The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofhiasupian, 2023-10-12 21:14:31

MAJALAH SM LOK YUK (CF) KOTA KINABALU 2021

SM LOK YUK (CF) 2021

ANALISIS KEPUTUSAN STPM 2020


BAHASA MELAYU RUANGAN BAHA S A


Tema: Seikat Bagai Sirih, Serumpun Bagai Serai Jeritan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 tidak dicapai semudah cerita kosong di kedai kopi malah rakyat pertiwi sudah celik akan sejarah ranjau berduri yang menjadi saksi tumpahnya darah nirmala sebelum era pascakemerdekaan ini bertunas. Pepatah ‘seikat bagai sirih, serumpun bagai serai’ amatlah sinonim dengan senario kehidupan masyarakat kita yang menyajikan perpaduan utuh antara kaum. Sejajar dengan konteks tersebut, peganglah pepatah ini sebagai prinsip kehidupan masyarakat majmuk demi memelihara kesejahteraan dan keamanan tanah air tercinta. Tambahan pula, jambatan perpaduan yang telah wujud kini adalah aset warisan daripada pejuang nusa yang harus disemat serta dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.Seiring dengan indikator eksplisit yang diketengahkan yakni dengan melebarkan horizon pemikiran jagat raya, tiada penafian bahawa perpaduan antara kaum mampu menjadi pentas perdana bagi mengekalkan keamanan nusa dan bangsa. Keamanan sesebuah negara pastinya dilihat daripada entiti penduduk kota yang bersatu teguh bercerai roboh demi mempertahankan negara hingga jasad ditelan tanah. Simbiosis daripada itu, organisasi masyarakat yang berlatarkan perbezaan agama, bangsa dan budaya mampu duduk semeja sekerusi untuk berjuang membentengi keharmonian negara daripada dicabuli pihak dursila. Natijahnya, ini akan lebih mengeratkan silaturahim serta mengutuhkan tali persaudaraan antara masyarakat selaras dengan pepatah bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Inilah cerminan bagi definisi tegap rumah kerana sasaknya, teguh negara kerana keutuhan bangsanya. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta tanpa auta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa perpaduan kaum merupakan tiang kepada kesejahteraan negara, jika teguh tiangnya maka teguhlah binaanya. Bertitik tolak daripada itu, realiti ini dapat kita katakan bahawa melalui alur perpaduan, semangat assabiyah yakni semangat kesukuan yang melampau mampu dielakkan daripada menjalar ke nadi rakyat. Semangat assabiyah ini akan memberi impak negatif dengan menimbulkan krisis persengketaan mahupun permusuhan antara kaum akibat daripada kencenderungan elemen individualistik insan tersebut. Sebagai analogi, masyarakat seharusnya menjunjung prinsip rukun negara yang memperlihatkan kedaulatan antara kaum melalui penyatuan pelbagai etnik yang unik. BAHASA MELAYU RUANGAN BAHA S A


Implikasinya, negara kita dapat menjadi uswah kepada negara-negara lain terutamanya Amerika Syarikat yang mengkodifikasikan dasar Aparteid iaitu dasar yang mempertontonkan jurang antara golongan berkulit cerah dengan golongan berkulit gelap. Ekoran daripada itu, janganlah menunggu kudis menjadi tokak baru ingin terngadah kerana beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis itu lebih baik agar apa-apa jenis permasalahan dapat dibendung dari awal kerana malang tidak berbau. Disingkatkan, semangat jati perpaduan merupakan penawar bagi mencegah semangat assabiyah daripada menempah sejarah hitam di negara kita. Lanjutan daripada interpretasi tersebut, sudah pasti tiada siapa yang menginginkan pisang berbuah dua kali dengan menyaksikan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali. Rentetan itu, modus operandi yang sistematik dan pragmatik perlu diimplemestasikan dengan mengetengahkan peranan masyarakat bumi emas bagi menghidupkan kembali jalur keharmonian antara kaum. Sementelahan, pandemik Covid-19 yang menghujani kancah kehidupan kita pada masa kini tidak pernah menjadi batas dan alasan untuk terus menyemarakkan perpaduan. Tamsilnya, kita boleh sahaja memanfaatkan teknologi digital dengan mengadakan sambutan kemerdekaan secara maya bagi memanifestasikan nilai keakraban serta membendung dasar diskriminasi antara kaum.Dengan prakarsa yang dilakukan, pelbagai lapisan masyarakat segenap empat penjuru kota yang hadir dapat berkomunikasi serta mengaplikasikan budaya kaum lain dari segi pemakanan mahupun pemakaian. Demikianlah senario ini berketepatan dengan kata-kata mutiara daripada bapa kemerdekaan Malaysia, manusia yang lemah sekalipun jika bersatu hati pasti mampu menggoncang dunia, itulah kuasa perpaduan. Lantaran berpaksikan kebenaran yang dicelikkan, izharlah bahawa peranan masyarakat untuk berkongkalikong dalam membentuk sinergi bagai aur dengan tebing bagi mengekalkan warna-warni perpaduan amatlah dominan kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sebagai penghias bicara akhir serta penutup wacana, dapat disimpulkan bahawa jika kita menggembleng tenaga bagi menerapkan konsep pepatah yang diketengahkan dalam konteks perbicaraan ini iaitu seikat bagai sirih, serumpun bagai serai dengan mengetepikan sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing, nescaya negara kita mampu mengalami anjakan paradigma bagi mewujudkan penduduk jagat raya yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi yakni merupakan prasyarat dalam mengekalkan kedaulatan nusa serta keharmonian bangsa. Bukan itu sahaja, bahkan negara kita mampu dijulang sebagai negara modal yang bukan sahaja pesat dalam aspek pembangunan fizikal malah perpaduan serta keakraban rakyat pertiwi yang mempunyai entiti mithali turut disanjung selaras dengan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara-negara yang maju berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Nukilan: Nur Qiqi Shamila Binti Bainting@ABD Halim (5ST) BAHASA MELAYU RUANGAN BAHA S A


Tema: Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai Tajuk: Kerjasama Mercu Kemenangan dalam Memerangi Covid-19 Diheboh-hebohkan di corong-corong radio dan televisyen antarabangsa dankebangsaan, Bumi emas Malaysia menaikkan namanya sebagai salah sebuah negara yang masyhur dalam kejayaan rakyatnya yang bersatu padu dalam memerangi virus Covid-19 yang menjadi isu hangat seantero jagat seperti gunung berapi yang masih aktif dan hanya Tuhanyang arif bilakah gunung ini akan meletus kembali. Walau bagaimanapun,dek kata pepatah “air pun ada pasang surutnya”, kes positif Covid-19 harian di Malaysia kembali membuatkemunculan khasnya dengan kes harian sebanyak dua puluh ribu dan keatas sejak kebelakangan ini. Oleh hal yang demikian, adakah kita yang memegang kad pengenalan berwarna biru muda bercopkan warganegara Malaysia hanya berduduk diam sahaja dan melihat negara tercinta kita tenggelam dalam kemelut penyakit binasa ini? Tepuk dada tepuk dahi tanyalah sendiri. Sebenarnya, terdapat pelbagai usaha yang boleh kita lakukan untuk memerangi penyakit Covid-19 ini, asalkan kita bekerjasama memikul tanggungjawab tersebut,bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat”.Untuk memerangi penyakit pembunuh senyap ini, pertama sekali kita semua perlulah membuka telinga kita sebesar mungkin serta menahan nafsu dan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan ditekankan oleh kerajaan dari permulaan kemelut jangkitan ini. Hal ini demikian kerana, segala prosedur yang telah disenaraikan adalah untuk mengelakkan jangkitan yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar ini daripada terus berleluasa dalam komuniti negara kita. Contohnya, prosedur penjarakan sosial satu meter antara diri sendiri dan orang lain adalah bertujuan untuk mengelakkan mereka yang bergejala untuk menjangkiti orang lain dengan melepaskan virus tersebut melalui titisan yang keluar daripada hidung dan mulut mereka selepas batuk dan bersin. Dengan melaksanakan SOP ini, sebenarnya, kita dapat membendung penularan virus jangkitan ini daripada bermaharajalela di negara ini. Tuntasnya,setiap warga yang tinggal di bawah tanah yang bergelar Malaysia ini haruslah bekerjasama menjalankan prosedur ini secara besar-besaran agar usaha ini lebih efektif demi kesajahteraan dan kesihatan semua lapisan masyarakat, persis peribahasa “ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni”.Selain itu, kita haruslah menghulurkan kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengawal pergerakan harian kita dan kekal berada di rumah seperti “burung di dalam sangkar” untuk membendung jangkitan senyap ini. Hal ini disebabkan apabila kita kerap keluar dari rumah, kebarangkalian untuk kita dijangkiti penyakit ini adalah lebih tinggi daripada berada di rumah kerana kita akan berjumpa dengan lebih ramai orang dan menjadi kontak rapat mereka. BAHASA MELAYU RUANGAN BAHA S A


Mengapakah kita perlu mengambil risiko sebegitu besar hanya untuk keseronokan sementara, bukan? Kita dikurniakan akal fikiran yang sempurna oleh Tuhan yang membenarkan kita berfikir secara kritis tentang akibat daripada tindakan kita sendiri. Kesimpulannya, kita haruslah seratus peratus berganding bahu mendengar nasihat KKM untuk terus berada di rumah demi menjaga keselamatan diri dan keluarga tersayang daripada penyakit yang tidak diundang ini sebelum terlambat, persis kata mutiara “sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna”.Seterusnya, untuk membendung penyakit yang semakin hari semakin menaikkan populasinya ini, kita hendaklah bersama-sama memberikan seratus peratus komitmen dalam menjaga kebersihan diri dan keluarga. Hal ini demikian kerana, kita tidak seharusnya menebalkan muka dan berharap sepenuhnya kepada vaksin atau ubat-ubatan yang sedia ada untuk menyembuhkan penyakit tersebut apabila dengan tidak sengaja terjangkit kepada kita. Situasi pada hari memperlihatkan kita keagungan dan kebesaran jasa-jasa barisan hadapan yang telah bertungkus lumus untuk membendung penularan penyakit ini daripada terus merebak, namun disebabkan kedegilan dan ego masyarakat dalam negara ini sendiri yang mensesiakan pengorbanan besar mereka. Menurut kajian, penjagaan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan cecair pembasmi kuman yang mengandungi alkohol adalah kunci utama untuk mengelakkan negara kita daripada dilanda lagi gelombang virus Covid-19. Tuntasnya, rendahkanlah ego kita dan tadahkanlah tangan kita untuk sama-sama membayar jasa petugas barisan hadapan dengan melindungi dan menjaga kebersihan diri dan keluarga supaya lebih cepat kita bangkit daripada mimpi ngeri ini.Di samping itu, kita semua yang bergelar manusia dan dilengkapi dengan sistem badan yang sempurna juga haruslah memberanikan diri untuk kerap pergi menjalankan pemeriksaan apabila menunjukkan gejala-gejala virus tersebut dengan “swab test” yang digunakan untuk memeriksa sekiranya ada jangkitan aktif virus pembawa maut ini dalam badan kita. Jika kita teliti konteks ini dengan lebih mendalam, kita tidak mempunyai kebolehan luar biasa yang mampu untuk mengetahui sekiranya kita dijangkiti oleh virus maut ini atau pun tidak, malah dalam keadaan tidak sedar kita mungkin menjadi salah satu penyambung rantaian penyebaran virus ini. BAHASA MELAYU RUANGAN BAHA S A


Misalnya, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang sering menyarankan mereka yang bergejala untuk pergi membuat pemeriksaan secepat mungkin sejak bulan Januari tahun lepas. Sekiranya, penduduk di seantero negara melakukan pemeriksaan ini, kita dapat memisahkan mereka yang telah disahkan positif virus Covid-19 ini daripada komuniti untuk mengelak daripada virus ini terus mengembangkan pertalian jangkitannya dengan lebih pantas serta tidak terkawal. Natijahnya, jangan kerana ketakutan kita untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan ini, kita menjadikan nyawa dan kesihatan ahli keluarga kita sebagai taruhan dan menjangkiti mereka, terutamanya mereka yang berada dalam usia emas, dek peribahasa “ kerana nila setitik,rosak susu sebelanga”. Bulan kian terang, bayang-bayang pun kian jelas, berhimpun cara yang boleh kita lakukan untuk memerangi virus Covid-19 ini, asalkan kita bersama-sama berjuang demi satu matlamat iaitu bebas daripada genggaman virus peragut nyawa ini, dek kata pepatah “Seikat Bagai Sirih, Serumpun Bagai Serai”. Perjuangan menentang musuh tidak terlihat ini adalah perjuangan kita bersama kerana kita berada dalam satu komuniti yang sama dan memegang status kewarganegaraan yang sama, iaitu sebagai rakyat Malaysia. Peperangan ini akan segera berakhir dan kita semua akan menikmati manisnya suasana harmoni yang sering diimpikan itu malahan memacu nama negara ke arah kegemilangan di puncak jagat semula. Nukilan: Syanisah Binti Chong Yin Kong (5SC) BAHASA MELAYU RUANGAN BAHA S A "TERIMA KASIH"


RUANGAN BAHASA INGGERIS


RUANGAN BAHASA INGGERIS One of the superstitions I have heard of from my family/ancestors is this : when they could not eat some food that they thought about or when offered by others, they must say the word “Tapun”. By saying the word “Tapun” , they can avoid any harm when going out from the house. The person I interviewed was my mother. She said it was practised by her ancestors and passed down to the children on using the word “Tapun”. Before going out, the ancestors will advise the children to say “Tapun” in front of the food to prevent unwanted things to happen. Since it was passed down to my mother’s generation, therefore, it has become her belief. “TAPUN” VE T HAN Y W O N G ( 2 C U R I E )


RUANGAN BAHASA INGGERIS The person I interviewed was my mother. She said that the superstition told to her by her ancestors is “Do not sleep facing the mirror” It is said so because some people believed that our soul leaves their body while sleeping, and the soul might be confused and try to possess the reflection on the mirror instead of the body. The truth is, it is to avoid people being startled at their own reflection especially those who have severe disease such as heart attack. “DO NOT SLEEP FACING THE MIRROR” AN G E L I M M A C U LAT E ( 2 C U R I E )


RUANGAN BAHASA INGGERIS The person I interviewed was my mother. She had always told me to never whistle at night when I was younger. I was curious so I asked her why, and she said "You're calling for the ghosts, so don't whistle!" Because of that statement I went quiet and didn't ask any further questions. “DON'T WHISTLE AT NIGHT!” EVE IVAN NA G I L B E R T ( 2 G AL I L E I ) Apparently, one night, she whistled at night and then she stopped whistling. But, the sound of whistling could still be heard although there wasn’t anyone around. Frightened, she has since then stopped whistling at night. (dun dun dun dun)*scary music playing* Now teacher is doing lessons about superstitions and asked me to make a report about them. Because of this, I asked my mother again about the don't whistling at night story. She said that her mother told her the same story. She also told me her experience about the superstition.


RUANGAN BAHASA INGGERIS N I C O L E L E E ( 2 C U R I E ) “Never point at someone with your index finger!” When I was a kid, my parents told me that I shouldn't point at someone using my index finger, because it would bring them bad luck. When I asked about it, my father told me that it was something my grandparents told them to keep them from appearing rude. Granted, pointing at someone with your index finger can appear quite disrespectful to some people, (especially if it's directed towards a stranger) since it can make them a subject of scrutiny. This is why my parents have taught me to point with my thumb instead, since it's more discreet that way. Although I don't believe in this superstition, I still do it out of respect for other people.


⽇ ⽂ ⽂ 学 创 作 ⻆ 落 RUANGAN BAHASA JEPUN


Ruangan Sukan & Kokurikulum


KEJOHANAN MERENTAS DESA VIRTUAL RUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA 03 Oktober 2021 hingga 16 Oktober 2021


KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN OLAHRAGA MSS Daerah secara atas talian 03-05 September 2021 MUHAMMAD ISYHAN BIN THOMAS DEMOND


CHIN VUN SIM


SOLLEHUDDIN BIN RAZAK


CHERFIE RESIE CHONG


NUR BIBI ASHANA HASYIMAH BINTI MOHAMAD HASHIM


ASHLEY FOONG WEN QI


ISAAC GERALD ABDULLAH


MARC EDISON MARTONY


MUHAMMAD FIRDAUS BIN SHALIM


NATHANIA WONG TZE XING


QYURINE QAMELIA BINTI THOMAS DEMOND


SUESHERY IVA JOMILIN


PENCAPAIAN


KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN OLAHRAGA MSS SABAH SECARA ATAS TALIAN 17 - 20 SEPTEMBER 2021


KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN OLAHRAGA


KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN MSS MALAYSIA SECARA ATAS TALIAN 03 - 16 OKTOBER 2021


STAR OF THE MONTH


Click to View FlipBook Version