The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puanchah, 2022-07-03 22:46:40

NOTA PROSEDUR KONTRAK

NOTA PROSEDUR KONTRAK

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

Disediakan oleh:
KETUA UNIT

Kursus Teknologi Binaan Bangunan
Institut Kemahiran Baitulmal

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

1.0 Pengenalan

Industri pembinaan;

 Bidang yang penting bagi kestabilan negara.
 Bidang yang meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam mekanik, elektrik, air, kuari,

perhutanan, tanah, sistem perhubungan dan lain-lain.
 Matlamat uatama adalah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan atas pelaburan yang

telah dibuat hingga ke peringkat paling maksimum.
 Pengurusan yang baik menjamin kepada kelicinan sesuatu projek binaan.

1.1 Definisi Industri Binaan
Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam.

1.2 Jenis-Jenis Kerja Dalam Industri Binaan

1.2.1 Kejuruteraan awam
 melibatkan projek-projek besar serta kos yang tinggi dan kompleks.
Contoh:
 Pembinaan jalanraya/lebuhraya
 Jambatan/jeti
 Terowong
 Sistem pembentungan/dll

1.2.2 Bangunan
 melibatkan kerja-kerja pembinaan.
Contoh:
 Rumah kediaman
 Pejabat
 Kedai
 Hotel
 Hospital / dll

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

1.2.3 Kejuruteraan Awam Berat
Contoh:
 Pelantar minyak
 Empangan
 Palangan terbang
 Landasan keretapi/ dll

1.3 Hubungan Antara Industri Binaan dengan Pertumbuhan Ekonomi Negara.

 Merupakan salah satu industri utama yang mempunyai hubungan rapat dengan ekonomi negara.
 Apabila ekonomi negara berkembang, industri binaan turut berkembang bagi memenuhi

permintaan yang bertambah.

1.4 Pihak yang Terlibat Dalam Industri Pembinaan.

a. Pemaju/klien - Tuan punya

Peranan:
 Tuan punya projek
 Melantik perunding/konraktor

b. Juruperunding

i. Jurutera
Peranan:
 Peranan seperti arkitek cuma merujuk kepada bidang masing-masing.
 Mengawas dan menyelia projek semasa pembinaan.
 Penasihat utama dalam bidang masing-masing di tapak bina.

ii. Juru ukur bahan
Peranan:
 Berperanan sebagai penasihat kos pada peringkat awal.
 Membuat anggaran kasar untuk rujukan klien.
 Sebagai perancang kos bagi menganalisa secara sistematik serta membuat
pembandingan dengan kos keseluruhan.
 Menyediakan dokumen tawaran.
 Menilai kerja di tapak untuk bayaran kemajuan.
 Manilai arahan pindaan kerja.
 Memastikan sebarang kecacatan telah diperbaiki apabila tamat tempoh tanggungan
kecacatan.
 Menyediakan akaun muktamad.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

iii. Arkitek
Peranan:
 Sempurnakan niat pemaju/klien serta memberi nasihat / cadangan.
 Sedikan rekabentuk awal dan terperinci berdasarkan modal yang dimiliki.
 Mengawas dan menyelia projek semasa pembinaan.
 Sebagai ketua dikalangan perunding yang akan sentiasa berhubung dengan kontraktor.

iv. Juru ukur
v. Juruperunding projek
vi. Perancang bandar

c. Kontraktor
i. Kontraktor induk
ii. Kontraktor pakar
iii. Subkontraktor

Peranan:
 Membina dan menyiapkan projek pembinaan berdasarkan dokumen kontrak.
 Menanggung segala kerja yang telah dilaksanakan dan disiapkan di tapak bina.
 Melaksanakan kerja dengan teratur dan cekap bagi menyiapkan projek dalam masa

yang ditetapkan seperti dalam kontrak.
 Mematuhi segala peraturan pihak berkuasa tempatan.
 Menyediakan perlindungan insuran kepada pekerja-pekerjanya.

d. Guna tenaga
i. Buruh
ii. Pekerja separuh mahir/mahir
iii. Pekerja teknikal

e. Pembekal bahan dan kelengkapan
i. Pembekal yan gdipilih
ii. Pengilang bahan/kelengkapan
iii. Pengimport bahan/kelengkapan

f. Sektor kewangan
i. Bank
ii. Syarikat kewangan

g. Sektor pemberi kelulusan
i. Kerajaan tempatan
ii. Kerajaan negeri
iii. Kerajaan persekutuan

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

1.5 Carta Proses Pembinaan Kelulusan
Cadangan Projek Proses Pembinaan
Pemaju/Kewangan
Projek Siap
Rekabentuk

Prosedur Kontrak a. Kajian kemungkinan
Kursus Teknologi Binaan Bangunan b. Sedia peruntukan kewangan
c. Lantik perunding
1.6 Aktiviti-Aktiviti dalam Proses Pembinaan.
Peringkat Perancangan a. Pilih/ukur tapak
b. Penyiasatan tanah
Peringkat Analisis dan Reka Bentuk c. Buat rekabentuk binaan
d. Sediakan lukisan/spesifikasi kerja
Peringkat Pengurusan e. Anggaran kos

Peringkat Pembinaan a. Dapatkan maklumat
b. Tawar tender
Peringkat Penyerahan c. Dapatkan pekerja
d. Dapatkan bahan dan peralatan

a. Pembinaan struktur
1. Persediaan untuk bina
2. Kerja tanah
3. Pembinaan substruktur
4. Pembinaan superstruktur

b. Melengkapkan kemudahan

1. Peringkat Perancangan

 Bermula apabila klien ada hasrat dan rancang untuk membina sesuatu projek.
 Klien hanya ada idea yang samar tentang rekabentuk projek.
 Arkitek akan dilantik bagi menghasilkan lukisan konsep.
 Kemudian juru ukur bahan akan dilantik untuk membuat anggaran kos projek yang

dicadangkan berdasarkan lukisan konsep yang disediakn dan peruntukan kewangan klien.
 Ada 3 aktiviti utama dalam peringkat ini;

i. Kajian kemungkinan
 Melibatkan penyiasatan awal bagi pastikan projek pembinaan dapat dijalankan.
 Tentukan untung rugi, dapat penuhi permintaan pelanggan atau tidak.
 Tujuan utama: untuk pastikan kesesuaian projek dari aspek kejuruteraan, ekonomi

dan kesan kepada laam sekeliling.
 Ia dibuat berdasarkan maklumat daripada pejabat pihka berkuasa dan lawatan ke

tapak.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

ii. Menyediakan peruntukan kewangan
 Kewangan/modal disediakan oleh klien samad ada modal sendiri atau pinjaman dari

institusi kewangan.

iii. Melantik perunding
 Perunding seterusnya kana selaraskan kerja pada semua peringkat dalam proses

pembinaan.

2. Peringkat Analisis dan Reka Bentuk

 Maklumat dari penyiasatan tapak akan dianalisis sebelum kerja reka bentuk bermula.
 Dalam peringkat ini, terdapat 6 aktiviti yang terlibat;

i. Pemilihan tapak
 Perunding perlu lawat tapak untuk pilih dan pastikan orientasi tpaak projek yang

sesuai.
 Faktor pemilihan tapak bina;

a. Kedudukan dan luas tapak
b. Bentuk muka bumi dan pemandangannya.
c. Infrastruktur dan kemudahan awam sedia ada seperti jalan masuk ke tapak,

bekalan elektrik dll.

ii. Ukur tapak
 Berdasarkan data yang diperolehi, kedudukan dan lokasi dpaat ditentukan.
 Ukur tapak perlu dilakukan untuk tentukan batu sempadan, luas tapak dan aras bumi

tapak berkenaan.

iii. Penyiasatan tanah
 Proses kerja yang dilakukan dalam proses pembinaan.
 Tujuan : untuk kenalpasti lapisan tanah dan kekuatan tanah.
 Perlu dpaatkan makumat tentang keadaan lapisan tanah termasuk jenis dan sifat

tanah bagi tujuan rekabentuk asas.

iv. Membuat reka bentuk binaan
 3 peringkat dalam membuat rekabentuk;

1. Rekabentuk arkitek
 Mengandungi susun atur pelan tapak dan pelan bangunan.
 Lukisan terperinci disediakan utk butiran kerja yang diperlukan dalam
rekabentuk struktur.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

2. Rekabentuk struktur
 Dibuat berdasarkan pelan tapak dan pelan bangunan arkitek.
 Tujuan : utk tentukan saiz dan jenis asas sub/superstruktur bangunan.

3. Rekabentuk kejuruteraan awam
 Dibuat berdasarkan pelan tapak untuk tentukan laluan air, pembentungan,
jalan, parit dan kemudahan infrastruktur.
 Perlu penuhi keperluan Bomba dan Undang-undang Kecik Bangunan
Seragam 1984.

v. Menyediakan lukisan dan spesifikasi kerja
 Hasil dari rekabentuk binaan digunakan untuk siapkan lukisan kerja.
 Sediakan spesifikasi kerja pembinaan.
 Dokumen spesifikasi butiran kerja mengandungi butiran kerja bertulis yang
akan menerangkan spesifikasi bangunan dan kerja pembinaan yang perlu
dilakukan.
 Spsifikasi bangunan termasuk bahan binaan, jenis dan gred yang
digunakan.

vi. Anggaran kos
 Anggaran kos disediakan berdasarkan lukisan kerja dan spesifikasi
piawaian sama ada dalam bentuk senarai kuantiti atau harga gumpalan.
 Kos kemajuan kerja dan kos keseluruhan projek boleh ditentukan
berdasarkan anggaran kos tersebut.

3. Peringkat Pengurusan

 Pengurusan projek yang sistematik diperlukan terutama dari aspek pengurusan masa, kualiti
kerja dan kos perlaksanaan.

 Juru ukur bahan akan kumpul maklumat berkenaan bagi penyediaan tender dan membuat
penawaran tender.

 Dalam peringkat ini, terdapat 4 aktiviti yang terlibat;

i. Mendapatkan maklumat
 Lepas selesai kerja analisis dan rekabentuk, maklumat berikut akan dikumpulkan dan
disatukan dalam dokumen tender.

1. Spesifikasi piawaian kerja
2. Senarai lukisan kerja
3. Arahan kerja
4. Senarai semakan kepada penender
5. Ringkasan tender
6. Borang kontrak

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

ii. Penawaran tender
 Tender diiklamkan selepas selesai kerja penyediaan dokumen tender.
 Tawaran tender bergantung kepada jenis kerja dan bentuk tawaran yang dikeluarkan.
 Kontraktor yang berminat perlu beli dokumen tender dari pihak pungurusan projek
berkenaan.
 Lepas tawaran ditutup, penilaian dibuat untuk pilih kontraktor yang layak terima
kontrak tersebut.
 Bila kontraktor dah terima, surat setuju terima akan diserahkan kepada klien dan
kontrak akan di tandatangani.

iii. Mendapatkan pekerja, bahan dan peralatan
 Kontraktor yang berjaya dapatkan projek akan bertanggungjawab terhadap semua
peringkat kerja pembinaan seperti mendapatkan pekerja, bahan, peralatan dan
termasuk melantik subkontraktor.

4. Peringkat Pembinaan

 Kontraktor yang mendapat kontrak mesti membina dan menyiapkan projek mengikut waktu yang
ditetapkan dan kos yang dipersetujui dan mengikut kualiti yang ditentukan.

 Kerja pembinaan merangkumi kerja-kerja penyediaan tapak bina termasuk pembinaan struktur
dan kerja melengkapkan kemudahan asas projek.

 Dalam peringkat ini, terdapat 2 aktiviti yang terlibat;

i. Pembinaan struktur

 Terbahagi kepada 4 bahagian;
1. Persediaan untuk membina
 Selepas dapat kebenaran masuk tapak, perkara-perkara berikut harus dilakukan;
 Bersihkan tapak
 Sediakan laluan masuk dan keluar
 Sediakan jalan sementara
 Sediakan tempat letak kenderaan sementara
 Sediakan bangunan sementara bagi kegunaan sebagai pejabat, setor
dan lain-lain.
 Sediakan tempat simpanan bahan
 Sediakan pagar dan dinding adang
 Sediakan papan tanda keselamatan dan papan tanda projek
 Lain-lain kemudahan asas, sanitari dan lain-lain untuk keselesaan
pekerja.
 Selesai sediakan keperluan asas, datum akan ditentukan.
 Kemudian kerja ukur tapak akan berjalan.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

2. Kerja tanah
 Libatkan kerja penyediaan aras formasi seperti yang dikehendaki dalam lukisan
kerja tapak.
 Kerja pemotongan dan penambakan dibuat berdasarkan aras garisan dasar
dan datum yang telah dipancang.
 Kerja pemotongan dan penambakan dilakukan hingga aras tapak berada tepat
pada aras formasi.

3. Pembinaan substruktur
 Semua binaan struktur punyai beban yang perlu ditanggung oleh tanah.
 Maka setiap pembinaan struktur dimulakan dengan pembinaan substruktur.
 Substruktur adalah merujuk kepada semua bahagian binaan yang terletak di
bawah aras permukaan tanah atau lapisan kalis lembab.
 Ia termasuk kerja cerucuk, tapak asas, tunggul tiang, tingkat bawah dan lapisan
asas lantai.
 Pembinaan ini dimulakan lepas kerja-kerja pemasangan pancang tanda,
pancang ukur dan pancang aras dilakukan.
 Lepas kedudukan asas dan dinding binaan ditentukan, kerja mengorek lubang
asas akan bermula.
 Bagi kerja binaan yang besar dan beban tinggi, kerja penanaman cerucuk
dialkukan sebelum bina tapak asas binaan.
 Selesai pembinaan substruktur, kerja-kerja pembinaan superstruktur akan
diteruskan.

4. Pembinaan superstruktur
 Superstruktur merujuk kepada anggota struktur yang terletak atas subtruktur
iaitu di bahagian atas aras bumi.
 Ia dibina secara berperingkat dimulai dengan pembinaan struktur seperti tiang,
rasuk bumi, rasuk tingkat satu, rasuk bumbung dan kerangka bumbung.
 Ini diikuti dengan pembinaan superstruktur bangunan yang lain speerti dinding,
pintu, tingkap, kerja kemasan dan penutup bumbung.

ii. Melengkapkan kemudahan

 Semasa pembinaan struktur dijalankan, kelengkapan kemudahan asas bangunan seperti
kerja mekanikal dan elektrikal bagi sistem perpaipan, bekalan air bersih, sistem
perhubungan dan telekomunikasi, sistem bomba dan sistem pembersihan perlu
disediakan.

 Kemudahan asas luar bangunan seperti papan tanda nama kawasan pembinaan, papan
tanda jalan masukdan lain-lain juga perlu disediakan.

 Kerja-kerja pembersihan kawasan tapak bina dilakukan sebelum projek diserahkan
kembali kepada klien.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

5. Peringkat Penyerahan

 Setelah projek siap dibina, sijil tamat kerja akan diberikan.
 Sijil Kebenaran Menduduki (Certificate of Fitness) perlu diperolehi dari pihak berkuasa

tempatan.
 Projek pembinaan akan diserahkan oleh kontraktor kepada pemaju setelah pembinaan siap

sepenuhnya (termasuk setelah tamat tempoh tanggunggan kecacatan).
 Klien bertanggungjawab sediakan bayaran terakhir kepada kontraktor.
 5% dari kos projek akan ditahan sebagai wang tahanan mengikut perjanjian dan tempoh ini

dikenali sebgai Tempoh Tanggungan Kecacatan.
 Dalam tempoh ini, sebarang kecacatan atau kerosakan akibat tidak mengikut spesifikasi

yang ditetapkan akan ditanggung oleh kontraktor.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

2.0 Definisi Tawaran dan Sebut Harga

i. Definisi Tawaran

 Tawaran adalah satu kenyataan yang dikeluarkan bagi mempelawa satu pihak untuk
melaksanakan suatu kerja pembinaan atau pembekalan disamping mendapat persetujuan
daripada pihak berkenaan.

 Tender dikeluarkan oleh pemaju manakala penerima tender adalah kontraktor atau
pemborong.

 Pemilihan kontraktor atau pemborong dibuat melalui pertandingan yang melibatkan perkara
tertentu seperti harga dan masa selain faktor pengalaman dan organisasi pihak penerima
itu sendiri.

ii. Definisi Sebut Harga
 Sebut harga merupakan proses memanggil dan memilih kontraktor yang berkelayakan
membuat dan meyiapkan kerja-kerja yang bernilai antara RM 1 hingga RM 50, 000.
 Ia di amalkan bagi memenuhi kerja segera, kerja undi dan kerja inden.
 Kerja-kerja melalui sebut harga diberikan kepada kontraktor bumiputra sahaja.
a. Kerja Segera
 Kerja yang perlu di buat dengan segera.
 Kontraktor yang dipilih adalah kontraktor yang sudah diketahui kebolehan dan
kemampuan membuat kerja.
 Contoh: kerja yang terlibat seperti membaiki kerosakan saluran paip atau membaiki
atap bocor dan membaiki tandas awam.
b. Kerja Undi
 Kerja yang dibuat berdasarkan jadual kadar aharga.
 Kerja-kerja yang terlibat adalah kerja-kerja penyelnggaraan biasa dan
penyelenggaraan bangunan kerajaan.
 Penyertaaan kerja undi dibuat seminggu oleh Jabatan Kerja Raya atau badan
kerajaan yang lain.
 Kerja yang dilakukan oleh kontraktor tetap harganya.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

c. Kerja Inden
 Kerja jenis ini merupakan kerja yang diberitahu oleh kontrakotr setelah mereka
mengemukakan sebut harga masing-masing.
 Hanya kontraktor yang berjaya dikehendaki melaksanakan kerja tersebut.
 Antara kerja yang terlibat adalah kerja ubah suai ruang pejabat, membersih bangunan
dan mengecat bangunan

a) Jenis-jenis tawaran

 Bagi kerja-kerja yang melebihi nilai Rm 50, 000.00, pemanggilan dan pemilihan kontraktor
dilakukan melalui tawaran.

 Ada beberapa jenis tawaran yang biasa di maalakan di negara kita. Antaranya ialah;

1. Tawaran
Terbuka

 Merupakan tawaran yang biasa di amalakan oleh pihak kerjaan dan badan berkanun.
 Merupakan sistem yang paling baik dalam penggunaan wang awam.
 Terbuka kepada semua kontraktor yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
 Bilangan penender adalah tidak terhad.
 Tawaran jenis ini digunakan bagi mendapatkan harga tawaran yang baik kena bilangan

kontraktor yang masuk adalah ramai.
 Lebih ramai kontraktor yang masuk maka lebih banyak tawaran rangkaian harga yang

diperolehi oleh majikan.
 Maka majikan boleh membuat pemilihan dengan tepat berdasarkan harga yang sesuai dan

musabah.
 Pihak majikan akan keluarkan iklan tawaran melalui akhbar tempatan atau di papan kenyataan

di pejabat majikan dan jemput kontraktor buat tawaran harga ke atas projek yang
dicadangkan.
 Penawaran harga oleh kontraktor adalah berdasarkan anggaran kasar bagi sesebuah projek
termasuk harga bahan binaan, gaji pekerja, kerja sub kontraktor, kerja sampingan termasuk
untung.
 Tawaran jenis ini dipraktikkan supaya kontraktor dapat tawar harga paling minimum tanpa
jejas mutu kerja dan mutu bahan binaan.

Kebaikan Tawaran Terbuka

 Buka peluang kepada kontraktor baru dan tidak mempunyai banyak pengalaman.
 Majikan dapat pilih harga terendah dari bilangan kontraktor yang ramai.
 Sesuai untuk pembinaan yang mudah dan tak perlu pengalaman serta kelayakan khusus.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

Kelemahan Tawaran Terbuka

 Proses sediakan tawaran ini mengambil masa yang lama dan tidak sesuai bagi projek yang
perlu disiapkan segera.

 Pemilihan harga tawaran yang terlalu rendah adalah berisiko tinggi kerana berkemungkinan
kontraktor akan hasilkan binaan yang tidak berkualiti baik dari segi mutu binaan dan juga mutu
kerjanya.

 Tawaran ini tidak menggalakkan kontraktor menggunakan alat berteknologi tinggi dan teknik
moden kerana kosnya adalah tinggi.

 Sukar untuk memilih kontraktor kerana terlalu ramai yang masuk tawaran dan pembaziran
masa dan kewangan akan berlaku dalam proses penyediaan dan pemilihan.

2. Tawaran
Terhad

 Tawaran jenis ini terhad kepada kontraktor-kontraktor yangtertentu sahaja.
 Biasanya dikhaskan untuk kontraktor bumiputera yang memenuhi syarat-syarat tertentu

sahaja dan bilangannya adalah terhad.
 Sebagai langkah kerajaan dalam DEB untuk beri sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah

kontrak tahunan kepada bumiputera.
 Biasanya di iklankan melalui akhbar atau papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.

Kebaikan Tawaran Terhad

 Beri peluang kontraktor bumiputera cebur diri dalam industri pembinaan tanpa persaingan
dengan bukan bumiputera.

 Dapat laksana kehendak kerajaan untuk galakkan 30% bumiputera ceburi bidang pembinaan.
 Masa memproses dokumen tawaran dapat dikurangkan.

Kelemahan Tawaran Terhad

 Terhad kepada segolongan kontraktor sahaja.
 Harga yang ditawarkan menjadi tinggi disebabkan kurang persaingan.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

3. Tawaran
Terpilih

 Tawaran yang dikemukakan kepada kontraktor yang dipilih oleh majikan.
 Pertandingan dalam merebut tawaran berlaku antara kontraktor yang terpilih

sahaja.
 Biasanya bilangan yang dipilih adalah sedikit dan mempunyai kemahiran, kepakaran dan

pengalaman luas dalam sesuatu bidang kerja.
 Pihak majikan adkan senarai kan kontraktor yang layak dan pelawa masuk tawaran.
 Pemilihan kontraktor adalah berdasarkan organisasi, kemampuan, pengalaman dan jumlah

projek yang sedang dilaksanakan.
 Surat akan dihantar kepada kontraktor yang dipilih untuk menyertai tawaran tersebut.

Kebaikan Tawaran Terpilih

 Majikan akan memperoleh habil binaan yang berkualiti dan mutu kerja yang memuaskan kerana
kontraktor yang dipilih masuk tawaran ini mempunyai kemahiran dan kelayakan yang baik.

 Masa yang diambil bagi menganalisis tawaran adalah singkat kerana semua keperluan tawaran
disediakan mengikut bilangan kontraktor yang dipilih.

 Pemilihan kontraktor yang mahir dapat dilakukan dengan cepat kerana semua kontraktor yang
masuk tawaran mempunyai keistimewaan dan kelayakan dari segi kerja.

 Pemilihan harga terendah adalah wajar.
 Jenis tawaran ini sesuai untuk kerja-kerja khas yang perlukan kepakaran dan pengalaman kerja

yang tiada pada kontraktor utama.

Kelemahan Tawaran Terpilih

 Harga tawaran menjadi tinggi disebabkan kurang persaingan dan kontraktor yang bertanding
terdiri daripada mereka yang mahir dan berpengalaman.

 Berkemungkinan berlaku pakatan harga antara kontrakotr untuk meletakkan harga penutup yang
sama.

 Risiko dalam memilih konrtaktor kerana keupayaan sesebuah organisasi kontraktor adalah
berubah-ubah.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

4. Tawaran
Prakelayakan

 Tawaran jenis ini dibuka hanya kepada kontraktor yang dipilih melalui proses pra kelayakan.
 Dilakukan bagi projek tertentu dan khas yang memerlukan kepakaran yang tinggi dan bertaraf

antarabangsa.
 Kontraktor yang ingin masuk tawaran ini perlu miliki syarat kelayakan dari segi kepakaran kerja,

modal pusingan yang besar dan penggunaan teknik yang moden dalam pembinaan.
 Majikan akan iklankan notis tawaran pra kelayakan di kahbar tempatan dan kontraktor yang ingin

sertai perlu isi borang khas yang mengandungi butiran tentang kewangan, pengurusan serta
pengalaman kontraktor.
 Majikan akan kaji maklumat dan akan buat pemilihan kontraktor yang layak sertai tawaran.

Kebaikan Tawaran Pra kelayakan

 Mutu binaan yang dihasilkan adalah tinggi dengan penggunaan teknologi yang terkini dan
pengalaman kontraktor yang luas.

 Hanya kontraktor yang mempunyai pengurusan dan pengalaman yang baik serta modal yang
cukup yang layak sertai tawaran jenis ini.

 Jimat masa, tenaga dan kos dari segi persediaan dan semak dokumen tawaran kerana bilangan
kontraktor yang masuk adalah tidak ramai.

 Projek dijamin akan siap pada tempoh yang ditetapkan.

Kelemahan Tawaran Pra kelayakan

 Tawaran hanya layak untuk kontraktor yang mempunyai kepakaran sahaja.
 Kos pembinaan tinggi kerana penggunaan teknologi terkini yang jarang dimiliki oleh kontraktor

lain.
 Hanya sesuai untuk projek besar sahaja.

5. Tawaran
Perundingan

 Tawaran jenis ini dijalankan atas sebab tertentu atas arahan pihak tertentu.
 Tawaran jenis ini tidak diiklankan dan hanya dilaksankan dengan pihak klien/majikan menghantar

surat kepada kontraktor yang dipilih untuk membuat perbincangan mengenai projek yang akan
dilaksankan.
 Perkara yang dibincangkan adalah aspek rekabentuk, anggaran kos, jadual kadar harga,
pengurusan dan keuntungan.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

 Tawaran jenis ini dilaksanakan sebelum penyediaan lukisan dan senarai bahan
 Tawaran jenis ini dipraktikkan atas sebab-sebab berikut;

 Projek yang perlu penyiapan segera.
 Projek yang perlukan kepakaran kerja.
 Projek yang berterusan dan berfasa-fasa.
 Pembiayaan projek dibuat oleh kontraktor.
 Projek yang mempunyai bidang kerja yang sama.

Kebaikan Tawaran Perundingan

 Perbelanjaan membiayai tawaran ini adalah rendah.
 Kontraktor boleh beri nasihat dan cadangan serta nasihat kepada arkitek/jurutera pada

peringkat awal rekabentuk projek.
 Majikan dapat anggar kos yang terlibat dengan lebih tepat dan cepat berdasarkan kadar harga

yang diketahui sebelumnya iaitu projek yang mempunyai bidang yang sama.

Kelemahan Tawaran Perundingan

 Harga tawaran jadi lebih tinggi kerana tiada persaingan.
 Hanya kontraktor tertentu yang akan dipilih.
 Pengawalan terhadap pembaziran bahan dan masa tidak begitu baik kerana disebabkan harga

tawaran terlalu tinggi.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

3.0 Definisi

- Dokumen yang disediakan untuk kegunaan kontraktor binaan bagi meletak harga tawaran.

a) Dokumen tawaran terbahagi kepada 2 jenis;

a. Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan senarai kuantiti
 Biasa digunakan untuk projek-projek besar.
 Penyediaan perlukan masa yang agak panjang.
 Dapat sediakan satu asas yang lebih baik untuk nilai kerja yang dilakukan bagi tujuan
bayaran kemajuan dan perubahan kerja.

b. Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi

 Biasa digunakan bagi projek yang perlu disiapkan cepat di mana Juruukur Bahan tak

sempat sediakan senarai kuantiti.

 Sesuai untuk projek yang kos sederhana dan rendah.

 Kontraktor perlu masukkan harga bagi keseluruhan kerja secara pukal sahaja. (lump

sump)

Berdasarkan senarai kuantiti Berdasarkan lukisan dan spesifikasi

1 Surat pelawa tawaran Surat pelawa tawaran

2 Borang tawaran Borang tawaran

3 Arahan kepada penender Arahan kepada penender

4 Senarai kerja pendahuluan, keterangna Senarai kerja pendahuluan, keterangna
bahan dan mutu kerja bahan dan mutu kerja

5 Senarai semakan mengemukakan tawaran Senarai semakan mengemukakan tawaran

6 Spesifikasi Spesifikasi

7 Borang maklumat latar belakang kontraktor Borang maklumat latar belakang kontraktor

8 Senarai kuantiti Ringkasan tawaran

9 Lampiran Jadual kadar harga

10 Lukisan Lampiran

Kandungan Dokumen Tawaran

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

b) Kandungan Dokumen Tawaran

 Borang Tawaran
 Borang yang digunakan oleh penawar dan penender untuk masuk tawaran.
 Perlu di isi dengan harga tawaran serta tempoh penyiapan kerja pembinaan yang dapat
dilakukan oleh kontraktor.

 Borang Penerimaan Tawaran
 Borang yang digunakan oleh penawar dan penender untuk masuk tawaran.
 Perlu di isi dengan harga tawaran serta tempoh penyiapan kerja pembinaan yang dapat
dilakukan oleh kontraktor.

c) Kegunaan Dokumen Meja Tawaran

 Hampir sama dengan dokumen tawaran tetapi lebih lengkap.
 Disediakan sebelum sesuatu tawaran di panggil atau di iklankan.
 Dokumen ini diletakkan dalam bilik khas atau atas meja khas di pejabat majikan seperti

pejabat Pengarah JKR Negeri/Daerah.
 Ia digunakan untuk membolehkan kontraktor mendapat gambaran jelas mengenai projek

serta menyemak perkara yang terdapat dalam tawaran yang hendak disertai serta
meletakkan harga tawaran.
 Biasanya di pamerkan bermula dari iklan tawaran dikeluarkan hingga tarikh tutup tawaran.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

4.0 Iklan Tawaran
 Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju/klien untuk mempelawa kontraktor
mamasuki tawaran bagi projek yang dicadangkan.
 Ia disediakan untuk maklumkan kepada kontraktor yang berminat tentang butir-butir
penting sesuatu tawaran.

a) Ciri-ciri Iklan Tawaran
 Iklan tawaran hendaklah menarik dan mempunyai maklumat lengkap mengenai projek
supaya kontraktor berkelayakan akan menyertai pelawaan tersebut.
 Hendaklah diiklan di akhbar tempatan atau di papaan kenyataan tawaran pejabat
majikan/klien.

b) Maklumat dan Syarat dalam Iklan Tawaran
 Maklumat yang perlu ada dalam iklan tawaran ialah;
 Logo dan nama majikan/klien
 Tajuk kerja
 Jenis tawaran
 Kelas kontraktor yang dipelawa
 Kepala dan subkepala
 Bayaran dokumen tawaran
 Tempat ambil dokumen tawaran
 Tempat dan masa dokumen perlu dikembalikan
 Tarikh lawatan tapak, masa serta lokasi
 Tarikh tutup tawaran

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

c) Jangka Masa Proses Pengiklanan Tawaran

 Biasanya tempoh iklan tawaran akan disiarkan di akhbar tempatan atau notis yang
ditampal di papan kenyataan tawaran majikan/klien adlah 2 minggu sebelum tarikh
lawatan tapak.

 Kenyataan tawaaran hendaklah dihantar kepada pihak akhbar sekurang-kurang dua
minggu sebelum tarikh diiklankan.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

5.0 Borang-borang Piawai semasa Menender
Secara amnya borang – borang yang biasa digunakan semasa prosesmenender adalah :

a) Borang Perlantikan Jurukur Bahan
Borang ini adalah pengesahan diantara Pemaju dengan Jurukur Bahan untuk menjalankan
kerja –kerja pengurusan yang berkaitandengan kerja Jurukur Bahan dalam sesuatu projek.

b) Borang Jaminan Keselamatan
Merupakan surat jaminan yang dikeluarkan oleh bank atau institusikewangan tertentu
tentang kedudukan kewangan kontraktor supayapihak perunding dan pemaju yakin
dengan kemampuan kontraktor tersebut untuk mengendalikan sesuatu projek.

c) Borang Kontrak
Borang perjanjian antara kontraktor dan pemaju untuk menjalankan sesuatu projek.
Ia mengandungi syarat –syarat perjanjian dan kontrakyang perlu diikuti oleh kedua-
dua pihak. Borang kontrak yang biasa digunakan adalah sama ada borng kontrak
setara JKR atau borang kontrak setara PAM.

d) Borang Pra Kelayakan Kontraktor
Borang ini digunakan oleh kontraktor – kontraktor yang ingin memasuki tawaran Pra
Kelayakan. Bertujuan untuk menilai sesebuahorganisasi kontraktor bagi menjalankan
sesuatu projek. Penilaian dibuat berdasarkan kepada bilangan kaki tangan , bilangan
jentera yang digunakan dan pengalaman mengenadalikan projek – projek yang lepas.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

e) Borang Kontraktor Kecil dan Pembekal Bahan
Kegunaannya adalan untuk melantik sesebuah organisasi sebagaikontraktor kecil atau
pembekal bahan di dalam sesuatu projek.

f) Borang ringkasan syarikat penender yang terlibat
Borang ini digunakan untuk menyenaraikan mengenai kemampuan dari segi kewangan,
modal , loji, kakitangan dan pengalaman setiappenender yang terlibat.

g) Borang Projek Semasa untuk Penender
Borang ini memberi penjelasan mengenai projek – projek yangsedang dilaksanakan oleh
penender

h) Borang Kesilapan Penender
Borang ini digunakan untuk mencatatkan segala kesilapan yang dilakukan oleh penender
semasa mengemukakan tawaran. Kesilapansetiap unsure didalam senarai kuantiti atau
dokumen tawaran akan direkodkan untuk di buat pembetulan.

i) Borang keputusan tender
Merupakan borang terakhir dimana jurukur bahan akan mengesyorkan kontraktor yang layak
kepada pihak pemaju danperunding yang lain.

5.1 Proses Penutupan Tawaran

 Penutupan tawaran bermaksud tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan dlm iklan
tawaran.

 Apabila tarikh tawaran ditutup, dokumen tawaran yang telah lengkap diisi akan dimasukkan
kedalam peti tawaran yang telah disediakan.

 Peti tawaran tersebut akan ditutup dan disimpan di dalam bilik jurutera.Jawatankuasa
Pembukaan Tawaran kemudian akan bersidang untukmembuka peti tawaran itu.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

5.2 Kegunaan Peti Tawaran

 Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah dihantar oleh
pihak kontraktor.

 Merupakan sebuah bekas/peti berkunci yangditandakan dengan no. projek, nama projek,
tarikh dan masa tawaran dibuka serta tarikh penyerahan terakhir.

 Setelah tarikh tutup tawaran peti tawaran akan dikunci dan disimpan didalam bilik
jurutera.Peti tawaran akan dibuka setetelah Ahli Jawatankuasa Pembukaan Tawaran
bersidang.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

6.1 Proses Pembukaan Tawaran Dan Tugas JawatanKuasa Pembukaan Tawaran

 Sebagaimana yang telah diterangkan proses pembukaan peti tawaran akan dilakukan oleh Ahli
Jawatankuasa Pembukaan Tawaran.

 Ahli jawatankuasaini biasanya terdiri daripada tiga orang pegawai yang telah dilantik oleh pihak
majikan.

 Setiap dokumen tawarn yang dihantar akan direkodkan nombor siri berdasarkan kepada jumlah
dokumen tawaran tersebut.

 Contohnya 1/10, 2/10, 3/10, 4/10 …9/10 dan 10/10 sekiranya ada 10 orang penender yang
menyertai tawaran. No siri ini akan disenaraikan dalam borang khas bersama – sama dengan
harga tawaran yang telah dikemukakan.Borang ini dikenali sebagai Borang Jadual Tawaran.

 Borang Jadual Tawaran akan diserahkan kepada satu jawatankuasa yang lainuntuk membuat
penilaian atau analisis tender. Jawatankuasa ini mesti tidak kurang dari dua orang samada Jurukur
Bahan atau Pegawai Teknikal dalam bidang kerja yang berkaitan.

6.2 Analisis Tawaran
Penilaian keatas tender – tender kerja di jalankan dalam dua peringkat iaituPenilaian Peringkat
Pertama dan Penilaian Peringkat Kedua.
6.2.1 Penilaian Peringkat Pertama
Penilaian peringkat pertama keatas tender terendah sehingga beberapa tender dalam
lingkungan harga yang munasabah untukmemenuhi pra syarat yang berikut;

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

1. Kesempurnaan Tender
 Tender – tender mesti lengkap dan bebas dari segala kecacatan dari segi
undang – undang dan kontrak yang munasabah untuk menentukan
kelayakan mengikut amalan biasa.

2. Kedudukan Kewangan yang Memuaskan
 Petender mengemukakan bukti atau pegawai penilai berpuas hati bahawa
petender mempunyai kedudukan kewangan yang memuaskan untuk
melaksanakan projek yang ditender.

3. Prestasi Kerja Semasa yang Memuaskan
 Petender yang tidak mempunyai projek atau ditakrifkan sebagai ‘ sakit’ atau
yang mendapat laporan buruk daripada pegawai penyelia projek atau
mengahadapi tindakan penamatan pengambilan kerjanya adalah tidak
memuaskan prestasi kerjanya.

 Tender yang tidak memenuhi mana – mana pra syarat di atas adalah gagal
Penilaian Awal dan tidak layak diberi pertimbangan seterusnya.

6.2.2 Penilaian Peringkat Kedua

 Penilaian peringkat kedua hanya dibuat keatas beberapa tender yang lulus
penilaian peringkat pertama bermula dengan tender terendah mengikut turutan
harga tender menaik.

 Kriteria – kriteria berikut digunakan bagi menentukan tender yang paling
menguntungkan untuk dipertimbangkan.

a. Harga Tender
 Harga tender yang dikemukakan oleh pentender – pentender akan
dibandingkan dengan Anggaran jabatan.

 Anggaran Jabatan hendaklah terlebih dahulu dipastikan kemunasabahannya.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

b. Pengalaman
 Penilaian dari aspek pengalaman hanya perlu dibuat keatas pentender
yang harga tendernya sangat rendah.
 Untuk melayakkan sesuatu tender yang sangat rendah atau rendah
dipertimbangkan, pentender mestilah sekurang kurangnya dua projek yang
serupa dengan projek yang ditender dengan cemerlangya dalam tempoh
lima tahun yang lepas.

c. Prestasi Kerja Semasa
 Kerja semasa ialah projek yang belum disahkan siap pada tarikh tutup
tender. Prestasi kerja semasa pentender akan dikategorikan seperti berikut
:
 Cemerlang - Peratus kemajuan sebenar melebihi jadual.
 Memuaskan - Peratus kemajuan sebenar sama atau terkebelakang
darijadual kurang dari 30%.

 Penilaian prestasi kerja semasa hendaklah berdasarkan laporan daripada
Pegawai Penguasa atau Jurutera yangmenyelia projek tersebut.

d. Kakitangan Teknikal
 Faktor ini dinilaikan berasaskan bilangan kakitangan teknikal pentender
berbanding dengan bilangan AnggaranKeperluan Minimum (AKM)
kakitangan teknikal untuk menjalankan projek yang ditender dengan
memuaskan.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

e. Loji, Kuari dan Kilang
 Sekiranya kakitangan teknikal kurang daripada yang ditetapkan oleh
AKM tetapi penender didapati mempunyai kuari, kilang dan sebagainya
atau terdapat factor – factor lain yang boleh menyokong harga tendernya
maka faktor tersebut bolehlah diambilkira.

Kesemua analisis dan penilaian akan dimasukkan kedalam laporan tender untuk
dikemukakan kepada Lembaga Tender untuk dibuat pertimbangan . Kemudian Lembaga
Tawaran akan membuat pemilihan dan keputusan kontraktor yang berjaya untuk
melaksanakan projek tersebut.

6.3 Laporan Tawaran
Laporan tawaran yang telah disediakan hendaklah mengandungi perkara – perkaraberikut
bagi memudahkan pihak Lembaga Tawaran membuat pemilihan kontraktoryang layak ;

a. Ringkasan skop kerja yang akan dilaksanakan seperti nama projek,penentuan dan
sebagainya.

b. Menerangkan cara mempelawa tender untuk projek tersebut dan menerangkan bila
tender tersebut dibuka dan ditutup dan tempohlaku tender tersebut tamat.

c. Menyenaraikan petender – petender termasuk harga tender serta masa penyiapan
kerja mengikut harga tender yang terendah dahulu.

d. Mengkaji tentang kesilapan yang berlaku didalam tender serta menyenaraikan
kesilapan petender. Didalam senarai tersebut harga tawaran terkini hendaklah
dicatatkan termasuk kesilapan yang berlaku sekiranya ada.

e. Mengemukakan anggaran jabatan serta perbezaan dengan anggaransetiap Petender.
f. Latar belakang kontraktor seperti nama syarikat,kelas kontraktorserta senarai projek

yang telah dan sedang dilaksanakan.
g. Cadangan dan sokongan kepada lembaga tawaran untuk menyetujuiterima kontraktor

yang layak setelah perkara-perkara diatas dianalisis dan dikaji.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

6.4 Tugas Dan Kuasa Ahli Lembaga Tawaran
Tugas dan kuasa ahli lembaga tawaran bergantung kepada peringkat – peringkat
lembaga tersebut. Peringkat – peringkat lembaga tawaran terdiri daripada ;
1. Lembaga Tawaran Peringkat Persekutuan
 Ianya diwakili oleh ketua pengarah Jabatan Kerja Raya, Perbendaharaan,
Kementerian Kerja RayaUnit Perancang Ekonomi /Negeri / UPEN atau mana-mana
badan/unit yang berkenaan.
 Tawaran – tawaran ini adalah khas untuk kerja – kerja peringkat persekutuan
sahaja. Lembaga ini berkuasa mengesahkan tawaran yang melebihi RM
250,000.00.

2. Lembaga Tawaran Peringkat Negeri
 Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan negeri /SUK, Pegawai Kewangan
negeri, Pengarah JKR dan sebagainya. Lembaga ini berkuasa memperakui tawaran
yang dibiayai oleh kerajaan negeri sahaja.

3. Lembaga Tawaran Peringkat Daerah
 Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan, pegawai kewangan yang mana ia
merupakan ahli jawatankuasa sebut harga dan berkuasamemperakui tawaran kecil
yang tidak melebihi RM 10,000.00 sahaja.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

6.5 Penganugerahan Tawaran

 Penganugerahan tawaran bermaksud tawaran diberikan kepada kontraktor, iaitu tawaran
yang dikemukakan oleh kontraktor diakui dan majikan membuat penerimaan terhadap
tawaran kontraktor.

 Majikan akan mengeluarkan Surat penerimaan tawaran kepada kontraktor yang dipilih,
maka kontraktor berkenaan tidak boleh menarik diri. Kontraktor boleh disaman sekiranya
menolak tawaran tersebut. Ini kerana sebaik sahaja kontraktor menerima surat
penerimaan tawaran ikatan kontrak terjalin antara pihak majikandan kontraktor.

 Surat penerimaan tawaran boleh dibuat pada dua peringkat :
a. Surat Niat ( Letter of Intent )
 Iaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat untuk menerima
tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dan keperluan kerajaan
yang mesti dipatuhi oleh kontraktor.
 Surat ini tidak mengikat Kerajaan kepada satu perjanjian bahawasatu kontrak
telah wujud.

b. Surat Setuju terima ( Letter of Acceptance )
 Iaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat yang berkaitan
dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan dokumen perundangan yang sah
dan sebahagian daripada kontrak.
 Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila semua perkara
telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak diperlukan.

6.6 Penolakan Tawaran
Antara sebab-sebab mengapa sesuatu tawaran tidak diterima ialah :
a. Harga tawaran yang terlalu tinggi
b. Harga tawaran yang telalu rendah. Jika kerja tersebut diberikan kemungkinan kerja tidak
dapat disiapkan.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

c. Kerja – kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut terlalu banyak dan
melebihi had kewangan pendaftaran.

d. Rekod kerja terdahulu tidak mememuaskan
e. Tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tawaran.
f. Butir-butir tawaran tidak diisi dengan betul
g. Tidak cukup peruntukan kewangan bagi satu-satu projek.

6.7 Tawaran Semula
Tawaran perlu dipanggil semula apabila perkara-perkara berikut berlaku :
a. harga yang ditawarkan adalah teralu rendah atau terlalu tinggi.
b. Terdapat kesilapan di dalam dokumen tawaran, mungkin dari segi pengiraan ataupun
dalam butiran lukisan.
c. Tiada peruntukan ataupun tidak mencukupi untuk membiayai projek.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

7.0 Takrif Kontrak
 Kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima
tawaran daripada satu pihak yang lain.
 Manakala dari segi binaan, kontrak adalah satu perjanjian yang mengikat antara dua pihak iaitu
kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu kerja.
 Pihak kontraktor akan melaksanakan kerja sehingga sempurna dan pihak pemilik akan
bertanggungjawab untuk membuat bayaran terhadap kerja tersebut. Ia dibuat secara bertulis dengan
menggunakan borang yang sah.

7.1 Prinsip – prinsip Kontrak

Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) terdapat beberapa prinsip kontrak yang perlu diketahui
dalam pengertian kontrak yang sebenarnya. Antaranya termasuklah;
7.1.1 Tawaran

Mengikut Akta kontrak 1950 (Semakan 1974) – Seksyen 2 (A), tawaran ialah seseorang itu
membuat cadangan serta menyatakan kepada yang berkenaan tentang hasratnya hendak
membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu dengan tujuan mendapat persetujuan dari
pihak yang tersebut.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

7.1.2 Penerimaan
Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) – Seksyen 2 (B), penerimaan ialah apabila
cadangan yang dikemukakan oleh pihak pencadang diterima dan diperkenankan oleh
pihak yang menerimacadangan itu dengan tidak dikenakan syarat – syarat yang tertentu.
Penerimaan bersyarat tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-
undang kontrak. Sesuatu cadangan apabila diterima menjadi janji.

7.1.3 Balasan
Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak penerima yang menerima tawaran.
Tindakan penerimaan tawaran biasanya dilakukan sama ada secara lisan, bertulis
ataupun secara perbuatan.

7.1.4 Niat
Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan di antara kedua- dua belah pihak yang
berkenaan secara jujur, ikhlas serta amanah dan tidak melanggari serta mematuhi
segala syarat yang dikenakan dalam perjanjian kontrak.

7.1.5 Persetujuan yang sah dari segi undang-undang
Segala perjanjian di antara pihak pencadang dan pihak penerima hendaklah tidak
menyalahi undang-undang kerajaan di mana kontrak dijalinkan. Perjanjian yang
menyalahi undang-undangkerajaan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut
Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974).

7.1.6 Ikatan kontrak boleh dilaksanakan
Sebelum sesuatu kontrak dikuatkuasakan, kedua-dua belah pihak yang terlibat
hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa ikatan perjanjian nanti tidak terlalu
membebankan mana-mana pihak sehingga boleh membawa masalah kepada
sebahagian atau kedua- dua belah pihak.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

7.1.7 Tiada kecacatan bagi kedua-dua belah pihak
Kecacatan bermaksud, rekod atau prestasi pada masa lalu. Kelalaian kerja, tidak
menepati perjanjian, melebihi tempoh had masa yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi
adalah sebahagian daripada kecacatan yang dimaksudkan itu.

7.2 Perhubungan Kontrak dan Tawaran

 Tawaran adalah merupakan satu atur cara untuk menjemput kontraktor- kontraktor bagi
menghargakan tawaran yang dikemukakan oleh pihak pemilik. Dokumen yang digunakan
dipanggil sebagai Dokumen Tawaran.

 Apabila harga tawaran tersebut telah dipersetujui di antara pihak pemilik dan kontraktor maka
ikatan kontrak akan dijalinkan dengan menandatangani satu dokumen lengkap yang dipanggil
sebagai Dokumen Kontrak.

 Dokumen ini bertujuan untuk menerangkan tanggung jawab setiap pihak yang terlibat dalam
kontrak tersebut.

7.3 Jenis, Ciri, Keperluan, kebaikan dan keburukan perolehan (Procurement)

7.3.1 Kontrak adalah perlu kerana memandangkan saiz dan kerumitan pengendalian bangunan-
bangunan moden masa kini melibatkan pakar-pakar dan kontraktor kecil. Berbagai-bagai jenis
kontrak digunakan dalam industri pembinaan. Di antaranya ialah;

a) Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Senarai Kuantiti.
Merupakan jenis kontrak yang biasa digunakan. Pelan disediakan dan segala butiran kerja
dan kuantiti ditentukan dalam dokumen tender sebelum tender dipelawa. Penender yang
menyertai tender akan menentukan harga untuk butir-butir kerja yang terkandung dalam
Dokumen Tender. Senarai Kuantiti ini mengandungi beberapa pecahan jumlah harga tender
untuk setiap elemen bangunan seperti dinding luar, dinding dalam, kerangka, tingkap, pintu,
tangga, bumbung dan lain-lain.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

Kebaikan :
 Kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami bidang kerja masing-masing

apabila menggunakan kontrak berdasarkan senarai kuantiti.

 Kadar harga yang terkandung di dalam dokumen kontrakakan menjadikan asas untuk
menilai bayaraan kemajuan kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dan menilai
perubahan kerja.

 Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untukmengira kuantiti bagi membeli
bahan binaan.

 Kontraktor juga dapat menentukan sebutharga dari sub kontraktor.

 Kontraktor boleh memastikan kerja yang dilakukan meliputi bidang kontrak.

Kelemahan :
 Jurukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agaklama untuk menyiapkan pelan

dan senarai kuantiti.

 Kontrak ini hanya boleh digunakan jika mempunyai masaa yang cukup untuk
menyediakan dan menyiapkan pelan dansenarai kuantiti.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

b) Kontrak Harga Gumpal Berdasarkan Lukisan, spesifikasi dan Jadual kadar
harga.
 Di dalam kontrak ini, kontraktor dikehendaki melaksanakan kerja untuksetiap
elemen dengan sejumlah wang yang telah ditentukan jumlahnya (seperti yang
telah ditender). Bagi kontrak ini, penender tidak dibekalkan senarai kuantiti
tetapi dibekalkan jadual kadar harga piawai yang disertakan bersama dalam
dokumen tender.

 Butiran kerja terkandung di dalaam pelan dan bahan serta cara kerja
diperihalkan di dalam spesifikasi tetapi senarai kuantiti tidak dibekalkan.

 Jadual kadar harga akan digunakan sebagai asas untuk menilai bayaran
kemajuan kerja yang telah disiapkan dan juga untuk menilai perubahan kerja.
Jika perubahan kerja (Variation Order) yang wujud tidak disenaraikan di dalam
jadual kadar harga, Jurukur Bahan akan berunding dengan kontraktor untuk
menyetujui satu kadar harga yang sesuai.

c) Kontrak Turnkey
 Dasar kontrak Turnkey ialah seluruh tanggungjawab terletak kepada pihak
kontraktor bermula dari peringkat perancangan , mereka bentuk pembinaan dan
pengawasan sehingga kepada penyudahan projek dengan masa yang telah
ditetapkan dan harga yang dipersetujui. Terdapat 2 faktor kenapa kontrak
Turnkey diperkenalkan :
 keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu
 pemilik kekurangan kumpulan pakar.

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

Kebaikan :
 Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat

kerana kontraktor sepenuhnya terlibat di dalam proses pembinaan bermula dari
awal hingga akhir.
 Penglibatan kontraktor di peringkat awal dapat menjayakan projek itu lebih
berkesan. Kontraktor dapat memberikan pandangan serta pendapatnya secara
sepenuhnya berkaitan projek pembinaan.
 Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenaihal-hal yang
berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain.

Keburukan:
 Harga bagi sesuatu projek adalah tinggi jika dibandingkandengan ystem

tradisional.
 Boleh menjejaskan penglibatan perunding-perunding tempatan di mana

kebiasaannya kontraktor Turnkey akan melantik perunding-perundingnya sendiri.
 Kontraktor Bumiputera dan tempatan tidak mampu bersaing untuk mengambil

bahagian kerana ia digunakan bagi projek yangharga dan pengurusan yang tinggi.

d) Kontrak Harga Tambah (“Cost Reimbursement”)

Kontrak Cost Reimbursement dikenali juga sebagai Kontrak Cost Plus.Kontrak ini
bermaksud pembayaran semula segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh
pihak kontraktor. Ini termasuklah kos bahan, loji dan buruh yang dipanggil sebagai
Wang Kos Prima dan ditambah dengan pembayaran (fee) untuk menampung
keuntungan danperbelanjaan pengurusan (overhead). Sesuai untuk projek-projek yang
rumit dan perlu disiapkan segera. Perbelanjaan pengurusan termasuklah :

 Gaji pengurus
 Sewa pejabat
 Alatan/kelengkapan pejabat
 Bil-bil seperti elektrik, telefon, air dan sebagainya
 Insuran-insuran

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

 Cukai-cukai
 Faedah bank
 Elaun-elaun kereta, pengangkutan, perjalanan dan sebagainya.

 Kontrak jenis ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

(a) Wang Kos Prima + Yuran Tetap.

 Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenar dan ditambah dengan
kos pengurusan dan keuntungan yang telah ditetapkan.

 Kos pengurusan dan keuntungan mesti telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan
kontraktor sama adasecara tender atau perundingan.

 Adakah anda keliru? Jangan risau, sila rujuk Jadual 6.1 dibawah.

CONTOH : RM RM
39000
Kontrak WKP + Yuran Tetap 59000 110000
1. Kos Buruh 10000 15000
2. Kos Bahan 2000 125000
3. Kos Kerja Sub Kontraktor
4. Kos Alat Jentera & Loji
Tambah Yuran yang ditetapkan

Kos Projek

Jadual 7.1 : Wang Kos prima + Yuran Tetap

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

(b) Wang Kos Prima + Peratus Yuran .

 Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenardan ditambah dengan kos
pengurusan dan keuntungan mengikutperatus yang telah ditetapkan. Kos Pengurusan
dan keuntunganmesti telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor.

 Peratus yuran dikira dari jumlah kos pembinaan sebenar. Semakin banyak perbelanjaan
yang dikeluarkan oleh pemilikuntuk WKP maka kontraktor akan mendapat imbuhan yang
lebih tinggi.

 Bagi mendapatkan penerangan yang jelas , anda boleh rujukJadual 6.2 di bawah.

CONTOH : RM RM
40000 50000
Kontrak WKP + Peratus Yuran 10000 66000
1. Kos Buruh 10500
Tambah 25 % 60000
6000 2200
2. Kos Bahan
Tambah 10% 10000 128700
500
3. Kos Kerja Sub Kontraktor
Tambah 5 % 2000
200
4. Kos alat jentera & loji
Tambah 10 %

Kos Projek

Jadual 7.2 : wang kos prima + peratus yuran

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

(c) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran.

 Untuk kontrak jenis ini kos sasaran (target cost) bagi sesuatu pembinaan mestilah
dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor. Mempunyai factor insentif kepada kontraktor
bagi menggalakkan penjimatan kos pengurusan dan keuntungan akan diberi kepada
kontraktor sekiranya kos pembinaan sebenarkurang daripada kos sasaran asal. Sebaliknya
kontraktor akan dikenakan denda/potongan sejumlah wang yang patut diterima jika kos
pembinaan melebihi kos sasaran. Dengan cara ini kontraktor mempunyai inisiatif untuk
menjimatkan kos pembinaan dan mempercepatkan penyiapan projek bagi mendapatkan
bonus.
Beberapa perkara penting yang mesti dipersetujui dalamkontrak jenis ini ialah :
a. Jumlah kos sasaran
b. Bonus atau denda yang perlu dibayar
c. Kualiti kerja yang perlu dicapai

CONTOH :

Kontrak WKP + Kos Sasaran RM RM
(Kos Sasaran RM 110,000)
1. Kos Buruh 38000 108000
2. Kos Bahan 58000 15400
3. Kos Kerja Sub Kontraktor 10000 123400
4. Kos alat jentera & loji 2000
Yuran yang dirunding 15000
Tambah 20% ke atas RM2000
(RM 400

Kos Projek

Jadual 7.3 : Wang Kos Prima + Kos Sasaran

Prosedur Kontrak
Kursus Teknologi Binaan Bangunan

CONTOH :

Kontrak WKP + Kos Sasaran RM RM
(Kos sasaran RM 110,000)
1. Kos Buruh 41000 111000
2. Kos bahan 58000 14800
3. Kos kerja Sub Kontraktor 10000 125600
4. Kos alat jentera & Loji 2000
Yuran yang dirunding 15000
Kurang 20% ke atas RM1000 (-) 200
(RM 110000 – RM 111000)

Kos Projek

Jadual 7.4 : Wang Kos Prima + Kos Sasaran

PROSEDUR KONTRAK
42 | P a g e


Click to View FlipBook Version