KAJIAN LAPANGAN
TINGKATAN 3
TAJUK : KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN BANDAR
DARULAMAN, KEDAH
NAMA : NUR IZZATUL INSYIRAH BINTI BURHAN
KELAS : 3 IRSYAD
SEKOLAH : SEKOLAH BERASRAMA PENUH
INTEGRASI KUBANG PASU
PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat allah s.w.t kerana dengan izin, limpah dan kurnia-Nya dapat
saya menyiapkan ker ja lapangan geograf i ini sehingga selesai dengan lengkapnya . Terima
kasih tidak terhingga kepada guru geografi saya, Puan Asmaniza binti Yop yang telah
banyak membimbing, memberi panduan dan mendorong saya menyiapkan kerja lapangan
ini.
Ucapan terima kasih juga buat ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan,
tunjuk ajar dan bantuan sehingga kajian ini selesai hingga ke penghujung. Begitu juga
kepada adik beradik saya yang tidak lekang memberikan kata-kata semangat supaya saya
meneruskan kajian ini dengan penuh rasa tanggungjawab.
Saya juga berterima kasih kepada semua responden yang memberikan kerjasama
dengan baik dan sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan yang diberikan melalui
platform google meet. Mereka ialah Encik Jab bin Salleh, Puan Hasmah binti Hassan dan
Puan Anis Syafika binti Adam.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan setingkatan dan sekelas
3 Irsyad yang memberi banyak motivasi dan nasihat walaupun secara jarak jauh akibat
wabak covid-19 ini.
PENDAHULUAN
Saya, Nur Izzatul Insyirah binti Burhan, tingkatan 3 Irsyad dari Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Kubang Pasu telah menjalankan kerja lapangan geografi Tingkatan 3 yang
bertajuk Kegiatan Ekonomi di Kawasan Bandar Darulaman, Kedah.
Saya telah memilih Bandar Darulaman sebagai lokasi kajian kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan tempat tinggal saya dan ahli keluarga. Hal ini telah memudahkan
usaha saya mengumpul dan menyusun maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan
kerja lapangan ini.
Masa yang diberikan kepada semua calon bagi menyiapkan kerja kursus ini ialah
bermula dari 21 Jun 2021 hingga 1 Julai 2021 iaitu selama 11 hari. Bagi saya, tempoh yang
diberikan bersesuaian untuk saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna bagi
mencari maklumat dan bahan tentang kawasan kajian.
Saya berharap kajian lapangan saya memenuhi kehendak guru dan mencapai objektif
pembelajaran.
OBJEKTIF
• Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi utama di Bandar Darulaman Jitra,
Kedah.
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi utama di
Bandar Darulaman, Kedah.
• Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi utama tersebut kepada
Kawasan Bandar Darulaman, Kedah.
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Gambar menunjukkan peta bagi kawasan Bandar Darulaman,
Kedah yang dipetik dari Google Map.
TAFSIRAN PETA
Peta menunjukkan lokasi di Bandar Darulaman,Kedah dan kawasan sekitarnya yang
terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat ciri pandang darat f izikal dalam
peta tersebut iaitu hutan. Dalam peta ini juga mengandungi ciri pandang darat budaya
seperti masjid, sekolah, kilang, petempatan, jalan raya dan pejabat pos.
Dianggarkan bahawa 80% daripada penduduk di sini berkaum melayu, 14%
berkaum cina dan 6% berkaum india. Peratusan kaum melayu mempunyai nilai
tertinggi kerana dipengaruhi oleh banyak tempat ibadat di Bandar Darulaman seperti
Masjid Al-Muttaqin dan Masjid Taman Mahsuri .
Penduduk di sini bekerja dalam banyak kegiatan seperti pembuatan dan
perindustrian, pembinaan, pendidikan dan pengangkutan. Kegiatan utama yang
difokuskan penduduk di sini ialah kegiatan pembuatan dan perindustrian.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untu menyiapkan kajian ini. Kaedah
pertama yang saya gunakan ialah kaedah pemerhatian di Kawasan Bandar Darulaman.
Melalui kaedah ini saya memerhati dan mengambil beberapa keping gambar bangunan di
tempat kegiatan ekonomi dijalankan di Bandar Darulaman.
Seterusnya, saya menggunakan kaedah temu bual iaitu dengan bertanya dan
mendapatkan maklumat mengenai kegiatan ekonomi di kawasan kajian terhadap 3 orang
responden yang merupakan penduduk asal Bandar Darulaman.
Akhir sekali, saya menggunakan kaedah merujuk kepada sumber internet.
Dengan cara ini, saya boleh dapatkan maklumat tambahan tentang penduduk Kawasan
Bandar Darulaman dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan di sini.
KEGIATAN EKONOMI UTAMA
Kegiatan ekonomi utama di Bandar Darulaman ialah kegiatan pembuatan dan
perindustrian. Hal ini kerana, Bandar Darulaman mempunyai pelbagai kilang pembuatan
barang harian dan automotif seperti Kilang Permintex Furukawa yang membuat
komponen -komponen motorsikal daripada bahan tidak berasaskan sumber.
Gambar menunjukkan Kilang Permintex Furukawa Autoparts
Malaysia Sdn.Bhd di Bandar Darulaman.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN
EKONOMI
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonom i di Bandar Darulaman .
Antaranya ialah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Hal ini kerana, produk
yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi serta digunakan dalam pelbagai bidang.
Contohnya ialah Kilang Prime Assignment Sdn.Bhd. membekalkan banyak produk bagi
bidang kejuruteraan dan industri pembuatan tayar seperti bearing, slitter knife, linear
guide dan cutter blade.
Selain itu, faktor kedua ialah kemajuan teknologi di Bandar Darulaman. Hal ini
kerana, teknologi yang canggih dan moden berkembang seiring dengan kemajuan bandar
dapat mempercepatkan sesuatu kerja dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan.
Contohnya, Sheet Metal Laser Cutting Machine berfungsi untuk memotong semua jenis
logam tidak kira besar mahupon kecil bagi menjimatkan tenaga manusia dan
menyenangkan proses pemotongan.
Gambar menunjukkan Sheet Metal Laser Gambar menunjukkan Kilang Prime
Cutting Machine di Kilang Nichias Sdn.Bhd Assignment Sdn. Bhd.
KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI
Terdapat dua kepentingan yang mempengaruhi kegiatan ekonom i di Bandar
Darulaman. Antaranya ialah banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan seiring
dengan perkembangan dalam sektor perindustrian. Contohnya, Chocenwrapper
Chocolate House memperkembangkan perniagaannya daripada perniagaan secara
kecil-kecilan lalu membuka kilang persendirian mewujudkan banyak peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan.
Seterusnya ialah sektor perindustrian dapat memajukan ekonomi negara.
Produk yang berkualiti tinggi boleh dieksport keluar negara dan mendapatkan untung
yang tinggi sesuai dengan nilai produk di pasaran. Sekali gus, dapat membantu
pentadbiran negara dari segi kewangan. Contohnya, Zun Utara Industry Sdn.Bhd.
menghasilkan produk yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa dan dieksport ke
luar negara bagi memenuhi kehendak pengguna.
Gambar menunjukkan Kilang Zun Utara Gambar menunjukkan produk yang
Industry Sdn.Bhd. (SNOW) dihasilkan oleh Kilang Zun Utara
Industry Sdn.Bhd.
RUMUSAN
Secara keseluruhan, saya dapat mengenal pasti bahawa Kawasan Bandar
Darulaman merupakan kawasan yang banyak tertumpu pada kegiatan pembuatan
dan perindustrian. Penduduk di Bandar Darulaman juga mendapat banyak peluang
pekerjaan daripada sektor pembuatan dan perindustrian yang kian berkembang.
Saya juga dapat mengetahui dua faktor dan dua kepentingan yang mempengaruhi
adanya kegiatan ini di kawasan kajian.
Selain itu, terdapat pelbagai cabaran yang saya lalui ketika menyiapkan
tugasan yang diberikan, tambahan pula saya tidak boleh berjumpa dengan
responden secara bersemuka kerana hanya perlu duduk di rumah. Saya juga tidak
boleh melawat banyak tempat kajian kerana perlu mematuhi SOP yang telah
ditetapkan oleh kerajaan. Saya banyak menggunakan ilmu yang sedia ada serta
mencari maklumat di internet.
Walau bagaimanapun, saya amat berpuas hati dengan hasil usaha keras saya
dalam mencari maklumat menggunakan pelbagai kaedah yang inventif. Saya juga
akan berusaha menambahbaik cara pencarian maklumat tambahan yang lebih tepat
pada kajian yang akan datang.
LAMPIRAN
Gambar menunjukkan Kilang Nichias Gambar menunjukkan salah satu produk
Sdn.Bhd. yang dihasikan oleh Kilang Nichias Sdn.Bhd.
Gambar menunjukkan jumlah pendapatan bagi
kegiatan pembuatan di negeri Kedah pada akhir
tahun 2020.