL BIN HJ AHMAD• MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN MEJ JEN Ir. Ts. Dr. HJ SHAHRIL BINHJ AHMAD DAN DINING IN/OUT PEGAWAI KJLJD• REME CONFERENCE TAHUN 2025• MESYUARAT AJK KOR JURUTERA ELEKTRIK DAN JENTERA DIRAJA SIRI 2/2025• MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN DAN DOKTRIN KJLJD SIRI 2/2025• PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN KJLJD KE-3• MAJLIS MORNING COFFEE SEMPENA MERAIKAN ISTERI PEGAWAI KJLJD TAHUN 2025• MAJLIS HI-TEA SRIKANDI KJLJD TAHUN 2025• KURSUS PENYESUAIAN DIAGNOSTIC SCAN TOOLS JENIS LAUNCH X-431 V PRO III• MAJLIS GRADUASI PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL (PUSPAHANAS) TAHUN2025• SEKALUNG TAHNIAH• PERJUMPAAN PENGARAH KJLJD BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA ELEMEN WOKSYOPMALBATT-12• LAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH KJLJD KEPADA KOPERAL ZAINAB BINTI AB RAHMANYANG MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK• LAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH KJLJD KEPADA ANGGOTA 32 WOKSYOP ARMOR• EKSESAIS JOINT PACIFIC MULTINATIONAL READINESS CENTER (JPMRC) 26-01• PERBARISAN KOMANDAN INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT SIRI 2/2025• AUDIT PENGURUSAN TENTERA DARAT (APTD) BIL 25/2025 PASUKAN 74 WOKSYOPDIVISYEN• KURSUS SENGGARAAN PENGHAWA DINGIN KENDERAAN JENIS B TAHUN 2025 ANJURAN 1 WOKSYOP BRIGED• LATIHAN PENINGKATAN TEMPUR (LPT) 3 WOKSYOP BRIGED• HARI KELUARGA 3 WOKSYOP BRIGED• PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN 8 WOKSYOP BRIGED TAHUN 2025• PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KOMPENI SARJAN MEJAR 8 WOKSYOP BRIGED• PEMERIKSAAN PAKAR JLJ 12 WOKSYOP BRIGED TAHUN 2025
AKTIVITIPERBARISAN PENGHARGAAN MEJ JEN Ir. Ts. Dr. HJ SHAHRIL BIN HJ AHMAD1PORT DICKSON, 10 DIS 25 - KJLJD telah melaksanakan Perbarisan Penghargaanbagi meraikan Mej Jen Ir. Ts. Dr. Hj Shahril bin Hj Ahmad di Padang Kawad InstitutKejuruteraan Tentera Darat, Kem Kg Sawah. Usai perbarisan, majlis diteruskan denganjamuan makan di Hangar KJA dan sesi penyampaian cenderahati sebelum diakhiridengan upacara ???? ??? sebagai tanda penghormatan terakhir terhadap Mej Jen Ir. Ts.Dr. Hj Shahril bin Hj Ahmad dan isteri. Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, LtJen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan isteri, Panglima LatihanTentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar dan isteri, Pengerusi KJLJD, MejJen Dato' Ts Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah serta Pengarah KJLJD, Brig JenDato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali dan warga anggota KJLJD.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIMAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN MEJ JEN Ir. Ts. Dr. HJ SHAHRIL BIN HJ AHMAD DAN DINING IN/OUT PEGAWAI KJLJD2SEREMBAN, 12 DIS 25 - Majlis MakanMalam Rejimental telah dilaksanakanbertempat di Hotel Royale Chulan,Seremban yang melibatkan seramai 182pegawai dan 84 pasangan. Majlis inidiserikan dengan kehadiran PengerusiKJLJD, Mej Jen Dato' Ts. MuhammadShafiq Poh bin Abdullah dan PengarahKJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidibin Ali.Majlis ini turut menghargai Pegawai KJLJDyang telah dan akan menamatkanperkhidmatan tahun ini. Penghargaandiberikan melalui penyampaian plakasebagai tanda terima kasih atas jasa danpengorbanan sepanjang perkhidmatan.Setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih atas jasa, kepimpinan sertasumbangan yang amat bermaknasepanjang tempoh perkhidmatan. Semogaterus dikurniakan kesihatan, kejayaan dankeberkatan dalam setiap langkah yangmendatang.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIREME CONFERENCE TAHUN 20253PORT DICKSON, 11 DIS 25 - REMEConference merupakan sebuahpersidangan teknikal tahunan yangberperanan sebagai platform bagimembincangkan isu-isu berkaitan AspekTeknikal dan Pengoperasian KJLJD.Persidangan kali ini menghimpunkanSidang Tertinggi KJLJD, wakil-wakilformasi, pegawai serta PWF dari seluruhpasukan KJLJD. Melalui sesipembentangan, perbincangan mendalamserta perkongsian pengalaman lapanganadalah bertujuan untuk memperkukuhkankefahaman terhadap dasar dan hala tujusemasa.Secara keseluruhan, persidangan inimenjadi wahana penting dalammenyatukan pandangan, menanganicabaran semasa dan merangka pelantindakan strategik demi kompetensi dankeupayaan teknikal KJLJD secaramenyeluruh.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIMESYUARAT AJK KOR JURUTERA ELEKTRIK DAN JENTERA DIRAJA SIRI 2/20254PORT DICKSON, 11 DIS 25 - Mesyuarat Jawatankuasa KJLJD Siri 2/2025 telahdiadakan di Bilik Mesyuarat Jentera 1, Kem Sirusa Port Dickson. Mesyuarat ini turutdihadiri oleh Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato’ Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullahdan Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali. Matlamat utamamesyuarat ini adalah untuk memastikan pelaksanaan dasar dan pentadbiran organisasiberjalan dengan lancar dan selaras dengan hala tuju yang telah digariskan. Turut hadirialah Ahli Jawatankuasa Kor yang lain, SMR KJLJD dan lain-lain pegawai yangberkenaan.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIMESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN DAN DOKTRIN KJLJD SIRI 2/20255PORT DICKSON, 12 DIS 25 - Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Doktrin KJLJDSiri 2/25 telah diadakan pada 12 Dis 25 di Bilik Taklimat Wisma Perwira KJLJD.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj AhmadJaidi bin Ali dengan kehadiran seramai 22 kali pegawai yang turut hadir.Mesyuarat ini membentangkan pencapaian latihan dan doktrin tahun 2025 sertamembincangkan hala tuju perancangan bagi tahun 2026. Antara fokus utama ialahpelaksanaan Program Work Based Learning (WBL) dengan kerjasama UniversitiPertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta inisiatif Diploma Kemahiran Malaysia(DKM) sebagai pengiktirafan formal pengalaman kerja anggota KJLJD. Mesyuarat turutmemaklumkan penambahbaikan pelaksanaan kursus serta perancangan penstrukturansemula doktrin kor selaras dengan doktrin Tentera Darat semasa bagi memperkukuhprofesionalisme dan keberkesanan perkhidmatan KJLJD.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIPERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN KJLJD KE-36PORT DICKSON, 9 DIS 25 - Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Pohbin Abdullah telah menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas SMR KJLJD di antaraPW 1 (SMR) Mohd Helman bin Abdullah dan PW 1 (SMR) Suhaizad bin Dain. Turut hadirPengarah KJLJD, Brig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali bersama warga KJLJDbertempat di Padang Kawad IJED, Kem Kg. Sawah. Perbarisan ini dijalankan penuhistiadat sebagai simbol penghormatan kepada kepimpinan dan amanah yang diserahkan.Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Nota Serah Terima Tugas sertapenyerahan Tongkat SMR, yang menjadi simbol rasmi pertukaran tampuk kepimpinan.Upacara ini disaksikan oleh Pengerusi KJLJD sebagai pengesahan rasmi bahawa tugas,amanah dan tanggungjawab kini berpindah kepada SMR yang baharu.Sejurus selepas perbarisan, majlis diteruskan dengan jamuan ringkas dan penyampaiancenderamata kepada mantan SMR. Akhir sekali, diteruskan dengan street lining untukpenghargaan terakhir dan simbol terima kasih atas sumbangan beliau terhadapkecemerlangan KJLJD.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIMAJLIS MORNING COFFEESEMPENA MERAIKAN ISTERI PEGAWAI KJLJD TAHUN 20257SEREMBAN, 13 DIS 25 - Morning Coffee telah diadakan di Hotel Royale Chulan,Seremban. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Isteri Pengerusi KJLJD, DatinNorazizah binti Mahat dan Isteri Pengarah KJLJD, Datin Hjh Noraida binti Wagiman.Majlis ini dilaksanakan untuk menghargai isteri Pegawai KJLJD yang telah dan akanmenamatkan perkhidmatan pada tahun ini. Penghargaan diberikan melalui penyampaianhadiah kepada yang terlibat sebagai tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas jasa, khidmat bakti sertasumbangan yang amat bermakna sehingga kini. Semoga terus dikurniakan kesihatan,kejayaan dan keberkatan dalam setiap langkah yang mendatang.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIMAJLIS HI-TEA SRIKANDI KJLJD TAHUN 20258PUTRAJAYA, 6 DIS 25 - Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita KJLJD telah mengadakanMajlis Hi-Tea Srikandi KJLJD pada tahun ini di Bizmilla Ariz Hall, Putrajaya. Mej JenDato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah, Pengerusi KJLJD dan Brig Jen Dato' Ts.Hj Ahmad Jaidi bin Ali, Pengarah KJLJD turut hadir untuk sesi dialog bersama srikandiKJLJD.Pengerusi Hal Ehwal Wanita KJLJD, Mej Farahaida binti Jaafar mengucapkan ribuanterima kasih di atas kehadiran Pengerusi dan Pengarah KJLJD. Semoga dengan katakata semangat dan nasihat yang telah disampaikan dapat meningkatkan lagi semangatjuang dan kerjaya wanita KJLJD di masa akan datang.Selain itu, majlis ini juga turut meraikan Pegawai dan Anggota Wanita KJLJD yang akanmenamatkan perkhidmatan pada tahun 2025 iaitu Mej Zuraida binti Abu Bakar(3009561), 5004913 SSjn Nurhidayah binti Halim dan 5005086 SSjn Hamidah bintiShafie.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIKURSUS PENYESUAIAN DIAGNOSTIC SCAN TOOLSJENIS LAUNCH X-431 V PRO III9KAJANG, 1 DIS 25 – Kursus Penyesuaian Diagnostic Scan Tools Jenis Launch X-431 VPro III ini telah dilaksanakan bermula pada 1 hingga 5 Dis 25 selama 5 hari melibatkanseramai 20 penuntut dari pasukan Wksp GAPU dan Wksp sekitar Lembah Klang. Kursusini dimulakan dengan majlis pembukaan kursus dan diakhiri dengan majlis penutupkursus yang telah disempurnakan oleh Ketua Woksyop 41 Wksp Artileri, KaptenMohammad Zulfikar bin Khairul Awira di Blubell Lounge, Kem Tun Ibrahim, Kajang,Selangor.Objektif kursus adalah memberi pendedahan asas teknikal merangkumi teori dan praktikalsenggaraan kenderaan dengan penggunaan alat Diagnostic Scan Tools. Selain itu juga,kursus ini membantu Juruteknik KJLJD mengesan, menganalisis dan menyelesaikanmasalah berdasarkan kod ralat yang disimpan dalam Engine Control Unit (ECU)kenderaan dengan lebih cepat dan tepat.Ketua Wksp juga telah memberi amanat agar penuntut kursus ini dapat meningkatkankemahiran dan pengetahuan melalui kursus ini dari segi pembaikan serta senggaraanaset baharu Tentera Darat agar dapat diaplikasikan di pasukan kelak.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIMAJLIS GRADUASI PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL (PUSPAHANAS) TAHUN 202510PUTRAJAYA, 6 DIS 25 - 8 Pegawai Kor JuruteraElektrik dan Jentera Diraja telah berjaya menamatkanKursus Ketahanan Nasional Siri 6/2025, Kursus SarjanaSains Sosial (Pengajian Pertahanan) Siri 45/2025 danKursus Pemerintahan dan Staf Malaysia BersamaSiri 54/2025. Sekalung tahniah dan syabas diucapkankepada semua pegawai yang berjaya menamatkankursus-kursus ini. Diharapkan kejayaan ini dapat terusmembakar semangat untuk mencapai kecemerlanganyang lebih gemilang, serta menjadi sumber inspirasibagi pegawai-pegawai Kor Jurutera Elektrik dan JenteraDiraja.Kursus Ketahanan Nasional Siri 6/2025- Brig Jen Ts. Hj Roslan bin Mat SaadKursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan)Siri 45/2025 (Comandant’ list)- Lt Kol Hasnan bin Mohamad Rais- Lt Kol Mohd Hanizam bin HashimKursus Pemerintahan dan Staf Malaysia BersamaSiri 54/2025- Mej Ahmad Farid Bin Jamaludin- Mej Alhafiz Bin Fauzan- Mej Nur Aziatul Safinar Binti Ali- Mej Fadhul Hadi Bin Abd Hadi- Mej Heiril Azhar Bin SuhaminPenulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITISEKALUNG TAHNIAH11Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan PengarahKJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta warga Kor Jurutera Elektrik danJentera Diraja mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaandiucapkan kepada 7 orang pegawai KJLJD yang telah berjaya menamatkan pengajianmasing-masing dengan cemerlang. Kejayaan ini bukan sahaja melambangkanketekunan dan usaha berterusan, tetapi juga ketabahan dalam menggalastanggungjawab sebagai seorang anggota tentera sambil meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi.Kor ini amat berbangga dengan kejayaan Lt Kol Zulkarnain bin Abdul Zabil, Lt Kol HjZulkeflay bin Jamahari, Mejar Ahmad Shamsul Rizal bin Mohd Zakaria, MejarMuhammad Syafiq bin Suhaili, Mejar Hazizur bin Rahim, Mej Hazliz Afzuan binBarruddin dan Kapten Yasotharan A/L Visuvanathan. Pengorbanan masa, komitmenserta dedikasi yang ditunjukkan oleh para pegawai ini menjadi contoh terbaik buatseluruh warga KJLJD. Semoga pencapaian akademik ini membuka lebih banyak ruangkepakaran dan kredibiliti dalam perkhidmatan.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITI12
AKTIVITISEKALUNG TAHNIAH13Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan PengarahKJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta warga KJLJD mengucapkansekalung tahniah kepada pegawai yang telah berjaya menamatkan Kursus Staf Dan TaktikGred Siri 3/25 dan Kursus Staf Dan Taktik Gred Siri 3/25.Tahniah juga diucapkan kepada Mej Ir. Ts. Nazrun Nabill bin Azlan Shah, Ketua Wksp34 Wksp Armor atas penganugerahan Best Commandant Paper Award semasa kursustersebut. Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan besar dan membuktikan tahapprofesionalisme, komitmen tinggi serta keupayaan kepimpinan yang cemerlang dalammelaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas. Kejayaan ini juga bukan sahajamengharumkan nama peribadi, malah turut mengangkat imej KJLJD keseluruhannya.Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pegawaiKJLJD yang lain iaitu:Penuntut Kursus Staf dan Taktik Gred 2 Siri 3/25- Mej Alyani Nadirah binti Burhanuddin- Mej Ts. Ahmad Raji bin Kamarudin- Mej Somchai a/l Boon LeatPenuntut Kursus Staf dan Taktik Gred 3 Siri 2/25- Kapt Muhammad Haiqal Afiq bin Mohd Nazri- Kapt Nurul Norsyuhada binti Salahuddin- Kapt Ts. Muhammad Iskandar bin Noor Azli- Kapt Muhammad Syafie bin Ahmad- Kapt Raja Fakhira binti Raja AzlanSesungguhnya, kejayaan ini diharapkan dapatmenjadi sumber inspirasi dan teladan kepadaseluruh warga KJLJD untuk terus berusahameningkatkan ilmu, kemahiran dan kecemerlangandiri selaras dengan tuntutan perkhidmatan.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIPERJUMPAAN PENGARAH KJLJD BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA ELEMEN WOKSYOP MALBATT-1214PORT DICKSON, 8 DIS 25 - Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Alitelah meluangkan masa untuk bersua muka bersama pegawai dan anggota ElemenWoksyop MALBATT 850-12. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telahbertugas di misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam masa setahun.Seramai 3 pegawai dan 57 anggota telah tamat melaksanakan Misi United Nation InterimForce in Lebnon (UNIFIL). Semoga pengalaman bertugas di negara luar ini dapatdimanfaatkan sebaiknya di masa akan datang.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITILAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH KJLJD KEPADA KOPERAL ZAINAB BINTI AB RAHMAN YANG MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK 15PORT DICKSON, 9 DIS 25 - Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Alitelah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Koperal Zainab binti Ab Rahman dari406 DBK Pulamor yang kini sedang menjalani rawatan akibat penyakit Kanser PayudaraTahap 3. Lawatan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan serta sokongan moraldaripada pihak atasan terhadap kebajikan warga tentera yang sedang diuji denganmasalah kesihatan. Kpl Zainab telah disahkan menghidap kanser payudara tahap 3selepas menjalani ujian ultrasound dan memogram di SOPD HAT Mizan, Kuala Lumpurpada 25 Jul 25. Beliau telah menjalani rawatan kemoterapi di Institut Kanser Negara(IKN), Putrajaya sebelum melaksanakan pembedahan.Dalam lawatan tersebut, Pengarah KJLJD turut menyampaikan sumbangan kebajikansebagai sokongan moral kepada anggota serta keluarganya dan turut merakamkanpenghargaan atas semangat juang dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Kpl Zainabsepanjang proses rawatan. Diharapkan lawatan ini dapat memberi suntikan semangatkepada beliau untuk terus kuat dan pulih seperti sediakala. Seluruh warga KJLJDmendoakan agar beliau diberikan kekuatan dan kesembuhan sepenuhnya.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITILAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH KJLJD KEPADA ANGGOTA 32 WOKSYOP ARMOR 16PORT DICKSON, 1 DIS 25 - PengarahKJLJD, Brig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi binAli telah membuat lawatan kebajikan kepadaanggota 32 Wksp Armor iaitu 539818 SjnMohd Arif bin Anuar pada 1 Dis 25 dikediaman anggota. Anggota telah mengalamisakit Minor Stroke bermula pada 1 Okt 24.Anggota telah terlantar di kediaman sejaktarikh tersebut dan dijaga oleh waris anggota.Anggota kini mendapat rawatan susulan diInstitut Jantung Negara (IJN) dan HospitalAngkatan Tentera Terendak.Sepanjang lawatan tersebut, Pengarah diiring oleh Mej Hisham bin Abd Rahman selakuKetua Wksp 32 Wksp Armor, Kapt PKW Raj Anak Krishna Moorthy selaku PKW pasukandan PW II Abdul Rahman bin Abdul Rani selaku KSM pasukan. Pengarahberkesempatan beramah mesra, menyantuni anggota dan keluarga serta menyampaikansedikit sumbangan kepada anggota.Penulis: Kapt Nor Atikah Fariha binti Abu SapianJurugambar: Sel SMP Jab KJLJD
AKTIVITIEKSESAIS JOINT PACIFIC MULTINATIONAL READINESS CENTER (JPMRC) 26-0117HAWAII, 26 Okt 25 - Seramai 2 pegawai dan 8anggota LLP KJLJD telah mewakili TenteraDarat Malaysia (TDM) bagi menyertai latihanFTX Joint Pacific Multinational ReadinessCentre (JPMRC) 26-01. Eks ini dianjurkan olehpihak United State Army Pacific (USARPAC)dan disertai oleh Allies and Partner Nationsmulai 26 Okt hingga 20 Nov 25, bertempat diSchofield Barracks, Kepulauan Hawaii, AmerikaSyarikat.Latihan logistik gabungan bersama 524thDivision Sustainment Support Battalion adalahbertujuan untuk menyediakan sokongan logistikmerangkumi pelbagai kelas serta fungsi kritikal.Sokongan ini meliputi keperluan logistikmenyeluruh bagi memastikan kelancaranoperasi ofensif, sekali gus meningkatkankeupayaan mobiliti, ketahanan operasi dankeberkesanan tempur sepanjanglatihan.Penglibatan anggota KJLJD di dalameks ini membuka ruang dimensi danpengalaman persekitaran yang berbeza kepadaanggota di dalam memperkukuhkaninteroperabiliti, meningkatkan tahap kemahirandan pengetahuan taktikal, serta memperluashubungan ketenteraan khususnya bersama TFLightning (25th Infantry Division).Penyertaan ini menjadi platform penting didalam menguji dan menilai keberkesananpenyampaian logistik terhadap kesiagaan trupsemasa berada di persekitaran operasi sebenardan berintensiti tinggi.Turut memeriahkanpelaksanaan eks kali ini adalah LawatanPengarah KJLJD, Brigedier Jeneral Dato' Ts. HjAhmad Jaidi bin Ali yang hadir bagi meninjaukesiagaan serta pengoperasian sokonganlogistik oleh anggota KJLJD Diraja pada 12 Nov25. Beliau telah memberi nasihat dan kata-katasemangat kepada seluruh tim terutamanyakepada pegawai dan anggota KJLJD bagimeneruskan eks ni dengan jayanya.Penulis: Kapt Mohamad Shahrul Azmeer bin Mohd ZainiJurugambar: Kpl Shahrul bin Abdullah
AKTIVITIPERBARISAN KOMANDAN INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT SIRI 2/202518PORT DICKSON, 18 DIS 25 - Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) telahmelaksanakan Perbarisan Komandan Siri 2/25 pada 18 Dis 25. Seramai 28 Pegawai, 183Staf, Jurulatih dan Penuntut serta 22 Staf Awam telah terlibat dalam perbarisan yangdilaksanakan di Padang Kawad IJED, Kem Kg Sawah, Port Dickson. Aturcara perbarisandimulakan dengan Lt Kol Zulkarnain Abdul Zabil, Komandan IJED menerima tabik hormatdari Ketua Perbarisan iaitu Mej Ahmad Zaki Mohd Anwar, Jurulatih Kanan CawanganKejuruteraan Mekanikal. Perbarisan diteruskan dengan pemeriksaan barisan dan disusulidengan acara Pemakaian Pangkat melibatkan seramai 1 Pegawai dan 11 LLP yang telahdinaikkan pangkat dari Leftenan Muda ke Leftenan, Koperal ke Pemangku Sarjan, LansKoperal ke Pemangku Koperal, serta dari Krafman dan Prebet ke lantikan LansKoperal.Turut dilaksanakan juga adalah pemakaian tanda Jurulatih kepada anggota yangtelah lulus menghadiri Lembaga Pemilihan dan Penempatan Jurulatih serta penyampaianAnugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima tahun 2024.Majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Kebajikan Siri 2/25 bertempat di Dewan JenteraIJED, Kem Sirusa. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Komandan IJED dan dihadirioleh semua warga IJED termasuk Staf Awam. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untukmembincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran serta kebajikan bagi warga IJED.Mesyuarat diakhiri dengan ucapan Komandan IJED yang mengingatkan supaya usul-usulyang dibentangkan dapat diambil tindakan sewajarnya mengikut keperluan sertakeutamaan kerja bagi tujuan memastikan kebajikan anggota sentiasa terpelihara selarasdengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 dalam usahamemperkasakan sumber manusia.Penulis dan Jurugambar: Sel ICT IJED
AKTIVITIAUDIT PENGURUSAN TENTERA DARAT (APTD) BIL 25/2025 PASUKAN 74 WOKSYOP DIVISYEN19KEM PERDANA SG BESI, 3 DIS 25 - Sel Pemeriksa, MK TD - BITD telah melaksanakanAudit Pengurusan Tentera Darat (APTD) ke atas pasukan 74 Wksp Div, Kem PerdanaSg Besi, Kuala Lumpur. APTD ini telah dilaksanakan mulai 25 Nov 25 hingga 3 Dis 25,meliputi 17 kriteria pengurusan pasukan dengan menggunakan kaedah pemeriksaandokumen, rekod dan fizikal.Sesi Exit Conference telah dipengerusikan oleh Timbalan Inspektor Jeneral TenteraDarat - Brig Jen Dato Kamarulzaman bin Hj Mohd Yunos serta dihadiri oleh KetuaPengarah Sel Kesihatan MK TD - Brig Jen Dato' (Dr) Mohd Farid bin Alias, KS MK 4 Div- Kol Ahmad Zamil bin Mohamad Nor, Peg Mem 74 Wksp Div - Lt Kol Ts. Mohd Amin binKassebullah, Tim Pemeriksa, pegawai dan anggota pasukan.Penulis dan Jurugambar: 1160498 PW II Daniel Angong
AKTIVITIKURSUS SENGGARAAN PENGHAWA DINGIN KENDERAAN JENIS B TAHUN 2025 ANJURAN 1 WOKSYOP BRIGED20PORT DICKSON, 5 DIS 25 – 1 Wksp Bgdtelah menganjurkan Kursus SenggaraanPenghawa Dingin Kenderaan Jenis B yangtelah dilaksanakan selama 5 hari bermula1 Dis 25 hingga 5 Dis 25. Peserta bagi kursusini terdiri daripada 14 anggota Lain-LainPangkat KJLJD dibawah naungan 1 Bgd danpasukan sekitar kawasan Port Dickson.Pembukaan kursus ini telah disempurnakanoleh Mejar Mohd Nizammudin bin Hamdan,Pegawai Pemerintah 1 Wksp Bgd.Objektif utama kursus ini dianjurkan adalahuntuk memberi pendedahan kepada pesertakursus berkaitan prinsip asas penghawa dinginkenderaan jenis B, meningkatkan kemahirananggota dalam melaksanakan kerja-kerjapenyesuaian, penyelenggaraan danpembaikan serta memahami prosedurdiagnostik bagi mengenalpasti kerosakan danmemastikan sistem berfungsi dengan baik danselamat.Adalah menjadi harapan agar peserta-pesertakursus dapat menggunakan segala ilmupengetahuan yang diperolehi sepanjangkursus ini dijalankan dan meningkatkankemahiran setiap peserta kursus denganmengaplikasikan asas pengetahuanberdasarkan tugas dan peranan di pasukanmasing-masing.Penulis: Lt M Muhammad Adam bin Rohid (3016165)Jurugambar: 1204693 Kpl Muhammad Aiman bin Muhamad Syaiful Hanim
AKTIVITILATIHAN PENINGKATAN TEMPUR (LPT)3 WOKSYOP BRIGED 21SAMPADI, 18 DIS 25 – Pasukan 3 Wksp Bgd dengan kerjasama 3 Komp Angkut KPDtelah melaksanakan Latihan Peningkatan Tempur (LPT) bertempat di ULS Sampadipada 14 hingga 18 Dis 2025 sebagai usaha berterusan bagi meningkatkan tahapkecekapan, disiplin dan kesiapsiagaan tempur anggota.Latihan yang dilaksanakan selama 4 hari ini memberi tumpuan kepada Latihan TaktikalTempur Individu (LTTI) merangkumi Lorong Hutan, Sentri/Snap, serta Baling Grenade.Setiap modul latihan dirancang bagi mengukuhkan kemahiran asas tempur,pengendalian senjata, kawalan emosi serta pematuhan prosedur keselamatan dalampersekitaran latihan sebenar.Selain meningkatkan kemahiran individu, latihan ini turut menekankan aspek kerjasamaantara pasukan, komunikasi berkesan serta disiplin kolektif dalam melaksanakantugasan. Gabungan latihan antara dua pasukan ini secara tidak langsung memperkukuhkesepaduan dan kefahaman bersama dalam menyokong keperluan operasi briged.Penulis: LtM Mohammad Syahmi bin Mohd Noor(3016146) Jurugambar: 1218826 Pbt Nik Muhamad Arif Asyraf Bin Azizul
AKTIVITIHARI KELUARGA3 WOKSYOP BRIGED22LUNDU, 6 DIS 25 – Pasukan 3 Wksp Bgd telah berjaya menganjurkan Hari KeluargaPasukan bertempat di Osaka Beach Resort, Lundu dalam suasana penuh kemeriahan,harmoni dan kekeluargaan. Program ini melibatkan pegawai, anggota LLP serta ahlikeluarga masing-masing sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim danmemperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan warga pasukan.Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat ringkas sebelum diteruskandengan pelbagai aktiviti riadah dan sukaneka yang melibatkan penyertaan seisikeluarga. Pelbagai acara telah dirancang bagi memastikan semua peringkat umur dapatturut serta, sekali gus mewujudkan suasana ceria dan santai di tepi pantai yang indah.Kemuncak program disusuli dengan cabutan bertuah, penyampaian hadiah sertajamuan makan tengah hari yang mengeratkan lagi hubungan mesra antara pegawai,anggota dan keluarga. Suasana penuh kegembiraan jelas terpancar apabila ahlikeluarga dapat meluangkan masa berkualiti bersama dalam persekitaran yang santaidan selamat.Penulis: LtM Mohammad Syahmi bin Mohd Noor(3016146) Jurugambar: 1218826 Pbt Nik Muhamad Arif Asyraf Bin Azizul
AKTIVITIPEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN 8 WOKSYOP BRIGED TAHUN 202523KOTA BHARU, 24 DIS 25 – Panglima 8 Bgd, Brig Jen Hj Mohamad Nizam bin Hj AbdulManap telah menyempurnakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan 8 Wksp Bgd bagi tahun2025 yang berlangsung di Kelantan. Pemeriksaan dimulakan dengan PemeriksaanKawalan Kuarter oleh Panglima 8 Bgd yang diiringi oleh Pegawai Pemerintah 8 WkspBgd, Mejar Abdul Halim bin Jaafar, sebelum diteruskan dengan perbarisan pasukan.Seterusnya, Panglima 8 Bgd mengikuti sesi taklimat oleh Pegawai Pemerintah 8 WkspBgd yang merangkumi aspek gerak, tadbir, logistik dan teknikal bagi menilai tahapkesiapsiagaan serta kecekapan pengurusan pasukan. Panglima 8 Bgd turutmelaksanakan pemeriksaan susun atur kelengkapan anggota (kit layout) dan membuatlawatan di sekitar kawasan pasukan bagi memantau sistem pengurusan sertadokumentasi yang dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Panglima 8 Bgd meluangkanmasa makan tengah hari bersama warga 8 Wksp Bgd.Dalam ucapan amanatnya, Panglima 8 Bgd menyeru seluruh warga pasukan agar terusberusaha meningkatkan prestasi, memperkukuhkan latihan serta sentiasa berada padatahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi memastikan keupayaan pasukan untuk diaturgerak pada bila-bila masa. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati sertapenandatanganan buku lawatan sebelum Panglima 8 Bgd beredar meninggalkanpasukan.Penulis: Lt M Chew Qi Hao (3017962)Jurugambar: 1188983 Kpl Mohamad Amirul Hakiki bin Marzuki
AKTIVITIPERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KOMPENI SARJAN MEJAR 8 WOKSYOP BRIGED24KOTA BHARU, 26 DIS 25 – Perbarisan Serah Terima Tugas Kompeni Sarjan Mejar8 Wksp Bgd telah dilaksanakan dengan penuh tertib di pasukan pada hari ini. Acaradimulakan dengan Pemeriksaan Perbarisan serta ucapan oleh Kompeni Sarjan Mejaryang menyerahkan tugas, PW II Zakaria Bin Yahya.Majlis diteruskan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas yangdisaksikan oleh Pegawai Memerintah, diikuti dengan penyerahan Tongkat KompeniSarjan Mejar daripada PW II Zakaria Bin Yahya kepada SSjn Mohamad Tarmizi BinMansor, yang secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai Kompeni Sarjan Mejar8 Wksp Bgd.Seluruh warga 8 Wksp Bgd merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terimakasih kepada PW II Zakaria Bin Yahya atas segala jasa, komitmen serta khidmat baktiyang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di pasukan ini. Beliauakan dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran I dan seterusnya menjawat jawatan SarjanMejar Rejimen (SMR) di 72 Wksp Div. Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya ditempat baharu diucapkan kepada beliau.Pada masa yang sama, warga8 Wksp Bgd turut mengucapkantahniah dan selamat datangkepada SSjn Mohamad Tarmizi BinMansor atas pelantikan sebagaiKompeni Sarjan Mejar yangbaharu. Diharapkan beliau dapatmeneruskan kecemerlangankepimpinan serta memacu tahapdisiplin dan profesionalismepasukan ke arah yang lebih tinggi.Penulis: Lt M Chew Qi Hao (3017962)Jurugambar: 1188983 Kpl Mohamad Amirul Hakiki bin Marzuki
AKTIVITIPEMERIKSAAN PAKAR JLJ12 WOKSYOP BRIGED TAHUN 202525Selesai sesi taklimat, Tim Pemeriksa telahmelaksanakan pemeriksaan secara menyeluruhmelibatkan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal keatas Kenderaan Jenis B, senjata, alat pelbagai,instrumen serta peralatan elektronik. PemeriksaanPakar JLJ merupakan satu rutin berkala yangdilaksanakan terhadap setiap pasukan bagimemastikan semua aset berada dalam keadaanberfungsi dengan baik, di selenggara mengikutprosedur yang ditetapkan serta mematuhi piawaiankeselamatan.Selain itu, pemeriksaan ini turut berperanan sebagailangkah pencegahan terhadap sebarang kemungkinanpenyalahgunaan, kecuaian atau ketidakpatuhan dalampengurusan dan penyelenggaraan aset pasukan.Keseluruhan pemeriksaan telah dilaksanakanberpandukan garis panduan serta arahan yang telahditetapkan.Pemeriksaan ini diakhiri dengan sesi Exit Conferenceyang diadakan di Bilik Gerakan 12 Wksp Bgd. Dalamsesi tersebut, Ketua Tim Pemeriksa telahmembentangkan hasil pemeriksaan, teguran sertacadangan penambahbaikan kepada pihak pasukan.Secara keseluruhannya, Pemeriksaan Pakar JLJ initelah berjalan dengan lancar dan memberi manfaatbesar dalam memastikan tahap pengurusan,penyelenggaraan serta kesiapsiagaan aset 12 WkspBgd sentiasa berada pada tahap yang optimum.SG. BULOH, 8 DIS 25 – 12 Wksp Bgd telah melaksanakan Pemeriksaan Pakar JLJselama 5 hari bermula 8 hingga 12 Dis 25, bertempat di kawasan Kem Sungai Buloh.Pemeriksaan ini telah diketuai oleh Lt Kol Mohd Suhaimi bin Ta’at, bersama 2 orangpegawai dan 10 orang anggota sebagai Tim Pemeriksa Pakar JLJ. Pelaksanaanpemeriksaan dimulakan dengan sesi Entrance Conference, yang didahului dengantaklimat daripada Pegawai Pemerintah 12 Wksp Bgd, Mej Shahrill Ibni Al-Hafies binMohamad Radzi, kepada Tim Pemeriksa. Taklimat ini bertujuan memberi gambarankeseluruhan berkaitan tahap kesiapsiagaan aset di bawah jagaan pasukan.Penulis dan Jurugambar: 540456 Kpl Muhamad Izwan bin Moktar.