DISEDIAKAN OLEH:
NOORAIDAH BINTI AHMAD
Penyelaras Program
1
KERTAS KERJA
NAIK TARAF DEWAN TERBUKA SEKOLAH
SRK LOK YUK LIKAS
2021
1.0 PENDAHULUAN
Dewan terbuka SRK Lok Yuk Likas terletak di belakang bangunan sekolah
bersebelahan dengan bilik guru. Dewan terbuka ini merupakan tempat yang
digunakan oleh warga sekolah untuk berkumpul serta melakukan pelbagai aktiviti
pembelajaran samada kurikulum mahupun kokurikulum. Selain itu, ia juga
merupakan tempat untuk segala maklumat dapat disalurkan melalui kursus,
bengkel, perhimpunan, perjumpaan dan lain-lain samada di kalangan guru,
murid-murid, ibu bapa dan komuniti sekolah.
Dewan terbuka ini telah dinaik taraf secara berperingkat sejak tahun 2014.
Kini dewan terbuka sudah semakin luas dan dapat dimanfaatkan dalam
pelbagai bentuk pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Namun, atas keperluan semasa, dewan ini perlu dinaik taraf lagi agar
dapat digunakan secara optimum sebagai mekanisme yang lebih kondusif serta
memberi lebih keselesaan kepada warga sekolah. Ia perlu dinaik taraf agar
dapat memperkasakan semua aktiviti berorientasikan murid dan seluruh warga
sekolah. Segala aktiviti murid yang cenderung mengkordinasi bakat-psikomotor,
minat-afektif dan kritis-analisis akan digilap sedaya mungkin akan digilap melalui
ruang dan peluang di dewan ini.
2
2.0 RASIONAL
Walaupun dewan ini telah dipasang kipas, tetapi suhu yang sangat panas
ketika ini sangat memberi kesan bahang dan kepanasan apabila warga sekolah
berada di dalam dewan. Sewajarnya, satu inisiatif perlu diambil agar dewan ini
dapat dijadikan sebagai dewan tertutup dan dipasang pendingin hawa agar
masalah kepanasan di dewan dapat diatasi.
Selain itu, pada ketika ini, sekolah turut menghadapi masalah kekurangan
kelas serta jumlah murid yang padat. Dengan prosedur operasi standard norma
baharu selepas pandemik Covid-19, penjarakan secara fizikal di kelas perlu
dilaksanakan sepenuhnya. Saiz kelas yang kecil tidak mampu menampung
jumlah murid yang agak ramai.
Sekiranya dewan ini dapat dinaik taraf agar dapat digunakan dalam
keadaan lebih kondusif, maka pelbagai aktiviti PdPc dapat diadakan.
3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan sebuah dewan tertutup yang lengkap dengan kemudahan
asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya di
samping lokasi yang lebih strategik, suasana yang lebih kondusif dan selesa
yang akan dapat membantu meningkatkan kualiti PdPc.
3.2 Merealisasikan suasana mekanisma pembelajaran abad ke-21 selari
dengan dasar pendidikan yang menggalakkan elemen teknologi dalam
pembelajaran.
3.3 Melengkapkan dewan tertutup dengan mengintegrasikan teknologi yang
boleh diakses dengan mudah menggunakan pelbagai peranti dan
meningkatkan kualiti pengurusan dan PdPc yang lebih efektif dan
produktif di kalangan warga sekolah.
3.4 Memastikan dewan tertutup menepati piawaian, selamat dan dapat
diurus dengan cekap dan berkesan serta digunakan secara optimum oleh
seluruh warga sekolah.
3
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menaik taraf dewan terbuka sebagai dewan tertutup.
4.2 Mempunyai infrastruktur lengkap seperti pengudaraan dan pencahayaan
yang mencukupi serta berhawa dingin agar menyediakan suasana
pembelajaran yang selesa:
3.4.1 10 buah pendingin hawa 4.0hp.
3.4.2 Sebuah skrin tv pintar besar untuk berfungsi sebagai peranti
komunikasi digital.
4.3 Mempunyai capaian internet agar mudah untuk mengakses sumber
maklumat dan komunikasi dalam PdPC abad ke-21 agar merangsang
pembelajaran murid-murid dalam menghasilkan idea-idea yang bernas
dan pragmatik.
4.4 Mewujudkan ruang pembelajaran yang pelbagai serta boleh
diubahsuai untuk mengendalikan aktiviti yang pelbagai serta
mengikut perubahan kurikulum dan teknologi seperti:
4
5.0 SASARAN
Semua guru, murid dan ibubapa SRK Lok Yuk Likas.
6.0 TEMPAT
Dewan Terbuka
7.0 TARIKH PELAKSANAAN
Mei 2021 - Jun 2021
8.0 SUMBER KOLABORASI
Lembaga Pembangunan Sekolah
Persatuan Ibu bapa dan Guru
Warga dan komuniti Sekolah
9.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan dan tajaan dari sektor-sektor awam dan korporat.
10.0 ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN
Bil. Perkara Butiran (RM) Jumlah (RM)
1. Struktur Bangunan 150 000
2. Pendawaian Elektrik
3. Upah pekerja RM5000
4. Capaian Internet
RM5000
Infrastruktur/Prasarana
5. Pendingin hawa (4.0 H.P) RM5000 x 10 unit 50 000
10 000
6. Skrin tv RM10 000 x 1 unit 30 000
7. Kerusi banquet RM150 x 200 buah 5000
8. Meja banquet RM250 x 20 buah 95000
RM255 000
JUMLAH
5
11.0 IMPAK
Semoga dengan terlaksananya program naik taraf dewan ini akan
menyediakan iklim pembelajaran yang lebih kondusif kepada seluruh warga
sekolah sesuai fungsinya sebagai tempat penjana pembentukan masyarakat
yang berilmu, berkemahiran maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan abad ke-21. Seterusnya,
peralihan paradigma pembelajaran alaf baharu di tempat baharu ini juga akan
dapat memberikan impak positif kepada kreativiti dan fleksibiliti dewan sekolah
sekolah abad ke-21.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
(PUAN NOORAIDAH BINTI AHMAD) (ENCIK FO NEE KHEN)
Penyelaras Program Guru Besar
SRK Lok Yuk Likas SRK Lok Yuk Likas
6
12.0 LAPORAN BERGAMBAR
Dewan Terbuka SRK lok Yuk Likas buat masa ini.
7