The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU NOORAIDAH AHMAD, 2021-10-24 05:12:40

CERITA MATEMATIK BENTUK KERETA API

CERITA MATEMATIK BENTUK KERETA API

CERITA MATEMATIK
“BENTUK”

Kereta
Api



Pada suatu hari di sebuah
stesen kereta api, terdapat
seorang konduktor kereta
api bernama Ruby. Hari ini
Ruby mendapat maklumat
ada tiga buah kereta api
akan singgah di sini. Mari
kita tunggu kereta api
pertama sampai.



Kawan-kawan, itu dia kereta
api dah sampai! Cuba lihat
dengan teliti, apakah bentuk
gerabak kereta api ini? Bentuk
apa? Ya, bentuk bulat!
Gerabak ini berbentuk bulat.

Setelah beberapa minit,
kereta api bulat sudah mahu
berangkat.

BUM !
BUM !

Tiba-tiba, gerabak kereta
api terpelanting keluar
daripada landasan. Alamak,
gerabak telah hilang! Mari
kita cari gerabak bersama-
sama.



Gerabak kereta api bentuk
apa? Bentuk apa? Ya,
bentuk bulat! Di mana
gerabak bulat? Di mana?
Huray, sudah jumpa!

Chu! Chu!

Sekarang kereta api sudah
boleh bertolak ke destinasi
seterusnya.

Hati-hati kereta api!



Kereta api kedua dah sampai!
Kawan-kawan, cuba lihat
dengan teliti, apakah bentuk
gerabak kereta api ini? Bentuk
apa? Ya, bentuk segi tiga!

Gerabak ini berbentuk segi
tiga. Setelah beberapa minit,
kereta api segi tiga sudah
mahu berangkat.

BUM !
BUM !

Tiba-tiba, gerabak kereta
api terpelanting keluar
daripada landasan. Alamak,
gerabak telah hilang! Mari
kita cari gerabak bersama-
sama.



Gerabak kereta api ini
bentuk apa? Bentuk apa?
Ya, bentuk segi tiga! Di
mana gerabak segi tiga? Di
mana? Huray, sudah
jumpa!

Chu! Chu!

Sekarang kereta api sudah
boleh bertolak ke destinasi
seterusnya.

Hati-hati kereta api!



Kawan-kawan, itu dia kereta
api dah sampai! Cuba lihat
dengan teliti, apakah bentuk
gerabak kereta api ini? Bentuk
apa? Ya, bentuk segi empat
sama! Gerabak ini berbentuk
segi empat sama.

Setelah beberapa minit,
kereta api segi empat sama
sudah mahu berangkat.

BUM !
BUM !

Tiba-tiba, gerabak kereta
api terpelanting keluar
daripada landasan. Alamak,
gerabak telah hilang! Mari
kita cari gerabak bersama-
sama.



Gerabak kereta api ini
bentuk apa? Bentuk apa?
Ya, bentuk segi empat
sama! Di mana gerabak
segi empat sama? Di
mana? Huray, sudah
jumpa!

Chu! Chu!

Sekarang kereta api sudah
boleh bertolak ke destinasi
seterusnya.

Hati-hati kereta api!

Bijak!

Kawan-kawan, hari ini kita

berjaya menyelesaikan

masalah bersama-sama.

Apakah masalah yang kita

selesaikan? Ya, bagus! Apakah

bentuk gerabak bagi ketiga-

tiga kereta api tadi? Bagus,

gerabak kereta api tadi

berbentuk bulat, segi tiga dan

segi empat. Kawan-kawan

memang bijak!

TAMAT




Click to View FlipBook Version