The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU NOORAIDAH AHMAD, 2021-10-01 22:12:36

NYAWA DI HUJUNG KAKI

NYAWA DI HUJUNG KAKI

Penulis : Mahmood Rail

Edited anyflip : @riff

Pada zaman dahulu ada seorang raja bernama Shah
Amin. Baginda seorang raja yang baik dan bijak
memerintah negeri.

Bagaimanapun, Shah Amin mempunyai perangai
dan sikap yang berbeza daripada raja-raja lain pada
zaman itu.

Baginda Shah Amin suka menonton perkara yang
luar biasa dan pelik-pelik.

Kesukaan baginda yang utama ialah memburu
binatang di dalam hutan. Baginda amat megah jika
dapat "santap" daging rusa atau kijang yang baginda
tangkap sendiri.

Pada suatu hari, baginda berhajat akan pergi
memburu di hutan yang belum pernah didatangi
manusia. Baginda memerintahkan Dato' Bendahara
membuat persiapan. Biasanya, baginda akan berada
di hutan, tiga atau empat hari.

1

Setelah tiba masanya, rombongan baginda bertolak
dari istana. Selain dari Dato' Bendahara, baginda
diiringi oleh lima belas orang pengawal dan
hulubalang Negeri.

"Kita singgah dulu di rumah tukang besi. Beta
ingin mengambil pedang baru," titah Shah Amin
ketika rombongan baginda dalam perjalanan.

"Ampun, tuanku! Titah dijunjung," Dato' Bendahara
mendatang sembah.Rombongan baginda semuanya
menunggang kuda.Apabila sampai di rumah tukang
besi, baginda memerintah tukang besi mengambil
pedang yang baru diperbuat itu.

2

"Tajamkah pedang ini?" tanya baginda apabila
tukang besi menyembahkan pedang itu.

"Ampun, tuanku! Teramatlah tajamnya. Tuanku
harus berhati-hati apabila menggunakannya,"
sembah tukang besi.

Baginda Shah Amin memegang hulu pedang itu
dengan kemas. Baginda menarik pedang itu dari
sarungnya dengan berhati-hati.

"Oh, cantiknya mata pedang ini!" kata baginda.
Tiba-tiba pedang itu terlucut dari genggaman,
lalu jatuh menimpa ibu kaki baginda. Ibu kaki
baginda luka.

3

"Hei, kaki beta luka! Macam mana pedang ini boleh
jatuh?" kata baginda agak terperangjat.

Dato' Bendahara menerkam ke arah ibu kaki
baginda.

"Sakit, tuanku? Dato' Temenggong, ambilkan
ubat," Dato' Bendahara mengarahkan rakannya
mencari ubat.

"Tidak sakit. Lukanya sikit saja," jawab baginda.
Dato' Temenggung membalut ibu kaki baginda
raja dengan getah daun keladi burung. Getah keladi
burung amat mujarab untuk merawat luka.

4

"Dato' Bendahara, apa alamatnya kejadian ini
berlaku?" tanya baginda.

"Alamat baik, tuanku!" jawab Dato' Bendahara.

"Cis! Tidak guna!" kata baginda dengan murka.

"Dato Temenggong, bawa balik Dato' Bendahara
ke istana. Kurung. Apabila kita pulang daripada
memburu, bunuh dia." titah baginda dengan marah.

Baginda amat murka dengan jawapan Dato'
Bendahara.

Dato' Bendahara dikurung dalam penjara.
Sementara itu rombongan baginda terus pergi ke
hutan memburu.

Nasib rombongan sememang tidak baik. Apabila
tiba di hutan, rombongan baginda telah diserang
oleh kumpulan orang hutan. Semua hulubalang dan
pengiring baginda terkorban.

5

Baginda tidak dibunuh tetapi telah dibawa oleh
kumpulan orang hutan itu masuk ke dalam gua.
Tempat itu ialah tempat tinggal raja mereka.

Di dalam gua itu juga tinggal ketua kumpulan
orang hutan dan pengikutnya.Baginda ditelentangkan
di atas batu dengan tangan dan kaki terikat
kemas.Baginda dibiarkan di atas batu itu tanpa
makan dan minum.

Pada malamnya, baginda dikelilingi oleh beratus-
ratus orang penghuni gua itu. Mereka membawa obor
dan menyalakannya di sekeliling batu tempat baginda
terbaring.

6

"Tolong beta! Jangan apa-apakan beta. Beta raja!
Raja!" jerit Shah Amin apabila ketua kumpulan orang
gua dan pengiringnya mendekati baginda.

Tetapi jeritan baginda tidak diendahkan oleh
ketua orang gua. Suara baginda juga hilang di dalam
kebisingan suara orang-orang itu.

Baginda sempat memerhati seorang demi
seorang penghuni gua itu. Mereka memakai cawat
kulit kayu. Badan mereka disapu dengan tanah liat.
Begitu juga muka, kelihatan amat menggerunkan.
Mereka berbadan besar dan tinggi.

Ketua orang gua itu duduk di atas batu, lebih
tinggi daripada tempat duduk anak buahnya. Ketua
orang gua itu membelit berbagai-bagai bulu burung
di kepalanya. Di lehernya bergantungan kalung-
kalung yang diperbuat daripada kulit siput dan kuku
harimau.

7

Dia duduk bersila. Di sebelahnya terdapat
seorang tua. Rambut dan jambang orang tua itu
putih bersinar.

Mereka semua bersuara. Riuh-rendah tanpa
difahami apa maksudnya.

"Wuh! Hah! Wuh! Hah!" itulah bunyi suara
mereka.

Suara riuh-rendah itu, akhirnya senyap-sunyi
apabila matahari menjelang pagi.

8

Rupa-rupanya orang-orang gua sedang
menjalankan upacara memuja matahari. Setiap
tahun, acara ini diadakan untuk memuja matahari.
Setiap kali memuja, orang-orang gua ini akan
menyembelih seorang manusia sebagai hadiah.

Kali ini, Raja Shah Amin akan dijadikan hadiah.
Baginda akan disembelih di atas batu itu. Darahnya
akan diletakkan di situ untuk makanan matahari.
Itulah adat resam dan kepercayaan orang-orang gua
itu zaman dahulu.

Raja Shah Amin sedar bahawa dia akan mangkat
tidak lama lagi. Baginda tidak ada harapan untuk
melepaskan diri.

Tetapi baginda masih teringat-ingat akan kata-
kata Dato' Bendahara bahawa kakinya luka
menandakan alamat baik.

Masa yang dinanti-nanti telah pun tiba. Baginda
akan disembelih tidak berapa saat lagi.

9

Seorang tukang sembelih mendekati kepala
baginda. Dia membawa pisau yang amat tajam.
Baginda hanya menunggu pisau menghiris lehernya.
Amat takut, gerun, dan cemas. Baginda hanya
berdoa dan berserah kepada Allah.

Seorang pawang menyapu badan baginda dengan
tanah berwarna merah. Tanah itu disapunya dari
kepala hingga ke hujung kaki.

Ketika sampai di hujung kaki, kelihatan wajah
pawang berubah dan terkejut. Dia bangun lalu pergi
ke tempat ketua orang-orang gua. Dia membisikkan
sesuatu di telinga ketua orang gua.

10

Ketua orang gua bangun, mendekati Raja Shah
Amin. Dia memegang ibu kaki Raja Shah Amin. Ketua
orang gua menggeleng-gelengkan kepala, lalu
mengarahkan tukang sembelih membuat
sesuatu.Ketua orang gua dan pawang meninggalkan
majlis. Anak-anak buahnya juga tiba-tiba ikut pergi.

Raja Shah Amin yang tadinya separuh pengsan
ditinggalkan di atas batu itu. Ikatan tangan dan
kakinya dipotong. Raja Shah Amin amat hairan
dengan kejadian itu. Baginda bangun lalu lari keluar
dari gua itu tanpa diganggu oleh sesiapa.

Baginda meninggalkan gua lalu mencari jalan
pulang. Setelah beberapa hari berjalan dalam hutan,
baginda menemui jalan pulang. Baginda tiba di istana
dengan perasaan amat bersyukur kepada Allah.

11

Kepulangan baginda disambut dengan gembira
oleh permaisuri dan orang-orang besar serta rakyat
jelata.

Kehilangan baginda sudah diketahui ramai.
Tetapi tidak siapa tahu ke mana baginda menghilang.

Dato' Bendahara yang dipenjara mendengar
kepulangan baginda Raja Shah Amin dengan
perasaan cemas. Dato' Bendahara tahu, kepulangan
baginda bererti dia akan mati.

Dato' Bendahara hanya berdoa dan menyerahkan
nasibnya kepada takdir tuhan.

"Kalau sudah suratan umurku pendek, pasti akan
datang ajalnya. Tetapi kalau ditakdirkan tuhan
umurku panjang, aku tidak akan mati," bisik Dato'
Bendahara di dalam hati kecilnya.

Ketika Dato' Bendahara menunggu suratan
takdir, datang pengawal membuka pintu penjara.

12

"Dato' Bendahara! Tuanku memerintahkan dato'
menghadap," beritahu pengawal.

Dato' Bendahara dibawa ke balai rong seri untuk
mengadap baginda raja.

Dato' Bendahara dengan cemas merangkak
mendatang sembah.

"Ampun, tuanku! Beribu-ribu ampun. Patik datang
mengadap," sembah Dato' Bendahara, sambil
memerhati keliling.

13

Dato' Bendahara dapati Dato' Temenggong dan
hulubalang yang mengiringi baginda memburu tidak
seorang pun datang menghadap.

"Dato' Bendahara, beta minta maaf! Dato'
Bendaharalah orang besar beta yang "terus mata."
Betul seperti kata Dato' tempoh hari," titah
baginda sambil menghampiri dan memeluk Dato'
Bendahara.

"Beta yang bodoh, menghukum tanpa mengguna
fikiran yang waras," kata baginda lagi.

Dato' Bendahara terkejut dan amat hairan
apabila keadaan sudah terbalik. Dia tidak berkata
apa-apa kerana perasaan amat terharu.

14

"Kalau tidak kerana ibu kaki beta luka dan cacat,
nyawa beta berakhir di sana. Tetapi kerana
kecacatan itu, beta tidak dijadikan korban," cerita
baginda raja.

"Jadi betullah ramalan Dato' mengatakan nasib
baik apabila ibu kaki beta luka. Kalau beta tidak
cacat, beta akan jadi korban," kata baginda lagi.

"Beta yang bodoh, raja bodoh," kata baginda lagi
sambil menumbuk dadanya. Baginda amat kesal
kerana menghukum Dato' Bendahara.

"Tuanku, usahlah tuanku meratap dan menyesali
hukuman itu."

"Sebenarnya tuankulah raja yang bijak. Bijak
memikirkan masa depan," kata Dato' Bendahara
sambil berlutut di depan raja.

"Mengapa Dato' kata begitu? Adakah wajar beta
dipuji?" titah raja.

15

"Kalau tuanku tidak menjatuhkan hukuman bunuh
tempoh hari, patik akan mati," ujar Dato'
Bendahara.

"Mengapa? Apa sebabnya?" tanya Raja.

"Patik tentu akan ikut sama. Kalau patik ikut,
patik pun akan mati bersama Dato' Temenggong dan
pengiring tuanku," jawab Dato' Bendahara.

Baginda Raja termenung. Baginda mengangguk-
nganggukan kepala. Baginda tersenyum.

16

"Boleh jadi benar kata Dato'. Tetapi yang
sebenarnya takdir telah menentukan nasib kita,"
titah baginda.

Dato' Bendahara tersenyum. Air matanya
mengalir. Gembira campur terharu.

Baginda Raja Shah Amin memerintahkan Dato'
Bendahara mengadakan majlis tahlil dan doa
kesyukuran untuk mengingati Allahyarham Dato'
Temenggong dan pengiring raja yang terkorban oleh
serangan orang-orang hutan itu.

17


Click to View FlipBook Version