KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH ENCIK KHAI UNTUK MENGHASILKAN
BATIK
1)Teknik mencanting
Proses mencanting dilakukan dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting.
Campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas
permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang.
1) corak yang diingini dilukis pada kain putih dengan menggunakan pensil.
2) canting diisi dengan lilin cair untuk mencorakkan kain.
-Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan
lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten
3) mematikan warna.
-kain akan direndam selama 4 jam
-bahan yang digunakan adalah natrium silikat
-tujuannya: memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh
4) membasuh kain
5)merebus kain
-air panas serta serbuk soda digunakan bagi
-Tujuannya : memudahkan lagi proses penanggalan lilin pada kain
6)kain akan dibasuh sekali lagi dan dibilas
7) menjemur kain batik
-kain batik dijemur di tempat teduh
-tujuannya : menjamin ketahanan dan kualiti warna pada kain batik
2)Teknik Blok
Proses membatik batik blok adalah proses mengecap bahagian corak timbul pada permukaan
blok yang berlilin cair ke atas permukaan kain. Fungsi lilin adalah untuk menghasilkan kesan
corak pada permukaan kain setelah diwarnakan kerana pewarna tidak dapat menembusi
bahagian kain yang berlilin.
1) memilih blok (sarang) yang diingini
2) mencelup permukaan sarang batik ke dalam cairan lilin
3) menekap permukaan sarang batik tersebut ke atas permukaan kain
4) mencelupkan kain tersebut ke dalam pewarna
5) kain tersebut direbus dengan campuran air dan serbuk soda
-Tujuannya : bagi menanggalkan lilin pada kain batik
5) menjemur kain batik
-kain batik dijemur di tempat teduh
-Tujuannya : menjamin ketahanan dan kualiti warna pada kain batik
3)Teknik Tie Dry
Tie dye merupakan proses pewarnaan kain dengan teknik lipat dan ikat. Sejumlah teknik lipat
dan ikat yang berbeza boleh menciptakan berbagai motif yang menarik.
1)kain dilipat atau diikat mengikut kehendak masing-masing
2)merendamkan kain ke dalam air
-tujuannya : kain yang basah atau setengah basah memiliki kemampuan menyerap
warna dengan lebih baik
-kain akan direndam selama 30 minit.
-bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, kain juga boleh direndam ke dalam
campuran air serta cuka putih.hal ini kerana cuka mempunyai kelebihan dalam
membuatkan warna tidak mudah luntur
3)mewarnakan kain
-Sembur pewarna kain seperti yang dikehendaki dengan botol penyembur.
-mencelup kain yang dilipat atau dilipat ke dalam larutan pewarna.
4)kain yang telah siap diwarna dibiarkan selama 4 hingga 6 jam
-semakin lama kain dibiarkan,semakin bagus hasil yang akan berlaku
5) bilas kain dengan air sejuk
6)tanggalkan ikatan pada kain
7)menjemur kain
-kain dijemur di tempat teduh
-Tujuannya : menjamin ketahanan dan kualiti warna pada kain batik
4)Teknik Eco print
Teknik ecoprint menggunakan tumbuhan semulajadi seperti daun,kulit kayu dan akar pokok
dimana corak dan warnanya lebih mesra alam tanpa menggunakan bahan kimia.
1)pemilihan daun-daun yang ingin digunakan bagi menghasilkan corak pada kain
2)tampalkan dedaun yang menjadi pilihan pada kain mengikut kreativiti
3)kain yang telah ditampal dengan dedaun akan digulung dan diikat kemas
4)kain tersebut akan dikukus selama 2 jam
5)kain akan dibiarkan semalaman
-tujuannya : mendapatkan corak serta warna batik secara semulajadi
6)kain akan dibuka ikatannya dan dihamparkan pada kawasan lapang
7)daun-daun yang dilekatkan pada kain akan diambil secara perlahan-lahan
8)keringkan kain
-kain akan dijemur di tempat teduh
-Tujuannya : menjamin ketahanan dan kualiti warna pada kain batik
5)Teknik Batik clay
Tanah liat sebagai alternatif kepada penggunaan lilin bagi membuat lakaran motif batik serta
bahan penghalang warna dalam penghasilan batik kaedah tradisional selama ini iaitu
campuran lilin. Batik clay juga lebih jimat dan mudah dikendalikan kerana tanah liat lebih
mudah didapati di pasaran, harganya lebih rendah dan proses penghasilan batik boleh
dilakukan dalam suasana yang lebih selesa, tanpa perlu berdepan bahang api seperti teknik
campuran lilin dan damar.
1)memilih blok (sarang) yang ingin digunakan
2)mencelup permukaan blok batik dalam bancuhan tanah liat
3)menerap permukaan blok batik pada kain
-jika berlakunya kesilapan Ketika proses menerap, ianya boleh dipadam dengan
mudah dan tidak menyebabkan pembaziran kain
4)kain tersebut dibiarkan hingga kering
5) mencelupkan atau mewarnakan kain tersebut ke dalam pewarna
6)membasuh dan membilas kain setelah corakan pada kain mengering dengan baik
7)menjemur kain batik
-dijemur di tempat teduh
-tujuannya : menjamin ketahanan dan kualiti warna pada kain batik