PELANCONGAN
GASTRONOMI
GASTRONOMI
DEFINISI
Gastronomi adalah seni menyediakan makanan yang enak. Oleh
itu, perkataan itu berasal dari Yunani (gastronomi).
Gastronomi terdiri dari sekumpulan pengetahuan dan praktik
yang berkaitan dengan seni kulinari, resipi, ramuan, teknik dan
kaedah, serta evolusi sejarah dan makna budaya. Gastronomi
bukan satu di dunia, tetapi berbeza dari satu negara ke
negara lain, wilayah ke wilayah dan bahkan dari satu bandar ke
kota lain.
FAEDAH PELANCONGAN
GASTRONOMI
❑ Mengenali budaya berbeza.
❑ Melancong dapat menjana daya kreativiti minda.
❑ Melancong dapat meningkatkan kemahiran komunikasi
dan sosial.
❑ Melancong menguatkan lagi silaturrahim sesama rakan
dan keluarga.
❑ Melancong memberi anda peluang mencuba sesuatu
yang baharu.
❑ Melancong memberi anda peluang mengenali diri sendiri.
NEGERI YANG MENJADI PILIHAN
KEDAH
SARAWAK
KEUNIKAN MAKANAN DI KEDAH
CONTOH :
Ikan pekasam sehingga hari ini menjadi salah satu lauk
menjelang makan tengahari di negeri Kedah. Ia antara
makanan tradisi sejak dahulu lagi. Ikan ini akan melalui proses
pengawetan yang menggunakan bahan-bahan seperti beras,
garam dan asam keping. Ikan pekasam biasanya menggunakan
ikan air tawar kerana biasa dan mudah diperolehi dari sungai,
tali air mahupun sawah padi. Biasanya ikan yang digunakan
adalah ikan sepat, tilapia, puyu, lampam, haruan dan gelama.
JENIS-JENIS MAKANAN DI KEDAH
Laksa Kedah Ikan Pekasam
Sup Gamat
Kuih Bunga Pudak Gedung Chak Ubi Telampong
Pek Nga Kuih Dangai Kuih Qasidah
KEUNIKAN MAKANAN DI SARAWAK
CONTOH :
Jika di Jepun kita ada hidangan sushi, Sarawak juga tidak
kurang hebatnya. Ia juga memiliki sushi tradisi yang tersendiri
yang dikenali dengan nama umai. Umai ini merupakan makanan
tradisi masyarakat Melanau, namun hampir seluruh masyarakat
Sarawak menikmatinya serta menggemarinya. Umai
menggunakan makanan laut mentah seperti isi ikan, udang,
mahupun sotong. Makanan laut ini akan diperap bersama air
perahan limau, hirisan bawang merah serta cili padi bagi
menaikkan rasa. Penggunaan air perahan limau ini akan
menjadikan makanan laut tersebut ‘masak’ secara semulajadi.
JENIS-JENIS MAKANAN DI
SARAWAK
Laksa Sarawak Mee Kolok
Mee Belacan
Sayur Midin Manuk Pansuh Umai
Ikan Terubuk Kek Lapis Rendang Itik
Masin
Pendapat Saya Tentang
Pelancongan Gastronomi
Pada pendapat saya , makanan telah dianggap sebagai
warisan, perkara ini dapat dikatakan bahawa budaya
dapat dilihat dan dipelajari melalui makanan. Dunia kini
tidak mempunyai sempadan dan informasi dapat
dikongsi dalam beberapa saat.
HARAPAN SAYA
Saya berharap, dengan adanya pelancongan
gastronomi ini dapat membantu mempromosikan
makanan tradisional di seluruh pelusuk dunia.