The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA TRANSFORMASI PSS SRKLYL 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU NOORAIDAH AHMAD, 2021-04-02 04:34:05

KERTAS KERJA NAIK TARAF PSS

KERTAS KERJA TRANSFORMASI PSS SRKLYL 2021

DISEDIAKAN OLEH:
PUAN NOORAIDAH BINTI AHMAD

GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
PSS SRK LOK YUK LIKAS

1

KERTAS KERJA
TRANSFORMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

SRK LOK YUK LIKAS
2021

1.0 PENDAHULUAN

Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan pusat mengakses maklumat yang
mengandungi pelbagai sumber cetak dan bukan cetak, elektronik dan digital yang
perlu diurus secara sistematik bagi menyokong kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Penerapan dan pembudayaan teknologi pendidikan merupakan elemen penting
dalam memartabatkan PSS sebagai nadi utama PdPC dan pusat kecemerlangan
serta mempunyai fungsi hubungan secara langsung dengan pelaksanaan program
kurikulum, ko-kurikulum dan hal ehwal murid di peringkat sekolah. Maka, PSS perlu
diurus dengan baik dan teratur samada dari segi penjadualan, sistem sirkulasi,
peralatan, bahan-bahan PdPC serta kemudahan dan perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, PSS SRK Lok Yuk sedia ada adalah sangat sempit dan
kemudahan infrastruktur yang kurang lengkap menyebabkan PSS ini tidak dapat
berfungsi dengan baik dan di bawah kemampuan sebenar. Sebelum 2019, PSS SRK
Lok Yuk Likas terletak di tingkat tiga dengan saiz keluasan sebuah kelas. Pada hujung
tahun 2018, PSS telah dipindahkan ke tingkat paling bawah yang sebelum ini
merupakan bilik guru lama. Tetapi, pada hujung tahun 2019, sekali lagi PSS
dipindahkan ke hujung bangunan sekolah iaitu berkongsi dengan bilik muzik.

Sejak itu, keluasan ruang PSS adalah separuh saiz kelas iaitu sangat sempit dan
tidak sesuai untuk murid-murid masuk ke PSS. Perpindahan tempat berkali-kali menjadi
kekangan pengoperasian PSS sejak 2018 sehingga kini.

Pada Mac 2020 pula, sekolah seluruh Malaysia mula ditutup kerana pandemik
Covid-19. Sekolah hanya diarahkan untuk dibuka pada Mac 2021. Tetapi PSS masih
tertakluk kepada arahan larangan pembukaan PSS kerana bimbang akan penularan
semula Covid-19 melalui sentuhan bahan bercetak dan bukan bercetak di PSS.

2

2.0 RASIONAL

Oleh itu, PSS SRK Lok Yuk Likas memerlukan satu inisiatif proaktif oleh pihak
sekolah untuk mencari lokasi yang lebih strategik dan kondusif agar PSS SRK Lok Yuk
Likas kembali berfungsi seterusnya melonjak menuju kecemerlangan seiring dengan
usaha sekolah ke arah transformasi sekolah abad ke-21.

Sementara itu, Jawatankuasa PSS mengambil inisiatif untuk melaksanakan
program PSS secara maya atau atas talian untuk memperkasakan semula PSS SRK Lok
Yuk LIkas bermula 2021.

3.0 MATLAMAT

3.1 Mewujudkan sebuah PSS yang lengkap dengan kemudahan asas yang

penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya di samping lokasi

yang lebih strategik, suasana yang lebih kondusif dan selesa yang akan

dapat membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan fungsi sebenar

PSS.

3.2 Merealisasikan suasana pembelajaran abad ke-21 selari dengan dasar
pendidikan yang menggalakkan elemen teknologi dalam pembelajaran.

3.3 Melengkapkan PSS dengan mengintegrasikan sistem automasi secara atas
talian dan teknologi yang boleh diakses dengan mudah menggunakan
pelbagai peranti dan meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan PSS
yang lebih efektif dan produktif.

3.4 Memastikan PSS mempunyai koleksi yang menepati piawaian, terkini,
diurus dengan cekap dan berkesan serta digunakan secara optimum oleh
seluruh warga sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengambil alih Astana Linus sebagai tapak PSS baru serta mengalihkan
pondok dan tiang lampu ke tepi tapak baharu PSS.

4.2 Menaiktaraf tapak baharu PSS dengan menambah keluasan ruang pusat
sumber agar dapat memenuhi keperluan sebagai tempat menyimpan

3

koleksi buku, ruang pembelajaran yang menyeronokkan dan susun atur rak-
rak buku yang lebih kemas dan mudah diakses.

4.3 Mempunyai capaian internet agar dapat mengoperasikan sistem automasi
secara atas talian serta internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi
dalam PdPC abad ke-21.

4.4 Mempunyai infrastruktur lengkap seperti pengudaraan dan pencahayaan
yang mencukupi serta berhawa dingin agar menyediakan suasana
pembelajaran yang selesa:

3.4.1 6 buah pendingin hawa 2.0hp.

3.4.2 Sebuah komputer baru untuk sistem automasi dan pengurusan
dan pentadbiran PSS.

3.4.3 12 buah komputer desktop untuk kegunaan murid dan guru
mengakses internet di Ruang Akses

4.5 Mewujudkan ruang pembelajaran yang pelbagai serta boleh diubahsuai untuk
mengendalikan aktiviti yang pelbagai serta mengikut perubahan kurikulum
dan teknologi seperti:

3.5.1 Ruang Membaca Terbuka

3.5.2 Ruang Diskusi

3.5.3 Ruang Permainan Pembelajaran

3.5.4 Ruang Akses Komputer, Internet dan Wifi Hotspot

3.5.5 Ruang Mentelaah, Penyelidikan dan Koleksi

3.5.6 Ruang Bacaan Riadah Ringan untuk surat khabar dan
majalah

3.5.7 Ruang Pembelajaran Santai untuk menonton dan mendengar
audio visual ilmiah

3.5.8 Ruang Pameran Bertema, Buku-buku Terkini dan Karya-karya
Agung

4.6 Menggalakkan pembelajaran kendiri melalui capaian internet
sebagai sumber maklumat yang banyak dan pelbagai, seterusnya
merangsang pembelajaran dan menghasilkan idea-idea yang
bernas dan pragmatik.
4

5.0 SASARAN

Semua guru, murid dan ibubapa SRK Lok Yuk Likas.

6.0 TEMPAT

Astana Linus

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

April 2021 - September 2021

8.0 SUMBER KOLABORASI

Lembaga Pembangunan Sekolah
Persatuan Ibu bapa dan Guru
Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan dan tajaan dari sektor-sektor awam dan korporat.

5

10.0 ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN

Bil. Perkara Butiran (RM) Jumlah
(RM)
1. Struktur Bangunan
Pendawaian Elektrik 50 000
Upah pekerja 3000
Capaian Internet 2000

Infrastruktur/Prasarana

1. Pendingin hawa (2.0 H.P) RM1500 x 3 buah 4500
1000
2. Komputer Desktop (Kaunter RM1000 x 1 buah
7000
Sirkulasi)
1500
3. Komputer Desktop (Ruang RM3500 x 2 buah 6000
1000
Akses 1000
3000
4. Meja banquet RM150 x 10 buah 2500
2500
5. Kerusi banquet RM150 x 40 buah

6. Meja Komputer RM1000 x 1 buah

7. Kaunter Sirkulasi RM1000 x 1 buah

8. Meja & Kerusi Luar RM1000 x 3 buah

9. Hiasan Dalaman

10. Hiasan Luaran 30 000
RM85 000
JUMLAH

6

11.0 IMPAK

Semoga dengan terlaksananya program transformasi ini akan menyediakan
iklim pembelajaran yang lebih kondusif kepada seluruh warga sekolah sesuai
fungsinya sebagai pusat penjana pembentukan masyarakat yang berilmu, gemar
membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan abad ke-21. Seterusnya, peralihan
paradigma pembelajaran alaf baharu di tempat baharu ini juga akan dapat
memberikan impak positif kepada kreativiti dan fleksibiliti pusat sumber sekolah ke
arah abad ke-21.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

….………………………………….. ……………………………….……
(PUAN NOORAIDAH BINTI AHMAD) (ENCIK FO NEE KHEN)
Guru Perpustakaan & Media Guru Besar
SRK Lok Yuk Likas SRK Lok Yuk Likas

7

12.0 LAPORAN BERGAMBAR

PSS TINGKAT 3

8

PSS TINGKAT 1 (BILIK GURU LAMA)
9

PSS DI BILIK MUZIK
10

13.0 SUMBER ILHAM

11

12

M
13

Meja

Meja Meja M

14

Meja
Pondok

Pondok

14.0 TAPAK CADANGAN PSS BAHARU

15


Click to View FlipBook Version