Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Pejabat: PKG TANJONG KARANG Kod Pejabat: BQA 3006 1. Nama Pegawai AZLINA BT MAT JAMIL 2. Judul MAKNA BAHARU PERUBAHAN PENDIDIKAN Micheal Fullan 3. Bidang: Pengetahuan dan Profesional 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini mengandungi segala info tentang perubahan dalam pendidikan.Sebanyak 3 bahagian dimuatkan dan setiap bahagian dihuraikan dengan jelas langkah demi langkah. Antara contoh bahagian yang dimuatkan oleh penulis adalah perubahan pendidikan pada peringkat tempatan bermula dari guru sehinggalah kepada pentadbir daerah. Bagi setiap bahagian, penulis akan memuatkan gambaran keseluruhan perubahan yang berlaku.Seterusnya proses perubahan pada peringkat wilayah negara turut disertakan bersama bagi memahami lebih erti BAHARU perubahan pendidikan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Guru atau pendidik perlu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perubahan yang berlaku dalam pendidikan.Beberapa budaya dan amalan yang dimuatkan dalam buku ini perlu saya cuba laksanakan dalam PdPc saya. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Terdapat banyak strategi yang boleh saya aplikasikan di dalam PdPc.Antara yang paling menarik minat saya adalah bagaimana untuk menjadikan proses pembelajaran untuk murid supaya lebih sempurna dengan memahami hakikat perubahan tersebut.Dalam strategi ini saya dapat meneliti cara untuk membantu murid menjadi lebih berani menanyakan soalan .Selain itu saya juga boleh menggalakkan pembelajaran secara bebas.Dalam strategi ini saya dapat memupuk sifat tanggungjawab pelajar bagi menentukan pembelajaran sendiri. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Pejabat: PKG TANJONG KARANG Kod Pejabat: BQA 3006 1. Nama Pegawai AZLINA BT MAT JAMIL 2. Judul MAAF CAKAP Dato’ Fadilah Kamsah 3. Bidang: Pengetahuan dan Profesional 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya.Jika tersilap gaya, orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak saranan kita,malah kita mungkin akan kehilangan seorang saudara.’Maaf Cakap” merupakan kritikan penulis iaitu Norden Mohamed terhadap kesilapan cara berfikir.Setiap kali merenung kesilapan dan mencatatnya, notanota ini dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai. Isu-isunya termasuk bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia.Disampaikan secara berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Memperbaiki teknik menegur kesilapan manusia 2. Sabar 3. Memahami situasi tempat kerja 4. Mengawal emosi semasa menegur 5. Menggunakan bahasa yang mudah difahami 6. Mengawal tingkah laku semasa marah 7. Tidak ego 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P -Menepati situasi seorang guru untuk menegur kesilapan murid -Menggunakan bahasa yang sesuai dengan keadaan dan situasi semasa -Mengawal emosi ketika guru marah -Menjadikan suasana bilik darjah sentiasa kondusif dan ceria Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Pejabat: PKG TANJONG KARANG Kod Pejabat: BQA 3006 1. Nama Pegawai AZLINA BT MAT JAMIL 2. Judul TOKOH-TOKOH WANITA UNGGUL Muhammad Ali Al-Allawi 3. Bidang: Pengetahuan dan Profesional 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini memaparkan beberapa kisah wanita islam yang boleh dijadikan contoh tauladan seperti kisah Siti Khadijah R.A, Siti Asma’,Sumaiyyah. Buku ini menyingkap perbezaan wanita sebelum islam antaranya wanita-wanita di zaman Yunani klasik,Rome Kuno, India dan sebagainya. Secara keseluruhannya wanita di zaman itu tidak lebih dari menjadi barang dagangan, penyebab kehinaan sesebuah keluarga dan sebagai alat pemuas nafsu lelaki.Buku ini memberi pendedahan tentang adab-adab terpuji.Sinar islam menukar penderotaan wanita ke arah martabat yang sangat mulia, mendapat tempat yang hebat di sisi Allah dan Rasulullah SAW. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Menghormati dan menghargai orang lain 2. Sejarah banyak memberi pengajaran kepada kita 3. Ketamadunan sesebuah tamadun bergantung pada sikap masyarakat pada masa itu 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P 1.Jangan bersikap kejam pada orang lain 2.Perbuatan yang baik akan di balas dengan kebaikan 3.Berlembah lembut dengan semua orang Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Pejabat: PKG TANJONG KARANG Kod Pejabat: BQA 3006 1. Nama Pegawai AZLINA BT MAT JAMIL 2. Judul BERFIKIR DALAM BILIK DARJAH AINON MUHAMMAD 3. Bidang: Pengetahuan dan Profesional 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu di bangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Pejabat: PKG TANJONG KARANG Kod Pejabat: BQA 3006 1. Nama Pegawai AZLINA BT MAT JAMIL 2. Judul BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA PENULIS : Edwin C.Bliss 3. Bidang: Pengetahuan dan Profesional 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini mengandungi 72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat mereka berbanding matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh. Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana membuat laporan selepas tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail, keseronokan bekerja dan lain-lain lagi. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama kepada pentadbir pendidikan 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( ) ( )