MPU230212 PENGAJIAN ISLAM
KEBAIKKAN SKIM YANG DITAWARKAN OLEH SYARIKAT
TAKAFUL DI MALAYSIA TERHADAP PENCARUM
PENSYARAH : PUAN ALINA ALINAWATI AB AZIZ
@KAMARULZAMAN
NAMA KUMPULAN
NUR ALYA SYAHERA BINTI
KAMARUDIN
(04DAT20F2059)
AISYA NABILA BINTI CHE KAR
(04DAT20F2027)
NUR AZLIANA SYAHIRA BINTI
ZAIDI
(04DAT20F2011)
ISI KANDUNGAN 1
2
Kata kata aluan 3
Pengenalan 4
Definisi takaful 5
Ciri-ciri takaful 6
Jenis-jenis perlindungan takaful 7
Takaful vs insurans konvensional 8
Salah faham takaful 9
Zurich takaful Hibah 10
Kelebihan takaful hibah vs simpanan 11
sendiri 12
Kenapa hibah perlu miliki 13
Golongan yang perlu hibah
Kesimpulan
Rujukan
KATA-KATA ALUAN...
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam. Tuhan Yang Pemurah lagi
Maha Pengasih. Tuhan yang menguasai hari
pembalasan kepadaMu kami memohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan jalan
yang engkau beri nikmat kepada mereka. Dan bukan
jalan jalan orang yang engkau murkai dan bukan pula
jalan orang orang yang sesat. Bersyukur kami dengan
limpah kurnianya dapat juga kami siapkan tugasan
secara berkumpulan ini yang diamanahkan kepada
kami yang diberikan oleh Ustazah Alina Alinawati
Ab.Aziz@Kamarulzaman.
Apa itu TAKAFUL ?
❖ Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh
Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak
produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan,
Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga
merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan
kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana
dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan
dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah)
dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah
perlindungan Takaful.
❖ Syarikat Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada
tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984.
Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association
MTA) ialah badan yang bertanggungjawab untuk menjadi
rujukan untuk semua perkara berkaitan Takaful di Malaysia.
Selain itu, industri Takaful di Malaysia turut dikawal selia
oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
CIRI-CIRI TAKAFUL :
Perkongsian risiko – risiko tidak hanya ditanggung oleh
syarikat insurans sepertimana insurans konvensional, tetapi
turut ditanggung oleh semua pihak dibawah Takaful
tersebut.
Polisi ‘no claim cashback’ – jika anda tidak membuat
sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan tersebut,
anda akan terima rebat tunai dari syarikat Takaful anda.
Jumlah rebat tersebut ditentukan oleh syarikat Takaful dan
tiada jumlah tetap.
Patuh Shariah – perlu mematuhi undang-undang Shariah
dan tidak terlibat dalam sebarang transaksi haram.
Jenis-jenis perlindungan dibawah
Takaful:
Produk takaful dikategorikan kepada dua, produk
Takaful keluarga dan produk Takaful am.
1. Takaful Keluarga
Takaful Keluarga: menawarkan perlindungan dan simpanan
jangka panjang untuk individu dan keluarga.
Takaful berkaitan Pelaburan: Takaful keluarga yang
menggabungkan pelaburan patuh Shariah dengan pelindungan
Takaful.
Takaful Perubatan dan Kesihatan: perlindungan untuk
tanggungan kos rawatan dan kemasukan ke wad di hospital
swasta.
Takaful Pendidikan Anak: menyediakan perlindungan
kewangan untuk anak anda sekiranya anda ditimpa
malapetaka seperti kemalangan, kecacatan kekal, atau
kematian. Pada masa yang sama, pelan Takaful ini juga
bertindak sebagai simpanan jangka panjang untuk
menampung pengajian anak anda.
2. Takaful am:
Takaful Kenderaan: Takaful pihak ketiga yang melindungi
anda dari kerugian dan kerosakan keatas kenderaan pihak
ketiga yang disebabkan oleh kemalangan, kecurian, ataupun
kebakaran. Takaful ini turut melindungi pemegang dari
kerugian dan kerosakan keatas harta, kecederaan dan juga
kematian. Pelan Takaful kenderaan yang menyeluruh akan
melindungi pemegang dan juga pihak ketiga (contohnya
penumpang) dari kerugian dan kecederaan akibat
kemalangan, kecurian atau kebakaran.
Takaful Rumah: terdiri dari 2 jenis iaitu Takaful Rumah
(Houseowner) dan Takaful Isi Rumah (Householder). Takaful
rumah melindungi struktur rumah pemegang dari kerosakan
dan kerugian disebabkan oleh banjir, kebakaran, atau
bencana lain. Takaful isi rumah (Householder) pula
melindungi isi rumah, seperti perabot, barangan rumah,
peralatan elektrik, dan lain-lain dari kerosakan dan kerugian.
Takaful Kemalangan Diri: melindungi anda dan keluarga
dengan menyediakan pampasan sekiranya berlaku
kematian, kecederaan, atau kecacatan yang disebabkan dari
kemalangan.
Takaful vs Insurans Konvensional
Takaful Insurans Konvensional
Berdasarkan konsep Berdasarkan faktor
kerjasama komersial sahaja
Tertakluk kepada undang- Tertakluk kepada akta &
undang Shariah dan undang-undang yang
undang-undang kerajaan diwartakan kerajaan sahaja
Wang pemegang takaful Premium yang disumbang
hanya boleh dilaburkan pemegang insurans boleh
dalam pelaburan patuh dilabur dalam semua bentuk
Shariah sahaja pelaburan, tidak semestinya
patuh Shariah
Bebas dari Riba’, unsur
Gharar (ragu-ragu), dan Mungkin mengandungi
Masyir (perjudian) unsur Riba’, Gharar (ragu-
ragu), dan Masyir (perjudian)
Berdasarkan konsep
perkongsian risiko. Risiko Risiko ditanggung
dikongsi bersama oleh sepenuhnya oleh syarikat
semua pihak dibawah insurans selepas bayaran
perlindungan Takaful dibuat oleh pemegang
tersebut yang telah insurans.
dipersetujui bersama.
Salah faham terhadap Takaful.
▪ Takaful Hanya untuk Muslim
Takaful terbuka untuk semua, dan individu bukan Muslim
juga boleh medapatkan perlindungan Takaful atau menjadi
ejen Takaful. Kurang tahap kesedaran dan salah faham
mungkin sebab mengapa ramai berfikiran Takaful hanya
untuk golongan Muslim, padahal perlindungan Takaful luas
dan tanpa sepadan. Jadi, masyarakat perlu tahu terdapat
banyak pelan insurans yang boleh dimohon selain pelan
konvensional.
▪ Prinsip asas takaful berbeza dengan insurans
konvensional
Takaful dan insurans konvensional berkongsi prinsip asas
dan objektif yang sama. Kedua-duanya melindungi individu
dan badan korporat dari kerugian dan bahaya. Terdapat
objektif sama iaitu untuk meringankan beban kewangan
yang tercetus dari bencana dan kemalangan.
TAKAFUL HIBAH
APAKAH TAKAFUL HIBAH?
▪ Sejumlah dana yang diperuntukan khas kepada sesiapa
yang kita inginkan selepas kita tiada (meninggal dunia).
APA KEPERLUAN TAKAFUL HIBAH INI?
Dana ini boleh digunakan untuk beberapa perkara selepas
ketiadaan kita:
a) Membayar hutang piutang yang kita tinggalkan kepada
waris kita.
b) Menderma, badal haji, wakaf dan amalan yang Kita
tinggalkan setelah kita tiada.
c) Menyara kehidupan waris yang kita tinggalkan.
d) Membantu waris memulakan kewangan untuk punca
pencarian yang telah tiada lagi.
TAKAFUL HIBAH DARI ZURICH TAKAFUL
❑ Takaful Hibah merupakan pelan takaful yang memberi
pampasan wang kepada penama (sesiapa sahaja)
sekiranya pemegang sijil Takaful Hibah meninggal dunia
atau hilang upaya kekal.
❑ Takaful Hibah menyalurkan pampasan tanpa tertakluk
kepada hokum Faraid kerana yang kompleks dan
memakan masa yang sangat panjang.
❑ Ini kerana pihak Zurich Takaful akan meminta pemilik
sijil takaful berkenaan agar meletakkan nama waris
apabila mendaftar sebagai wasiat.
KELEBIHAN TAKAFUL HIBAH VS KUMPUL
SENDIRI
Tujuan ambil pelan hibah : Wariskan wang sebanyak
RM250,000.00 kepada isteri sebagai wang perbelanjaan
sekiranya anda tidak lagi mampu bekerja akibat kematian
atau hilang upaya kekal.
Caruman adalah RM100/bulan.
Jantina Client: Lelaki
Umur: 32 tahun
Status: Sudah berkahwin
Pekerjaan: Jurutera
TAKAFUL HIBAH KUMPUL SENDIRI
Mencarum RM100 di Simpan sendiri RM100
takaful, selama 30 tahun.
Anda serta merta mendapat Jumlah RM36,000 (RM100 x
wang RM250,000 di bulan 30 tahun) untuk dijadikan
pertama sepanjang 30 tahun harta wasiat..
untuk dijadikan harta wasiat.
KENAPA PELAN TAKAFUL HIBAH INI
PATUT DIMILIKI?
a)Mewariskan harta dalam bentuk wang kepada sesiapa
dengan mudah tanpa sistem Faraid.
b) Boleh wasiatkan wang kepada badan amal dan
kebajikan apabila berlaku kematian (sebagai amal jariah).
c) Mengelakkan konflik perebutan harta pampasan di
kalangan keluarga dan saudara mara.
d) Wang boleh terus diwariskan kepada isteri/anak-anak
untuk meneruskan hidup.
e) Wang boleh diwariskan kepada ibu bapa sekiranya ibu
bapa di bawah tanggungan anda.
f) Boleh diwariskan kepada seberapa penama yang
diinginkan mengikut % yang anda ingin.
a. Contohnya hibah RM500,000.00 dibahagikan 50%
kepada isteri dan 50% kepada ibu bapa. Bermakna isteri
akan terima RM250,000.00 dan ibu bapa RM250,000.00
❖ Caruman bulanan bergantung kepada factor
jantina, umur, pekerjaan, dan lain-lain. Sekiranya
anda ingin dapatkan quotation untuk pelan Takaful
Hibah
GOLONGAN HIBAH YANG PERLU DI
AMBIL?
1. Orang yang banyak hutang
2. Tanggung keluarga seorang diri
3. Ada anak angkat
4. Mempunyai anak OKU
5. Duda/janda tanggung keluarga.
6. Mempunyai anak perempuan sahaja.
7. Syarikat enterprise
8. Share partner
9. Ibu tunggal
10. Harta pusaka nilaian yang tinggi.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang telah diselesaikan, kami
berpendapat skim-skim yang dikeluarkan oleh syarikat
takaful amat membantu masyarakat kini dalam aspek
perancangan kewangan. Tanpa adanya takaful sudah
pasti sulit bagi kita menghadapi musibah. Sakit,
kemalangan dan kematian boleh berlaku bila2 masa
sahaja kerana kita tidak dapat menjangka bila perkara
tersebut akan berlaku.
Bagaimana kita nak hadapi musibah sekiranya kita
tiada walaupun satu skim takaful? Bagi seorang bapa,
sekiranya berlaku kematian, apakah nasib keluarga
mereka tanpa adanya ketua keluarga. Tentu sulit bagi
seorang ibu untuk meneruskan hidup bersama anak-
anak. Alangkah indahnya jika bapa mereka mempunyai
takaful. Jika berlaku sebarang musibah pihak takaful
akan menyumbang dana bagi menampung kehidupan
isteri & keluarga untuk meruskan hidup.
Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh kepentingan
bertakaful perlu dipupuk oleh masyarakat kini. Pada
masa kini Takaful sudah menjadi keperluan bagi kita
bukan lagi kehendak.
Sekian, terima kasih.
SUMBER RUJUKAN
1. https://takaful-zurich.weebly.com/takaful-hibah.html
2.https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%
2Fwww.klik.com.my%2Fitem%2Fstory%2F5402304%2Fzu
rich-insurance-sasar-8-000-
ejen&psig=AOvVaw0a3tamiQ8jrnwzuSsmov-
V&ust=1639017876463000&source=images&cd=vfe&ve
d=0CAsQjRxqFwoTCJDA0buX0_QCFQAAAAAdAAAAABAD
3. Facebook Page : Zurich Takaful
4. Akhbar Mohd Khidir Zakaria Metro
5.https://www.google.com/search?q=takaful+hibah&tb
m=isch&ved=2ahUKEwjft8nsl9P0AhVV1XMBHRQpA_8Q2
cCegQIABAA&oq=takaful&gs_lcp=CgNpbWcQARgCMgcII
xDvAxAnMgcIIxDvAxAnMgQIABBDMgQIABBDMgUIABCA
BDIFCAAQgAQyBQgAEIAEMgUIABCABDIFCAAQgAQyBQg
AEIAEOgYIABAIEB46CggjEO8DEOoCECc6BQgAELEDOggIA
BCABBCxAzoICAAQsQMQgwE6CwgAEIAEELEDEIMBOgQI
ABADUMYHWI5IYOFSaAFwAHgDgAG4AYgBtRCSAQQ0LjE
0mAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWewAQrAAQE&sclient=i
mg&ei=ahywYd_aB9Wqz7sPlNKM-
A8&bih=649&biw=1366&rlz=1C1BNSD_enMY975MY975
SEKIAN TERIMA KASIH DARI KAMI...